Friday 24 June 2022

PRU 15 DIRAMAL PADA NOVEMBER 2022 -SESUAIKAH?

 

Pada 24 Jun 2022, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PRU-15 perlu diadakan segera sekiranya mahu membina kekuatan kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara. PRU-15 juga perlu dilakukan apabila semua pihak bersedia dalam apa juga keadaan yang melanda ketika iniIni berbeza dengan pandangan beliau sebelum ini, supaya Parlimen tidak dibubarkan sehingga tamat tempohnya.  Namun Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad tetapkan menegaskan sebarang keputusan untuk mengadakan PRU-15 dalam tempoh terdekat adalah pendekatan yang tidak sesuai.  ..PRU segera untuk kembalikan keyakinan rakyat - Abdul Hadi, Zatul Iffah Zolkiply  zatuliffah@hmetro.com.my, Jun 24, 2022 @ 12:21pm).

Maka sehari dua ini, cakap-cakap politik  kedengaran bahawa  desakan Parlimen dibubarkan menyebabkan  Perdana Menteri ke-9 dikatakan dalam delima dan serba salah.  Beliau berpandangan  PRU 15 sesuai pada tahun hadapan  memandangkan pada keadaan ekonomi belum pulih dan inflasi   serta kos sara hidup yang tinggi .  Maka kedengaranlah cadangan Parlimen dibubarkan pada bulan November 2022.  Untuk membolehkannya, maka pembentangan bajet 2023 di awalkan pada awal September 2022.  Mengikut Takwim Parlimen sedia ada, Bajet  dijadualkan dibentangkan  pada 28 Oktober 2022 di Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen 14 dan dijangka diluluskan  di Dewan Negara pada pada 20 Disember 2022.

Jika benar ramalan ini, maka  disini penulis rakamkan catatan semasa pembubaran Parlimen Ke-9 (1999) seperti berikut:

"Suasana harmoni  dan tenang tanpa gelora ini seolah-seolah ditinggalkan dengan suasana hening pada  hari sehari sebelum Parlimen Kesembilan dibubarkan (10 November 1999 (Rabu)).  Ketika itu, Dewan Rakyat sedang  membahaskan Belanjawan 2000 di peringkat jawatankuasa.  Pada jam 11.00 pagi, Persidangan Dewan Rakyat dikejutkan dengan pertanyaan spontan dari Y.B. Tanjong (Lim Kit Siang – DAP) yang inginkan penjelasan dari Yang di-Pertua mengenai khabar-khabar bahawa Parlimen dibubarkan. Yang di-Pertua menjelaskan bahawa beliau belum menerima apa-apa berita daripada Perdana Menteri. Sidang Dewan diteruskan seperti biasa sehingga berhenti rehat jam 1.00 tengah hari.  Pukul 2.30 petang, sidang Dewan Rakyat dimulakan dengan pengisytiharan pembubaran Parlimen yang dibaca oleh Yang di-Pertua. Sahlah, Parlimen dibubarkan pada 11 September 1999 (Khamis) dan sidang Dewan Rakyat ditangguhkan. Namun Ahli-Ahli Dewan  tidak bergerak meninggalkan Dewan. Y.B. Tanjong bangun dan berucap dan diikuti oleh Ahli-Ahli yang lain. Y.B. Jelutong (Karpal Singh) dalam ucapannya memohon maaf kepada semua dan mungkin ada yang tidak akan berjumpa lagi. Akhirnya pihak Kerajaan mengemukakan usul Merentikan Mesyuarat Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 21(1) dan persidangan Mesyuarat Dewan Rakyat diberhentikan pada 3.07 ptg."  . (ms 27, Denyut Nadi Parlimen: Catatan Dua Dekad (1998-2018), Haji Maluin, Sadiran, 2021)

Berikutan pembubaran tersebut   " Pilihan Raya Umum Kesepuluh (PRU 10) diadakan pada 29 November 1999, dan keputusannya telah menunjukkan peningkatan ketara kerusi pembangkang.  Kali ini jumlah Ahli Parlimen pembangkang berjumlah 43 orang dan Ahli Parlimen Barisan Nasional pula ialah 149 orang (Jumlah Ahli Dewan Rakyat  ketika itu ialah 192 orang). "

