Saturday 31 July 2021

PRNANGGUHAN SIDANG 2 OGOS 2021: ADAKAH TERATUR?

 Pemberitahu oleh Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) bertarikh 30 Julai 2021 berbunyi "Pejabat Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh YAB Perdaana Menteri bahwa persidangan Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat pada Isnin, 2 Ogos 2021 ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.  Pemakluman  ini dibuat oleh YAB Perdana Menteri selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat".

Ayat  "ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak" secara mudah bermaksud persidangan 2 Ogos 2021 itu ditangguhkan dan akan diadakan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Adakah benar begitu?  Apa yang pasti persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat  Parlimen Ke-14 akan bermula pada 6  hingga 30 September 2021.  Tempoh pemberitahu/notis mengenainya hendaklah 28 hari, bermakana awal Ogos akan dikeluarkan oleh SUDR.  Justru penulis menanggapi bahawa  sidang khas yang ditangguhkan tidak mungkin diadakan sebelum 6 Sept. 

Peraturan Mesyuarat 11(3) adalah berbunyi:  "(3) Pada masa Majlis dalam tangguhan jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada  Persidangan. tarikh yang telah ditetapkan, maka Tuan Yang diPertua hendaklah dengan serta-merta mengeluarkan pemberitahu menyatakan berapa hari bulan hendak diadakan mesyuarat itu dan Majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu. Urusan-urusan bagi hari itu hendaklah ditetapkan oleh Perdana Menteri dan pemberitahuan berkenaan dengan urusan itu hendaklah dihantar kepada ahli-ahli tidak lewat daripada masa hendak diadakan mesyuarat itu.". Ini  bermakna sidang khas yang ditangguhkan itu hendaklah diadakan sebelum persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14, pada 6 September 2021.  Seolah-olah sidang yang ditangguhkan itu perlu dengan suatu tarikh yang akan ditetapkan.

Walau bagaimanapun, penulis berpandangan penggunaan istilah ditangguhkan adalah tidak tepat.  Adalah lebih wajar istilah "tiada sidang " atau sekurang-kurangnya  istilah  " dibatalkan " digunakan.  Ini kerana istilah ini  membawa makna  bahaewa sidang itu tidak perlu diadakan lagi.  Takrifan ini, penulis rasakan lebih menepat kehendak Peraturan Mesyuarat 11(3), dimana peraturan ini membenarkan Perdana Menteri menetapkan tarikh bagi mesyuarat dalam tangguhan yang dikenali sebagai Mesyuarat Khas, maka Perdana Menteri juga boleh meniadakan atau membatalkan sidang tersebut tanpa perlu menggantikan tarikh yang lain.

Amalan selama ini di dalam persidangan Dewan ialah  istilah "menangguhkan kepada hari...atau tarikh..." sekiranya masih dalam tempoh sesuatu Mesyuarat.  Sekiranya pada hari/persidangan terakhir dalam sesuatu Mesyuarat pula, akan disebut "ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan ",  yang dipanggil sebagai  sine die. Walhal tarikh persidangan pada Mesyuarat berikutnta telah pun ditetapkan dalam Takwim Parlimen sesuatu Penggal Parlimen (Tahun).

Sesuatu yang janggal apabila "mesyuarat dalam tangguhan" ditangguhkan, kerana justifikasinya ialah " bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada  Persidangan. tarikh yang telah ditetapkan".  Dengan demikian, ia akan mengundang persepsi bahawa Kerajaan tidak serius dan "main-main" dalam melaksanakan "mesyuarat dalam tangguhan".  Sewajarnya menggunakan istilah "ditiadakan" atau "dibatalkan" sidang.    Walau apapun, ketiga-tiga istilah itu {ditangguhkan / ditiadakan / dibatalkan) membawa makna fizikal yang sama iatu Dewan tidak akan bersidang pada 2 Ogos 2021.

Dalam ingatan penulis, tidak pernah disebut "ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan". Ini adalah terlalu teknikal, tiada sesiapa yang tahu, perasan dan memperdulikannya.  Penulis amat memperdulikannya kerana setelah sekian lama denyutan nadi penulis seolah-olah senafas dan sederaf dengan denyutan nadi Parlimen.

"Ditangan kananku, tertulis Dewan Rakyat,  ditangan kiriku tertera Dewan Negara,  didadaku terungkap Parlimen Malaysia."

Catatan Denyut Nadi Parlimen,

Jenderam Hulu, 

1 Ogos 2021`.

PENANGGUHAN PERSIDANGAN - TANGGAPAN SATU KONSPIRASI?

Keputusan menangguhkan sidang khas Dewan Rakyat pada 2 Ogos 2021 telah dikecam  oleh pembangkang dan juga pemimpin Umno yang menyifatkannya sebagai cubaan untuk melanjutkan jangka hayat kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Ke-8.  Juga dikaitkan dengan isu pengumuman pembatalan ordinan darurat yang belum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDA) dan kemudianya Istana Negara menegur dan dukacita dengan pengumuan itu.

Disinilah penulis rakamkan beberapa tanggapan yang dilaporkan oleh media.  FMT pada 31 Julai 2021, 8.30 pm melaporkan denagn tajuk " Sidang Dewan Rakyat tangguh, kami tetap mahu turun Parlimen, kata Ahli Parlimen pembangkang ". Antaranya :

Sebilangan Ahli Parlimen pembangkang tetap bertegas mahu hadir ke Parlimen     Isnin ini walaupun hari terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14       itu sudah dibatalkan.

 Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Muhyiddin Yassin dan kerajaan     Perikatan Nasional adalah penderhaka, yang mana mereka sama sekali         meminggirkan Perlembagaan negara yang sudah mereka janji untuk taat setia         ketika mengangkat sumpah.

