Pada 24 Jun 2022, Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, PRU-15 perlu diadakan segera sekiranya mahu membina kekuatan kerajaan dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan negara. PRU-15 juga perlu dilakukan apabila semua pihak bersedia dalam apa juga keadaan yang melanda ketika ini. Ini berbeza dengan pandangan beliau sebelum ini, supaya Parlimen tidak dibubarkan sehingga tamat tempohnya. Namun Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad tetapkan menegaskan sebarang keputusan untuk mengadakan PRU-15 dalam tempoh terdekat adalah pendekatan yang tidak sesuai. ..PRU segera untuk kembalikan keyakinan rakyat - Abdul Hadi, Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my, Jun 24, 2022 @ 12:21pm).
Maka sehari dua ini, cakap-cakap politik kedengaran bahawa desakan Parlimen dibubarkan menyebabkan Perdana Menteri ke-9 dikatakan dalam delima dan serba salah. Beliau berpandangan PRU 15 sesuai pada tahun hadapan memandangkan pada keadaan ekonomi belum pulih dan inflasi serta kos sara hidup yang tinggi . Maka kedengaranlah cadangan Parlimen dibubarkan pada bulan November 2022. Untuk membolehkannya, maka pembentangan bajet 2023 di awalkan pada awal September 2022. Mengikut Takwim Parlimen sedia ada, Bajet dijadualkan dibentangkan pada 28 Oktober 2022 di Dewan Rakyat, Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen 14 dan dijangka diluluskan di Dewan Negara pada pada 20 Disember 2022.
Jika benar ramalan ini, maka disini penulis rakamkan catatan semasa pembubaran Parlimen Ke-9 (1999) seperti berikut:
"Suasana harmoni dan tenang tanpa gelora ini seolah-seolah ditinggalkan dengan suasana hening pada hari sehari sebelum Parlimen Kesembilan dibubarkan (10 November 1999 (Rabu)). Ketika itu, Dewan Rakyat sedang membahaskan Belanjawan 2000 di peringkat jawatankuasa. Pada jam 11.00 pagi, Persidangan Dewan Rakyat dikejutkan dengan pertanyaan spontan dari Y.B. Tanjong (Lim Kit Siang – DAP) yang inginkan penjelasan dari Yang di-Pertua mengenai khabar-khabar bahawa Parlimen dibubarkan. Yang di-Pertua menjelaskan bahawa beliau belum menerima apa-apa berita daripada Perdana Menteri. Sidang Dewan diteruskan seperti biasa sehingga berhenti rehat jam 1.00 tengah hari. Pukul 2.30 petang, sidang Dewan Rakyat dimulakan dengan pengisytiharan pembubaran Parlimen yang dibaca oleh Yang di-Pertua. Sahlah, Parlimen dibubarkan pada 11 September 1999 (Khamis) dan sidang Dewan Rakyat ditangguhkan. Namun Ahli-Ahli Dewan tidak bergerak meninggalkan Dewan. Y.B. Tanjong bangun dan berucap dan diikuti oleh Ahli-Ahli yang lain. Y.B. Jelutong (Karpal Singh) dalam ucapannya memohon maaf kepada semua dan mungkin ada yang tidak akan berjumpa lagi. Akhirnya pihak Kerajaan mengemukakan usul Merentikan Mesyuarat Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 21(1) dan persidangan Mesyuarat Dewan Rakyat diberhentikan pada 3.07 ptg." . (ms 27, Denyut Nadi Parlimen: Catatan Dua Dekad (1998-2018), Haji Maluin, Sadiran, 2021)
Berikutan pembubaran tersebut " Pilihan Raya Umum Kesepuluh (PRU 10) diadakan pada 29 November 1999, dan keputusannya telah menunjukkan peningkatan ketara kerusi pembangkang. Kali ini jumlah Ahli Parlimen pembangkang berjumlah 43 orang dan Ahli Parlimen Barisan Nasional pula ialah 149 orang (Jumlah Ahli Dewan Rakyat ketika itu ialah 192 orang). "
Pembubaran tersebut adalah kali pertama dalam pilihan raya dinegara ini dan pilihan raya diadakan pada hujung tahun. Malah Penggal Pertama Parlimen Ke-10 diadakan singkat iaitu 20 hingga 20 Disember 1999 bagi Dewan Rakyat dan 27 hingga 28 Disember bagi Dewan Negara untuk meluluskan bajet interim kerana Bajet 2000 telah luput beriringan dengan pembubaran Parlimen Ke-9 yang ketika itu sedang dibahaskan di peringkat jawatankuasa.
Oleh yang demikian, penulis ingin mengingatkan jika Parlimen ke-14 hendak di bubarkan pada bulan November 2022, maka semestinya dipastikan Bajet 2023 telah diluliuskan Di Dewan Negara. Ini bagi memastikan Bajet telah diluluskan. Keadaan ini boleh merujuk kepada catatan penulis:
No comments:
Post a Comment