Monday 30 November 2020

BAJET 2021 – PLOT DRAMA SEMAKIN MEMUNCAK ... 2 KALI UNDIAN, PH TEWAS 10 DAN 12 UNDI !!!

 

Setelah dikritik hebat oleh warganet  dan penyokong-penyokong PH kerana memberi laluan mudah dan tiada undi belah bahagian bagi Bajet 2021 di Peringkat Dasar pada 26 November yang lalu,  maka Ketua Pembankang (Ahli Parlimen Port Dickson) telah menyatakan bahawa Ahli-ahli Parlimen Pembangkang akan membuat perbahasan yang teliti bagi setiap peringkat Jawatankuasa bagi kementerian-kementerian dan akan meminta undi belah bahagian.

Hari  ini,  30 November 2020, jam 11.05 pagi bermulalah perbahasan peringkat Jawatankuasa  bagi Jabatan Perdana Menteri(JPM) yang dimulakan oleh Ketua Pembangkang. Antaranya beliau mempersoalkan peruntukan JPM yang meningkat disebabkan pelantikan pegawai-pegawai kontrak lantikan politik, dan juga pelantikan duta-duta khas.  Seramai 17 Ahli Parlimen telah berbahas dan seramai 5 orang Menteri JPM mengikut portfolio iaitu Hal Ehwal Saabah Sarawak, Tugas-tugas Khas, Ekjonomi, Parlimen & Undang-Undang dan Hal ehwal Agama telah menggulung/menjawab perbahasan ini.. 

Pada jam lebih kurang 1.15 tgh, ketika hendak dipersetujukan, lebih 15 Ahli Parlimen PH telah bangun dan meminta belah bahagian. Setelah lonceng dibunyikan selama 2 minit, Dewan ditempohkan selama 10 minit (amalan semasa PKP) bagi membolehkan semua Ahli-ahli Parlimen masuk ke dalam Dewan. Sekali lagi lonceng dibunyikan 2 minit dan seterusnya undi belah bahagian dijalankan.  Kekecohan berlaku apabila terdapat Ahli Parlimen di pihak Kerajaan yang baru masuk dalam Dewan dan ada yang mencadangkan supaya pintu ditutup. YB Ipoh Barat  membangkitkan Senator tidak boleh mengundi serta tidak puashati kerana tiada had masa ditetapkan untuk ahli-ahli masuk dalam Dewan. YB Puchong juga bangun  dan menyatakan agar pintu harus ditutup selepas tamat lonceng. Yang di-Pertua Dewan menjelaskan bahawa Senator sememangnya tidak ,mengundi dan tiada nama dalam senarai. Beliau juga bersetuju bahawa  pintu Dewan akan ditutup selepas tamat lonceng yang kedua.   Setelah undian dijalankan dan dikira, Yang di-Pertua mengumumkan keputusan undi : setuju – 105 dan tidak setuju 95 dan tidak hadir 20.

Pada jam lebih kurang 1.30 tgh, Menteri di JPM telah membuat usul baharu mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) supaya persidangan dilanjutkan hingga 4.00 ptg yang sebelum ini sehingga 3 ptg sahaja. Ini bagi membolehkan masa perbahasan yang mencukupi bagi Kementerian Kewangan.  Setelah Kementerian Kewangan selesai menggulung, Menteri di JPM sekali lagi bangun mngemukakan usul Peraturan Mesyuarat 12(1) supaya persidangan akan ditangguhkan sehingga selesai peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dan diputuskan.  Kira-kira jam jam 4.15 ptg, pihak pembangkang (PH) meminta undi belah bahagian.  Kali ini, Yang di-Pertua Dewan telah memaklumkan pintu Dewan akan ditutup selepas lonceng kedua tamat dibunyikan.  Kepetusan undi belah bahagian bagi Kementerian Kewangan ialah: setuju – 107; tidak setuju – 95 dan tidak hadir 18.  Disini undi pihak kerajaan bertambah 2 undi sedangkan pihak PH kekal.

