Semasa mengumumkan pelaksanaan Proklamasi Darurat 2021 pada 12 Januari 2021, Perdana Menteri 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjelaskan bahawa Parlimen akan dibubarkan sebaik sahaja pandemik COVID-19 reda. Ini bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) 15 diadakan. Komitmen yang sama ditegaskan sekali lagi semasa ucapannya dalam siaran langsung mengenai perlaksanan Ordinan Darurat 2021 pada 4 Februari 2020.
Namun reaksi parti politik khususnya pihak pembangkang adalah disebaliknya. Dimana, Pakatan Harapan (PH) kekal dengan pendirian tidak mahu PIlihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan, sebaliknya mahu mandat rakyat dikembalikan kepada mereka. Dalam satu kenyataan bersama Majlis Setiausaha PH pada 5 Februari 2021, mereka mempertikaikan kenyataan Perdana Menteri yang sering membangkitkan isu berkaitan pilihan raya. [Sinar Harian, 5 Februari]. Kenyataan tersebut di pertegaskan oleh Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad, bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak perlu diadakan ketika ini kerana Pakatan Harapan (PH) yakin memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan. Beliau menyatakan angka dimiliki ketika ini tidak mencecah dua pertiga, namun cukup untuk membentuk kerajaan menerusi majoriti mudah. [BH Online, 5 Februari 2021]. Begitu juga UMNO, parti bersekutu dengan PN juga menggesa Undi 18 disegerakan sebagaimana laporan Sinar Harian pada 16 Februari 2021 bertajuk “Kerajaan perlu laksana undi 18 tahun PRU15: UMNO”. Ketua Penerangan UMNO menyatakan “Ahli Parlimen diminta tidak menukar pendirian semata-mata undi muda tidak berpihak kepada parti kerajaan”.
Dirumuskan
bahawa nasihat oleh Jawatankuasa Bebas Darurat 2021 akan menentukan sama ada
Darurat ditamatkan awal atau sebaliknya.
Persoalan sama ada Parlimen bersidang atau tidak pula bergantung kepada
nasihat pihak Kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong kerana Kerajaan akan
menetukan urusan-urusan yang perlu diselesaikan melalui persidangan Parlimen.
Namun sekali lagi YAB Perdana Menteri pada 1 Mac 2021 dalam ucapannya “Setahun Malaysia Prihatin” di PICC Putrajaya telah mengulagi pendiriannya bahawa pilihan raya akan diadakan sebaik pendemik COVID-19 reda atau sebaik sahaja Jawatankuasa Bebas Darurat 2021 yang ditubuhkan memberi lampu hijau keadaan Covid-19 sudah reda, dan memulangkan kepada rakyat untuk memilih Kerajaan. Sebelum menutup ucapannya, beliau menegaskan:
“Sepertimana yang saya
tegaskan berulang kali, saya menjunjung Perlembagaan
dan prinsip demokrasi. Apabila masalah Covid-19 dapat diatasi, saya akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk
membubarkan Parlimen supaya
pilihan raya boleh diadakan dan rakyat bebas memilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah”. “Ini aku janji saya yang saya akan tunaikan,
Insya-Allah”. “Saya sedar dan saya faham maksud demokrasi. Justeru,
tidak ada satu pun daripada
ordinan ini yang bertujuan untuk membolehkan
Perdana Menteri kekal berkuasa
selama-lamanya.” [Ucapan sempena Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia
Prihatin di PICC, 1 Mac 2021].
Pada 5 Mei 2021, di
laporkan Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri ke 4 dan 7 menyatakan PRU 15
perlu ditangguhkan hingga akhir penggal Parlimen pada 2023 untuk mengelak
penularan COVID -19 yang lebih buruk.
