Pada hari kedua persidangan, 14 Julai 2021 di Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14Usul pemilihan Timbalan Yang di-Pertua II berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimen Pengerang kira-kira 3 minggu yang lalu telah ditangguhkan. Setelah kekecohan selama 30 minit berkaitan isu usul-usul mengosongkan jawatan Yang di-Pertua selepas sesi pertanyaan lisan pada jam 12.45 tengahari, dan kira hampir jam 1.00 tengahari, YB Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang) bangun untuk membacakan usul tetapi terganggu dengan jeritan ahli-ahli Parlimen Pembangkang dengan ungkapan “memalukan, memalukan” setelah Ahli Parlimen Jelutong dihalau keluar selama 2 hari kerana enggan menarik balik perkataan itu yang ditujukan kepada Timbalan Yang di-Pertua. Insiden ini berlaku berikutan ketidak puashatian terhadap penjelasanTimbalan Yang di-Pertua mengenai penolakan 14 usul-usul (11 dari Ahli Parlimen Amanah dan 2 Ahli Parlimen PKR) bagi mengosongkan jawatan Yang di-Pertua.
Pada jam 2.30 petang, Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang) telah
mengemukakan usul untuk menangguhkan usul memilih Timbalan Yang di-Pertua
dengan merentikan peraturan mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) kepada Mesyuarat
akan datang. Walau bagaimanapun,YB Kulim
Bandar Baharu membangkitkan agar pemilihan Timbalan Yang di-Pertua hendaklah
disegerakan walaupun pihak Kerajaan menghadapi masalah antara parti-parti Kerajaan untuk memberi sokongan.
Sebelum ini telah tersenarai urusan Memilih Timbalan Yang di-Pertua
selepas pertanyaan lisan. Sebagaimana
yang tersebar, terdapat dua nama yang dicadangkan sebagai Timbalan Yang
di-Pertua iaitu Ahli Parlimen Pontian, Dato’ Seri Ahmad Maslan dari pihak Kerajaan dan Ahli Parlimen Taiping,
Dato’ Nga Khor Meng. Pertama kali dalam
sejarah Parlimen, calon-calon Timbalan Yang di-Pertua berkempen engan
mengemukakan manifesto masing-masing dimana
Ahli Parlimen Pontian dengan 20 janji dan Ahli Parlimen Taiping dengan
10 janji. Manakala Ahli Parlimen Pontian
juga menghadapi tuduhan di mahkamah dan dibimbangi akan memperoleh sokongan
yang kurang berbanding Ahli Parlimen Taiping.
Jika ini berlakukan akan memalukan pihak Kerajaan.
Dalam hal ini difahamkan PBBM tidak setuju dengan dengan Ahli Parlimen
Pontian sebagai calon Timbalan Yang di-Pertua kerana dituduh di mahkamah. Dengan penangguhan ini, bagi membolehkan
pihak Kerajaan mengemukakan nama lain namun masih lagi dari UMNO kerana UMNO
masih mahukan jawatan itu. Dimasa
yang sama, kesan dari Memorandum Persefahaman dan Kestabilan Politik, pihak
Kerajaan difahamkan bersetuju untuk meminda Perlembagaan, Perkarara 57 untuk menambah satu lagi jawatan Timbalan
Yang di-Pertua yang dikhususkan dari pihak pembangkang. Pindaan tersebut akan dibuat dalam
Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 yang bermula 25 Oktober 2021 akan dating.
DENGAN DEMIKIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DAN KESTABILAN POLITIK YANG DIMETERAI SEMALAM (13 SEPTEMBER 2021) TELAH MEMBERI KESAN DALAM PROSES PEMBAHARUAN/REFORMASI PARLIMEN DAN SETERUSNYA KESEFAHAMAN ATARA KERAJAAN DENGAN PIHAK PEMBANGKANG.
Sekali lagi sejarah tercatat.
Suatu rakaman sejarah Parlimen Malaysia,
14 September 2021, 3.00 ptg.
No comments:
Post a Comment