Wednesday 28 December 2022

BELANJAWAN SEMENTARA DI BENTANG DI DEWAN NEGARA, MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL PERTAMA, PARLMEN KE-15 (21 DISEMBER 2022)

Mesyuarat Pertama, penggal Pertama Parlimen Ke-15 bagi Dewan Negara Negara, hanya bersidang sehari sahaja iairtu pada 21 Disember 2022.  Aturan Urusan Mesyuarat adalah Usul Jalan Masuk, Usul Jawatankuasa Pemilih dan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022. Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 yang dibentangkan bacaan kali yang kedua di Dewan Negara oleh Timbalan Menteri Kewangan. Walau pun tidak dibahaskan, tetapi Yang di-Pertua dewan Negara membenarkan 5 orang AhIi berucap dan seterusnya Timbalan Menteri Kewangan menjawab/memberi penjelasan isu-isu berbangkit.  RUU ini didipersetujukan dengan undian suara. 

YB Timbalan Menteri Kewangan membentangkan Bajet Sementara di Dewan Negara pada 21 Disember 2023

Sebelum ditangguhkan, Yang di-Pertua Dewan Negara berkata mungkin ini dalah persidangan yang terpendek dan menyatakan bahawa “saya dapati ada suatu penjelmaan sentimen yang baik iaitu ukhuwah antara kita dan persahabatan, persefahaman dan niat yang paling tinggi agar Malaysia terjaga dan terjamin” [Penyata Rasmi Dewan Negara, 21.12.2022, hal.31].  Persidangan di mesyuarat ini tamat jam 11.33 pagi dan ditangguhkan kepada suartu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.  

Akhir kalam, penulis menjangkakan persidangan seterusnya di Mesyuarat Parlimen akan menyaksikan kehebatan denyutan nadi sidang Dewan Rakyat apabila  seteru politik, PH  dan BN bergabung sebagai kerajaan dan disatu pihak lagi PN yang diterajui BERSATU dan PAS sebagai pembangkang.  Maka persidangan Parlimen ini akan menyaksikan Ketua Pembangkang yang dipersetujui oleh Ahli-ahli Parlimen Pembangkang adalah Ahli Parlimen Larut, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin yang juga Setiausaha BERSATU adan ini memperlihatkan sedikit kelainan apabila Penegerusi BERSATU (Ahli Parlimen Pagoh) atau Presiden PAS (Ahli Parlimen Marang) tidak dilantik sebagai Ketua Pembangkang, tetapi sebagai Ketua dan Timbalan Ketua PN.  Manakala Ahli Parlimen Kota Bharu pula sebagai Ketua Whip PN.  Adalah diharapkan demokrasi dinegara ini semakin subur, “yang menang - tidak dapat semua” dan “yang kalah tidak hilang semua”

Sekian, suatu catatan sejarah demokrasi berparlimen.

Kompleks Islam, Putrajaya


SIDANG PERTAMA SELEPAS PRU 15 - BELANJAWAN SEMENATARA DIBENTANG DI DEWAN RAKYAT

 

Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dibentangkan untuk bacaan kali yang kedua pada 7 Oktober 2022 oleh Menteri Kewangan pada era PN telah luput apabila Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.  Oleh yang demikian Bajet ini perlu dibentangkan semula selepas PRU 15.  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan pimpinannya akan membentangkan satu Bajet Mini pada sidang Dewan Rakyat yang .pada 19 Disember 2022.  Jelas beliau, ia bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan, khususnya gaji penjawat awam. [Malaysiagazette, 24 November 2022].

Sehubungan itu, pada 19 Disember 2020 Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Aakaun) 2022 dibuat bacaan kali yang pertama. Seterusnya pada hari kedua persidangan, 20 Disember 2022, Rang Undang-undang (RUU) ini dibuat bacaan kali yang kedua.  RUU ini adalah bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023.  Tujuan RUU ini ialah untuk mendapatkan kebenaran sementara bagi perbelanjaan kerajaan bagi beberapa bulan permulaan tahun 2023 sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2023 diluluskan kelak oleh kedua-dua Dewan dan mendapat persetujuan Duli Yang Maha Mulia pada tahun 2023. Ia agi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650.