Dengan demikian PH telah mengotakan janjinya bahawa akan diadakan undi belah bahagian di peringkat jawatankuasa.  Namun  setelah 2 kali undian belah bahagian tersebut, PH terbukti gagal untuk mengatasi PN.  Bahkan Ahli Parlimen yang tidak hadir pun, diperhatikan ramai di pihak Kerajaan / PN.  Adakah ini bermakna di pihak PH telah berkurangan sokongan?  Diperhatikan ramai Ahli Parlimen Warisan tiada dalam Dewan semasa undian berjalan.  Ini kerana perbezaan undi juga nampak nyata dan jelas iaitu 10 dan 12,  Dalam konteks majoriti yang kecil, perbezaan undi sedemikian dikira “besar” dan amat bermakna.  SETAKAT INI, YANG MENARIK PERHATIAN 5 AHLI PARLIMEN PIHAK KERAJAAN IAITU 3 BN - YB GUA MUSANG, YB PEKAN DAN YB BAGAN DATUK, I GPS - YB SERIAN DAN 1 PN - YB PUNCAK BORNEO TIDAK HADIR. MANAKALA BAKINYA  13 LAGI AHLI YANG TIDAK HADIR - ADAKAH DARI PIHAK PH? [AKAN DILIHAT  HANSARD/PENYATA RASMI PARLIMEN YANG AKAN DIKELUARKAN ESOK]

Drama Bajet 2021 belum berakhir. Plot akan sentiasa berubah…penuh suspen.  Kita lihat untuk hari esok dan seterusnya sehingga selesai bacaan kali yang ketiga pada 15 Disember 2020 nanti.  Apakah jumlah undi kedua-kedua pihak akan bertambah, kekal atau merosot? Jika kekal, bermakna Ahli-ahli Parlimen yang tidak hadir mungkin mengambil pendirian berkecuali.  KITA TUNGGU PLOT SETERUSNYA DALAM DRAMA BAJET 2021…..APAKAH MAKNANYA UNDI BELAH BAHAGIAN DI PERINGKAT JAWATANKUASA !!!

Suatu sorotan catatan jua, agar tidak dilupai.

Jenderam Hulu,

30 November 2020. 9 mlm.


*Kemaskini:  

Pada 1 Dis 2020, Timbaalan Yang di-Pertua mengumumkan pembetulan pengiraan undi belah bahagian semalam bagi Kementerian  Kewangan (B10-B11) - bersetuju 106, tidak setuju 95 dan tidak hadir 119.   Ahli Parlimen Tasek Gelugor sebagai penghitung di blok C telah mengira YB Padang Rengas sedangkan beliau tidak hadir.  Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tidak berpuas hati dan pelabagai jeritan menipu dan sebagai kedengaran.


 

Saturday 28 November 2020

BAJET/BELANJAWAN NEGARA TIDAK LULUS – APAKAH IMPLIKASINYA?

 

Secara ringkas, penulis catatkan pencerahan kepada rakan-rakan yang bertanya apakah kesan sesuatu belanjawan/ bajet tahuan – Bajet 2021 - tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat.?bacaan

1.  Jika tidak dilulus secara keseluruhan iaitu diperingkat dasar atau bacaan kali yang ketiga, maka ditafsirkan Kerajaan telah hilang kepercayaan mengikut konvensyen/amalan di negara-negara Komanwel.

 

2.   Jika tidak lulus diperingkat jawatankuasa sesuatu kementerian secara keseluruhan, maka peruntukan kementerian tidak diluluskan dan akan dikurangkan dari Bajet.

 

3.   Sekiraya ada pindaan diperingkat jawatankuasa dan diluluskan, pindaan dibuat diperingkat kementerian.  Seterusnya pada bacaan kali yang ketiga, diluluskan dengan pindaan.

 

Wassalam,

Jenderam Hulu, 28 November 2020.

 

BAJET 2021: BAGAIKAN DRAMA - TELAH KLIMAX TETAPI BELUM BERAKHIR...

 

Semasa berjalan meninggalkan bangunan utama Parlimen pada 26 November 2020, lebih kurang jam 4.00 ptg, mendapat khabar bahawa pengundian belah bahagian tidak cukup bilangan yang menyokong berdiri (hanya 13 dari 15 yang disyaratkan) adalah disebabkan arahan disaat-saat akhir ketua pembangkang (Ahli Parlimen Port Dickson – DSAI) supaya tiada undian tersebut.

Khabar tersebut terbukti benar apabila pada petang itu juga telah viral kenyataan “Mssage from Wong Chen, MP for Subang..”bahawa Menteri Kewangan telah membuat pengumuman pindaan bajet seperti moratarium, KWSP dan sebagainaya….dalam tempoh 3 minit terakhir mendapat message dari DSAI supaya tidak ada pengundian…..”.(Kenyataan melalui video).

