Wednesday 9 December 2020

BAJET 2021- PERINGKAT JAWATANKUASA, HARI KE-7: LULUS 106 VS 96

Hari ini, 9   Disember 2020,  adalah hari ke- 7 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa iaitu Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).    Perbahasan  bagi Kementerian Kesihatan agak panas apabila beberapa Ahli Parlimen , sama ada pihak pembangkang mahupun Kerajaan kurang puas hati dengan jawapan Timbalan Menetri Kesihatan (YB Bagan Serai) yang tidak menjawab secara langsung berkenaan isu peruntukan kementeriannya yang di dakwa oleh pihak pembangkang dikurangkan.  Waalau  pun, begitu bajet bagi Kementerian Kesihatan diluluskan dengan undian suara.

Bagi KPKT pula,  terdapat 4 usul di bawah Peraturan Mesyuarat 66(9) bagi mengurangkan peruntukan Pegawai Penggerak Komuniti iaitu oleh YB Tuaran, Petaling, Tanjong Karang dan Tanjong Malim..  Walau bagaimana pun Yang di-Pertua telah berbincang dengan semua Ahli berkenaan untuk menerima satu usul sahaja kerana kesemua usul adalah sama, iaitu usul oleh Tanjong Malim. Usul ini tidak dipersetujukan  dengan undian suara.   Seterusnya setelah perbahasan yang agak panas, khususnya semasa penggulungan oleh Menteri, Bajet KPKT diputuskan melalui undian belah bahagian.  Keputusannya ialah setuju -106, tidak setuju – 96 dan tidak hadir – 18.  

Nampaknya keadaan kembali kepada asal apabila didapati dipihak penentang khususnya Ahli-ahli  Parlimen dari Warisan tidak hadir.  Penulis rasakan, undian belah bahagian kurang menyengat...sekadar menunjukkan penentangan kepada peribadi Menteri berkenaan sahaja.

Suatu catatan jua.

7 Disember 2020, .

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...