Pada 26 Julai 2021(Isnin), dinantikan-nantikan oleh semua pihak. Sebaik sahaja, selepas bacaan doa, beberapa Ahli Parlimen bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat. Antaranya Ahli Parlimen Bandar Kuching, Semporna, Bukit Gelugor, Langkawi Puchong, Selayang, Sepang, Kota Raja, Pokok Sena. Perkara-perkara yang dibangkitkan ialah:
· YB Kota Raja menyatakan bahawa letakkan dulu Perautan Mesyuarat, dimana selepas bahas baharu menteri/ timbalan menteri jawab (merujuk YB Kuala Krau)..Bewliau juga bangkit, Kerajaan derhaka dan patuh dengam titah Yang di-Pertuan Agong supaya darurat dibahaskan.
Hampir satu jam berlalu, baharulah
Yang di-Pertua memberi penjelasan bahawa Penggal Ketiga belum diprorog
dan masih dalam tangguhan. Takwim bagi
Penggal Keempat telah diedarkan. Oleh
kerana dalam tangguhan, ia adalah kuasa Perdana Menteri. Dan urusan ditetapkan
oleh Perdana Menteri (shall bew appointed by the Prime minister”). Oleh itu hanya urusan Kerajaan sahaja. YB Pulai menvcelah dengan me yatakan Ynag
di-Pertua menyelewengkan Dewan dan dinafikan oleh Yang di-Pertua.
Seterusnya Yang di-Pertua
mempersilakan YB Port Dickson membangkitkan mengenai usulnya yang
dikmukakankan pada 17 Julai 2021 yang ditolak atas alasan Peraturan 11(3)
menetapkan urusan yang khusus. Beliau ,enyatakan, ini menyalahgunakan peraturan
oleh Yang di-Pertua. Betul, ordinan dibentangkan tetapi tidak ada undi..
Malah belum ada perakuan darurat akan ditamatkan pada 1 )gos 2021.
YB Beruas juga membangkitkan
bahawa darurat dibincangkan tetapi tidak
ada keputusan dan berkata “jangan jadikan bicara kopitiam. Beliau tidak puashati empat usulnya ditolak.. Usulnya ditolak atas alasan urusan telah
ditetapkan, tidak dinyatakan secara jelasa peraturan yang dibawa dan tidak teratur. Beliau akan kemukakan rayuannya pada hari ini
bagi membatalkan keputrusan Yang di-Pertua.
Seterusnya YB Menteri Parlimen dan Undang-Undang memberi penjelasan
tiga perkara sebagi respon kepada hujahan Ketua Pembangkang, iaitu :-
(i) dalam
pemberitahu Perdana Menteri kepada Yang di-Pertua bahawa Yang di-Pertuan Agong
telah berkenan supaya Mesyuarat Khas pada 26 Julai hingga 2 Ogs.
(ii)
Kerajaan
telah memutuskan tidak akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk
mengisytuharkan darurat selepas Ogos.
(iii) Kerajaan
juga memutuskan untuk membatalkan semua ordinan darurat. Oleh itu isu ungkai tidak releven lagi.
Pengumuman tersebut telah
menyebabkan pihak pembangkang terkejut dan suasana bising. Sekitar jam 11.45 pagi, Perdana Menteri berucap
memberi penerangan berkenaan Pemulihan
Negara. Namun terganggu dengan
celah pihak pembangkang yang tidak puas hati antaranya YB Bagan dan Batu Kawan,. Manakala YB Puchong pula membangkitkan Peraturan Mesyuarat 14 menyatakan
bahawa keputusan darurat dilanjutkan atau tidak perlu dibuat oleh Dewan.
YB Arau dan Pasir Salak juga bangun untuk mencelah. Malah YB Port Dickson juga mencelah dan
menyatakan tidak mempertikaikan tapi meminta Menteri memberi penjelasan. Suasana bising berterusan walaupun Perdana Menteri terus berucap dan terpaksa duduk. YB
Menteri Parlimen dan Undang-Undang bangun menjelaskan semua ordinan darurat itu sebanyak enam ordinan telah diputuskan untuk
dibatalkan (revoke) berkuatkuasa pada 21 Julai 2021, bukan hari ini.
Seterusnya keadaan agak tenang dan Perdana Menteri menyambung
ucapannya. Setelah Perdana Menteri
selesai membentangkan penerangannya, seramai 11 orang Ahli Parlimen meminta
penjelasan dan memberi pandangan dalam suasana
perbahasan yang panas. Antaranya YB Port
Dickson, Langkawi, Jelebu, Semporna,Kota Raja, Jempol, Muar, Pulai dan terakhir
Simpang Renggam. Sekitar 4. 45 petang, YB Menteri Kewangan
menjawab, namun suasana kecoh dan bingit apabila ramai ahli pembangkang bangun dan meminta Perdana
Menteri sendiri menjawab atau sekurang-kurangnya Timbalan Perdana Menteri
menjawab. Timbalan Perdana Menteri
bangun dan menyatakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah berkaitan dengan
tindakan Kementerian Kewangan, maka wajarlah beliau menjawabnya malah beliau adalah
Menteri Penyelaras PPN. Jawapan menteri juga boleh disebut “penggulungan”
kerana tiada perbezaan dengan penggulungan yang selalu dibuat dan selesai pada
jam sekitar 5.45 petang.. Sebelum menangguhkan
persidangan, Ynag di-Pertua memaklumkan YB Menteri Parlimen dan Undang-undang
akan memberi penjelasan pada hari isnin, 2 Ogos walaupun mendapat bantahan
khususnya YB Bagan yang mahukan penjelasan pada esok hari (27 Julai).
Rumusan, urusan ini hanya bersifat penerangan, namun semasa Ahli-ahli Parlimen
berucap meminta pandangan dan penjelasan adalah sama dengan suasana perbahasan biasa malah lebih hangat dalam banyak
perbahasan sebelum ini..
Bezanya tiada keputusan dibuat atau undian.
Inilah point yang sebenarnya dikehendaki oleh pihak pembangkang supaya
diadakan persidangan Parlimen semasa darurat.
Itulah realitinya!!!.
No comments:
Post a Comment