Sinar Harian pada
14 April 2017 telah meramalkan PRU Ke-14 akan diadakan pada bulan Oktober berdasarkan jentera BN seluruh negara telah
digerakan dan Kem Bina Semangat BN di Institut Latihan Memperkasa Ummah,
Janda Baik, Pahang pada 7 hingga 10
April 2017. Manakala
Berita Harian pada 17 April pula melaporkan PRU 14 pada bila-bila masa kerana
jentera BN telah digerakkan
“ PRU14 diramal Oktober depan
SUDAH ada
tanda-tanda menunjukkan PRU14 diramal diadakan dalam masa terdekat, kemungkinan
pada Oktober depan. Kehadiran semua pemimpin parti komponen BN, termasuk
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi dan pemimpin-pemimpin BN negeri bagi menyertai kem semangat di
Institut Latihan Memperkasa Ummah, Janda Baik, Pahang, minggu lalu membuktikan
BN kini berada dalam persiapan menghadapi PRU14 pada bila-bila masa. Mengikut
laporan Sin Chew Daily, kem semangat selama tiga hari bermula 7 April lalu itu,
antara lain membuat analisa mengenai kedudukan BN dalam PRU akan datang
mengikut negeri.
Difahamkan, hasil analisa
dibuat, BN menaruh keyakinan untuk merampas semula tampuk pemerintahan di
Selangor tetapi di Pulau Pinang, harapan boleh dikira terlalu tipis. Mengikut
amalan biasa, beberapa bulan sebelum PRU diadakan, BN biasanya akan mengadakan
kem semangat seperti ini. Berdasarkan penganjuran kem semangat ini, banyak
pihak sudah boleh membuat ramalan mengenai tarikh PRU.
Sumber dalaman memberitahu
akhbar ini, dalam kem semangat itu, semua pemimpin BN di setiap peringkat
negeri telah memberikan taklimat mengenai perkembangan politik di negeri
masing-masing. Selain itu, mereka turut membuat laporan analisis mengenai
peratusan peluang menang di kawasan-kawasan parlimen dan Dun serta kekuatan
atau kelemahan yang ada pada BN negeri masing-masing.
"Ketika memberikan
taklimat, BN pada dasarnya yakin mampu merampas kuasa di Selangor atas faktor
perpecahan yang berlaku dalam pakatan pembangkang.
Pemimpin Kelantan pula yakin
mampu memenangi beberapa kerusi lagi, di samping mengekalkan kerusi yang ada,
malah berkeyakinan membentuk kerajaan di Kelantan. "Manakala pemimpin
Kedah menyatakan tidak menghadapi sebarang masalah untuk terus mengekalkan
kuasa di negeri itu, begitu juga dengan keyakinan yang sama dinyatakan oleh
pemimpin Terengganu," kata sumber itu.
Sumber memberitahu akhbar itu
lagi, perdana menteri tidak memberitahu tepat mengenai tarikh sebenar PRU14,
bagaimanapun beliau ada membayangkan ia mungkin diadakan paling awal pada
Oktober depan, jika tidak, terpaksa ditangguhkan sehingga tahun depan.
"Ramai
meramalkan PRU14 akan jatuh pada September depan, tetapi 16 September adalah
Hari Malaysia. "Presiden China, Xi
Jinping pula dijangka mengadakan lawatan ke Malaysia pada Ogos ataupun
September depan, oleh itu PRU tidak mungkin diadakan “dalam tempoh
tersebut," kata sumber itu lagi.
[SINAR
HARIAN,Ong Boon Teck,14 April 2017 ]
Telahan PRU 14
semakin hampir apabila UMNO menganjurkan perhimpunan 140,000 ahli sempena
sambutan Hari UMNO ke-71 pada 11 Mei 2017 di Staduim Nasional Bukit Jalil. Dimana Presiden UMNO yang juga Perdana
Menteri telah membayangkan bahawa UMNO telah kuat semula dan Parlimen boleh
dibubarkan.
“ UMNO sudah sedia hadapi PRU-14
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi memberi isyarat bahawa beliau sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen ketika UMNO kini semakin kuat. Najib berkata, sokongan 140,000 ahli UMNO yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam tadi sempena sambutan Hari UMNO ke-71 telah membuktikan parti keramat itu sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Dalam ucapan penuh berkobar-kobar, Najib bertanya kepada ribuan ahli UMNO adakah mereka sudah cukup kuat sehingga membolehkan beliau membubarkan Parlimen esok. Soalan itu disambut dengan laungan boleh dan sorakan yang bergema di seluruh Stadium Nasional Bukit Jalil. “Parti inilah parti yang terkuat di bumi Malaysia. Saya mahu bertanya kepada tuan puan, kita cukup kuatkah, cukup bersedia? Esok boleh bubar Parlimen?” tanya Najib sambil disambut dengan laungan bersemangat ahli-ahli UMNO. “Inilah semangat kita, semangat luar biasa UMNO, siapa kata UMNO tidak kuat, kalau tidak kuat tengoklah perhimpunan ini,” kata Najib. …….” (KOSMO, 12.5.2017)
Tahun 2017 berlalu,
namum Parlimen masih belum dibubarkan.
Pelbagai ramalan, ada yang menyatakan pada akhir Februari atau awal Mac
2018. Tiba-tiba Parlimen bersidang bagi
Penggal Keenam bermula 5 Mac hingga 5
April 2018 bagi Dewan Rakyat dan 16
hingga 30 April 2018 bagi Dewan Negara.
Ketika ini berbagai kenyataan
mengenai Laporan Kajian Semula Persempadaan
Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-negeri Tanah Melayu akan dibentang sebaik sahaja selesai kes-kes
mahkamah mengenainya pada 28 Febraurai 2018 khususnya kes bantahan di
Selangor. Sebagaimana catatan terdahulu,
apabila kertas statut bagi Laporan Persempadanan disenaraikan dalam Aturan
Urusan Mesyuarat pada 22 Mac 2018 9 (Khamis) dan Usul mengenainya pada 26 Mac 2018 (Khamis), maka tarikh pembubaran
semakin dijangkakan pada akhir Mac atau awal April.
Sidang terakhir Parlimen bermula 5 Mac
KUALA LUMPUR: Parlimen dijangka
bersidang untuk kali terakhir selama 20 hari bermula 5 Mac ini sebelum Pilihan
Raya Umum ke-14 (PRU-14) diadakan. Mesyuarat pertama bagi enggal keenam
Parlimen ke-13 akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V jam 10
pagi pada hari pertama persidangan bermula.Difahamkan selepas berakhir sidang
Parlimen pada 5 April, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka memohon
perkenan Sultan uhammad V untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada
PRU-14.Parlimen akan terbubar secara automatik pada 24 Jun dan PRU-14 perlu
diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran itu.Sementara itu Setiausaha
Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah ketika dihubungi berkata notis pemberitahuan
itu sudah diedarkan kepada 222 Ahli Parlimen (Berita Harian, 16 Januari 2018)
Pembubaran Parlimen Ke-13 Penuh Dramatik
Pada 19 Mac 2018, YAB Perdana Menteri telah
menghantar surat kepada Yang di-Pertua
Dewan Negara mengikut Peraturan 10, Peraturan-peraturan Majlis Dewan Negara,
dimana tarikh persidangan diawalkan kepada 26 Mac hingga 30 April, yang berjalan
serentak denagan Dewan Rakyat selama
8 hari.