Pembubaran tersebut adalah kali pertama dalam pilihan raya dinegara ini  dan pilihan raya diadakan pada hujung tahun.  Malah Penggal Pertama Parlimen Ke-10 diadakan singkat iaitu  20 hingga 20 Disember 1999 bagi Dewan Rakyat dan 27 hingga 28 Disember bagi Dewan Negara untuk meluluskan bajet interim kerana Bajet 2000 telah luput beriringan dengan pembubaran Parlimen Ke-9 yang ketika itu sedang dibahaskan di peringkat jawatankuasa.

Oleh yang demikian, penulis ingin mengingatkan jika Parlimen ke-14 hendak di bubarkan pada bulan November 2022, maka semestinya dipastikan Bajet 2023 telah  diluliuskan Di Dewan Negara.  Ini bagi memastikan Bajet telah diluluskan.   Keadaan ini boleh merujuk kepada catatan penulis:

"Ketika Parlimen Kesembilan dibubarkan, Belanjawan 2000 belum diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dan ia luput selaras dengan pembubaran Parlimen.   Perkara 55(5) Perlembagaan Persekutuan  menyatakan  Rang Undang-Undang yang dalam pertimbangan Majlis tidak luput disebabkan oleh Prorog ( Mesyuarat Parlimen diberhentikan antara Penggal Parlimen). Bagi membolehkan perbelanjaan dibuat bagi sebahagian tahun 2000 sebelum Rang Undang-Undang Perbekalan untuk tahun 2000 diluluskan, maka Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kesepuluh diadakan dari 20 hingga 23 Disember 1999 bagi Dewan Rakyat dan 27 Disember dan 28 Disember 1999 bagi Dewan Negara bagi meluluskan Usul Perbelanjaan Sebahagian Tahun 2000 (Belanjawan  Interim)." (ms 28, Denyut Nadi Parlimen: Catatan Dua Dekad (1998-2018), Haji Maluin, Sadiran, 2021).

Sekiranya Parlimen 14 dibubarkan sebelum sempat Bajet 2023 diluluskan di Dewan Negara, maka akan berlaku pembaziran dan pembohongan kepada  rakyat. Ini kerana apa-apa cadangan dalam Bajet itu tidak dapat dilaksankan melainkan di bentangkan semula selepas PRU 15. Adakah ini suatu kebaikan dan memberikan suasana "feel good" untuk diadakan PRU?  Walau pun pembubaran Parlimen ke-9 (1999) itu sebelum Bajet 2000 diluluskan, tidak memberi kesan signifikan kepada keptusan PRU 10, tetapi  kesannya ialah meningaktkan kemenanganan pembangkang ketika itu waalaupun BN maseh menang dua pertiga semasa era pentadbiran Perdana Menteri ke-4. 

Suatu Catatan jua.
Jenderam Hulu, 24 Jun 2022.

Tuesday 21 June 2022

MESYUARAT KEDUA, PENGGAL KELIMA PARLIMEN KE-14 (DEWAN RAKYAT: 18 JULAI HINGGA 4 OGOS 2022)

 Adakah  Persidangan Terakhir  Sebelum PRU 15?

 

Sebagaimana MoU Persefahaman dan Kesetabilan yuang dicatatkan sebelum ini, ada  menyatakan bahawa PRU tidak diadakan seawal 31 Julai 2022.  Lantaran itu, menjelang tarikh tersebut pelbagai ramalan dan tanggapan bilakah PRU 15 akan diadakan.  Secara umum, dapat dilihat parti politik tertentu khususnya UMNO amat ghairah supaya Parlimen dibubarkan lebih awal. Manakala parti-parti  pembangkang, khususnya PH, bahkan parti-parti yang membentuk kerajaan – PN – mengharapkan parlimen dibubarkan sehingga akhir penggal, iaitu  Julai 2023.

