Saturday 28 November 2020

BAJET 2021: BAGAIKAN DRAMA - TELAH KLIMAX TETAPI BELUM BERAKHIR...

 

Semasa berjalan meninggalkan bangunan utama Parlimen pada 26 November 2020, lebih kurang jam 4.00 ptg, mendapat khabar bahawa pengundian belah bahagian tidak cukup bilangan yang menyokong berdiri (hanya 13 dari 15 yang disyaratkan) adalah disebabkan arahan disaat-saat akhir ketua pembangkang (Ahli Parlimen Port Dickson – DSAI) supaya tiada undian tersebut.

Khabar tersebut terbukti benar apabila pada petang itu juga telah viral kenyataan “Mssage from Wong Chen, MP for Subang..”bahawa Menteri Kewangan telah membuat pengumuman pindaan bajet seperti moratarium, KWSP dan sebagainaya….dalam tempoh 3 minit terakhir mendapat message dari DSAI supaya tidak ada pengundian…..”.(Kenyataan melalui video).

Manakala Malaysiakini dalam laporan bertajuk “MP: Anwar letak jawatan ketua pembangkang jika terbukti tiada majoriti” (28 November 2020) telah melaporkan “ …Ahli parlimen Port Dickson itu mengejutkan orang ramai selepas dimaklumkan memberi arahan agar wakil pembangkang tidak cuba menguji Belanjawan 2021 melalui undian secara blok.

Dalam kesempatan ini, penulis ingin menyatakan bahawa kenyatan berikut dalam laporan tersebut adalah tidak tepat   Berbeza daripada undian suara - yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana yang lebih lantang - undian secara blok dikira melalui sokongan yang diberikan setiap ahli parlimen yang hadir.  “…..Belanjawan 2021 akan melalui bacaan kali ketiga minggu depan. Di peringkat jawatankuasa ia sekali lagi akan diuji melalui undian mengikut kementerian. 

Laporan tersebut menyebut “undian suara - yang ditentukan speaker melalui kumpulan mana yang lebih lantang”  adalah tidak tepat.  Yang dimaksudkan undian suara ialah “lebih suara bersetuju “ adalah merujuk kepada majoriti kerusi Ahli Parlimen dipihak Kerajaan berbanding pembangkang (113 vs 109, sekarang 112 vs 108).  Sebab itulah walaupun kadangkala kedengaran jeritan suara “tidak setuju” itu lebih kuat/lantang, namun Yang di-Pertua tetap menyebut “lebih suara setuju”.

Selepas Bajet 2021 melepasi peringkat Dasar, ia akan diteruskan perbahasan di peringkat Jawatankuasa iaitu mengikut Kementerian-kementerian berdasarkan pecahan kepala peruntukan dalam jaduat Bajet 2021.  Ahli-ahli Parlimen akan berbahas secara khusus berdasarkan pecahan kepala peruntukkan dan pihak Kementerian akan menjawab isu-isu yang dibangkitkan.  Seterusnya akan diputuskan melalui undian suara atau belah bahagian sebanyak 2 kali iaitu untuk perbelajaan mengurus “ Kepala B “ dan peruntukkan pembangunan “Kepala P” Sekiranya ada notis pindaan mengurangkan peruntukkan oleh Ahli-ahli Parlimen (dengan notis 2 hari - Peraturan Mesyuarat 66(9)), maka pindaan perlu dibahas dan diputuskan terlebih dahulu sebelum perbahasan jawatankuasa.

Ini bermakna sekurang-kurangnya 54 kali Bajet 2021 perlu dipersetujukan di peringkat jawatankuasa bagi semua kementerian (2 kali keputusan bagi setiap kementerian x 27 kementerian).  Sekiranya ada usul mengurangkan perbelajaan, ia juga perlu diputuskan terlebih dahulu sebelum perbahasan peringkat jawatankuasa disetiap kementerian berkenaan.  Setelah selesai semua kementerian diperingkat jawatankuasa dan dipersetujukan, maka Bajet 2021 akan dikemukakan  dalam “ bacaan kali yang ketiga”.  Diperingkat ini, amalannya tiada perbahasan tetapi akan diputuskan sekali lagi secara keseluruhan secara undian suara atau belah bahagiani (jika ada permintaan 15 Ahli).

Kesimpulannya, undian diperingkat dasar adalah penentu utama Bajet ini diluluskan secara umum, dan boleh diteruskan kepada perbahasan selanjutnya diperingkat jawatankuasa. Sekiranya ada pindaan diperingkat jawatankuasa, perlu dipersetujukan dan setiap kementerian (jadual-jadual) perlu disetujukan. Akhirnya akan dikemukakan lagi dalam bacaan kali yang ketiga dan perlu dipersetujukan tanpa pindaan/dengan pindaan. Ini bermakna diperingkat bacaan kali  yang ketiga ini adalah dipersetujukan secara keseluruhan.  Jika diperingkat ini  tidak lulus, maka secara keseluruhannya bajet ini tidak lulus.

OLEH YANG DEMIKIAN, APAKAH SEBENARNYA STRATEGI PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MENGGAGALKAN BAJET 2021?.  SEPERTI YANG PERNAH BERLAKU SEBELUM INI, UNDIAN BELAH BAHAGIAN DIPERINGKAT JAWATANKUASA PERNAH BERJAYA DENGAN LEBIHAN UNDI YANG KECIL HATTA 1 UNDI, MALAH DIPERINGKAT BACAAN KALI KETIGA BAGI BAJET 2010, HANYA LEBIHAN 3 UNDI SAHAJA.  (Rujukan tulisan bertarikh 21 November 2020).

Suatu sorotan pandangan jua,

Jenderam Hlulu, Sepang,

28November 2020, jam 10.10 mlm.

 

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...