Pada 31 Mac 2018,
telah tersebar di washapp , surat yang ditanda tangani oleh Setiuasaha BN
bahawa Pengerusi BN akan melancarkan Manifresto BN pada 7 April (Sabtu) di Bukit Jalil. Juga Mesyuarat Jemaah Menteri yang sepatutnya
diadakan pada 4 Apri (Rabu) dipinda kepada 6 April (Jumaat) dengan alasan YAB
Perdana Menteri akan menghadiri persidangan MAPPA pada masa tersebut. Juga pada
1 April (Sabtu), YAB Perdana Menteri selaku Pengerusi BN telah melancarkan
Gerak Kerja Pilihan Raya BN di Pekan, Pahang.
Maka banyak pihak dan juga
penulis meramalkan Parlimen akan dibubarkan pada hari Jumaat, 6 April
2018, kerana kebiasaanya YAB Perdana
Menteri akan menghadap DYMM SBP Yang di-Pertuan Agong sebelum Mesyuarat Jemaah
Menteri, dan ketika itulah memohon perkenan untuk membubarkan Parlimen dengan
menandatangani Proklamsi Pembubaran Parlimen.
( Catatan : 31 Mac 2018).
Pada hari terakhir persidangan Dewan
Rakyat pada 5 April 2018 (Khamis), beberapa Ahli Parlimen berpantun mengenai
pembubaran Parlimen bahkan Ahli Parlimen Ipoh Barat dengan gaya yang yakin
menyatakan bahawa Parlimen akan
dibubarkan esok (6 April, Jumaat) semasa
sesi pertanyaan lisan. Beberapa Menteri seperti yang dilaporkan oleh akhbat /
portal berita menjangkakan Parlimen akan
dibubarkan pada hari Jumaat kerana sidang
Dewan Rakyat akan berakhir pada 5 April 2018 ( Khamis) dan mesyuarat Kabinet
pula pada Jumaat (6 April 2018) yang mungkin mesyuarat terakhir sebelum
PRU.
Parlimen mungkin dibubar Jumaat ini, kata Nazri
FMT Reporters, April 2, 2018
PETALING JAYA: Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Aziz menjangkakan Parlimen akan
dibubarkan selepas mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini. Beliau dipetik China Press ketika menghadiri
festival kebudayaan di Padang Rengas semalam berkata, mesyuarat Kabinet yang
sepatutnya diadakan pada Rabu ini ditunda ke Jumaat bagi memberi laluan kepada
perhimpunan penjawat awam dari seluruh negara. Katanya, sidang Dewan Rakyat
akan berakhir Khamis ini dan mesyuarat Kabinet pada Jumaat ini mungkin ialah
mesyuarat terakhir untuk kerajaan penggal ini.
Nazri menjangkakan perdana
menteri akan mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet Jumaat
ini, memandangkan laporan kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya
sudah diwartakan minggu lalu.Laporan itu diwartakan 29 Mac lalu, sehari selepas
diluluskan Dewan Rakyat dengan sokongan 129 ahli Parlimen dan 80 lagi menolak
usul itu.
Semalam, Pengarah Komunikasi
Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dilaporkan
berkata, Dewan Rakyat mungkin dibubarkan sebelum perdana menteri melancarkan
manifesto BN menjelang akhir minggu ini.Menteri di jabatan perdana menteri itu
berkata, manifesto itu dijadual dilancarkan minggu depan, manakala hari
terakhir persidangan Dewan Rakyat ialah 5 April.
Akhirnya, pada
6 April 2018 (Jumaat), jam 12.00 tengahari, YAB Perdana Menteri telah
membuat Ucapan Khas yang disiarkan secara langsung dan memaklumkan bahawa
Majlis Parlimen Ke-13 dibubarkan pada 7
April 2018 (Sabtu).
Parlimen dibubar esok
Astro Awani | April 06, 2018 12:17 MYT
Perdana Menteri mengumumkan Parlimen akan dibubarkan esok, Sabtu, 7
April, 2018. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan
Parlimen akan dibubarkan pada hari esok bagi membolehkan proses pilihan raya
umum ke-14 (PRU14) bermula. Perdana Menteri membuat pengumuman itu di pejabatnya
di sini sebentar tadi.
Pengumuman tersebut dibuat selepas Perdana Menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. "Pengumuman ini dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Baginda telah memperkenankan bagi Parlimen dibubarkan berkuat kuasa esok," kata Najib dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung hari ini.
Pengumuman tersebut dibuat selepas Perdana Menteri mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V. "Pengumuman ini dibuat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Baginda telah memperkenankan bagi Parlimen dibubarkan berkuat kuasa esok," kata Najib dalam pengumuman yang disiarkan secara langsung hari ini.
Mengapa Mengundi Hari Rabu?
Pada 10 April 2018 pula, Suruhanjaya Pilihan Raya
(SPR) telah mengumumkan tarikh-tarikh penting berkaitan PRU 14 iaitu 28 April (Sabtu) – penamaan calon, 5 Mei 2018 (Sabtu) – mengundi awal dan 9 Mei 2018 (Rabu) – hari pengundian. Tempoh berkempen ialah 11 hari. Satu persoalan yang berlegar dan
dilontarkan oleh banyak pihak, mengapa SPR memilih hari Rabu ?. Ini kerana pada kebiasaanya, hari mengundi adalah pada cuti
hujung minggu sama ada hari Sabtu atau Ahad.
Walau bagaimanapun, berdasarkan catatan sejarah, hari mengundi pernah
diadakan pada hari-hari yang lain iaitu
Isnin, Selasa dan Rabu. Untuk
rekod, berikut adalah tarikh-tarikh PRU
di negara ini:-
- PRU
1-19 Ogos 1959 (Rabu)
- PRU
2- 25 April 1964 (Sabtu)
- PRU
3- 10 Mei 1969 (Sabtu)
- PRU
4 - 24 Ogos 1974 (Sabtu)
- PRU
5- 8 Julai 1978 (Sabtu)
- PRU
6 - 22 April 1982 (Sabtu)
- PRU
7 – 3 Ogos 1986 (Ahad)
- PRU
8 – 21 Oktober 1990 (Ahad)
- PRU
9 - 25 April 1995 ( Selasa)
- PRU
10 - 29 November 1999 (Isnin).
- PRU
11- 21 Mac 2004 (Ahad)
- PRU
12 – 8 Mac 2008 Sabtu)
- PRU
13 – 5 Mei 2008 (Ahad)
- PRU
14 – 9 Mei 2018 (Rabu)
[sumber: Sinar Harian, 11 April 2018]
Oleh yang demikian,
pemilihan hari Rabu dalam sejarah PRU di
negara ini adalah kali kedua, dimana
kali pertama pada PRU yang pertama tahun
1959. Hari mengundi PRU 14 pada 9 Mei
2018 telah diisytiharkan sebagai hari cuti am tambahan di seluruh negara
(Kenyataan Pejabat Perdana Menteri, 11 April 2018)
9 Mei diisytihar cuti kelepasan am tambahan
Berita Harian, 12
April 2018)
KUALA LUMPUR:
Kerajaan hari ini mengisytiharkan 9 Mei sebagai hari kelepasan am tambahan bagi
seluruh negara sempena hari mengundi pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).Menurut
Pejabat Perdana Menteri, ini bagi membolehkan rakyat Malaysia menunaikan
tanggungjawab mereka sebagai pengundi berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR) mengenai tarikh hari mengundi PRU-14 itu merupakan hari bekerja.