 

Pada 16 Jun 2022, Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) telah mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Kkedua, Penggal Kelima Parlimen ke-14  bagi Dewan Rakyat yang bersidang dari  18 Julai  hingga 4 Ogos 2022 yang dikhusukan untuk urusan Rang Undang-Undang dan urusan kerajaan  yang lain.   MUNGKINKAH INI PERSIDANGAN DEWAN RAKYAT TERAKHIR SEBELUM PRU 15?…TUNGGU DAN LIHAT.

 

Pada  20 Jun 2022, Sinar  Harian melaporkan   PRU15 hangat diperkatakan kembali apabila muncul desakan sesetengah pihak yang mahu ia diadakan dalam kadar segera. Namun, ada juga beberapa pemimpin politik yang berbeza pendirian dan mahukan PRU15 tidak diadakan lagi bagi memberi fokus kepada kebajikan rakyat. Ia sekali gus mengundang dilema kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam menentukan tarikh pilihan raya tersebut.  [https://www.sinarharian.com.my/article/205497/ANALISIS-SEMASA/PRU15-hangat-diperkatakan-muncul-desakan-mahu-diadakan-segera].


Salam hormat, 

Suatu catatan dipinggiran jua.


Rabu, 22 Jun 2022

 


PRU 15 DIPERSIMPANGAN: KAPANKAH?

 

Semasa mengumumkan pelaksanaan Proklamasi Darurat 2021 pada 12 Januari 2021, Perdana Menteri 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjelaskan bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja pandemik COVID-19 reda.  Ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) 15 diadakan.  Komitmen yang sama ditegaskan sekali lagi semasa ucapannya dalam siaran langsung mengenai perlaksanan Ordinan Darurat 2021 pada 4 Februari 2020.

Namun reaksi parti politik khususnya pihak pembangkang adalah disebaliknya.  Dimana, Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian tidak mahu PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, sebaliknya mahu mandat rakyat dikembalikan kepada mereka.  Dalam satu kenyataan bersama Majlis Setiausaha PH pada 5 Februari 2021, mereka mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri yang sering membangkitkan isu berkaitan pilihan raya. [Sinar Harian, 5 Februari].  Kenyataan tersebut di pertegaskan oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad, bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak perlu diadakan ketika ini kerana Pakatan Harapan (PH) yakin memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan. Beliau menyatakan angka dimiliki ketika ini tidak mencecah dua pertiga, namun cukup untuk membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah.  [BH Online, 5 Februari 2021].  Begitu juga UMNO, parti bersekutu dengan PN juga menggesa Undi 18 disegerakan sebagaimana laporan Sinar Harian pada 16 Februari 2021 bertajuk “Kerajaan perlu laksana undi 18 tahun PRU15: UMNO”. Ketua Penerangan UMNO menyatakan “Ahli Parlimen diminta tidak menukar pendirian semata-mata undi muda tidak berpihak kepada parti kerajaan”.


Dirumuskan bahawa nasihat oleh Jawatankuasa Bebas Darurat 2021 akan menentukan sama ada Darurat ditamatkan awal atau sebaliknya.  Persoalan sama ada Parlimen bersidang atau tidak pula bergantung kepada nasihat pihak Kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Kerajaan akan menetukan urusan-urusan yang perlu diselesaikan melalui persidangan Parlimen.

Namun sekali lagi YAB Perdana Menteri pada 1 Mac 2021 dalam ucapannyaSetahun Malaysia Prihatin di PICC Putrajaya telah mengulagi pendiriannya bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik pendemik COVID-19 reda atau sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan memberi lampu hijau keadaan Covid-19 sudah reda, dan memulangkan kepada rakyat untuk memilih Kerajaan.  Sebelum menutup ucapannya, beliau menegaskan:

Sepertimana yang saya tegaskan berulang kali, saya menjunjung  Perlembagaan dan prinsip demokrasi. Apabila masalah Covid-19 dapat  diatasi, saya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan  Parlimen supaya pilihan raya boleh diadakan dan rakyat bebas memilih  kerajaan mana yang layak untuk memerintah”. Ini aku janji saya yang saya akan tunaikan, Insya-Allah”.  “Saya sedar dan saya faham maksud demokrasi. Justeru, tidak ada satu pun daripada ordinan ini yang bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya.”  [Ucapan sempena Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di PICC, 1 Mac 2021].                           