Katanya, tindakan Perdana Menteri mengarahkan Parlimen digantung umpama mencampuri hak Eksekutif dalam urusan perundangan.  “Di mana Speaker (Azhar Azizan Harun) ketika dia seharusnya membuat keputusan sama ada Parlimen boleh atau tidak bersidang. Dia sepatutnya berkomunikasi dengan semua Ahli Parlimen. Mengapa dia menyerahkan tugasnya kepada Timbalan untuk memaklumkan kepada Ahli Parlimen?,” katanya dalam satu kenyataan.

Lim mendakwa, Muhyiddin menangguhkan sidang Parlimen kerana ingin mengelak daripada undi sama ada semua Ahli Parlimen sepakat untuk menyokong titah Yang di-Pertuan Agong berhubung Ordinan Darurat perlu dibahaskan. Jika dia mendakwa ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen, mengapa mereka mengelak untuk bersidang?

“Perdana Menteri, Speaker, Takiyuddin (Menteri Undang-Undang) serta Peguam Negara perlu letak jawatan segera bagi memulihkan kembali negara,” katanya sambil menambah, empat individu berkenaan perlu mohon maaf kepada Agong. Justeru, katanya, beliau sudah pun mengarahkan semua 42 Ahli Parlimen DAP untuk muncul di Parlimen pada jam 10 pagi Isnin ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kehadiran mereka pada Isnin ini di Parlimen sebagai tanda membantah penutupan institusi tertinggi negara itu.

Fahmi dan Syed Saddiq sependapat kadar jangkitan di Parlimen hanya 0.9%, iaitu di bawah paras 5% seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Hampir kesemua Ahli Parlimen telah terima 2 dos vaksin, dan telah disahkan negatif dalam ujian RT-PCR pada 23/7 sebelum sidang khas bermula.

Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa Ordinan-Ordinan Darurat perlu dibahas dan diputuskan di Parlimen, selaras Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. “Maka, tidak ada kuasa yang boleh atau patut menghalang Ahli Parlimen yang sah dan berhak berasaskan Perlembagaan Persekutuan untuk hadir ke Parlimen pada Isnin, 2 Ogos ini. Allah selamatkan Malaysia dari para pengkhianat, penderhaka, dan perosak Perlembagaan Persekutuan kita.

Syed Saddiq berkata, kerajaan PN digambarkan sebagai takut untuk berbahas membabitkan ordinan darurat yang dijadual berlangsung pada sidang Parlimen, Isnin ini. “Jangan ingat rakyat bodoh. Saya & rakan MPs (Ahli Parlimen) dibayar untuk bertugas di Parlimen. Saya tetap akan ke Parlimen Isnin ni. Nak halang saya, halanglah. Saya tak takut,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Selangau Baru Bian, menyatakan rasa kecewa kerana Parlimen dipermainkan pihak kerajaan. “Baru terima notis dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bahawa Timbalan Speaker mengarahkan agar persidangan hari Isnin (2/8/2021) ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Kenapa Parlimen di permainkan sedemikian?” katanya.

FMT pada 31 Julai 2021, 10.45 pm jugAme melaporkan reaksi penyokong Kerajaan denagan tajuk "Muhyiddin punyai sokongan ‘cukup dan jitu’ di Parlimen, sidang dewan ditangguh bukan kerana politik, kata Ahmad Faizal ". Laporan petikan adalah seperti berikut: 

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, dakwaan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana “bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang” adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali.

“Kita amat yakin dengan sokongan majoriti yang dapat dikekalkan bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi dengan sempurna dan memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat,” kata beliau kepada FMT.

“Jadi, soal mengelak daripada bersidang kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang, tidak timbul sama sekali. Kami yakin dan tahu, kerajaan yang ada kini, mendapat sokongan yang bukan sekadar cukup bilangan tetapi sokongan yang jitu,” katanya.

ereka yang mendakwa keputusan untuk menangguh persidangan kerana politik sebenarnya telah menghina penjawat awam yang menasihati kerajaan.

“Mana mungkin profesional di KKM bertindak memberi nasihat dengan meletakkan pertimbangan politik sebagai asas utama?,” katanya.


“Saya menyokong tindakan menangguhkan persidangan. Sebagai Ahli Parlimen, kami seharusnya meletakkan keselamatan orang ramai sebagai keutamaan. Walaupun telah disuntik vaksin, kami tidak kebal, malah boleh menjadi pembawa virus tanpa kami sedari,” kata Faizal.

Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Razali Idris berkata tindakan pembangkang yang cuba mendesak undi percaya diadakan ketika mesyuarat khas yang bermula pada 26 Julai lalu jelas mempunyai niat tersembunyi. “Kalau kita tengok apabila pembangkang buat desakan untuk adakan persidangan sebagai pemulihan atau tambah baik terhadap cara menangani Covid-19, kerajaan secara jujur akan terima tetapi kita tengok mereka (pembangkang) bukan ke situ. Lagi nak kucar-kacirkan keadaan,” katanya kepada FMT.

Beliau yang juga ahli Dewan Negara berkata, semua Ahli Parlimen sudah dimaklumkan terlebih awal bahawa mesyuarat khas itu hanyalah perbahasan mengenai pelan Pemulihan Negara dan tiada sebarang usul atau pengundian boleh dilakukan pada lima hari persidangan berkenaan.

Dimasa yang sama Pejabat Perdana Menteri pula menya takan itu dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat.