"Pengisytiharan cuti umum itu dibuat berdasarkan
seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Labuan," menurut kenyataan itu. Bagi Sabah dan Sarawak,
Kerajaan-Kerajaan Negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan
pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing, menurut kenyataan
itu. - BERNAMA
Pelbagai pihak
memberi tanggapan dan pandangan yang berbeza.
Pihak pembangkang menyatakan, ini
adalah taktik pihak Kerajaan untuk menghalang pengundi luar balik kawasan
kerana ramai beranggapan pengundi luar adalah pengundi pembangkang. Malah ramai yang meramalkan peratusan
mengundi akan menurun berbanding PRU – 13 (84.4%).. Ada juga yang menyatakan, ini adalah kaedah SPR untuk mendidik pengundi
supaya mendaftar mengundi ditempat ia
bermastautin / berkerja dan bukan tempat asal.
Bahkan juga ada yang menyatakan,
ini adalah budibicara SPR untuk
menimbang dan menentukan hari mengundi tanpa dipengaruhi oleh mana-mana
pihak. SPR tidak membuat kenyataan rasmi
menjelaskan mengapa pihaknya memilih hari Rabu untuk mengundi, tetapi menyatakan
bahawa peratusan mengundi akan mencapai
85%.
Isu Kerajaan Sementara (Caretaker Government)
Persoalan apa, peranan dan fungsi Kerajaan
Sementara (Caretaker Goverment) telah diperkatakan oleh banyak pihak. Ketua Setiausaha Negara dalam kenyataanya
pada 7 Aprl 2018 telah memaklumkan bahawa Jemaah Menteri sedia ada secara rasminya adalah
Kerajaan ‘Caretaker’, selari dengan peruntukan di bawah Perkara 40,
Perlembagaan Persekutuan. Disini
penulis hanya memetik beberapa kenyataan
mengenainya dan tidak mengulangi ulasan berkaitan Kerajaan Sementera ini
kerana telah dibincangkan panjang lebar
pada bab terdahulu semasa PRU
13,.
Jemaah
Menteri sedia ada adalah Kerajaan Sementara - KSN
Astro Awani | April 07, 2018 15:29 MYT
KUALA LUMPUR: Jemaah Menteri sedia ada secara rasminya adalah Kerajaan ‘Caretaker’,
selari dengan peruntukan di bawah Perkara 40, Perlembagaan Persekutuan, kata
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Menurut satu kenyataan hari ini, beliau berkata, peruntukan itu jelas menyebut Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, perlu bertindak atas nasihat Jemaah Menteri, atau Menteri yang diberikan kuasa am oleh Jemaah Menteri.
“Dalam kes Abdul Ghani Ali lawan Pendakwaraya, Mahkamah Persekutuan turut mengiktiraf bahawa Jemaah Menteri hendaklah ada pada setiap masa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong walaupun selepas Parlimen dibubarkan, selaras dengan peruntukan Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Menurut satu kenyataan hari ini, beliau berkata, peruntukan itu jelas menyebut Yang di-Pertuan Agong, sebagai ketua negara, perlu bertindak atas nasihat Jemaah Menteri, atau Menteri yang diberikan kuasa am oleh Jemaah Menteri.
“Dalam kes Abdul Ghani Ali lawan Pendakwaraya, Mahkamah Persekutuan turut mengiktiraf bahawa Jemaah Menteri hendaklah ada pada setiap masa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong walaupun selepas Parlimen dibubarkan, selaras dengan peruntukan Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh yang demikian, Jemaah Menteri yang sedia ada
merupakan Kerajaan Caretaker bermula dari masa pembubaran Parlimen sehingga
Jemaah Menteri baru dilantik selepas pilihan raya umum atau Parlimen
bersidang semula selepas pilihan raya umum mengikut mana yang lebih awal,”
katanya lagi.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan secara rasmi hari ini, sekali gus membuka ruang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Tan Sri Dr Ali berkata, konsep Kerajaan Caretaker adalah suatu konvensyen perlembagaan (constitutional convention) yang turut diamalkan di Negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.
“Kerajaan Caretaker boleh membuat tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan sehingga suatu kerajaan baharu dibentuk.
“Antara contoh perkara pentadbiran tersebut ialah seperti meneruskan pelaksanaan dasar sedia ada dan mengadakan majlis rasmi kerajaan,” katanya lagi.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa Dewan Rakyat akan dibubarkan secara rasmi hari ini, sekali gus membuka ruang untuk Pilihan Raya Umum ke-14 diadakan dalam tempoh 60 hari.
Tan Sri Dr Ali berkata, konsep Kerajaan Caretaker adalah suatu konvensyen perlembagaan (constitutional convention) yang turut diamalkan di Negara Komanwel seperti United Kingdom dan Australia yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen.
“Kerajaan Caretaker boleh membuat tindakan-tindakan bagi maksud menjalankan urusan pentadbiran kerajaan sehingga suatu kerajaan baharu dibentuk.
“Antara contoh perkara pentadbiran tersebut ialah seperti meneruskan pelaksanaan dasar sedia ada dan mengadakan majlis rasmi kerajaan,” katanya lagi.
Kuasa kerajaan sementara masih ‘bergigi’
rencanautusan@gmail.com ,
09 April 2018 12:00 PM
SEBAIK sahaja Parlimen dibubarkan
Sabtu 7 April kelmarin, adakah kerajaan (pengawalan) sementara atau caretaker
government yang wujud termasuklah dalam tempoh kempen pilihan raya umum
sehinggalah pembentukan Kabinet yang baharu itu ‘tidak bergigi untuk mengunyah
atau tiada taring untuk menggigit’? Pada 1970-an, sifat dan elemen kerajaan
sementara pernah dipersoalkan oleh satu pihak di mahkamah.Ketika itu, tindakan
menteri berkenaan, Tengku Razaleigh Hamzah dipersoalkan kerana mengumumkan satu
bantuan untuk rakyat semasa Parlimen telah dibubarkan untuk menghadapi pilihan
raya umum.Keputusan mahkamah bagaimanapun akhirnya memutuskan bahawa kerajaan
sementara masih berhak memberikan bantuan kepada rakyat semasa tempoh Parlimen
bubar asalkan ia tidak melibatkan kepentingan peribadi calon pilihan raya.
Dengan ini juga bermakna semua
menteri dan timbalan menteri semasa tempoh kerajaan sementara masih boleh
menggunakan peruntukan untuk rakyat. Antaranya seperti memberi bantuan kewangan
untuk membaiki jambatan usang, baik pulih sekolah daif dan memberi sumbangan
kepada mangsa banjir, cuma asalkan jangan dikaitkan dengan undilah saya,
demikian kata pakar Perlembagaan Persekutuan, Tan Sri Dr. Rais Yatim kepada
akhbar ini dalam satu temu bual sebelum ini. Menurut Rais, fungsi kerajaan
sementara berlaku selepas Parlimen dibubarkan yang urusan itu ditandatangani
oleh Yang di-Pertuan Agong serta diuruskan oleh Jabatan Perdana Menteri.
Maka, apa yang wujud dalam
struktur kerajaan ialah kerajaan sementara yang semata-mata mentadbir negara
mengikut lunas-lunas Perlembagaan. Namun ia bukan bermakna kerajaan sebelumnya
tidak berkuasa. Cuma, yang lupus hanyalah amalan di Parlimen dan Dewan Undangan
Negeri. Juga hak lupus yang kerajaan sebelumnya tidak boleh laksanakan ialah
meluluskan peruntukan undang-undang dan dasar baru menerusi kuasa Parlimen. Peruntukan undang-undang menerusi Parlimen
baharu tidak boleh dibuat. Namun begitu, kuasa-kuasa di bawah semua
undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen sebelum bubar boleh dilaksanakan
terus oleh kerajaan sementara.