Manakala Malaysiakini dalam laporan bertajuk “MP: Anwar letak jawatan ketua pembangkang jika terbukti tiada majoriti” (28 November 2020) telah melaporkan “ …Ahli parlimen Port Dickson itu mengejutkan orang ramai selepas dimaklumkan memberi arahan agar wakil pembangkang tidak cuba menguji Belanjawan 2021 melalui undian secara blok.

Dalam kesempatan ini, penulis ingin menyatakan bahawa kenyatan berikut dalam laporan tersebut adalah tidak tepat   Berbeza daripada undian suara - yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana yang lebih lantang - undian secara blok dikira melalui sokongan yang diberikan setiap ahli parlimen yang hadir.  “…..Belanjawan 2021 akan melalui bacaan kali ketiga minggu depan. Di peringkat jawatankuasa ia sekali lagi akan diuji melalui undian mengikut kementerian. 

Laporan tersebut menyebut “undian suara - yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana yang lebih lantang”  adalah tidak tepat.  Yang dimaksudkan undian suara ialah “lebih suara bersetuju “ adalah merujuk kepada majoriti kerusi Ahli Parlimen dipihak Kerajaan berbanding pembangkang (113 vs 109, sekarang 112 vs 108).  Sebab itulah walaupun kadangkala kedengaran jeritan suara “tidak setuju” itu lebih kuat/lantang, namun Yang di-Pertua tetap menyebut “lebih suara setuju”.

Selepas Bajet 2021 melepasi peringkat Dasar, ia akan diteruskan perbahasan di peringkat Jawatankuasa iaitu mengikut Kementerian-kementerian berdasarkan pecahan kepala peruntukan dalam jaduat Bajet 2021.  Ahli-ahli Parlimen akan berbahas secara khusus berdasarkan pecahan kepala peruntukkan dan pihak Kementerian akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan.  Seterusnya akan diputuskan melalui undian suara atau belah bahagian sebanyak 2 kali iaitu untuk perbelajaan mengurus “ Kepala B “ dan peruntukkan pembangunan “Kepala P” Sekiranya ada notis pindaan mengurangkan peruntukkan oleh Ahli-ahli Parlimen (dengan notis 2 hari - Peraturan Mesyuarat 66(9)), maka pindaan perlu dibahas dan diputuskan terlebih dahulu sebelum perbahasan jawatankuasa.

Ini bermakna sekurang-kurangnya 54 kali Bajet 2021 perlu dipersetujukan di peringkat jawatankuasa bagi semua kementerian (2 kali keputusan bagi setiap kementerian x 27 kementerian).  Sekiranya ada usul mengurangkan perbelajaan, ia juga perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum perbahasan peringkat jawatankuasa disetiap kementerian berkenaan.  Setelah selesai semua kementerian diperingkat jawatankuasa dan dipersetujukan, maka Bajet 2021 akan dikemukakan  dalam “ bacaan kali yang ketiga”.  Diperingkat ini, amalannya tiada perbahasan tetapi akan diputuskan sekali lagi secara keseluruhan secara undian suara atau belah bahagiani (jika ada permintaan 15 Ahli).

Kesimpulannya, undian diperingkat dasar adalah penentu utama Bajet ini diluluskan secara umum, dan boleh diteruskan kepada perbahasan selanjutnya diperingkat jawatankuasa. Sekiranya ada pindaan diperingkat jawatankuasa, perlu dipersetujukan dan setiap kementerian (jadual-jadual) perlu disetujukan. Akhirnya akan dikemukakan lagi dalam bacaan kali yang ketiga dan perlu dipersetujukan tanpa pindaan/dengan pindaan. Ini bermakna diperingkat bacaan kali  yang ketiga ini adalah dipersetujukan secara keseluruhan.  Jika diperingkat ini  tidak lulus, maka secara keseluruhannya bajet ini tidak lulus.

OLEH YANG DEMIKIAN, APAKAH SEBENARNYA STRATEGI PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENGGAGALKAN BAJET 2021?.  SEPERTI YANG PERNAH BERLAKU SEBELUM INI, UNDIAN BELAH BAHAGIAN DIPERINGKAT JAWATANKUASA PERNAH BERJAYA DENGAN LEBIHAN UNDI YANG KECIL HATTA 1 UNDI, MALAH DIPERINGKAT BACAAN KALI KETIGA BAGI BAJET 2010, HANYA LEBIHAN 3 UNDI SAHAJA.  (Rujukan tulisan bertarikh 21 November 2020).