Kesimpulannya, pihak pembangkang tidak setuju dengan peangguhan sidang khas ini dan tidak menerima alasan penularan COVID-19 di kawasan Parlimen yang kini telah mencecah 70 kes positif dan nasihat KKM bahawa Parlimen menjadi lokaliti berpotensi tinggi menyebarkan COVID-19.  Mereka menanggapi ini sebagai helah untuk Kerajaan mengelak dalam kontraversi dan polimik pengumuman pembatalan ordinan-ordinan darurat.  Walaupun Kerajaan memberikan justifikasi dengan sokongan penyokongnya, namunb ia tenggalam dalam persepsi pembangkang.  Bukan sahaja pertentangan Kerajaan dengan pembangkang, malah dilihat tiada hubungan yang harmoni antara Kerajaan dengan YDA.

Suatu   Catatan Reaksi jua. 

Jenderam Hulu

1 Ogos 2021. 

MESYUARAT KHAS PARLIMEN -TIADA SIDANG DEWAN RAKYAT PADA 2 OGOS DAN DEWAN NEGARA DI TANGGUHKAN.!! APAKAH POLIMIK BERTERUSAN?

Persidangan  di Mesyuarat Khas di Dewan Rakyat pada hari khamis, 29 Julai 2021 ditangguhkan/diempohkan empat kali.  Pada  jam 11.48 pagi, dewan ditangguhkan 15 minit, apabila suasana Dewan kecoh setrelah Ketua Pembangkang membacakan kenyataan media Istana Negara yang menyatakan Yang di-Pertua Agong dukacita mengenai pembatalan ordinan-ordinan darurat yang belum diperkenankan baginda tetapi telah dimaklumkan dalam Dewan oleh Menteri JPM pada 26 Julai yang lalu.  Seterusnya  sekitar 12.00 tgh diumumkan ditempohkan sehinngga1 tgh. Kemudian 2.30 ptg pula, diumumkan ditempohkan lagi sehingga 3.30 petang. Jam 3.30 ptg, Timbalan Yang di-Pewrtua Dewan II telah memaklumkan dewan ditempohkan sehingga 5.15 petang dan juga memaklumkan terdapat 2 kes COVID-19 dikesan dan KKM meminta semua yang berada di Parlimen menjalan swab test dan tidak dibenarkan keluar sehingga selesai.   Jam  5.15 ptg pula, diumumkan Dewan ditempohkan sehingga 5.30 petang dan ditangguhkan sehingga hari Isnin, 2 Ogos 2021.

Pada 31 Julai 2021, sekitar 3.30 petang, Perdana Menteri telah menghantar pemberitahu kepada Parlimen bahawa persidangan Dewan Rakyat pada 2 Ogos 2021 dan Dewan Negara pada 3 hingga 5 Ogos 2021 ditangguhkan kepada suatu tarikh yang akan ditetapkan.  Keputusan ini adalah berikutan pandangan Ketua Pengarah Kesihatan  bahawa Parlimen Malaysia  merupakan lokaliti berisiko untuk berlakunya penularan jangkitan COVID-19. Seterusnya sekitar 4.30 petang Setiuasa Dewan Rakyat telah mengeluarkan pemakluman penangguhan persidangan 2 Ogos 2021 kepada semua Ahli-ahli Parlimen.

Walaupun penangguhan atas alasan nasihat KKM penulis merasakan akan berlegar pelbagai persepsi mengapa persidangan ditangguhkan.  Ini kerana  berikutan pemakluman pembatalan ordinan-ordinan darurat yang belum di perkenankan  oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dari awal lagi, pihak pembangkang telah menyuarakan bantahan bahawa penangguhan  sidang yang sedan berjalan pada  petang hari Khamis lalu adalah konpirasi untuk tidak membahaskan isu pembatalan ordinan-ordinan darurat di Parlimen.  Apatah lagi apabila baki satu hari lagi persidangan Dewan Rakyat dan Mesyuarat Khas Dewan Negara ditangguhkan terus pada minggu hadapan.  Kebarangkalian mengaitkan bahawa peangguhan ini adalah helah Kerajaan yang berselindung disebalik pandemik COVID-19. 

Lihat...apakah reaksi dan realitinya.

Suatu catatan jua,

Jenderam Hulu, 

31 Julai 2021, jam 5.00 ptg.





 

Wednesday 28 July 2021

ORDINAN-ORDINAN DARURAT BATAL : DEWAN TERKEJUT, KECOH DAN YANG DI-PERTUAN AGONG AMAT DUKACITA !!!!!!

 

Sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)  membuat kenyataan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021 semasa memberi  respon kepada desakan beberapa Ahli Parlimen, Dewan setiap hari, 27 hingga 29 Julai 2021 sentiasa dibangkitkan isu ini yang  meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana  mengelirukan Dewan mnengikut Peraturan 36(12).   Kenyataan Menteri adalah seperti berikut:

bahawa Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila tamat 1 Ogos 2021.” (Penyata Rasmi, hal.35).

 

“Semua Ordinan Darurat, sebanyak enam Ordinan Darurat yang dibuat telah diputuskan untuk direvoke berkuat kuasa 21 Julai 2021” (Penyata Rasmi, hal.40).

 

Hari ini, 29 Julai 2021 kira-kira  jam 12.15 tengahari, Ketua Pembangkang (YB Port Dickson) telah bangun dengan Peraturan  36(12) dan membacakan Kenyataan media Istana Negara, yang antara lain menyatakan:

 

“ Sri Paduka Baginda menzahirkan  rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan sermua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan Baginda “

 

Persidangan menjadi kecoh dan hingar bingar dengan jeritan supaya Menteri di Jabatan Perdana itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, malah Ahli Parlimen Tanjong Karang menggesa supaya persidangan ditangguhkan bagi membolehkan Yang di-Pertua membuat keputusan.  Kira-kira jam 12.243, Timbalan Yang di-Pertua 2 telah menagguhkan persidangan selama 15 minit.   Seterusnya pada jam 12.46 tengahari, persidangan ditempohklanm hingga 1.00 tengahari dan bersidang semula jam 2.30 petang. 