Pada 5 Mei 2021, di laporkan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri ke 4 dan 7 menyatakan PRU 15 perlu ditangguhkan hingga akhir penggal Parlimen pada 2023 untuk mengelak penularan COVID -19 yang lebih buruk.  Beliau memberitahu peningkatan mendadak kes COVID -19 selepas Pilihan Raya Negeri Sabah pada September 2020 perlu dijadikan iktibar. (The Malaysia Insigh, 5 Mei 2021)

Pada 9 huingga 14 Jun 2021, pihak Istana Negara telah memanggil Ketua-ketua parti poiti menghadap DYMM Yang di-Pertua Agong. dimulai Perdana Menteri yang juga Pengerusi BERSATU.   Seterusnya Pengerusi PEJUANG, Presiden PKR, Presiden UMNO, PAS, DAP, AMANAH, da juga GPS secara maya.  

Dalam sidang akhbar pada 10 Jun 2021, bekas Perdana Menteri ke-4 dan 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau telah membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada 1969 iaitu MAGERAN bagi menangani krisis-krisis yang sedang melanda negara ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong. Beliau turut menyenaraikan empat krisis yang dihadapi negara ketika ini iaitu kesihatan, ekonomi, kewangan dan politik yang diyakini mampu diatasi dengan penubuhan MAGERAN.  Katanya Yang di-Pertuan Agong tidak menolak cadangan yang dikemukakan beliau sebaliknya menitahkan bahawa adalah lebih baik cadangan penubuhan MAGERAN itu datangnya dari pihak Kerajaan. Untuk rekod, MAGERAN 1969 pernah dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Dato’ Abdul Razak Hussein telah berjaya menyelesaikan masalah politik apabila mengajak parti lawan menyertai kerajaan, dan berjaya menstabilkan politik dan ekonomi negara [Utusan.com.my, 10 Jun 2021].  Kemudian pada 11 Jun 2021, beliau ada menyatakan MAGERAN diganti dengan Majlis Pemulihan Negara yang memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara.

Pada 8 Julai 2021 sebagaimana catatan sebelum ini, Presiden UMNO dalam sidang medianya jam 1.00 pagi selepas Mesyuarat MKT UMNO menyarankan supaya Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum apabila program vaksinasi negara telah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok. Seterusnya selepas pembubaran Parlimen, Perdana Menteri dan kabinet sekarang akan tetap menjadi kerajaan sementara (Caretaker Governent) sehingga keputusan PRU 15 dan Kerajaan/Jemaah Menteri dibentuk.

Pada 4 Ogos 2021, Perdana Meteri ke-8 sebagaimana catatan sebelum ini, telah memaklumkan usul percaya terhadap Perdana Menteri akan dibentang dan dibahas pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bermula 6 hingga 30 September 2021 dan sekaligus keabsahan Kerajaan akan ditentukan dalam undian belahbahagian yang akan diminta oleh pihak pembangkang. Sekiranya pihak Kerajaan akan kalah dalam undian usul percaya ini, beberapa situasi akan berlaku:

·     Perdana Menteri akan meletak jawatan dan terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang baharu mengikut Perkara 43, fasal (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:

Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri, seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat itu”; atau

·       Perdana Menteri manasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen dan seterusnya melaksanakn PRU 15 dalam tempoh 60 hari.   Ini adalah selaras dengan peruntukkan Perkara 43 (4) iaitu:

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.