Satu lagi aspek kerajaan
sementara, kata Rais, ialah ia membawa pengertian mengambil alih kerja-kerja
pentadbiran. Ia selaras dengan amalan berkerajaan dunia dan Komanwel semasa
Parlimen dibubarkan sehingga Dewan Parlimen baru diwujudkan semula, maka
kerajaan sementara itu hendaklah secara berhati-hati menjalankan tugasnya. Ini
bermakna secara minimum kerajaan sementara menyudahkan sahaja kerja-kerja
pentadbiran yang dilaksanakan.
Namun, sekiranya muncul sebarang
peristiwa yang memerlukan tindakan tegas misalnya yang menghendaki Polis Diraja
Malaysia (PDRM) menjalankan tugas penguatkuasaan undang-undang, maka perkara
itu masih boleh diteruskan oleh kerajaan sementara. Ia bukan bermakna kuasa itu
dihentikan. Hakikatnya dalam semua amalan Komanwel yang berasaskan
undang-undang Common Law dan amalan berkerajaan berparlimen dunia, Malaysia
sebenarnya telah lama menghormati amalan itu sejak merdeka.
Dalam aspek ini, kata Rais lagi,
jika Perdana Menteri berdepan dengan sesuatu darurat, beliau sebenarnya masih
boleh menggunakan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan menasihati Yang
di-Pertuan Agong sewajarnya serta melaksanakan apa juga tugas sedia ada di
bawah undang-undang. Antaranya, Perdana Menteri masih boleh memberi arahan sedia
ada, cuma untuk memperkenalkan undang-undang yang memerlukan kelulusan
Parlimen sahaja tidak boleh.
Rais bagaimanapun mengakui
Perlembagaan Malaysia tidak memperuntukkan kewujudan sifat kerajaan sementara.
Ini kerana ia merupakan satu Konvensyen Berparlimen yang telah menjadi amalan
dan adat negara-negara di dunia. Masih boleh pihak tertentu mempertikaikan
kewujudan kerajaan sementara ini, namun konvensyen berkerajaan dunia ini
menjadi terasnya (untuk dikekalkan), kata beliau.
Dalam hal ini, umum tentunya
masih mengingati pertikaian mengenai sifat kerajaan sementara ini yang pernah
menarik perhatian ramai pada persidangan Dewan Rakyat 1999 selepas Barisan
Nasional (BN) meraih semula majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum 29
November tahun tersebut. Ini berlaku setelah Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan
notis memanggil mesyuarat pada 13 Disember tahun itu iaitu dua hari sebelum
Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (kini Tun)
membentuk kabinet.
Semasa itu, kesemua 43 ahli
Parlimen pembangkang yang hadir bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai
membantah notis mesyuarat tersebut kerana mendakwa ia dikeluarkan secara tidak
sah kerana ketika itu Kabinet baru belum dibentuk.Namun, beberapa pengamal
undang-undang berpendapat keputusan kerajaan memanggil persidangan Dewan Rakyat
sebelum pembentukan Kabinet itu tidak melanggar aturan urusan mesyuarat atau
mencabuli Perlembagaan negara. Tindakan
menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan notis memanggil mesyuarat
Parlimen, menurut mereka, adalah perkara biasa, yang boleh dilakukan oleh
Perdana Menteri mewujudkan sebuah kerajaan sementara.Konsep kerajaan sementara
ini secara umumnya dipraktikkan di semua negara Komanwel dan Amerika
Syarikat.Negara-negara yang mempraktikkan undang-undang sivil seperti Eropah
amat mengagumi dan menghormati sifat kerajaan sementara ini dengan tidak
mengaitkannya dengan sebarang kepentingan politik dan peribadi.
Telahan Keputusan
PRU 14 Sebelum Pembubaran Parlimen
Penulis menyorot telahan pelbagai
pihak keatas keputusan PRU 14 berdasar
laporan-laporan akhbar. Sinar
Harian pada 28 April 2017 telah melaporkan dapat kajian Invoke Malaysia bahawa BN akan memenangi PRU
ke 14., di mana UMNO akan menang dan PAS
akan kalah sekiranya berlaku
pertandingan tiga penjuru antara BN,
Pakatan Harapan dan PAS. Walau
bagaimanapun, PAS tidak mempercayai kajian tersebut dan lebih kerusi dengan
sasaran sekurang-kurangnya 30 kerusi (
bertanding lebih 100 kerusi Parlimen).
BN kekal memerintah, Pas akan kalah PRU14
KUALA LUMPUR - Berdasarkan kaji selidik
dilakukan Invoke Malaysia, BN diramal akan kekal memerintah Putrajaya dan Pas
pula akan kalah dalam PRU14.Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang juga merupakan
penyelaras Invoke Malaysia berkata, BN akan kekal mendominasi kemenangan dalam
PRU14 jika wujud pertandingan tiga penjuru.
"Pertandingan tiga penjuru antara Umno,
PKR dan Pas, Umno mendapat jumlah undi 29 peratus ,PKR 22.3 peratus , dan Pas
11.2 peratus.
"Pertandingan tiga penjuru antara Umno,
Bersatu dan Pas mendapati Umno masih dihadapan dengan mendapat
jumlah undi 30.5 peratus, Bersatu 18.4 peratus, dan Pas hanya mendapat
10.8 peratus untuk dikedudukan paling tercorot ," katanya pada sidang
medianya di sini, hari ini.Rafizi berkata demikian berdasarkan kajian yang
dibuat Invoke selama dua bulan bermula 6 Februari hingga 6 April 2017 di
kawasan majoriti pengundi Melayu.
Sementara itu, ulasnya lagi sekiranya
pertandingan tiga penjuru antara Umno, Amanah dan Pas, Umno masih di hadapan
dengan mengumpul jumlah undi sebanyak 32.2 peratus, Amanah (16.1 peratus)
dan Pas (12.5 peratus)," katanya. Dalam pada itu, Rafizi berkata BN
danUmno juga turut mendominasi kemenangan yang membabitkan pertandingan satu
lawan satu.
"Pertandingan satu lawan antara Umno dan
parti pembangkang, Umno tetap endominasi
jumlah undi, bagi keputusan Umno lawan PKR, Umno mendapat undi 33.0 peratus;
PKR 30.4 peratus. "Pertandingan antara Umno dan Bersatu, Umno
mendapat undi 34.6 peratus , Bersatu 22.6 peratus , bagi pertandingan
Umno dan Amanah, Umno dapat undi 36.5 peratus, Amanah 21.0 peratus
manakala pertandingan satu lawan satu Umno dan Pas, Umno mendapat undi
35.9 peratus , Pas 19.0 peratus," katanya.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata berdasarkan
kajian tersebut Pas mendapat undi paling tercorot antara parti pembangkang yang
lain bagaimanapun parti Islam itu mendapat kelebihan di negeri Kelantan dan
Terengganu. "Tahap sokongan kepada Pas merudum lebih cepat berbanding
parti lain dan Pas sekarang berada di tempat tercorot sekiranya berlaku
pertandingan tiga penjuru," katanya.
