Sejak Bajet 2021 dibentangkan di Dewan Rakyat pada 6
November 2020, suasana persidangan Dewan Rakyat sentiasa panas dan perbahasan
yang menceriakan. Namun akhirnya Bajet 2021 diluluskan sepenuhnya pada
bacaan kali yang ketiga pada 15 Disember dengan penuh bergaya apabila
dipersetujukan dengan undian belah
bahagian 111 vs 108 dan seorang Ahli tidak hadir (Ahli Parlimen Gua Musang).
Disini penulis catatkan perjalanan Bajet 2021 yang melalui undian dipelbagai peringkat di Dewan Rakyat dengan 11 undian belah behagian dan 51 undian suara. Perinciannya sepertri ringkasan berikut:-
Tarikh |
Peringkat/Kepala Peruntukan |
Catatan/keputusan |
|
1 |
3 Dis 2020 |
Bacaan kali yang pertama |
- |
2 |
6 Nov
2020 (4.00, Jumaat) |
Bacaan kali yang kedua (pembentangan) |
- |
3 |
9 – 19 Nov 2020 |
Perbahasan Peringkat Dasar |
- |
4 |
23 – 26 Nov 2020 |
Jawapan Menteri-Menteri (Peringkat Dasar) |
- |
5 |
26 Nov 2020 |
Dipersetujukan Peringkat Dasar
|
Undian suara – setuju
|
|
|
Peringkat Jawatankuasa |
|
6 |
30 Nov 2020 |
Jabatan
Perdana Menteri B1-B9 & B40 /P6 -P7
|
B: Undi belah bahagian - S 105, TS 95 TH 20 P: Undian suara – setuju |
7 |
“ |
Kementerian Kewangan B10-B12 / P10 & P70
|
B:Undi belah bahagian - S 106, TS 95 TH 19 P: Undian suara – setuju |
8 |
1 Dis 2020 |
Kementerian Luar Negeri B13/P13
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
9 |
“ |
Kementerian Perpaduan Negara B14/P14
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
10 |
“ |
Kementerian Perusahaan Perladangan dan
Komoditi B20/P20
|
B:Undi belah bahagian - S 108, TS 95 TH 17 P: Undian suara – setuju |
11 |
2 Dis 2020 |
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan B21/P21
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
12 |
“ |
Kementerian Pembangunan Luar Bandar B22/P22
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
13 |
“ |
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli B23/P23
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
14 |
3 Dis 2020 |
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan
industri B24/P24
|
B:Undi Belah Bahagian – S 110, TS 104 TH 6 P: Undian suara – setuju |
15 |
“ |
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna B25/P25
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
16 |
“ |
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi B26/P26
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
17 |
7 Dis 2020 |
Kementerian Kerja Raya B27/P27
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
18
|
“ |
Kementerian Pengangkutan B28/P28
|
B:Undi Belah Bahagian S 109, TS 94,TH 17 P: Undian suara – setuju |
19 |
“ |
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi B30/P30
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
20 |
8 Dis 2020
|
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya B31/P31
|
B:Undi Belah Bahagian S 109, TS 96 TH 15
P: Undian suara – setuju
|
21 |
“ |
Kementerian Pembangunan Wanita , keluarga dan
Masyarakat B48/P48
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
22 |
“ |
Kementerian Alam Sekitar dan Air B33/P33
|
PM 66(9) – tidak disetujukan, undian suara. B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
23 |
9 Dis 2020
|
Kementerian Kesihatan B42/P42
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
24 |
‘”
|
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan B43/P43
|
PM 66(9) – oleh YB Tanjong Malim tidak
disetujukan, undian suara. B:Undi Belah Bahagian S 106, TS 96, TH 18 P: Undian suara – setuju |
25
|
10 Dis 2020 |
Kementerian Belia dan Sukan B45/P45
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
26 |
“ |
Kementerian Sumber Manusia B46/P46
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
27 |
“ |
Kementerian Komunikasi dan Multimedia B47/P47 |
Usul 66(9) oleh Kerajaan : kurangkan RM 45
juta bagi peruntukan JASA. Diluluskan,
undian suara Usul 66(9) oleh YB Tuaran, Batu Gajah, Jerlun & Kuantan kurangkan RM 85.5 juta bagi JASA. Tidak dipersetujukan dengan suara. B:Undi Belah Bahagian S 107, TS 100, TH 13 P: Undian suara – setuju |
28 |
14 Dis 2020
|
Kementerian Wilayah Persekutuan B32/P32
|
B:Undi Belah Bahagian S 110, TS 7, TM 31, TH 72 P: Undian suara – setuju |
29 |
“ |
Kementerian Pertahanan B60/P60
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
|
“ |
Kementerian Dalam Negeri B62/P62
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
30 |
15 Dis 2020 |
Kementerian Pendidikan B63/P63
|
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
31 |
“ |
Kementerian Pengajian Tinggi B64/P64 |
B:Undian suara – setuju P: Undian suara – setuju |
32 |
“ |
Dimaklumkan kepada Majlis
|
Undi Belah Bahagian S 111, TS 108 ,TH 1 |
32 |
“” |
Bacaan kali yang ketiga
|
B:Undi Belah Bahagian S 111, TS108 ,TH 1 P: Undian suara – setuju |
Nota: B – Bekalan/Belanja Mengurus; P –
Pembangunan; S – Setuju, TS – Tidak Setuju; TM – Tidak Mengundi; TH – Tidak Hadir
Dua hari akhir persidangan pada 16 dan 17 Disember 2020, suasana perbahasan yang aman, tenang dan tanpa hiruk pikuk dan jeritan seperti sebelum ini. Dimana dua hari terakhir ini dikuhususkan kepada Rang Undang-Undang sahaja khususnya berkaitan dan berururtan dengan Bajet 2021. Sebanyak 9 Rang Undang-undang(RUU) yang telah dilulukan, iaitu:-
·
Rang Undang-Undang Kewangan 2020;
·
Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan
Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2020;
·
Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2020;
·
Rang Undang-Undang Eksais
(Pindaan) 2020.
·
Rang Undang-Undang Zon Bebas (Pindaan) 2020;
·
Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020;
·
Rang Undang-Undang Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020;
·
Rang Undang-Undang Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020; dan
·
Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020.
Disamping itu, juga
diluluskan 4 usul-usul kewangan dan percukaian.
Kesemua RUU dan usul-usul
tersebut diluluskan dengan undian suara.
Dua hari terakhir ini seolah-olah pembangkang hilang dari radar persidangan
dan jarang sekali Dewan Rakyat
meluluskan 9 RUU dalam tempoh yang singkat.
Persidangan bagi Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 tamat
pada 17 Disember 2020 (Khamis), lebih kurang jam 3..30 petang.
Sekadar catatan jua.,
Jenderam Hulu,
17 Disember 2020
No comments:
Post a Comment