Astro Awani pada 13 Disember 2020(Ahad) melaporkanYB Port Dickson dari PKR Bersama-sama DAP dan Amanah serta oleh disokong 10 Ahli UMNO termasuk YB Pekan dan YB Bagan
Datuk dan seterusnya akan menghadap Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, kemudiannya dinafikan
oleh pejabat YB Port Dickson. Sekoyong-koyong
pada 14 Disember 2020 (Isnin), YB Langkawi (Tun Dr Mahathir Mohamad) bersama
dengan YB Gua Musang (Tengku Razali Hamzah) dalam sidang medianya menyatakan
Kerajaan PN akan tumbang pada esok hari (15 Disember 2020) yang akan gagal
dalam bacaan kali yang ketiga bagi Bajet 2021.
Malah beliau tidak menolak kemungkian untuk dilantik Perdana Menteri sekali lagi sekiranya
mendapat sokongan. Sementara YB Gua
Musang mengulangi pendiriannya tidak akan mengundi Bajet 2021, malah bersedia
diambil tindakan disiplin oleh UMNO setelah Bersama dengan YB Langkawi. Seterusnya
Malaysiakini (14 Disember 2020) melaporkan “tidak lama selepas sidang
media itu berakhi,r Pakatan Harapan (PH) mengeluarkan kenyataan mengajak semua
ahli parlimen menolak Belanjawan 2021 yang dibaca untuk kali ketiga esok.”
Pada hari ini,
15 Disember 2020 (Selasa ) adalah hari
ke-10 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Perbahasan bagi KPM
adalah “biasa-sahaja” namun
menarik apabila YB Simpang Renggam, YB Langkawi juga YB Semporna turut
mengambil bahagian.
Kira-kira pukul 1.40 tengahari, dipersetujukan dengan undian
suara. Bagi KPT pula, perbahasan
juga seperti biasa dan dipersetujukan dengan undian suara pada jam 3.30
ptg..
Semasa hendak diputuskan untuk RUU dibawa ke dalam Majlis, YB Pokok Sena mohon belah bahagian dengan sokongan lebih 15 Ahli. Dua Ahli iaitu YB Batu dan YB Tapah memakai PPE dan berada ruang galeri Dewan Rakyat. Keputusannya - setuju: 111, tidak setuju: 108 , tidak hadir :1 Seterusnya bacaan kali yang ketiga, ketika diputuskan, Keputusannya – setuju: 111, tidak setuju: 108 , tidak hadir: YB Gua Musang kekal tidak hadir semasa pengundian Bajet dari awal hingga akhir.
Gegak gempita, bagaikan nak runtuh, tapi akhirnya Bajet 2021
dipersetujukan dengan kesatuan dan “kekuatan” walau dalam majoriti yang kecil. Majoriti tetap majoriti walau lebihan beberapa undi
sahaja.
Suatu catatan jua.
Bangunan Parlimen Kuala Lumpur
15 Disember 2020(Isnin), 5.20 ptg.
No comments:
Post a Comment