Tuesday 24 July 2018

ISU ROYALTI MINYAK – DIJAWAB DI DEWAN RAKYAT & BUKAN SUBJUDICE?

Pada hari ini, 25 Julai 2018 di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14, isu royalti minyak dan cadangan 20%  diberikan kepada negeri-negeri telah ditanya oleh Ahli Parlimen Beluran (nombor 1) dan dijawab secara lisan oleh Menteri  Hal Ehwal Ekonomi.  Penulis ingin rakamkan disini, isu ini   sering dibangkitkan sekian lama, tetapi  sejak beberapa tahun lalu, isu ini dikategorikan sebagai subjudice dan soalan mengenai ditolak kerana terdapat kes tunttan oleh Kelantan yang masih di mahkamah dan belum diputuskan.  Persoalannya, setiap kali isu ini ditanya, maka pegawai-pegawai Kementeian Kewangan dan juga Jabatan Perdana Menteri mencadangkan supaya ditolak dengan sokongan Jabatan Peguam Negara dan Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR)[  masih pegawai  yang sama].  Justeru  penulis amat bersetuju isu ini perlu dijawab sejak dari dahulu lagi.  Adakah sikap pegawai-pegawai Kementerian telah berubah khususnya ketika Mesyuarat Pra-Persidangan yang dipengerusikan oleh SUDR., yang sentiasa berusaha menolak soalan-soalan  dan sering memindahkan soalan kepada kementerian lain.  Adakah ini bermakna, pertukaran Kerajaan  telah berjaya mengubah sikap pegawai-pegawai atau sikap SUDR juga turut berubah?



Dari aspek jawapan, Kerajaan telah menunjukan sikap telus apabila menyatakan cadanagan Manifesto PH untuk memberikan royalti sebanyak 20% akan menghadapi kekangan kerana kajian mendapati ianya tidak viable  kepada PETRONS.  Dapatan kajian ini telah dimaklumi dan pernah dinyatakan di Dewan sekitar tahun 2004 – 2009. Namun penulis berpendapat sifat telus kerana ia akan menjadi  alasan untuk menjustifikasikan sekiranya cadangan ini tidak dapat  dilaksanakan walaupun  setelah berunding dengan kerajaan negeri-negeri berkenaan.  Justeru, dasar ketelusan Kerajaan PH hendaklah menyeluruh dan bukan terpilih-pilih.

Satu lontaran catatan jua.

TIDAK CUKUP KORUM : PERSIDANGAN PARLIMEN DITEMPOHKAN –“PH CAKAP TAK SERUPA BIKIN”


Pada hari ni, 24 Julai 2018.   pada jam 2.30, petang di Mesyuarat Pertama  Penggal Pertama Parlimen Ke-14, sebaik sahaja Ahli Parlimen Bagan Serai (BEBAS) untuk menyambung perbahasan Titah Diraja, tiba-tiba Ahli Parimen Kapit bangun membangkitkan tidak cukup korum/bilang.  Setelah 2 minit lonceng dibunyikan, masih juga tidak cukup korum/bilang dan akhirnya Yang di-Pertua telah menempohkan selama 10 minit .  Selepas itu, ketika disambung semula persidangan, jemlah kehadiran Ahli Parlimen ialah 31 orang Ahli.

Untuk rekod, Peraturan Mesyuarat 13 telah menetapkan mengenai korum atau  cukup bilang seperti beriut:
“13. (1) Cukupbilang bagi Majlis Mesyuarat dan Jawatankuasa sebuah-buah Majlis Mesyuarat hendaklah mengandungi dua puluh enam orang ahli dengan tidak termasuk Pengerusi.”

Penulis ingin menekankan disini, bahawa  isu tidak cukup korum persidangan sering berlaku pada era Majlis Parlimen sebelum tahun 2004 (Parlimen Kesebelas), dimana ketika BN menguasai dua pertiga majoriti di Parlimen. Malahan ketika  Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri  bagi Kerajaan BN juga sering berlaku. Sebagai contoh, semasa perbahasan Rang Undang-Undang Pilihan Raya (Pindaan) 2003 di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Kesepuluh terpaksa ditangguhkan persidangan pada jam 5.00 petang semasa Y.B. Menteri di Jabatan Prdana Menteri sedang menjawab perbahasan  Rang Undang-Undang ini dan sepatutnya sempat dipersetujukan tetapi terpaksa ditangguhkan kepada hari persidangan berikutnya. 

Namun selepas  ini tidak  berlaku lagi, setelah Ahli-ahli Parlimen BN ketika itu sering kali diperingatkan akan tanggung jawab untuk hadir di Dewan dan mamastikan cukupbilang kehadirannya, lebih-lebih setelah BN tidak lagi mojoritii dua pertiga majoriti.  Walau bagaimanapun, isu kehadiran sering berbangkit apabila beberapa urusan disetujukan dengan lebihan undi yang kecil.  Misalnya  Bajet 2010 disetujukan dengan lebihan 1 undi di peringkat Jawatankuasa - Kementerian Dalam Negeri dan 3 undi di peringkat Dasar  pada.14 Disember 2009.    Begitu juga pada 20 November 2017 di Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas,  Bajet 2018 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, telah disetujukan dengan lebihan satu [ setuju – 52 (BN); tak setuju(PH) – 51].

Ketika itu, pihak pembangkang sama ada Barisan Alternatif (BA), Pakatan Rakyat (PR), mahupun Pakatan Harapan (PH) sering  membangkitkan isu korum dan juga kehadiran Anggota-angota Pentadbiran BN ketika itu.  Bahkan, PH sering kali memerangkap pihak BN  dengan meminta belah bahagian bagi meluluskan Rang Undang-undang dan Usul-usul.  Ini  menyebabkan Kerajaan BN sentiasa berjaga-jaga dan dalam  situasi  kelam kabut khususnya semasa meluluskan Bajet di peringkat jawatankuasa.  Pegawai-pegawai khas khususnya Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri  selalu dipersalahkan apabilaa Menteri atau Timbalan Menteri tidak hadir untuk undi belah bahagian..

Penulis beranggapan di era Kerajaan PH sekarang ini, isu ketidak hadiran Menteri/Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen PH sewajarnya  tidak berlaku.  Ini kerana mereka sering menegur Kerajaan BN dahulu dan malah sering memerangkap Kerajaan BN dengan undi belaah bahagian apabila kehadiran Ahli-ahli Parlimen BN berkurangan.  Namun anggapan ini meleset, apabila pada 19 Julai 2018 yang lalu, Ahli Parlimen Rembau (BN) menegur  tiada seorang Menteri atau Timbalan Menteri PH berada dalam Dewan semasa sesi perbahasan Titah Diraja.  Diperingkat ini, penulis beranggapan Ahli Parlimen Rembau bergurau atau “memulangkan betu keras” kepada Kerajaan PH kerana mereka dahulu sering membangkitkannya ketika sebgai pembangkang. Malah pada 23 Julai 2018, dalam kenyataan akhbarnya di lobi Parlimen,   Perdana Menteri  kurang puas hati dan   menegur ketidak hadiran Menteri/Timbalan Menteri dan Ahli-ahli Parlimen PH. Yang menarik disini, penulis ingin merakamkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad  menghadapi isu yang sama semasa menjadi Perdana Menteri sama ada Kerajaan BN mahu pun  Kerajaan PH.  Nampaknya tanggapan penulis meleset.   Apakah ini bermakna, mana-mana pihak apabila menjadi Kerajaan, mereka akan bersikap “ lepas tangan” atau hanya berusaha-usaha bersungguh-sungguh dengan apa sekalipun untuk berkuasa? Bak kata pepatah “ Cakap tak serupa bikin”.

Secara perinsip, tanggung jawab untuk memastikan korum adalah tangung jawab semua Ahli-ahli Parlimen, tidak kira sama ada pihak Kerajaan mahupun pembangkang.  Kelazimannya, ia di bebankan kepada  Ahli Parlimen Kerajaan kerana pada dasarnya Mesyuarat Parlimen untuk meluluskan urusan-urusan Kerajaan.

Suatu lontaran catatan jua.

Thursday 19 July 2018

RANG UNDANG-UNDANG MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH)(PINDAAN) 2016 [ PINDAAN AKTA 355] – TELAH LUPUT !!!