Suatu sorotan pandangan jua,

Jenderam Hlulu, Sepang,

28November 2020, jam 10.10 mlm.

 

Wednesday 25 November 2020

BAJET 2021: AKHIRNYA LULUS DENGAN UNDIAN SUARA- APAKAH DEBARAN BERAKHIR DISINI?

 Menjelang 26 November 2020, beberapa kenyataan di luar Dewan Rakyat kedengaran untuk tidak menyokong Bajet 2021 dalam undian diperingkat dasar.  MalaysiaNow melaporkan pada 25 November 2020, Ahli Parlimen Langkawi memaklumkan Pejuang memutuskan semua Ahli Parlimennya  men olak Bajet 2021 dengan menggesa bajet baru dibentangkan dengan melakukan pindaan seperti yang dicadangkan dalam perbahasan.  Seminggu yang lalu pula Ahli Parlimen Kota Raja  memaklumkan 11 orang Ahli Parliem PAN (AMANAH) tidak menyokong Bajet 2021 (Astro Awani, 13 November 2020).

Sementelah itu, PN pula  asebagaimana kenyataan Ahli Parlimen Arau sebagai pengerusi PNBBC menyatakan sokong penuh Bajet 2021,  walaupun BN memberi sokongan bersyarat seperti yang dinyatakan dalam perbahasan Ahli Parlimen Pekan, selaku Pengerusi BNBBC pada 11 November 2020.

Rumusannya, Sinar Harian (23 November 2020) menyimpulakan " BElANJAWAN 2021 IBARAT TELUR DIHUJUNG TANDUK".

Disini, dicatatkan beberapa jawapan pihak Kerajaan semasa menggulung perbahasan Bajet 2021 di Peringkat Dasar oleh beberapa Kementerian khususnya mengenai cadangan pundaan atau syarat-syarat untuk diluluskjan Bajet ini. 

Pada 25 November 2020, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia memberi jaminan bahawa peruntukan sebanyak RM 85.5 juta untuk JASA akan dikurangkan dan dijenamkan semula iaitu Jabatan Kominikasi Kominiti (J-KOM).  Begitu juga Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menjelaskan pada 26 November 2020 bahawa peruntukan untuk Penggerak Komuniti  Masyarakat adalah lanjutan kepada dasar Kerajaan yang lalu.

Debaran  bermula pada pagi ini,  jam 10.03 pagi, hari  Khamis, 26 November 2020, apabila Menteri Jabatan Perdana Menteri memngemukakan usul Peraturan Mesyuarat 12(1) dengan mengenepikan usul terdahulu bahawa persidangan hari ini sehingga selesai penggulungan perbahasan dan diputuskan peringkat Dasar Bajet 2021.  Ini bermakana, undian peringkat dasar akan diadakan pada hari ini juga, dan sekiranya belahbahagian diminta(rasanya pasti), maka ternapi berita-berita dimedia sosial  bahawa pengundian diperingkat dasar akan ditangguhkan kepada minggu hadapan.

Sebaik sahaja  Kementerian Kewangan menggulung peringkat Dasar pada jam 2.15 petang, kesemua Ahli Parlimen dibenarkan masuk ke dalam Dewan Rakyat.  Menteri Kewangan merumuskan  antaranya perkara berikut:

  • Isu pelanjutan tempoh moratorium - komitmen untuk melibaturus dengan institusi-institusi bank; B40- diberi moratorium tanpa dokumen sokongan  dan diluiluskan 24 jam;  M40 pula- diluluskan 1 hingga 5 hari juga tanpa dokumen.
  • KWSP - I-sinar kepada semua ahli yang terjejas pendapatan ; memberi kermudahan  dari 2 juta kepada 8 juita Ahli; dan amuan dari  maksima RM 9,000 kepada 10,000  berdasarkan kelayakan Ahli.  Permohonan secara on-;ine atau pejabat KWSP dengan tunjukkan bukti pengurangan pendapatan.
  • Lain-lain pengumuman juga dibuat - tambahan bantuan kepada petugas hadapan, bantuan kepada belia dinaikkan kepada RM100 termasuk pelajar IPT/IPTS.  Peruntukan khas kepada Sabah ditambah RM50 juta, 
  • Akan ada usul  pengurangan di peringkat Jawatankuasa bagi JASA.

