Monday 30 November 2020

BAJET 2021 – PLOT DRAMA SEMAKIN MEMUNCAK ... 2 KALI UNDIAN, PH TEWAS 10 DAN 12 UNDI !!!

 

Setelah dikritik hebat oleh warganet  dan penyokong-penyokong PH kerana memberi laluan mudah dan tiada undi belah bahagian bagi Bajet 2021 di Peringkat Dasar pada 26 November yang lalu,  maka Ketua Pembankang (Ahli Parlimen Port Dickson) telah menyatakan bahawa Ahli-ahli Parlimen Pembangkang akan membuat perbahasan yang teliti bagi setiap peringkat Jawatankuasa bagi kementerian-kementerian dan akan meminta undi belah bahagian.

Hari  ini,  30 November 2020, jam 11.05 pagi bermulalah perbahasan peringkat Jawatankuasa  bagi Jabatan Perdana Menteri(JPM) yang dimulakan oleh Ketua Pembangkang. Antaranya beliau mempersoalkan peruntukan JPM yang meningkat disebabkan pelantikan pegawai-pegawai kontrak lantikan politik, dan juga pelantikan duta-duta khas.  Seramai 17 Ahli Parlimen telah berbahas dan seramai 5 orang Menteri JPM mengikut portfolio iaitu Hal Ehwal Saabah Sarawak, Tugas-tugas Khas, Ekjonomi, Parlimen & Undang-Undang dan Hal ehwal Agama telah menggulung/menjawab perbahasan ini.. 

Pada jam lebih kurang 1.15 tgh, ketika hendak dipersetujukan, lebih 15 Ahli Parlimen PH telah bangun dan meminta belah bahagian. Setelah lonceng dibunyikan selama 2 minit, Dewan ditempohkan selama 10 minit (amalan semasa PKP) bagi membolehkan semua Ahli-ahli Parlimen masuk ke dalam Dewan. Sekali lagi lonceng dibunyikan 2 minit dan seterusnya undi belah bahagian dijalankan.  Kekecohan berlaku apabila terdapat Ahli Parlimen di pihak Kerajaan yang baru masuk dalam Dewan dan ada yang mencadangkan supaya pintu ditutup. YB Ipoh Barat  membangkitkan Senator tidak boleh mengundi serta tidak puashati kerana tiada had masa ditetapkan untuk ahli-ahli masuk dalam Dewan. YB Puchong juga bangun  dan menyatakan agar pintu harus ditutup selepas tamat lonceng. Yang di-Pertua Dewan menjelaskan bahawa Senator sememangnya tidak ,mengundi dan tiada nama dalam senarai. Beliau juga bersetuju bahawa  pintu Dewan akan ditutup selepas tamat lonceng yang kedua.   Setelah undian dijalankan dan dikira, Yang di-Pertua mengumumkan keputusan undi : setuju – 105 dan tidak setuju 95 dan tidak hadir 20.

Pada jam lebih kurang 1.30 tgh, Menteri di JPM telah membuat usul baharu mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) supaya persidangan dilanjutkan hingga 4.00 ptg yang sebelum ini sehingga 3 ptg sahaja. Ini bagi membolehkan masa perbahasan yang mencukupi bagi Kementerian Kewangan.  Setelah Kementerian Kewangan selesai menggulung, Menteri di JPM sekali lagi bangun mngemukakan usul Peraturan Mesyuarat 12(1) supaya persidangan akan ditangguhkan sehingga selesai peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan dan diputuskan.  Kira-kira jam jam 4.15 ptg, pihak pembangkang (PH) meminta undi belah bahagian.  Kali ini, Yang di-Pertua Dewan telah memaklumkan pintu Dewan akan ditutup selepas lonceng kedua tamat dibunyikan.  Kepetusan undi belah bahagian bagi Kementerian Kewangan ialah: setuju – 107; tidak setuju – 95 dan tidak hadir 18.  Disini undi pihak kerajaan bertambah 2 undi sedangkan pihak PH kekal.

Dengan demikian PH telah mengotakan janjinya bahawa akan diadakan undi belah bahagian di peringkat jawatankuasa.  Namun  setelah 2 kali undian belah bahagian tersebut, PH terbukti gagal untuk mengatasi PN.  Bahkan Ahli Parlimen yang tidak hadir pun, diperhatikan ramai di pihak Kerajaan / PN.  Adakah ini bermakna di pihak PH telah berkurangan sokongan?  Diperhatikan ramai Ahli Parlimen Warisan tiada dalam Dewan semasa undian berjalan.  Ini kerana perbezaan undi juga nampak nyata dan jelas iaitu 10 dan 12,  Dalam konteks majoriti yang kecil, perbezaan undi sedemikian dikira “besar” dan amat bermakna.  SETAKAT INI, YANG MENARIK PERHATIAN 5 AHLI PARLIMEN PIHAK KERAJAAN IAITU 3 BN - YB GUA MUSANG, YB PEKAN DAN YB BAGAN DATUK, I GPS - YB SERIAN DAN 1 PN - YB PUNCAK BORNEO TIDAK HADIR. MANAKALA BAKINYA  13 LAGI AHLI YANG TIDAK HADIR - ADAKAH DARI PIHAK PH? [AKAN DILIHAT  HANSARD/PENYATA RASMI PARLIMEN YANG AKAN DIKELUARKAN ESOK]

Drama Bajet 2021 belum berakhir. Plot akan sentiasa berubah…penuh suspen.  Kita lihat untuk hari esok dan seterusnya sehingga selesai bacaan kali yang ketiga pada 15 Disember 2020 nanti.  Apakah jumlah undi kedua-kedua pihak akan bertambah, kekal atau merosot? Jika kekal, bermakna Ahli-ahli Parlimen yang tidak hadir mungkin mengambil pendirian berkecuali.  KITA TUNGGU PLOT SETERUSNYA DALAM DRAMA BAJET 2021…..APAKAH MAKNANYA UNDI BELAH BAHAGIAN DI PERINGKAT JAWATANKUASA !!!

Suatu sorotan catatan jua, agar tidak dilupai.

Jenderam Hulu,

30 November 2020. 9 mlm.


*Kemaskini:  

Pada 1 Dis 2020, Timbaalan Yang di-Pertua mengumumkan pembetulan pengiraan undi belah bahagian semalam bagi Kementerian  Kewangan (B10-B11) - bersetuju 106, tidak setuju 95 dan tidak hadir 119.   Ahli Parlimen Tasek Gelugor sebagai penghitung di blok C telah mengira YB Padang Rengas sedangkan beliau tidak hadir.  Ahli-ahli Parlimen Pembangkang tidak berpuas hati dan pelabagai jeritan menipu dan sebagai kedengaran.


 

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...