Penulis  terpanggil untuk memberi pandangan terhadap kenyataan  akhbar oleh Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yang menyebut pihaknya telah membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016 atau sering dikenali sebagai RUU 355 (walaupun istilah ini tidak  tepat) dan menyerahkan kepada Kerajaan untuk tindakan lanjut.

Berikutan ini Utusan Malaysia bertarikh  20 Julai 2018 melaporkan bahawa RUU tersebut tidak akan dibahaskan dalam sidang Dewan Rakyat kali ini  berdasarkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) ... “Buat masa ini, saya tidak menerima sebarang arahan berhubung perkara tersebut”.  Hal ini telah  penulis jangkakan  bahawa Kerajaan PH tidak akan meminda Akta 355  sebagaimana kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang tidak memberi keutamaan untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Penullis menyimpulkan pada masa sekarang, pelbagai pihak masih keliru mengenai kedudukan RUU tersebut yang dikemukakan di Dewan Rakyat sebelum ini. .  Seperti telah dimaklumi, bahaawa RUU tersebut adalah RUU Ahli Persendirian yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Marang  sejak 18 Mac 2015 (luput) dan kemudian dikemukakan semula sehingga dibenarkan dibentangkan (dibacakan usul sahaja) pada 26 Mei 2016 dan  pindaan usul pada 24 November 2016 serta seterusnya disambung pembentangan dengan penghuraian usul    dan disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu di persidangan Dewan Rakyat pada  6 April 2017  di Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-13, tetapi ditangguhkan perbahasannya oleh Yang di-Pertua.. Seterusnya RUU ini masih disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua dan Ketiga (2017)  daan juga pada Meyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13 (2018).

Apabila Majlis  Parlimen Ke-13 dibubarkan pada.. 7 April 2018  (Sabtu), maka usul mencadangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian ini juga turut terluput serentak dengan pembubaran  Parlimen.  Ini kerana,    Perkara 55(5), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan  sekiranya Parlimen di prorog (dihentikan antara Penggal Parlimen) sahaja yang tidak menyebabkan  luput  keatas  Rang Undang-Undang yang dalam pertimbangan Majlis Parlimen. Berdasarkan precedence  ketika Parlimen Kesembilan dibubarkan pada 11 November 1999, Belanjawan 2000 belum diluluskan, dimana   sedang dibahaskan di peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, telah  luput selaras dengan pembubaran Parlimen. Begitu juga semasa dibubarkan beberapa Rang Undang-Undang  yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat iaitu Rang Undang-Undang Jualan Dadah (Pindaan 1999); Rang Undang-Undang Kanak-Kanak 1999; Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (No.2) (1999),1999; Rang Undang-Undang Tribunal Perkhidmatan Awam (Pembubaran) 1999; dan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) (No.2) 1999  telah luput  selaras dengan pembubaran Parlimen.  Maka kesemua Rang Undang-Undang tersebut  perlu dibentangkan semula sekiranya Rang Undang-Undang itu masih dikehendaki untuk diluluskan.. Bagi membolehkan prbelanjaan dibuat bagi sebahagian tahun 2000, maka Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kesepuluh diadakan dari 20 hingga 23 Disember 1999 bagi Dewan Rakyat dan 27 Disember dan 28 Disember 1999 bagi Dewan Negara untuk meluluskan Usul Perbelanjaan Sebahagian Tahun 2000 (Belanjawan Interim) dan beberapa Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (No.2) (1999),1999.   Seterusnya. Belanjawan 2000 (Rang Undang-Undang Perbekalan 2000) dibentangkan semula  pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Kesepuluh pada  bulan Februari tahun 2000.

Sekiranya pihak PAS ingin meneruskan pembentangan RUU Ahli Pesendirian untuk meminda Akta 355, ianya hendaklah dikemukakan semula di Mesyuarat Parlimen Ke-14 ini. Ianya akan melalui proses prosiding dari awal sehingga disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat dan seterusnya berunding dengan Kerajaan PH untuk mendapat kebenaran urusan bukan  Kerajaan didahulukan atau dibenarkan untuk dibentang/ dibahaskan.  

Begitu juga sebaliknya, terpulanglah  kepada Kerajaan untuk membuat pindaan Akta 355 mengikut proses RUU Kerajaan.  Sekali lagi, penulis berpandangan tidak mungkin Kerajaan PH akan membuat pindaan Akta 355 berdasarkan kenyataan dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri (portfolio agama dan undang-undang) dan juga pendirian parti-parti politik  Kerajaan PH selama ini.. 

Wallahu'alam.
.  




Tuesday 17 July 2018

PEMBUKAAN PENGGAL PERTAMA, PARLIMEN KE-14 – TITAH UCAPAN YANG DIPERTUAN AGONG RINGKAS DAN PADAT


Pada hari ini, 17 Julai 2018, DYMM Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V telah berkenan dan bertitah di majlis Pembukan Penggal Parlimen di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14. Keperluan titah ini adalah ketetapan Peraturan Mesyuarat ! – iaitu setelah selesai urusan-urusan pada hari pertama persidangan selepas pilihanraya umum iaitu pengisytiharan Proklamasi Memanggil Parlimen,   pemilihan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Ahli-ahli angkat sumpah, pemilihan dua Timbalan Yang di-Pertua dan Usul Ketua Polis Negara (Keselamatan), maka  “ …Majlis akan ditangguhkan kepada apa-apa tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi memasyhurkan sebab-sebabnya Baginda bertitah memanggil Parlimen..

Suatu yang menarik perhatian, semasa Baginda masuk dan sebelum duduk dalam Dewan, secara bersahaja Baginda bertitah  “…Ahli-ahli Yang Berhormat sila duduk dan jangan lari”.  Ungkapan tersebut diikuti gelak ketawa Ahli-ahli Dewan. .  Penulis berpendapat, ini sebagai “breakig ice”, tetapi pelbagai pihak yang melihat ini sebagai merujuk kepada insiden pada hari persidangan, di mana Ahli-ahli Parlimen Pembangkang keluar dewan sebelum angkat sumpah sebagai protes pelantian yang di-Pertua Dewan.

Titah  Ucapan Baginda pada hari ini adalah titah kedua pada tahun ini, dimana pada  6 Mac yang lalu Baginda telah bertitah di Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parimen Ke-13 sebelum Parlimen di bubarkan.  Pada hari ini pula titah yang pertama selepas pilihanraya umum sejak Baginda  dilantik sebgai Yang di-Pertuan Agong.  Titah yang lau lalu mengambil masa lebih kurang 14 minit sahaja dan pada hari ini dalam lingkungan 12 minit sahaja ( 10.45 hingga 10.57 pagi).  Perhatian penulis, dalam tempoh dua dekad, titah ini adalah yang  terpendek dalam sejarah persidangan Parlimen. Titah ucapan Baginda alah amat ringkas dan padat, antara isi kandungannya ialah:

  • Ahli-ahli Parlimen hendaklah secara matang dan jangan lari dari tanggung jawab bagi memastikan Parlimen dipandang tinggi.
  • Ikhlas untuk membina perpaduan tulen, mencari titik persamaan untuk memenuhi kepentingan rakyat. Perpaduan dan keharmonian harus dipelihara dan diperkukuhkan.
  • Kepelbagaian kaum bagaikan percikan bunga api tetapi rakyat telah membuktikan sebaliknya.
  • Memuji pentadbiran yang menekankan ketelusan.
  •  Mengalu-alukan pemansuhan GST, menstabilkan harga minyak dan bantuan sara hidup bagi mengurangkan kos hidup rakyat..
  • Hargai sumbangan rakyat kepada Tabung Harapan sebagai tanda perihatin kepada negara..
  • Semua pihak hendaklah berkerjasama  dan tidak diskriminaasi perkauman.
  • Diperinngkat antara bangsa, memperkukuhkan kerjasama antara negara-negara ASEAN dan dunia amnya.


Monday 16 July 2018

PEMBANGKANG KELUAR DEWAN PADA HARI PERTAMA PERSIDANGAN – APAKAH SANDIWARA DAN KEWAJARAN?


Akhbar-akhbar melaporkan kenyataan Perdana Menteri  yang meyifatkan tindakan ahli Parlimen Pembangkang yang keluar Dewan semalam sebagai protes pelantikanYang di-Pertua Dewan  sebagai  satu sandiwara,  “Itu satu   sandiwara.  Apabila bekas Perdana Menteri   keluar,  maka sekarang  dia tahu mengapa orang (pembangkang dahulu) keluar.’(Berita Harian, 17.7. 2018).   Begitu juga Berita Harian melaporkan “ Ahli Parlimen termuda terkejut insiden protes hari pertama” .  Ahli Parlimen Batu yang berusia 22 tahun ( masih mqhasiswa) mentatakan “ Memang tekejut, dan saya bertanya pada diri , adakah  ini sidang Dewan Rakyat yang sebenar”.