Mengulas lanjut Rafizi berkata kajian yang dibuat Invoke itu juga
menunjukkan 35 peratus responden memilih jawapan belum membuat keputusan dan
tidak mahu menjawab parti yang dipilih akan memberi undi kepada parti Pakatan
Harapan dan Pas.
[Muhammad Shamsul Abd
Ghani, 25 April 2017 ]
Pas lebih yakin kajian sendiri
SHAH ALAM - Pas sama
sekali tidak mempercayai kajian yang dilakukan oleh NGO, Invoke Malaysia, kata
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman
Razali. Menurutnya, daripada mempercayai kajian yang dibuat oleh badan
luar itu , adalah lebih baik Pas mempercayai kajian dalaman yang dilakukan
parti itu.
“Rafizi Ramli (Naib
Presiden PKR) seorang yang tidak boleh dipercayai, sudah banyak penipuan yang
di buat. Begitu juga, Invoke Malaysia, bukan pusat kajian yang boleh
dipercayai.“Pas pun ada kajian sendiri, kita ada tiga pusat kajian. Tapi, kita
buat untuk maklumat dalaman, bukan untuk hebahan umum,” ujarnya.
Mohd Khairuddin
berkata, kajian dilakukan Pas adalah strategi parti bagi memastikan parti Islam
itu menang pada setiap kerusi yang ditandingi. “Oleh sebab itu, kita tak
hebah kajian kerana kita buat strategi berdasarkan kajian itu. Malah, kajian
jentera Pas lebih telus, mereka turun padang pergi rumah ke rumah.
“Kita ada jentera
tidak bergaji, yang hanya mengharapkan pahala dan kajian kita paling lengkap
hingga ke akar umbi, berbanding kaji selidik guna telefon. “Kita yakin Pas
boleh menang meskipun Amanah akan bertanding menyebabkan pertandingan tiga
penjuru pada pilihan raya akan datang. Insya-ALLAH Pas masih boleh menang
kerusi yang banyak,” katanya.
Mengulas lanjut,
beliau berkata, keyakinan Pas juga didorong sokongan rakyat setelah Pas tidak
lagi bersama dengan Pakatan Rakyat. “Rakyat sudah bersama Pas, orang Islam
terutamanya bersama dengan Pas,” katanya.
Sementara
itu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas juga
menjalankan kajiannya. "Tidak mengapa, kita tunggu pilihan raya. Kami
pun ada kajian juga," katanya. Bagi Ketua Muslimat Pas, Nuridah
Salleh, beliau menyifatkan kenyataan Rafizi itu sekadar membina
persepsi."Kebiasaannya Pas bertanding melawan Umno dalam kawasan majoriti
Melayu. Jadi kawasan majoriti Melayu, undi bukan Melayu peratusannya kecil dan
tiada jaminan mereka menyokong Amanah," katanya.
Beliau
berkata, kini pelbagai persepsi dibina bagi menakut-nakutkan
Pas. "Realitinya rakyat ada pilihan ketiga bagi yang tidak menyokong
BN atau Pakatan Harapan. Manusia ini dinamik boleh berubah. Kajian yang
dilakukan Invoke itu bukan konklusif," katanya.
Wartawan Sinar Harian
26 April 2017
Telahan Keputusan PRU 14 Selepas Pembubaran Parlimen
Berita Harian, 12 April 2018 melaporkan Firma Penyelidikan, Oxford
Economic meramalkan BN akan memperolehi
kemenangan selesa berdasarkan janji-janji
Manisfesto BN yang dilancarkan pada 7 April 2018.
PRU-14: Oxford Economics ramal BN menang selesa
Berita Harian, 12 April 2018
tKUALA LUMPUR: Gabungan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang
diketuai Datuk Seri Najib Razak dijangka memperoleh kemenangan selesa pada
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bulan depan, menurut Oxford Economics.Firma
penyelidikan itu berkata, Najib sudah mengumumkan janji pilihan raya menerusi
Manifesto BN baru-baru ini termasuk kenaikan gaji kakitangan awam dan upah
minimum lebih tinggi.Ini dijangka dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi
Malaysia sebanyak kira-kira 0.25 mata peratusan tahun ini.
"Jangkaan kami, parti
pemerintah akan memperoleh kemenangan selesa pada PRU-14 yang diadakan pada 9
Mei ini. "Peningkatan majoriti BN juga membantu mengukuhkan kedudukan
perdana menteri sebagai pemimpin gabungan BN," kata pakar ekonominya, Sian
Fenner dalam satu laporan, di sini, hari ini. Fenner berkata, BN mengeluarkan
satu manifesto yang memfokuskan usaha menangani kenaikan kos sara hidup yang
menjadi kebimbangan rakyat.
"Antara lain, pemotongan
cukai pendapatan dan bayaran tunai lebih tinggi untuk isi rumah berpendapatan
rendah, gaji agregat bagi kakitangan awam juga ditingkatkan kira-kira 10
peratus dengan membabitkan tambahan berjumlah RM1.46 bilion, berkuat kuasa 1
Julai ini. "Najib juga menjanjikan kenaikan gaji minimum dari RM950 dan
RM1,000 pada masa ini, kepada RM1,500 dalam tempoh lima tahun," katanya.
Firma penyelidikan itu turut
mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 5.2
peratus berikutan peningkatan dalam pergerakan perdagangan antara Amerika
Syarikat (AS) dan China, selain ketidaktentuan mengenai prospek perdagangan
serantau. Ferner berkata, janji lain yang diumumkan BN seperti pelupusan hutang
kepada peneroka kelapa sawit dan membangunkan infrastruktur lebih baik turut
membantu kepada pertumbuhan KDNK tahun ini. "Kami menjangkakan kenaikan
unjuran bagi perbelanjaan isi rumah, yang disokong oleh perbelanjaan peribadi.
"Menerusi Model Ekonomi Global Oxford Economics, kami menjangkakan
kenaikan 10 peratus dalam gaji minimum tahun ini (selaras dengan peningkatan 50
peratus yang dijanjikan dalam tempoh lima tahun akan datang). "Peningkatan
pendapatan dalam kalangan kakitangan awam juga dapat meningkatkan pertumbuhan
KDNK sekitar 0.25 peratus tahun ini, berdasarkan unjuran dasar kami sebanyak
5.2 peratus," katanya.
Penulis meramalkan bahawa BN akan
memenangi kerusi Parlimen sekitar
125 hingga 148
kerusi, DAP - 30 hingga 35
kerusi, PKR - 30 hingga 35 kerusi, PAN dan PPBM pula hanya beberapa kerusi sahaja. PAS
pula akan memenangi sekitar 20
hingga 25 kerusi. (Catatan : 17.4.2018).
Telahan Keputusan PRU 14 Selepas Penamaan Calon
Sebanyah 727
kerusi iaitu 222 kerusi Parlimen dan 505 DUN yang dipertandingkan pada PRU 14
ini (tidak termasuk DUN Sarawak - yang
telah diadakan pada 7 Mei 2016.). Selepas penamaan calon PRU
14 pada 28 April 2018 (Sabtu),
didapati BN bertanding disemua
kerusi dan telah menang tanpa bertanding – 1 kerusi iaitu DUN
Rantau (Negeri Sembilan) apabila calon PH gagal mengemukakan kertas
pencalonan apabila tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan calon kerana gagal
menunjukkan pas calon seperti yang disyaratkan SPR. Sesuatu
yang menarik pada PRU 14 ini ialah keghairahan
yang amat tinggi semua parti yang
terlibat. BN menampilkan lebih 100 calon yang bertanding adalah calon baharu. Manakala PAS bertanding di 160 di kerusi
Parlimen dan 398 di DUN, Manakala PH pula bertanding
208 kawasan Parlimen dan 433 di
DUN yang menggunakan lambang/logo PKR
dengan agihan seperti berikut :
PKR di 72
kerusi Parlimen dan 139 DUN;
DAP di 46 kerusi Parlimen dan 101 DUN;
PPBM di 50 kerusi Parlimen dan 92 DUN;
dan
PAN di 40 kerusi Parlimen dan 101
DUN.
