Saturday 3 July 2021

GESAAN MEMUNCAK SUPAYA PARLIMEN BERSIDANG SEMASA DARURAT

 

Berikutan pandangan dan desakan pelbagai pihak, maka Yang di-Pertuan Agong menitahkan supaya persidangan Parlimen segera diadakan bagi membolehkan proklamasi darurat dan ordinan-ordinan darurat dibentangkan di Dewan Rakyat seperti termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.  Kronologi titah Yang di-Pertuan Agong melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Diraja sepert berikut:

    1. Pada 24   Februari 2021,  Istana Negara mengeluarkan kenyataan  selepas  Yang  di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap Speaker Dewan Negara, Tan Sri   Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara.  Ringkasan kenyataan seperti berikut:-

·     bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri.  Juga menzahirkan pandangan bahawa semua jawatankuasa pilihan khas hendaklah meneruskan sesi mesyuarat untuk pelaksanaan mekanisme semak dan imbang.   Ini  termaktub dalam sub perenggan 14 (1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana


· tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.

 

·     perkenan Seri Paduka atas nasihat Perdana Menteri mengenai pengisytiharan Proklamasi Darurat pada 12 Januari lalu adalah semata-mata sebagai langkah proaktif untuk membendung penularan COVID-19 yang meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini.

 

·   Yang di-Pertuan agong juga mengambil maklum atas hal-hal sampingan berkaitan budaya, warisan dan etika tataperlakuan Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara semasa melunaskan tanggungjawab berbahas dan bertindak agar sentiasa bersifat mulia dan dipandang tinggi.

2.  Pada 16 Jun 2021 sekali lagi Yang di-Pertua Agong melalui kenyataan media Datuk Pengelolau Diraja menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.. Ini adalah berikutan sesi menghadap Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara, pada 15 Jun 2021 di Istana Negara dan Mesyuarat Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun 2021 (2.30 – 5.30 petang).   

Melalui kenyataan media oleh Penyimpan Mohor Raja-Raja Melayu pada Tarikh yang sama. 16 Jun 2021  telah memaklumkan bahawa Raja-Raja Pemerintah telah sependapat dalam perkara-perkara berikut:-

 

(i) Nyawa dan kehidupan rakyat wajib diutamakan mengatasi perkara- perkara lain.

(ii) Program vaksinasi hendaklah dipertingkatkan dengan mengurangkan kerenah birokrasi agar mencapai matlamat imuniti kelompok 80 peratus secepat mungkin.

(iii) Program menangani wabak COVID-19 hendaklah difahami serta mendapat sokongan rakyat tanpa menimbulkan sebarang keraguan dan tanpa dianggap mempunyai sebarang muslihat politik yang terselindung.

(iv) Kaedah menangani wabak COVID-19 hendaklah bersifat inklusif, melibatkan pelbagai pihak berkepentingan dalam semangat yang sedia mendengar, sedia mempelajari, sedia melakukan pengubahsuaian, sedia melakukan penambahbaikan dan sedia melakukan penerokaan baharu hingga berjaya meyakinkan dan berjaya mendapat kerjasama penuh rakyat pelbagai peringkat.

(v) Suhu politik yang semakin panas wajib diredakan.

(vi) Pentingnya sebuah kerajaan yang stabil dan mendapat keyakinan serta mendapat sokongan majoriti rakyat.

(vii) Tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021.

 

3.      Pada 29 Jun 2021, jam 11.00 pagi, Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Yang di-Pertua Dewan Negara telah dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong.  Selepas itu, Istana Negara  telah membuat kenyataan media bahawa “ Yang di-Pertuan Agong menzahirkan pandangan  supaya persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin dengan mengikut garis panduan dab  prosedur operasi standard  COVID-19 yang ditetapkan oleh Kerajaan dan parlimen Malaysia”.  Juga Yang di-Pertuan Agong “menzahirkan semua jaawatankuasa-jawatankuasa pilihan Parlimen perlu meneruskan sesi mesyuaratnya bagi melaksanakan mekanisma semak dan imbang “

Selanjutnya pada 30 Jun 2021,Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Dewan Negara dalam kenyataan media Bersama telah bahawa Yang di-Pertuan Agong telah bertitah semasa menghadap Yang di-Pertuan Agong, telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen .  Juga  titah tersebut telah dimaklumkan  kepada  Perdana Menteri agar satu persidangan khas diadakan sebelum 1 Ogos 2021 mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Yang di-Pertua Dewan Negara dilaporkan “ pihaknya sudah mengutus surat kepada Pejabat Perdana Menteri dengan mencadangkan tarikh persidangan khas selama  dua atau lima hari dan persidangan  biasa dibuat pada akhir Ogos.”   Beliau menambah, bahawa  persidangan khas ini seara fizikal, bukannya secara  hybrid disebabkan kekangan Peratutan Mesyuarat dan undang-undang berkaitan.(FMT, 30 Jun 2021)

Isu mengenai bila tarikh pembukaan Parlimen telah mencetuskan polemik, kontroversi dan perdebatan hangat dalam kalangan banyak pihak khususnya ahli-ahli politik negara.   Ini adalah susulan tiga kali teguran dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong, namun masih belum mendapat respons konkrit daripada pihak berkenaan.  Pengerusi PH dan kepimpinan parti-parti komponennya (DAP dan AMANAH) menggesa Ahli-ahli Parlimen untuk berhimpun di Parlimen jika mereka tidak mendengar sebarang pengumunan daripada Perdana Menteri selewat-lewatnya 5 Julai 2021. (Malaysia Now, 2 Julai 2021)

Sinario demikian telah mendorong Menteri di Jabatan Perdaana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) telah membuat kenyatan  pada 2 Julai 2021 bahawa “Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Parlimen telah memutuskan akan mmanggil sidang Parlimen secepat mungkin sebelum 1 Ogos 2021.  Perkara ini akan dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 7 Julai 2021

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...