Diakhir penggulungan , Ahli Parlimen  Shah Alam bangkit dan menyatakan " satu pembohongan bahawa Ahli Parlimen Pembangkang dalam libat urus" AKHIRNYA DILULUSKAN BAJET 2021 DENGAN UNDIAN SUARA, DAN PERMINTAAN BELAHBAHAGIAN OLH AHLI PARLIMEN POKOK SENA HANYA DISOKONG 13 AHLI YANG BANGUN (TIDAK CUKUP SYARAT, SEPATUTNYA 15 AHLI)

Apakah debaran berakhir?  Ujian seterusnya, di peringkat jawatankuasa bagi setiap Kementerian, apakah pembangkang akan meminta undi belahbahagian, maka penyokong Kerajaan perlu berhati-hati kerana setiap kementerian akan diputuskan 2 kali, maknya berjumlah 54 kali undian belahbahagian boleh diminta.!!!

Bangunan Parlimen,

26 November 2020, 3.30ptg.

Monday 23 November 2020

TATACARA USUL UNDI TIDAK PERCAYA - ADAKAH DIPERUNTUKKAN DALAM PERLEMBAGAAN ?

Semasa perbahasan Bajet 2021 di  peringkat dasar, beberapa Ahli Parlimen telah membangkitkan isu berkaitan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Ke-8, khususnya Ahli Parlimen Shah Alam yang mempertikaikan kedudukan usul tersebut.  Jawapan  Kerajaan  seperti yang dimuatnaik dalam Portal Parlimen adalah seperti berikut:

Bagi  menentukan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan serta sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat untuk menjadi Perdana Menteri, Perlembagaan Persekutuan mahupun Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak memperuntukkan tatacara yang berhubungan dengannya.  Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara  sendiri untuk membuat penentuan. Yang di-Pertuan Agong boleh menentukan apa-apa cara yang sesuai untuk menentukan individu yang pada hemat Yang di-Pertuan Agong mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, termasuklah dengan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan mahupun dengan mendapatkan kenyataan lisan atau bertulis daripada setiap ahli Dewan Rakyat.

 

Berhubung dengan undi tidak percaya, perkara tersebut tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun, Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menyatakan yang berikut:

 

        43.     (4)     Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong.”.

 

Walaupun Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai kedudukan jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, Fasal tersebut tidak memperuntukkan  tatacara untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri. Oleh itu, tatacara tersebut hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

 

Usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri boleh dibawa      ke Majlis Mesyuarat sekiranya teratur dan mematuhi Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang berhubungan dengan kehendak mengenai pemberitahu usul. Usul undi tidak percaya juga tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15 dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat masing-masing mengenai susunan Aturan Urusan Mesyuarat dan peruntukan bagi mendahulukan Urusan Kerajaan. Namun, Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa dan budi bicara untuk menentukan bila perbahasan usul boleh dibuat dengan mengambil kira urusan Kerajaan.

 

Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15(1) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain. Sehubungan  itu, urusan-urusan lain termasuk usul persendirian yang turut terdiri daripada usul tidak percaya hanya akan dibahaskan selepas semua urusan Kerajaan selesai. Sebanyak 25 usul tidak percaya telah diterima dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas.”

 

Manakala berkaitan saranan Ahli Parlimen Bagan Datuk supaya Kerajaan memberi  keutamaan kepada “Usul Undi Percaya” terhadap Perdana Menteri, penjelasannya adalah :

         

          terdapat Usul Undi  Percaya yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pasir Puteh  dan Ahli Parlimen Arau telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat bagi Mesyuarat ini.  Usul ini juga termasuk sebagai usul persendirian.   Ianya juga tertakluk kepada Peraturan 15 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dimana  urusan Kerajaan hendaklah didahulukan dari urusan-urusan lain.”