Sebagaimana penulisan sebelum ini, penulis  nyatakan insiden ini bukanlah kali pertama malah pernah berlaku pada 20 Disember 1999.  Ketika itu, persidangan pertama selepas PRU 10    iaitu Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-10 yang bersidang selama 4  hari sahaja dari 20 hingga 23 Disember dengan usul mengenepikan Peraturan Mesyurat dimana Yang di-Pertuan Agong tidak bertitah pada Mesyuarat Pertama selepas  pilihanraya umum..  Persidangan selama 4 hari tersebut adalah untuk angkat sumpah pada hari pertama (sebelah pagi) dan di sambung terus pada sebelah petang untuk  urusan-urusan Kerajaan khususnya beberapa Rang Undang-Undang yang perlu diluluskan  yang terluput semasa Parlimen Ke-9 dibubarkan pada  11 November 1999.  Juga untuk membolehkan  Usul Perbelanjaan Perbelanjaan Sebahagian Tahun 2000 kerana Bajet 2000 (RUU Perbekalan 2000) turut  terluput.  Selepas Setiausaha membaca Proklamasi Memanggil Parlimen, Ahli Parlimen Pendang telah bangun dan mempersoalkan kesahan persidangan kerana pengisyiharan Memanggil Parlimen di buat oleh Yang di-Pertua Agong sebelum kabinet baru dibentuk. Setiausaha telah menegur supaya Ahli  Parlimen duduk kerana belum ketikanya berucap (belum angkat sumpah).  Berlaku pertikaman lidah, apabila  Perdana Menteri  [Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad –(Kubang Pasu ( BN] telah mencelah dan menegaskan adalah menjadi tugasnya menasihatkan Yang di-Pertuan Agong sebagai  caretaker government walaupun Jemaah Menteri baharu belum dibentuk. Sebagai bantahan, Ahli-ahli Pembangkang [Barisan Alternarif (BA) - PAS - 27, DAP – 10 dan PKR – 5)  telah keluar Dewan sebelum perlantikan Yang di-Pertua Dewan (Tun Mohamed Zahir Ismail). Walau bagaimanapun, mereka masuk semula ke dalam Dewan untuk angkat sumpah..

Bagi persidangan Mesyuarat Pertama selepas PRU 14, dimana BN menjadi pembangkang  (51 kerusi – setelah Sabah, Sarawak, GERAKAN dan 3 ahli UMNO keluar BN) dan PH sebagai Kerajaan (124 kerusi), telah menyaksikan pembangkang keluar Dewan kerana membantah pelantikan Yang di-Pertua  ( Datuk Mohamad Ariff Md Yusof) didakwa tidak memenuhi notis 14 hari (Peraturan Mesyuarat 4.). Hampir kesemua  Ahli Parlimen Pebangkang keluar Dewan dan masuk semula untuk angkat sumpah.  
Persamaan kedua insiden tersebut ialah Setiausaha tidak membenarkan Ahli-ahli Parlimen mencelah atau berucap sebelum angkat sumpah dan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang keluar Dewan dan masuk semula untuk angkat sumpah.  Perbezaannya, pada 20 Disember 1999, persidangan tersebut diteruskan pada sebelah petang dengan usul mengetepikan beberapa  Peraturan Mesyuarat, maka ada ruang Ahli-ahli Parlimen membangkitkan Peraturan Mesyuarat 4 yang mempertikaikan pelantikan Yang di-Pertua Dewan tidak cukup notis 14 hari.  Apa yang berlaku ialah perbezaan tafsiran, dimana pembangkang menyatakan notis diberi ialah 13 hari, tetapi Kerajaan menafsirkan telah genaf 14 hari.   Tetapi pada insiden 16 Julai 2018 pula, Ahli-ahli Parlimen Pembangkang belum berpeluang untuk mendapatkan penjelasan kerana tiada persidangan pada sebelah petng selepas angkat sumpah bagi memberi keutamaan untuk Titah Yang di-Pertua Agong pada hari kedua persidangan (17 Julai 2018). Ruang untuk perkara tersebut ialah pada hari ketiga iaitu selepas sesi pertanyaan lisan.

Apa yang menarik, insiden pada 16 Julai 2018 adalah juga semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad (PH – Langkawi) apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kali kedua tetapi sebagai Pengerusi PH.  Oleh itu untuk menyatakan tindakan keluar Dewan sebagai sandiwara, ia  boleh dippertikaikan  kerana ada perkara atau tindakan yang diragui. Ringkasnya, Kedua-dua insiden ini berlaku dibawah pentadbiran Perdana Menteri yang sama tetapi dalam posisi parti yang berbeza semasa ia dalam BN dan PH..
Disini, selain dari dua insiden tersebut, penuls petik semula catatan penulis yang merakamkan tindakan keluar  Dewan  oleh pihak pembangkang ( yang kini Kerajaan), iaitu:

      i.        Pada 16  Disember 2010 (Khamis) adalah hari terakhir persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Kedua Belas.  – Dalam suasana riuh yang berterusan, pada pukul 11.04 pagi, YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri membentangkan Usul Penyata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan – Penggantungan Tugas Ahli Parlimen Permatang Pauh Selama Enam Bulan. Usul ini dibentangkan kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh mengelirukan Dewan dengan kenyataannya APCO mencipta slogan 1Malaysia dan ia dinafikan oleh pihak kerajaan dan syarikat APCO sendiri.   Isu APCO ini dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam perbahasannya pada semasa perbahasan Bajet 2011 di peringkat dasar.   Ahli-ahli pembangkang bangun mempertikaikan usul tersebut dan akhirnya tidak dapat dibahaskan.  Ketika ini susana Dewan amat riuh, ramai ahli pembangkang bangun menunjukkan sepanduk..seperti APCO, zalim  dan sebagainya  serta  jerit menjerit.Suasana persidangan pada hari itu penuh hiruk pikuk dan berlaku demontrasi dalam Dewan.  Ini mungkin kali pertama dalam sejarah persidangan.    Ketegangan amat terasa sekali dan penulis merasakan inilah suasana paling tegang dan tidak terkawal dalam persidangan Parlimen.  Dalam suasana sedemikian, usul tersebut dipersetujukan tanpa bahas. Suasana berlarutan sehingga 11.30 pagi dan semua Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan (kecuali YB Seputeh – keluar pada pukul 12.20 tengahari), di mana  ketika itu,  Menteri di Jabatan Perdana Menteri sedang membentangkan usul kedua iaitu Penggantungan Tugas Ahli Parlimen Selama Enam Bulan   Usul ini adalah untuk menggantung Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Subang  dan Gombak kerana menghina Dewan, dimana mereka telah membuat kenyatan akhbar mengenai perakuan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tersebut sebelum di bentangkan di Dewan Rakyat.   5  orang ahli iaitu YB Kota Belud, Pasir Mas, Kinabatangan, Jasin dan Wangsa Maju serta beberapa ahli yang mencelah  semasa membahaskan  usul tersebut dan usul dipersetujukan, dan mereka digantung 6 bulan.  Akhirnya pukul 1.02 minit, semua urusan Kerajaan telah selesai dan Dewan ditangguhkan (sine die) kepada satu tarikh yang akan ditetapkan.  Penangguhan Dewan Rakyat lebih awal dari masa ditetapkan  adalah  jarang berlaku.

    ii.        Pada 21 Oktober 2016 (Jumaat) Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas,  pembentangan Bajet 2017 yang bermula jam 4 petang terhenti seketika apabila pembangkang tidak puas hati dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang bermain sandiwara  kononnya Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar.  Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati terus berdiri dan mengangkat pelekad '#Siapa MO1?' selain cuba mengganggu pembentangan bajet sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia campur tangan.  Tindakan sedemikian, adalah kali pertama dalam sejarah pembentangan Bajet di Parlimen Malaysia.

