Wednesday 4 July 2018

RASIONALISASI PENSTRUKTURAN JABATAN PERDANA MENTERI - JAKIM DIKEKALKAN

Berdasarkan edaran mengenai cadangan rasionalisasi bagi penstrukturan semula  Jabatan Perdana Menteri yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2018, telah mengekalkan JAKIM di bawah Jabatan Perdana Menteri. Namun 7 institusi Islam yang lain dipindah fungsi  kepada JAKIM iaitu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),  Jabatan Waakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Yayasan Dakwah Islamiyah (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPIEM), Yayasan Wakaf Malaysia (YWM), TV AlHijrah dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Disini persoalan yang timbul,  adakah JAKIM diperbesarkan atau diperkasakan fugsinya? Atau adakah JAKIM diperkecilkan skop tugasnya untuk menyelaras dan mengurus  7 institusi tersebut dan mengurangkan fokus/tumpuan JAKIM kepada isu-isu dan hal-hal berkaitan Islam secara menyeluruh.

Manakala Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan,  Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan dipindah fungsi kepada  Kementerian Hal Ehwal Wilayah Persekutuan.(HEWP)  Disini paling janggal ialah apabiila institusi ini bertanggung jawab kepada Menteri HEWP khususnya Mufti melapor kepada Menteri. HEWP, yang mungkin pada masa akan datang, Menteri atau Timbalan Menteri bukan beragama Islam.  Begitu juga mengenai kedudukan Pengarah JAWI yang berada dibawah JAKIM  berperanan sebagai Setiausaha kepada MAIWP...sudah tentu ini memerlukan pindaan Akta Pentadbiran Islam Wilayah Persekutuan.

Penulis berpandangan, penstrukturan ini perlu dilihat semula, bukan sekadar mengelompokkan fungsi berasaskan rasional semata-mata, tetapi perlu diperhalusi dari segi fungsi sebenar dan kebergantungannya dengan institusi Islam yang lain terutamanya JAKIM.

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...