Keputusan menangguhkan sidang khas Dewan Rakyat pada 2 Ogos 2021 telah dikecam oleh pembangkang dan juga pemimpin Umno yang menyifatkannya sebagai cubaan untuk melanjutkan jangka hayat kerajaan PN pimpinan Perdana Menteri Ke-8. Juga dikaitkan dengan isu pengumuman pembatalan ordinan darurat yang belum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong (YDA) dan kemudianya Istana Negara menegur dan dukacita dengan pengumuan itu.
Disinilah penulis rakamkan beberapa tanggapan yang dilaporkan oleh media. FMT pada 31 Julai 2021, 8.30 pm melaporkan denagn tajuk " Sidang Dewan Rakyat tangguh, kami tetap mahu turun Parlimen, kata Ahli Parlimen pembangkang ". Antaranya :
Sebilangan Ahli Parlimen pembangkang tetap bertegas mahu hadir ke Parlimen Isnin ini walaupun hari terakhir Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 itu sudah dibatalkan.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional adalah penderhaka, yang mana mereka sama sekali meminggirkan Perlembagaan negara yang sudah mereka janji untuk taat setia ketika mengangkat sumpah.
Katanya, tindakan Perdana Menteri mengarahkan Parlimen digantung umpama mencampuri hak Eksekutif dalam urusan perundangan. “Di mana Speaker (Azhar Azizan Harun) ketika dia seharusnya membuat keputusan sama ada Parlimen boleh atau tidak bersidang. Dia sepatutnya berkomunikasi dengan semua Ahli Parlimen. Mengapa dia menyerahkan tugasnya kepada Timbalan untuk memaklumkan kepada Ahli Parlimen?,” katanya dalam satu kenyataan.
Lim mendakwa, Muhyiddin menangguhkan sidang Parlimen kerana ingin mengelak daripada undi sama ada semua Ahli Parlimen sepakat untuk menyokong titah Yang di-Pertuan Agong berhubung Ordinan Darurat perlu dibahaskan. Jika dia mendakwa ada sokongan lebih 110 Ahli Parlimen, mengapa mereka mengelak untuk bersidang?
“Perdana Menteri, Speaker, Takiyuddin (Menteri Undang-Undang) serta Peguam Negara perlu letak jawatan segera bagi memulihkan kembali negara,” katanya sambil menambah, empat individu berkenaan perlu mohon maaf kepada Agong. Justeru, katanya, beliau sudah pun mengarahkan semua 42 Ahli Parlimen DAP untuk muncul di Parlimen pada jam 10 pagi Isnin ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kehadiran mereka pada Isnin ini di Parlimen sebagai tanda membantah penutupan institusi tertinggi negara itu.
Fahmi dan Syed Saddiq sependapat kadar jangkitan di Parlimen hanya 0.9%, iaitu di bawah paras 5% seperti disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). “Hampir kesemua Ahli Parlimen telah terima 2 dos vaksin, dan telah disahkan negatif dalam ujian RT-PCR pada 23/7 sebelum sidang khas bermula.
Menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong bahawa Ordinan-Ordinan Darurat perlu dibahas dan diputuskan di Parlimen, selaras Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan. “Maka, tidak ada kuasa yang boleh atau patut menghalang Ahli Parlimen yang sah dan berhak berasaskan Perlembagaan Persekutuan untuk hadir ke Parlimen pada Isnin, 2 Ogos ini. Allah selamatkan Malaysia dari para pengkhianat, penderhaka, dan perosak Perlembagaan Persekutuan kita.
Syed Saddiq berkata, kerajaan PN digambarkan sebagai takut untuk berbahas membabitkan ordinan darurat yang dijadual berlangsung pada sidang Parlimen, Isnin ini. “Jangan ingat rakyat bodoh. Saya & rakan MPs (Ahli Parlimen) dibayar untuk bertugas di Parlimen. Saya tetap akan ke Parlimen Isnin ni. Nak halang saya, halanglah. Saya tak takut,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Selangau Baru Bian, menyatakan rasa kecewa kerana Parlimen dipermainkan pihak kerajaan. “Baru terima notis dari Pejabat Setiausaha Dewan Rakyat bahawa Timbalan Speaker mengarahkan agar persidangan hari Isnin (2/8/2021) ditangguh ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Kenapa Parlimen di permainkan sedemikian?” katanya.
FMT pada 31 Julai 2021, 10.45 pm jugAme melaporkan reaksi penyokong Kerajaan denagan tajuk "Muhyiddin punyai sokongan ‘cukup dan jitu’ di Parlimen, sidang dewan ditangguh bukan kerana politik, kata Ahmad Faizal ". Laporan petikan adalah seperti berikut:
Ahli Parlimen Tambun itu berkata, dakwaan Muhyiddin yang juga presiden Bersatu menangguhkan sidang Dewan Rakyat Isnin ini kerana “bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang” adalah tohmahan dan tidak berasas sama sekali.
“Kita amat yakin dengan sokongan majoriti yang dapat dikekalkan bagi membolehkan kerajaan terus berfungsi dengan sempurna dan memberi fokus kepada kesejahteraan rakyat,” kata beliau kepada FMT.
“Jadi, soal mengelak daripada bersidang kerana bimbang kerajaan berkemungkinan tumbang, tidak timbul sama sekali. Kami yakin dan tahu, kerajaan yang ada kini, mendapat sokongan yang bukan sekadar cukup bilangan tetapi sokongan yang jitu,” katanya.
ereka yang mendakwa keputusan untuk menangguh persidangan kerana politik sebenarnya telah menghina penjawat awam yang menasihati kerajaan.
“Mana mungkin profesional di KKM bertindak memberi nasihat dengan meletakkan pertimbangan politik sebagai asas utama?,” katanya.
Sementara itu, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Razali Idris berkata tindakan pembangkang yang cuba mendesak undi percaya diadakan ketika mesyuarat khas yang bermula pada 26 Julai lalu jelas mempunyai niat tersembunyi. “Kalau kita tengok apabila pembangkang buat desakan untuk adakan persidangan sebagai pemulihan atau tambah baik terhadap cara menangani Covid-19, kerajaan secara jujur akan terima tetapi kita tengok mereka (pembangkang) bukan ke situ. Lagi nak kucar-kacirkan keadaan,” katanya kepada FMT.
Beliau yang juga ahli Dewan Negara berkata, semua Ahli Parlimen sudah dimaklumkan terlebih awal bahawa mesyuarat khas itu hanyalah perbahasan mengenai pelan Pemulihan Negara dan tiada sebarang usul atau pengundian boleh dilakukan pada lima hari persidangan berkenaan.
Dimasa yang sama Pejabat Perdana Menteri pula menya takan itu dibuat mengikut peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat.
Kesimpulannya, pihak pembangkang tidak setuju dengan peangguhan sidang khas ini dan tidak menerima alasan penularan COVID-19 di kawasan Parlimen yang kini telah mencecah 70 kes positif dan nasihat KKM bahawa Parlimen menjadi lokaliti berpotensi tinggi menyebarkan COVID-19. Mereka menanggapi ini sebagai helah untuk Kerajaan mengelak dalam kontraversi dan polimik pengumuman pembatalan ordinan-ordinan darurat. Walaupun Kerajaan memberikan justifikasi dengan sokongan penyokongnya, namunb ia tenggalam dalam persepsi pembangkang. Bukan sahaja pertentangan Kerajaan dengan pembangkang, malah dilihat tiada hubungan yang harmoni antara Kerajaan dengan YDA.
Suatu Catatan Reaksi jua.
Jenderam Hulu
1 Ogos 2021.
No comments:
Post a Comment