Seterusnya  sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang telah keluar Dewan Rakyat. Tindakan itu disertai Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia.  Mereka keluar dari dewan sambil membawa plakad '#Siapa MO1?', sebelum menemui media di lobi Parlimen.  Ahli-ahli Parlimen PAS tidak keluar Dewan kecuali  Ahli Parlimen Pokok Sena

          
   iii.        Pada 29 Mac 2018, persidangan Dewan Rakyat di Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13,   Semasa Usul Kewangan (Keras Statut) berkaitan  Akta Barang dan Perkhidmatan 2014 hendak di persetujukan, pada pukul 1.03 tengahari, lebih 15 Ahli Parlimen dari pembangkang minta belah bahagian, tetapi Timbalan Yang di-Pertua putuskan belah bahaagian akan dibuat pada jam 2,30 petang nant.  Ketika  itu beberapa Ahli tidak puas hati.  Pada  pukul 2.30 petang, Timbalan Yang di-Pertua yang mempengerusi Mesyuarat telah mengarahkan undi belah bahagian.  Walau bagaimanapun  Ahli  Parlimen Pembangkang  membantah kerana diminta sebelah pagi. Tetapi Ahli Parlimen Kerajaan (BN) mendesak supaya diteruskan.  Akhirnya YAB Timbalan Perdana Menteri  minta belah bahagian yang disokong oleh semua Ahli Parlimen BN.   Pihak .pembangkang tidak bersetuju kerana ini tidak  mengikut kebiasaan dan kesemuanya  keluar Dewan. Keputusan undi   ialah Setuju: 101 dan Tidak Setuju:0.  Selepas itu, mereka masuk semula ke Dewan.  Besar kemungkinan,  inilah kali pertama  undi belah  bahagian yang asalnya diminta oleh pembangkang tetapi diteruskan dengan permintaan pihak Kerajaan..

Kesimpulannya, tindakan keluar Dewan secara beramai-ramai sebagaai tanda protes atau bantahan bukanlah satu sandiwara  atau untuk menarik perhatian  masyarakat semata-mata, kerana tindakan sedemikian mempunyai kewajarannya yang tersendiri berasaskan kemunasabahan isu atau perkara-perkara berbangkit yang dirasai tidak mengikut peraturan atau amalan persidangan Mesyuarat Parlimen. Tidak kira siapa yang menjadi pembangkang, sama ada BN atau PH, PR atau BA, keluar Dewan adalah salah satu cara untuk menunjukan bantahan sama ada suara/permintaan tidak dilayan oleh Yang di-Pertua atau tidak setuju dengan sesuatu penjelasan oleh pihak Kerajaan.

Sunday 15 July 2018

PERSIDANGAN PERTAMA DI MESYUARAT PERTAAMA PENGGAL PERTAMA PARLIMEN KE-14: – PERLANTIKAN YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT – ADAKAH SAH?


Persidangan  pada hari ini, 16 Julai 2018  di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Ke-14  akan berlangsung selama 20 hari hingga 16  Ogos 2018,  amat dinantikan oleh semua pihak.  Ini kerana  ia adalah sejarah apabila pihak pembangkang sebelum ini atas nama Pakatan Rakyat yang berubah nama kepada Pakatan Harapan telah berjaya membentuk Kerajaan setelah memperolehi majoriti mudah.  Secara peribadi  bagi penulis, persidangan ini adalah yang pertama   selepas penulis bersara sebagai penjawat awam pada 9 Julai 2018 yang lalu.  Jika sebelum ini, selama dua dekad, penulis mengikuti persidangan pertama setiap  Majlis selepas PRU 10, 11, 12 dan 13 di dalam Dewan Rakyat secara dekat, tetapi pada hari ini penulis mengikuti melalui siaran langsung di TV dan juga  melalui internet dari pukul 10 pagi hingga selesai – 1. 15 tenghari.   Oleh kerana setelah sekian lama urusan Parlimen mendarah daging degan penuh penghayatan dan kesetiaan, adalah amat sukar untuk penulis meninggalkan terus hal-hal yang berkaitan persidangan  Parlimen.  Walaupun suasana yang dirasai adalah berbeza antara duduk dalam Dewan dengan melihat dari kaca TV/internet, namun penulis mecatatkan apa yang berlaku di Parlimen pada hari ini seperti yang penulis lakukan selama 20 tahun (1998- 2018).

Sidang pada hari ini bermula dengan  bacaan doa, dan seterusnya Setiausaha Dewan Rakyat telah membaca Proklamasi Memanggil Parlimen  oleh Yang di-Pertua Agong. Seterusnya, ketika Setiausaha Dewan Rakyat  untuk meneruskan urusan pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, pada jam 10.10 pagi, berlaku sedikit kekecohan  apabila Ahli Parlimen Kota Bharu dan beberapa Ahli yang lain bangun untuk membangitkan Peraturan Mesyuarat  (point of order), namun Setiausaha meneruskan dengan   memklumkan  bahawa pihaknya telah menerima surat dan Usul Pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dari Perdana Menteri bertarikh  2  Julai 2018 dan seterusnya memanggil Perdana Menteri untuk membacakan usul mencadangkan Dato’ Mohamad Arif  Md Yusof sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan telah memastikan bahawa beliau bersetuju untuk berkhidmat  sebagai Yang di-Pertua dan usul di sokong oleh Timbalan Perdana Menteri.   Ketika itu, lebih kurang pukul 10.24 pagi, Ahli-ahli Parlimen Pembangkang telah keluar Dewan menunjukkan bantahan atau tidak menyokong /membantah, dan kelihatan  Ahli Parlimen Rembau tidak keluar Dewan. Oleh kerana tiada  nama lain dicadangkan, maka Setiausaha telah memasyhurkan Dato’ Mohd Arif  Md Yusof sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat.   

Seterusnya Ahli-ahli Parlimen Kerajaan PH telah mengangkat sumpah yang di mulai oleh Perdana Menteri , Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan seterusnya ahli-ahli Parlimen PH yang lain.   Ahli-ahli Parlimen Pembangkang telah masuk semula ke dalam dewan mulai pukul 11. 20 dan seterusnya pada pukul 11.44 pagi pihak pembangkang telah mengangkat sumpah yang diumuai oleh Ahli Parlimen  Bagan Datok, diikuti  Pekan, Tanjong Semberong, Jeli, Ketereh dan seterusnya Ahli parlimen BN yang lain.  Pada pukul 12.22,. Ahli-ahli Parlimen PAS  telah mengangkat sumpah dimulai oleh Ahli Parlimen Marang dan seterusnya oleh ahli-ahli Parlimen PAS yang lain dan berselang seli dengan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak dan seterusnya diakhiri oleh Ahli-ahli Parlimen Bebas iaitu Bagan Serai, Bukit Gantang dan Masjid Tanah.

Suasana ini telah mengulangi sejarah pada 20 Disember 1999, di mana Ahli-ahli Parlimen Pembangkang seramai 42 orang  telah keluar Dewan  kerana membantah pelantikan Yang di- Pertua  yang di katakan tidak memenuhi notis 14 hari mengikut Peratuuran Mesyuarat 4.  Penulis merasakan ini sebagai titik mula yang baik sebagai pembangkang yang aktif dan kelihatan ada keserasian antara Ahli-ahli Parlimen Pembangkang BN dan PAS.  Kebimbangan pihak pembangkang adalah berasas mengenai tempoh notis 14 hari yang mungkin tidak dipenuhi oleh pihak Kerajaan walaupun dinyatakan pihak Setiuasaha telah menerima surat   dari Perdana Menteri yang bertarikh  2 Julai 201.  Ini kerana pada 2 Julai yang lalu, Setiausaha Dewan sebagaimana dilaporkan oleh akhbar menyatakan pihaknya belum dimaklumkan mengenai cadangan nama Yang di-Pertua Dewan.   Seterusnya  pihak Kerajaan PH ada memklumkan pihaknya akan berbincang pada 7 Julai yang lalu.  Keadaan ini menyimpulkan bahawa cadangan tersebut tidak memenuhi tempuh notis namun ramai beranggapan surat kepada Setiausaha di kebelangkan tarikhnya kepada 2 Julai 2018.

Sesuatu yang menarik, bahawa isu pelantikan Dewan Rakyat dipertikaikan telah berlaku sebanyak dua kali  dalam sejarah Persidangan Parlimen  berlaku di bawah pentadabiran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri pada tahun  1999 dan sekali lagi pada hari ini  setelah beliau  telah dilantik semula sebagai Perdana Menteri apabila PH yang dipimpinnya berjaya menumbangkan BN pada PRU 14 yang lalu.

