Friday 14 December 2018

PENYATA KEWANGAN 2017 LEMBAGA TABUNG HAJI (TH) - MENGAPA TIDAK “DIBENTANG” DI PARLIMEN, HANYA “DIEDAR” KEPADA AHLI-AHLI PARLIMEN?


Penulis terpanggil untuk mengulas mengenai isu Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun 2017 yang dilaporkan telah “dibentang” di  Mesyuarat Parlimen di persidangannya pada 10 Disember 2018 (Isnin) yang lalu oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama).  Beliau juga telah menyatakan dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen : “...Laporan kewangan TH berakhir 31  Disember 2017, hasil audit firma PwC, menunjukkan aset badan adalah RM70.3 bilion, manakala liabiliti RM74.4 bilion, maka wujud defisit RM4.1 bilion”. “ Walaupun  mencatatkan defisit tetapi mereka masih mengeuarkan hibah, pemberian itu adalah bercanggah dengan Akta Tabung Haji”. (Utusan Malaysia, 11 Disember 2018).

Penulis menumpukan kepada isu pembentagan penyata kewangan tersebut.  Sebagaiman peruntukan Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan) 1980 {Akta 240]  yang mengkehendaki supaya semua badan-badan berkanun membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit dan lapoan tahunan  di Mesyuarat Parlimen.  Dimana  Seksyen 7 dan 8 Akta 240 telah memperuntukkan:-

“7. Tiap-tiap badan berkanun hendaklah, bagi tiap-tiap satu tahun kewangan dan dalam tempoh satu bulan selepas penerimaan penyata akaunnya yang teraudit dan laporan Ketua Audit Negara atasnya, jika ada, mengemukakannya kepada Menteri bersama-sama dengan laporan tentang aktiviti-aktivitinya.

8. Menteri hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh dilaksanakan setelah menerima penyata akaun teraudit, laporan Ketua Audit Negara atasnya, jika ada, dan laporan tentang aktiviti-aktiviti sesuatu badan berkanun, menyebabkannya dibentangkan dalam tiap-tiap satu Majlis Parlimen”

Amalannya, penyata kewangan badan-badan berkanun(telah diaudit) dibentangkan dahulu kepada Mesyuarat Jemaah menteri dan jika diperrsetujui, akan dibentngkan kepada Mesyuarat Parlimen.   Pihak kementerian atau agensi berkaitan akan memohon nombor kertas statut terlebih dahulu dari urusetia/Setiusaha Dewan Rakyat.. Penyata Kewangan yang telah  muktamad dan diletak nombor kertas statut  akan dikemukakakn salinan secukupnya kepada Setiausaha Dewan.  Seterusnya Setiuasaha akan menyenaraikan penyata kewangan itu dalam senarai “ Risalat-risalat yang dibawa ke dalam Mesyuarat” yang terkandung dalam helaian-helaian terkhir Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari persidangan yang ditetapkan.  Pada tarikh yang sama, penyata kewangan berkenaan akan diletakkan atas meja Ali-ahli Dewan dan “ disifatkan dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat dan diperintahkan supaya terbentang di atas Meja Mesyuarat “.  Sebagai rujukan, petikan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat  yang berkaitan adalah seperti berikut:

“20. (1) Risalat-risalat mesyuarat hendaklah dibawa ke dalam mesyuarat hanya oleh Tuan Yang di-Pertua atau oleh seorang Menteri atau pengerusi Jawatankuasa dan hendaklah dihantar kepada Setiausaha. Risalat hendaklah dalam bentuk cetak, elektronik atau apa-apa rupa cara yang diperintahkan oleh Tuan Yang di-Pertua.

(2) Tiap-tiap risalat mesyuarat yang telah diterima salinannya oleh Setiausaha, hendaklah disifatkan telah dibawa ke dalam Majlis Mesyuarat dan diperintahkan supaya terbentang di atas Meja Mesyuarat.

(3) Setelah risalat-risalat mesyuarat dibawa ke dalam mesyuarat maka hal itu hendaklah dimasukkan dalam buku Undi-undi dan Perjalanan Mesyuarat bagi hari risalat itu dibawa atau bagi hari mesyuarat yang akan datang jika Majlis Mesyuarat tidak bersidang.

