Wednesday 28 December 2022

SIDANG PERTAMA SELEPAS PRU 15 - BELANJAWAN SEMENATARA DIBENTANG DI DEWAN RAKYAT

 

Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 atau Bajet 2023 yang dibentangkan untuk bacaan kali yang kedua pada 7 Oktober 2022 oleh Menteri Kewangan pada era PN telah luput apabila Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.  Oleh yang demikian Bajet ini perlu dibentangkan semula selepas PRU 15.  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan pimpinannya akan membentangkan satu Bajet Mini pada sidang Dewan Rakyat yang .pada 19 Disember 2022.  Jelas beliau, ia bagi meluluskan emolumen berkaitan belanja mengurus kerajaan, khususnya gaji penjawat awam. [Malaysiagazette, 24 November 2022].

Sehubungan itu, pada 19 Disember 2020 Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Aakaun) 2022 dibuat bacaan kali yang pertama. Seterusnya pada hari kedua persidangan, 20 Disember 2022, Rang Undang-undang (RUU) ini dibuat bacaan kali yang kedua.  RUU ini adalah bagi membenarkan perbelanjaan untuk sebahagian daripada tahun yang berakhir pada 31 Disember 2023.  Tujuan RUU ini ialah untuk mendapatkan kebenaran sementara bagi perbelanjaan kerajaan bagi beberapa bulan permulaan tahun 2023 sehingga Rang Undang-undang Perbekalan 2023 diluluskan kelak oleh kedua-dua Dewan dan mendapat persetujuan Duli Yang Maha Mulia pada tahun 2023. Ia agi tujuan perbelanjaan perkhidmatan, membabitkan wang bernilai RM107,718,676,650.

ATURAN URUSAN MESYUARAT DAN USUL-USUL

1.            (D.R.47/2022) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 ,

DAN

2.             Menteri Kewangan akan mencadangkan : “Bahawa Dewan ini, menurut seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 [Akta 406], membuat ketetapan bahawa suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih dari Lima Puluh Lima Bilion Sembilan Ratus Lima Puluh Sembilan Juta Dua Ratus Tiga Belas Ribu dan Dua Ratus Ringgit (RM55,959,213,200) dikeluarkan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi tahun 2023 untuk perbelanjaan segera bagi maksud-maksud yang dinyatakan dalam penyata sementara yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 54 Tahun 2022, dan bahawa jumlah wang yang tersebut dalam ruang tiga dan empat penyata itu bersetentangan dengan maksud-maksud yang dinyatakan dalam ruang satu penyata itu adalah diuntukkan bagi perbelanjaan itu sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Tahun 2023 diluluskan.” [AUM DR 20/12/2022]2

RUU ini juga dikenali sebagai Belanjawan / Bajet Sementera menuggu bajet sepenuhnya iaitu Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 dibentang dan diluluskan.  Begitu juga, dengan perbelanjaan pembangunan dibentangkan sebagai Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023.  Ini kerana  Anggaran Perbelanjaan Pembangunan bagi tahun 2023 tidak dapat dibincangkan dan diluluskan oleh Dewan ini pada tahun 2022, maka perlu peruntukan disediakan untuk kerajaan membiayai segala perbelanjaan yang mustahak pada awal tahun 2023 sehingga Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 dibentang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat.  Ini bertujuan untuk menyediakan peruntukan bagi membiayai perbelanjaan pembangunan bagi awal tahun 2023, sementara menunggu Anggaran Perbelanjaan Pembangunan 2023 diluluskan oleh Dewan Rakyat yang membabitkan perbelanjaan sebanyak (RM55,959,213,200).   

Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan “Menurut Peraturan Mesyuarat 68A Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Awam) 2022 tidak boleh dibahaskan di semua peringkat. Manakala Peraturan Mesyuarat 68B, Usul atas namaYang Amat Berhormat Menteri Kewangan ini terbuka untuk dibahaskan. Perbahasan tidak boleh termasuk perkara-perkara dasar dan pentadbiran kerajaan atau tujuan-tujuan wang yang dimasukkan dalam Penyata Sementara.” [Penyata Rasmi Dewan Rakyat, hal.20]. Seterusnya RUU tersebut dan usul pembangunan sementara ini telah dipersetujukan dengan undian suara.

Sebagai rujukan, berikut adalah petikan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Derwan Rakyat:-

             Mendahulukan Perbelanjaan

68A. (1) Apabila dibacakan kali yang kedua sesuatu Rang Undang-undang yang dibawa ke dalam Majlis (menurut perenggan (a) dalam Perkara 102 dalam Perlembagaan) bagi memberi kuasa membelanjakan wang bagi sebahagian daripada satu-satu tahun, hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dibahas.”

 

Ketetapan untuk meluluskan perbelanjaan yang  ditunjukkan dalam penyata sementara

68B. (1) Usul bagi mengambil ketetapan menurut subseksyen (3), dibaca bersama subseksyen (6) Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, hendaklah dicadangkan, tanpa pemberitahuan, oleh seorang Menteri dan ditimbangkan oleh Majlis Mesyuarat, dan dikemukakan untuk diputuskan, tanpa usul dan dirujukkan kepada Jawatankuasa sesuatu Majlis Mesyuarat. Perbahasan atas usul itu tidak boleh termasuk perkara-perkara dasar dan pentadbiran Kerajaan atau tujuan-tujuan wang yang dimasukkan di dalam penyata sementara, yang dibentangkan di hadapan Majlis Mesyuarat menurut subseksyen (5) Seksyen 4 Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966, dikehendaki dibelanjakan.” [Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Derwan Rakyat]

 

Sebelum diluluskan, timbul sedikit kekecohan apabila Ahli Parlimen Arau membangkitkan kekeliruan semasa perbahasan tersebut akan juga disentuh mengenai RUU itu, dan Yang di-Pertua menerima teguran itu. Pembenatang RUU dan Usul Pembangunan Sementara atau lebih dikenalai sebagai Belanjawan Bajet Sementara bukanlah kali pertama.  Sebelum ini, ia pernah dibentangkan pada 20 Disember 1999 selepas PRU 10 yang diadakan pada 29 November 1999, bahkan pernah 6 kali sebelum itu.

Seterusnya Timbalan Menteri Kewangan 1 (Ahli Parlimen Pontian) mengemukakan Usul-Usul Menteri Kewangan, iaitu Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] - Memindah Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan Wang Pembangunan, dan Akta Pendanaan Kerajaan 1983 [Akta 275] - Memindah Baki Terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia Kepada Kumpulan Wang COVID-10.  Kedua-dua usul tersebut tidak dibahaskan dan dipersetujukan dengan suara. Persidangan di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama di Dewan Rakyat ini tamat pada jam 11.28 pagi dan ditangguhkan sehingga suartu tarikh yang ditetapkan..

Suatu catatan era baharu "Kerajaan Perpaduan" 

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...