Tunggu, apa seterusnya. (Catatan 12.48 tengahari)

Jam 2.30 , majlis bersidang sebentar dan Timbalan Yang di-Pertua Dato' Seri Azalina Othman memaklum dewan ditempohkan lagi sehingga jam 3.30 petang. (Catatan 2.30 ptg)

Sekitar3.25 petang semua orang yang berada dalam kawasan Parlimen tidak dibenarkan keluar.  Begitu juga tidak dibenarkan masuk kecuali Ahli-ahli Parlimen.

Jam 3.30 , Timbalan Yang di-Pertua II memaklumkan Parlimen ditempohkan sehingga 5.15 petang. Memaklumkan perutusan Yang di-Pertua, iaitu pemakluman Ketua Pengarah Kesihatan, terdapat 2 kes positive di Parlimen , seorang petugas positive COVID-19 sejak Isnin 27 Jul;ai hingga 28 Julai dan hari ini, Khamis, 29 Julai 2021, seorang lagi positif hasil saringan sendiri.  SEMUA ORANG YANG BERADA DI PARLIMEN TIDAK DIBENARKAN KELUAR SEHINGGA DAPAT KEPUTUSAN SARINGAN HARI INI.

Jam 5.15, Dewan bersidang semula., Timbalan Yang di-Pertua II, YB Dato' Rashid , mengumunkan keputusan saringan yang sedang,  2 lagi positive baru ditemui.  Dengan PM 12(2) ditempohkan sehingga 5.30 ptg. Bersidang semula hari Isnin, 2 Ogos 2021.

Catatan bersejarah,

 Bangunan Parlimen,

29 Julai 2021


Monday 26 July 2021

HARI BERSEJARAH : MESYUARAT KHAS DEWAN RAKYAT 26 JULAI – 2 OGOS 2021 – APAKAH REALITINYA?

Pada 26 Julai 2021(Isnin), dinantikan-nantikan oleh semua pihak.  Sebaik sahaja, selepas bacaan doa, beberapa Ahli Parlimen bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat.   Antaranya Ahli Parlimen Bandar Kuching, Semporna, Bukit Gelugor, Langkawi Puchong, Selayang, Sepang, Kota Raja, Pokok Sena.  Perkara-perkara yang dibangkitkan ialah:

 ·         Peraturan Mesyuarat 11(3) – YB Bandar Kuching dan Semporna, membangkitkan Mesyuarat Khas ini tidak selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong supaya membentang dan membahaskan Ordinan-ordinan Darurat.  Juga dibangkitkan bentang, sekadar “laid”  adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

 ·         Peraturan Mesyuarat  14 – YB Bukit Gelugor menyatakan urusan-urusan yang perlu dibawa dalam persidangan.  Dimana betapa pentingnya proklamasi dan ordinan -ordinan di bawa ke dewan dan dibincangkan mengikut Perkara 150(3).  Malah beliau mencadangkan Yang di-Pertua meletak jawatan.

 ·         YB Langkawi  membangkitkan bahawa sidang ini tidak seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong yang meminta sidang Parlimen secepat mungkin. Kerajaan memperdayakan Dewan, hanya sebagai majlis taklimat, ini satu penipuan.   Seterusnya, beliau juga menyatakan Ordinan Darurat tidak dibincangkan, PPN tidak menunjukkan keseriusan  keatas penderitaan rakyat serta ditumopukan dalam sidang ini, dan tidak perlu penerangan selama 5 hari.

 ·         Peraturan Mesyuarat 100 - YB Puchong membangkitkan tidak ada undian dalam sidang ini.  Sepatutnya diputuskan sama ada Kerajaan berjaya atau tidak menangani COVID-19 ini melalui undi. Yang di-Pertua menggunakan Peraturan 100 bagi membenarkan perbahasan atau memberi ruang bagi penerangan menteri, tetapi mengapa tidak ada ruang untuk undi.

 ·         YB Selayang  membangkitkan penerangan tidak mengikut Perkara 150(3) Perlembagaan..  Oleh itu, perlu dibahaskan usul Port Dickson dan Beruas.

 ·         YB Sepang membangkitkan perbezaan Perkara 150(3) supaya ordinan darurat dbentangkan dengan Perkara 107 juga disebut laporan audit dibentang.  Tetapi  bagi Perkara 150-(3), ada perkara revoke, resolution, yang membawa makna perl dibahas dan diputuskan.  Katanya ini penderhakaan kepada Yang di-Pertuan Agong..

 ·         YB Kuala Krau  yang juga Timbaalan Menteri Dalam Negeri bangun mengemukan peraturan / standing order Peraturan 11(3) yang sah digunakan.  Beliau diganggu oleh ramai Ahli Parlimen Pembangkang, antaranya Bukit Gelugur, dan  Kuala Selangor.  Beliau juga menyatakan Yang diPertua boleh menjelaskan dengan menggunakan Peraturan 100.

·         YB Kota Raja menyatakan bahawa letakkan dulu Perautan Mesyuarat,  dimana selepas bahas baharu menteri/ timbalan menteri jawab (merujuk YB Kuala Krau)..Bewliau juga bangkit, Kerajaan derhaka dan patuh dengam titah Yang di-Pertuan Agong supaya darurat dibahaskan.