Beliau memberitahu peningkatan mendadak kes COVID -19 selepas Pilihan
Raya Negeri Sabah pada September 2020 perlu dijadikan iktibar. (The Malaysia Insigh, 5 Mei 2021)
Pada 9 huingga 14 Jun
2021, pihak Istana Negara telah memanggil Ketua-ketua parti poiti menghadap
DYMM Yang di-Pertua Agong. dimulai Perdana Menteri yang juga Pengerusi
BERSATU. Seterusnya Pengerusi PEJUANG,
Presiden PKR, Presiden UMNO, PAS, DAP, AMANAH, da juga GPS secara maya.
Dalam sidang akhbar pada 10 Jun
2021, bekas Perdana Menteri ke-4 dan 7, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyatakan bahawa beliau telah
membawa usul penubuhan satu pasukan khas seperti yang pernah diguna pakai pada
1969 iaitu MAGERAN bagi menangani krisis-krisis yang sedang melanda negara
ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong. Beliau turut menyenaraikan empat krisis
yang dihadapi negara ketika ini iaitu kesihatan, ekonomi, kewangan dan politik
yang diyakini mampu diatasi dengan penubuhan MAGERAN. Katanya Yang di-Pertuan Agong tidak menolak
cadangan yang dikemukakan beliau sebaliknya menitahkan bahawa adalah lebih baik
cadangan penubuhan MAGERAN itu datangnya dari pihak Kerajaan. Untuk rekod,
MAGERAN 1969 pernah dipengerusikan Timbalan Perdana
Menteri waktu itu, Dato’ Abdul Razak Hussein telah berjaya menyelesaikan
masalah politik apabila mengajak parti lawan menyertai kerajaan, dan berjaya
menstabilkan politik dan ekonomi negara [Utusan.com.my, 10 Jun 2021].
Kemudian pada 11 Jun 2021, beliau ada menyatakan MAGERAN diganti dengan
Majlis Pemulihan Negara yang memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi negara.
Pada 8 Julai 2021 sebagaimana catatan sebelum ini, Presiden UMNO dalam
sidang medianya jam 1.00 pagi selepas Mesyuarat MKT UMNO menyarankan supaya
Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen
bagi mengadakan pilihan raya umum
apabila program vaksinasi negara telah berjaya
mencapai tahap imunisasi kelompok. Seterusnya selepas pembubaran Parlimen, Perdana
Menteri dan kabinet sekarang akan tetap menjadi kerajaan sementara (Caretaker Governent) sehingga keputusan
PRU 15 dan Kerajaan/Jemaah Menteri dibentuk.
· Perdana
Menteri akan meletak jawatan dan terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk
melantik Perdana Menteri yang baharu mengikut Perkara 43, fasal
(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, iaitu:
“Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih
dahulu melantik seorang sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah
Menteri, seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan
majoriti Ahli Dewan Rakyat itu”; atau
· Perdana Menteri manasihatkan Yang di-Pertuan Agong
untuk membubarkan Parlimen dan seterusnya melaksanakn PRU 15 dalam tempoh 60
hari. Ini adalah selaras dengan
peruntukkan Perkara 43 (4) iaitu:
“Jika Perdana Menteri tidak lagi
mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah
meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen
dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong”.
Sebagaimana
catatan sebelum ini, dalam tempoh tersebut, kerajaan sementara (Caretaker
Government) akan mentadbir sehingga terbentuk kerajaan yang baharu. Oleh kerana
pandemik COVID-19 belum reda dan kelompok komuniti belum tercapai, Yang
di-Pertuan Agong boleh memasyhurkan darurat untuk untuk menangguhkan pilihan
raya umum dan ia diadakan dalam tempoh 60 hari selepas darurat tersebut tamat. Pada
masa ini Proklamasi Darurat bagi Parlimen Batu Sapi dan DUN Bugaya dan Parlimen
Gerik masih belum diungkaikan. Begitu
juga terbaharu, Proklamasi Darurat bagi Sarawak yang berkuatkuasa 2 Ogos 2021
bagi menangguhkan Pilihan Raya Umum untuk DUN Sarawak.
