Tuesday 1 December 2020

BAJET 2021 : HARI KEDUA PERINGKAT JAWATANKUASA DIPERSETUJUKAN - UNDI BELAH BAHAGIAN : 108 VS 95

 

Pada hari ini, 1 Disember 2020 Bajet 2021 Perimgkat Jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perpaduan Negara diluluskan dengan undian suara.  Manakala bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi pula diluluskan dengan undi belah bahagian: setuju – 108, tidak setuju – 95 dan tidak hadir 19.

 

Sebaik sahaja Bajet bagi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dibuka untuk dibahas, Ahli Parlimen Seputeh membangkitkan pelbagai isu termasuk kepimpinan Menterinya.  Perbahasan semakin hangat apabila Ahli Parlimen Sepang membangkitkan isu-isu peribadi Menteri.  Setelah Timbalan Menteri, Ahli Parlimen selesai menjawab, dan ketika hendak diputuskan Ahli Parlimen Seputeh berdiri memohon undi belah bahagian yang disokong lebih 15 Ahli.   Selepas ditempohkan 10 minit (amalan semasa PKP), Yang di-Pertua memaklumkan akan menyebut “ undian berjalan” dan “pintu dikunci”.

 

Selepas undian, berlaku  kekecohan  apabila beberapa Ahli Parlimen PH terutamanya Ahli Parlimen Jelutong membangkitkan Peraturan Mesyuarat dan menyatakan Timbalan Menteri selepas selesai menggulung telah menunjukkan isyarat lucah (menunjukkan jari tengah) terhadap sekumpulan Ahli Parlimen PH yang menjerit-jerit “pengkhianat” kepadanya.

 

Disini penulis merekodkan bahawa undian PH kekal 95 dan pihak Kerajaan bertambah 1 undi berbanding hari sebelumnya. Apakah suasana ini berkekalan sehingga selesai perbahasan Bajet pada 15 Disember 2020?   Dimaklumi juga, 8 Ahli-ahli Parlimen Warisan tidak hadir untuk mengundi, dikatakan mereka berkecuali. ADAKAH  KETIDAK HADIRAN MEREKA SEBAGAI PENENTU KEMENANGAN DI PIHAK KERAJAAN?


Bangunan Parlimen

1 Dis 2020

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...