 ·         YB Pokok Sena juga bangkitkan mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, dimana prokamasi dan ordinan darurat dibentang dan dibahaskan mengikut Perkara 150(3).

 ·         Akhir sekali YB Menteri Parlimen dan Undang-Undang (Kota Bharu) juga bangun memberi sedikit penjelasan dengan menyatakan mesyuarat hari ini adalah Mesyuarat Khas Penggal Ketiga (2021), dimana masih dalam tangguhan penggal ketiga  serta belum diprorog dan penggal keempat belum dipanggil. Peraturan Mesyuarat adalah sebahagian dari Perlembagaan, dimana Perkara 162, Parlimen boleh menentukan peraturannya.  Sebelum ini pun beberapa Mesyuarat Khas telah diadakan. Perauran 11(3) memberi kuasa .Perdana Menteri. Dimasa ini, ahli-ahli pembangkang menjerit-menjerit  “mengapa tak undi”.

Hampir satu jam berlalu, baharulah  Yang di-Pertua memberi penjelasan bahawa Penggal Ketiga belum diprorog dan masih dalam tangguhan.  Takwim bagi Penggal Keempat telah diedarkan.  Oleh kerana dalam tangguhan, ia adalah kuasa Perdana Menteri. Dan urusan ditetapkan oleh Perdana Menteri (shall bew appointed by the Prime minister”).  Oleh itu hanya urusan Kerajaan sahaja.  YB Pulai menvcelah dengan me yatakan Ynag di-Pertua menyelewengkan Dewan dan dinafikan oleh Yang di-Pertua.

Seterusnya Yang di-Pertua  mempersilakan YB Port Dickson membangkitkan mengenai usulnya yang dikmukakankan pada 17 Julai 2021 yang ditolak atas alasan Peraturan 11(3) menetapkan urusan yang khusus. Beliau ,enyatakan, ini menyalahgunakan peraturan oleh Yang di-Pertua. Betul, ordinan dibentangkan tetapi tidak ada undi..  Malah belum ada perakuan darurat akan ditamatkan pada 1 )gos 2021.

YB Beruas juga membangkitkan  bahawa darurat dibincangkan tetapi tidak ada keputusan  dan  berkata “jangan jadikan bicara kopitiam.  Beliau tidak puashati empat usulnya ditolak..  Usulnya ditolak atas alasan urusan telah ditetapkan, tidak dinyatakan secara jelasa peraturan yang dibawa  dan tidak teratur.  Beliau akan kemukakan rayuannya pada hari ini bagi membatalkan keputrusan Yang di-Pertua.

Seterusnya YB Menteri Parlimen dan Undang-Undang memberi penjelasan tiga perkara sebagi respon kepada hujahan Ketua Pembangkang, iaitu :-

(i)        dalam pemberitahu Perdana Menteri kepada Yang di-Pertua bahawa Yang di-Pertuan Agong telah berkenan supaya Mesyuarat Khas pada 26 Julai hingga 2 Ogs.

(ii)          Kerajaan telah memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytuharkan darurat selepas Ogos.

(iii)     Kerajaan juga memutuskan untuk membatalkan semua ordinan darurat. Oleh itu  isu ungkai tidak releven lagi.

Pengumuman  tersebut telah menyebabkan pihak pembangkang terkejut dan suasana bising.  Sekitar jam 11.45 pagi, Perdana Menteri berucap memberi penerangan berkenaan Pemulihan  Negara.  Namun terganggu dengan celah pihak pembangkang yang tidak puas hati antaranya YB Bagan  dan Batu Kawan,.  Manakala YB Puchong pula  membangkitkan Peraturan Mesyuarat 14 menyatakan bahawa keputusan darurat dilanjutkan atau tidak perlu dibuat  oleh Dewan.  YB Arau dan Pasir Salak juga bangun untuk mencelah.  Malah YB Port Dickson juga mencelah dan menyatakan tidak mempertikaikan tapi meminta Menteri memberi penjelasan.  Suasana bising berterusan walaupun Perdana Menteri terus berucap dan terpaksa duduk.  YB Menteri Parlimen dan Undang-Undang bangun menjelaskan semua ordinan darurat itu sebanyak enam ordinan telah diputuskan untuk dibatalkan (revoke) berkuatkuasa pada 21 Julai 2021, bukan hari ini. 

Seterusnya keadaan agak tenang dan Perdana Menteri menyambung ucapannya.  Setelah Perdana Menteri selesai membentangkan penerangannya, seramai 11 orang Ahli Parlimen meminta penjelasan dan memberi pandangan dalam suasana perbahasan yang panas.  Antaranya YB Port Dickson, Langkawi, Jelebu, Semporna,Kota Raja, Jempol, Muar, Pulai dan terakhir Simpang Renggam.   Sekitar 4. 45 petang, YB Menteri Kewangan menjawab, namun suasana kecoh dan bingit apabila ramai  ahli pembangkang bangun dan meminta Perdana Menteri sendiri menjawab atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri menjawab.  Timbalan Perdana Menteri bangun dan menyatakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah berkaitan dengan tindakan Kementerian Kewangan, maka wajarlah beliau menjawabnya malah beliau adalah Menteri Penyelaras PPN. Jawapan menteri juga boleh disebut “penggulungan” kerana tiada perbezaan dengan penggulungan yang selalu dibuat dan selesai pada jam sekitar 5.45 petang..  Sebelum menangguhkan persidangan, Ynag di-Pertua memaklumkan YB Menteri Parlimen dan Undang-undang akan memberi penjelasan pada hari isnin, 2 Ogos walaupun mendapat bantahan khususnya YB Bagan yang mahukan penjelasan pada esok hari (27 Julai).

