Hari-hati terakhir persidangan Dewan Rakyat di Mesyuarat Pertama
Penggal Kelima Parlimen Ke-14 diwarna dua situasi yang bertentangan. Pada 23 Mac 2022, usul yang dikemukakankan
oleh Kementerian Dalam Negeri bagi melanjutkan tempoh kuat kuasa Subseksyen 4(5)
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) iaitu tempoh penahanan 28 hari dilanjutkan untuk tempoh lima tahun lagi telah tidak dipersetujui apabila keputusan
belah bahagian – setuju 84 dan tidak setuju 86 dan tidak hadir 50. Ini bermakna Ahli Parlimen yang hadir yang majoritinya pembangkang
menolak untuk usul tersebut. Ahli
Parlimen pembangkang hampir semua hadr dan pewrsolan mengapakah Ahli Parlimen
Kerajaan tidak hadir dalam Dewan ketika undian tersebut Apakah mereka tsengaja tidak hadir dan tidak
menyokong usul KDN tersebut atau
sememangnya sambal lewa dan tidak menganggap usul tersebut akan diluluskan
dengan undian suara sahaja kerana adanya
MoU kesetabilan Politik antara Kerajaan dan pembangkang (PH).
Selang sehari kemudian, pada 24 Mac 2022, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU)
Perlembagaan (Pindaan) 2022 bagi mengecualikan pendaftaran pemilih automatik
kepada kerabat diraja
apabila pada
bacaan kali kedua mendapat sokongan melebihi dua pertiga atau
sekurang-kurangnya 148 daripada 222 Ahli Parlimen, susulan undian belah
bahagian iaitu bersetuju 181, tidak hadir 39 dan tiada yang tidak bersetuju. Bacaan kali ketiga 178 undi bersetuju dan 42
undi tidak hadir. Pindaan Perlembagaan itu bagi mengecualikan nama Raja dan
pasangan, Yang di-Pertua negeri dan pasangan, bakal raja, waris ganti dan waris
lain raja dan pasangan serta mana-mana individu lain daripada disenaraikan
dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pindaan
Perlembagaan dipersetujui bersama oleh pihak pembangkang bukan suatu yang aneh
kerana ia berkait dengan pindaan terdahulu yang dilluluskan pada tahun 2019
(undi 18 tahun dan pendaftaran autamoik) yang dikemukakan oleh Kerajaan PH ketika itun dan disokong oleh BN dan PAS sebagai pembangkang setelah cadanngan
pendaftaran automtik disekalikan.
Manakala
Rang Undang-Undang atau Usulu Kerajaan tidak diluluskan bukanlah kali pertama
sejak 2018 (selepas PRU 14).. Ini tidak bermakna kerajaan akan tumbang atau
menyebabkan Parlimen dibubarkan. Ianya
masih boleh dikemukakan sekali lagi dengan memastikan penyokong Kerajaan hadir sepenuhnya semasa
undian diadakan. Disinilah peranan Whip Penyokong Kerajaan ,
PNBC dan parti-parti politik yang membentuk Kerajaan untuk Bersatu hati bagi
memastikan urusan Kerajaan diluluskan tanpa bergantung kepada sokongan pembangkang. Ini menunjukkan kelemahan penyelarasan dipihak
whip Kerajaan kerana seramai 35 orang Ahli Parlimen Kerajaan tidak hadir (dari 50 orang
Walau
bagaimana pun, pada 25 Mac 2022, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan
Harun memaklumkan terdapat kekhilafan dalam pengiraan undi ahli Parlimen ketika
usul Subseksyen 4 (5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012
(Sosma).. dimana ahli Parlimen Jempol, Datuk Seri Salim Sharif
yang bertindak sebagai penghitung undi telah memaklumkan senarai undi di blok
D1 semasa undi belah bahagian bagi usul dari Menteri Dalam Negeri yang
dijalankan pada Rabu, 23 Mac 2022, telah
terkhilaf menandakan Yang Berhormat Besut (Datuk Seri Idris Jusoh) tidak hadir
dalam senarai undi walaupun sebenarnya Yang Berhormat Besut hadir semasa
undian.. Yan g di-Pertua memutuskan “Oleh
itu, saya menggunakan Peraturan Mesyuarat 100 untuk meminda keputusan belah
bahagian bagi usul dari Menteri Dalam Negeri tersebut daripada 84 bersetuju
kepada 85 bersetuju dan tidak hadir dipinda dari 50 kepada 49 sahaja, manakala
86 tidak bersetuju tetap sama,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis. “Ini kali
kedua dalam Parlimen kita lihat kekhilafan berlaku, sebelum ini saya pernah
tegur. “Saya rasa mungkin sekiranya Tan Sri (Azhar Azizan) boleh
mempertimbangkan satu transformasi atau reformasi cara kita membuang undi
ditambah baik kerana sekarang masih manual.
Suatu
catatan dipinggiran jua.
No comments:
Post a Comment