Monday 2 July 2018

ERA MAJLIS PARLIMEN KETIGA BELAS - TRANFORMASI PARLIMEN

Majlis Parlimen Ke -12 yang mula bersidang pada Mesyuarat pertamanya pada 28 April 2008 akan terbubar dengan sendirinya  pada 30 April 2013 sebagaimana peruntukan Perkara 54(3),Perlembagaan Persekutuan,  jika tidak dibubarkan lebih dahulu.   Mengikut Perkara 55(3), Perlembagaan Parlimen apabila Majlis Parlimen terus berjalan selama lima tahun dari tarikh Mesyuarat Pertamanya atau Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Parlimen. Pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen.

Tempoh Majlis Parlimen Ke-12 ini adalah yang terpanjang dalam sejarah Parlimen Malaysia yang menghampiri tempoh maksimum.  Justru itu, sejarah menyaksikan buat kali pertamanya terdapat Dewan Undangan Negeri (DUN) yang terbubar dengan sendirinya.  DUN Negeri Sembilan terbubar secara automatik  pada 28 Mac 2013 apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir dan ini  mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini.
DUN  N. Sembilan catat sejarah terbubar secara automatik
SEREMBAN 28 Mac - Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan terbubar secara automatik hari ini apabila tempoh mandat lima tahunnya berakhir tengah malam tadi, sekali gus mencatat sejarah pembubaran DUN pertama secara automatik di negara ini.
Pembubaran itu berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri di bawah Fasal 56(3) yang menyatakan Dewan Negeri berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertama dan kemudiannya dibubarkan kecuali dibubarkan terlebih dahulu.
Mesyuarat pertama DUN Negeri Sembilan berlangsung pada 27 Mac 2008 dengan agenda utama melantik Speaker dan upacara mengangkat sumpah anggota DUN.
Selama ini, DUN Negeri Sembilan dibubarkan lebih awal sebelum tamat tempohnya dengan tarikh pembubarannya dibuat mengikut tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum bagi kawasan DUN dan Parlimen di negeri ini diadakan serentak.
Memandangkan Parlimen belum dibubarkan lagi setakat ini, maka DUN negeri ini terbubar secara automatik tengah malam tadi berdasarkan fakta ia merupakan yang pertama bersidang berbanding DUN lain serta Parlimen.
Pilihan raya umum ke-12 diadakan pada 8 Mac, 2008. Sidang pertama Dewan Rakyat berlangsung pada 28 April, 2008.
Bagi DUN lain, Pahang mengadakan mesyuarat pertamanya tahun itu pada 7 April, Johor dan Melaka (21 April), Selangor (22 April), Perak (25 April), Perlis dan Kelantan (28 April), Pulau Pinang (2 Mei) serta Terengganu, Sabah dan Kedah pada 5 Mei.
Berikutan pembubaran secara automatik DUN Negeri Sembilan, pilihan raya untuk kerusi DUN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mengikut peraturan pilihan raya.
Negeri Sembilan kini ditadbir kerajaan sementara di bawah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Sementara itu, Speaker DUN Negeri Sembilan Datuk Razak Mansor berkata, beliau akan memaklumkan secara rasmi mengenai pembubaran secara sendirinya badan membuat undang-undang itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. - BERNAMA

1 Majlis Parlimen Kedua Belas  Dibubarkan Pada 3 April 2013

Penantian setahun  sejak Mac 2012, dimana  desas desus Parlimen akan dibubarkan telah berakhir apabila  Parlimen Kedua Belas dibubarkan pada hari Rabu, 3 April 2013.    Pada jam 11.30 pagi,  YAB Perdana Menteri  selepas Mesyuarat Jemaah Menteri  terakhir dan sessi bergambar, telah membuat pengumuman pembubaran Parlimen secara siaran langsung.

Khabar-khabar yang menjangkakan Parlimen akan dibubarkan pada hari  ini bertiup kencang sejak sehari sebelumnya  apabila Berita Harian di muka surat 1 meramalkan Parlimen akan dibubarkan seawal 3 April.  Ini berikutan pemakluman bahawa akan  diadakan sessi bergambar sebelum Mesyuarat Jemaah Menteri.  Pada awal 3 April, apabila YAB Perdana Menteri menghadap Yang Dipertuan Agong pada jam 8.25 pagi dan kira-kira jam 10.30 pagi disemua siaran TV menguarkan  ucapan khas YAB Perdana Menteri, maka  khabar-khabar itu akan menjadi kenyataan.

YAB Perdana Menteri menjelaskan mengapa beliau memilih pada hari ini – ramai pihak telah meneka  pada hari ini -  kerana  hari ini boleh menghadap Yang Dipertuan  Agong,  hari ini genap 4 tahun sebagai Perdana Menteri  dan hari ini adalah hari Rabu,  memudahkan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jemaah Menteri.  Ini telah mencatat sejarah apabila tempoh Majlis Parlimen ke-12 adalah adalah tempoh terpanjang iaitu 4 tahun 11 bulan dalam sejarah Parlimen Malaysia.

Maka,  kini penantian untuk  menyaksikan apakah segala andaian dan hipotesis mengenai keputusan PRU ke-13 akan berlaku seperti yang dicanangkan/diramalkan oleh pelbagai pihak:

BN akan menang dengan majoriti 2/3  - 160 kerusi? - (BN)
PR akan menang 115 kerusi dan 7 negeri - (DAP)
PR akan menang 125 kerusi dan 9 negeri - (PAS)

Berasaskan pengamatan dan perbualan dengan pelbagai pihak dan parti dimasa  terluang di Parlimen, penulis  meramalkan  – BN menang dengan kerusi antara 130 hingga 150 kerusi dan 4 negeri kekal pada Pakatan Rakyat (PR).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai tarikh penamaan calon manakala hari mengundi pada 5 Mei bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 dan  30 April sebagai tarikh mengundi awal.  Ini adalah kali pertama diwujudkan pengundian awal iaitu pengundian oleh anggota tnetera/polis, petugas pilihanraya dan juga wartawan.  Tempoh berkempen ialah 14 hari.




2. Kerajaan Sementara (Caretaker Government).

Dalam tempoh berkempen PRU ke-13, antara isu utama yang diperbincangkan ialah penakrifan dan fungsi  Kerajaan Sementara.    Ada yang memberi  tafsiran bahawa Kerajaan Sementara bermula sebaik sahaja dibubarkan sehingga  tarikh  genap 5 tahun  Parlimen ke-12 iaitu 29 Aprii 2013 dan tempoh kerajaan selepas itu sehingga pembentukan Kerajaan baharu adalah tidak sah.  Disamping itu, pelbagai pandangan mengenai peranan dan fungsi yang boleh  dan tidak boleh dilaksanakn oleh Kerajaan Sementara. 
PAS minta kerajaan sementara patuhi 11 perkara

KUALA LUMPUR: PAS meminta kerajaan sementara samada di peringkat pusat atau negeri mematuhi 11 perkara dalam menjalankan tugas mereka. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) dalam kenyataan medianya berkata, ia diperlu dilakukan bagi memastikan kerajaan sementara berjalan lancar dan dihormati semua pihak.  “Bagi pihak PAS, saya dengan ini menyeru supaya Perdana Menteri dan seluruh pemegang jawatan di dalam badan Eksekutif, samada ahli kabinet Persekutuan mahupun ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri supaya benar-benar mematuhi prinsip, amalan dan konvensyen berkaitan dengan Kerajaan Sementara secara sepenuhnya. 11 perkara itu adalah:
I) Memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar bagi Kerajaan Sementara adalah hanya untuk menjalankan tanggungjawab wajib selaku kerajaan yang memerintah yang berkaitan dengan urusan day to day sesebuah kerajaan;
ii) Turun berkempen dalam Pilihanraya kapasiti atau jawatan politik di dalam parti dan bukan sebagai Perdana Menteri, Menteri-Menteri atau Menteri Besar
iii) Tidak menyalahgunakan jentera, peruntukan, kenderaan, kemudahan dan kakitangan kerajaan dengan tujuan untuk berkempen dan meraih undi
iv) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pelancaran sebarang projek atau inisiatif kerajaan;
v) Tidak memasuki atau menandantangi sebarang perjanjian baru terutamanya yang melibatkan projek-projek besar serta implikasi kewangan kepada kerajaan.
vi) Tidak membuat sebarang pengumuman atau pemberian apa jua bentuk bantuan atau peruntukan wang kerajaan samada dalam bentuk wang tunai, geran, bonus atau pemberian barangan;
vii) Tidak membuat sebarang pelantikan, pertukaran atau rombakan dalam apa jua organisasi yang kerajaan berkuasa ke atasnya;
viii) Tidak menganjurkan apa jua bentuk himpunan, aktiviti atau apa jua program yang melibatkan kakitangan kerajaan dan orang ramai melalui kementerian, jabatan atau mana-mana agensi-agensi kerajaan yang dilihat sebagai cubaan untuk berkempen dan menanamkan dakyah politik;
ix) Tidak menggunakan jawatan untuk menggugut atau mengindoktrinasi rakyat, khususnya kakitangan kerajaan atau pelajar-pelajarjar IPT bagi mendapatkan undi mereka;
x) Tidak menjadikan premis, pejabat atau bangunan milik kerajaan sebagai markas parti.
xi) Memastikan media massa milik kerajaan memberikan liputan yang seimbang dan adil kepada semua parti-parti yang bertanding.

“Kami di pihak PAS dan Pakatan Rakyat akan memantau perkara ini secara serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya jika perkara-perkara di atas dilanggar,” kata Mahfuz.

[Harakahdaily.net]



Penafsiran dan pandangan tersebut adalah tidak tepat.  Berdasarkan rujukan Perlembagaan Persekutuan dan penafsiran undang-undang, Kerajaan Sementara dirumuskan seperti berikut:

a) TempohKerajaan Sementarabermula  dari tarikh Majlis Parlimen dibubarkan atau terbubar  sehingga kepada tarikh pelantikan Jemaah Menteri yang baru selepas keputusan Pilihanraya Umum atau hari pertama persidangan  Majlis Parlimen yang baru, mana yang terdahulu. 
b) Jemaah Menteri (Kerajaan sedia ada ) akan menjadi  Kerajaan Sementara yang menjalankan fungsinya selepas Majlis Parlimen dibubarkan. 

c) Fungsi  Kerajaan Sementaraadalah:
i. Fungsi Kerajaan Sementara  boleh difahami mengikut maksud tersirat Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan, dimana Jemaah Menteri sedia ada akan terus sebagai  Caretaker Government, dan YB Menteri dan anggota Pentadbiran yang lain boleh menjalankan tanggungjawab dan fungsinya selepas Parlimen dibubarkan. 

ii. Fungsi Kerajaan Sementara  adalah berdasarkan  constitutional convention  yang diamalkan oleh beberapa negara seperti United Kingdom, India dan Australia . Fungsinya ialah:

1) membuat keputusan dasar dalam keadaan darurat/mengancam keselamatan awam;
2) meneruskan dasar dan program yang peruntukan kewangan telah disediakan;
3) membuat apa-apa perjanjian/kontrak yang peruntukan mengenainya telah dilluluskan oleh Parlimen;
4) memberi sumbangan dalam apa-apa bentuk selaras dengan dasar-dasar Kerajaan yang telah diluluskan sebelum Parlimen dibubarkan; dan
5) menetapkan tarikh kuatkuasa undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen.
d) Menghadiri Majlis-majlis Rasmi Kerajaan.

i. Semasa tempoh Caretaker Government,  Anggota Pentadbiran boleh menghadiri apa-apa majlis rasmi yang pembiayaanya adalah menggunakan perbelanjaan  Kerajaan dan hendaklah mematuhi Arahan Perbendaharaan. 

ii. apa-apa acara rasmi yang dijalankan atau dihadiri oleh Ahli-Ahli Parlimen dan Ahlui-ahlki Dewan Undangan Negeri yang mana melibatkan penyediaan  makanan dan minuman termasuk pemberian apa-apa jenis sumbangan, termasuklah hadiah kepada hadirin    dengan syarat ia tidak bertujuan sebagai suatu sogokan atau rasuah  dengan tujuan mendorong seseorang itu untuk mengundi atau tidak mengundi  atau untuk  memancing undi.   Sekiranya  apa-apa pemberian atau hadiah dibuktikan bahawa ia berunsur rasuah, ia boleh dianggap  sebagai satu sogokan atau perbuatan  rasuah di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 – Seksyen 8 dan 10.

[Seksyen 8, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 – menjadi kesalahan,  sama ada sebelum atau semasa  atau selepas pilihan raya, jika seseorang secara langsung atau tidak langsung memberikan atau mengadakan makan, minum, wang atau tiket bagi mempengaruhi seraca rasuah kepada seseorang supaya mengundi atau tidak mengundi dalam pilihan raya. ]

[Seksyen 10, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 – menyifatkan seseorang bersalah atas kesalahan menyogok dalam keadaan tertentu, dengan tujuan mendorong seseorang supaya mengundi atau tidak mengundi dala pilihan raya,  antaranya:
memberi atau meminjamkan wang;
memberikan, mendapatkan atau menawarkan apa-apa jawatan atau kedudukan atau pekerjaan; dan
memberi pendahuluan dengan niat dibelanjakan sebagai sogokan sebelum atau semasa mana-mana pilihan raya.

iii. Anggota Pentadbiran boleh merasmikan apa-apa majlis di kawasan beliau bertanding.  YB Menteri boleh merasmikan apa-apa majlis termasuk majlis bukan dibawah tanggungjawabnya.  Namun jika merasmikan majlis yang bukan dibawah tanggungjawabnya, maka YB Menteri tidak boleh dianggap menjalankan tugas di bawah Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2009, sebaliknya  hanya mewakili YB Menteri yang bertanggungjawab.

iv. Sekiranya majlis berkenaan hanya sekadar melibatkan perasmian jalan raya, sekolah atau jambatan, tiada halangan di sisi undang-undang untuk Anggota Pentadbiran berbuat demikian.

v. Pemberian yang dibuat oleh “orang lain” bagi pihak calon juga dilarang. (Seksyen 10,  Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954). [Maksud “orang lain” – tidak terhad kepada ejen pilihanraya,  termasuk pekerja-pekerja am sesebuah parti politik.]

e) Menandatangani Perjanjian Bagi Pihak Kerajaan

Kerajaan Sementara  boleh menandatangai perjanjian dan membuat bayaran berhubung dengan sesuatu perjanjian, jika perjanjian  itu telah pun diluluskan oleh Jemaah Menteri atau Exco  Kerajaan Negeri  sebelum Parlimen/ Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

f) Perhubungan Dengan Penjawat Awam

Tiada halangan bagi seseorang YB Menteri dan YB Timbalan Menteri berhubung dengan penjawat awam.   Dalam melaksanakan tugas seperti mana lazimnya, seseorang penjawat awam adalah terikat dengan undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedia ada berhubung dengan perkhidmatan termasuk kelakuan dan tatatertib.

Berita Harian – 8.4.2013

Kerajaan Senentara perlu ada –Abdul Ghani


Perkara 43 (1) Perlembagaan perjelas fungsi jemaah menteri

Putrajaya: Kerajaan sementara perlu wujud apabila terbubarnya Dewan Rakyat bagi menasihati Yang di-Pertuan Agong dan berfungsi sebagai kerajaan, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai kerajaan sementara tetapi Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik satu jemaah menteri untuk menasihatinya dalam menjalankan fungsinya. Katanya, ini selaras dengan Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat jemaah menteri atau nasihat seorang menteri yang bertindak di bawah kuasa am jemaah menteri.


Tiada jurang

“Kita juga harus melihat kes Abdul Ghani Ali v Pendakwa Raya (2001), apabila ahkamah Persekutuan memutuskan bahawa perkataan ‘hendaklah’ dalam Perkara 43 (1) Perlembagaan Persekutuan menunjukkan bahawa jemaah menteri perlu wujud pada setiap masa untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong walaupun Parlimen dibubarkan.

“Perlu ada sebuah kerajaan secara berterusan, tidak harus ada jurang. (Patut sentiasa ada) sebuah kerajaan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong. Ini keputusan mahkamah. Jadi berdasarkan ini perlu ada sebuah kerajaan sepanjang masa, maka penubuhan kerajaan sementara dibuat,” katanya dalam temu bual di pejabatnya di sini, baru-baru ini. Abdul Gani berkata, Perlembagaan Persekutuan tidak memperuntukkan secara khusus mengenai kerajaan sementara dan fungsinya tetapi ia wujud menerusi konvensyen Perlembagaan yang tersirat dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, kerajaan sementara yang terdiri daripada barisan jemaah menteri bermula apabila Dewan Rakyat dibubarkan dan akan tamat pada tarikh pelantikan Perdana Menteri yang baru selepas keputusan pilihan raya umum atau sehingga bermula penggal baru Parlimen, yang mana lebih awal.

Urusan ada batasan

Beliau menjelaskan bahawa kerajaan sementara boleh menjalankan urusan pentadbiran kerajaan yang tertakluk kepada batasan tertentu. Katanya, kerajaan sementara boleh mengadakan mesyuarat rasmi berhubung urusan pentadbiran rutin agensi kerajaan tetapi tidak boleh membuat apa-apa keputusan dan polisi yang besar, memberi implikasi kewangan dan membebankan kerajaan baharu yang bakal dibentuk. Beliau juga berkata, kerajaan sementara boleh membuat apa-apa keputusan berhubung keselamatan, kestabilan dan ekonomi negara serta ketenteraman awam yang sedang diancam.

Selain menjalankan tugasan rasmi yang rutin, Abdul Gani berkata, kerajaan sementara juga boleh teruskan pelaksanaan dasar dan program sedia ada dengan peruntukan kewangan sudah disediakan seperti projek perumahan rakyat termiskin, pinjaman mikro kredit dan pemberian hak milik tanah. - BERNAMA


3 Keputusan Pilihanraya  Ketiga belas   Pada 5 Mei  2013

Keputusan PRU ke-13 diumumkan sehingga selesai penjumlahan undi menjelang jam 3.00 pagi pada 6 Mei 2013, keputusannya di peringkat Parlimen adalah Barisan Nasional (BN)  - 133 dan Pakatan Rakyat (PR) – 89  .  Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)  pula – 3 negeri dikuasai PR (Penang-DAP, Kelantan- Pas dan Selangor –PAS, PKR dan DAP).  Ini bermakna, kali kedua pihak Kerajaan tidak menguasai dua pertiga majoriti di Parlimen. Kedudukan sedemikian akan pastinya meneruskan riak gelombang persidangan Parlimen Ketiga Belas yang lalu, bahkan mungkin lebih berwarna warni lagi.

Untuk rekod, Kedudukan Ahli Dewan Rakyat  mengikut  pecahan parti adalah seperti berikut:

Bil Parti Jumlah Kerusi
Barisan Nasional (BN)
1 UMNO 88
2 MCA 7
3 MIC 4
4 Geraakan 2
5 PRS 6
6 SUPP 1
7 PBB 13
8 PBRS 1
9 UPKO 3
10 SPDP 4
11 PBS 4
Pakatan Rakyat (PR)
12 DAP 38
13 PKR 30
14 PAS 21
Jumlah 222


ERA MAJLIS PARLIMEN KE-13

Perkara 55(4), Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Majlis Parlimen yang baru  hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran  Majlis Parlimen sebelumnya.  Selaras dengan peruntukkan tersebut, Majlis Parlimen Ke-13 telah dipanggil bermesyuarat  pada 24 Jun 2013 (Isnin).  Majlis mengandungi komposisi Ahli –  penyokong Kerajaan – 133 Ahli dan pembangkang 89 Ahli.   Ketua Pembangkang pula ialah  Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh.


PROKLAMASI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG
MEMANGGIL PARLIMEN UNTUK BERMESYUARAT

Setiausaha [Datuk Roosme binti Hamzah]: [Membaca Proklamasi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong]

“PROKLAMASI OLEH SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG, DENGAN KURNIA ALLAH, KETUA UTAMA NEGARA BAGI NEGERI-NEGERI DAN WILAYAH-WILAYAH MALAYSIA.”

BAHAWASANYA, Parlimen telah dibubarkan pada tiga hari bulan April, dua ribu tiga belas;

DAN BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada seratus dua puluh hari dari tarikh pembubaran itu;

MAKA OLEH YANG DEMIKIAN, BETA, ALMU’TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU AL-HAJ ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, dengan Kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi Negeri-negeri dan wilayahwilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberi kepada BETA di bawah Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan DENGAN INI MEMANGGIL Parlimen untuk bermesyuarat dan menetapkan dua puluh empat hari bulan Jun, dua ribu tiga belas, dan pada pukul sepuluh pagi, sebagai tarikh dan waktu bagi Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Malaysia Yang Ketiga Belas yang akan diadakan di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan.

DIPERBUAT di Istana Negara Beta di Kuala Lumpur, Ibu Kota Persekutuan pada dua puluh dua hari bulan Mei dua ribu tiga belas.

Dengan Titah Perintah Baginda

t.t.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri”

4 Urusan Pertama Pada Hari Pertama Mesyuarat - Memilih Yang di-Pertua: Tidak Puas Hati Dengan  Perlaksanaan Pengundian

Sebagaimana peruntukkan  Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan mengikut Peraturan Mesyuarat 1, Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat akan menjalankan urusan memilih Yang di- Pertua pada hari pertama bersidang pada Mesyuarat Pertama selepas pilihan raya umum.  Setiausaha Dewan Rakyat  telah menerima dua cadangan untuk pemilihan Yang di-Pertua iaitu  daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam suratnya bertarikh Khamis, 6 Jun 2013  yang mencadangkan bahawa Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia dan daripada Yang Berhormat Bandar Tun Razak, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim bertarikh Isnin, 10 Jun 2013 yang mencadangkan Datuk Abdul Kadir Sulaiman , bekas Hakim Mahkamah Persekutuan.

Oleh kerana terdapat lebih dari seorang yang telah dicadangkan dan disokong untuk menjadi Tuan Yang di-Pertua, maka mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 4(3), Majlis Mesyuarat  membuat pilihan memilih Tuan Yang di-Pertua dengan undi bersurat.  Keputusan undi adalah Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia  mendapat 133 undi; dan  Yang Berbahagia Datuk Abdul Kadir Sulaiman mendapat 89 undi. Menurut Peraturan Mesyuarat 4(3),  Setiausaha Dewan Rakyat  memasyhurkan bahawa Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Haji Mulia dipilih sebagai Tuan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Yang Berhormat Pokok Sena dan  Shah Alam mempertikaikan kertas undi yang sepatutnya hanya ditanda tangani oleh Ahli  Parlimen sahaja dan bukan ditulis  nama Ahli Yang Berhormat.   Walau pun, Setiausaha Dewan Rakyat memaklumkan bahawa kaedah ini telah diamalkan sebelum ini dan keadaan semakin riuh, namun pengundian terus dijalankan.   Selepas Yang di-Pertua mengangkat sumpah dan memaklumkan kepada Dewan bahawa Ahli-Ahli Yang Berhormat belum boleh mengemukakan peraturan  kerana belum mengangkat sumpah.
“..Datuk Setiausaha, sebelum kita meneruskan saya ada komen sedikit. Ahli-ahli Yang Berhormat ini mengenai dengan Peraturan Mesyuarat di bawah Perkara 59(1) Perlembagaan kita, pada hari pertama ini sebenarnya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak berhak untuk menyuarakan point of orders sebelum mengangkat sumpah, [Dewan riuh], sebelum mengangkat sumpah. Kehadiran Ahli-ahli Yang Berhormat di sini adalah atas jemputan untuk memilih Tuan Yang di-Pertua dan tidak lebih daripada itu. [Dewan riuh]
Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Tuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam sudahlah, Yang Berhormat Shah Alam sudahlah.
Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Mana mungkin kita buat pemilihan tidak mengikut peraturan mesyuarat, mesti ikut peraturan mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Shah Alam.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Walaupun, walaupun, walaupun... pentaksiran
Tuan Yang di-Pertua: Tidak ada, tidak ada, tidak ada. Sebelum angkat sumpah cannot take your seat. You cannot take your seat.
Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Tidak ada peraturan, tidak ada peraturan. Ini sepatutnya tidak betul Tuan Yang di-Pertua.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Sepatutnya, untuk mentaksir soal Peraturan Mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua: Sila. Yang Berhormat Pokok Sena sudah, Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua...
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Jadi kalau begitu kalau Setiausaha buat salah pun kami kena ikutlah?
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Pokok Sena, sudahlah Yang Berhormat Pokok Sena.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua...
Seorang Ahli: Malu, malu, malu.
Dato’ Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: Tidak apa Tuan Yang di-Pertua tidak payah tunggu sebulan, selepas ini boleh bakarlah.
Datuk Seri Haji Noh bin Haji Omar: Awat tak cerdik sampai tua ni?
Tuan Yang di-Pertua: Sila Setiausaha.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Khalid Abd. Samad [Shah Alam]: Kalau begitu lain kali kita angkat sumpah dahulu baru kita undi Tuan Yang di-Pertua. Kalau tidak kita ini belum angkat sumpah macam mana boleh undi. [Dewan riuh]
Datuk Saravanan a/l Murugan [Timbalan Menteri Belia dan Sukan]: Kena ubah Perlembagaan Yang Berhormat.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim [Arau]: Pi buat undang-undang sendirilah!
Seorang Ahli: Angkat sumpah....
Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad [Mersing]: Buat Dewan sendirilah! Apalah...
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak mengaji sekolahkah?
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang, sila.
Seorang Ahli: Ada pula angkat sumpah dahulu baru pilih speaker.
5 Pertanyaan  Tambahan – 3 soalan

Di akhir sessi pertanyaan lisan pada persidangan 27 Jun 2013 di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-13, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan kepada Ahli-ahli Dewan bahawa mulai  sessi persidangan kali ini akan dibenarkan sebanyak 3 soalan tambahan bagi setiap pertanyaan lisan yang dijawab.  Ini  adalah suatu  perubahan berbanding sebelum ini yang dibenarkan 2 soalan tambahan.

“Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Sesi pertanyaanpertanyaan bagi jawapan lisan berakhir dan ini sebagai ingatan kepada Ahli Yang Berhormat yang berada di Dewan ini pada Parlimen Kedua Belas sedia maklum bahawa saya jarangjarang memberi soalan tambahan tiga kali. Saya hadkan kepada dua kali sahaja. Akan tetapi saya tekad untuk ubah. Maka pada Parlimen Ketiga Belas ini saya bagi tiga tetapi yang saya hendak daripada Ahli Yang Berhormat, kalau Ahli-ahli Yang Berhormat mahu soalan-soalannya  tersenarai dalam order paper, kita ada banyak menjawab soalan, maka pendekkan soalan-soalan tambahan itu. Kita mesti bersikap adil kepada Ahli Yang Berhormat yang telah mengemukakan soalan dengan notis. Hari ini kita cuma dapat menjawab lima, kelmarin enam. Jadi kalau pendek-pendek soalan tambahan itu tidak banyak bunga, isinya tebal-tebal tetapi padat, banyak soalan kita boleh jawab. Jadi kalau saya boleh berubah, tolonglah Ahli Yang Berhormat berubah.”

6. Maksud  Segera  Dalam Usul Tergempar – PM18 (1)

Pada 27 Jun 2013 di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-13, Yang di-Pertua Dewan Rakyat memaklumkan kepada Ahli-ahli Dewan bahawa maksud  segera dalam Peraturan Mesyuarat 18(1), bukan bermakna  mengenepikan  apa yang sedang dibahaskan. Ketika ini, Dewan sedang membahas Titah Diraja dan ini bermakna isu yang diusulkan itu boleh dibangkitkan semasa perbahasan Titah Diraja.

“Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yangdi-Pertua, saya memohon untuk meminta penjelasan daripada Tuan Yang di-Pertua.  Saya telah membawa usul di bawah 18(1) dan Tuan Yang di-Pertua telah menolak usul saya di atas alasan tidak perlu disegerakan. Saya ingin mohon penjelasan sebab isu usul saya adalah berkaitan dengan pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan. Seperti mana yang Tuan Yang di-Pertua tahu bahawa isu itu melibatkan pendakwaan di mana kita lihat beberapa tokoh daripada pembangkang telah didakwa dibawa Akta Hasutan sedangkan jelas terdapat juga tokoh-tokoh daripada Barisan Nasional dan juga NGO-NGO yang menyokong mereka tidak diambil tindakan,   sedangkan mereka telah pun terlebih dahulu membuat kenyataan-kenyataan yang berbaur hasutan.  Jadi kalau Tuan Yang di-Pertua menolak atas alasan tidak perlu disegerakan,  persoalan saya kenapakah siasatan ke atas Husam boleh disegerakan, Munawar, Thamrin Ghaffar boleh disegerakan tetapi untuk Ibrahim Ali dan orang-orang sejenis macam dia ini tidak langsung disegerakan. Jadi berbanding dengan kuasa mahkamah yang tidak boleh dipersoalkan dalam Parlimen, sedangkan tidak ada dalam peruntukan perlembagaan yang tidak membenarkan Parlimen ini berbincang mengenai kuasa pendakwaan oleh Peguam Negara. Perkara 127 perlembagaan jelas mengatakan mahkamah kita tidak boleh bicarakan, conduct of the judge tetapi perkara mengenai kuasa pendakwaan 145, tidak ada halangan untuk Parlimen ini berbincang. Selalunya apabila kita pergi mahkamah, mahkamah kata bawalah ke Parlimen untuk bincang. Sekarang sebab itu saya sebagai Ahli Parlimen minta.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini saya rasa perlu disegerakan. Saya mohonlah supaya di bawah inference power dengan izin, pihak Tuan Yang di-Pertua untuk supaya reconsider balik keputusan tersebut. Tidak salah saya rasa untuk reconsider. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Saya sengaja biarkan Ahli Yang Berhormat untuk teruskan hujah memandangkan Ahli Yang Berhormat adalah ahli baru. Itu konvensyen kita di Parlimen tidak boleh ganggu tetapi sebagai makluman, begini Yang Berhormat. Perkataan yang disegerakan itu dalam konteks Parlimen adalah berbeza maknanya dibandingkan dengan konteks di luar Parlimen. Maksud disegerakan ialah isu yang dibawa itu perlu juga dibincang, mengetepikan agenda yang sudah dibuat kerana tidak ada lagi peluang untuk membincangkan hal itu kalau tidak dibincang juga. Sebabnya Yang Berhormat begini. Pertama, hal penyiasatan polis adalah penyiasatan jenayah. Kalau kita bincang soal-soal penyiasatan jenayah, ianya akan menjejaskan penyiasatan kerana ada hal-hal soal saksi. Konvensyen Parlimen kita tidak benarkan. Kedua, saya sebelum mengambil tindakan seperti ini menolak usul yang dibawa oleh Yang Berhormat di bawah 18(1), saya perlu meminta maklumat daripada pihak-pihak yang berwajib. Saya difahamkan melalui tulisan yang bertulis kepada saya ialah siasatan yang sedang dibuat ini ada kaitan dengan kes-kes yang telah pun dibawa di mahkamah sekarang ini, maka ia juga mengaitkan peraturan mesyuarat iaitu subjudis. Yang utamanya kenapa saya menolak Yang Berhormat ialah sekarang ini kita sedang sesi berbahas Ucapan Diraja. Apa Yang Berhormat timbulkan dalam Peraturan Mesyuarat 1 akan dijawab oleh Menteri. Akan tetapi dalam hal itu terpaksa kita sisihkan satu jam untuk berbahas. Siapakah yang menghalang Yang Berhormat untuk menimbulkan yang Yang Berhormat timbulkan itu dalam nanti membahas Ucapan Diraja yang boleh juga dijawab oleh Menteri yang berkenaan. Itu sebabnya Yang Berhormat. Bukan saya menghalang dan tidak nampak isu itu adalah isu yang tidak serius. Itu bezanya.  Jadi kalau Yang Berhormat mahu bincang fasal soal itu, tunggu saya mempengerusikan mesyuarat, berdiri, saya bagi Yang Berhormat chance untuk bercakap.
Kalau 20 minit Ahli Yang Berhormat bercakap, saya bagi 20 minit cakap fasal hal itu sahaja,  selecting prosecution dan akan dijawab. Sama. Tidak payah mengesampingkan agenda yang ada. Harus faham itu semua. Terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih, terima kasih.”

7    Usul Untuk Meminda Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang Di-  Pertuan Agong

Berbeza dari kelaziman, pada 11 Julai 2013, selepas selesai penggulungan Perbahasan Titah Diraja oleh Jabatan Perdana Menteri dan sebelum Usul Menjunjung Kasih yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Lenggong disetujukan, Yang Berhormat Sungai Petani telah mengemukakan Usul  Pindaan mengikut Peraturan Mesyuarat 30.   Usul pindaan supaya memasukkan pengguguran Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Sururuhajaya Pilihanraya Malaysia dan petisyen piliharaya sebagai asas berlaku kecurangan  Pilahan Raya Umum ke -13. Namun Yang di-Pertua mendapati usul tersebut di luar  lingkup usul asal dan tidak menepati Peraturan Mesyuarat.  Seterusnya Usul tersebut di tolak oleh Yang di-Pertua.  Usul untuk meminda Usul Titah ini adalah merupakan percubaan  kali yang kedua, dimana kali pertama pada 18 Mac  2010 oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur ketika itu.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Masalahnya Yang Berhormat, pagi ini saya ada menerima satu notis usul daripada Yang Berhormat Sungai Petani. Yang Berhormat Sungai Petani ingin meminda usul menjunjung kasih yang dibuat oleh Lenggong. Jadi sebelum saya buat keputusan, saya persilakan Yang Berhormat Sungai Petani untuk bentangkan mana usul akan dibawa itu, untuk menggubal itu.
Beberapa Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Dato' Johari bin Abdul [Sungai Petani]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya telah mengemukakan satu usul di bawah Peraturan mesyuarat 30 yang berbunyi, “pada masa suatu usul itu dalam timbang Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa Mesyuarat, bolehlah cadangkan pindaanpindaan jika pindaan itu berkaitan dengan usul itu.” Tuan Yang di-Pertua, saya memohon dipertimbangkan masukkan pindaan yang akan saya baca kepada usul yang dibuat oleh Yang Berhormat Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah.

Pindaan yang saya kemukakan ini berbunyi, untuk dimasukkan dalam usul-usul tersebut:
(a) pengguguran semua ahli iaitu pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha dan panel-panel pilihan raya SPR Malaysia seterusnya diikuti dengan proses  pelantikan baru yang diyakini dapat menjalankan tujuan dan fungsinya  dengan bebas dan adil serta mendapat kepercayaan selaras dengan peruntukan dalam perkara 114 (2), Perlembagaan Persekutuan.
(b) Pelbagai petisyen pilihan raya yang telah difailkan oleh kedua-dua pihak boleh dijadikan asas untuk mempercayai bahawa berlaku kecurangan di dalam sistem pilihan raya. Justeru keputusan pilihan raya hanya boleh diperakui dan diterima apabila reformasi sistem pilihan raya dilakukan.
[Dewan riuh]
(c) memastikan cadangan-cadangan khusus Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambaikan Pilihan Raya dilaksanakan dengan segera iaitu:
(i) akses media dan bebas dan adil;
(ii) membersihkan daftar pemilih secara berterusan;
(iii) mengimbangi pecahan kerusi antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia;
(iv) kajian untuk menggantikan first-past-the-post; dan
(v) proses pembahagian kawasan yang seimbang untuk menepati sistem satu orang satu undi.  [Tepuk]
Saya memohon dipertimbangkan Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ada. Secara ringkas, secara ringkas Ketua Pembangkang.
 Dato' Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, secara ringkas saya bangun untuk menyokong dengan menyebut ini. Usul Menjunjung Kasih pada kerangka awal kita memang sokong. Tidak ada masalah. Akan tetapi ada kenyataan memohon supaya kita menerima sepenuhnya keputusan pilihan raya. Ini ada masalah sebab Pakatan Rakyat mengemukakan banyak petisyen pilihan raya yang bukan sahaja mempertikaikan proses tetapi mempertikai SPR. Begitu juga beberapa petisyen oleh Barisan Nasional walaupun tidak dalam konteks yang sama, mempertikai SPR.  Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat berpendapat dalam menyokong Usul Menjunjung Kasih  Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan juga menerima pada dasarnya keputusan pilihan  raya tetapi tidak boleh diberi pengesahan kesemuanya berdasarkan bantahan kita yang keras  terhadap SPR, pelaksanaan pilihan raya dan juga petisyen. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang  Berhormat, ini pendapat saya mengenai usul yang telah dibawa oleh Yang Berhormat Sungai Petani  tadi. Saya harap apa yang saya sebut ini akan mendapat reaksi dengan berlapang dada. Ahli Yang  Berhormat, walaupun Peraturan Mesyuarat 30 membenarkan untuk meminda usul-usul dalam  timbangan dalam Majlis Mesyuarat atau Jawatankuasa Majlis termasuk pindaan kepada Usul  Menjunjung Kasih oleh seorang Ahli Parlimen kepada Titah Diraja sewaktu persidangan Mesyuarat  Dewan Rakyat, namun pindaan yang dicadangkan itu sebelum dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua  untuk dibahas hendaklah juga memenuhi syarat-syarat tertentu atau kehendak Peraturan Mesyuarat. Setelah meneliti usul pindaan Yang Berhormat, saya mendapati bahawa usul Yang Berhormat itu menyentuh tiga aspek peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa di dalam Dewan iaitu:-
(i) Peraturan Mesyuarat 30(3);
(ii) Peraturan Mesyuarat 36(8) dan Perlembagaan Persekutuan; dan
(iii) secara spesifiknya perkara 114(2), Perlembagaan Persekutuan.

Peraturan Mesyuarat 33 menyatakan bahawa sesuatu usul pindaan itu tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang disyaratkan oleh peraturan majlis ini. Ini bermakna sesuatu usul itu hendaklah mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini sebelum usul itu boleh dikemukakan untuk dibahas di dalam Dewan ini. Peraturan Mesyuarat 36(8) pula menyatakan antara lain, kelakuan atau sifat Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh disebut kecuali dikeluarkan usul bersendiri bagi maksud-maksud itu. Perkara 114 perlembagaan pula menyentuh isu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mana fasal 2, perkara 114 menyatakan berkenaan pelantikan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya. Setelah meneliti perkara yang hendak dipinda dalam usul Yang Berhormat Sungai Petani, saya berpendapat bahawa isu yang perlu diberi perhatian adalah berkaitan skop ataupun ruang lingkup usul pindaan. Juga sama ada usul yang dikemukakan Yang Berhormat Sungai Petani tersebut adalah dalam bentuk yang tepat iaitu in its correct form. Suatu usul pindaan itu hendaklah sentiasa dalam ruang lingkup usul yang sedang dibahas. Usul pindaan merupakan usul yang menumpang usul utama (main motion) dan oleh itu usul pindaan tidak boleh melebihi ruang lingkup usul utama.

Dalam buku Parliamentary Practice in New Zealand, Third Edition, by David McGee, dalam muka surat 216 menyatakan bahawa, saya baca dalam bahasa Inggeris kerana kalau saya alihkan dalam bahasa Malaysia mungkin kurang tepat. “An amendment must be relevant to the question it is proposed to amend. Amendment can be used to change the details to the proposition before the House, but not the subject matter of the proposition itself. The concept of what is relevant by way of amendment to the terms of a motion is linked to what is relevant in debating the motion. The moving of an amendment cannot expand the area of relevancy in debate”.

Saya berpendapat bahawa perkara yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Sungai Petani dalam usul pindaan beliau adalah mahu menambah luas ruang lingkup ataupun exceeding the scope Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan memasukkan ketetapan yang menyentuh Suruhanjaya Pilihan Raya. Ketetapan yang saya maksudkan adalah dengan pengguguran semua Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, petisyen pilihan raya yang difailkan yang dikatakan menjadikan asas mempercayai terjadi kecurangan di dalam system pilihan raya dan pelaksanaan cadangan-cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Ahli Yang Berhormat, dalam Peraturan Mesyuarat 36(8) dengan jelas menyatakan bahawa perkara yang menyentuh Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh disebut di dalam Dewan ini kecuali dengan dikeluarkan satu usul bersendiri. Perkara berkenaan dengan pelantikan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya merupakan satu perkara yang sangat dijaga dan dikawal rapi dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu di dalam perkara 114. Dalam hal ini, pelantikan dan penamatan perkhidmatan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya hendaklah mematuhi perkara 114(3), Perlembagaan Persekutuan iaitu antara lain, ahli-ahli suruhanjaya tidak boleh dipecat kecuali dengan cara yang sama seperti seorang Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu dengan penubuhan satu tribunal.

Oleh yang demikian, setelah saya meneliti usul pindaan yang dikemukakan itu saya berpendapat bahawa ia tidak mematuhi peruntukan Peraturan Mesyuarat 30(3) iaitu usul pindaan itu tidak boleh mengeluarkan apa-apa perkara yang disyaratkan oleh peraturan mesyuarat kecuali setelah dikeluarkan usul bersendiri. Dalam hal ini usul pindaan tersebut disifatkan not in its correct
form iaitu:-
(i) hendaklah dalam bentuk notis bersendiri;
(ii) exceeding the scope iaitu usul yang menumpang usul utama telah menyentuh hal berhubung dengan Peraturan Mesyuarat 36(8); dan
(iii) melanggar peruntukan berkaitan Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya.
Oleh yang demikian, usul Yang Berhormat itu ditolak kerana tidak mematuhi kehendak peraturan mesyuarat. [Tepuk]..”


8. Usul Persendirian  Ahli Parlimen Pembangkang Dibahaskan

Jarang sekali dalam sejarah persidangan  Parlimen bahawa Usul Persendirian Ahli Parlimen Pembangkang dibenarkan dibahaskan.  Pada 18 Julai 2013, hari terakhir persidangan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-13,  Yang Berhormat Jelutong telah mengemukakan Usul Persendirian di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) mengenai isu kenyataan YB Simpang Renggam bahawa YB Permatang Pauh mempunyai akaun di Israeli National Bank.  Usul tersebut disenaraikan di nombor 4 dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-usul.  Usul ini termasuk  dalam senarai perbahasan apabila YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Yang Berhormat Arau)  mengemukakan Usul mengikut Peraturan Mesyuarat 11... “ bahawa Mesyuarat tidak ditangguhkan sehingga selesai urusan 1,2,3, dan  4. “   Urusan 1,2, da, 3 adalah urusan Kerajaan. 


USUL
MERUJUK YANG BERHORMAT SIMPANG RENGGAM KE JAWATANKUASA
HAK DAN KEBEBASAN DI BAWAH P.M. 80

12.52 tgh.
“Tuan Ooi Chuan Aun [Jelutong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya wakil dari Jelutong membentangkan usul supaya Yang Berhormat Simpang Renggam dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat bersabit Peraturan-peraturan Mesyuarat Majlis Nombor 36(12).  Tuan Yang di-Pertua, pada 2 Julai secara lisan dan secara spontan dalam Dewan, serta pada 3 Julai secara bertulis, saya telah membawa usul supaya Yang Berhormat Simpang Renggam dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Dengan berdasarkan Penyata Rasmi Dewan Rakyat (Hansard) bertarikh 2 Julai 2013, muka surat 137 hingga 149, serta Penyata Rasmi bertarikh 4 Julai muka surat 28 hingga 30, adalah dimaklumkan bahawa Yang Berhormat Simpang Renggam telah berucap dalam Dewan Rakyat lebih kurang pada pukul 6 petang, Selasa, 2 Julai 2013 dengan lemparan tuduhan.  Antara yang lain, yang mengaitkan Yang Berhormat Permatang Pauh dengan sebanyak 20 akaun simpanan di luar negeri dengan tuduhan jumlah simpanan mencecah USD66 juta dan SGD49 juta termasuk simpanan di Israel National Bank. Tuduhan ini dirakam dalam Penyata rasmi muka surat 139. Dalam muka surat 139 yang sama, Yang Berhormat Simpang Renggam juga berkata, “Peristiwa kedua ialah mengenai maklumat yang didedahkan oleh WikiLeaks”. Nas ataupun inti pati dalam tuduhan yang dibuat oleh Yang Berhormat Simpang Renggam antara lain ialah:
(i) bahawa sumber maklumat tersebut adalah berdasarkan WikiLeaks;
(ii) bahawa Yang Berhormat Permatang Pauh mempunyai simpanan bank USD66 juta dan SGD 49juta di bank-bank asing; dan
(iii) bahawa antara bank yang menyimpan simpanan tersebut termasuklah Israel National Bank.

Tuan Yang di-Pertua, dalam usul bertulis saya bertarikh 3 Julai yang lalu, saya telah memberi beberapa alasan untuk menyatakan Yang Berhormat Simpang Renggam telah melanggar Peraturan Mesyuarat 36(12) dan harus dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana Yang Berhormat Simpang Renggam telah mengatakan beliau tidak akan berganjak daripada apa yang dihujahkannya dalam Dewan dan beliau tidak akan menarik balik tuduhan-tuduhan tersebut.  Point of Order 36(12) mengatakan mana-mana ahli yang mengeluarkan kenyataan yang  mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada  Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu...”

Usul tersebut telah disokong oleh Yang Berhormat  Bayan Baru.  Yang Berhormat Simpang Renggam telah berhujah mempertahankan ucapannya,  manakala Yang Berhormat Raub, Putatan, Kinabatangan, Bukit Katil, Tanjong Karang, Shah Alam, Sungai Petani dan Ketereh turut membahaskan usul.  Seterusnya usul diputuskan melalui undi belah bahagian dan usul tidak dipersetujukan.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, keputusan undi belah bahagian yang kita  jalankan sebentar tadi ialah Ahli-ahli yang bersetuju kepada usul 60 orang Ahli. [Tepuk] Ahli-ahli yang tidak bersetuju kepada usul 107 orang Ahli. [Tepuk]


Pada sidang terakhir  bagi Dewan Rakyat di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen ke-13 ini, Yang di-Pertua mengucapkan terima kasih dan Selamat hari Raya Aidilfitri .  Dewan ditangguhkan kepada suatu tarikh yang tidak ditetapkan pada pukul 4.37 petang......”



9 Rang Undang-Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 Diperstujukan Secara Undi Belah Bahagian Dalam Persidangan Yang Gamat/Riuh

Rang Undang-Undang Cukai Barang Dan Perkhidmatan 2014 atu ringkasnya (RUU GST) telah dibuat bacaan kali yang pertama pada 16 Disember 2009 di  Mesyuarat Ketiga , Penggal Kedua  Parlimen Kedua Belas .   RUU ini telah mendapat respon yang pelbagai terutamanya pihak pembangkang dan tertangguh lebih  empat tahun untuk bacaan kali yang kedua,  Semasa pembentangan Bajet 2014, dinyatakan bahawa GST akan dilaksanakan  mulai 1 April 2015.  Bacaan kali yang kedua telah dibuat pada  6 April 2014 di Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas.
“11.33 pg.
Menteri Kewangan II [Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan suatu Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 untuk mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pungutan cukai barang dan perkhidmatan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Tuan Yang di-Pertua, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan atau lebih dikenali sebagai Goods and Services Tax (GST) merupakan satu langkah kerajaan dalam menyusun semula struktur percukaian negara. Di dalam mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi negara perlu mempunyai sistem percukaian lebih telus, efisien dan mesra peniagaan. GST yang dicadangkan bukanlah merupakan cukai baru. GST akan menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang sedang dilaksanakan sekarang........”(DR-6..4.2014, ms 28)

Perbahasan RUU ini, penulis sifatkan sebagai perbahasan yang amat hangat, penuh kontraversi dan keriuhan serta disulami dengan kata-kata kesat.  Perbahasan berlangsung selama dua hari, itu pun dibayangkan seolah-olah tidak mencukupi dan didakwa secara tergesa-gesa.  Ini dapat dilihat pada petikan berikut:
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin maklumkan bahawa perbahasan usul Rang Undang-undang GST ini akan ditamatkan pada jam 4.30 petang untuk memberi laluan kepada usul 18(1) kemudian selepas jam 5.30 petang nanti, Menteri akan menjawab. Lantas, perbahasan untuk pagi ini sehingga jam 4.30 petang, kita hadkan 15 minit seorang. Sila Yang Berhormat Sandakan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tak, kita akan sambung sampai malam?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tak. Ya lah betullah sehingga tamat usul GST.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sehingga tamat usul GST keseluruhan termasuk peringkat jawatankuasa?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tak.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Makna selepas 5.30 nanti sambung bahas balik?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tak apalah, keputusan kita 4.30 petang, habiskanlah tamatkanlah ya.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tak, tak. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Menteri akan jawab 5.30 petang nanti.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya hendakkan kepastian sama ada selepas usul perkara 18 itu, adakan akan disambung bahas ataupun terus penggulungan?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Menteri akan jawab 5.30 petang sehingga selesai usul GST.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Pukul 5.30 sampai 10.00 malam?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya lah, betullah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Takkan Menteri jawab 5.30 sampai pukul 10.00 malam?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Sehingga diputuskanlah, betullah.
Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara] ...Sampai habis.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Apa yang marah ini? Apa yang tak setuju?
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sepatutnya selepas 5.30 perlu disambung lagi perbahasan. Sekurang-kurangnya sampai pukul...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tak apalah, saya buat keputusan perbahasan sehingga 4.30, Menteri akan jawab selepas 5.30.
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Tuan Yang di-Pertua, sebab GST ini rang undang-undang yang sangat penting, ramai yang hendak bahas. Jadi, kalau boleh dipanjangkan sedikit untuk satu, dua jam lagi untuk perbahasan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Kita ada beberapa usul lagi, ada beberapa rang undang-undang lagi selepas ini Yang Berhormat, cukup.
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Kita tahu Tuan Yang di-Pertua tetapi GST ini yang paling penting Tuan Yang di-Pertua. Kalau boleh bagi sampai 7.30 untuk bahas.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya fikir bahawa sepatutnya...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tak payah buang masa Yang Berhormat, 4.30 habis. Ya, Yang Berhormat Sandakan silakan.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Sekurang-kurangnya sehingga pukul 8 malam.
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Pukul 7.30 ke pukul 8.00 malam lah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Pukul 8.00 malam barulah Menteri menggulung. Cukuplah dua jam. [Dewan riuh]
Puan Hajah Zuraida binti Kamaruddin [Ampang]: Menteri jawab nanti tak kasi laluan juga.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Cukuplah Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Cukuplah dua jam Menteri nak gulung.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Tak payahlah bertelingkah pasal ini, Yang Berhormat.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Menteri akan gulung satu jam, habis dia kata.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Bukan saya bertelingkah tetapi saya katakan bahawa...
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Bukan bertelingkah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya katakan bahawa adalah wajar, maknanya takkan kita nak beri Menteri jawab daripada 5.30 sampai pukul 10.00 malam.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Nanti Menteri tidak akan menjawab semua soalan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Cukuplah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Bagi saya, tak setujulah Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Minta Tuan Yang di-Pertua bagi lebih masa lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, cukuplah Yang Berhormat. Sila Yang Berhormat Sandakan untuk menyambung 15 minit, Yang Berhormat.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya minta dipertimbangkanlah, Tuan Yang di-Pertua.
Puan Hajah Zuraida Kamaruddin [Ampang]: Jawapan gulung itu, Menteri kasi laluan. [Dewan riuh]
Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Yang Berhormat Sandakan bahaslah, ini buang masa sahaja.
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Pergi keluarlah.
Dato' Seri Tiong King Sing [Bintulu]: Kita sama-sama keluarlah.
Dato' Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Pergi makan ubatlah. [Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Pokok Sena, ini pun buang masa. Sila Yang Berhormat Sandakan, 15 minit.
11.46 pg.  (DR. 7.4.2014, ms 29- 30 )