Sebagaimana catatan sebelum ini, dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara (Caretaker Government) akan mentadbir sehingga terbentuk kerajaan yang baharu. Oleh kerana pandemik COVID-19 belum reda dan kelompok komuniti belum tercapai, Yang di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan darurat untuk untuk menangguhkan pilihan raya umum dan ia diadakan dalam tempoh 60 hari selepas darurat tersebut tamat. Pada masa ini Proklamasi Darurat bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Bugaya dan Parlimen Gerik masih belum diungkaikan.  Begitu juga terbaharu, Proklamasi Darurat bagi Sarawak yang berkuatkuasa 2 Ogos 2021 bagi menangguhkan Pilihan Raya Umum untuk DUN Sarawak.

Pada 13 Ogos 2021, sebagaimana catatan sebelum ini, Perdana Menteri ke-8 mengumumkan dan berjanji sekali lagi, piliharaya umum akan diadakan selewat-lewatnya akhir Julai 2022 tetapi tertakluk kepada keadaan COVID-19.  Beliau berkata demikian semasa sidang media khas bertemakan “Bersama Memulihkan Negara”.  Dalam sidang itu, beliau telah mengemukakan cadangan kerjasaama dan sokongan bipartisan/merentas parti denagan tujuh tawaran tetapi ditolak oleh parti-parti pembangkang dan juga UMNO dan bebas.

Namun desakan demi desakan, akhirnya Tan Sri Mahiaddin Yassin telah kehilangan majoriti dan meletak jawatan Perdana Menteri Ke-8 pada 16 Ogos 2021 dan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 20 Ogos 2021.

MoU Persefahaman dan Kestabilan Politik – Kapankah PRU 15?

Pada 13 September  2021, sebelah petang pada hari yang sama dengan Pembukaan Penggal  Keempat Parlimen Ke-14 telah diadakan Majlis menanda tangani  Memorandum Kesefahaman dan Ketabilan Politk antara Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ke-9 YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob dengan pihak Pakatan Harapan di Bangunan Parlimen.  Antara persefahaman yang dipersetujui ialah:

3.1  Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 haribuan Julai 2022. 

Justeru, menjelang 31 Julai 2022, maka timbulah pelbagai persepsi dan pandangan serta ramalan kapankah(bilakah) PRU 15 akan diadakan. Disini, dirakamkan  beberapa harapan dan pandangan pelbagai pihak.  Pada1 Mac 2022, dilaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan selepas memorandum persefahaman (MoU) bersama pembangkang tamat pada 31 Julai 2022.  Beliau mendakwa “ faktor 'feel good' yang dirasai rakyat dengan mereka kembali menyokong BN, perlu diambil kesempatan parti itu, sekali gus menyegerakan PRU-15. Ini kerana menurutnya pada PRU-14yang diadakan sehingga hamper tamat tempoh Parlimen 15 dan  ditangguhkan lebih daripada setahun selepas Malaysia menjuarai Sukan SEA menyebabkan tiada faktor 'feel good' lagi di kalangan rakyat menyebabkan BN tewas.”  Oleh itu beliau mengharapkan  faktor 'feel good' sudah menjadi faktor utama untuk memperoleh sokongan  daripada rakyat setelah BN memenangi siri-siri PRK dan PRN Melaka dan terbaharu PRN Johor, jugaPRN Sarawak yang disokong oleh BN bagi mewujudkan kestabilan di negara kita," katanya. [BH, Zahid Hamidi mahu PRU segera selepas Julai ini,Oleh Mohamed Farid Noh - Mac 11, 2022 @ 2:34pm, farid_noh@bh.com.my]

Ini berbeza dengan pengumuman pihak PH yang dilaporkan  pada  10 Mac  2022 bersedia meneruskan MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang dimeterai PH dengan kerajaan Persekutuan pada September tahun lalu, selepas tarikh 31 Julai depan.  Misalnya Anthony Loke (PH-Seremban) ketika sidang Dewan Rakyat dilaporkan berkata, pembangkang tiada masalah untuk meneruskan MoU itu, selepas pindaan Perlembagaan berkaitan undang-undang anti lompat parti diluluskan nanti.