Seingat penulis, inilah kali pertama
pihak pembangkang menggunakan satu logo dan juga kali pertama bagi DAP
menggunakan lambang lain semasa PRU.
Pelbagai pihak menanggapi, ini adalah strategi DAP untuk meraih lebih
banyak undi dari orang-orang Melayu.
Untuk rekod, SPR telak menolak penamaan 11 calon dari parti politik
yang bertanding atas beberapa alasan,
termasuk muflis, didenda oleh mahkamah, status tempat tinggal serta alamatnya dan gagal menunjukkan pas memasuki kawasan penamaan calon.
PRU 14 ini
juga menyaksikan pertembungan
lebih tiga penjuru di hampir 50 peratus,. kira-kira 107 kerusi Parlimen
menyaksikan pertandingan tiga penjuru, kebanyakannya membabitkan kawasan
majoriti pengundi Melayu. Hanya 30
daripada 222 kerusi yang dipertandingkan merupakan persaingan satu lawan satu
antara calon Barisan Nasional (BN) dengan calon pembangkang. Kebanyakan yang lain adalah pertandingan
banyak penjuru, antaranya hingga 4 calon, malah ada kerusi yang menyaksikan
persaingan 6 penjuru.
BN tanding semua kerusi Parlimen,
DUN
cnews@nstp.com.my, 28 April 2018
KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum
Ke-14 (PRU-14) menjadi pilihan raya yang menarik dengan menyaksikan
pertembungan lebih tiga penjuru di hampir 50 peratus daripada 222 kerusi
Parlimen dan 505 Dewan Undangan Negeri (DUN).
Ini berikutan tiga parti politik utama berteraskan Bumiputera-Islam
iaitu UMNO, PAS dan PKR (termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan
Parti Amanah Negara (PAN) menggunakan logo PKR) akan meletakkan calon
masing-masing di kawasan majoriti pengundi Melayu. UMNO yang bertanding atas tiket Barisan
Nasional (BN) dan PAS meletakkan semua calonnya di lapan kerusi Parlimen di
Terengganu, Kelantan (15), Kedah (15) dan Perlis (3) di kawasan majoriti
pengundi Melayu. Parti berteraskan orang Melayu dalam PKR turut meletakkan
calon mereka di kerusi sama.
Sementara itu, berdasarkan
senarai nama calon diumumkan parti politik sejak seminggu lalu, BN menjadi
satu-satunya parti bertanding di semua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN
pada PRU-14. PAS pula menjadi parti
kedua meletakkan calon paling ramai iaitu 160 di kerusi Parlimen dan 398 di
DUN, diikuti PKR di 72 Parlimen dan 139 DUN; DAP pula bertanding di Parlimen
(46) dan 101 (DUN); PPBM diterajui Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin bertanding di
50 (Parlimen) dan 92 (DUN), manakala PAN akan bertanding di 40 kerusi Parlimen
dan 101 DUN. PPBM, DAP dan PAN menyatakan komitmen masing-masing akan
bertanding menggunakan logo PKR. Sementara itu, parti Ikatan Bangsa Malaysia
(IKATAN) dan parti Barisan Jemaah Ismaniah Se-Malaysia (BERJASA) yang bersama
PAS dalam Gagasan Sejahtera akan bertanding di dua kerusi Parlimen dan lima
kerusi DUN di Selangor, manakala dua lagi parti bersama PAS, Parti Cinta
Malaysia (PCM) dan Parti Generasi Baru (PGB) masih belum membuat sebarang
pengumuman rasmi berhubung kerusi ingin ditandingi. IKATAN dan BERJASA dijangka bertanding
menggunakan logo PAS, manakala PCM dan PGB kekal dengan logo parti masing-masing. Parti lain turut bertanding yang tidak
terikat dengan mana-mana pakatan politik atau bertanding atas tiket sendiri
adalah Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dijangka bertanding di empat kawasan
Parlimen dan 12 DUN, manakala Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyatakan komitmen
bertanding di 12 Parlimen dan 40 DUN di Semenanjung Malaysia.
Berdasarkan senarai nama
diumumkan parti bertanding, kira-kira 107 kerusi Parlimen menyaksikan
pertandingan tiga penjuru, kebanyakannya membabitkan kawasan majoriti pengundi
Melayu. Antara calon menjadi tumpuan
pada PRU-14 adalah pertandingan di kerusi Pekan yang ditandingi Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang bakal dicabar calon PPBM menggunakan logo
PKR, Zahid Mat Arip, manakala PAS meletakkan Yang Dipertua PAS Pekan, Ahiatudin
Daud. Zahid yang juga Ahli Majlis Tertinggi PPBM yang pernah menjadi pegawai
khas kepada bekas pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad adalah cucu bekas Timbalan
Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk dan beliau bakal
dicabar Ketua Penerangan PAS Bagan Datuk, Ata Abdul Muneim Hasan Adli dan
seorang guru yang menjadi calon PKR, Pakhrurrazi Arshad.
Kerusi yang mencuri tumpuan
seperti Parlimen Langkawi menyaksikan Tun Dr Mahathir Mohamad menentang Datuk
Nawawi Ahmad dari BN dan Zubir Ahmad (PAS), manakala Muhyiddin pula bakal
dicabar Ismail Mohamed (BN) dan Ahmad Nawfal (PAS) di Parlimen Pagoh. Presiden
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang bertanding di kawasan baharu,
Parlimen Pandan bakal mencabar Datuk Leong Kok Wee (BN) dan Mohamed Sukri Omar
(PAS), manakala anak beliau, Nurul Izzah Anwar bakal dicabar calon BN, Datuk
Mohd Zaidi Mohd Said dan calon PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden di Parlimen
Permatang Pauh.Pemimpin de facto DAP, Lim Kit Siang bakal mencabar Jason Teoh
iaitu calon BN di Iskandar Puteri dan anak beliau, Lim Guan Eng pula mencabar
calon BN yang diwakili MCA, Lee Beng Seng serta R Manikandan (PCM) di Parlimen
Bagan. residen PAN, Mohamad Sabu akan bertanding di Parlimen Kota Raja, bakal
mencabar calon BN, V Gunalan dan calon PAS, Mohamed Diah Baharun.
BN yakin akan memperolehi majoriti dua pertiga sebagaimana kenyataan Perdana Menteri yang juga Pengerusi
BN.. Manakala PH pula yakin akan memenangi majoriti mudah
bagi kawasan Parlimen seperti yang dinayatakan oleh Pengerusi PBBM.(5 April
2018). Walau bagaimanapun, ramai yang percaya BN akan kekal berkuasa, tetapi tanpa
majoriti dua pertiga. Pemerhati politik pula memberi pandangan adalah “mustahil” BN memperolehi
dua pertiga. Ini adalah berikutan
pertandingan banyak penjuru. Beberapa
penganalisis politik menyimpulkan “... Para
penganalisis masih lagi menganggarkan BN
akan memenangi lebih 50% daripada kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan
baru. Eurasia Group meramalkan peluang
BN menang ialah 80%, walaupun pada waktu sama menjangka gabungan itu tidak akan
mendapat majoriti dua pertiga”.