Setelah  YB Menteri  Kewangan menjawab/menggulung RUU ini dan memberi komitmen akan menjawab secara bertulis terhadap isu-isu yang tidak sempat dijawab, ramai Ahli-ahli pihak pembangkang tidak berpuas hati,

“…Hal-hal lain saya akan jawab secara bertulis. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Tuan Yang di-Pertua, banyak perkara yang belum dijawab Tuan Yang di-Pertua tentang beberapa perkara yang saya bangkitkan dalam perbahasan. Sebab perkara ini bukan perkara baru Tuan Yang di-Pertua. Saya telah bangkitkan dalam perbahasan, ada beberapa langkah yang perlu diambil oleh kerajaan dalam meningkatkan hasil dan pendapatan negara. Mengapa perkara itu langsung tidak dijawab oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri? Sebab itu kawan-kawan [Merujuk kepada Ahli-ahli Parlimen Pembangkang] tadi menggesa, jangan kita rush through the bills. Untuk apa? [Disampuk] Kita boleh sambung esok, lusa Tuan Yang di-Pertua. Ini perkara besar walaupun perkara ini telah dibangkitkan di zaman Dr. Mahathir tetapi tidak pernah dibawa dalam Dewan yang mulia ini untuk dibahas secara terbuka. Jadi saya kira rang undang-undang ini satu perkara yang penting yang memberikan kesan langsung kepada rakyat di bawah. Kita ada cadangan khusus bagaimana negara boleh meningkatkan hasil dan pendapatan tanpa mengenakan GST pada masa ini.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Gombak. [Dewan riuh]
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Jadi Tuan Yang di-Pertua, bila kita boleh dapat jawapan ini Tuan Yang di-Pertua?
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Tuan Yang di-Pertua, kajian telah dibuat 1984, 30 tahun. Kita hendak bahas dua hari sahaja. Biarlah kita berlapang sedikit.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Sebab ada Yang Berhormat Pokok Sena bangkit tentang peranan MyEG tadi belum dijawab.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Kita hendak tahu itu.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat, terima kasih Yang Berhormat. Kita bermesyuarat Ahli-ahli Yang Berhormat, mengikut peraturan mesyuarat. Kalau Menteri sudah duduk, saya tidak boleh minta Menteri untuk menjawab. Saya teliti tadi Menteri kata ada 20 perkara yang dibangkitkan. Satu-persatu dia jawab. Jadi saya menganggap bahawa dalam 20 perkara tadi yang dijawab oleh Menteri itu adalah perkara-perkara yang telah dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat. Mengenai dengan soal sama ada perbahasan itu panjangkah atau pendekkah dan sedemikiannya, itu bukan soal saya Ahli-ahli Yang Berhormat kerana pada akhirnya, dalam perbincangan berapa lama dan berapa pendek pun, mesti kita buat keputusan. Itu sebab kita bermesyuarat sekarang dan buat keputusan. Menteri, ada lagi mahu tambah? Okey, terima kasih.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Hah! Maknanya Menteri boleh tambah. Bangunlah tambah. [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Menteri, Tuan Yang di-Pertua.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, minta penjelasan sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sedikit sahaja, sedikit sahaja, sedikit sahaja.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Sepang, sudahlah. Sudahlah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tidak, saya hendak tanya ini [Dewan riuh].
Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah, sudahlah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Sebab apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pokok Sena...
Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini berkaitan dengan constitutionality of the act.
Seorang Ahli: Duduklah Yang Berhormat Sepang.
Tuan Yang di-Pertua: Sudahlah Yang Berhormat, sudahlah.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Ini patut dijawab di dalam Dewan ini, bukan secara bertulis sebab kita hendak bahas adakah akta ini constitutional atau tidak.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat ...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Patut jawab secara lisan.
Tuan Yang di-Pertua: Sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan]
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tuan Yang di-Pertua, mohon belah bahagi.
Beberapa Ahli Pembangkang: Sokong.
Dr. Mohd. Hatta bin Md. Ramli [Kuala Krai]: Sokong oleh ...
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Bangun. MyEG tidak jawabkah?
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Takutkah?
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat, duduk. Saya nampak Yang Berhormat berapa orang yang berdiri. Duduk dahulu Yang Berhormat, saya sudah nampak berapa orang. Menurut Peraturan Mesyuarat 46, saya nampak Yang Berhormat, kalau lebih daripada 15 orang berdiri, tidak payah saya hitung. Sila pegawai-pegawai yang menjalankan tugas untuk belah bahagian. Bunyikan loceng, dua minit.
[Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
[Pengundian dijalankan]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat yang menjadi penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing. [Dewan riuh] …”(DR. 7.4.2014 ms 154-155)

RUU ini dipersetujukan secara undi belah bahagian setelah diminta oleh YB Pokok Sena  dan 15 orang Ahli bangun menyokong.    Keputusannya, Ahli-ahli yang bersetuju supaya RUU ini dibacakan kali kedua ialah 118 undi dan Ahli-ahli yang tidak bersetuju adalah 81 undi.  Seterusnya sekali lagi undi belah bahagi pada bacaan kali yang ketiga  dan keputusannya  Ahli-ahli yang bersetuju supaya Rang Undang-Undang ini dimaklumkan kepada Majlis adalah 119 dan  tidak bersetuju  adalah 81.

“Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sila duduk, Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, setelah kita mengadakan belah bahagian, keputusannya adalah seperti berikut:  Ahli-ahli yang bersetuju supaya rang undang-undang ini dibacakan kali kedua ialah 118 undi. [Tepuk].
Ahli-ahli yang tidak bersetuju supaya rang undang-undang dibacakan kali yang kedua adalah 81 undi. [Tepuk]
Ahli-ahli Yang Berhormat, ini bermakna bahawa rang undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang.
[Rang undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai jawatankuasa]
[Majlis bersidang dalam Jawatankuasa]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]
[Fasal-fasal 1 hingga 197 dikemukakan kepada Jawatankuasa]
Datuk Bung Moktar bin Radin [Kinabatangan]: Peraturan Mesyuarat. Perkara 20, risalah-risalah yang di bawa ke dalam Dewan... [Dewan riuh]. Adakah ini ada kebenaran daripada Tuan Pengerusi atau pun tidak? (DR-7.4.2014, ms 155)
Tuan Pengerusi: Terima kasih, terima kasih.
[Fasal-fasal 1 hingga 197 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
[Jadual diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang]
[Rang undang-undang dikemukakan untuk dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Saya mohon belah bahagi sekali lagi Tuan Pengerusi. [Dewan riuh] Mohon belah bahagi sekali lagi.
Tuan Pengerusi: Sila. Ahli-ahli Yang Berhormat duduk Yang Berhormat. Sila duduk Ahli Yang Berhormat. Bunyikan loceng selama dua minit.
[Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
[Pengundian dijalankan]

Tuan Pengerusi: Sila duduk Ahli Yang Berhormat. Masalah di hadapan kita sekarang ini ialah bahawa rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang dan apabila belah bahagian dimohon tadi oleh pihak pembangkang maka ini ialah keputusan belah bahagian sebentar tadi.  Ahli-ahli yang bersetuju supaya rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang adalah 119. [Tepuk]
Ahli-ahli yang tidak bersetuju untuk rang undang-undang ini dimaklumkan kepada Majlis sekarang adalah 81. [Tepuk]
[Rang undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang]
[Majlis mesyuarat bersidang semula]
[Rang undang-undang dilaporkan dengan tidak ada pindaan; dibacakan kali ketiga dan diluluskan]
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Selasa, 8 April 2014. Terima kasih.”
[Dewan ditangguhkan pada pukul 7.42 malam] (DR-7.4.2014, ms 157)

Semasa pengundian dan diakhir persidangan, Ahli-ahli dari pihak pembangkang telah menunjukkan protes secara mempamerkan sependuk-sepanduk seperti yang  dapat dilihat pada gambar berikut:




10 Kali Pertama Sidang Dewan Negara Melangkaui Pukul 12.00 Malam

Persidangan Dewan Negara  pada 29 April 2014, di Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua, Parlimen Ke-13, telah bersidang hingga pukul 12.47 tengah malam setelah usul Peraturan Mesyuarat  82 dikemukakan untuk merentikan Peraturan  Mesyuarat   dan  sidang  ditangguhkan  sehingga urusan selesai iaitu  penggulungan Titah Diraja oleh Jabatan Perdana Menteri  dan di persetujukan.    Ini  adalah julung kali   sidang   Dewan   Negara melangkau   jam   12.00 malam.  Bagi Dewan Rakyat telah beberapa kali   bersidang melebihi 12.00 tengah malam bagi menyelesaikan urusannya terutama pada hari akhir persidangan pada satu-satu Mesyuarat atau hari akhir perbahasan Belajawan peringkat Jawatankuasa atau  hari akhir persidangan  Mesyuarat Ketiga.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, izinkan saya bercakap sedikitlah. Nampaknya betulsebagaimana yang tadi tetapi jangan lupa Yang Berhormat- kepada semua Ahli Yang Berhormat,Menteri yang ada ini hebat hari ini dan mungkin agaknya satu sejarah bagi Dewan Negara kerana itusaya minta memang besar kemungkinan kita akan lebih pada jam 12 malam tidak mengapa Yang Berhormat. Ada peraturan kita boleh benarkan tetapi cuba Yang Berhormat pandai-pandailah tetapi kalau lebih pukul 12 pun tidak mengapa. Jangan kita terburu-buru. Ini menunjukkan bahawa semua hendak bekerja. Pihak Yang Berhormat pun bekerja, semua bekerja. Masa tidak mengapa. So, oleh itu sekarang saya mencadangkan kalau boleh satu usul dikemukakan.

USUL
MERENTIKAN KUAT KUASA PERATURAN-PERATURAN
MESYUARAT DI BAWAH P.M. 82(2)
11.23 mlm.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan;
“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 82(2) dan dengan persetujuan TuanYang di-Pertua, saya mengemukakan usul untuk merentikan kuat kuasa PeraturanMesyuarat 11(1) dan tanpa mengirakan usul yang telah dikemukakan terdahulu dari ini,Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selepas diputuskan Usul Menjunjung Kasih atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Rabu 30 April2014.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Razali bin Ibrahim]: Saya mohonmenyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputus dan disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Tuan Yang di-Pertua: Okey, sekarang saya silakan Yang Berhormat untuk berucap. Jangan risau kan, pandai-pandailah Yang Berhormat menggunakan masa. Silakan Yang Berhormat.
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih atasusul untuk dilanjutkan tempoh dan saya mendengar tadi usul disetujukan dengan nada yang penuh keikhlasan. Jadi Tuan Yang di-Pertua memang saya berhasrat sebab jawapan ini tebal.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, saya hendak nyatakan, saya minta setiausahacatatkan semua yang ada pada Dewan ketika ini supaya menunjukkan mereka ini betul-betul hendak bekerja. Yang Berhormat pun sama-samalah bersemangat. Teruskan Yang Berhormat.
Mejar Jeneral (B) Dato' Seri Jamil Khir bin Baharum: Tuan Yang di-Pertua, memang mengikut jawapan yang tebal ini saya akan berhujah untuk dua hari Tuan Yang di-Pertua Selasa dan Rabu……. (DN – 29.4.2014 , ms 90 -91 )
..” Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang sayakemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.  Masalahnya ialah Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong oleh Yang Berhormat Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam hendaklah dipersetujukan.
[Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]Diputuskan,
Bahawa suatu ucapan yang tidak sepertinya dipersembahkan kepada SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, demikian bunyinya:  “Ampun Tuanku,Patik, Yang di-Pertua dan Ahli-ahli Dewan Negara Malaysia di dalam Persidangan Parlimen, memohon ampun mempersembahkan suatu ucapanyang ikhlas daripada Majlis Dewan Negara mengucapkan berbanyak-banyaksyukur dan menjunjung kasih kerana Titah Seri Paduka Baginda semasamembuka Penggal Kedua, Parlimen Yang Ketiga Belas.”

Tuan Yang di-Pertua: Jam sekarang menunjukkan tepat pukul 12.43 pagi, tarikh 30 hari bulan. Jadi syabas Yang Berhormat. Ini satu sejarah bagi Dewan Negara. Sekarang saya ingin menyatakan bahawa hendak merakamkan syabas dan ucapan berbanyak-banyak terima kasih kerana segalasemangat yang begitu tinggi yang telah ditunjukkan oleh semua Ahli Yang Berhormat dan juga Menteri-menteri dan Timbalan Menteri serta juga semua anggota-anggota pegawai dan jurukamera yang telah bertungkus-lumus daripada pagi sampai ke pagi [Ketawa] Yang Berhormat, ini menunjukkan bahawa Yang Berhormat betul-betul komited. Saya berasa amat gembira dan juga kalau Dato’ Razali dia akhir sekali berucap. Nampaknya Datuk Halimah binti Mohd. Sadique pun sanggup juga sampai pagi. Syabas saya ucapkan. Tanpa membuang masa lagi Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat Dewan kita hari ini ditangguhkan sehingga jam 10 pagi hari Rabu, hari inilah. Dengan itu saya harap Yang Berhormat sempat datang pukul 10 pagi esok. Sekian, terima kasih.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 12.47 tengah malam.] (DN-29.4.2014, ms 213 -214)
11 Usul Penggantungan Ahli Parlimen Padang Serai Selama 6 Bulan dan Sidang Ditangguhkan Awal (Sebelum Pukul 1.00 Tengahari)

Pada  persidangan terakhir bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Ke-13 , 19 Jun 2014 di Dewan Rakyat, pihak Kerajaan telah mengemukakan usul mengikut peraturan 27(3) bagi menggantung Ahli Parlimen kawasan Padang Serai kerana menghina Yang di-Pertua berikut kenyataanya di lobi Parlimen (disiarkan oleh bebrapa akbar) yang mempertikaikan keputusan Yang di-Pertua khususnya usul beliau dibawah Peraturan Mesyuarat 22 dan menyatakan Dewan sebagai rubber stamp. Usul itu adalah seperti berikut:

...”Tuan Yang di-Pertua: Sebelum Yang Berhormat Menteri berdiri, saya menunggu dulu kepada Timbalan saya untuk ambil alih mempengerusikan Mesyuarat kerana saya tahu bahawa usul Yang Berhormat ini berkaitan dengan peribadi saya yang kena serang sebagai Speaker ataupun apa. Jadi saya rasa itu yang sewajarnya. Cuma pesan saya, kalau saya tidak mempengerusikan, kalaupun Ahli-ahli Yang Berhormat berbahas, berbahaslah dengan penuh tanggungjawab sebagai Ahli Yang Berhormat. Ini institusi kita, Parlimen kita, demokrasi kita yang seadanya. Ia tidak lengkap. Bukan kita semua sempurna tetapi biarlah kita ambil iktibar kepada perkara-perkara seperti begini.

[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Seri Ronald Kiandee) mempengerusikanMesyuarat]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ya, sila YangBerhormat Menteri.
12.04 tgh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]:
Bismillahi Rahmani Rahim. Semoga Allah merahmati kita semua.Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini mengemukakan usul di bawah PeraturanMesyuarat 27(3) iaitu:

“BAHAWA pada Isnin 16 Jun 2014, Yang Berhormat Tuan N.Surendran, Ahli Parlimen bagi kawasan Padang Serai telah mengeluarkan suatu kenyataan semasa sidang media di lobi Parlimen yang telah disiarkan dalam beberapa media. Kenyataan itu merupakan tuduhan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat kerana menolak usulYang Berhormat berkenaan di bawah Peraturan Mesyuarat 22(1) pada16 Jun 2014.
BAHAWA tuduhan itu menyatakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat sentiasa menolak apa-apa pertanyaan dan usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang dan turut membuat tohmahan dengan menyatakan bahawa Parlimen gagal berfungsi dengan baik.
BAHAWA Yang Berhormat Padang Serai membuat tuduhan bahawa Dewan Rakyat bersifat “authoritarian” yang tidak memberikan hak bersuara kepada pihak pembangkang.
BAHAWA Yang Berhormat Padang Serai merendah-rendahkan martabat Dewan Rakyat dengan sindiran yang mencadangkan Parlimen untuk membina suatu “giant rubber stamp” yang menjadi simbol kepada pengaruh dan kuasa kerajaan dalam meluluskan apa-apa rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen.
DAN BAHAWA tuduhan-tuduhan itu adalah merupakan satupenghinaan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang menjalankantugas sebagai Pengerusi Majlis Mesyuarat dan oleh yang demikianbererti penghinaan juga kepada Dewan Rakyat yang turut mencemarkannama baik dan prestij Dewan Rakyat.
MAKA INILAH DIPERSETUJUI BAHAWA Yang Berhormat Tuan N.Surendran, Ahli Parlimen Kawasan Padang Serai hendaklah digantung daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam (6) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.”.......” (DR.19.6.2014  ms 45).


Selepas sahaja usul tersebut selesai dibentangkan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri,  YB Gombak telah bangun mempertikai usul itu yang didakwa terdapat kecacatan.  Suasana menjadi kecoh dan riuh...beberapa ahli mencelah iaitu YB Shah Alam, Sepang, Tanjong Karang, Ampang, Lembah Pantai, Taiping dan  malah ketua pembangkang, YB Permatang Pauh.  Akhirnya, dalam suasana kekecohan itu, Timbalan Yang di-Pertua telah meneruskan urusan  tanpa perbahasan dan usul dipersetujukan dengan suara.

…”Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, kerana Yang Berhormat tidak berminat untuk membahas usul ini...
Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai]: [Bangun][Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Usul ini terus ditolak, kerana dia cacat!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Saya...
Tuan Nga Kor Ming [Taiping]: Berunsur penindasan...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. [Dewanriuh] Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang BerhormatMenteri Jabatan Perdana Menteri di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan.
[Dewan riuh]
[Usul dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]
Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Rubber stamp!
Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim [Permatang Pauh]: Ini apa ini? Speaker mengesahkan bahawa Parlimen ini rubber stamp! Speaker mengesahkan bahawa Parlimen ini... mockery of the law!(DR -19.6.2014, ms 79)..”

Seterusnya ahli-ahli pembangkang telah keluar Dewan secara beramai-ramai dan Dewan diteruskan dengan urusan terakhir iaitu  Usul Menteri Kewangan - Akta Kastam 1967, dimana tiada perbahasan dan dipersetujukan dengan suara.  Oleh kerana semua urusan Kerajaan telah selesai, maka Dewan ditangguhkan awal pada jam 12.46 tengahari.Penangguhan sidang di Dewan Rakyat  seawal ini, jarang berlaku.   Penagguhan dibuat melalui usul di bawah Peraturan Mesyuarat 16(3)

...”.Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang terbuka untuk dibahas.[Tiada perbahasan]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan.Masalahnya ialah bahawa Usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Peraturan 2 telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bilangan ST.45 dan ST.46 tahun 2014 disahkan hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]


USUL
MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH
PERATURAN MESYUARAT 16(3)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang di-Pertua, nampaknya pengakhiranlah untuk kali ini. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 16(3), Mesyuarat iniditangguhkan sekarang.”
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Razali bin Ibrahim]:Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Ahli-ahli YangBerhormat, hari ini merupakan hari akhir bagi sesi Parlimen pada kali ini. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pihak yang telah member kerjasama. Kepada Ahli-ahli Parlimen yang telah memberi kerjasama kepada Dewan, kepada kakitangan-kakitangan Parlimen yang telah bertugas sepenuh masa dengan dedikasi untuk memastikan kelancaran perjalanan Dewan pada kali ini.  Pada Ahli-ahli Parlimen saya ucapkan selamat balik ke kawasan masing-masing dan selamat bertugas sebagai Ahli Parlimen di kawasan masing-masing. Ahli-ahli Yang Berhormat, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidakditetapkan. [Tepuk]
[Dewan ditangguhkan pada pukul 12.46 tengah hari] (DR-19.6.2014, ms 83)

12 Mesyuarat Khas Parlimen Pada 23 Julai 2014 – Nahas Pesawat MH17

Berikutan nahas pesawat MAS MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014, satu Mesyuarat Khas Dewan Rakyat telah diadakan pada hari  Rabu, 23 Julai 2014.  Mesyuarat ini diadakan mengikut peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(3) dan notis telah dikemukakan oleh YAB  Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat kepada Yang di-Pertua  pada 18 Julai 2014. Tujuan mesyuarat adalah bagi  membahaskan tragedi malang yang menimpapesawat MAS MH17 tersebut.

“USUL PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
TRAGEDI MALANG PESAWAT MAS MH17

Perdana Menteri  mencadangkan :
BAHAWA Dewan yang mulia ini, menzahirkan perasaan sangat dukacita, rasa amat sedih dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa para penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17,Syarikat Penerbangan Malaysia atau MAS.

BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, turut merakamkan ucapan takziah dan belasungkawa serta simpati yang amat mendalam, kepada seluruh ahli keluarga, sahabat handai dan kenalan
penumpang serta anak-anak kapal pesawat MH17 tersebut.

BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, dengan tegas mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak berperikemanusiaan, tidak bertamadun, bersifat ganas lagi tidak bertanggungjawab oleh pihak yang dipercayai menembak jatuh pesawat MH17, sehingga telah mengorbankan nyawa sejumlah 298 orang yang terdiri daripada 283 penumpang dan 15 anak kapal yang tidak berdosa.

BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini, menggesa supaya siasatan terperinci dilakukan oleh badan bebas antarabangsa mengenai nahas itu dan mendesak semua pihak untuk memberikan
kerjasama bagi memastikan siasatan itu dapat diselesaikan dengan segera.

DAN BAHAWASANYA Dewan yang mulia ini juga, menuntut agarsiasatan menyeluruh dibuat supaya pihak yang dipercayai bertanggungjawab melakukan jenayah terhadap kemanusiaan dengan menembak jatuh pesawat MH17, segera dihadapkan kemuka pengadilan.”


Usul tersebut telah dibahaskan olehi 12 orang Ahli dari Barisan Nasional dan 10 orang dari daripada pihak pembangkang.  Sebagaimana amalan biasa senarai ahli-ahli yang berbahas dipersetujui terlebih dahulu setelah Yang di-Pertua berbincang dengan YB  Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan dan   ketua-ketua WHIP parti daripada pihak pembangkang. Usul telah dipersetujukan dengan undian suara sepenuhnya (sebulat suara – tiada suara yang berkata “ titak setju “.)

. “Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Amat Berhormat. [Tepuk] Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalah ialah bahawa Usul Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) seperti yang tertera dalam Aturan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 1 hendaklah disetujukan.”



13 Ramai Ahli Dewan Rakyat Tidak Hadir, Giliran Pertanyaan Sehingga Nombor 23

Dalam sessi pertanyaan lisan di persidangan Mesyuarat Majlis Parlimen Ketiga Belas, giliran pertanyaan lisan biasanya sampai ke nombor 6 hingga 9 sahaja.  Ini kerana, pada sessi Majlis ini,Ahli-Ahli Dewan mengemukakan pertanyaan tambahan yang berjela-jela dan mengandungi banyak  pertanyaan.   Oleh yang demikian Yang di-Pertua sering menegur Ahli-ahli supaya meringkaskan pertanyaan tambahan dan juga minta YB Menteri/Timbalan Menteri manjawab soalan utama sahaja dengan tepat dan ringkas.

Walau bagaimanapun, pada 17 November 2014,pada pukul 11.20 pagi, nombor giliran pertanyaan lisan telah selesai nombor 11.  Ahli yang bertanya bagi nombor 12 tidak hadir/tiada dalam Dewan, begitu juga dengan nombor 13  dan, 14.  Bagi nombor 15,  Ahli yang bertanya hadir tetapi YB Menteri/Timbalan Menteri (Pengangkutan) pula tiada dalam Dewan., Timbalan Yang di-Pertua memutuskan supaya diberi jawapan bertulis.  Seterusnya nombor 16, 17, 18, juga Ahli tidak hadir.  Manakala bagi nombor 19, Ahli yang bertanya  hadir tetapi YB Menteri (Pelancongan dan Kebudayaan) tiada dalam Dewan, maka jawapan juga diberi secara bertulis.    Begitu juga seterusnya nombor 20, 21, dan  22.  Akhirnya sampai giliran nombor 23 -  ahli  hadir dan dijawab oleh YB Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Kelazimannya  di Dewan Rakyat, soalan oleh Ahli tidak hadir  tidak akan dijawab dan ianya suatu yang biasa dan diterima.   Namun jika, pihak yang menjawab tiada daalam Dewan, keadaan sebaliknya berlaku dan seolah-olah tidak boleh diterima.  Ini kerana mana-mana Anggota Pentadbiran boleh menjawab walaupun bukan kementerian/portfolionya.