Dilaporkan juga bahawa YAB Perdana Menteri,  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akur dengan keputusan Majlis Kerja tertinggi (MKT) UMNO untuk tidak meneruskan  MoU Persemfahaman dan Kestabilan selepas 31 Julai 2022 dan  memberi kebebasan kepada Perdana Menteri untuk membuat keputusan berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

MKT UMNO  juga  menamakan YAB Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas PRU 15.  [BH, PM bebas tentukan PRU-15 tanpa MoU bersama embangkang, Oleh Mohd Amin Jalil - April 15, 2022 @ 9:48pm, bhnews@bh.com.my].     Juga dilaporkan bahawa Perdana Menteri sebelum ini memaklumkan akan mengadakan PRU-15 apabila Barisan Nasional (BN) sudah berada dalam kedudukan siap siaga.

Penganalisis politik pula berpandangan bahawa PRU-15 boleh diadakan sebelum tahun ini berakhir atau lebih awal berbanding tempoh mandat Parlimen yang akan berakhir pertengahan tahun depan. Mereka  berpendapat walaupun parti dalam kerajaan dan pembangkang memberi justifikasi masing-masing mengenai waktu yang sesuai diadakan PRU-15, perkara perlu diberi perhatian adalah faktor kekangan.

Umpamanya, Felow Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Dr Azmi Hassan, berkata biarpun petunjuk jelas mengenai PRU belum kelihatan, pandangan parti dalam kerajaan dan pembangkang, yang mahu PRU disegerakan atau dilaksanakan pada tahun depan, masing-masing disokong alasan munasabah. "Ada dua pandangan menyokong PRU diadakan tahun ini, yang berkait dengan kestabilan politik dan keadaan ekonomi. Bagi UMNO, naratifnya sekarang mereka mahukan mandat kerana yakin dapat menubuhkan kerajaan Persekutuan. "Mereka mahu apabila kerajaan yang dapat dibentuk nanti adalah kerajaan yang stabil serta dapat membentuk dasar untuk menangani krisis ekonomi. Ini alasan mereka mengapa perlu adakan pilihan raya sekarang. "Satu lagi naratif terutama dari pembangkang yang tidak mahu diadakan PRU ketika ini adalah supaya kerajaan dapat menumpukan perhatian menangani krisis ekonomi, biar ekonomi pulih dulu."Dalam hal ini, ia bergantung kepada kedudukan kita. Adakah kita percaya kerajaan mampu tangani krisis ekonomi sehingalah ekonomi kembali pulih. Namun ada kemungkinan sehingga tahun depan pun, ekonomi tak pulih lagi sebab perang Ukraine-Rusia masih tidak nampak kesudahannya," katanya kepada BH pada 8 Jun 2022..

Beliau berkata, satu risiko juga jika menunggu PRU diadakan pada hujung mandat Parlimen tahun depan, dalam waktu yang tergesa-gesa ketika keadaan ekonomi belum pulih sepenuhnya. "Pilihan raya terbaik adalah bila sampai penghujung mandat, tapi kalau tunggu penghujungnya juga, kemungkinan bila kita terdesak untuk mengadakan PRU, keadaan ekonomi pula tak baik, malah bertambah buruk, maka itu yang dikatakan tak baik menunggu sehingga hujung mandat.

"Yang terbaik adalah kita mengadakan pilihan raya jika tiada kekangan. Kekangan ekonomi tidak ada sekarang, kekangan politik saja ada. Kita tidak mahu menunggu sehingga akhirnya kerana jika (PRU-15) dibawa ke keadaan terdesak, mungkin masa pula tidak sesuai," katanya.

Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata, jika PRU mahu diadakan tahun ini, waktu sesuainya adalah pada Ogos dan September. "Namun kalau tahun depan, sebaiknya sebelum Ramadan (penghujung Mac 2023). [PRU-15:'Jangan tunggu sehingga berakhir mandat' – [Penganalisis Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Jun 8, 2022 @ 7:36pm,bhnews@bh.com.m]


Pada masa yang sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan  menyatakan PRU15 sudah mencapai tempoh matang dan perlu segera dilaksanakan. Barisan Nasional (BN) juga sudah melakukan persediaan rapi termasuk memperkemaskan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya tersebut. Mereka yakin akan menang.  Bahkan, penganalisis politik juga percaya bahawa sebarang usaha untuk melambatkan PRU15 akan menyebabkan BN tewas.