Rumusan, urusan ini hanya bersifat penerangan, namun semasa Ahli-ahli Parlimen berucap meminta pandangan dan penjelasan adalah sama dengan suasana perbahasan biasa malah lebih hangat dalam banyak perbahasan sebelum ini..  Bezanya  tiada keputusan dibuat atau undian.  Inilah point yang sebenarnya dikehendaki oleh pihak pembangkang supaya diadakan persidangan Parlimen semasa darurat.  Itulah realitinya!!!.

 

Suatu catatan realiti yang bersejarah.

Bangunan Parlimen, 

26 Julai 2021

TIGA HARI MENJELANG MESYUARAT KHAS DEWAN RAKYAT – KEFAHAMAN YANG KELIRU...

Pada 23 Julai 2021(Jumaat) , kira-kira 3.00 petang pihak Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) telah mengeluarkan Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) seperti berikut:

            " PENERANGAN DARIPADA MENTERI-MENTERI

1. Perdana Menteri :-

Penerangan oleh YAB Perdana Menteri berkenaan Pelan Pemulihan Negara.*

 

2. Menteri Kesihatan :-

Penerangan oleh YB Menteri Kesihatan berkenaan Tindakan Menangani Pandemik COVID-19.*

 

3. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi :-

Penerangan oleh YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkenaan Program Vaksinasi.*

 

4. Menteri Kewangan :-

Penerangan oleh YB Menteri Kewangan berkenaan Pakej-Pakej Bantuan Ekonomi.*

 

 5. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan :-

Penerangan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan berkenaan Pelaksanaan Darurat.*

*Diikuti dengan Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberikan pandangan dan diakhiri dengan Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat"

Catatan “Ahli-ahli Yang Berhormat meminta penjelasan dan memberikan pandangan dan diakhiri dengan Yang Berhormat Menteri menjawab isu-isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Yang Berhormat” selepas bilangan nombor 5 menyebabkan pelbagai pihak termasuk media tersalah menanggapi bahawa pada 26 Julai 2021 semua Menteri-menteri tersebut akan berucap dan selepas itu akan dibuka kepada Ahli-ahli berucap memberi pandangan dan minta penjelasab dan selepas  itu Menteri-menteri akan menjawab sehibgga 2 Ogos 2021. 

Sebenarnya apa yang akan berlaku ialah pada hari pertama, 26 Julai 2021,  Perdana Menteri akan membuat penerangan, kemudiannya diikuti “perbahasan” oleh Ahli-ahli Parlimen dan selepas akan dijawab atau juga dikenali sebagai “ menggulung”.  Walau bagaimana pun, selepas selesai menjawab, Yang di-Pertua tidak akan mengemukakan masalah kehadapan majlis untuk diputuskan.  Dengan lain perkataan tiada undian dibuat sama ada secara suara atau belahbahagian.  INILAH KELAIANAN PERSIDANGAN MESYUARAT KHAS INI.

Seterusnya AUM menyenaraikan Risalat-risalat yang dibawa kedalam mesyuarat, iaitu:-

 RISALAT-RISALAT YANG DIBAWA KE DALAM MESYUARAT (DEWAN RAKYAT)

 

TAHUN 2021

RISALAT/DOKUMEN

TARIKH DIBENTANGKAN

CMD. 2

Proklamasi Darurat (No.2) P.U. (A) 356/2020 yang diwartakan pada 15 Disember 2020

 

26 Julai 2021

CMD. 3

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2020 P.U. (A) 357/2020 yang diwartakan pada 15 Disember 2020

 

26 Julai 2021

CMD. 4

Proklamasi Darurat (No.3) P.U. (A) 358/2020 yang diwartakan pada 15 Disember 2020

 

26 Julai 2021

CMD. 5

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.3) 2020 P.U. (A) 359/2020 yang diwartakan pada 15 Disember 2020

 

26 Julai 2021

CMD. 6

Proklamasi Darurat P.U. (A) 7/2021 yang diwartakan pada 12 Januari 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 7

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 P.U. (A) 12/2021 yang diwartakan pada 14 Januari 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 8

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 151/2021 yang diwartakan pada 31 Mac 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 9

Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 186/2021 yang diwartakan pada 21 April 2021

26 Julai 2021

CMD. 10

Ordinan Darurat (Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 173/2021 yang diwartakan pada 15 April 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 11

Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 76/2021 yang diwartakan pada 25 Februari 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 12

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 P.U. (A) 110/2021 yang diwartakan pada 11 Mac 2021

 

26 Julai 2021

CMD. 13

Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 P.U. (A) 77/2021 yang diwartakan pada 25 Februari 2021

 

26 Julai 2021

 

 

Oleh kerana proklamasi dan ordinan-ordinan disenaraikan sebagai “risalat yang dibawa ke dalam mesyuarat” bermakna ordinan-ordinan hanya dibawa kepada mesyuarat tetapi tidak menjadi urusan untuk “dibentangkan secara lisan/ucapan” yang disebut sebagai “bahas” dan sekadar diletakkan (laid) atas meja ahli mesyuarat sahaja.  Manakala tarikh dibentang pada 26 Julai 2021 bermakna tarikh dokumen itu dibawa masuk ke dalam mesyuarat dan diletakkan atas mesa ahli-ahli Dewan.