”■1120
 [Soalan No.12 – Dato’ Ngeh Koo Ham (Beruas) tidak hadir]
[Soalan No.13 - Datuk Sapawi bin Ahmad Wasali (Sipitang) tidak hadir]
[Soalan No.14 - Tuan Lim Guan Eng (Bagan) tidak hadir]
15. Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [Jerantut] minta Menteri Pengangkutan menyatakan, adakah kementerian berhasrat untuk mengawal jumlah lori yang mempunyai lebihan had muatan berbanding dengan had kemampuan jalan raya semasa dan jika tiada, apakah tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila soalan bertulis oleh sebab Yang Berhormat Timbalan Menteri tiada di dalam Dewan dan juga Yang Berhormat Menteri... [Dewan riuh][Ketawa] Yang Berhormat, Yang Berhormat, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak ya, faham-faham sahajalah... [Ketawa][Dewan riuh]
Ya, Yang Berhormat-Yang Berhormat. Ya, Yang Berhormat-Yang Berhormat, sila diam ya.... [Dewan riuh]
[Soalan No.16 – Tuan Jeff Ooi Chuan Aun (Jelutong) tidak hadir]
[Soalan No.17 – Tuan Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh (Setiu) tidak hadir]
[Soalan No.18 – Dato' Kamarul Baharin bin Abbas (Telok Kemang) tidak hadir]
19. Tuan Haji Ahmad Lai bin Bujang [Sibuti] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan:
(a) jumlah terkini kehadiran pelancong Eropah, China, Timur Tengah, Amerika, Jepun, Korea, India, Afrika dan Asia Tenggara yang berkunjung ke Sarawak sepanjang tempoh Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014;
dan
(b) berapakah jumlah pendapatan yang diperoleh hasil kunjungan pelancong tersebut dan adakah sasaran Tahun Melawat Malaysia 2014 dapat dicapai.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Menteri juga tiada dalam Dewan... [Ketawa]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Hari ini dalam sejarah!
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]: Ponteng! Ponteng!... [Dewan riuh]
[Soalan No.20 – Tuan Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz (Pasir Mas) tidak hadir]
[Soalan No.21 – Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan (Keningau) tidak
hadir]
[Soalan No.22 – Dr. Hajah Siti Mariah binti Mahmud (Kota Raja) tidak hadir]
23. Datuk Juslie bin Ajirol [Libaran] minta Perdana Menteri menyatakan, usaha drastik Suruhanjaya Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membersihkan kegiatan rasuah yang berleluasa dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia berikutan 12 pegawai Kastam termasuk seorang daripadanya Pengarah Kastam negeri bergelar Datuk ditahan membabitkan sindiket penyeludupan mencecah ratusan juta ringgit di Pelabuhan Klang.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Perdana
Menteri, SPRM, ada Menteri?
Tuan Er Teck Hwa [Bakri]: Tak ada di Dewan... [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, juga tiada?
Datuk Seri Reezal Merican [Kepala Batas]: Mahu ada! Mahu ada itu!
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Jawapan bertulis. Ada Yang Berhormat Menteri?... [Dewan riuh] Sila Yang Berhormat Menteri, ya yang lain diam ya. Yang Berhormat Menteri Pelancongan ada dalam Dewan tadi, dia berada di luar Dewan di dalam toilet, minta maaf... [Ketawa] Bukannya Yang Berhormat Menteri pergi minum air tak? Dalam toilet. Sila, sila. Sila Yang Berhormat Menteri.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim]: Tuan Yang di-Pertua, Suruhanjaya Rasuah Malaysia sentiasa memberikan penekanan kepada perkaraperkara yang berkaitan dengan pencegahan rasuah di dalam negara dan siasatan kepada 12 orang Pegawai Kastam termasuk Pengarah yang bergelar Dato’ sedang dalam siasatan. Perkara ini dipandang sangat serius, malahan penahanan ataupun siasatan yang dijalankan ini menunjukkan bahawa telah mendapat kesan kepada usaha kerajaan untuk membanteras rasuah di dalam negara.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila Yang Berhormat Menteri. Ya, Yang Berhormat Libaran.
Datuk Juslie bin Haji Ajirol [Libaran]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya ingin tahu, sejak SPRM digubal sejak beberapa tahun yang lalu, berapakah pegawai-pegawai anggota SPRM telah ditambah di semua peringkat, termasuk juga di negeri-negeri yang agak memerlukan perkhidmatan SPRM ini? Terima kasih.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya hendak minta penjelasan. Yang Berhormat Menteri hendak jawab sendiri atau Timbalan Menteri? Ya, Yang Berhormat Timbalan Menteri, sila, sila, ya sila... [Disampuk][Ketawa] Yang Berhormat Seputeh..
Dato’ Razali bin Ibrahim: Kalau boleh, saya beri penjelasan, SPRM berada di bawah Yang Berhormat Senator Paul Lau, bukan Yang Berhormat Arau.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, sila, sila.
Dato’ Razali bin Ibrahim: Saya tidak memiliki jumlah yang tepat mengenai jumlah pegawai. Namun begitu saya boleh nyatakan di Dewan ini bahawa memang setiap tahun penambahan yang kita mohon itu telah pun dipenuhi. Malahan pada tahun ini juga, dalam bajet yang dibentangkan, sejumlah peruntukan telah diberikan bagi kita meningkatkan lagi pegawai di SPRM, termasuk peruntukan yang diberikan kepada pejabat dan bangunan-bangunan di setiap negeri bagi kita meningkatkan prestasi pegawai di Jabatan SPRM. Saya akan bagi Yang Berhormat dari segi jumlah sebenar secara bertulis. Apa yang saya tahu, lebih daripada 500 orang telah pun kita miliki buat masa ini.
Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Timbalan Menteri. Yang Berhormat Menteri, saya ingin minta jawapan daripadaYang Berhormat Menteri kalau boleh bertulis memandangkan kegiatan rasuah begitu ketara di negeri Sarawak. Saya hendak tahu, apakah langkah-langkah yang telah pun diambil oleh SPRM terutama sekali di Sarawak bagi mengurangkan kegiatan rasuah terutamanya yang membabitkan Jabatan Kastam. Terima kasih.
Dato’ Razali bin Ibrahim: Kita tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dalam kesalahan rasuah ini, dan saya mohon Yang Berhormat Stampin, sebelum saya jawab yang itu untuk memberi kerjasama kerana terlalu banyak kenyataan dibuat di luar tentang perlakuan rasuah yang berlaku di dalam negara. Namun begitu, pernah saya nyatakan di Dewan ini, laporan terhadap perkara tersebut perlu juga dilakukan khususnya di negeri Sarawak. Kalau Yang Berhormat Stampin merasakan memang banyak perlakuan rasuah yang berlaku, maka kita memohon untuk mengemukakan apa juga laporan kerana jumlah yang melaporkan perlakuan ataupun dakwaan berlakunya rasuah ini sangat rendah berbanding dengan kenyataan-kenyataan yang dibuat di luar. Ini sangat merunsingkan kita di SPRM kerana perkara tersebut boleh memberi persepsi, walhal kita tidak mempunyai maklumat-maklumat yang jelas tentang perkara-perkara yang dinyatakan. Jadi kita harap Yang Berhormat daripada- atau semua Ahli Yang Berhormat selain daripada membangkitkan di luar, berikan apa juga bahanbahan ataupun bukti-bukti seperti yang pernah dibuat oleh Yang Berhormat Bandar Kuching tentang beberapa insiden rasuah.  Akan tetapi apabila kita panggil Yang Berhormat Bandar Kuching untuk memberi  keterangan dan mengemukakan maklumat-maklumat tambahan, kadang-kadang diberi, kadangkadang  tidak juga kembali dengan bukti-bukti yang membantu pihak SPRM dalam menjalankan siasatan ke atas apa juga dakwaan yang berkaitan dengan rasuah.  Jadi Yang Berhormat, saya merasakan bahawa insiden ataupun dakwaan mengatakan  berlakunya rasuah yang sangat tinggi di negeri Sarawak ini perlu dikemukakan juga dengan  bukti-bukti dan kita akan siasat perkara tersebut.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat.]
■1130 [[DR.17.11.2014 – ms  23]


14 Jadual Giliran Perbahasan Bajet Bagi Peringkat Jawatankuasa –Ahli Tidak Puas Hati  Perbahasan Tidak Ikut  Giliran

Pada jam 11.44 pagi pada 21 November 2013, YB Klang bangun membangkitkan  bahawa  perbahasan Bajet peringkat Jawatankuasa pada hari ini adalah giliran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) seperti dalam kertas jadual uang diedarkan dan bukannya Kementerian Pertdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seperti yang dipanggil oleh Yang di-Pertua.   Sebenarnya giliran MITI telah selesai dibahaskan pada malam sebelumnya (sidang dilanjutkan sehingga 10.30 mlm dan Yang di-Pertua menegaskan jadual yang diedarkan oleh Setiausaha adalah sebagai panduan sahaja.


“Tuan Pengerusi: Ini sebelum saya panggil ini, ambil perhatian kepada menteri-menteri, kepada pegawai-pegawai kerajaan apa yang dibangkitkan dalam soal-soal yang dianggap mustahak oleh Ahli-ahli Yang Berhormat yang berkenaan. Kadang-kadang kalau saya jalankan tugas saya dengan menumpukan kepada Peraturan Mesyuarat disalah anggap tetapi kalau saya tidak berbuat demikian tidak selesai Mesyuarat Ahli Yang Berhormat. Percayalah, tidak mengapalah saya yang tanggung perasaan yang negatif demi untuk rakyat .Kementerian Perdagangan Dalam Negeri...

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Tuan Pengerusi, saya minta penjelasan. Menurut jadual yang diberikan kepada kita iaitu jadual surat kertas kuning ini, perbincangan sekarang ialah berkait dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Ini adalah penting sebab sekarang kita dapati bahawa kementerian lain Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dipanggil untuk bahas.Saya minta penjelasan mengapa kita tidak bincang Kementerian Perdagangan Antarabangsa sekarang yang ada dalam jadual. Mengapa kita ada jadual nanti? Mengapa kita ada jadual? Kalau kita tidak ada jadual maka ini kita sudah buat keputusan bahawa kita akan mengikut jadual ini. So, mengapa kita tidak mengikut jadual ini? Oleh sebab ada Ahli Parlimen yang telah buat persiapan untuk membahaskan MITI. Saya tahu semalam tetapi mengapa kita ada satu jadual?

Tuan Pengerusi: Ya, saya faham Yang Berhormat. Ya terima kasih Yang Berhormat. Okey terima kasih Yang Berhormat.
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: So saya minta penjelasan dan juga saya fikir Tuan Pengerusi isu TPPA ini telah dibangkitkan ...
Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Sudah habis.
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Dengarlah.
Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Yang Berhormat sudah ketinggalan kapal.Kapal sudah belayar, Yang Berhormat baru sampai. Mana ada TPPA lagi. Yang Berhormat Menteri sudah jawab semalamlah.
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Oleh kerana kerajaan tidak hendak bincang isu ini dalam Parlimen maka mereka tidak mahu memberi masa untuk wakil rakyat untuk bincang.
Tuan Pengerusi: Terima kasih. Ahli Yang Berhormat tidak payahlah.
Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Sudah diluluskan, mana boleh bahas.Tuan Pengerusi: Ahli Yang Berhormat, tidak payah bertekak Ahli Yang Berhormat.
Datuk Bung Moktar bin Raden [Kinabatangan]: Kapal sudah belayar pergi India, Yang Berhormat tinggal lagi masih di Port Klang.
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Kerajaan takut sekarang sebab WikiLeaks telah mendedahkan dengan perundingan Malaysia yang akan menaikkan harga ubat untuk rakyatMalaysia. Adakah takut untuk bincang oleh kerana tukar jadual? Saya minta penjelasan.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Semalam sudah bincang.
Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat yang lain Yang Berhormat yang berkenaan cuma minta penjelasan, respons itu daripada saya.
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Terima kasih Tuan Pengerusi.

Tuan Pengerusi: Jadi kalau saya beri respons sama ada ia sakit ataupun senang dan seronok untuk didengar sabar sahajalah. Ini Ahli-ahli Yang Berhormat apabila dapat kertas kuningseperti begini saya difahamkan oleh Setiausaha Dewan, ini cuma baca di atas jadual ini hanya untuk panduan am sahaja. Bermakna apabila panduan am, bukannya lantak paku jambatan Jepun [Ketawa] Maksud apabila ...

Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Tuan Pengerusi, panduan am mesti diikut pasal itu panduan.
Tuan Pengerusi: Yang Berhormat diam dahulu Yang Berhormat. Yang Berhormat, Yang Berhormat diam dahulu kerana saya sedang respons. Peraturan Mesyuarat mengatakan apabila Tuan Yang di-Pertua berhujah, tidak ada siapa yang boleh berdiri dan berhujah, peraturan mesyuarat.Jadi saya difahamkan bahawa semalam Kementerian Perdagangan Antarabangsa danIndustri telah habis dibahaskan. Jadi sebelum Yang Berhormat berdiri saya beri lagi prevention. Dalam peraturan mesyuarat bukan semua Ahli Yang Berhormat mandatori untuk dapat bahas. Itusebab di Parlimen lain seperti England, House of Commons ada Shadow Cabinet kerana supaya yang dapat dipilih yang mahir-mahir dalam satu perkara. Saya sudah sarankan daripada awal wujudkan begini supaya kita dapat berbahas. Perbahasan itu mantap. Akan tetapi Ahli-ahli Yang Berhormat menyarankan kepada saya apa itu demokrasi, apa itu peraturan mesyuarat.. [Disampuk] Apa itu ini, apa itu sana, apa? Sila teruskan Setiausaha sebelum ada lagi orang yang saya usir.
Seorang Ahli: Jangan marah.
Tuan Pengerusi: Bukan marah Yang Berhormat. Cuma kadang-kadang semua kita terbiasa seolah-olah tidak ada kesatuan untuk membincang mengenai dengan masalah rakyat. Masalah saya bukan rakyat Ahli-ahli Yang Berhormat. Jadi jangan beri masalah kepada saya kerana apabila beri masalah kepada saya, saya buat tugas saya. Yang Berhormat Pokok Sena belum lagi terasa, nanti hari ini. Jangan beri terlampau tinggi pokok itu Yang Berhormat Pokok Sena nanti kalau terjatuh rasa sakit [Ketawa]
Dato' Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Tuan Pengerusi pun sudah tebang tadi.
Tuan Pengerusi: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.Sudah saya sebut ikut cara Yang Berhormat Bakri. Dia bahagia, saya bahagia [Tepuk].Kepala Bekalan B.25 dan Kepala Pembangunan P.25 di bawah Kementerian PerdaganganDalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan terbuka untuk dibahaskan...
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Mahu bahas Yang Berhormat?... Sila. Kalau Yang Berhormat, fasal Yang Berhormat yang bercakap. Kalau ini Yang Berhormat bercakap kasi laluan tidak mengapa.
Tuan Charles Anthony Santiago [Klang]: Saya hendak bahas.
Dato' Haji Mahfuz bin Omar [Pokok Sena]: [Bangun]
Tuan Mohd. Rafizi bin Ramli [Pandan]: [Bangun]
Tuan Pengerusi: Hendak bahas, okey. Yang Berhormat Pokok Sena mahu bahas ataupun bagi dahulu kepada Yang Berhormat Pandan. Sila Yang Berhormat Pandan.
11.50 pg. “

Perkara tersebut juga dibangkit oleh YB Batu pada 25 November 2013 yang tidak puashati bahawa sepatutnya  Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETHA) dibahaskan pada 26 November 2014 mengikut jadual giliran perbahasan Bajet peringkat Jawatankuasa.  Timbalan Yang di-Pertua menegaskan bahawa perkara tyersebut telah dijelaskan oleh Yang di-Pertua sebelum ini.

“Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Tuan Pengerusi, Peraturan Mesyuarat 66(6) di mana saya ingin bawa kepada maklumat Tuan Pengerusi. Tuan Pengerusi, dalam senarai ini kami dimaklumkan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan bermula berbahas 26 November, Selasa. Kalau kita mula sekarang ramai di kalangan kita yang sentiasa kita kata Shadow Cabinet. Shadow Cabinet kita tidak ada di sini. So, agak unfair kalau kita mula perbahasan ini sebab...
Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Tuan Pengerusi, usul kita tadi pukul 10.30 malam.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kita mesti ikut peraturan.
Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Kalau mereka tidak ada itu hak mereka.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Bukan, bukan.
Dato' Abdul Manan Ismail [Paya Besar]: Kita kena teruskan urusan.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Memang ini dijadualkan ikut rancangan.
Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya, ya. Yang Berhormat Batu.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Kalau malam ini Yang Berhormat Menteri hendak jawab pun Yang Berhormat Menteri tidak boleh jawab macam itu.
Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Duduk Yang Berhormat, saya faham.
Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Sebab saya harap kalau untuk keadilan kita sepatutnya bagilah orang balik awal supaya kita boleh teruskan perbahasan. Kita tidak kejar masa sekarang.
Tuan Pengerusi [Dato' Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat sekalian, sebenarnya perkara ini telah dibangkitkan semasa Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan (DR.25.11.2013- ms  176 )”.






15 Usul Perdana Menteri Di Bawah P.M. 27(3) - Kertas Putih “Ke Arah   Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State”

Kerajaan telah membentangkan Kertas Putih : Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State” pada 26 November 2014 di Dewan Rakyat di Mesyuarat Ketiga, Pernggal Kedua, Parlimen Ketiga Belas.  Usul dicadang oleh YAB Perdana Menteri dan disokong oleh YAB Timbalan Perdana Menteri. 

“11.40 pg
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan I [Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) seperti berikut:
“Bahawa Dewan ini,
menyedari akan perlunya diberi penjelasan mengenai ancaman kumpulan militant Islamic State terhadap keselamatan negara kepada semua lapisan rakyat;
menyedari akan perlunya bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam  semua usaha menangani ancaman kumpulan militan Islamic State;
menyokong kerajaan melaksanakan dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenalkan menangani ancaman kumpulan militan Islamic State;
meluluskan dan merestui dasar-dasar dan usaha-usaha yang diperkenal oleh kerajaan untuk menangani ancaman kumpulan militan Islamic State;

dalam meluluskan Kertas Putih “Ke Arah Menangani Ancaman Kumpulan Islamic State”, Dewan ini menyeru semua lapisan rakyat Malaysia mempergiatkan usaha dan komitmen mereka untuk sama-sama menyokong kerajaan menangani ancaman berkenaan. (DR -26.11.2014)”

Seramai 6 orang Ahli iaitu Permatang Pauh, Tanjong Karang, Gelang Patah, Mas Gading , Tumpat dan Kinabatangan telah membahaskan usul tersebut dan  digulung oleh YB Menteri Dalam Negeri.  Usul telah dipersetujukan dengan undian suara dan   Ahli Permatang Pauh sebagai Ketua Pembangkang telah  menyokong usul ini dalam ucapan perbahasannya.

“Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di bawah Perkara 1 itu hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan]
Tuan Yang di-Pertua: [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat...
Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Ini menyokong keganasan. Laksamana bekas tentera.
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat Sandakan, Yang Berhormat Sandakan.
Datuk Seri Haji Noh bin Omar [Tanjong Karang]: Bekas tentera sokong pengganas, keganasan.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh]
Dato’ Seri Shahidan bin Kassim: Yang Berhormat Sandakan. Apalah you. [Dewan riuh]
Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli [Kuala Krai]: Lain kali minta Tuan Yang di-Pertua jangan tanya setuju atau tidak setuju, tidak perlulah jawab.
Tuan Yang di-Pertua: Walaupun ada suara yang nyaring begitu tetapi telinga dan pendengaran saya lagi lebih suara yang bersetuju. Maka usul disetujukan.
[Usul disetujukan]
Ahli -ahli Yang Berhormat, mesyuarat ditangguhkan hingga jam 2.30 petang nanti, terima kasih.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.04 tengah hari]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang] (DR.26.11.2014 51)


16 Menangguhkan Bacaan Kali Yang Kedua Dan Ketiga Rang Undang-Undang Di bawah P.M. 62 Semasa Dijawab - Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 (DR.23/2014)

Mengikut Peraturan Mesyuarat dan kelazimannya, mana-mana Rang Undang-Undang (RUU)  yang dicadangkan dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan adalah melalui usul oleh pihak Kerajaan dan ia akan dibuat sebelum bacaan kali kedua dan dipersetujukan oleh Dewan.    Namun pada 27 November 2014,  Rang Undang-Undang Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2014  dicadangkan oleh YB Subang supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan  mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2) tanpa perlu notis.

Isu berbangkit apabila YB Kuala Langat mencadangkan supaya elaun tetap Ahli Parlimen adalah lebih tinggi dari elaun tetap Ahli Dewan Undangan Dewan Negeri. (ADUN). Dimana dalam pindaan ini, elaun tetap Ahli Parlimen dinaikkan kepada RM11,000 sedangkan elaun  tetap ADUN Sarawak adalah RM15,000.  Cadangan ini disokong oleh YB Kinabatangan dan beberapa Ahli yang lain juga mencelah dan menyokong cadangan tersebut. Setelah selesai dibahaskan diperingkat dasar dan sedang digulung oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menetri, YB Kuala Langat mencelah dan seterusnya  YB Subang membuat cadangan supaya RUU tersebut dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan  mengikut Peraturan Mesyuarat 54(2) tanpa perlu notis, maka Yang di-Pertua Dewan menyatakan ini adalah kali pertama dan terdapat  pilihan sama ada Kerajaan menarik balik usul di bawah Peraturan Mesyuarat 62 atau di benarkan di bawah Peraturan Mesyuarat 54.  Beliau juga menyatakan, jika dibenarkan, ia membawa risiko yang lain iaitu usul kerajaan kalah.  Maka Yang di-Pertua menangguhkan Mesyuarat selama 15 minit bagi berunding dengan pihak Kerajaan.   Setelah bersidang semula , YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan usul untuk menangguhkan   bacaan kali yang  kedua  dan ketiga RUU ini Di bawah Peraturan Mesyuarat  62.  Situasi ini jarang berlaku  dan  mungkin kali pertama  kerana pada lazimnya RUU yang mendapat bantahan akan ditarik balik dan akan dikemukakan semula setelah pindaan dan rundingan  dengan pelbagai pihak dilaksanakan..

“Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya rasa daripada perbahasan yang kita sudah dengar, secara dasar kita setuju mesti ada kenaikan. Hanya ada permintaan untuk semakan jumlah dan sebagainya. Mungkin ada jalan keluar melalui Peraturan Mesyuarat 54, di mana kita lulus secara
dasar dan selepas itu kita boleh bawa usul tanpa notis untuk rujuk kepada Jawatankuasa Pilihan
yang boleh bawa balik dengan semakan yang diminta dengan apa-apa jumlah yang mungkin akan dipersetujui nanti. Itu yang kita boleh buat. [Disampuk] So, jadi itu yang boleh menemui hasrat Yang Berhormat Menteri juga dan hasrat Dewan yang hendak butiran dipinda. Peraturan Mesyuarat 54 di mana saya baca... [Disampuk] Peraturan Mesyuarat 54(2), betul.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih, terima kasih.

Tuan R. Sivarasa [Subang]: Saya baca dengan izin, Peraturan Mesyuarat 54(2) Tuan Yang di-Pertua dalam bahasa Inggeris, “Where a Bill has been read a second time...” - Apa yang kita buat sekarang. “It shall stand committed to a Committee of the whole House unless the House on motion commits it to a Select Committee.” Biasa kita commit selepas ini kepada Jawatankuasa, apa yang di sini juga boleh buat ialah kita hantar kepada Jawatankuasa Pilihan.  “Such motion shall not require notice...” - Jadi boleh diusulkan oleh mana-mana Ahli Parlimen. “Must be made immediately after the Bill is read a second time, and may be proposed by any member; the question there on shall be put forthwith and shall be decided without amendments or debate.”
■1950
Jadi, itu cadangan saya kepada – jalan keluarlah pada semua yang sudah bangun dan bagi pendapat dan inilah saya harap Menteri boleh mempertimbangkan. Kalau dipersetujui oleh Menteri bagi pihak kerajaan, inilah jalan keluar bagi kita dan inilah dengan tepatnya apa yang dihasratkan oleh cadangan Yang Berhormat Kinabatangan. Seorang Ahli: Saya sokong.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Saya sokong Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Ahli-ahli Yang Berhormat. Inilah juga pertama kali saya menghadapi cabaran. [Ketawa] Sebab Ahli-ahli Yang Berhormat adalah begini. Saya terima cadangan daripada Yang Berhormat Subang tadi bahawa boleh kita gunakan peraturan mesyuarat itu. Akan tetapi memandangkan ini adalah suatu usul yang dibawa oleh kerajaan, kalau saya benarkan itu ia mempunyai implikasi yang tidak baik iaitu usul dari kerajaan kalah dan
itu adalah tidak baik. [Dewan riuh]  Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya yang buat keputusan. Kerajaan sekarang ini mempunyai pilihan sama ada menarik balik usul di bawah Peraturan Mesyuarat 62. Saya tidak boleh benarkan di bawah Peraturan Mesyuarat 54 kerana apabila saya benarkan itu ia membawa risiko yang lain iaitu usul kerajaan kalah. Kalau usul kerajaan kalah, bermakna lain risikonya. Jadi, untuk memberi kepada kerajaan masa untuk memikirkan ini, saya bercadang untuk tangguhkan Mesyuarat ini selama 15 minit untuk kita bersidang balik. Ahli-ahli Yang Berhormat, Mesyuarat ditangguhkan selama 15 minit.