Undi pecah bukan saja beri
kesan kepada PH, kata pemerhati
Bloomberg, FMT, | April 30, 2018
Perdana
Menteri Najib Razak diramal menang lagi, tetapi mustahil akan
mendapat
majoriti 2/3 yang hilang sejak 2008.
(Gambar Reuters)
KUALA LUMPUR: Pilihan raya umum
Mei 9 ini menyaksikan lebih banyak pertandingan banyak penjuru yang bukan
sahaja boleh merugikan pembangkang, tetapi juga menyempitkan peluang Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan balik majoriti dua pertiga di
Parlimen. Hanya 30 daripada 222 kerusi
yang dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini merupakan persaingan satu
lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) dengan calon pembangkang. Kebanyakan yang lain adalah pertandingan
banyak penjuru, antaranya hingga 4 calon, malah ada kerusi yang menyaksikan
persaingan 6 penjuru.
Keputusan PAS untuk bertanding
sendirian di lebih banyak kerusi dalam PRU kali ini akan menyebabkan undi orang
Melayu pecah dan menyukarkan PH memenangi undi kelompok pengundi itu. Tetapi
pada waktu sama, ia juga boleh melemahkan sokongan orang Melayu kepada calon BN
pimpinan Najib. “Besar kemungkinan, undi
orang Melayu akan pecah dan melemahkan sokongan keplwada kedua-dua BN dan PH,”
kata Johan Saravanamuthu, felo kanan di S Rajaratnam School of International
Studies, Singapura. “BN tidak akan
mendapat majoriti dua pertiga. Saya berani bertaruh reputasi saya atas
kenyataan itu,” katanya ketika dihubungi.
“BN berkuasa sudah terlalu lama dan walaupun ia berkemungkinan lebih
berjaya daripada pembangkang dalam PRU ini, sentimen anti-BN juga meluas”,
katanya. Umno pimpinan Najib – komponen
utama BN – mahu melanjutkan kuasa 6 dekadnya sejak negara mencapai kemerdekaan
pada 1957, tetapi gabungan itu menang dengan majoriti paling kecil pada pilihan
raya 2013 lepas. Ia juga hilang undi popular dan terlepas majoriti dua pertiga
di Parlimen sejak 2008.
Sejak 2013, Najib bekerja keras
untuk memenangi semula sokongan pengundi Melayu, antara lain dengan menambah
bantuan tunai kepada petani, pegawai awam dan golongan berpendapatan rendah. Dalam pada itu, barisan pembangkang, yang
terdiri daripada kumpulan dan parti yang pelbagai dan rencam, menderitai
pukulan besar dengan keluarnya PAS daripada pakatan itu, sementara pemimpin
utamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih merengkok dalam penjara. Kini bekas
perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengepalai PH dalam pilihan raya ini
sebagai calon perdana menteri mereka.
Umno berhadapan rasa tidak puas
hati berkaitan kenaikan kos hidup, termasuk di kawasan luar bandar, yang selama
ini menjadi kubu kuat parti itu, sementara Dr Mahathir pula menggambarkan
dirinya sebagai pembela orang Melayu bawahan. Beliau juga meningkatkan tekanan
ke atas Najib berhubung skandal pengurusan kewangan dana pelaburan negara 1MDB
yang sudah memakan tempoh beberapa tahun.
Dalam temubual minggu lepas,
Najib, yang menyatakan keyakinan memperoleh keputusan lebih baik berbanding PRU
2013, bakal berhadapan pertandingan 4 penjuru di kerusi Parlimen Pekan yang
diwakilinya sejak 1976. Beliau menghadapi calon daripada PH, PAS dan seorang
calon bebas. Sementara itu, Dr Mahathir
pula dicabar calon PAS dan BN di kerusi Parlimen Langkawi, Kedah. Najib dan Dr
Mahathir dijangka menang di kerusi masing-masing, dengan PH berkemungkinan
besar memenangi antara 6 ke 8 kerusi lain di Kedah hasil “kesan Mahathir”, kata
penganalisis politik, Ahmad Martadha Mohamed dari Universiti Utara Malaysia.
“Tidak kira siapa menang atau
kalah, secara umumnya kemunculan ramai calon muka baru dan parti baru
menunjukkan demokrasi segar di Malaysia,” katanya. “Orang ramai tampak lebih
berminat untuk mengundi dan masa depan negara ini.” Para penganalisis masih
lagi menganggarkan sama ada BN akan memenangi lebih 50% daripada kerusi
Parlimen bagi membentuk kerajaan baru. Eurasia Group meramalkan peluang BN menang
ialah 80%, walaupun pada waktu sama menjangka gabungan itu tidak akan mendapat
majoriti dua pertiga.
Masih tidak kelihatan akan
berlakunya “tsunami Melayu” yang diwarwarkan oleh Dr Mahathir akan membantu
kemenangan PH, kata Pengarah Eurasia Wilayah Asia, Peter Mumford. Pada masa
sama, beliau berkata sokongan orang Melayu kepada Umno-BN jatuh 8% di
Semenanjung Malaysia sejak 2013. “Kerajaan Najib yang lebih lemah akan
kehilangan modal politik untuk meneruskan langkah pengukuhan fiskal selepas
pilihan raya ini, walaupun beliau tidak akan bertindak memansuhkan cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) yang tidak popular itu,” kata Mumford. “Keputusan lebih buruk juga akan memaksa
Najib menyediakan pengganti beliau untuk pilihan raya umum akan datang,” tambah
beliau.
Bagi PAS pula,
walau pelbagai pihak memjangkakan PAS akan kehilangan pengaruh malah
kalah teruk kerana bersendirian, namun ia tetap yakin akan mengekalkan
penguasaan di Kelantan, malah akan
menawan Terengganu dan akan memenangi kerusi Parlimen sekurang-kurangnya 40
kerusi.
Kajian: Kekal Kelantan, tawan Terengganu
KUALA LUMPUR: Menurut kajian penyelidik Rajaratnam, PAS bersama
Gagasan Sejahtera dijangka bakal mengekalkan penguasaan di Kelantan dan
merampas Terengganu daripada Barisan Nasional. Demikian dinyatakan Ahli
Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad dalam sidang media yang
diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.Beliau berkata,
dapatan kajian tersebut bertepatan dengan dapatan hasil culaan yang dibuat oleh
jentera PAS. Katanya, dapatan kajian
tersebut mengiyakan bahawa Gagasan Sejahtera sedang mendahului trend sokongan
di seluruh negara.
Rajaratnam School of
International Studies merupakan salah satu entiti yang berautonomi sendiri di
Nanyang Technological University yang diwujudkan bertujuan untuk mengkaji hal
ehwal strategi dan antarabangsa di sekitar Asia Pasifik.
Tolak kempen melampau
terhadap Presiden PAN
Kamaruzaman yang juga jurucakap
Gagasan Sejahtera menerangkan Gagasan Sejahtera menolak kempen yang melampau
dan tidak bertamadun yang digunakan terhadap Presiden Parti Amanah Negara
(PAN), Mohamad Sabu. Justeru, beliau menyeru kepada semua pihak termasuk parti
politik yang bertanding supaya mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera
dan mengelakkan daripada pendekatan politik yang jelik sedemikian. Presiden PAN sebelum ini dituduh oleh seorang
ahlinya yang bernama Rizal Bakar bahawa beliau terlibat dalam skandal bersama
dengan seorang wanita.