 

Selama ini dalam penulisan terdahulu, penulis menegaskan bahawa “usul undi tidak percaya” lazimnya adalah usul persendirian kerana dikemukakan oleh pihak pembangkang. Usul sedemikian hanya tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat sahaja dan tidak mungkin akan dibahas / diputuskan kerana Peraturan Mesyuarat 15(1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat  menetapkan urusan-uruusan Kerajaan didahulukan melainkan Kerajaan membenarkan usul persendirian ini didahulukan.  Usul undi tidak percaya ini bukanlah kali pertama, bahkan pernah dikemukakan kepada Perdana Menteri Ke-6, Dato Seri Najib Razak pada tahun 2015, dan hanya tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat sahaja.  Walau sebanyak mana usul ini dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen, maka ia akan “duduk diam-diam” dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat sahaja.

 

Suatu sorotan catatan jua....

 

Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur

23  November 2020

 

 

Saturday 21 November 2020

BAJET 2021 – BAGAIKAN DRAMA, APAKAH AKHIRNYA?

Dua minggu telah berlalu sejak Bajet 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 6 November 2021 (Jumaat) dan perbahasan peringkat Dasar yang bermula pada 5 November lalu telah selesai pada 19 November 2020.  Bermula Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Port Dickson sebagai pembahas pertama pada 5 November, telah merumuskan bahawa pihaknya akan menyokong Bajet ini jika beberapa cadangan pindaan dipenuhi,  Antaranya JASA (Jabatan Hal  Ehwal Khas) dimansuhkan dan dimasukkan kedalam Dana Covid-19.    Begitu juga peruntukan sebanyak RM 8.5 juta untuk mewujudkan Pegawai  Penggerak Komuniti di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan  Tempatan(KPKT) dimansuhkan. Juga tempoh morotarium pinjaman oleh bank dilanjutkan 6 bulan lagi.

Keesokannya pula, pada 6 November 2020, Ahli Parlimen Pekan  sebagai Pengerusi BNBCC bagi pihak penyokong Kerajaan pula berbahas dan merumuskan sokongan bersyarat dengan tuntutan supaya pengeluaran KWSP  sehingga RM10,000 sekaligus menggantikan cadangan Bajet sebanyak RM6,000 dengan 6 kali pengeluaran, dan melanjutkan tempoh  morotarium pinjaman bank selama 6 bulan lagi.

Ahli Parlimen Pontian yang mencelah dan berbahas  selepas itu menyokong saranan tersebut dan menyarakan Bajet 2021 dengan pindaan-pindaan ang dicadangkan.  Maka terdengarlah ramai Ahli-ahli Parlimen  sama ada di pihak gabungan Kerajaan (PN) dan juga pembangkang (PH) serta Bebas telah menyokong pindaan-pindaan terhadap Bajet ini.   Tidak kurang juga gabungan PH iaitu PAN dan DAP melalui Ahli Parlimen Kota Raja dan Ahli Parlimen Bagan serta yang lain-lain memberikan hujahan bersyarat, malah cenderung untuk menolak Bajet 2021.

Walau pun begitu, tidak  kurang juga  dari pihak penyokong Kerajaan (PNBBC)  yang bersungguh-sungguh menyokong Bajet ini.  Tidak  tekecuali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang popular dengan ungkapan menyanggah Ahli Parlimen Pekan dengan kata-kata “ bagaikai Hikayat Puteri Gunung Ledang, yang meminta bagaikan syarat bagi menolak pinangan Sultan Melaka”.  Begitulah sebahagian petikan penghujahan kedua-dua pihak dan Ahli Parlimen Arau  selaku Pengerusi PNBBC  sebagai pembahas terakhir menegaskan PN menyokong penuh Bajet 2021.  Sebagai rekod, inilah juga kali pertama pihak Kerajaan mempunyai dua kelab penyokon iaitu PNBBC dan BNBBC.

Pengalaman penulis, tidak kurang 25 kali mengikuti  pembentangan Bajet tahunan, (yang dulunya dikenali sebagai Belanjawan),  dimana penulis menguruskan secara langsung penggulungan bajet bagi kementerian/jabatan tertentu,…inilah kali pertama Bajet dibimbangi tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, bahkah mungkin inilah kali pertama dalam sejarah Parlimen.  Mulai esok, 23  November, pihak Kerajaan memberi jawapan atau mengguung perbahasan Bajet Peringkat Dasar dan diakhiri oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada 26 November 2020.  Maka ketika inilah, rumusan akan dibuat sama ada tuntutan-tuntutan dan pindaan yang dicadangkan diterima oleh Kerajaan atau sebaliknya.