Seterusnya sekitar jam 12.45 tengaharil,  Yang di-Pertua menjalankan urusan pemilihan  pemilihan dua orang  Timbalan Yang di-Pertua dengan menyatakan  pihaknya menerima  dua surat  iaitu dari Perdana Menteri bertarikh 2 Julai 2018 dan  Ahli Parlimen Bagan Datok  juga bertarikh 2 Julai 2018.  Perdana Menteri mencadangkan YB Datuk Haji Rashid Abdul (Batu Pahat) dan YB Nga Khor Meng (Teluk Intan).  Manakala Ahli Parlimen Bagan Datok Mencadangkan  YB Datuk  Ronald Kiandee (Beluran).   Yang di-Pertua telah mengarahkan undi bersurat bagi memilih dua orang Timbalan Yang di-Pertua sebagaimana peruntukan Perkara 57(3) Perlembagaan Persekutuan, Peraturan Mesyuarat 4(3) dan Perturan Mesyuarat 6(1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Sebelum pengundian bermula, Ahli Parlimen Kuala Krau minta penjelasan,  adakah sah sekiranya hanya satu nama sahaja yang dicadangkan dalam kertas undi. Dan Yang di-Pertua menjawab - sah.  Keputusannya adalah :
YB Datuk Haji Mohd  Rashid Hasnol (Batu Pahat) – 191 undi
YB Nga Khor Meng (Teluk Intan)- 124 undi 
YB Dato’ Seri Dr  Ronald Kiandee (Beluran).- 93 undi.


Urusan terakhir pada sidang  hari ini  ialah  usul keselamatan oleh Kementerian Dalam Negeri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri dan disokong oleh Tumpat.  Ketika ini  terdengar suara minta kebenaran “ Peraturan Mesyuarat” oleh seorang Ahli Parlimen tetapi tidak diindahkan oleh Yang di-Pertua.   Penulis mengharapkan Peraturan Mesyuarat 4 akan dibangkitkan pada hari Rabu, 18 Julai nanti bagi mempertikaikan bagi mendaapatkan penjelasan Yang d-Pertua mengenai perakara tersebut.  Apa yang jelas setakat ini adalah kenyatan “ surat Perdana Menteri  pada 2 Julai 2018” dipertikiaikan dan mungkin tarikh yang dibelakangkan.  Ini adalah penting bagi pihak pembangkang untuk membuktikan berlakunya ketidak patuhan Peraturan Mesyuarat walaupun ia sukar dibuktikan.


Sebagai penutup, penulis  petik catatan penulis pada 20 Disember 1999 sebagai perbandingan:-

“  Sejurus selepas bacaan doa dan Setiausaha Dewan Rakyat membacakan Perisytiharan Memanggil Parlimen Kesepuluh, Y.B. Pendang (Ketua Pembangkang) telah bangun mencelah. Berkali-kali Setiausaha menegurnya supaya duduk kerana belum ketikanya berucap. Y.B. Pendang tetap berucap dan menyatakan sidang ini tidak sah kerana pengisytiharan Memanggil Parlimen dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum kabinet baru dibentuk. Setiausaha Dewan menjelaskan ia adalah sah. Y.A.B. Perdana Menteri bangun mencelah dan menegaskan adalah menjadi tugasnya menasihatkan Agong. Pada masa itu, walaupun Jemaah Menteri belum dibentuk, tetapi Kerajaan yang ada adalah sebagai caretaker goverment. Keadaan semakin bising dan Setiausaha Dewan Rakyat meneruskan aturan urusan dengan pelantikan Yang di-Pertua.


            Sekali lagi Y.B. Pendang dan Kuala Kedah serta diikuti oleh Y.B. Bukit  Mertajam bangun mempersoalkan pelantikan Yang di-Pertua yang didakwa tidak cukup notis 14 hari. Walaupun penjelasan diberi, namun mereka tidak berpuas hati dan akhirnya meninggalkan dewan pada jam 11.00 pagi. Yang di-Pertua meneruskan sidang dengan angkat sumpah.  Namun akhirnya lebih kurang 11.45 pagi mereka masuk kembali untuk mengangkat sumpah.  Sekiranya tidak angkat sumpah, mereka tidak boleh menjalankan tugas di dalam dewan, malah tidak boleh menerima segala kemudahan-kemudahan sebagai Ahli Parlimen.”


Sri Medan, Batu Paahat, Johor,
16 Julai 2018, 1.30 tgh


Sunday 8 July 2018

"Pengikut Syiah Ada Hak… – Kenyataan Menteri Agama” : Motivasi Kepada Pengikut Syiah di Malaysia


Ketika ditanya wartawan Malaysiakini, sama ada  pengikut Syiah akan mendapat pembelaan yang selaras dengan undang-undang oleh kerajaan PH, Menteri agama baru menjelaskan  pengikut mazhab itu tetap mempunyai hak sebagai warganegara selagi tidak melakukan jenayah. (Malaysiakini, 6 Julai 2018).  Kenyataan tersebut seolah-olah memberi lampu hijau kepada pengikut syiah untuk bergerak aktif di Negara ini.   Pada hal Menteri agama menyedari  fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwl Islam 1996 yan memfatwakan ajaran syiah terkeluar ajaran Islam.   Mengapakah beliau berpandangan demikian? Penulis melihat pandangan ini selari dengan tuntutan COMANGGO yang menuntut Malaysia mengiktiraf syiah atas nama kebebasan beragama.  Tuntutan ini pula termasuk dalam perjanjian hak asasi manusia yang akan ditanda tangani oleh Kerajaan PH sebagaimana kenyataan Menteri Luar Negeri.
Seterusnya beliau menyatakan “Agama rasmi ialah Islam dalam perlembagaan dan ia bebas untuk dipraktikkan. Dalam konteks ini, saya tak boleh cabuli klausa mengenai bebas agama (dalam perlembagaan)," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini.  Disini juga beliau silap bila menyebut perkataan “ agama rasmi“, sedangkan dalam Perlembagaan disebut dengan jelas “ Islam adalah agaama bagi Persekutuan”. Rasmi bermaksud acara rasmi semata-mata, sedangkan “agama bagi Persekutuan”  bermaksud agama bagi negara in atau dengan lain perkataan agaama bagi negara ini adalah Islam.  Beliau juga silap menyatakan “ bebas agama” sedangkan Perlembagaan menyebut  seperti berikut:
“3. (1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.”

Ini bermakna  agama-agama lain boleh diamalkan dengan  aman dan damai dinegara ini, bukan bermakna ia bebas beragama termasuk orang melayu Islam untuk menganut apa-apa agama tanpa sekatan. Jika demikianlah pandangan Menteri agama, bagaimanakah Kerajaan PH dapat menjamin keutuhan Perkara 3(1) tersebut.  Mungkinkah Islam   dapat dipertahankan dan juga mungkinkah ini pendekatan baharu untuk memperkasakan Islam di Negara ini?



Saturday 7 July 2018

ADAKAH DASAR KERAJAAN PH - LUNAKNYA MENTERI AGAMA DENGAN LGBT?


Malaysiakini pada 6 Julai 2018 melaporkan Menteri agama yang baru bersikap lunak dan mesra  golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) dan berkata setiap warganegara mempunyai hak mereka.  Beliau berpendapat mana-mana warganegara tidak kira sama ada mereka LGBT atau bukan sekiranya tidak melakukan jenayah, pihaknya tidak akan mengambil tindakan undang-undang.
Apakah ini bermakna LGBT dari segi pemikiran dan tanggapan semata-mata tanpa diikuti dengan perbuatan?.  Sekiranya seseorang itu mengiktiraf, menyokong atau sekurang-kurangnya beranggapan ia adalah hak individu, adakah bermakna ia suatu yang tidak menajadi masalah?.  Jika demikian keadaanya, bermakna Menteri agama telah bersetuju dengan kebebasan mutlak individu tanpa sekatan.
Tidakkah Menteri agama sedar bahawa amalan LGBT di Negara ini adalah sebenarnya kesalahan sama ada dalam undang-undang sivil mauhupun dalam undang-undang syariah. Dalam  undang-undang sivil seperti  peruntukan Seksyen  337B dan 337C berkaitan kesalahan  hubungan seks luar tabii (liwat).  Ia juga diperuntukan dalam Akta/Enaqkmen Kesalahan Jenayah Syariah neger-negeri.  Sebagai contoh, Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559], secara jelas telah memperuntukkan kesalahan perbuatan LGBT  seperti berikut:                     
Seksyen 25 - kesalahan liwat; 
                     
Seksyen 26 - kesalahan musahaqah atau perhubungan sejenis sesama perempuan (lesbian);
                  
 Seksyen 28 - kesalahan lelaki berlagak seperti perempuan atas tujuan tidak bermoral; dan

 Seksyen 29 - kesalahan perbuatan atau berkelakuan tidak sopan di tempat awam.