Namun, Penyata Kewangan 2017 TH “ dibentangkan” di Dewan Rakyat dengan kaedah yang “luar biasa” dan tidak mengikut amalan dan Peraturan-peeraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) telah mengemukakan  “memorandum” kepada Ahli-ahli Parlimen bertarikh 6 Disember 2018 “bagi mengedar dan membentang perkara-perkara berikut pada siding Parlimen 10 Disember 2018…:
i)             Penyata Kewangan TH  (yang telah diaudit) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2017...;
ii)            Laporan  Penilaian Kedudukan Kewangan TH oleh Tetuan Price WaterhouseCoopers (PwC)..; dan
iii)           Pelan Pemulihan dan Penstrukturan  TH.
Menteri juga menyatakan  saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas perkara ini.” .  Beliau juga membuat kenyataan akhbar di luar Dewan mengenai perkara ini.

Yang anehnya, Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 10 Disember 2018 tidak menyenaraikan Penyata Kewangan 2017   TH sebagai kertas statut dalam senarai Risalat-risalat yang dibawa ke dalam Mesyuarat.. Ini bermakna Penyata Kewangan 2017 TH tersebut hanya diedarkan kepada Ahli-ahli Parlimen dan bukan dibentangkan.  Dimana  ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat 20 dan juga disebabkan ia tidak tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat, maka ia tidak boleh dimasukkan daalam Perjalanan  Mesyuarat pada hari persidangan 10 Disember 2018.  

Impilikasi dari keadaan tersebut,Penyata Kewangan 2017 TH ini belum dibentangkan secara sah di Meyuarat Majlis Parlimen pada persidangan 10 Disember 2018 yang lalu. Berikutan itu, beberapa persoalan timbul disini iaitu:-

·  Mengapa Menteri tidak patuh dan ikut Peraturan Mesyuarat dan amalan bagi mebentangkan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan TH ? Juga menghairankan, mengapa Setiausaha Dewan Rakyat membenarkan “edaran” penyata tersebut?  Ini mungkin Menteri telah menyatakan “  Saya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas perkara ini.”

·    Bagaimanakah  kedudukan status “Rahsia”  yang tercatat dengan jelas di penjuru dokumen Penyata Kewangan 2017 TH  dan Pelan Pemulihan dan Penstrukturan  TH (Lampiran 2) dan Surat PwC (Lampiran 3).  Apakah ini tidak melanggar Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88] atau adakah dokumen ini telah dikelaskan semula?. 

·  Begitu juga, Laporan  Penilaian Kedudukan Kewangan TH oleh (PwC) tercatat Embargo, sehingga bila satus embargo ini, kerana penyata ini belum dibentangkan secara sah.  

·     Penyata Kewangan tahunan yang dikemukakan  sewajarnya/semestinya adalah yang telah diaudit oleh  Ketua Audit Negara seperti ketetapan Akta 240.  Tetapi Menteri juga mengemukakan Laporan  Penilaian Kedudukan Kewangan TH oleh Tetuan Price WaterhouseCoopers.(PwC).  Tindakan ini seolah-olah mempertikaikan kewibawaan Ketua Audit Negara yang telah menyatakan : “..penyata kewangan ini memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Lembaga Tabung Haji  dan Kumpulan pada 31 Disember 2017 dan prestasi kewangan serta aliran tunainya bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan piawaian pelaporan kewangan yang diluluskan di Malaysia dan Akta Tabung Haji 1995 [Akta 535].  

·      Tambahan pula reputasi dan kewibawaan PwC adalah dipertikaikan apabila ia telah diharamkan di India. Rujuk laporan “ Accountancy firm Price Waterhouse banned from India...”[https;//www.bbc.com/news/amp/wordl-asia-india-42662259]; dan “PwC slapped with 2 year audit ban in india” [https://www.accountancyage.com/2018/01/23/pwc-slapped-2-year-audit-ban-india/]

·       Apakah Menteri tidak memahami peraturan? Ini tidak mungkin berlaku kerana pihak pengurusan  TH arif dan memahami peraturan tersebut  kerana setiap tahun mengemukakan Penyata Kewangan dan Laporan Tahunan TH kepada Parlimen.

·   Justeru itu, tujuan Menteri membuat “edaran” Penyata Kewangan 2017 TH dan Laporan Penilaian Kewangan  TH oleh PwC  dan tidak “dibentang” secara sah di Mesyuarat  Majis Parlimen adalah amat  meragukan.       

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...