[Mesyuarat ditempohkan selama 15 minit]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 8.10 malam]



USUL
MENANGGUHKAN BACAAN KALI YANG KEDUA DAN KETIGA
RANG UNDANG-UNDANG DI BAWAH P.M. 62
8.13 mlm.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Shahidan bin Kassim]: Tuan Yang
di-Pertua, saya mohon mencadangkan;
“Bahawa menurut Peraturan Mesyuarat 62, Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 (DR.23/2014) seperti yang tertera di No.6 dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini ditangguhkan bacaan kali yang kedua dan ketiga dan dibawa ke mesyuarat akan datang. Berikutan dengan itu, semua Kertas Statut yang berkaitan rang undang-undang tersebut dengan
nombor ST.164 tahun 2014, ST.165 tahun 2014 dan ST.166 tahun 2014 yang dibentangkan dalam mesyuarat ini adalah ditarik balik.”
Tuan Yang di-Pertua: Baiklah. Sila.  “


17 Cadangan Ahli Dewan Negara Menolak Rang Undang-Undang Arkitek (Pindaan) 2014  Tetapi Akhirnya Disetujukan

Dalam persidangan hari terakhir bagi Dewan Negara di  Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen ketiga Belas  pada 18 Disember 2014, semasa perbahasan bacaan kali kedua bagi RUU ini,YB Senator  Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman membantah  dan meminta Dewan menolak RUU ini yang membenarkan pemilikan ekuiti 30% oleh warga asing dari luar ke atas syarikat profesyen arkitek di negara ini.  Cadangan disokong oleh YB Senator Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ibrahim Shah bin AbuShah.  Berikutan itu, Timbalan Yang di-Pertua telah menempohkan mesyuarat selama 20 minit bagi membolehkan rundingan dibuat dengan pihak Kerajaan.  Walau bagaimana pun, perbahasan diteruskan dan sebelum YB Timbalan Menteri Kerjaraya menjawab, YB Senator  Tan Sri Dato’ Abdul Rahim bin Abdul Rahman dijempu semula oleh Yang di-Pertua  bagi  menjelaskan cadangannya dan meminta  pihak Kerajaan memberi komitmen kepada isu yang dibangkitkan dan seterusnya  menarik  balik cadangan untuk menolak RUU ini.  Semasa menjawab YB  Timbalan Menteri Kerjaraya menyatakan bahawa Lembaga Arkitek Malaysia telah bersetuju . untuk memberikan aku janji bahawa pegangan ekuiti arkitek akan dibuka sebanyak 30% kepada orang-orang awam ataupun selain daripada arkitek sendiri. Akhirnya RUU ini dipersetujukan dengan undian suara.

“Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat Senator. Ahli-ahli Yang Berhormat,mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3) saya menempohkan persidangan mesyuarat pada hari ini selama20 minit bermula dari sekarang.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 2.55 petang.]
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.17 petang.]
Timbalan Yang di-Pertua: Baiklah kita teruskan dengan sesi perbahasan kita. Saya inginmenjemput Yang Berhormat Puan Hajah Khairiah binti Mohamed. Silakan Yang Berhormat.
3.17 ptg.”

“Timbalan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Baiklah, saya rasa sebelum YangBerhormat Menteri menjawab, saya sekali lagi ingin menjemput Yang Berhormat Tan Sri Rahim untukberucap lebih kurang lima, sepuluh minit bagi menyimpulkan dan menjelaskan dengan lebih dalam lagiperkara-perkara yang saya rasa masih tergantung atau pun yang masih membimbangkan YangBerhormat dan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Teruskan Yang Berhormat Tan Sri Rahim.
3.32 ptg.”” (DN – 18.12.2014)

Situasi ini membuktikan bahawa Dewan Negara bukan “ rubber stamp” dan diungkapkan dengan jelas oleh Yang di-Pertua Dewan Negara seperti berikut:
“…Di samping itu, saya hendak nyatakan juga bahawa Dewan Negara sebagaimana Yang Berhormat sendiri maklum, contohnya tadi apabila kita membahaskan Akta Arkitek. Ini menunjukkanbahawa semua Ahli Yang Berhormat membaca dan meneliti akta tersebut. Kita tidak boleh terima bulat-bulat sahaja. Kalau sekiranya didapati ada perenggan-perenggan, peruntukan yang difikirkan yang perlu dipinda, ataupun dianggap tidak boleh diterima, kita nyatakan dengan terus dan berani. Akan tetapi inimenunjukkan bahawa bukan kita hendak membuta tuli sahaja, di samping itu mengambil kira kedudukan Dewan Negara ini dan semangat bermusyawarah, semangat bertolak ansur, hingga kita dapat menyelesaikan tanpa menyusahkan peraturan Dewan. Akan tetapi saya ingin mengingatkan kementerian berkenaan contohnya seperti tadi, memberi pengakuan, saya hendak tentukan perubahan itu mesti ditulis, mesti dinyatakan. Dalam persidangan akan datang apabila akta ini menjadi rang undang-undang,segala perjanjian ataupun undertaking, dengan izin, yang perlu diubah, mesti dilakukan. Kalau tidak,Dewan Negara dalam persidangan akan datang akan melihat perkara ini dan kita tidak akan teragak-agak bertolak ansur dalam perkara ini…” [DN – 18.12.2014 , ms  91].


18 Ucapan Perpisahan Ahli Di Dewan Negara – Budibicara Yang di-Pertua

Tiada terdapat dalam Peraturan Mesyuarat atau kelaziman sama ada Dewan Rakyat atau Dewan Negara membenarkan Ahli berucap perpisahan.  Walaupun begitu, di Dewan Rakyat,  Ahli-ahli menyampaikan ucapan perpisahan dengan kebenaran Yang di-Pertua pada akhir terakhir persidangan pada 10 November 1999 (Rabu) di Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-9 sebaik sahaja Parlimen diumumkan Parlimen dibubarkan pada 11 November 1999 dan juga  pada 29 November 2012 di Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-12 kerana Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 30 April 2013, jika tidak dibubarkan.

Situasi ini tidak berlaku di Dewan Negara, namun pada hari terakhir persidangan, (18 Disember 2014) di di Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen ke-13, Yang di-Pertua telah membenarkan atas budi bicaranya kepada YB Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah untuk menyampaikan ucapan perpisahannya.  Kebiasaannya,  Ahli Dewan akan mengambil kesempatan membuat ucapan perpisahan  dan terima kasih semasa berbahas sama ada dalam Titah Diraja atau Belanjawan.

“..Akhir sekali, kerana ada permintaanlah, ini budi bicara saya. Selaku Yang di-Pertua, ada permintaan khas daripada sasterawan kita hendak memberi kata-kata akhir pantunnya. Saya silakan YangBerhormat. [Tepuk]

Dato’ Dr. Firdaus bin Haji Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya cuba untuk tidak
emosional. Untuk keperluan rekod, atau untuk Hansard, saya minta peluang berucap, tidak lebih dari dua minit atau barangkali tiga minit. Pertama sekali saya ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas rahmat dan kurnia-Nya memberi saya kesempatan menjadi anggota badan perundangan tertinggi di negara yang tercintaini. Saya berterima kasih kepada pimpinan tertinggi negara khususnya kepada Yang Amat BerbahagiaTun Abdullah Ahmad Badawi atas pelantikan saya untuk penggal pertama dan kepada Yang AmatBerhormat Dato’ Seri Najib Tun Razak yang sudi menyambung keanggotaan saya untuk Penggal Kedua.Saya memohon berbanyak-banyak maaf di atas segala kesilapan dan keterlanjuran kepada TuanYang di-Pertua dan Timbalan Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat rakan-rakan Senator semuanya.  Akhirnya Tuan Yang di-Pertua, dua rangkap pantun,
Anak enggang di kayu tinggi,
Patah ranting terbanglah dia,
Anak dagang tak lama di sini,
Sampai musim pulanglah dia.
Saya akan pulang... Satu rangkap lagi,
Jika ada sumur di ladang,
Bolehlah kita menumpang mandi,
Semoga umur sama-sama panjang,
Kita dapat berjumpa lagi.

Wabillahi taufik assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Tuan Yang di-Pertua: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Selamat bersara sahabatku. Itulah sahaja Yang Berhormat semua, maka persidangan ini sampai ke terakhir, Ahli Yang Berhormat Mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga ke satu terakhir yang tidak ditetapkan.Sekian. Wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
[Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.].” [DN-18.12.2014 – ms 92]

19 Perubahan Tempat Duduk Ahli-ahli Dewan Rakyat Beikutan Perubahan Barisan Pembangkang

Mengikut kelaziman dan amalan, tempat duduk Ahli-ahli adalah mengikut kedudukan penyokong Kerajaan, barisan pembangkang dan bebas. Dalam kelompok tersebut pula, ditentukan pula mengikut kekananan dari segii jawatan politik dan keahlian dalam Dewan. Ia selalunya ditentukan  selepas  Pilihanraya Umum semasa persidangan pertama di Mesyuarat Pertama.  Walaupun demikian, perubahan-perubahan kecil akan berlaku apabila berlakunya Pilihanraya Kecil atau perlantikan Anggota Pentadbiran.  Namun begitu, pada persidangan pertama, 19 Oktober 2015 di Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas, Yang di-Pertua memaklumkan perubahan tempat duduk.  Perubahan ini dilakukan berikutan ahli-hali Dewan dari PAS tidak lagi berdekatan/berkelompok dengan pembangkang Pakatan Harapan yang mengandungi PKR, DAP dan AMANAH, di mana  AMANAH ditubuhkan oleh ahli-ahli PAS yang tidak berjaya dalam pertandingan jawatan semasa pemilihan di Muktamar PAS. (Seramai 7 orang Ahli Parlimen PAS telah menjadi Ahli AMANAH – YB Parit Buntar, Sepang, Kota Raja,  Shah Alam, Kuala Krai dan Kuala Terengganu.).  Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden PAS telah berubah tempat duduk ke blok lain dan tidak  lagi sebaris/sebelahan dengan DAP dan PKR.

PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA
PERUBAHAN TEMPAT DUDUK AHLI

“ Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, saya ingin memaklumkan kepada Majlis Mesyuarat bahawa terdapatnya perubahan tempat duduk dalam Mesyuarat kali ini. Namun tempat duduk yang ditentukan ini adalah untuk sementara sebelum saya membuat keputusan dengan mengambil kira persetujuan daripada ketua-ketua parti. Terima kasih. “

20 Usul Jawatankuasa Pemilih Dibahaskan

Lazimnya Usul  Jawatankuasa Pemilih dikemukakan pada sidang di Mesyuarat Pertama selepas Pilihanraya Umum.  Walau pun begitu, ia juga boleh dikemukakan jika ada perubahan pengerusi sebagaimana usul yang dikemukakan pada sidang Dewan Rakyat pada 19 Oktober 2015 di Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 bagi melantik Ahli-ahli Jawatankuasa Pemilih yang baharu berikutan beberapa ahli telah digugurkan jawatan dalam Kerajaan seperti Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Parlimen Cameron Highland dan juga perlantikan  Ketua Pembangkang  yang baru.  Usul tersebut seperti berikut:




USUL
MELANTIK JAWATANKUASA PEMILIH DI BAWAH P.M.76

“Perdana Menteri dan Menteri Kewangan [Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut peruntukan Peraturan 76, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, saya mohon mencadangkan supaya Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Ahli Parlimen Bagan Datok Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri menggantikan Yang Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Ahli Parlimen Pagoh; Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Ahli Parlimen Segamat, Menteri Kesihatan menggantikan Yang Berhormat Datuk Seri Palanivel s/o Govindasamy, Ahli Parlimen Cameron Highlands dan Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Permatang Pauh menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh dilantik sebagai salah seorang daripada enam orang Ahli Jawatankuasa Pemilih di bawah Peraturan Mesyuarat 76 untuk tempoh Parlimen Ketiga Belas.”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]:
Saya menyokong usul ini. [Dewan riuh]”

Pada kebiasaannya juga usul sedemikian tidak  dibahaskan  tetapi terbuka untuk dibahaskan jika perlu.  Kali ini usul ini telah dibahaskan oleh YB Batu, Shah Alam, Kuala Krai dan Padang Rengas (mewakili Kerajaan), dan seterusnya usul dipersetujukan..
“Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah sekarang ini ialah usul daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini terbuka untuk dibahas.  alau perlu dibahas, bahas. Kalau tidak perlu, tidak apa. Ini cuma menamakan Ahli-ahli YangBerhormat dalam Peraturan Mesyuarat 76 sahaja. Mahu juga? Silakan.

Tuan Chua Tian Chang @ Tian Chua [Batu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya tidak mahu bahas panjang. Cuma saya menyatakan sokongan terhadap usul ini. Akan tetapi saya juga ingin mengingatkan peralihan jawatankuasa ini juga menunjukkan tanda-tanda negara kita dalam keadaan gawat. Oleh sebab pertukaran Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara dan kita terpaksa diganti dengan Ketua Pembangkang yang baru. Kita juga tidak boleh elakkan untuk mengakui ada masalah dalaman dalam parti pemerintah dan menyebabkan perubahan ini.....”

21 Usul  Melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Yang Baharu Kerana Penyandang dan Beberapa Ahli Dilantik Sebagai Anggota Pentadbiran

Kelazimannya Usul sedemikian dikemuakan pada sidang di Masyuarat Pertama selepas Pilahanraya Umum (PRU).  Selepas PRU 13, dalam, Majlis Parlimen ke-13, YB Pulai telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).  Oleh kerana beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri dalam rombakan kabinet pada bulan Julai 2015, maka usul baharu dikemukakan untuk melantuik Pengeruisi PAC yang baharu pada 19 Oktober 2015 di Mesyuarat Ketiga,Penggal Kertiga, Parlimen Ke-13 seperti berikut:
 . “Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]:
Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan:
“Bahawa Yang Berhormat Dato’ Hasan bin Arifin, Ahli Parlimen Rompin dipilih menggantikan Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan binMohamed, Ahli Parlimen Pulai sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kiraWang Negara bagi Parlimen Ketiga Belas.”

Tuan Yang di-Pertua: Ada yang menyokong?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]: Saya
menyokong Yang Berhormat.

Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Tuan Yang di-Pertua, boleh saya membuat bantahan?

Tuan Yang di-Pertua: Begini Yang Berhormat. Oleh kerana sekarang ini usul sudah pun dibawa dan usul itu adalah proper dan disokong, jadi sekarang ini saya minta kalau ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang mahu berbahas dan dalam perbahasan itu nanti Yang Berhormat cakaplah apa sahaja asalkan tidak melanggar peraturan mesyuarat.

Usul sedemikian jarang dibahaskan walau pun dibenarkan dalam Peraturan Mesyuarat .  Kali ini ai dibahaskan dalam situasi yang tegang olerh Ahli-ahli khususnya YB Tumpat, Sepang Kota Bharu, Tanjong Karang, Bagan  dan  Parit Buntar.  Antara isu yang dibangkitkan ialah tiada dinyatakan Peraturan Mesyuarat dalam usul, tafsiran PAC boleh melantik pengerusinya jika ketiadaan Pengerusi. (Peraturan Mesyuarat 72, 73 dan 76).  Penjelasan Yang di-Pertua adalah seperti berikut:

“Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Yang Berhormat Sepang, duduk Yang Berhormat Sepang. Oleh sebab ini melibatkan peraturan mesyuarat dan tafsiranperaturan mesyuarat, saya rasa orang yang patut menjawabnya adalah saya keranasaya yang membuat ketetapan itu ataupun tindakan itu.Ahli Yang Berhormat, ini sebagai respons kepada apa yang disebut oleh Yang Berhormat Sepang mengenai dengan usul daripada Menteri tadi perlu ditolak sahaja oleh sebab ia tidak menyebut pun peraturan mesyuarat mana yang usulnya dibawa.Cara usul itu dibawa, Ahli-ahli Yang Berhormat ialah perhatikan PeraturanMesyuarat 26 dan 27. Peraturan Mesyuarat 26, di situ memperincikan perkara-perkara yang tidak perlu ada notis. Diperincikan P.M.26(1)(a), (b), (c) dan sampai berapaberapa.Selain daripada apa yang diperincikan oleh Peraturan Mesyuarat 26 itu, setiap usul yang dibawa oleh Ahli Yang Berhormat biasa bukan ahli kerajaan, notis 14 hari.Kalau dia ahli kerajaan, di bawah Menteri, selama tujuh hari. Akan tetapi, kalau usulyang dibawa itu oleh seorang Menteri, dia dapat meyakinkan kepada Tuan Yang di-Pertua bahawa notis cuma dalam 24 jam, maka Tuan Yang di-Pertua bole hmembenarkannya.

Mengenai dengan apa yang telah disebut oleh Yang Berhormat Tumpat tadi dan Yang Berhormat dari Kota Bharu iaitu mengenai dengan P.M.77(2) dan P.M.77(3). Begini Yang Berhormat, P.M.77(2) itu mustahak kerana Select Committee ini yang dipengerusikan oleh Speaker, committee ini saya pengerusi yang menamakan ahli-ahli dalam setiap jawatankuasa. Akan tetapi dalam soal Public Account Committee,jawatankuasa yang saya pengerusikan iaitu Select Committee, tidak boleh menamakan siapakah pengganti, mesti juga Majlis. Apabila kita membaca dalam peraturan mesyuarat ini, Majlis yang menamakan Pengerusi PAC dan Timbalan Pengerusi PAC,bukan saya atau bukan jawatankuasa saya. Siapa yang menamakannya ialah Ahli-ahli Yang Berhormat kerana usul itu nanti akan dikemukakan juga untuk dipersetujui ataupun tidak.

Mengenai dengan Peraturan Mesyuarat 77(3). Apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Kota Bharu ini ialah semasa ketiadaan Pengerusi atau Timbalan Pengerusi.Itu Yang Berhormat dalam keadaan di mana ada Pengerusi, normal situation. Kalauumpamanya kalau boleh saya ambil contoh, pada ketika waktu mesyuarat PAC berlangsung dan pada ketika itu Yang Berhormat Nur Jazlan tidak dapat datang disebabkan dia sakit kah ataupun traffic jammed kah, maka pada ketika waktubermesyuarat itu, Yang Berhormat Kepong boleh mengambil alih sebagai pengerusi.Peraturan Mesyuarat 77(3) ialah referring to that kind of situation, bukan dalamkeadaan di mana seorang Public Account Committee punya Pengerusi itu apabila diasudah tidak ada dalam jawatan, maka boleh Peraturan Mesyuarat 77(3) di applied. Itu adalah tafsiran saya. Tafsiran saya itu adalah disokong oleh pendapat-pendapat orang-orangtertentu yang saya tanya dari Jabatan Peguam Negara. Jadi itu sebetulnya yangberlaku.”


Usul ini yang dikemukakan pada pukul 12.00 tengahari, setelah dibahas,  dijawab  oleh YB Menteri di JPM  pada  pukul 3.21 petang dan akhirnya dipersertujukan dengan undian suara.

“Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa usul seperti yang dikemukakan oleh Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah Perkara 2 itu tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]


22      Tidak Puas Hati Usul 18(1) Ditolak – Ahli Diperintah Keluar

Pada 19 Oktober 2015, di hari pertama persidangan di Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga,  Parlimen Ketiga Belas, Yang Berhormat Segambut telah membangkitkan ketidakpuasan  kerana usul di bawah 18(1) yang dikemukakannya telah ditolak.  Namun Yang di-Pertua memaklumkan bahawa keputusannya adalah muktamad dan tidak boleh ditarik balik.

Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Peraturan... Peraturan Mesyuarat 18.
Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk, duduk. Setiausaha duduk. Peraturan mesyuarat
mana Yang Berhormat?
Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: 18.
Tuan  Lim  Lip  Eng  [Segambut]:  Ya,  18(1)  Tuan  Yang  di-Pertua,  saya  telah
membawa satu usul di bawah 18. Berhubung...
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Segambut.
Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Ya, berhubung isu...
Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat Segambut...
Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Ya...
Tuan Yang di-Pertua: Sila duduk.
Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Saya belum habis.
....
Tuan  Yang  di-Pertua:  Sila  duduk  Yang  Berhormat.  [Dewan  riuh]  Ahli  Yang  Berhormat  Segambut  dan  Ahli  Yang  Berhormat  yang  lain  seharusnya  usul-usul  seperti  begitu Yang Berhormat bangkitkan, harus Yang Berhormat berdiri selepas 11.30 sebelum  kita  berakhir  kepada  peraturan-peraturan  mesyuarat  yang  lain.  Ini  sudah  dua  urusan  mesyuarat yang kita kendalikan. Pertama rang undang-undang, kedua usul lepas itu Yang  Berhormat bawa lagi balik kepada 18(1). Yang Berhormat, faham Yang Berhormat?
........
“Tuan Yang di-Pertua: Duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat dua-dua duduk! Ini adalah tahun ketujuh bagi saya. Sejak bila jugaapabila Ahli-ahli Yang Berhormat apabila saya tolak usul di bawah 18(1) dan 18(2), saya kaji balik tindakan saya sejak bila. Kenapa bila saya menolak sesuatu usul sama ada dalam Majlis ataupun dalam kamar, keputusan itu adalah muktamad tidak boleh saya tarik balik. Ahli Yang Berhormat semua ini tahu selama tujuh tahun. Apabila pula Yang Berhormat berdiri bermakna sengaja mengganggu peraturan mesyuarat ini kerana Ahli Yang Berhormat tahu bahawa saya tidak akan kasi laluan lagi. Dalam Peraturan Mesyuarat 18(7) pun tidak boleh diulang balik dan disebut balik. Jadi mahu lagi Yang Berhormat berdiri mahu berkeras dengan ini? Kalau tidak saya gunakan Peraturan Mesyuarat 44.

Ketegasan Yang di-Pertua telah mendapat bantahan keras dari bebrapa Ahli pembangkang termasuk YB Puchong, yang akhirnya diperintahkan keluar dari Dewan.

“Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puchong, sila duduk. Ini kerana tidak ada dalam peraturan mesyuarat that I have to listen to what you say. You have to listento what I say di bawah Peraturan Mesyuarat 42 dan 43.”...

“Tuan Yang di-Pertua: Ahli Yang Berhormat. Oleh kerana Yang Berhormat Puchong setelah saya memberi warning kepada Yang Berhormat Puchong berkali-kali,Yang Berhormat Puchong berdegil-degil juga”
“Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Puchong, sit down. You’re already sittingdown. Kalau Yang Berhormat Puchong tidak mempunyai niat dan sedemikian, kenapaharus lambat tarik balik. What’s the point?”

:”Tuan Yang di-Pertua: Saya telah buat keputusan, sila keluar.”

Tuan Yang di-Pertua: Akan tetapi dalam Peraturan Mesyuarat 42, saya baca,“Bila-bila Ahli-ahli ditegur oleh Pengerusi berkenaan dengan peraturan mesyuarat ataubila-bila Pengerusi menyampuk masa dijalankan perbahasan, maka siapa-siapa Ahliyang sedang bercakap atau yang hendak bercakap, hendaklah duduk dalam MajlisMesyuarat atau Jawatankuasa hendaklah diam supaya cakap Pengerusi boleh didengardengan tidak terganggu”.Ini tidak. Kalau Yang Berhormat boleh buang, campak peraturan mesyuarat,saya lagi boleh campak jauh-jauh.” (Penyata Rasmi ; DR-19.10.2015)


23 Usul Penerangan (Peraturan Mesyuarat 14) Mengenai Isu Dana Politik RM2.6 Bilion

Sebanyak 33 pertanyaan sama ada  lisan dan bukan lisan yang menyentuh isu berkaitan  dana politik RM2.6 bilion yang didakwa dari  1MDB di Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas.  Sejak hari pertama persidangan, jawapan bertulis Perdana Menteri ialah semua soalan-soalan berkaitan 1MDB akan dijawab serentak.   Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Ahli Parlimen Pembangkang dan sering di bangkitkan dalam oleh ramai ahli semasa  perbahasan Bajet 2016..

Pada 3 Disember 2015,  selepas sesi  pertanyaan lisan, YAB Timbalan Perdana Menteri mengemukakan Usul Penerangan Kerajaan bagi menjawab semua pertanyaan   dan isu berkaiitan 1MDB.  Kebiasaannya Usul Penerangan ini hanya untuk menerangkan atau menjelaskan isu penting  atau menjelaskan kekeliruan jawapan dalam Dewan.  Maka ini jarang berlaku atau mungkin kali pertama Usul Penerangan digunakan untuk menjawab serentak semua pertanyaan sesuatu isu.  Usu Penerangan tersebut seperti berikut:

PENERANGAN DARIPADA YANG AMAT BERHORMAT TIMBALAN PERDANA
MENTERI DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 14(1)(i)
PENJELASAN BERKAITAN ISU DANA POLITIK RM2.6 BILION

11.31 pg.
 “Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri [Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Tuan Yang di-Pertua, saya memohon untuk membuat penerangan dengan menggunakan Peraturan 14(1)(i) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di Dewan yang mulia ini berhubung dengan isu dana politik RM2.6 bilion yang telah dibangkitkan oleh beberapa orang Ahli Dewan ini melalui pertanyaan bagi jawapan lisan. …Pertanyaan bagi jawapan bertulis serta semasa perbahasan peringkat dasar dan Jawatankuasa Bajet 2016 pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas Dewan Rakyat yang bermula pada 19 Oktober 2015.
...Tuan Yang di-Pertua,. Pada 4 Ogos 2015, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa jumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri itu bukan daripada 1MDB. Kerajaan telah dinasihatkan oleh Peguam Negara bahawa apa-apa kenyataan tidak wajar diberikan berhubung dengan perkara yang dibangkitkan memandangkan perkara tersebut masih dalam siasatan oleh agensi yang berkaitan. Namun begitu saya rasa perlu dimaklumkan bahawa SPRM telah pun mengenal pasti penderma dana politik RM2.6 bilion itu. Selain itu, Bank Negara juga telah dimaklumkan mengenai pembukaan akaun bank tersebut.Agensi yang berkaitan hendaklah diberikan kebebasan dalam menjalankan siasatan secara telus dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.Apa-apa kenyataan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berhubung dengan perkara yang dibangkitkan boleh dianggap sebagai subjudis yang boleh menjejaskan perjalanan sesuatu siasatan dan juga menimbulkan prejudis oleh orang awam terhadap pihak-pihak dalam siasatan berkenaan.