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1.            (D.R.47/2022) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 ,

DAN

2.             Menteri Kewangan akan mencadangkan : “Bahawa Dewan ini, menurut seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari Lima Puluh Lima Bilion Sembilan Ratus Lima Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Tiga Belas Ribu dan Dua Ratus Ringgit (RM55,959,213,200) dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam penyata sementara yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022, dan bahawa jumlah wang yang tersebut dalam ruang tiga dan empat penyata itu bersetentangan dengan maksud-maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata itu adalah diuntukkan bagi perbelanjaan itu sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.” [AUM DR 20/12/2022]2

RUU ini juga dikenali sebagai Belanjawan / Bajet Sementera menuggu bajet sepenuhnya iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang dan diluluskan.  Begitu juga, dengan perbelanjaan pembangunan dibentangkan sebagai Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023.  Ini kerana  Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023 tidak dapat dibincangkan dan diluluskan oleh Dewan ini pada tahun 2022, maka perlu peruntukan disediakan untuk kerajaan membiayai segala perbelanjaan yang mustahak pada awal tahun 2023 sehingga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dibentang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat.  Ini bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan bagi awal tahun 2023, sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 diluluskan oleh Dewan Rakyat yang membabitkan perbelanjaan sebanyak (RM55,959,213,200).   

Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan “Menurut Peraturan Mesyuarat 68A Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Awam) 2022 tidak boleh dibahaskan di semua peringkat. Manakala Peraturan Mesyuarat 68B, Usul atas namaYang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini terbuka untuk dibahaskan. Perbahasan tidak boleh termasuk perkara-perkara dasar dan pentadbiran kerajaan atau tujuan-tujuan wang yang dimasukkan dalam Penyata Sementara.” [Penyata Rasmi Dewan Rakyat, hal.20]. Seterusnya RUU tersebut dan usul pembangunan sementara ini telah dipersetujukan dengan undian suara.

Sebagai rujukan, berikut adalah petikan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Derwan Rakyat:-

             Mendahulukan Perbelanjaan

68A. (1) Apabila dibacakan kali yang kedua sesuatu Rang Undang-undang yang dibawa ke dalam Majlis (menurut perenggan (a) dalam Perkara 102 dalam Perlembagaan) bagi memberi kuasa membelanjakan wang bagi sebahagian daripada satu-satu tahun, hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dibahas.”

 

Ketetapan untuk meluluskan perbelanjaan yang  ditunjukkan dalam penyata sementara

68B. (1) Usul bagi mengambil ketetapan menurut subseksyen (3), dibaca bersama subseksyen (6) Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, hendaklah dicadangkan, tanpa pemberitahuan, oleh seorang Menteri dan ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, dan dikemukakan untuk diputuskan, tanpa usul dan dirujukkan kepada Jawatankuasa sesuatu Majlis Mesyuarat. Perbahasan atas usul itu tidak boleh termasuk perkara-perkara dasar dan pentadbiran Kerajaan atau tujuan-tujuan wang yang dimasukkan di dalam penyata sementara, yang dibentangkan di hadapan Majlis Mesyuarat menurut subseksyen (5) Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, dikehendaki dibelanjakan.” [Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Derwan Rakyat]

 

Sebelum diluluskan, timbul sedikit kekecohan apabila Ahli Parlimen Arau membangkitkan kekeliruan semasa perbahasan tersebut akan juga disentuh mengenai RUU itu, dan Yang di-Pertua menerima teguran itu. Pembenatang RUU dan Usul Pembangunan Sementara atau lebih dikenalai sebagai Belanjawan Bajet Sementara bukanlah kali pertama.  Sebelum ini, ia pernah dibentangkan pada 20 Disember 1999 selepas PRU 10 yang diadakan pada 29 November 1999, bahkan pernah 6 kali sebelum itu.

Seterusnya Timbalan Menteri Kewangan 1 (Ahli Parlimen Pontian) mengemukakan Usul-Usul Menteri Kewangan, iaitu Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] - Memindah Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan Wang Pembangunan, dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] - Memindah Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan Wang COVID-10.  Kedua-dua usul tersebut tidak dibahaskan dan dipersetujukan dengan suara. Persidangan di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama di Dewan Rakyat ini tamat pada jam 11.28 pagi dan ditangguhkan sehingga suartu tarikh yang ditetapkan..

Suatu catatan era baharu "Kerajaan Perpaduan" 

Wednesday 7 December 2022

TEPATKAH ISTILAH "KERAJAAN PERPADUAN"?

 

Keputusan PRU 15 ini telah menafikan banyak kajian sebelum PRU 15 seperti catatan sebelum ini, namun ia menepati beberapa penganialisis politik yang meramalkan Parlimen akan tergantung akibat  tiada mana-mana gabungan parti politik dapat membentuk kerajaan.  Ini adalah kali pertama dalam sejarah negara ini.

Disini, dirumuskan beberapa naratif sebelum PRU 15 didapati tepat, iaitu:-

§  Undi 18 dan pengundi kali pertama berjumlah hampir 7 juta orang sebagai penentu keputusan PRU.