Justeru itu, perbuatan LGBT adalah merupakan kesalahan jenayah  dan tindakan boleh dikenakan ke atas mereka yang melakukannya.

Pendirian Menteri agama yang fleksible ini akan menjadi dorongan kepada kumpulan LGBT untuk mendesak Kerajaan mengiktiraf dan memberi kebebasan sepernuhnya.  Dimasa yang sama, pendirian ini selaras dengan pendirian Menteri  Luar Negeri yang akan menanda tangani semua perjanjian antarabangsa berkaiitan hak kebebasan termasuk permintaan COMANGGO suapaya mengiktifraf LGBT dinegara ini, 

Pendirian Menteri agama ini juga kelihatan seiring dengan perancangan kumpulan LGBT  di negara ini supaya LGBT dihalalkan sepenuhnya menjelang 2030 dan mendesak supaya undang-undang yang menghalang gaya hidup LGBT dihapuskan.  Ini terbukti apabila  Pelangi Campaign, sebuaah kumpulan pendesak LGBT yang telah mewujudkan komuniti LGBT dilaman twitter bagi mencapai sasran 2030.

Sesungguhnya pendirian Menteri agama ini akan meruntuhkan kekuatan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan yang diperuntukan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.  



Friday 6 July 2018

PINDAAN AKTA 355 - ADAKAH KERAJAAN PH AKAN MENERUSKAN?



Isu mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau ringkasnya Akta 355  hangat dibincangkan dalam  era Majlis Parlimen Ke-13, khususnya selepas Usul Persendirian bagi mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persindirian untuk meminda Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang pada bulan Mac 2015 di Mesyuarat Petama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-13.  Usul ini berlaruan sehingaa tahun 2017, dan ketika itu seolah-olah isu ini menjadi isu utama untuk menentukan keputusan PRU 14.   Namun sebaik sahaja  persidangan Mesyuarat Parlimen terakhir bagi Parlimen Ke-13 berakhir pada 6 April 2017 dan usul ini tidak disambung perbahasanya hanya sekadar dibentang dan disokong pada  pada  persidangan Mesyuarat Parlimen  terdahulu (6 April 2016), maka isu ini seolah-olah lenyap, malah tidak kedengaran semasa kempen PRU 14.  

Diambang persidangan Mesyuarat Parlimen , Penggal Pertama, Parlimen Ke-14  yang akan bersidang dari 16 Julai hingga 16 Ogos 2018 selepas PRU 14, isu ini timbul semula apabila sekurang-kurang dua soalan Parlimen dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas dan Bachok yang minta penjelasan sama ada  Kerajaan PH meneruskan hasrat untuk meneruskan pindaan ini. 

Disini, penulis ingin mengimbau semula isu ini.   Akta 355 merupakan undang-undang atau Akta yang diluluskan oleh Parlimen bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini. Akta  355 ini amat ringkas dan mengandungi 3 seksyen sahaja.  Seksyen 1 menyatakan tajuk ringkas dan pemakaiannya. Seksyen 2 menerangkan bidang kuasa  yang  menetapkan keslahan jemayah Syariah yang terkandung dalam Butiran 1, Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan..    Sebagaimana dinyatakan diatas, hukuman tidak melebihi penjara 3 tahun atau denda RM 5,00 atau 6 kali sebatan atau gabungan hukuman tersebut (Ringkasnya 356) dan hanya melibatkan orang-orang Islam sahaja. 


Seterusnya Isu  Pindaan Akta 355 (sering dipanggil RUU 355 – walaupun tidak tepat penggunaanya) telah mendapat perhatian pelbagai pihak  dan menjadi polimik dalam masyarakat apabila  ia diusulkan  oleh Ahli Parlimen Marang melalui  Usul Persendirian bagi mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah 1965 yang  telah  dikemukakan  beberapa kali  di  Dewan  Rakyat   seperti berkut:-

Pertama – Dikemukakan pada 18 Mac 2015 di Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 bagi menggantikan hukuman sedia ada kepada hukuman “...sesuai dengan kehendak syariah Islam “.    Usul ini telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada 7 April 2015 pada giliran 24 dalam susunan Rang Undang-Undang dan Usul.  Seterusnya usul tersebut telah disenaraikan di nombor 16 dalam susunan Rang Undang-Undang dan Usul ada 9 April  2015, iaitu hari terakhir persidangan bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas.  Oleh kerana Peraturan Mesyuarat 15 (1), “.urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain”,  maka Usul  Persendirian pada kelazimannya tidak akan sempat dibentang dan dibahaskan. 

Kedua -  Pada 29 April 2015 di  Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga , Parlimen Ke-13, sekali lagi  Usul Persendirian tersebut dengan sedikit  pindaan berbanding Usul terdahulu iaitu   menggantikan hukuman sedia ada kepada hukuman “ selain dari hukuman mati.”  Usul disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat bermula pada 17 Jun 2015 di minggu akhir persidangan.    Sekali lagi usul tersebut tidak sempat dibentangkan kerana tidak mendapat kebenaran Kerrajaan untuk didahulukan seperti kenyaatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ..“ kecuali pihak Kerajaan “menyambut” Usul tersebut melalui Usul Kerajaan. “.

Ketiga  -  Pada 28 April 2016  pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13, Ahli Parlimen Marang sekali lagi mengemukakan Usul Ahli Persendirian.  Namun suasana kali ini amat berbeza.  Rundingan antara Ahli Parlimen Marang dan PAS denngan pihak Kerajaan telah giat dijalankan dan berterusan semenjak Usul ini dikemukakan 2015.  Akhirnya, pada 26 Mei 2016  iaitu hari terakhir persidangan Dewan Rakyat  bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13. .Oleh kerana Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan / mendahulukan giliran Usul tersebut, maka Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menggunakan Peraturan  Mesyuarat 14(2) iaitu Usul Kerajaan  tanpa notis bagi mengubah susunan giliran Aturan Urusan Mesyuarat bagi mendahulukan Usul Ahli Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang.  Usul untuk mendahulukan Usul Ahli Persendirian ini  dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada pukul 2.30  petang dan Setelah 35 minit gangguan dari pihak DAP dan PAN, pada pukul 3.05 petang Ahli Parlimen Marang telah membentangkan dengan  membaca Usulnya  dan mohon  untuk menangguhkan usul tersebut. 

Keempat:  Pindaan Usul  Usul tersebut terus disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat di  Mesyuarat Ketiga, Penggal kempat Parlimen Ke-13 sejak hari pertama persidangan (……). Pada hari terakhir persidangan iaitu  24 November 2916,  pukul 12.00 tengahari, Yang di-Pertua Dewan terus  mempersilakan Ahli Parlimen Marang mengemukakan pindaan usulnya tanpa melalui usul Kerajaan .   Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul pindaannya mengikut Peraturan Mesyuarat 28 yang dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 49(1)  dan mohon  “...untuk  membuat  huraian  pada  sesi  akan  datang  selaras  dengan  Peraturan  Mesyuarat 15(5)”.  Pindaan yan dibuat ialah  iaitu   menggantikan hukuman sedia ada kepada hukuman “ penjara 30 tahun atau denda satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu rastus kali“.

Kelima : Penghuraian Usul dan Ditangguhkan Perbahasan  -  Pada 6 April  2017 (Khamis) iaitu hari terakhir persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-13, Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang tersenarai giliran pertama dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan tiada urusan Kerajaan pada hari itu setelah semua urusan Kerajaan  diselesaikan pada 5 April 2017(Rabu) yang bersidang hingga pukul 4.57 pagi.  Selepas sesi pertanyaan l;isan, usul tersebut dihuraikan oleh Ahli Parlimen Marang dan disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu.  Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memutuskan perbahasan usul pada Mesyuarat kan datang  dan menangguhkan persidangan pada pukul 4.00 petang.