Setakat ini, penulis membuat telahan seperti berikut:-

  • Cadangan bersifat dasar seperti pengeluaran KWSP dan melanjutkan tempoh moatarium yang tidak menyentuh secara langsung angka peruntukan dalam Bajet,dipersetujui oleh Kerajaan semasa penggulungan peringkat Dasar oleh MOF.  Malah ianya tiada perlu pindaan dibuat keatas Bajet.
  • Cadangan  pindaan yang menyentuh peruntukan seperti JASA dan Pegawai Penggerak Komuniti pula memerlukan pindaan. Ia perlu dimaklumkan persetujuan Kerajaan semasa menggulung peringkat Dasar, dan perlu pindaan dibuat di peringkat Jawaatankuas bagi setiap Kementerian dengan notis 2 hari. 
  • Disamping itu, Ahli Parlimen juga boleh mencadangkan pindaan di Peringkat Jawatankuasa dengan notis 2 hari.  Apakah ini akan berlaku?

Penulis menelah, MOF akan memaklumkan persetujuan perkara-perkara dasar semasa penggulungannya pada 26 November 2020 nanti. Dan tidak mungkin bersetuju dengan pindaan-pindaan peruntukan.  Ketika hendak dipersetujukan Bajet 2021 di Peringkat Dasar, maka pihak PH akan meminta undi belahbahagian.  Jika ini berlaku, penulis mempercayai selain PN, BN dan beberapa kumpulan  Ahli Parlimen akan menyokong Bajet 2021 serta disetujukan/diluluskan dengan lebihan undi yang kecil hatta 1 undi..

Persoalannya, adakah suatu yang janggal Bajet 2021 di.uluskan dengan 1 undi. Jawabya – TIDAK. Berikut adalah Bajet yang pernah diluluskan dengan lebihan undi yang kecil:

  Era BN : 14 Disember 2009, Bajet 2010 diluluskan dengan lebihan 1 undi di peringkat Jawatankuasa (Kementerian Dalam Negeri) - 64 setuju dan 63 tidak setuju .  Manakala bacaan kali yang ketiga diluluskan dengan lebihan 3 undi – 66 setuju dan 63 tidak setuju. 

  Era BN: 20 Disember 2017 -  Bajet 2018 (Bajet BN  terakhir ) diluluskan dengan lebihan 1 undi diperingkat Jawatankuasa (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan KoperasiI – 52 setuju, 51 tidak setuju dan 2 tidak mengundi (PAS). Malah takdir menyebelahi Kerajaan apabila sepatutnya undi PH adalah 52, tetapi Ahli parlimen Kapar sebagai penghitung  undi tidak mengira dirinya.

 Era PH: 26 November 2019, Bajet 2020 di peringkat Jawatankuasa  bagi Kementerian  Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan lebihan 4 undi - 32 setuju dan 28 tidak setuju.  

 

APAKAH BAJET 2021 AKAN DILULUSKAN DENGAN LEBIHAN UNDI YANG KECIL ATAU UNDIAN SUARA DIPERINGKAT DASAR? BELUM PERNAH BERLAKU, PERINGKKAT DASAR BAJET ATAU BACAAN KEFDUA DILULUSKAN DENGAN UNDI BELAHBAHAGIAN. INI KERANA BIASANYA KESEMUA PENYOKONG KERAJAAN AKAN HADIR SEMAKSIMA MUNGKIN BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN, DAN BIASANYA PIHAK PEMBANGKANG TIDAK MEMINTA UNDI BELAHBAHAGIAN. DIMANA UNDIAN INI DIBUAT SETELAH 15 ORANG AHLI ATAU LEBEIH MEMINTANYA. SELAMA INI, UNDI BELAHBAHAGIAN BERLAKU DIPERUNGKAT JAWATANKUASA APABILA KETIDAK HADIRAN AHLI PARLIMEN KERAJAAN.  TETAPI KALI INI, SEMEMANGNYA PIHAK KERAJAAN MEMPUNYAI LEBIHAN MAJORITI YANG TERLALU KECIL ( 2 UNDI SAHAJA), MAKA UNDI BELAHBAHAGIAN AKAN DIMINTA SEAWAL PERINGKAT DASAR DAN SETERUSNYA PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN DI PERINGKAT JAWATANKUASA..

KITA TUNGGU…APAKAH PENGAKHIRAN DRAMA BAJET 2021

Jenderam Hulu,  21 November 2020


SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...