Pada 13 Ogos 2021, sebagaimana catatan sebelum ini, Perdana Menteri ke-8 mengumumkan dan berjanji sekali lagi, piliharaya umum akan diadakan
selewat-lewatnya akhir Julai 2022
tetapi tertakluk kepada keadaan COVID-19.
Beliau berkata demikian semasa sidang media khas bertemakan “Bersama
Memulihkan Negara”. Dalam sidang itu,
beliau telah mengemukakan cadangan kerjasaama dan sokongan bipartisan/merentas
parti denagan tujuh tawaran tetapi ditolak oleh parti-parti pembangkang dan
juga UMNO dan bebas.
Namun desakan demi desakan, akhirnya Tan Sri Mahiaddin Yassin telah
kehilangan majoriti dan meletak jawatan Perdana Menteri Ke-8 pada 16 Ogos 2021
dan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengangkat sumpah sebagai Perdana
Menteri Ke-9 pada 20 Ogos 2021.
MoU Persefahaman dan Kestabilan Politik – Kapankah
PRU 15?
Pada 13 September 2021, sebelah petang pada hari yang sama
dengan Pembukaan Penggal Keempat
Parlimen Ke-14 telah diadakan Majlis menanda tangani Memorandum Kesefahaman dan Ketabilan Politk
antara Kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ke-9 YAB Dato’ Seri Ismail Sabri
Yaakob dengan pihak Pakatan Harapan di Bangunan Parlimen. Antara persefahaman yang dipersetujui ialah:
“3.1 Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan
pembubaran Parlimen sebelum 31 haribuan Julai 2022. “
Justeru, menjelang 31 Julai 2022, maka timbulah
pelbagai persepsi dan pandangan serta ramalan kapankah(bilakah) PRU 15 akan
diadakan. Disini, dirakamkan beberapa
harapan dan pandangan pelbagai pihak.
Pada1 Mac 2022, dilaporkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri
Dr Ahmad Zahid Hamidi, mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) diadakan selepas
memorandum persefahaman (MoU) bersama pembangkang tamat pada 31 Julai
2022. Beliau mendakwa “ faktor 'feel
good' yang dirasai rakyat dengan mereka kembali menyokong BN, perlu diambil kesempatan
parti itu, sekali gus menyegerakan PRU-15. Ini kerana menurutnya pada
PRU-14yang diadakan sehingga hamper tamat tempoh Parlimen 15 dan ditangguhkan lebih daripada setahun selepas
Malaysia menjuarai Sukan SEA menyebabkan tiada faktor 'feel good' lagi di
kalangan rakyat menyebabkan BN tewas.”
Oleh itu beliau mengharapkan
faktor 'feel good' sudah menjadi faktor utama untuk memperoleh sokongan daripada rakyat setelah BN memenangi
siri-siri PRK dan PRN Melaka dan terbaharu PRN Johor, jugaPRN Sarawak yang
disokong oleh BN bagi mewujudkan kestabilan di negara kita," katanya. [BH, Zahid
Hamidi mahu PRU segera selepas Julai ini,Oleh Mohamed Farid Noh - Mac 11, 2022 @ 2:34pm, farid_noh@bh.com.my]
MKT UMNO juga
menamakan YAB Dato’ Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selepas
PRU 15. [BH, PM bebas tentukan PRU-15 tanpa MoU bersama
embangkang, Oleh Mohd Amin Jalil - April
15, 2022 @ 9:48pm, bhnews@bh.com.my]. Juga dilaporkan bahawa Perdana Menteri sebelum
ini memaklumkan akan mengadakan PRU-15 apabila Barisan Nasional (BN) sudah
berada dalam kedudukan siap siaga.
Penganalisis politik pula berpandangan bahawa
PRU-15 boleh diadakan sebelum tahun ini berakhir atau lebih awal berbanding
tempoh mandat Parlimen yang akan berakhir pertengahan tahun depan. Mereka berpendapat walaupun parti dalam kerajaan dan
pembangkang memberi justifikasi masing-masing mengenai waktu yang sesuai
diadakan PRU-15, perkara perlu diberi perhatian adalah faktor kekangan.