PAS melalui Timbalan Presidennya,
Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa mengambil pendirian enggan campur
tangan dan menolak dakwaan skandal melibatkan Mohamad selagi belum terbukti
kebenarannya. – HARAKAHDAILY 6/5/2018
Menjelang
hari mengundi, tersebar di
media soaial kenyataan bahawa
badan-badan antarabangsa serta institusi-institusi kewangan percaya bahawa
kemenangan BN penting untuk kestabilan politik dan ekonomi. Misalnya, menerusi kajian CIMB IB Research
meramalkan BN menang dengan majoriti selesa.
Ini berdasarkan manisfestonya yang dilihat lebih positif dengan memberi
tumpuan kepada kebajikan semua golongan masyarakat termasuk B40, FELDA, wanita,
warga emas dan peani.
Keputusan PRU 14 - Apakah
Realitinya?
Pada pukul 1.42 di awal pagi pada 10 Mei 2018, SPR
telah mengumunkan keputusan peringkat
Parlimen seperti berikut;
BN
– 67
PAS
– 14
PKR
- 80
DAP
– 9
WARISAN
– 2
SOLIDARITY
TANAH AIRKU – 1
BEBAS
– 3
Ini bermakna, PH akan menang majoriti mudah kerana jika BN menang semua bakiya
(67/122) pun BN sudah hilang majoriti mudah. Manakala peringkat DUN pula,
sehingga pukul 2.09 pagi, PH telah memenangi DUN - Negeri Sembilan, Johor,
Selangor, Pulau Pinang dan Melaka, PAS
memenangi Kelantan dan Terengganu, dan
BN hanya memenangi Perlis dan Pahang.
Pada
pukul 2.50 pagi Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Harapan telah membuat sidang media dan mengumumkan
kemenangan PH dengan mencapai majoriti
mudah walaupun belum rasmi dan mengumumkan cuti umum dua hari pada keesokkan
harinya.
Akhirnya
keputusan keseluruhan PRU Ke-14
diumumkan setelah selesai penjumlahan
undi menjelang jam 4.45 pagi pada
10 Mei 2018. Keputusannya di
peringkat Parlimen adalah PKR (PH) – 104 ; Barisan Nasional (BN) - 79; dan PAS- 18 kerusi. Jika berlaku gabungan parti-parti sealiran
PH , maka PH mempunyai 122 kerusi, tidak
termasuk PAS dan Bebas. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula – ... negeri dikuasai PH – Penang,
Selangor, Johor, Negeri Sembilan,
Melaka, Perak, Kedah dan Sabah, PAS – ( Kelantan dan N Terengganu) dan BN pula – Perlis dan Pahang. Kedudukan Ahli Dewan Rakyat mengikut
pecahan parti adalah seperti berikut:
Bil
|
Parti
|
Jumlah Kerusi
|
|
|
|
|
Pakatan
Rakyat (PH)
|
|
1
|
PKR
(DAP, PBBM DAN AMANAH)
|
104
|
2
|
WARISAN
|
8
|
3
|
DAP
(Sarawak)
|
9
|
4
|
Solidarity
Tanah AirK.ku
|
1
|
5
|
Barisan Nasional(BN)
|
79
|
|
|
|
13
|
PAS
|
18
|
14
|
Bebas
|
3
|
|
Jumlah
|
222
|
Inilah
realitinya, terbentuklah Kerajaan baharu dan berakhirlah penguasaan BN selama
60 tahun semenjak negara ini mencapaii kemerdekaan. Maka benarlah keyakinan Pengerusi Harapan
yang akan menang dengan majoriti mudah. Jika tsunami politik pertama pada tahun
PRU 12 (2008) telah menafikan penguasaan dua pertiga BN di Parlimen, tetapi
tsunami kedua PRU 14 (2018) telah menyingkiran penguasaan BN di Parlimen
dan ini adalah kali pertama dalam sejarah di negara ini. Maka melesetlah ramalan pelbagai pihak
termasuklah penulis sendiri yang mengharapkan BN menang walaupun dengan
majoriti mudah. Berakhirlah era BN di
negara ini dan ternukillah dalam lipatan
sejarah.. Kalau sebelum ini, pelbagai
pihak menamakan PRU ini sebagai “bapa segala pilihanraya” ( kerana PRU 12 – ibu
segala pilihanraya), maka penulis memanggil pilihanraya ini “ datuk segala
pilihanraya”.
Penulis
ingin merakamkan disini, faktor yang mempengaruhi keputusan ini adalah faktor
kos sara hidup, GST, 1MDB dan juga tidak kurang pentingnya sentimen anti Najib
– Rosmah, gabungan parti-parti pembangkang dalam PH serta penyertaan Tun Dr Mahathir sebagai
pengerusi PH. Dalam hal ini juga,
perpecahan dalam UMNO sehingga wujudnya PBBM
tidak kurang peranannya meyumbang kepada sentimen anti BN. Semasa berbaris untuk mengundi, penulis
memerhatikan semangat yang tinggi dikalangan pengundi khususnya pengindi muda,
malah bisik-bisik dan rayuan melalui
washapp untuk mengundi PH amat berleluasa dengan pujukan, “ kali ini
sajalah” dan “5 tahun ini pulihlah UMNO dan akan akan menangkan
UMNO semula pada PRU akan datang”.
Rumusannya,
keputusan PRU 14 ini telah menafikan ramalan dan persepsi sebelum ini :-
·
BN
akan menang majoriti mudah;
·
PAS
akan kalah teruk sehingga kehilangan
Kelantan;
·
pengundian
pada hari Rabu akan mengurangkan
peratusan mengundi;
·
Tun
Dr Mahathir telah berlalu pengaruhya;
·
PBBM
dan WARISAN tidak mendapat sokongan akar umbi; dan
·
tidak
berlaku tsunami politik dikalangan
pengundi Melayu.
Berikutan
keputuan PRU 14 ini, penulis
merasakan gelombang di
persidangan Mesyuarat Parlimen yang mungkin di jadualkan pada akhiir Jun atau awal bulai Julai nanti akan berubah riaknya di mana
BN akan menjadi pembangkang dan
bagaimanakah bentuknya BN akan menjadi pembangkang di Parlimen. Penulis juga menjangkakan satu gelombang
perubahan besar akan berlaku dalam
landskap persidangan di Mesyuarat Parlimen berikutan tsunami kedua politik
ini.
Dirakamkan juga disini, kata-kata terakhir
Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada hari terakhir persidangan pada 5 April 2018
telah menjadi kenyataan:
“
Lazimnya dalam setiap pemilihan tentunya ada kekecewaan, makanya saya
mengharapkan sesiapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dipilih lagi sebagai
calon dari parti masing-masing janganlah kecewa kerana itu sebahagian daripada
asam garam politik. Begitu juga dengan diri saya, saya sendiri juga sudah
bersedia untuk menghadapi kekecewaan sekiranya saya tidak dicalonkan semula
selepas PRU14. Fasal manalah tahu yang menang adalah daripada pihak sebelah
kiri duduk sebelah kanan. [Dewan
riuh].”
Wassalam,
suatu catatan jua....
10 Mei 2018,
No comments:
Post a Comment