Monday 14 December 2020

BAJET 2021 – HARI KE-9, PERINGKAT JAWATANKUASA, 110 VS 7 – PLOT BERUBAH ?

 

Pada 14 Disember 2020 (Isnin) adalah  hari ke-9 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi  Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Diawal perbahasan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan bahawa diatas meja Ahli Parlimen telah diedarkan perubahan SOP Dewan Rakyat, antaranya Ahli-ahli Parlimen yang dikurantin iaitu Ahli Parlimen Batu, Menteri Sumber Manusia dan Menteri Kesihatan  akan datang ke Parlimen dengan ambulan dan akan ditempatkan/menunggu ditempat yang dikhaskan (Dewan Persidangan).  Sekiranya ada undi belah bahagian , mereka akan  hadir di Dewan dengan memakai PPE dan masuk di bahagian galeri Dewan.  Penghitung undi akan memakai pelindung muka, dan selepas mengundi, mereka terus keluar dari Dewan.   

 

Perbahasan  bagi KWP panas apabila Ahli Parlimen Shah Alam membangkitkan isu pembangunan Kampong Baru dan juga Ahli Parlimen Seputeh membangkitkan isu-isu hak penghuni Wilayah Persekutuan.  Kira-kira pukul 1.00 tengahari, ketika hendak diputuskan, seramai  lebih 15 ahli meminta belah bahagian.   Suasana kecoh apabila Ahli Parlimen Kuala Langat dan Sepanggar membangkitkan kebimbangan atas kehadiran mereka yang dikurantin.  Semasa undian hendak dijalankan, Ahli Parimen Pulai bangun dan menjerit “tak payah undi”, diikuti oleh Ahli Parlimen Kota Raja.  Akhirnya sebahagian besar Ahli-ahli Parlimen Pembangkang keluar Dewan.  Undian tetap dijalankan dan keputusan ialah SETUJU 110, TIDAK SETUJU 7, TIDAK MENGUNDI 31 DAN TIDAK HADIR 72.  Ini  bermakna pihak pembangkang telah memboikot pengundian ini.  Inilah satu plot baharu drama  Bajet 2021.  Mereka menggunakan alasan kehadiran Ahli yang dikurantin, tetapi dirasakan itu sebagai alasan, sebenarnya mereka sedar akan tewas pengundian ini.  Dipihak Kerajaan pula, hampir maksima kecuali Ahli Parlimen Gua Musang dan   seorang lagi penyokong Kerajaan tidak hadir *.

 

Manakala bagi Mindef, perbahasan amat tenang sekali dan akhirnya diputuskan/disetujukan dengan undian suara pada kira-kira jam 2.45 petang. Seterusnya bagi KDN, perbahasan agak hangat tetapi akhirnya dipersetujukan dengan undian suara pada jam 4.40 petang. diluluskan dengan undian suara.


Maka Plot drama Bajet 2021 pada hari  ke-9 peringkat Jawatankuasa telah berubah.  Apakah kemuncaknya esok hari ke-10 dan terakhir bagi peringkat Jawatankuasa dan seterusnya bacaan kali yang ketiga.?

 

Suatu catatan jua.

 

Jenderam Hulu,

14 Disember 2020(Isnin), 6.30 ptg.


Kemaskini*

Ahli Parlimen penyokong Kerajaan yang tidak hadir ialah  YB Padang Besar ( Timbalan Menteri KKMM)

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...