Walau bagaimanapun, laporan BERNAMA seperti yang diberitakan oeh Berita Harian dengan tajuk “ Ahli Parlimen kembali ke Parlimen Isnin ini”, (Julai 24, 2021 @ 8:49am)  melaporkan seperti berikut:

“Buat pertama kali untuk tahun ini, Ahli Parlimen akan berkumpul di bawah satu bumbung bagi mendengar penerangan, mengajukan soalan dan membahaskan beberapa perkara berkaitan Proklamasi Darurat dan langkah kerajaan menangani pandemik COVID-19.”

 

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu juga berbeza dengan mesyuarat penggal biasa antaranya tanpa istiadat pembukaan oleh Yang di-Pertuan Agong, perbahasan rang undang-undang (RUU) dan sesi soal jawab lisan.

Sebaliknya, urusan mesyuarat khas itu bagi membentangkan Proklamasi Darurat serta Ordinan-ordinan Darurat yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat itu mengikut Perkara 150 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Turut dijadualkan adalah pembentangan Proklamasi Darurat (mengenai Pilihan Raya Parlimen Gerik, Perak, Pilihan Raya Negeri Bugaya, Sabah) serta penerangan daripada menteri berhubung PPN, program vaksinasi, pelaksanaan darurat dan pakej bantuan ekonomi.

Laporan tersebut membayangkan pembentangkan proklamasi dan ordinan-ordinan darurat dalam bentuk perbahasan seperti biasa, pada hal hanya sekadar dilbentang yang bermaksud diletak atas meja sahaja.

Manakala  Berita Harian, 26 Julai 2021 (7.30 am) dengan tajuk “Sidang khas Dewan Rakyat: Muhyiddin bentang PPN hari ini” telah  membuat huraian dalam bentuk  grafik.. Dalam grafik tersebut menyenaraikan urusan mesyuarat dengan mendahulukan urusan membentangkan proklamasi dan ordinan-ordinan darurat dan diikuti dengan penerangan Menteri-menteri.  Penjelasan grafik tersebut ternyata tidak menjelaskan apakah sebenarnya  akan berlaku dalam persidangan Dewan Rakyat di Mesyuarat Khas dari 26 Julai hingga 2 Ogos 2021.

Suatu catatan pencerahan jua.

Jenderam Hilir.

24 Julai 2021


 

Friday 16 July 2021

KEKELIRUAN KEFAHAMAN SIDANG KHAS DEWAN RAKYAT SEMASA MESYUARAT KHAS DARI 26 JULAI HINGGA 2 OGOS 2021

 Terlebih dagulu, penulis ingin memberi kefahaman mengenai istilah persidangan, mesyuarat  dan penggal Parlimen. mengikut Peraturan Mesyuarat 98, Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat.

“persidangan” ertinya ialah tempoh dijalankan persidangan Majlis dengan tidak berhenti-henti (termasuk masa ditempohkan persidangan) dan termasuklah tempoh Majlis bersidang sebagai Jawatankuasa;

“mesyuarat” ertinya persidangan atau persidangan-persidangan Majlis bermula daripada Majlis bermesyuarat pertama kalinya selepas dipanggil mesyuarat pada bila-bila masa jua, dan habisnya apabila Majlis ditangguhkan selama lebih daripada empat belas hari atau dengan tidak ditentukan hari bulan mesyuarat akan datang, atau setelah tamat sesuatu penggal Parlimen;

“penggal Parlimen” ertinya ialah persidanganpersidangan Majlis mula daripada permulaan Majlis bermesyuarat selepas ditubuhkan Majlis atau selepas diberhentikan atau dibubarkan Parlimen pada bila-bila masa jua; dan habisnya apabila Parlimen diberhentikan atau dibubarkan dengan tidak diberhentikan terlebih dahulu.

Ringkasnya persidangan adalah merujuk kepada hari-hari bersidang, mesyuarat pula merujuk kepada himpunan jumlah hari bersidang seperti Mesyuarat Pertama/ Mesyarat Kedua, dan penggal Parlimen merujuk kepada beberapa mesyuarat yang dhimpunkan (biasanya mengikut tahun).

Seterusnya, merujuk kepada Ulasan: Pastikan sidang khas parlimen bukan gimik politik oleh Fakhrurrazi Rashid yang dilaporkan oleh Malaysiakini pada 17  Julai 2021, 8:28 am,  telah  mempersoalkan beberapa perkara.  Disini penulis ingin membuat huraian berdasarkan kefahaman dan pengalaman penulis.

·         Sidang itu hanya menumpukan penerangan daripada pada menteri selama lima hari.

Berdasarkan pemberitahu Mesyuarat Khas ini hanyalah untuk urusan mengikut Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) iaitu penerangan daripada Menteri-menteri.   Mengikut peraturan dan amalannya, ia hanya penerangan satu hala oleh pihak Menteri tanpa ada perbahasan bahkan tidak dibenarkan clahan meminta penjelasan. Tetapi kali ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat membenarkan permohonan Ketua Majlis (Pedana Menteri) bagi  membenarkan ahli-ahli Parlimen memberi pandangan dan minta penjelasan semasa penerangan tersebut.  Walau bagaimanapun, tidak perlu diputuskan, bermakna tiada undian sama ada undian suara atau belahbahagia.

Dengan demikian urusannya hanya penerangan daripada Menteri-menteri mengenai Pelan Pemulihan Negara, tindakan menangani pandemik COVID-19, Program Vaksinasi, pakej-pakej bantuan ekonomi dan pelaksanaan darurat 2021.  

·         Adakah ini bermaksud perbahasan dan proses pengundian ke atas Pelan Pemulihan Negara (PPN), Ordinan Darurat, dan pelaksanaan parlimen hibrid tidak akan berlaku pada 26 Julai?