Walaupun begitu parti-parti lain berpandangan berbeza.  Misalnya kenyataan pemimpin Pas yang melabel pihak mahukan PRU15 diadakan segera sebagai golongan pentingkan diri. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan sebelum ini berharap kerajaan tidak tunduk dengan desakan berkenaan dan menumpukan fokus kepada kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi. PAS berharap kerajaan tidak tunduk dengan desakan beberapa pihak yang mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan secara tergesa-gesa. [PAS harap kerajaan tak tunduk desakan pilihan raya segera, FMT Reporters, June 3, 2022 4:30 PM]

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menyifatkan pihak yang mahu PRU15 diadakan segera adalah mereka yang terdesak mahu menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri.  Katanya, Jangan kerana mahu mengejar kemenangan dalam PRU, kebajikan rakyat diabaikan terutama ketika tertekan dengan kenaikan harga barang dan pendapatan tidak menentu.[https://www.sinarharian.com.my/article/205497/ANALISIS-SEMASA/PRU15-hangat-diperkatakan-muncul-desakan-mahu-diadakan-segera]

Malaysia Now pula melaporkan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Najib Razak berpandangan bahawa parti itu akan berdepan risiko jika masih menangguhkan pembubaran Parlimen. Beliau berkata perkara sama pernah dilakukan beliau yang menyaksikan sokongan kepada BN kian merosot dan akhirnya tewas buat kali pertama dalam sejarah parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 2018. Justeru itu, beliau tidak mahu nasib serupa menimpa BN yang terdiri daripada Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada PRU15 memandangkan kerajaan sedia ada akan tamat tempohnya tahun depan. [BN berisiko jika tangguh pembubaran Parlimen, kata Najib, Bernama,Jun 2, 2022 9:10 AM]

FMT pula melaporkan “Jaga-jaga dengan kemarahan pengundi, kata pakar ekonomi, Esther Yap,[June 4, 2022 8:10 AM].  Kerajaan berisiko berdepan tindak balas kemarahan pengundi jika ia mengadakan pilihan raya semasa kitaran inflasi, seorang pakar ekonomi memberi amaran.  Benedict Weerasena daripada Bait Al-Amanah berkata, pengundi mungkin melihat kerajaan sebagai gagal menangani isu kenaikan harga makanan.

Ringkasnya, untuk menentukan cadangan tarikh bubar Parlimen adalah terletak kepada prerogatif Perdana Menteri. Namun kuasa membubarkan Parlimen adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Dalam hal ini, Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa:

“Per.40(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;

(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata[1]mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,

dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini

Oleh itu, sama ada tahun ini (2022) dan tahun depan (2023), kedua-duanya masih sesuai untuk adakan PRU’.  Lazimnya di negara ini, kesesuaian diadakan PRU adalah bergantung kepada sama ada parti memerintah mampu menang dan menang selesa dalam PRU yang melihat adanya factor “feel good” di pihak pemerintah.  

Untuk rekod, berkaitan pembubaran Parlimen,  Perkara 55 tPerlembagaan Persekutuan telah menetapkan:

 (2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.

(3) Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus   berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.”

Berkaitan pilihan raya pula,  Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, juga  menyatakan:

“(4) Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh itu.”


ADAKAH PRU 15 SEMEMANGNYA DINANTI-NANTIKAN OLEH RAKYAT ATAU HANYA SEKADAR IGAUAN AHLI-AHLI POLITIK YANG INGINNKEMBALI BERKUASA? SAMAD DIADAKAN  DALAM MASA TERDEKAT ATAU KEMUDIAN, IA TETAP BERLAKU SEBELUM TAMAT TEMPOH PARLIMEN KE-14 PADA 16 JULAI 2023, SETELAH GENAP LIMA TAHUN DARI PERSIDANGAN PERTAMA SELEPAS PRU 14.......

Suatu catatan jua........

Selasa, 21 Jun 2022

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...