Umpamanya, Felow Kanan Akademi Penyelidikan
Strategik Nusantara (NASR), Prof Madya Dr Azmi Hassan, berkata biarpun petunjuk
jelas mengenai PRU belum kelihatan, pandangan parti dalam kerajaan dan
pembangkang, yang mahu PRU disegerakan atau dilaksanakan pada tahun depan,
masing-masing disokong alasan munasabah. "Ada dua pandangan menyokong PRU
diadakan tahun ini, yang berkait dengan kestabilan politik dan keadaan ekonomi.
Bagi UMNO, naratifnya sekarang mereka mahukan mandat kerana yakin dapat
menubuhkan kerajaan Persekutuan. "Mereka mahu apabila kerajaan yang dapat
dibentuk nanti adalah kerajaan yang stabil serta dapat membentuk dasar untuk
menangani krisis ekonomi. Ini alasan mereka mengapa perlu adakan pilihan raya
sekarang. "Satu lagi naratif terutama dari pembangkang yang tidak mahu
diadakan PRU ketika ini adalah supaya kerajaan dapat menumpukan perhatian
menangani krisis ekonomi, biar ekonomi pulih dulu."Dalam hal ini, ia bergantung kepada kedudukan kita. Adakah
kita percaya kerajaan mampu tangani krisis ekonomi sehingalah ekonomi kembali
pulih. Namun ada kemungkinan sehingga tahun depan pun, ekonomi tak pulih lagi
sebab perang Ukraine-Rusia masih tidak nampak kesudahannya," katanya
kepada BH pada 8 Jun 2022..
Beliau berkata, satu
risiko juga jika menunggu PRU diadakan pada hujung mandat Parlimen tahun depan,
dalam waktu yang tergesa-gesa ketika keadaan ekonomi belum pulih sepenuhnya.
"Pilihan raya terbaik adalah bila sampai penghujung mandat, tapi kalau
tunggu penghujungnya juga, kemungkinan bila kita terdesak untuk mengadakan PRU,
keadaan ekonomi pula tak baik, malah bertambah buruk, maka itu yang dikatakan
tak baik menunggu sehingga hujung mandat.
"Yang terbaik adalah
kita mengadakan pilihan raya jika tiada kekangan. Kekangan ekonomi tidak ada
sekarang, kekangan politik saja ada. Kita tidak mahu menunggu sehingga akhirnya
kerana jika (PRU-15) dibawa ke keadaan terdesak, mungkin masa pula tidak
sesuai," katanya.
Sementara itu,
penganalisis politik dari Universiti Utara Malaysia, Prof Dr Mohd Azizuddin
Mohd Sani pula berkata, jika PRU mahu diadakan tahun ini, waktu sesuainya
adalah pada Ogos dan September. "Namun kalau tahun depan, sebaiknya
sebelum Ramadan (penghujung Mac 2023). [PRU-15:'Jangan
tunggu sehingga berakhir mandat' – [Penganalisis Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Jun
8, 2022 @ 7:36pm,bhnews@bh.com.m]
Pada masa yang sama, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan PRU15 sudah mencapai tempoh matang dan perlu segera dilaksanakan. Barisan Nasional (BN) juga sudah melakukan persediaan rapi termasuk memperkemaskan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya tersebut. Mereka yakin akan menang. Bahkan, penganalisis politik juga percaya bahawa sebarang usaha untuk melambatkan PRU15 akan menyebabkan BN tewas.