 §  PN pilihan orang muda.

 §  Pengundi dari luar kawasan lebih cenderung atau menyokong PH dan PN.

 §  Jika tinggi peratusan keluar mengundi, BN akan kalah.

Maka terbentuklah kerajaan perpaduan, setelah dittitahkan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila BN menyokong PH untuk membentuk kerajaan bersama GPS dan WARISAN dan juga Ahli Bebas, setelah PN (diterajui  oleh BERSATU dan PAS) menolak untuk berkejasama dengan PH.

Pengerusi PN  yang juga Pengerusi BERSATU dan Presiden PAS menegaskan untuk kekal sebagai pembangkang yang konstruktif.  Berikutan itu, timbul persoalan bahawa kerajaan ini tidak lagi sesuai untuk dipanggil sebagai kerajaan perpaduan.   Ini kerana konsep kerajaan perpaduan itu merujuk kepada kerajaan yang disertai semua parti-parti politik dan tiada pembangkang.  Oleh itu, kerajaan ini lebih sesuai dipanggil sebagai kerajaan  campuran atau gabungan.  Tambahan pula, nama kerajaan campuran atau gabungan lebih tepat setelah parti GRS menyokong kerajaan tersebut, dan  telah mencapai sokongan sebanyak 148  kerusi serta  mencapai dua pertiga menyokong Perdana Menteri 10.


Suatu catatan  jua,

Jenderam Hulu,

7.12.2022

Sunday 4 December 2022

ADAKAH BAJET 2023 DIBENTANG SEMULA SELEPAS PRU 15?.

 

Keputusan PRU 15 pada  19 November 2022 merumuskan  tiada parti  politik dan gabungan parti politik memperoleh majoriti mudah atau lebih 50% dari kerusi-kerusi yang dipertandingkan.  Setelah 119 jam berlalu, akhirnya Yang di-Pertuan Agong berkenan dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan yang merentasi semua parti-parti politik dan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi PH yang juga Presiden PKR sebagai Perdaana Menteri Ke-10.. 

Dalam sidang media pertamanya, Perdana Menteri menyatakan usul undi percaya terhapnya kepimpinannya akan dibentang dalam sidang parlimen pada 19 Disember 2022.  Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat telah mengeluarkan notis bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-15 yang akan bersidang selama 2 hari iaitu 19 dan 20 Disember 2022.  Urusan Mesyuarat ialah memilih Yang di-Pertua, Ahli-ahli mengangkat sumpah, memilih Timbalan Yang di-Pertua dan usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan Rang Undang-undang.

Tulisan ini ingin menjelasakan pertanyaan beberapa rakan mengenai Bajet 2023. Sebagaimana sedia maklum, Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dibentangkan umtuk bacaan kali yang kedua pada 7 Oktober 2022 oleh Menteri Kewangan pada era PN adalah luput apabila Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.  Oleh yang demikian Bajet perlu dibentangkan semula selepas PRU 15. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan pimpinannya akan membentangkan satu Bajet Mini selepas pembukaan sidang Dewan Rakyat, pada 19 Disember 2022. Jelas beliau, ia bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan, khususnya gaji penjawat awam. Bajet 2023 akan dibentangkan sebulan selepas itu.[Malaysiagazette, 24 November 2022]

Sehubungan itu, Rang Undang-undang (RUU) akan dibentangkan bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023 yang dinamakan RANG UNDANG-UNDANG KUMPULAN WANG DISATUKAN (PERBELANJAAN MASUK AKAUN) 2022. Tujuan RUU ini ialah untuk mendapatkan kebenaran sementara bagi perbelanjaan kerajaan bagi beberapa bulan permulaan tahun 2023 sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2023 diluluskan kelak oleh kedua-dua Dewan dan mendapat persetujuan Duli Yang Maha Mulia pada tahun 2023.

Begitu juga, dengan perbelanjaan pembangunan sekiranya telah dipersetujui oleh Kerajaan Perpaduan yang baharu melalui USUL ANGGARAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN SEMENTARA 2023.  Ini kerana  Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023 tidak dapat dibincangkan dan diluluskan oleh Dewan ini sehingga tahun 2023, maka perlu peruntukan disediakan untuk kerajaan membiayai segala perbelanjaan yang mustahak pada awal tahun 2023 sehingga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dibentang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat.  Ini bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan bagi awal tahun hadapan sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 diluluskan oleh Dewan Rakyat.


Catatan menjelang persidangan pertama selepas PRU 15.

Jenderam Hulu, 

3 Disember 2022

 

 

 

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...