Pada hari ini, hari ke-8 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat
Jawatankuasa UNTUK Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber manusia (KSM) dan Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Perbahasan bagi KBS dan KSM tenang
dan biasa-biasa sahaja. Kepala Peruntukan bagi kedua-dua Kementerian diluluskan
dengan undian suara.
Namun menjelang pukul 2 petang, perbahasan bagi KKMM adalah panas dengan
usul Kerajaan mengikut Peraturan 66(9) sebanyak RM40 juta yang diluluskan
dengan undian suara. Seterusnya 5
usul untuk memotong perbelanjaan JASA yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen
Tuaran, Batu Gajah, Pertaling Jaya, Jerlun dan Kuantan sebanyak RM85.5 juta,
dan keputusannya tidak disetujukan dengan undian suara.
Akhirnya setelah perbahasan butiran peruntukan KKMM, undian bnelah
bahagian dijaalankan setelah 15 Ahli banguan memintanya. Keputusan undi belah
bahagian ialah setuju -107, tidak setuju – 100 dan
tidak hadir – 13. Diperhatikan sebahagian Ahli Parlimen dari Warisan tidak hadir.
Persidangan hari ini sehingga ke pukul 5.20 petang tanpa berhenti rehat
tengahari. Justru ada yang beranggapan persidangan boleh hingga ke petang walaupun
masih dalam PKP – COVID…..begitulah..
Suatu catatan jua.
Bangunan
Parlimen, Kuala Lumpur.
10 Disember 2020(Khamis),
5.25 ptg.
No comments:
Post a Comment