Walaupun begitu parti-parti lain berpandangan berbeza. Misalnya kenyataan pemimpin Pas yang melabel pihak mahukan PRU15 diadakan segera sebagai golongan pentingkan diri. Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam kenyataan sebelum ini berharap kerajaan tidak tunduk dengan desakan berkenaan dan menumpukan fokus kepada kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi. PAS berharap kerajaan tidak tunduk dengan desakan beberapa pihak yang mahu pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan secara tergesa-gesa. [PAS harap kerajaan tak tunduk desakan pilihan raya segera, FMT Reporters, June 3, 2022 4:30 PM]
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula menyifatkan pihak yang mahu PRU15 diadakan segera adalah mereka yang terdesak mahu menjadi menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Katanya, Jangan kerana mahu mengejar kemenangan dalam PRU, kebajikan rakyat diabaikan terutama ketika tertekan dengan kenaikan harga barang dan pendapatan tidak menentu.[https://www.sinarharian.com.my/article/205497/ANALISIS-SEMASA/PRU15-hangat-diperkatakan-muncul-desakan-mahu-diadakan-segera]
Malaysia Now pula
melaporkan Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Najib Razak
berpandangan bahawa parti itu akan berdepan risiko jika masih menangguhkan
pembubaran Parlimen. Beliau berkata perkara sama pernah dilakukan beliau yang
menyaksikan sokongan kepada BN kian merosot dan akhirnya tewas buat kali
pertama dalam sejarah parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada
2018. Justeru itu, beliau tidak mahu nasib serupa menimpa BN yang terdiri
daripada Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) pada PRU15
memandangkan kerajaan sedia ada akan tamat tempohnya tahun depan. [BN
berisiko jika tangguh pembubaran Parlimen, kata Najib, Bernama,Jun 2, 2022 9:10 AM]
FMT pula melaporkan “Jaga-jaga
dengan kemarahan pengundi, kata pakar ekonomi, Esther Yap,[June 4, 2022 8:10
AM]. Kerajaan berisiko berdepan tindak balas
kemarahan pengundi jika ia mengadakan pilihan raya semasa kitaran inflasi,
seorang pakar ekonomi memberi amaran.
Benedict Weerasena daripada Bait Al-Amanah berkata, pengundi mungkin
melihat kerajaan sebagai gagal menangani isu kenaikan harga makanan.
Ringkasnya, untuk menentukan cadangan tarikh bubar
Parlimen adalah terletak kepada prerogatif Perdana Menteri. Namun kuasa membubarkan
Parlimen adalah kuasa Yang di-Pertuan Agong. Dalam hal ini, Perlembagaan
Persekutuan menetapkan bahawa:
“Per.40(2)
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada
melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:
(a)
melantik seorang Perdana Menteri;
(b)
tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;
(c)
meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata[1]mata
berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli
Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu,
dan
dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini”
Oleh itu, sama ada tahun ini
(2022) dan tahun depan (2023), kedua-duanya masih sesuai untuk adakan PRU’. Lazimnya di negara ini, kesesuaian diadakan
PRU adalah bergantung kepada sama ada parti memerintah mampu menang dan menang
selesa dalam PRU yang melihat adanya factor “feel good” di pihak
pemerintah.
Untuk rekod, berkaitan pembubaran Parlimen, Perkara 55 tPerlembagaan Persekutuan telah menetapkan:
(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau
membubarkan Parlimen.
(3)
Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh
mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.”
Berkaitan pilihan raya pula, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, juga menyatakan:
“(4)
Apabila Parlimen bubar suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh
enam puluh hari dari tarikh ia bubar dan Parlimen hendaklah dipanggil
bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh
hari dari tarikh itu.”
ADAKAH PRU 15 SEMEMANGNYA DINANTI-NANTIKAN OLEH RAKYAT ATAU HANYA SEKADAR IGAUAN AHLI-AHLI POLITIK YANG INGINNKEMBALI BERKUASA? SAMAD DIADAKAN DALAM MASA TERDEKAT ATAU KEMUDIAN, IA TETAP BERLAKU SEBELUM TAMAT TEMPOH PARLIMEN KE-14 PADA 16 JULAI 2023, SETELAH GENAP LIMA TAHUN DARI PERSIDANGAN PERTAMA SELEPAS PRU 14.......
Suatu catatan jua........
Selasa, 21 Jun 2022
No comments:
Post a Comment