Dalam pemberitahu  telah dinyatakan urusan membentangkan Proklamasi Darurat bertarikh 11 Januari 2021 dan Ordinan-ordinan Darurat 2021 dan juga Proklamasi Darurat (N0. 2) bertarikh 12  Disember 2020 (PRK Parlimen Geruk) dan  Proklamasi Darurat (N0. 3) bertarikh 12 Disember 2020 (PRJ DUN Bugaya) dan Ordinan-Ordainan Darurat dibawahnya.

Fasal (3), Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:-

 

“ (3) Proklamasi Darurat dan apa-apa ordinan yang dimasyhurkan di bawah Fasal (2B) hendaklah dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen dan, jika tidak terlebih dahulu dibatalkan, hendaklah terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis yang mengungkaikan Proklamasi atau ordinan itu, tetapi tanpa menjejaskan apa-apa jua yang dilakukan sebelumnya menurut kuasa Proklamasi atau ordinan itu atau tanpa menjejaskan kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan suatu Proklamasi baru di bawah Fasal (1) atau memasyhurkan apa-apa ordinan di bawah Fasal (2B)”

 

Oleh yang demikian, maksud membentangkan Proklamasi  Darurat dan Ordinan-Ordinan Darurat  adalah meletakkan atas meja Ahli-ahli Mesyuarat (“dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen” / “shall be laid before both Houses of Parliament”).  Dalam hal ini, tiada perbahasan dan persetujuan keatasnya.  Inilah kehendak perundangan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

Sekiranya Proklamasi Darurat  dan Ordinan-ordinan Darurat hendak dibahaskan dan diputuskan,  maka  Kerajaan hendaklah mengemukakan Usul Kerajaan mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3).   Sebaliknya, jika usul itu dikemukakan oleh Ahli Parlimen, kaka ia dikenali sebagai Usul Persendirian yang akan disenaraikan selepas urusan-urusan Kerajaan dan kemungkinan untuk dibahaskan adalah amat tipis, dimana Peraturan Mesyuarat 14 memberi keutamaan kepada urusan keraajan melainkan pihak kerajaan membenarkannya.

 

Berkaitan pelaksanaan persidangan Parlimen hibrid pula, walaupun semasa Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri pada 5 Julai 2021 dinyatakan antara tujuan Mesyuarat Khas adalah untuk meminda perundangan dan peraturan-peraturan berkaitan persidangan secara hybrid, tetapi tidak pula disebut dalam pemberitahu oleh Setiausaha Dewan Rakyat.  Ini bermakna pihak Kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak melaksanakan persidangan secara hibrid. Maka tiada perbahasan dan keputusan akan dibuat oleh Dewan Rakyat yang bersidang khas pada 26 Julai hingga 2 Ogos 2021.

 

·         Konsep sidang khas parlimen kali ini dilihat lari dari konsep sebenar apabila parlimen dijadikan tempat mendengar 'kuliah' menteri tanpa perbahasan dan proses undian.

 

Mesyuarat Khas diadakan mengikut  Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membolehkan Ketua Majlis atau Timbalan Ketua Majlis memanggil mesyuarat semasa majlis “dalam tangguhan” iaitu tempoh satu mesyuarat dengan mesyuarat yang berikutnya.  Maksudnya apabila persidangan dalam Majlis Mesyuarat Parlimen ditangguhkan “ sine die “ ( kesuatu tarikh yang tidak ditetapkan)  dan sebelum persidangan Majlis Mesyuarat Parlimen berikutnya. Di peringkat inilah, sekiranya ada keperluan yang mendesak,  pihak Ketua Majlis boleh memanggil “mesyuarat semasa majlis dalam tangguhan” yang secara amalannya disebut sebagai “mesyuarat khas”.   Walaupun istilah “mesyuarat khas” tidak disebut dalam peraturan mesyarat, tetapi ia adalah manifestasi dari peraturan mesyuarat.

 

Dari aspek konsep Mesyuarat Khas, iai tiada cacatnya,  Yang membezakannya adalah urusan yang ditetapkan oleh Ketua Majlis.

 

 

·         Kali terakhir sidang khas parlimen diadakan ialah pada 26 dan 27 Jan 2016 ketika Kerajaan membawa usul membahaskan penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dan diputuskan secara undi belahbahagian.

Oleh kerana Mesyuarat Khas  mengenai TPPA adalah  untuk membuat ketetapan dan keputusan, maka kerajaan mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3).  Usul sedemikian, sememangnya dikehendaki perbahasan dan perlu diputuskan sama ada secara undian suara atau belahbahagian.

·         Sidang Khas Parlimen perlu berbincang untuk meneruskan fungsi jawatankuasa pilihan khas (JPK) bagi menyiasat dan menyemak dasar-dasar kerajaan sebelum persidangan penuh parlimen yang akan bermula pada 6 Sept ini.

Mesyuarat Khas Dewan Rakyat sebenarnya tidak perlu membincangkan bagi membolehkan jawatan kuasa pilihan khas, kerana Yang di_Pertuan Agong telah memberi perkenan disamping  memanggil Mesyuarat Khas juga membenarkan jawatankuasa pilihan khas bersidang dan meneryskan fungsinya dalam tempoh darurat.

Sebagai penutup, ciri-ciri persidangan dalam Mesyuarat Khas ialah persidangan diadakan semasa Dewan Rakyat dalam tangguhan, pemberitahu dalam tempoh yang munasabah dan urusanya hanya yang ditetapkan oleh Ketua Majlis (Perdana Menteri).   Bentuk dan kaedah perjalanan persidangan pula bergantung kepada urusan-urusan yang telah ditetapkan.

Suatu catatan pencerahan jua.

Jenderam Hulu,

17 Ogos 2021.

 

 

 

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...