Pada masa yang sama, saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa dalam sistem demokrasi, amalan menerima dana politik dibenarkan kepada parti-parti politik termasuk pembangkang. Pada masa ini Malaysia masih lagi tidak mempunyai undang-undang yang mengatakan derma atau pembiayaan politik perlu diisytiharkan dan tidak mengharamkan derma untuk kegunaan politik.Malah realitinya di kebanyakan negara maju juga derma politik diberi secara umum. Janganlah mana-mana pihak menuding jari dan berpura-pura tidak memerlukan dana politik kerana dalam sistem demokrasi, derma politik bukan perkara baru. Sebenarnya Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sendiri telah menyatakan kesediaannya supaya pembiayaan politik dikawal selia sejak tahun 2009 lagi. Pada tahun 2010, Program Transformasi Kerajaan (GTP) menyarankan cadangan kawal selia terhadap pembiayaan dana politik. Yang Amat Berhormat Perdana Menteri juga telah menandatangani ikrar integriti pilihan raya oleh Transparency International Malaysia pada tahun 2013. Namun saranan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk mengawal selia derma atau pembiayaan dana politik tidak menjadi kenyataan kerana cadangan ini ditolak oleh parti pembangkang.
.. Sehingga kini tidak ada undang-undang khusus dalam negara untuk menguruskan pemberian pembiayaan dana politik. Memandangkan isu derma ini telah mendapat perhatian umum dan pelbagai reaksi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri pada tahun ini sekali lagi mengetengahkan semula cadangan asal untuk mengawal selia pemberian dana politik dengan menubuhkan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik yang akan mengambil kira pandangan semua pihak. Sekian.” [Penyata Rasmi DR-3.12.2015]

Ramai Ahli-ahli Parlimen Pembangkang  termasuk  YB Puchong, Subang, Pokok Sena dan beberapa Ahli Parimen yang lain tidak berpuas hati sejak awal lagi menganggu YAB Timbalan Perdana Menteri.  Begitu juga selepas Usul Penerangan tersebut dibentangkan   Ahli Parlimen Puchong dan Bagan bangun mminta penjelasan, namun tidak dibenarkan kerana Usul Penerangan ini tidak membenarkan pencelahan dan soalan tambahan dikemukakan.
“Tuan Yang di-Pertua: Tidak boleh saya benarkan Yang Berhormat kerana kenyataan itu di bawah Peraturan Mesyuarat 14. Kalau saya benarkan bermakna saya  sendiri langgar peraturan mesyuarat” [Penyata Rasmi DR- 3.12.2015]

24 Usul Menghadapkan Ahli Parlimen Lembah Pantai Kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan


Pada  3 Disember 2015 juga, selepas Usul Penerangan YAB Timbalan Perdana Menteri tersebut,  usul menghadapkan Ahli Parlimen Lembah Pantai ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dikemukakan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri  mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) dan 85, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.   Ini berikutan pertemuan  antara Nurul Izzah dengan Jacel Kiram, anak kepada Jamalul Kiram III. 

USUL MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI DI BAWAH P.M. 27(3)
MERUJUK YANG BERHORMAT LEMBAH PANTAIKEPADA JAWATANKUASA HAK
DAN KEBEBASAN
11.54 pg.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said]:Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan:
Bahawa Majlis mengambil maklum berkenaan peristiwa pencerobohan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari 2013 oleh kumpulan yang dikenal pasti sebagai pengikut Jamalul Kiram III bagi merampas wilayah di Pantai Timur Sabah.

Bahawa pencerobohan kumpulan tersebut ternyata telah mencabar kedaulatan negara dan telah mengakibatkan kehilangan nyawa anggota keselamatan negara.

Bahawa sebagaimana yang telah dilaporkan di laman media sosial dan gambar yang dimuat naik oleh Puteri Jacel Kiram pada 9 November 2015, Yang Berhormat Lembah Pantai telah menghadiri pertemuan bersama dengan Puteri Jacel Kiram yang merupakan anak kepada Jamalul Kiram III.

Bahawa Yang Berhormat Lembah Pantai sedia maklum bahawa Puteri Jacel Kiram menentang kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada negara Malaysia dan sehingga kini masih menuntut neger i Sabah adalah milik Kesultanan Sulu.

Bahawa pertemuan Yang Berhormat Lembah Pantai dan Puteri Jacel  Kiram tersebut menimbulkan prasangka negatif dan tidak sensitif  terhadap peristiwa pencerobohan Lahad Datu yang telah mencabar
kedaulatan negara.

Bahawa pertemuan Yang Berhormat Lembah Pantai bersama dengan anak kepada dalang pencerobohan negara telah dilihat bertentangan dengan angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen dan sumpah setia beliau  kepada Malaysia yang telah berikrar untuk menumpahkan taat setia yang sebenar kepada Malaysia, memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaannya.

Dan bahawa tindakan Yang Berhormat Lembah Pantai tersebut merupakan suatu penghinaan kepada Majlis Mesyuarat yang turut mencemarkan nama baik dan prestij Dewan Rakyat.

Maka inilah dipersetujui Yang Berhormat Lembah Pantai hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.”
Terima kasih.

Timbalan Menteri Kerja Raya [Datuk Rosnah binti Haji Abd. Rashid Shirlin]: Tuan Yang di - Pertua, sebagai seorang rakyat Sabah, saya menyokong.
[Penyata Rasmi DR - 3 .12.2018].


Yang di-Pertua telah memutuskan 5 Ahli Parlimen dari Pembangkang dan juga 5 Ahli Parlimen penyokong Kerajaan  akan berbahas selama 5 minit seprang, kecuali Ahli Parlimen Lembah Pantai selama 10 minit.   Dipihak pembangkang diwakili oleh Yang Berhormat Lembah Pantai, Subang, Puchong  dan  Kota Bharu.  Walau bagaimanapun, Yang Berhormat Lembah Pantai telah minta kebenaran memberi masanya 5 minit kepada  kepad Ahli Parlimen Sepang dan dipersetujui oleh Yang di-Pertua.   Diawal perbahasannya, Ahli Parlimen Lembah Pantai  telah menyatakan bahawa beliau telah memohon di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(l) , 25 dan Mesyuarat 26(1)(d) untuk membuat sesi penerangan sendiri..   Walau bagaimanapun Yang di-Pertua tidak membenarkannya kerana terdapat usul dari Kerajaan yang perlu diutamakan mengikut Peraturan Mesyuarat 51(1).  Semasa  perbahasan, Ahli Parlimen Lembah Pantai dengan  nada sebak menyatakan bahawa beliau masih berpegang teguh dan menghormati kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Negara.  Akhirnya  usul ini diputuskan melalui undi belah bahagian, dimana  bersetuju – 105 dan tidak bersetuju – 77.
“11.59 pg.
Puan Nurul Izzah binti Anwar [Lembah Pantai]:Tuan Yang di-Pertua, saya pada awalnya telah memohon di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1) (l) sama seperti Yang Berhormat daripada Bagan Datok tadi, Peraturan Mesyuarat 25 dan juga Peraturan Mesyuarat 26(1)(d) untuk membuat sesi penerangan sendiri tetapi saya akur dengan nasihat Tuan Yang di-Pertua memberi jawapan yang akan dibahaskan dalam Dewan Rakyat supaya tidak ada persoalan yang berbangkit selepas ini.

Tuan Yang-di-Pertua: ....Nanti dahulu Yang Berhormat, nanti dahulu. Duduk dahulu Yang Berhormat. Saya menasihatkan jangan berbuat begitu memandangkan ada usul saya terima daripada kerajaan. Jadi, kalau saya benarkan Yang Berhormat di bawah Peraturan Mesyuarat 14 sedangkan usul itu ada dan urusan kerajaan mesti ikut peraturan 15. Maka, ia akan bercanggah.
So, ada dua academic. Itu sebab saya kata mesti biar usul itu, jangan  penerangan sendiri kerana ini adalah peluang Yang Berhormat untuk memberi penjelasan. Kalau nanti apabila diundi, dirujuk kepada Jawatankuasa, jadi itu lagi lebih peluang yang lebih cerah untuk Yang Berhormat kerana Yang Berhormat boleh memanggil orang-orang yang berkenaan sebagai saksi bahawa tidak ada apa-apa dan sedemikiannya. “[Penyata Rasmi DR - 3 .12.2018].



25 Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara Diluluskan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara Tetapi Tanpa Perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Pada 3 Disember 2015,. Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara (MKN) 2015 telah di bauat bacaan kali kedua di Dewan Rakyat.  Tujuan RUU inil untuk memperkukuhkan lagi mekanisme serta sistem pengurusan dalam menangani ancaman terhadap keselamatan negara. RUU ini menjelaskan kuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) iaitu  mengisytiharkan kawasan keselamatan, mengawal pergerakan, menahan atau memindah suspek, menyita dan mengeladah, merampas serta mengetepikan inkues dikemukakan pihak berkaitan.   RUU ini. ditentang keras   daripada Ahli Parlimen pembangkang sehingga  perbahasan berlarutan lebih lima jam.  Antara isu yang dibangkitkan adalah Kuasa Perdana Menteri sebagai Pengerusi MKN untuk mengisytiharkan dharurat  yang berkemungkinan disalah guna dan dikatakan menghakis kuasa Yang di-Pertuan Agong.  RUU ini mula dibentang pada 4.25 petang dan dibahaskan selama 5 jam sehingga 8.50 malam dani disetujukan melalui  undi belah bahagian – setuju :107 dan  tiddak setuju - 74 .  Di Dewan Negara pula,  RUU ini dibahaskan selama dua hari pada 21 dan 22 Disember 2015 dan pelbagai pandangan dan bantahan termasuk Ahli-ahli Dewan Negara Barisan Nasional, namun  akhirnya RUU ini disetujukan dengan undian suara.

Mengikut proses biasa, suatu RUU selepas diluluskan oleh Parlimen akan dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Ini menurut Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan dalam masa 30 hari dari tarikh ia dikemukakan.  Pada 17 Febuari 2016, Majlis Raja-raja berpendapat beberapa peruntukan dalam RUU MKN perlu diperhalusi selepas Peguam Negara menyembahkan taklimat mengenainya  pada Mesyuarat Ke-240 Majlis Raja-raja di Istana Negara. Walau bagaimanapun RUU MKN ini menjadi akta  tanpa perkenan Yang di-Pertuan Agong.  Ini kerana Perkara 66(4A) menyatakan  jika sesuatu RUU tidak diperkenankan oleh YDPA dalam masa 30 hari dari tarikh RUU tersebut dikemukakan, maka RUU seolah-olah diperkenankan oleh YDPA dan menjadi akta, secara ‘automatik’..  Untuk rekod,   situasi sama pernah berlaku sebelum ini iaitu pada 1983 dan 1992 dalam meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Perlembagaan.  Ini  adalah berikutan pindaan terhadap Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan telah  diluluskan  oleh Dewan Rakyat pada 1 Ogos 1983.

26 Usul  Penyata Jawatankuasa  Peraturan-Peraturan  Mesyuarat

Pada  7 April 2016, Dewan Rakyat telah meluluskan dengan undian suara (sebulat suara) usul Penyata Jawatankuasa  Peraturan-Peraturan Majlis  Mesyuarat Dewan Rakyat yang bertujuan membuat penambahbaikan Peraturan-peraturan Majlis Dewan Rakyat  sebagaimana yang dijanjikan oleh Yang di-Pertua selepas PRU 13 semasa mempengerusikan hari kedua persidangan di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-13. Cadangan pindaan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat oleh Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat yang telah dipersetujui oleh  Kerajaan pada 20 Januari 2016  adalah seperti berikut:

  (a) tempoh Notis Pertanyaan Jawab Lisan dipendekkan daripada 14 hari bekerja kepada 10 hari bekerja dan tiga pertanyaan-pertanyaan jawab lisan daripada sepuluh pertanyaan berkenaan dikemukakan semasa persidangan Dewan berlangsung;
 
(b) Kamar Khas-(Special Chamber)  diwujudkan bagi urusan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 17 iaitu Ucapan Penangguhan dan Peraturan Mesyuarat 18 - perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendakkan disegerakan; dan
(c) Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri ( Minister’s Question Time) diadakan selama 30 minit iaitu bermula pada jam 10 pagi sehingga jam 10.30 pagi pada setiap hari Selasa dan Khamis sebelum sesi pertanyaan-pertanyaan jawab lisan bagi memberi ruang kepada Ahli Parlimen mengemukakan pertanyaan berhubung isu-isu terkini.




USUL
PENYATA JAWATANKUASA PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT

11.42 pg.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan [Dato’ Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 86(5), maka Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat yang dibentangkan di atas meja mesyuarat di dalam Dewan ini sebagai Kertas Dewan Rakyat D.R. 2/2016 hendaklah diterima dan dipersetujukan.” ]Penyata Rasmi DR-7.4.2016]


27 Kamar Khas Untuk Usul Perkara Pentadbiran Kerajaan (Peraturan Mesyuarat 17) dan Perkara Kepentingan Ramai (Peraturan Mesyuarat 18)
Pada 16 Mei 2016 di Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas adalah kali pertama Kamar Khas bersidang bermula jam 2.30 hingga 3.30 petag.  Ahli Kamar Khas adalah terdiri dari semua Dewan Rakyat dan jumlah korum (cukup bilang) Kamar Khas ialah tiga orang ahli iaitu  Yang di-Pertua, seorang ahli yang mengeluarkan usul, dan  seorang ahli Kerajaan (menjawab usul).  Yang di-Pertua telah  mempengerusi mesyuarat dan memasyhurkan penubuhan Kamar Khas yang telah diluluskan pada 7 April 2016 dalam Usul Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan  Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.   Ucapan beliau adalah seperti berikut:-
PEMASYHURAN TUAN YANG DI-PERTUA

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Penyata Jawatankuasa Peraturan-peraturan Mesyuarat, Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (D.R. 2/2016) yang telah diluluskan pada Khamis, 7 April 2016 yang lalu. Dalam penyata tersebut, ada terkandung sembilan cadangan pindaan kepada peraturan mesyuarat iaitu Peraturan Mesyuarat 13, 14, 16, 17, 18, 22, 24, Peraturan Mesyuarat baru 14A dan Peraturan Mesyuarat baru 24A, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Kamar Khas adalah ditubuhkan untuk menimbangkan perkara yang dirujukkan kepadanya seperti berikut:
(a) ucapan berkenaan dengan apa-apa perkara tadbir dalam tanggungan kerajaan di bawah Peraturan Mesyuarat 17;

(b) perkara tertentu berkepentingan orang ramai di bawah Peraturan Mesyuarat 18.

Semua Ahli Majlis terdiri ahli Kamar Khas. Manakala cukup bilang Kamar Khas hendaklah tiga orang ahli dan terdiri daripada:
(a) Tuan Yang di-Pertua;

(b) seorang Ahli yang mengeluarkan usul; dan

(c) seorang Ahli Kerajaan.

Kamar Khas juga boleh bermesyuarat pada bila-bila masa semasa persidangan Majlis sebagaimana yang ditentukan oleh Tuan Yang di-Pertua. Pada bila-bila masa Kamar Khas bersidang, Tuan Yang di-Pertua boleh meminta seseorang Ahli mempengerusikan Kamar Khas buat sementara dengan tidak payah diberitahu Kamar Khas dengan secaranya dan ahli yang mempengerusikan tetaplah terserah kepadanya semua kuasa-kuasa Tuan Yang di-Pertua sehingga Tuan Yang di-Pertua balik semula mengetuakan Kamar Khas.  Sehubungan dengan itu, pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat yang bermula pada hari ini, iaitu Isnin, 16 Mei 2016 dapat memulakan urusan dalam Kamar Khas di mana agenda utamanya adalah bagi membincangkan urusan-urusan berkenaan perkara tadbir kerajaan.  Hari ini adalah merupakan detik yang sangat bersejarah bagi sidang Dewan Rakyat. Kamar Khas ini akan berlangsung selaras dengan pindaan-pindaan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang telah diluluskan.  Saya juga ingin menarik perhatian kepada semua Ahli Yang Berhormat agar dapat memanfaatkan perbahasan di Kamar Khas ini dengan sebaik mungkin. Terima kasih. . [ KKDR 16.5.2016 ]


Seterusnya adalah  Ucapan Di bawah Usul Bekenaan Perkara Tadbir Kerajaan Peraturan Mesyuarat 17:
o Klinik 1Malaysia di Jakar Sarikei dan Masalah Poliklinik Sarikei - YB. Tuan Wong Ling Biu (Sarikei) yang dijawab oleh  Timbalan Menteri Kesihatan [Dato' Seri Dr. Hilmi bin Yahaya.

o Nasib Penoreh Getah di Kedah Mesti Dibela - YB. Dato’ Johari bin Abdul (Sungai Petani) – dijawab oleh  Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Puan Hajah Nancy binti Shukri]:

Hanya dua usul sahaja yang dibentang setiap hari dan setiap usul diberi masa 15 minit yang merangkumi 7 setengah minit untuk membentang dan juga 7 setengah minit untuk menjawab diperingkat perbahasan. Tidak dibenarkan pencelahan atau penjelasan lanjut diminta. 

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Tumpat telah membangkitkan Peraturan Mesyuarat dengan mencadangkan  tambahan kerusi dibarisan kedua bagi membolehkan klebih ramai Ahli0ahli dewan menghadirinya.  Cadangan ini dipersetujui oleh Yang di-Pertua.

“Dato’ Kamarudin bin Jaffar [Tumpat]: Tuan Yang di-Pertua, Peraturan Mesyuarat berkaitan dengan Peraturan Mesyuarat 1 dan 2 berkenaan dengan kuasa Tuan Yang di-Pertua untuk menentukan tempat-tempat duduk ahli-ahli wakil rakyat di Dewan Rakyat ini. Memandangkan sambutan yang amat baik kepada Kamar Khas ini dan oleh sebab Tuan Yang di-Pertua ada kuasa mengikut peraturan mesyuarat dan memandangkan bahawa Dewan ini tidak boleh dibesarkan lagi, saya ingin mencadangkan Tuan Yang di-Pertua menimbangkan supaya meja yang kedua ini ditiadakan supaya satu lagi barisan kerusi boleh ditambah.
Keduanya, kerusi ini bukan kerusi satu-satu tapi bench sit, kerusi bangku seperti di mahkamah supaya boleh memuatkan lebih ramai khususnya ahli-ahli pembangkang yang lebih berminat nampaknya Tuan Yang di-Pertua untuk hadir dalam Kamar Khas ini. Mencadangkan, terima kasih [Tepuk].

Tuan Yang di-Pertua: Mudah-mudahan mesyuarat kita pada hari esok, kehadiran itu adalah lebih ramai daripada hari ini. Kekhuatiran saya ialah kehadiran hari ini oleh sebab hari ini hari pertama dan merupakan satu - saya tidak ada masalah kalau itu merupakan satu keselesaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat. Saya bersetuju. Jadi kalau tidak ada bantahan daripada pihak kerajaan bahawa cara kita duduk ini serupa begini, saya tidak ada masalah. Cuma yang kita boleh buat ialah arah kepada pegawai-pegawai Parlimen untuk angkat meja-meja itu sahaja.
Boleh. Yang Berhormat Menteri, boleh.”[ KKDR 16.5.2016 ]


28 Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) Yang Pertama dan Penggunaan “Timer”
Pada 18 Oktober 2016,  Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) telah dilaksanakankan untuk pertama kalinya selepas  ianya diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 7 April 2016 .bagi mentranformasikan Parlimen.  Dimana Peraturan Mesyuarat telah dipinda iaitu  Peraturan Mesyuarat 24A. Tempoh masa untuk setiap pertanyaan dan pertanyaan tambahan serta jawapan oleh Yang Berhormat Menteri yang berhubung dengan perkara yang dibangkitkan tersebut dihadkan kepada 10 minitsahaja berdasarkan Peraturan Mesyuarat 24A(5) seperti berikut:
Pertanyaan asal – 1 minit;
Jawapan Menteri – 3 minit;
Pertanyaan tambahan pertama – 30 saat dan jawab  2 minit 30 saat;
Pertanyaan tambahan kedua – 30 saat dan jawab 2 minit  30 saat;

Kelainan yang nyata dalam MQT ini ialah Ahli Parlimen akan menyebut soalannya (baca satu persatu) dan bukan menyebut nombor soalan seperti kebiasaan dalam Pertanyaan  Lisan.  Pertanyaan pertama MQT ini  di jawab oleh YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri.

“Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri adalah mengikut Peraturan Mesyuarat 24A. Tempoh masa untuk setiap pertanyaan dan pertanyaan tambahan serta jawapan oleh Yang Berhormat Menteri yang berhubung dengan perkara yang dibangkitkan tersebut dihadkan kepada 10 minit sahaja berdasarkan Peraturan Mesyuarat 24A(5). Masa yang diperuntukkan kepada Yang Berhormat untuk mengemukakan pertanyaan adalah dihadkan kepada satu minit, diikuti Yang Berhormat Menteri akan menjawab pertanyaan asal tersebut dalam tempoh tiga minit. Ini akan disusuli dengan pertanyaan tambahan yang pertama yang akan dikemukakan dalam tempoh 30 saat. Seterusnya Yang Berhormat Menteri akan menjawab dalam tempoh masa dua minit tiga puluh saat. Begitu juga untuk pertanyaan tambahan yang kedua. Masa yang diperuntukkan untuk Yang Berhormat mengemukakan pertanyaan adalah 30 saat disusuli oleh Yang Berhormat Menteri akan menjawab dalam tempoh dua minit tiga puluh saat berikutnya. Sebelah kanan dan kiri petunjuk masa.
…..
“1. Dato' Shamsul Anuar bin Haji Nasarah [Lenggong] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan sejauh mana keselamatan negara di semua pintu sempadan dengan negara jiran dan di lapangan terbang di seluruh negara dan apakah  kemudahan terkini yang diguna pakai bagi mengesan serta mencegah daripada berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini.” [Penyata Rasmi – DR. 18.10.2016]

Serentak dengan perlaksanaanin ini, “timer” telah digunakan sebagai panduan kepada Ahli-ahli parlimen. Seterusnya timer ini digunakan juga semasa  perbahasan termasuk Rang Undang-Undang.

29 Pembangkang Keluar Dewan Semasa Pembentangan Bajet 2017
Pada 21 Oktober 2016 (Jumaat) Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas,  pembentangan Bajet 2017 yang bermula jam 4 petang terhenti seketika apabila pembangkang tidak puas hati dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa pembangkang bermain sandiwara  kononnya Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar.  Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati terus berdiri dan mengangkat pelekad '#Siapa MO1?' selain cuba mengganggu pembentangan bajet sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia campur tangan.  Tindakan sedemikian, adalah kali pertama dalam sejarah pembentangan Bajet di Parlimen Malaysia.




Seterusnya  sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang telah keluar Dewan Rakyat Tindakan itu disertai Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia.  Mereka keluar dari dewan sambil membawa plakad '#Siapa MO1?', sebelum menemui media di lobi Parlimen.  Ahli-ahli Parlimen PAS tidak keluar Dewan kecuali  Ahli Parlimen Pokok Sena



30 Usul Rujuk Yang di-Pertua Dewan Rakyat Kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan

Pada 26 Oktober 2016 di Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas , selepas sesi pertanyaan lisan,  Ahli Parlimen Beruas membangkitkan usul untuk merujuk Yang di-Pertua Dewan Rakyat kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebsan atas alasan  telah membidas Ahli Parlimen Segambut di media.  Isu berbangkit pada 25 Oktober 2016 di Kamar Khas dimana berlaku pertikaman lidah antara Yang di-Pertua dengan Ahli Parlimen Segambut sehingga dikeluarkan dari Kamar Khas.   Usu tersebut adalah seperti berikut:

Tuan Ngeh Koo Ham [Beruas]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Sayabangun berkenaan dengan Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) iaitu apabila ada apa-apa hal berkenaan dengan Hak dan Kebebasan yang dilanggar oleh mana-mana Ahli Yang Berhormat, haruslah kita merujuk, saya hendak mengusul untuk merujuk mereka kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan terutamanya apa yang berlaku di antara Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Segambut baru-baru ini memang sangat memalukan Dewan yang mulia ini dan dengan izin, bringing disrepute to the House… Tuan Yang di-Pertua membidas ahli Parlimen dan juga cara Yang Berhormat Segambut membalas, ini sudah mendapat liputan besar dalam media untuk memastikan Dewan yang mulia ini tidak menjadi bahan ketawa orang luar. Cara tindak tanduk Tuan Yang di-Pertua dan juga Yang Berhormat Segambut, saya ingin mengusulkan supaya mereka dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan agar tindakan ataupun keputusan yang sepatutnya dapat diambil untuk memulihkan imej Dewan yang mulia ini. Tuan Yang di-Pertua, ini penting kerana kalau ini berterusan dan saya baruterima satu mesej daripada Yang Berhormat Segambut bahawa beliau tidak dibenarkan masuk ke Dewan ini dan kita tidak tahu kenapa.Tidak ada pun keputusan dibuat, pengumuman yang dibuat atau keputusan dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua untuk melarang beliau masuk ke Dewan mulia ini. Kalau ini terus berlaku...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Cukup Yang Berhormat.
Tuan Ngeh Koo Ham [Beruas]: ...Apa sudah jadi institusi Parlimen ini. Ini sangat penting.Sebab itu untuk memulihkan imej dan martabat dan orang ramai dan juga untuk menjaga kepentingan Dewan yang mulia ini, ia menyusulkan supaya kedua-dua mereka dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan supaya isu ini dapat dibuktikan dengan segera.”