Seterusnya pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen  Ke-13 (2018) yang bersidang pada 5 Mac hingga 5 April 2018, juga Usul ini masih disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat selepas urusan Kerajaan. Tetapi ketika ini, pihak Kerajaan tidak memberi keutamaan untuk memyambung perbahasan usul tersebut. Akhirnya, seperti dijangka , pada 6 April 2018  (Jumaat), Perdana Menteri mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan pada..  7 April 2018.  Ini bermakna Usul ini juga turut terluput serentak dengan pembubaran Majlis Parlimen Ke-13 (Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan).


Rumusan Respons

Isu ini  sebenarnya bermula selepas Pilihanraya Umum Ke-13 dan  menjadi polimik  sejak 2014 apabila apabila DUN Kelantan  bercadang meminda dan menambah baik  Enakmen Jenayah syaraiah II Kelantan 1993 [EJSK II] yang akhirnya dipinda pada 19 Mac 2015.   Maka pebagai pihak rakyat negara ini  yang pelbaga  latar belakang, merentasi  kaum, agama  dan ideologi  telah  memberi  komentar  dalam  isu  ini.  Mereka  termasuk  rakyat  biasa daripada  petani,  nelayan,  orang  kampung  sehinggalah  ahli  akademik,  cerdik pandai,  profesional,  pengamal  undang-undang  dan  ahli  politik  mengemukakan hujahan  masing-masing, sama  ada  menyokong  atau  menentang  cadangan pindaan Akta 355 tersebut. Selepas tempoh yang begitu panjang dan lama isu ini dipolimikkan, penulis terpanggil untuk membuat catatan dan rumusan respons terhadap usul Pindaan Akta 355 ini.


Penelitian terhadap respons dan pemerhatian, penulis mendapati kepelbagaian pandangan dan respons masyarakat dinegara ini adalah berasaskan latarbelakang dan  kepentingan politik.  Cadangan pindaan pada kali ini mendapat respons yang luar biasa dan amat berbeza dengan  dengan pindaan yang dibuat pada 1984 dan 1989 yang dibawa oleh pihak Kerajaan.  Ini adalah disebabkan oleh faktor  politik, dimana cadangan pindaan adalah melalui usul bagi mencadangkan RUU Ahli Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang (PAS).  Oleh kerana pelaksanaan hukuman qisas/hudud merupakan matlamat perjuangan PAS sejak dari awal penubuhannya  dan penggubalan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan (EKJS II)  1993 dan dipinda 2015 bagi pelaksanaan hudud di Kelantan, maka  usul oleh Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS dilihat  sebagai usul untuk melaksanakan hukuman hudud tersebuit. Bertitik tolak dari sinilah polimik timbul dan berterusan serta menjadi punca penentangan terhadap usul tersebut.


 Antara Realiti dan Persepsi

Dsini,  penulis ingin memaparkan beberapa isu dan persoalan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak  serta penjelasan mengenai cadangan  pindaan Akta 355 ini.

i)            Apakah perlunya  dua set undang-undang – untuk orang Islam dan bukan Islam?

Hakikatnya sebagaimana di jelaskan sebelum ini, Butiran 1, Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan telah jelas menetapkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ajaran Islam adalah di bawah  kuasa Negeri dan pihak Negeri boleh mewujudkan apa-apa undang-undang yang berkaitan.  Ini bermakna pewujudan undang-undang khusus mengenai orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan mengiktiraf perlunya  undang-undang khusus mengenai ajaran Islam dan tidak dikenakan ke atas orang bukan Islam.

ii)   Adakah Akta 355 dan pindaannya bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.?

Akta ini diwujudkan mengikut Perkara 74 dan  76, Perlembagaan Persekutuan sebagaimana Akta-akta lain yang dibawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.  Oleh kerana Akta ini telah diwujudkan sejak 1965 dan dua kali dipinda, maka tidak  timbul isu ianya tidak  mengikut Perlembagaan seperti dakwaan beberapa pihak.

Pada masa sekarang juga terdapat akta-kata lain yang mempunyai tujuan yang sama iaitu Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta Mahkamah Kehakiman 1964 yang berbidang kuasa terhadap senarai Persekutuan.  Setiap akta-akta ini sentiasa dipinda dari masa kesemasa bagi menambahkan dan menyesuaikan dengan keperluan semasa. Justeru pindaan terhadap Akta 355 adalah proses biasa yang dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

iii).   Adakah Usul Persendirian  bagi mencadangkan Pindaan Akta 355  tidak  berperlembagaan?.

Apa yang menjadi kemusykilan pelbagai pihak ialah cadangan pindaan Akta pada kali ketiga ini dibuat oleh Ahli Parlimen Marang (yang juga Presiden PAS) melalui RUU Ahli Persendirian, maka timbul persoalan apakah Usul ini mengikut Perlembagaan. Sebenarnya semua usul khususnya Usul Persendirian bagi mencadangkan RUU Ahli Persendirian akan diteliti oleh Setiausaha dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sebaik sahaja diterima bagi memastikan mematuhi Peraturan Mesyuarat 27(3) dan 49.  Pihak Kerajaan (Kementerian yang bertanggungjawab) dan Jabatan Peguam Negara dirujuk bagi memastikan usul tersebut tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan  Persekutuan dan juga undang-undang yang sedia ada. Sekiranya tidak mematuhi Peraturtan Mesyuarat dan/atau wujud percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang, maka usul tersebut akan ditolak.  Oleh kerana  Usul Persendrian oleh YB Marang ini telah dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat setelah memenuhi tempoh notis, maka tidak timbul isu ia tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Sungai Siput telah mengemukan Usul Persendirian bagi mencadangkan RUU Suruhanjaya Saksama pada tahun 2014 tetapi telah  ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.   Begitu juga usul oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai pada tahun 2014 bagi mencadangkan RUU Ahli Persendirian  yang berkaitan dengan pindaan Perlembagaan telah ditolak diperingkat awal lagi.

vi).      Adakah pindaan Akta 355 sebagai pintu belakang pelaksanaan hudud di negara ini ?

            Penulis memahami bahawa  dari awal lagi wujudnya Akta 355 ini hanya menentukan bidang kuasa kepada badan perundangan negeri menentukan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang ditetapkan mengikut Butiran1, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.  Sebagaimana catatan penulis sebelum ini, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa ketika itu (1965), YB Tuan Haji Nik Abdul Aziz  bin Haji Nik Mat (Allahyarham, bekas YAB Menteri Besar Kelantan) telah menyatakan kesalahan dan hukuman Akta 355 ini adalah hukuman takzir dan bukan hukuman hudud.  Begitu juga penulis jelaskan sebelum ini, kesalahan yang melibatkan jenayah bunuh dan mencuri adalah senarai Persekutuan dan termasuk dalam Kanun Keseksaan (Penal Code).  Oleh kerana kebanyakkan khalayak memahami hudud itu adalah hukuman balas bunuh  bagi kesalahan bunuh dan  potong tangan bagi kesalahan  mencuri, maka Akta 355  ini bukan pelaksanaan human hudud tersebut.  Walau bagaimanapun, bagi hukuman sebatan, ia boleh ditingkatkan hingga 100 kali sekiranya perkataan “ hukuman selain mati” diluluskan  atau diganti dengan perkataan “sebatan sehingga 100 kali”.  Namun, ia masih tertakluk kepada persetujuan/kelulusan Dewan Undangan Negeri bagi meminta Enakmen-enakmen dinegeri masing-masing.

            Penulis berpandangan persepsi yang melihat pindaan ini sebagai “ pintu belakang “ atau “ ada agenda tersembunyi” untuk pelaksanaan hudud timbul kerana faktor   “masa”, dimana Ahli Parlimen Marang mengemukakan Usul Persendirian tersebut pada 18 Mac 2015 secara kebetulannya adalah hampir sama dengan pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)(Pindaan) 2015 [EKJS II],   di DUN Kelantan pada 19 Mac 2015.  Faktor “masa” inilah yang penulis rasakan sebagai punca utama timbulnya persepsi dan kekeliruan antara Usul bagi mencadangkan pindaan Akta 355 dengan EKJS II di Kelantan yang menetapkan hukuman hudud.

v).     Apakah pindaan Akta 355 membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)(Pindaan) 2015 [EKJS II) dilaksanakan diKelantan?

