Pada hari
ini, 25 Julai 2018 di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14, isu
royalti minyak dan cadangan 20%
diberikan kepada negeri-negeri telah ditanya oleh Ahli Parlimen Beluran (nombor
1) dan dijawab secara lisan oleh Menteri
Hal Ehwal Ekonomi. Penulis ingin rakamkan
disini, isu ini sering dibangkitkan sekian lama, tetapi sejak beberapa tahun lalu, isu ini
dikategorikan sebagai subjudice dan soalan mengenai ditolak kerana terdapat kes
tunttan oleh Kelantan yang masih di mahkamah dan belum diputuskan. Persoalannya, setiap kali isu ini ditanya,
maka pegawai-pegawai Kementeian Kewangan
dan juga Jabatan Perdana Menteri mencadangkan supaya ditolak dengan sokongan
Jabatan Peguam Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR)[ masih pegawai yang sama].
Justeru penulis amat
bersetuju isu ini perlu dijawab sejak dari dahulu lagi. Adakah sikap
pegawai-pegawai Kementerian telah berubah khususnya ketika Mesyuarat
Pra-Persidangan yang dipengerusikan oleh SUDR., yang sentiasa berusaha menolak
soalan-soalan dan sering memindahkan
soalan kepada kementerian lain. Adakah
ini bermakna, pertukaran Kerajaan telah
berjaya mengubah sikap pegawai-pegawai atau sikap SUDR juga turut berubah?
Dari aspek jawapan,
Kerajaan telah menunjukan sikap telus
apabila menyatakan cadanagan Manifesto PH untuk memberikan royalti sebanyak 20%
akan menghadapi kekangan kerana kajian mendapati ianya tidak viable kepada PETRONS. Dapatan kajian ini telah dimaklumi dan pernah
dinyatakan di Dewan sekitar tahun 2004 – 2009. Namun penulis berpendapat sifat
telus kerana ia akan menjadi alasan
untuk menjustifikasikan sekiranya cadangan ini tidak dapat dilaksanakan walaupun setelah berunding dengan kerajaan
negeri-negeri berkenaan. Justeru, dasar ketelusan Kerajaan PH hendaklah
menyeluruh dan bukan terpilih-pilih.
Satu lontaran catatan
jua.
No comments:
Post a Comment