Timbalan Yang di-Pertua yang mempengerusikan Mesyuarat telah meminta Ahli Parlimen duduk dan tidak memberi jawapan.   Seterusnya pada hari yang sama pada pukul 2.00 petang Yang di-Pertua telah menjelaskan  bahawa  tiada peraturan dalam Peraturan Mesyuarat yang membolehkan Yang di-Pertua  dirujuk kepada Jawatan kuasa Hak dan Kebebasan.  Penjelasannya adalah seperti berikut:
“Tuan Yang di-Pertua: Saya difahamkan bahawa Yang Berhormat Marang akan berhujah. Akan tetapi sebelum itu saya ingin bangkitkan satu peraturanmesyuarat, iaitu Peraturan Mesyuarat 99. Jadi, sesiapa Ahli Yang Berhormat yang ada itu peraturan mesyuarat di depan, saya jemput semua untuk baca PeraturanMesyuarat 99, “Keputusan Tuan Yang di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada usul bersendiri menentang keputusanTuan Yang di-Pertua, Tuan Yang di-Pertua, dari satu masa ke satu masa, bolehmengeluarkan petua-petua berkenaan dengan perkara-perkara itu”.Maksud ‘perkara-perkara itu’ mengenai dengan perkara-perkara peraturan mesyuarat. Jadi, kelmarin apabila seorang Pengerusi Mesyuarat di Kamar Khas,sebelum saya menjemput Yang Berhormat Segambut untuk berhujah menyampaikan usul beliau di bawah Peraturan Mesyuarat 17, saya berhujah di bawah Peraturan Mesyuarat 99 kerana saya berhak. Belum pun saya habis untuk memberi penjelasan kepada beliau, beliau berdiri. Dia kata, “I am not here to be lectured”. Sehingga saya keluarkan beliau kelmarin. Pada hari ini saya dapat tahu dan saya baca juga di Hansard bahawa ada satu peraturan mesyuarat yang timbul lagi iaitu Peraturan Mesyuarat 26 kalau tidak silap saya. Peraturan Mesyuarat 26(1)(p) yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Beruas bahawa Speaker boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, bermakna bersama Yang Berhormat Segambut. Apa yang saya mahu tahu, kalau Yang Berhormat Beruas tiada di sini, kepada mereka yang faham, yang telah lama diParlimen, adakah dalam peraturan mesyuarat ini yang kurang saya faham selama sembilan tahun sebagai Speaker yang bahawa Speaker boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, ada?

Seorang Ahli: Tidak ada.

Tuan Yang di-Pertua: Kalau tiada, saya mohon kerjasama Ahli-ahli Yang Berhormat sebelum berhujah, kerana persidangan kita dikawal oleh peraturan mesyuarat. Yang memuktamadkan peraturan mesyuarat itu supaya diikuti Speaker.Kalaupun ada Ahli-ahli Yang Berhormat yang benci pada Pandikar Amin, jangan benci kepada jawatan Speaker itu kerana itulah ketua Dewan.Kalau siapa yang tidak bersetuju dengan keputusan, bawa usul di bawah 43. Saya akan masukkan dalam aturan mesyuarat. Kalau kerajaan mahu sanggup bahas di bawah PeraturanMesyuarat 15, saya akan suruh bahas. Saya tidak ada masalah sama sekali. Akan tetapi jangan aibkan Kerusi Speaker, dan jangan aibkan saya umpamanya.Kelmarinsaya dituduh oleh Yang Berhormat Segambut. Dia kata, “You are a disgrace to Parliament”.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Come on man, am I really a disgrace to Parliament?Kalau saya menegur Ahli-ahli Yang Berhormat kerana melanggar peraturan mesyuarat, isn’t it a disgrace that dia langgar peraturan mesyuarat? Adakah tindakansaya menegur Ahli Yang Berhormat yang melanggar peraturan mesyuarat that sayayang pula jadi disgrace? Pada ketika arwah Tun Zahir, Speaker Dewan Rakyat, pernahsatu ketika bahawa Yang Berhormat Batu Gajah pada ketika itu wakil rakyat dia, Fong Po Kuan. Dia bawa usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1). Tun Zahir tolak kerana tidak memenuhi syarat iaitu tidak perlu disegerakan. Ahli Yang Berhormat berkenaan, Fong Po Kuan, buat press statement di luar. Dia kata tidak betul tindakan Tuan Yang di-Pertua. Dia digantung enam bulan.Saya tahu itu kelaziman dia bahawa boleh diambil tindakan tetapi selama sembilan tahun, belum pernah saya ambil tindakan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang buat kenyataan akhbar tentang dengan keputusan saya.Kalau orang lain yang buat, hakim-hakim kah, bekas hakim kah, peguam-peguam, mereka bukan Ahli Dewan.Mereka bukan Ahli Dewan. Akan tetapi Ahli Dewan, tugas utama mempertahankan Kerusi Speaker.Jadi, saya tidak angkat bakul sendiri.Selepas itusaya masuk bakul saya, saya angkat.Tidakkah perkara-perkara yang saya buat bersama dengan Ahli Yang Berhormat dalam jawatankuasa saya dengan Yang Berhormat Seremban, denganAhli-ahli Yang Berhormat yang lain dalam Jawatankuasa Dewan, dalam JawatankuasaPeraturan Mesyuarat, takkan perkara-perkara yang saya buat penambahbaikan yangsebelum ini belum dibuat, takkan saya ini disgrace to Parliament? Am I really adisgrace to Parliament? Come on man. You people tell me if I am really a disgrace?Then, I got to back out, because I am a disgrace. But, if I were to do that, then all of usgot to resign, because all of us a disgrace.

Tadi lagi, saya tidak nampak seorang peguam daripada Yang Berhormat Beruas boleh mencadangkan bahawa Speaker boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan oleh sebab menegur seorang Ahli Yang Berhormat yang dia berhak untuk tegur di bawah Peraturan Mesyuarat 99. I cannot think anymore. Eitherthat person is not thinking right or he is doing it purposely for provocation or someother agenda. Itu saya tidak faham. Jadi, saya mohon segala keputusan yang sayabuat sebelum ini, kalau ada yang tidak bersetuju, bawa Peraturan Mesyuarat 43, don’tridicule the Speaker.

Jadi, saya sebut kepada Yang Berhormat Segambut kelmarin, saya bilang,“When you make statement ridiculing me, challenging me to resign from my post, youare enjoying it”. See, saya tidak balas pun. Akan tetapi apabila saya menggunakansaya punya kuasa di bawah Peraturan Mesyuarat 99, tegur sama Yang Berhormat,Yang Berhormat tidak mahu dengar kepada saya, because you said that, “You arelecturing me”. But then again, if you lecture me indirectly through the public, throughthe media, you are really enjoying it and you think you are not a disgrace? Then, youuse…

Satu lagi yang saya sedih ialah Ahli Yang Berhormat yang berkenaan menggunakan, dia kata, You are not elected, you are appointed”. Come on, man.Seorang Ahli Yang Berhormat harus faham Perlembagaan Malaysia.Saya menjadi Yang di-Pertua di bawah Perkara 57.Selepas itu di bawah Peraturan Mesyuarat 4.Peraturan Mesyuarat ini digubal di bawah Artikel 62.Jadi, saya bukan datang sini dari kampung saya, selepas itu saya lantik diri saya sendiri.Yang bawa usul Ketua Majlis,yang sokong usul ialah Timbalan Ketua Majlis.Selepas itu saya ditanding oleh mantan seorang hakim.Selepas itu yang mengundi kepada saya ialah wakil-wakil rakyat yang mewakili rakyat. Jadi apabila saya letak bahawa kedudukan Speaker itu, yang memilih wakil-wakil rakyat, lepas itu saya timbang dia punya berat dengan seorang wakil rakyat yang menghina jawatan Speaker itu kerana dia diundi rakyat, yang saya ini tidak diundi secara direct, yang mengundi saya wakil-wakil rakyat yang diundi rakyat, kalau saya letak itu di bawah Perlembagaan, mungkin kami setimpallah tetapi kuasa saya adalah di bawah Peraturan Mesyuarat. Jadi saya ingatkan kembali kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, saya akan menjalankan tugas saya mengikut Peraturan Mesyuarat, saya akan exercise saya punya discretion dan siapa yang tidak bersetuju, bermakna bawa usul di bawah 43, jangan kita bertengkar, kita tentukan, kerana kalau mesyuarat ada pertengkaran begitu, saya gunakan kuasa saya di bawah Peraturan Mesyuarat 44(2). Jadi dengan yang sedemikian, saya jemput Yang Berhormat Marang dengan masa yang lebih lagi iaitu ikut di sana nanti. Tidak payahlah saya tegur..."(Penyata  Rasmi DR -26.5.20


31 Usul  Menggantung Ahli Parlimen Segambut Ditarik Balik Setelah Memohion Maaf Kepada Yang di-Pertua

Pada 27 Oktober 2016 juga di  Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Ketiga Belas ,  usul untuk menggantung Ahli Parlimen Segambut selama 6 bulan telah disenaraikan giliran kedua dalam senarai   Aturan Urusan Mesyuarat selepas Bajet 2017  (RUU Perbekalan 2017).  Perbahasan Bajet 2017 peringkat Jawatankuasa telah selesai pada 22 November 2016 dan usul ini disenaraikan pada giliran pertama dalam senarai urusan dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada 23 November 2016.
Usul ini telah dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan disokong Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. 

MENGGANTUNG YANG BERHORMAT SEGAMBUT
DARIPADA PERKHIDMATAN MAJLIS MESYUARAT SELAMA ENAM (6) BULAN
11.33 pg.
Menteri  di  Jabatan  Perdana  Menteri  [Dato’  Sri  Azalina  Dato’  Othman  Said]: Tuan Yang di-Pertua, saya dengan ini mengemukakan Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) iaitu:

“Bahawa  pada hari Selasa 25 Oktober 2016, semasa sesi Kamar Khas, Yang  Berhormat  Tuan  Lim  Lip  Eng,  Ahli  Parlimen  kawasan  Segambut dengan  biadapnya  telah  mempersoalkan  kuasa  Tuan  Yang  di-Pertua Dewan  Rakyat  yang  boleh  dikenakan  ke  atas  beliau  kerana  enggan mengikut arahan Tuan Yang di-Pertua.

“Bahawa  Yang Berhormat Segambut juga telah menghina Tuan Yang diPertua   Dewan  Rakyat  dengan  kenyataan  dengan  izin,  “You  are  a disgrace  to  Parliament...  we  are  elected  and  you  are  appointed ”.

Kenyataan  Yang  Berhormat  Segambut  telah  menghina  Tuan  Yang  diPertua  Dewan  Rakyat  dan  Majlis  Mesyuarat  Dewan  Rakyat  yang  telah memilih  beliau  sebagai  Yang  di-Pertua  Dewan  Rakyat  berdasarkan Perkara 57, Fasal 1, Perlembagaan Persekutuan.

Bahawa  Yang  Berhormat  Segambut  sebelum  itu  telah  mengemukakan satu  kenyataan  pada  23  Oktober  2016  yang  mempertikaikan  dan memperlekehkan  keputusan  Yang  di-Pertua  Dewan  Rakyat  berhubung dengan pertanyaan-pertanyaan serta usul  yang berkaitan tindakan sivil di Civil in rem oleh Department of Justice mengenai isu sub judice.

Bahawa  Yang  Berhormat  Segambut  juga  telah  mengeluarkan  satu kenyataan  semasa  sidang  media  di  lobi  Parlimen  pada  Khamis,  7  April 2016  yang  menyatakan  bahawa  Yang  di-Pertua  Dewan  Rakyat  gagal dalam  usaha-usaha  penambahbaikan  Parlimen  yang  sedang
dilaksanakan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan meminta agar Yang di-Pertua Dewan Rakyat meletakkan jawatan.

Bahawa  perbuatan  dan  kenyataan-kenyataan  yang  dibuat  oleh  Yang Berhormat  Segambut  itu  adalah  merupakan  satu  penghinaan  kepada Tuan  Yang  di-Pertua  Dewan  Rakyat  yang  menjalankan  tugas  sebagai Pengerusi  Dewan  ini  dan  demikian,  bererti  penghinaan  juga  kepada Dewan  Rakyat  yang  turut  mencemarkan  nama  baik  dan  prestij  Dewan
Rakyat.

Maka  inilah  dipersetujui  bahawa  Yang  Berhormat  Tuan  Lim  Lip  Eng, Ahli  Parlimen  Kawasan  Segambut  hendaklah  digantung  daripada perkhidmatan Majlis Mesyuarat selama enam bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.”  Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Siapa menyokong?
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Razali bin Ibrahim]: Saya mohon menyokong.( Penyata Rasmi DR 23.11.2016)



Walau bagaimanapun, sebaik sahaja usul ini disokong,  Ahli Parlimen Segambut telah bangun dan memohon maaf dan menarik balik perkataannya  kepada Yang di-Pertua.  Timbalan Yang di-Pertua yang mempengerusikan mesyuarat bertanya  sama ada Kerajaan akan menarik balik usul ini.  Pada asalnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri ingin meneruskan usul ini, namum setelah mendapat maklumat terbaharu bahawa Yang di-Pertua menerima permohonan maaf Ahli parlimen, Kerajaan menarik balik usul ini.

Tuan  Lim  Lip  Eng  [Segambut]:  Tuan  Yang  di-Pertua,  saya  bersedia  untuk menarik balik perkataan yang kesat ke atas Tan Sri Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Datuk  Seri  Dr.  Ronald  Kiandee]:  Yang  Berhormat Menteri, adakah kerajaan bersedia untuk menarik balik Usul ini?
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said:  Tuan Yang di-Pertua, seperti mana Tuan Yang  di-Pertua  ketahui  bahawa  Usul  ini  telah  berada  di  dalam  Aturan  Mesyuarat.  Jadi persoalan saya, kenapa Yang Berhormat Segambut tidak berjumpa dengan Tuan Yang diPertua untuk memberikan penjelasan ataupun memohon maaf secara peribadi sebab yang terlibat dalam ini adalah Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua sendiri.

Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Datuk  Seri  Dr.  Ronald  Kiandee]:  Tuan  Yang  diPertua...
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua, saya faham apa yang dibawa oleh Yang Berhormat Pengerang. Akan tetapi  point of order  saya di bawah 44(1), standing order berkenaan dengan prosedur.Jadi  kita  ada  jawapan  kepada  apa  yang  disebut  di  situ  berkenaan  dengan prosedur  yang  digunakan  but  Yang  Berhormat  Pengerang  still  going  to  persist  with  the procedure requirement or is Yang Berhormat Pengerang..
■1140
Dato’  Sri  Azalina  Dato’  Othman  Said:  Yang  Berhormat  Puchong,  Yang Berhormat Puchong with all due respect. Yang Berhormat Puchong with all due respect. I’m responding saya, dengan izin, saya menjawab kepada soalan Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Yes.
Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said: Boleh tidak saya selesaikan menjawab?
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Boleh, boleh but...
Dato’  Sri  Azalina  Dato’  Othman  Said:  Akan  tetapi  biar  saya  habis.  Saya  tidak
habis lagi.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Boleh, boleh. Terima kasih.
Dato’  Sri  Azalina  Dato’  Othman  Said:  Jadi  disebabkan  oleh  yang  sebenarnya yang terlibat ialah Tan Sri Pandikar Amin, jadi saya telah diberi maklumat  daripada beliau sebentar tadi bahawa memandangkan Yang Berhormat Segambut memohon maaf secara terbuka,  saya  dimaklumkan  bahawa  Tuan  Yang  di -Pertua  tiada  masalah  menerima permohonan maaf daripada Yang Berhormat Segambut maka kerajaan akan menarik balik usul... [Tepuk] Ke atas Yang Berhormat Segambut. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Terima kasih.
Dato’  Sri  Azalina  Dato’  Othman  Said:  Tuan  Yang  di-Pertua,  Tuan  Yang  diPertua. Saya mohon Yang Berhormat  Segambut menyatakan terima kasih secara peribadi kepada Tan Sri Speaker, terima kasih.

Timbalan  Yang  di-Pertua  [Datuk  Seri  Dr.  Ronald  Kiandee]:  Sila  Yang
Berhormat Segambut.
Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Terima kasih kepada Dewan ini.
Tuan Gobind Singh Deo [Puchong]: Tuan Yang di-Pertua...
Tuan Lim Lip Eng [Segambut]: Terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua. 
Tuan  Gobind  Singh  Deo  [Puchong]:  Saya  menarik  balik  point  of  order  saya
[Ketawa]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]:  Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat,  selesailah  usul  kerajaan  dan  biarlah  apa  yang  berlaku  ini  menjadi  satu pengajaran kepada kita di Dewan ini terhadap kuasa-kuasa yang ada pada Speaker, soalsoal  contempt  yang tidak boleh dilafazkan terhadap Speaker. Kita mesti hormat kerusi ini dan bukan individu tetapi Kerusi Speaker yang ada dalam Dewan Rakyat ini. Terima kasih  (Penyata Rasmi DR 23.11.2016)


32 Ahli Parlimen Shah Alam Diserang Dihadapan Dewan Rakyat

Pada  24 November 2016,  telah di senaraikan Aturan Urusan Mesyuarat selepas sesi pertanyaan lisan ialah pembentangan Usul Persendirian untuk mencadangkan Rang Undang-Undang Ahli Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang. Walau bagaimanapun, sebelum sempat Ahli Parlimen Marang bangun,   Ahli Parlimen Parit Buntar telah membangkitkan isu Ahli Parlimen Shah Alam diserang dihadapan bagunan sementara Dewan Rakyat sebaik sahaja  Yang di-Pertua menjemput YB Marang untuk mengemukakan pindaan Usulnya untuk meinda Akta 355.   Dimana Ahli Parlimen Shah Alam diserang sekumpulan lelaki yang mendakwa dari Pasir Salak di perkarangan lobi Parlimen 11 pagi.  Ini adalah berikutan pertikaman lidah antara Ahli Parlimen Shah Alam dengan Ahli Parlimen Pasir Salak (Timbalan  Menteri Pertanian) pada hari pesidangan seblumnya sehinga terkeluar perkataan “sial”.   Yang dui-Pertua mengambil perhatian dan tindakan sedang diambil oleh pihak keselamatan.   Walau bagaimanapun, banyak pihak beranggapan, Ahli Parlimnen Parit Buntar membangkitkan isu ini untuk melengah-lengahkan pembentangan Usul Pindaan Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang.
“2.00
Tuan  Yang di-Pertua:  Peraturan Mesyuarat 28. Ahli-ahli Yang Berhormat, saya  telah menerima satu pemberitahuan daripada Yang Berhormat Marang yang memohon untuk  mengubah  isi-isi  di  dalam  usul  rang  undang-undang  ahli  persendirian  bernama  Rang  Undang-undang  Mahkamah  Syariah  (Bidang  Kuasa  Jenayah)  (Pindaan)  2016  berdasarkan atas Peraturan Mesyuarat 28. Saya telah meneliti dan menimbang perkara  ini  dan  saya  mendapati  pindaan  yang  dicadangkan  tidak  mengubah  asas  atau  tujuan  yang  terkandung  dalam  usul  tersebut.  Ia  adalah  merupakan  satu  perincian  kepada  perkara  asas  dalam  usul  tersebut.  Oleh  yang  demikian,  saya  menjemput  Yang  Berhormat Marang bagi membaca cadangan pindaan usul untuk makluman Dewan. Sila  Yang Berhormat.
Dato'  Dr.  Mujahid  bin  Yusof  Rawa  [Parit  Buntar]:  Sebelum  itu,  peraturan  mesyuarat.
Tuan Yang di-Pertua:  Yang Berhormat, saya sudah sebut Peraturan Mesyuarat  28.
Dato' Dr. Mujahid bin Yusof Rawa [Parit Buntar]:  Saya ada satu yang tidak  ada kena-mengena dengan ini tetapi peraturan lain. Saya mohon laluan dulu sebab ia  tidak ada kena-mengena dengan ini.
Tuan Yang di-Pertua: Okey, sila.
Dato'  Dr.  Mujahid  bin  Yusof  Rawa  [Parit  Buntar]:  Saya  ingin  membawa pengetahuan Dewan kepada Peraturan Mesyuarat 26(p), “usul berkenaan dengan hak dan kebebasan semasa kejadian itu berlaku” . Hari ini Parlimen kita telah menyaksikan satu  peristiwa  yang  sekali  lagi  berulang  iaitu  seorang  Ahli  Parlimen  telah  disekat  dan cuba untuk disakiti. Jadi, bagi saya ini satu perkara yang- ia berlaku kepada rakan saya,  ang Berhormat Shah Alam. Mereka telah melingkung, cuba untuk physically try to stop ……[ isu  Ahli Parlimen diserang sekumpulan orang diluar bangunan Dewan.]
... Tuan  Yang  di-Pertua:  Terima  kasih,  terima  kasih,  terima  kasih.  Ahli-ahli  Yang Berhormat yang telah membawa perhatian saya kepada peraturan mesyuarat tadi dan akta-akta  peruntukan  Perlembagaan  dan  Kanun  Keseksaan,  I  will  take  note.  Thank  you  very much for that  dan sebagai makluman juga, tadi sebelum saya masuk, saya telah dijumpai oleh Yang Berhormat Shah Alam dan melaporkan kepada saya apa yang terjadi sebelum pun dibangkitkan oleh Yang Berhormat Parit Buntar tadi. Jadi  saya  memberitahu  kepada  Yang  Berhormat  Shah  Alam  untuk  menulis  surat secara  official  kepada  saya  apa  yang  terjadi  dan  pada  masa  yang  sama  tadi  sebelum masuk  juga,  saya  telah  memanggil  pihak  keselamatan  yang  berada  di  tempat  kejadian. Jadi,  sekarang  ini  mereka  sedang  membuat  laporan  terperinci,  termasuk  dengan  CCTV yang  telah  pun  dirakam.  Jadi,  apabila  nanti  saya  terima  segala  laporan-laporan,  jadi  kita akan membuat tindakan daripada situ. Okey terima kasih.
Sila Yang Berhormat Marang, oleh sebab tadi ada tergendala sikit. Terima kasih.” [Penyata Rasmi DR  – 24.11.2016 “(MS  41)]

Ahli Parlimen Shah Alam diserang


Khalid ketika diserang pengunjung yang dipercayai dari Pasir Salak di pekarangan bangunan Dewan Rakyat, Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad diserang sekumpulan lelaki yang mendakwa dari Pasir Salak di perkarangan lobi Parlimen 11 pagi tadi. Wakil rakyat pembangkang itu dikepung sebaik keluar dari keretanya sebelum dimaki-hamun oleh beberapa lelaki terbabit yang mengekori beliau sehingga ke pintu masuk utama Dewan Rakyat. Tolak-menolak berlaku sambil kumpulan itu cuba merapati Khalid yang dikawal ketat anggota keselamatan Parlimen sebelum beberapa tumbukan dilepaskan ke arahnya. Bagaimanapun, tiga anggota keselamatan dipercayai cedera akibat terkena tumbukan sebelum kumpulan berkenaan disuraikan,  Sementara itu Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegaskan bahawa tindakan akan diambil berikutan insiden pergaduhan berkenaan. Insiden itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan Khalid mengeluarkan perkataan 'sial' kepada Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mempersendakan perkataan 'kok" kepada Teresa Kok (DAP-Seputih) kelmarin. [Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 November 2016 @ 1:57 PM]


33 Persidangan Dewan Rakyat  Melangkau  20 Jam

Pada 5 April 2017 (Rabu), sehari sebelum pembentangan dan penghuraian Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang), persidangan pada mulanya dilanjutkan sehingga pukul 11.30 malam bagi menyelesaikan 12 RUU untuk bacaan kali kedua.  Pada pukul 11.25 malam telah dikemukakan usul Peraturan Mesyuarat  12(1) oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk menyelesaiakan 6  RUU lagi.  Menjelang pukul 12.00 tengah malam (tepatnya 11.59 malam), usul merentikan peraturan dan menyelesaikan semua urusan mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) oleh Timbalan Menteri Sumber asli dan Alam sekitar.  Ketika itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang menjawab RUU Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2017.   Sebaik sahaja  RUU ini dibahaskan dipeingkat Jawatankuasa, ramai Ahli-ahli Parlimen pembangkang mengambil bahagian dan melewat-lewatkan dan akhirnya berlaku undi belahbahagian, dimana 93 – setuju dan 37 – tidak setuju.  Pada pukul 1.11 pagi pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengemukakan usul Peraturan Mesyuarat 62 bagi menangguhkan bacaan kali kedua  5 RUU dan  menarik balik 1 RUU.  Ini menyebabkan Ahli-ahli Parlimen pembangkang tidak puas hati dan keadaan berterusan sehingga selesai RUU Cukai Pelancongan 2017 dan ditangguhkan pada pukul 4.57 pagi.