Kesalahan-kesalahan dalam EKJS II merangkumi tiga kategori iaitu hukuman had, qisas dan takzir:-
 ·   Kesalahan yang boleh dikenakan hukuman had ialah kesalahan sariqah (mencuri), hirabah (merompak), zina (persetubuhan haram), qazaf (menuduh seseorang zina  tanpa bukti empat saksi), syurb (meminum arak) irtidad (murtad – keluar dari agama Islam).
·   Kesalahan yang dikenakan hukuman qisas  ialah jenayah yang menyebabkan kematian atau kecederaan.

Penasihat Undang-Undang Kelantan dalam tulisannya    Rang  Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan – Sejauhmana dapat diimplimentasikan “  menyatakan “.. Walaupun Rang Undang-Undang  tersebut telah diluluskan namun ianya masih tidak dilaksana dan dikuatkuasakan kerana terhalang dengan beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti  Perkara 4, Perkara 75 dan Butiran 4, Senarai 1 – Senarai Persekutuan, jadual Kesembilan.  Selain itu peruntukan dalam Rang undang-Undang tersebut dilihat melangkaui kuasa yang ada didalam senarai II – Senarai negeri, jadual kesembilan,  Perlembagaan Persekutuan”. (2 Jun 2014).

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid dalam artikelnya “ Rang undang- undang PAS: Apa tujuanya? (www.tunabdulhamid.my; 2 June 2016) pula berpandangan EKJS II (1993) 2015  “..tidak berperlembagaan apabila ia  dibuat dan ia kekal tidak berperlembagaan selama-lamanya.”.

vi)      Mengapa pindaan Akta 355 tidak dibuat oleh Kerajaan dan hanya menyokong melalui Usul Persendirian?

Inilah persoalan utama ditimbulkan oleh pelbagai pihak.  Mengapa perlunya dibuat oleh pihak pembangkang/bukan Kerajaaan? Adakah Kerajaan tidak serius untuk memartabatkan Mahkamah Syariah?  Penulis memahami sememangnnya pihak Kerajaan sedang berusaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan memertabatkannya.  Salah satunya adalah meningkatkan bidang kuasa Mahkamah melalui pindaan Akta 355.  Dimasa yang sama pihak PAS yang sememangnya berusaha untuk meningkatkan pelaksanaan undang-undang yang mematuhi  Syariah Islam juga setuju untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan memperkasakannya.   Selaras dengan saranan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 24  Mac 2014 di Dewan Rakyat, sekiranya   Kerajaan Negeri Kelantan telah bersedia melaksankan undang-undang syariah Islam, bolehlah mengemukakan Rang undang-Undang Ahli Persendirian dan pihak Kerajaan besedia menyokongnya.

Walau apa pun, sama ada  cadangan pindaan terhadap Akta 355 ini melalui RUU Ahli Persendirian, seperti penulis terangkan sebelum ini, bahawa  akhirnya mulai peringkat bacaan kedua, ianya akan melalui proses pembentangan sebagaimana  RUU Kerajaan.  Setelah Usul Persendirian tersebut  dipersetujukan, tindakan seterusnya adalah  oleh  pihak Kerajaan dengan  menyediakan Penyata.  Seterusnya  bacaan kali yang kedua akan oleh  Menteri yang bertanggung jawab serta  melalui proses pembentangan dan perbahasan peringkat dasar,  jawatankuasa  dan bacaan kali yang ketiga serta dipersetujukan.

Semasa usul ini dikemukakan pada bulan Mac 2014, seorang sahabat telah bertanya “mengapakah Kerajaan sendiri tidak membentangkannya?’.  Ketika itu penulis menjawab secara  ringkas “mungkin Kerajaan tidak mahu/tidak bersedia”.  Bahkan parti komponen BN seperti MCA, MIC dan Gerakan pernah mencadangkan supaya Kerajaan sahaja meminda Akta 355.  Sampai ke satu peringkat, Kerajaan bercadang untuk membentangkan sendiri pindaan Akta 355, namun Majlis Tertinggi  BN yang bermesyuarat   pada 29 Mac 2017 membuat keputusan secara konsesus “ Kerajaan tidak akan membentangkan RUU Pindaan Akta 355” dan seterusnya Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN menyatakan “RUU ini akan terus menjadi RUU persendirian (Private Memberrs Bills)“.  Maka penulis menemui jawapannya bahwa Kerajaan pada masa ini sememangnya belum bersedia sepenuhnya untuk meminda Akta 355 yang bidang kuasa hukumannya selaras dengan syariah Islam.  Walau bagaimanapun, sekiranya hukuman yang ditingkatkan itu khususnya sebatan tidak mencapai kehendak syariah (40, 80 dan 100 kali sebatan) dan hanya ditingkatkan dari 6 kepada 10/20/30 kali sebatan, besar kemungkinan ia tiada halangan untuk dipinda sebagaimana pindaan pada tahun 1984. Sesuatu yang pelik, adakah semua undang-undang yang digubal dibincangkan dalam Majlis Terrtinggi BN terlebih dahulu? Bukankah memadai Mesyuarat Jemaah Menteri yang membuat keputusan? Juga agak janggal, pindaan Akta 355 ini dibincangkan dahulu dalam Majlis Tertinggi BN sama ada hendak dibawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri atau tidak.

Maka apakah isu sebenar yang menyebabkan ramai pihak yang menentang atau kurang bersetuju terhadap pindaan ini sama ada dalam Kerajaan mahu pun bukan Kerajaan?  Dalam hal ini,  penulis merasakan atas kepentingan politik dan kelompok, mereka tidak mahu Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa yang lebih tinggi sehingga bidang hukumannya selaras dengan kehendak Syariah. Mereka bersetuju meningkatkan dan memperkasakan  Mahkamah Syariah dalam pelbagai perkara selain hukuman, sedangkan pada masa ini usuha-usaha sentiasa dilakukan oleh Kerajaan untuk memperkasakan Mahkamah syariah dalam perbagai bidang.  Dengan lain perkataan, mereka tidak mahu Islam di daulatkan di negara ini secara nyata dan jelas selaras Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan bahawa “ agama Islam ialah agama bagi  Persekutuan, tetapi agama-agama lain  boleh diamalkan  dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan.”  Sebahagian dari mereka sering menyatakan negara ini adalah negara sekular, maka undang-undang yang menepati  Syariah tidak diutamakan atau dibenarkan.


Apakah Noktahnya?

          Plihan Raya Umum 14 (PRU) yang diadakan pada 9 Mei 2018 lalu telah menobatkan Pakatan Harapan (PH) [ gabungan DAP, PKR, AMANAH & WARISAN) sebagai Kerajaan diperingkat persekutuan dengan majoriti mudah dan BN hilang kuasanya yang pada asalnya hanya mmperolehi 67 kerusi dan kini hanya tinggal 51 kerusi setelah Sabah, Sarawak dan beberapa Ahli Parlimen BN mengisytiharkan keluar BN. 


Ini bermakna, adakah usaha  memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah  melalui pindaan Akta 355 akan berakhir disini?  Adakah usaha Kerajaan BN sebelum ini yang telah menubuhkan Kluster Pindaan Akta 355 di bawah Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JMMS akan diteruskan oleh Kerajaan PH bagi menghalusi dan membuat cadangan untuk meminda Akta 355  atau sebaliknya.  Walau apa pun, berdasarkan analisis respons diatas khususnya parti politik dalam PH. Dimana DAP  tidak bersetuju sama sekali, manakala PKR, PBBM, AMANAH dan Warisan yang tidak jelas, boleh dirumuskan kurang setuju dengan alasan memperkasakan Mahkamah Syariah dalam bidang lain dahulu.  Begitu juga dengan parti-parti dari Sabah dan Sarawak yang kini telah keluar dari BN juga tidak setuju dengan cadangan pindaan tersebut.  

Terbaharu, kenyataan  Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang disiarkan oleh Malaysiakini  telah  menjelaskan  isu RUU 355 (meningkatkan had  hukuman) tidak substantif berbanding isu  yang melibatkan penstrukturan semula mahkamah syariah seperti proses, sumber manusia dan  gaji para hakim.  Dengan tegas beliau menyatakan " isu ini  isu politik dan bukan substantif.."  dan " kami tidak akan politikkan isu agama kerana ada benda lain yang lebih besar daripada politik ini".  Jelaslah kenyataan ini selari dengan pendirian PH sebelum PRU 14, maka  penulis merumuskan Kerajaan PH tidak mungkin meneruskan cadangan pindanan Akta 355 ini.  Sama-sama kita tunggu jawapan Kerajaan di persidangan Prlimen kelak..  

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...