Pada hari kedua, 7 September 2021, penulis pada awalnya menjangkakan persidangan Mesyuarat Parlimen akan berjalan lancer dan tenang tanpa banyak gangguan berikutan Memrondum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditanda tangani semalam antara pihak Kerajaan dan pihak pembangkang/PH.
Namun jangkaan itu meleset, selepas sahaja Usul Keselamatan dikemukakan
oleh Menteri Dalam Negeri, YB Jelutong telah bangun membangkitkan Peraturan
Mesyuarat 1(e) mengenai larangan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk masuk ke
Parlimen oleh pihak Polis pada 2 Ogos 2021 (Isnin). Kemudian diikuti oleh YB
Port Dickson, YB Beruas, dan YB Sungai Siput.
Antara perkara yang dibangkitkan ialah siapa yang memberi arahan kepada
Polis untuk menghalang Ahli-ahli Parlimen, mengapa pejabat Ketua Pembangkang
diharamkan untuk dimasuki oleh Ketua Pembangkang, apakah kuasa Polis melebehi
Parlimen dan usul keselamatan itu tidak bermakna.
Berkaitan perkara yang dibangkitkan, Yang di-Pertua telah menjelaskan
Parlime tidak ditutup, pintu utama dibuka dan percaya pintu-pintu pejabat
dibuka. Halangan oleh Polis, beliau
tiada pengetahuan mengenainya dan minta Menteri Dalam Negeri memberi
penjelasan. Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa polis mengambil tindakan mengikut
Akta 342 dan tidak timbul siapa yang mengarahkan. Polis mengambil Tindakan untuk menjaga
keselamatan dan kesihatan. Ketika inilah, dalam keadaan ketegangan hangat-hangat
suam kuku menjadi tegang apabila YB Pokok Sena meyampok dengan perkataan “mangkok”. Berikutan itu, penyokong-penyokong Kerajaan
menjerit “tarik balik” dan YB Arau bangkit minta perkataan itu ditarik
balik. Yang di-Pertua Dewan meminta
perkataan itu tidak digunakan dalam persidangan. Disini penulis Nampak tiada bantahan atau
tindak balas yang “ganas” seperti kebiasaannya sebelum ini.
YB Ipoh Timur yang juga Pengerusi PAC membangkitkan bahawa beliau mohon
kepada Polis supaya dibenarkan melalui halangan untuk masuk ke bangunan
Parlimen kerana ada Mesyuarat PAC, tetapi dijawab oleh Polis bertugas supaya beredar
dalam masa 2 minit, jika tidak akan ditangkap.
Dalam hal ini, Yang di-Pertua menyatakan beliau membuat rundingan dengan
pihak Polis untuk membenarkan Ahli-ahli PAC (mengemukakan surat mesyuarat)
dibenarkan masuk.
“Point of Oder” tersebut telah mengambil masa 35 minit dan menganggu
uerusan mesyuarat yang hendak dilaksanakan iaitu Waktu Pertanyaan-pertanyaan
Menteri (MQT). Disini penulis
menyimpulkan MoU Persefahaman dan Kestabilan Politik itu tidak akan mengubah
cara Ahli-ahli Parlimen Pembangkang khususnya PH di dalam Dewan, tetapi Nampak mengurangkan
sedikit “kegarangan” dan “suhu kehangatan” didalam Dewan. ADAKAH SUSANA INI BERTERUSAN SELEPAS INI?
PENULIS BERANGGAPAN MoU PERSEFAHAMAN TIDAK BANYAK MENGUBAH SUASANA DALAM DEWAN
DAN PERBAHSANNYAM, NAMUN IA AKAN MEMPENGARUHI POLA PENGUNDIAN KEPADA
URUSAN-URUSAN UTAMA KHUSUSNYA PERSETUJUAN RMK12, RUU TERTENTU DAN TERUTAMANYA BELANJAWAN 2022 PADA BULAN OKTOBER/NOVEMBER
NANTI.
Suatu catatan jua,
Jenderam Hulu,
14 September 2021, 12 tgh.
No comments:
Post a Comment