34 Usul Mencadangkan  Rang Undang-Undang Ahli Persendirian Bagi Meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) [Akta 355]

Usul  Pertama
i. Pada 18 Mac 2015 di Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13, Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan Usul  Persendirian di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) untuk mencadangkan Rang Undang-Undang  Ahli Persendirian bernama Rang undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa)(Pindaan) 2015.  Pindaan dicadangkan di Seksyen 2  bagi menggantikan hukuman sedia ada kepada hukuman “...sesuai dengan kehendak syariah Islam “.   Usul tersebut adalah seperti berikut:
“Dato’  Seri  Abdul Hadi bin Awang (MARANG) akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan  Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan  Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah  Syariah (Bidang Kuasa  Jenayah)(Pindaan) 2015 seperti  berikut: 

i- menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:
“2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Senarai 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan.”; dan

ii- memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut;
“2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, sesuai dengan kehendak syariah Islam.”

Setelah memenuhi tempoh notis Pemberitahu  Usul tidak kuarang 14 hari, maka Usul oleh Ahli Parlimen Marang tersebut telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada 7 April 2015 pada giliran 24 dalam susunan Rang Undang-Undang dan Usul.  Seterusnya usul tersebut telah disenaraikan di nombor 16 dalam susunan Rang Undang-Undang dan Usul ada 9 April  2015, iaitu hari terakhir persidangan bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas.  Oleh kerana Peraturan Mesyuarat 15 (1), “.urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain”,  maka Usul  Persendirian pada kelazimannya tidak akan sempat dibentang dan dibahaskan.  Namun demikian, ia boleh dibentangkan/dibahaskan sekiranya pihak Kerajaan membenarkan/memberi  keutamaan atau memberi laluan kepada Usul tersebut setelah menerima permohonan dari Ahli Parlimen berkenaan.

Usul  Kedua
ii. Pada 29 April 2015, Ahli Parlimen Marang sekali lagi telah mengemukakan Usul Persendirian tersebut bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga, Parlimen Ketiga Belas seperti berikut (dengan pindaan berbanding Usul terdahulu): 

“28. Dato Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan :

“Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 seperti berikut :

i- menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:

“2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.” ; dan

ii- memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut;

“2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan di atas, selain dari hukuman mati.”  [AUM DR 17/6/2015, ms  21]”

Walaupun, tempoh notis melebihi 14 hari, tetapi pihak Parlimen menyenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat bermula pada 17 Jun 2015 dan pada hari yang sama Ahli Parlimen kawasan Marang telah mengemukakan surat permohonan untuk mendapatkan kebenaran Kerajaan bagi menaikkan giliran Usul.  Pada 18 Jun 2015, Ahli Parlimen kawasan Pokok Sena telah bangkit dan menanyakan kedudukan Usul itu  dan Yang di-Pertua Dewan menegaskan bahawa Peraturan Mesyuarat 15 menyatakan urusan Kerajaan didahulukan, kecuali pihak Kerajaan “menyambut” Usul tersebut melalui Usul Kerajaan.

Usul  Ketiga 
iii. Tanpa di duga oleh sesiapa, setelah berlalunya dua Mesyuarat Parlimen iaitu Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga dan Mesyuarat  Pertama, Penggal Keempat,  maka pada 28 April 2016  pada Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13, Ahli Parlimen Marang sekali lagi mengemukakan Usul Ahli Persendirian (juga dikenali sebagai Usul dari  Ahli yang bukan Ahli Kerajaan) mengenai perkara tersebut..  Namun suasana kali ini amat berbeza.  Rundingan antara Ahli Parlimen Marang dan PAS dengan pihak Kerajaan telah giat dijalankan dan berterusan semenjak Usul ini dikemukakan pada Mac 2015.  Pada dasarnya Kerajaan bersetuju dengan Usul tersebut. Dalam ulasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 18 Mei 2016  telah menyatakan pendirian Kerajaan dengan jelas iaitu “...Dalam hal ini, Kerajaan menyokong Usul yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kawasan Marang  bagi mencadangkan Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama  Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang bertujuan untuk memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.  Walau bagaimanapun, ia perlu dilaksanakan mengikut kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Pembentangan Usul dan Mohon Ditanguhkan Penghuraiannya
Akhirnya, pada 26 Mei 2016  iaitu hari terakhir persidangan Dewan Rakyat  bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13, Usul tersebut telah disenaraikan dalam Aturan Ururasan Mesyuarat pada giliran ke- 15.  Di peringkat  ini, tiada siapa menduga Usul ini akan didahulukan dalam Aturan urusan Mesyuarat.  Ini kerana, pada awal persidangan hari itu (jam 10.00 pagi) hanya terdapat Usul   di bawah Peraturan Mesyuarat 62 oleh Menteri di Jabtan Perdana Menteri bagi menangguhkan bacaan kali kedua  Rang Undang-undang iaitu Rang Undangundang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016.  Selepas itu, sesi Pertanyaan Lisan sehingga jam 11.30 pagi dan diteruskan dengan bacaan kali yang kedua Rang Undang-undang Hak Milik Strata (Pindaan) 2016 yang  menyaambungan perbahasannya.  Kebiasaanya di hari akhir persidangan akan dikemukakan Usul mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1) bagi mengubah masa atau melanjutkan masa persidangan bagi menyelesaikan urusan-urusan Kerajaan dan urusan lain yang diberi keutamaan.   Di peringkat ini, banyak pihak menyangka bahawa Usul Ahli Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang tidak akan di beri keutamaan atau di dahulukan.

. Oleh kerana Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan / mendahulukan giliran Usul tersebut, maka Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menggunakan Peraturan  Mesyuarat 14(2) iaitu Usul Kerajaan  tanpa notis bagi mengubah susunan giliran Aturan Urusan Mesyuarat bagi mendahulukan Usul Ahli Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang. Peraturan  Mesyuarat  14(2) adalah menyatakan   “Majlis  Mesyuarat dengan  dikeluarkan  usul  oleh  seorang  Menteri  yang  akan  diputuskan  dengan  tidak  boleh  dipinda atau di bahas dan yang tidak berkehendakkan dikeluarkan pemberitahu terlebih  dahulu  boleh pada bila-bila masa, , memutuskan hendak menjalankan mana-mana urusan  dengan tidak mengikuti aturan yang telah ditetapkan. Usul ini hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.” Seterusnya  Usul untuk mendahulukan Usul Ahli Persendirian ini  dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada pukul 2.30  petang seperti berikut:

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said]:  Tuan  Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan;
“Bahawa  mengikut  Peraturan  Mesyuarat  14(2),  saya  mohon  mencadangkan  bahawa  usul  Yang  Berhormat  Marang  seperti  yang  tertera  di  nombor  15  didahulukan  selepas  Rang  Undang-undang  Hak  Milik  Strata  (Pindaan) 2016 di nombor 1 di dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini”.
Timbalan  Menteri  Kerja  Raya  [Datuk  Rosnah  binti  Haji  Abd.  Rahshid  Shirlin]: Tuan Yang di-Pertua; saya mohon menyokong.”

Dikalangan pengamal dan mereka yang biasa dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, penggunan Peraturan Mesyuarat 14(2) dipanggil  sebagai “strategi ambush”  kerana tidak memberi notis walaupun sehari seperti  Peraturan Mesyuarat yang lain. 

Setelah 35 minit gangguan dari pihak DAP dan PAN, pada pukul 3.05 petang Ahli Parlimen Marang telah membentangkan dengan  membaca Usulnya  seperti berikut:

“ Dato’  Seri  Haji  Abdul  Hadi  bin  Awang  [Marang]:  Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakaatuh,  Tuan  Yang  di-Pertua.   Bahawa  Dewan  ini  memberikan  kebenaran  menurut Peraturan  Mesyuarat  49(1)  kepada  Yang  Berhormat  Ahli  bagi  kawasan  Marang  untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang  Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut;
(i)  menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:
“2.  mahkamah  syariah  akan  mempunyai  kuasa  ke  atas  seseorang  penganut  agama  Islam  dan  di  dalam  hal-hal  kesalahan  di  bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-undang Persekutuan.”; dan
(ii)  memasukkan selepas Seksyen 2 dengan seksyen berikut:
“2A  dengan menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang  Syariah  berkaitan  hal-hal  kesalahan  yang  disenaraikan di  bawah  seksyen  yang  disebutkan  di  atas  selain  dari  hukuman  mati. “.Terima kasih.
(Penyata Rasmi Parlimen, DR-26.5.2016)


Setelah Ahli Parlimen Marang membacakan Usulnya, Yang di-Pertua  bertanya kepadanya sama ada akan meneruskan  bagi menghuraikanya pada masa sekarang atau pada masa hadapan mengikut Peraturan Mesyuarat 15 (5) .   Ahli Parliem Marang  menyatakan untuk menanggiuhkan usul tersebut. 

“Tuan Yang di-Pertua:  Yang Berhormat, yang ini bila  –  pasal mesti Yang Berhormat  hurai  dahulu.   Kalau  Yang  Berhormat  hurai  sekarang  boleh,  kalau  Yang  Berhormat  hurai  di  masa akan datang pun boleh di bawah Peraturan Mesyuarat 15(5). Mana satu? Saya mesti  minta kepastian.
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi bin Awang [Marang]:  Tuan Yang di-Pertua, saya mohon  supaya  usul  ini  ditangguhkan  dan  dibawa  ke  Mesyuarat  akan  datang  mengikut  Peraturan  Mesyuarat 15(5).  [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Terima kasih Yang Berhormat Marang.” (Penyata Rasmi Parlimen, DR-26.5.2016)

Usul Keempat - Pembentangan Pindaan Usul dan Mohon Ditanguhkan Penghuraiannya

iv. Di  Mesyuarat Ketiga, Penggal kempat Parlimen Ketiga Belas, pada hari terakhir persidangan iaitu  24 November 2016,  pukul 12.00 tengahari, Yang di-Pertua Dewan terus  mempersilakan Ahli Parlimen Marang mengemukakan pindaan usulnya tanpa melalui usul Kerajaan (Peraturan 12(1) atau 14(2)) untuk mendahulukan usul persendirian tersebut.  Kaedah ini adalah jarang berlaku dan mungkin kali pertama dalam sejarah Parlimen Malaysia, dimana Yang di-Pertua Dewan menggunakan kuasanya ( Peraturan 99 dan 100) bagi menentukan urusan persidangan Dewan ketika itu.  Perjalanan sidang terganggu hampir 30 minit kerana Ahli Parlimen Parit buntar dan beberapa yang lain telah membangkitkan insiden Ahlui Parlimen diserang oleh sekumpulan oramng diluar bangunan Dewan. 

Seterusnya Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul pindaannya mengikut Peraturan Mesyuarat 28 yang dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 49(1)  dan mohon  “...untuk  membuat  huraian  pada  sesi  akan  datang  selaras  dengan  Peraturan  Mesyuarat 15(5)”.  Yang di-Pertua Dewan membenarkan  dengan katanya    “...izinkan usul ini  disambung  ke  Mesyuarat  akan  datang “. 




Penghuraian Usul dan Ditangguhkan Perbahasannya
v. Di Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas,  pada 6 April 2017 (Khamis) iaitu hari terakhir persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Pasrlimen Ke-13, Usul Persendirian Ahli Parlimen Marang tersenarai giliran pertama dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan tiada urusan Kerajaan pada hari itu.  Dalam hal ini, pihak Parlimen, khususnya Yang di-Pertua Dewan Rakyat menunaikan janjinya yang ditekankan beberapa kali dalam dan luar Dewan bahawa urusan Kerajaan akan diselesaikan/didahulukan. Dimana semua urusan Kerajaan telah diselesiakan pada 5 April 2017(Rabu) yang bersidang hingga pukul 4.57 pagi.

Sebaik sahaja selesai sesi pertanyaan lisan pada pukul 12.00 tengahari, Yang di-Pertua Dewan Rakyat menjemput YB Marang mengemukakan dan menghuraikan usul mengikut Peraturan Mesyuarat 15(5) dan 49(1).  Ketika itu, bangunYB Gelang Patang membangkitkan peraturan mesyuarat (point of order) berkaitan penolakan usulnya bagi mengemukakan RUU Ahli Persendirian – RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis atau IPCMC.  Seterusnya YB Gopeng bangkit dengan Peraturan 15(1) dan 15(3).  YB Puchong pula dengan Peraturan 36(2) sebagai sub-judice kerana ada kes di Mahkamah berkaitan saman pemula dari Tawfik Ismail beberapa hari yang lalu. Isu ini dibalas oleh YB Kota Bharu yang membangkitkan keputusan Mahkamah Tinggi pada bulan Jun 2015 bahawa permohonan plantif-plantif m untuk menyekat Dewan dan juga YB Marang bagi mengemukakan usul dibawah Peraturan Mesyuarat 49 ditolak dan Ahli Parlimen tidak boleh dihalang untuk membawa usul ini. Seterusnya YB Alor Setar dengan Peraturan 49(2) dan juga YB Kapar.  Ketika ini, Yang di-Pertua Dewan mempersilakan Marang untuk m,enyambung tetapi YB Gelang Patah bangun sekali lagi dengan Peraturan 14 dan memekek dengan memanggil Presiden MCA, MIC dan Gerakan. Ketika ini beberapa Ahli mencelah dan bangun serta menjerit-jerit.  Akhirnya pada pukul 12.37 YB Marang berucap dan menghuraikan usulnya.

Antara kandungan huraian YB Marang adalah seperti berikut:

Bukanlah bertujuan untuk mewujudkan undang-undang baru sepertimana yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak selama ini tetapi lebih kepada tujuan untuk meminda sebuah Undang-Undang Persekutuan berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan batas hukuman sedia ada yang terkandung dalam Akta 355
Usul Pindaan RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) ini hanya terpakai kepada orang-orang Islam di dalam negara ini dan tidak terpakai kepada golongan bukan Islam. 
Usul ini membabitkan sebuah Akta peringkat Persekutuan dan ini bermakna ia masih tertakluk kepada persetujuan pemakaiannya kepada Negeri-Negeri
Cadangan pindaan Akta 355, adalah untuk memperkasakan Mahkamah Syariah pada masa sekarang bidang kuasa jenayah Mahkamah Syariah ialah sangat terbatas. Mengikut Perlembagaan, Mahkamah Syariah adalah mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan setakat yang diberikan oleh Undang-undang Persekutuan.
Bidang kuasa ini masih rendah daripada Majistret Kelas Satu yang biasanya boleh membicarakan kes yang boleh dihukum dengan penjara 10 tahun dan boleh menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara atau denda RM10, 000 atau sebat 12 pukulan atau gabungannya. 
Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada paras hukuman yang hampir atau sepadan dengan hukum syarak Islam yang memang sudah termaktub di dalam sumber-sumber hukum di bawah panduan Al-Qur’an, Hadith Nabi SAW, Ijma’ dan qiyas para ulamak.
Kita juga mendengar kuat suara membantah pindaan Akta 355 ini dengan alasan bahawa pindaan ini bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Semua Ahli-ahli Dewan-Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai waktu dan kesempatan seluas-luasnya untuk membahaskan pemakaian batas-batas hukuman baru yang diluluskan itu untuk setiap kesalahan jenayah syariah di negeri sedia ada.
Janganlah kedengaran lagi bahawa cadangan pindaan Akta 355 ini merupakan “pintu belakang” ke arah pelaksaaan hukuman hudud di Malaysia kerana untuk melaksanakan Undang-Undang menyamai hukum Hudud dalam Syariah di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan sudah tentulah ia perkara yang sukar untuk dilakukan.
Pindaan Akta 355 ini tidak memungkinkan undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Kanun Keseksaan atau Penal Code) terletak di bawah kuasa Persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil di mana kuatkuasa bidang penguasa seperti polis, penjara juga terletak di bawah kuasa Persekutuan (Federal List). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan. Ini diikuti Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu diskriminasi, ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama.
Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU 355 hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah Negeri-Negeri.
Ahli-ahli Dewan Rakyat bukan Islam tidak berhak untuk menolak penambahbaikan kepada Mahkamah Syariah hanya atas dasar mereka bukan Islam. Mereka perlu sedar yang mereka juga bertanggungjawab kepada sekelompok masyarakat Islam yang mereka wakili.
Kepimpinan politik di peringkat Negeri perlu menyedari bahawa autonomi sebenar yang akan dinikmati hasil daripada pindaan akta 355 itu nanti adalah Kerajaan Negeri. Hanya Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perkenan Ketua Agama Negeri iaitu DYMM SPB Yang DiPertuan Agong (bagi Wilayah Persekutuan), DYMM Sultan/Raja (bagi Negeri-Negeri) yang berkuasa untuk memutuskan sama ada untuk menaikkan kadar hukuman yang diperuntukkan dalam Enakmen-Enakmen Syariah Negeri.
hukuman dera dalam Islam adalah hukuman mendidik bukan menyeksa. Sebatan dalam Islam berbeza sebatan dalam undang-undang sivil. Sebatan dalam Islam disebut dalam kitab-kitab fiqh semua mazhab mesti dengan alat sebat yang sederhana, yang tidak berat dan tidak ringan, tidak boleh mengangkat lebih tinggi daripada kepala, tidak boleh mengoyakkan kulit, tidak boleh mencederakan dengan tujuan untuk memalukan bukan untuk menyeksa.

Usul tersebut disokong oleh Ahli Parlimen Kota Bharu yang berucap selama 1 jam setengah. Pada pukul 4 petang, Yang di-Pertua Derwan Rakyat menggunakan kuasanya  dan membuat ketetapan untuk perbahasan selanjutnya dan diputuskan pada sesi yang akan datang..  Ini  telah menimbulkan rasa tidak puas hati ahli-ahli Parlimen Pembangkang khususnya Shah Alam dan Pandan  serta mereka menjerit-menjerit dengan perkataan  “takut…takut…”

Sebagai rekod, Usul ini akan tersenarai selepas urusan Kerajaan dalam Aturan Mesyuarat dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ke-13 yang bermula 24 Julai hingga 10 Ogos 2017.  Ini adalah selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15.  Walau bagaimanapun, Yang di-Pertua boleh memasnggil/menentukan bila-bila masa yang sesuai untuk perbahasan usul tersebut mengikut budibicaranya sebagaimana yang dikatakannya  “ gunakan kuasa saya kerana saya mengatur urusan Mesyuarat” sebelum menangguhkan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-13 iaitu hari terakhir persidangan



Setelah berakhirnya persidangan Mesyuarat Parlimen tersebut, terdapat beberapa usaha untuk memperbaiki keadaan, khususnya sokongan parti komponen Barisan Nasional.  Antaranya cadangan menwujudkan satu jawatankuasa  khas yang dicadangkan oleh pemikir PAS.  Satu pengumuman dibuat semasa YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri setelah  berjumpa YAB Menteri Besar Kelantan pada 19 Julai 2017, (Rabu)  selepas m,enyerahkan piala dan bendera Kejohanan Sukan sekolah-Sekolah Agama Malaysia (KESSUMA) di Kompleks Kota Darul Naim, “ Kerajaan akan menubuhkan satu jawtankuasa khas yang disertai pelbagai pihak termasuk ahli politik dalam usaha memperkasakan mahkamah syariah “ “ Penubuhan jawatankuasa khas itu akan dibincangkan dengan Perdana Menteri  dan JAKIM akan bertanggungjawab untuk menyelia penubuhannya.”

Ketua Pengarah JAKIM dalam kenyataan medianya bertarih 10 Ogos 2017 memaklumkan bahawa  selaras dengan keputusan Kerajaan pada 4 Ogos 2017, JAKIM telah menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS).  Kandungan kenyataan adalah seperti berikut:

“Jakim  yang diberi mandat untuk  mengurusetiakan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah ini bertanggungjawab melaksanakan cadangan-cadangan yang terkandung di dalam arahan tersebut bagi tujuan memperkasakan sistem perundangan Syariah secara keseluruhan selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. 
 Sehubungan itu, Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah ini akan mempunyai dua (2) jawatankuasa pelaksanaan iaitu Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Induk.

Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah ini akan dipengerusikan oleh YBhg Tan Sri Dr Yusof Noor. Pemilihan YBhg Tan Sri Dr Yusof Noor adalah atas dasar pengalaman dan ketokohan beliau yang meluas dalam pelbagai bidang.

Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah ini akan dianggotai oleh tokoh-tokoh dalam negara yang pakar dalam pelbagai bidang dan sebahagian daripada mereka bakal mengetuai enam (6) kluster di bawah JKMMS iaitu :-
i. Pengharmonian antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah;
ii. Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355];
iii. Pengurusan & Penstrukturan Mahkamah Syariah;
iv. Latihan Hakim & Pegawai Syariah;
v. Pendidikan Undang-undang Syariah; dan
vi. Hal-ehwal berkaitan Peguam Syari’e. “
Semasa persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas yang bermula 24 Julai hingga 10 Ogos 2017, Usul Persendirian ini diletakkan selepas Urusan Kerajaan dalam Aturan urusan Mesyuarat.  Dalam tempuh persidangan ini, usul ini tidak dibangkitkan oleh mana-mana pihak sama ada di dalam mahupun di luar dewan.  Pada hari akhir persidangan, usul ini tidak termasuk dalam urusan yang akan diselesaikan.  Ini bermakna.  usul ini akan di bawa kehadapan atau disenaraikan semula   dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada Mesyuarat Ketiga, bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas yang bermula 23 Oktober  hingga 30 November  2017.  Berdasarkan perkembangan dengan penubuhan Jawatankuasa tersebut, penulis meramalkan usul ini juga tidak akan disambung perbahasannya di Mesyuarat Ketiga.  (Catatan :10  Ogos 2017)

Seterusnya pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen  Ke-13 (2018) yang dijadualkan bersidang pada 5 Mac hingga 5 April 2018, juga Usul ini masih disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat selepas urusan Kerajaan.  Sekiranya Parlimen di bubarkan atau terbubar dengan sendirinya pada 24 Jun 2018, maka Usul ini juga akan turut luput. Mesyuarat ini adalah persidangan Parlimen terakhir bagi Majlis Parlimen Ke-13 sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 di adakan.(Catatan, 25 Februari 2018). 

Semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen  Ke-13 (2018)  tersebut, diperingkat awal persidangan,  Usul ini tersenarai di dalam  Aturan Urusan Mesyuarat pada giliran ke-3  iaitu selepass urasan Kerajaan.  Ketika ini juga telah timbul spekulasi yang menjangka Usul ini akan disambung perbahasan.  Namun kedudukan berubah, apabila beberapa RUU telah dibuat bacaan pertama termasuk RUU Anti Berita  Tidak Benar dan juga Usul Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Bagi Neger-Negeri Tanah Melayu  yang  di  senaraikan pada 22 Mac 2018 dan seterusnya dibahaskan pada 28 Mac 2018..  Ketika ini Usul ini tersenarai pada giliran ke-6 dan dijangka Parlimen akan dibubarkan dalam tempoh seminggu dari sekarang (Catatan : 29 Februari 2018).

Pada hari akhir persidangan  5 April 2018, Usul ini tersenarai pada giliran kedua, namun tiada lagi usaha terbaharu untuk berunding dengan Kerajaan bagi menaikkan Usul Persendirian ini, maka Usul ini tidak disambung untuk perbahasan walaupun Dewan ditangguhkan awal pada pukul 1.00 tengahari kerana tiada lagi urusan Kerajaan. (Catatan: 5 April 2018).  Akhirnya pada 6 April 2018 (Jumaat)  jam 12.00 tengahari, YAB Perdana Menteri sempena Ucapan Khas telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa pada 7 April 2018 (Sabtu)..  Ini bermakna Usul ini juga turut terluput serentak dengan pembubaran Majlis Parlimen Ke-13. (Catatan: 7 April 2018)

35 Petua Yang di-Pertua Dewan Negara Mengenai Subjudice

Pada 19 April 2017 di Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-13, diawal persidangan selepas bacaan doa, YB Dr. Arifin SM Omar membangkitkan pertanyaan nya telah ditolak dengan alasan subjudice.  Beliau bertanya  apakah maksud subjudice.  Yang di-Pertua akan memberi penjelasan selepas sesi soal jawab lisan.  Ahli Yang Berhormat telah mempersoalkan kewajaran pertanyaan yang dikemukakannya telah ditolak atas atas sub judice

“Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta Menteri Kewangan menyatakan,  apakah keputusan tentang kes tuntutan IPIC  yang  berjumlah  USD6.5  ke  atas  1MDB  dan  MoF  di  Mahkamah  Penimbang  tara  London  dan bagaimana Kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan kes ini”

Yang di-Pertua telah menjelaskan bahawa sekiranya  soalan ini diteruskan dan diperdebatkan maka isu-isu  serta fakta-fakta yang dibangkitkan mungkin memprejudiskan serta memudaratkan kes 1MDB ataupun Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia di Mahkamah Timbang Tara di London.  Juga , perkara tersebut ada kaitan beberapa isu yang masih lagi dalam perbicaraan  mahkamah  di  dalam  negara  yang  membabitkan  Yang  Berhormat  Petaling  Jaya Utara dan juga bekas Senator Dato’ Mohd Ezam Mohd Nor.  Maka ia diputuskan sebagai sub judice. Penulis merasakan perkara sub judice  jarang dibangkitkan di Dewan Negara dan dalam tempoh dua dekad kebelakangan, mungkin ia kali pertama dibangkitkan.


Dr.  Ariffin  bin  S.M.  Omar:  Tuan  Yang  di-Pertua,  saya  berdiri  di  sini  atas  Standing  Order PM.22(1)(g),  kerana saya perlukan keterangan dan ketetapan daripada Tuan Yang di-Pertua tentang apa itu sub  judice  kerana ini berkait dengan soalan saya yang  saya telah kemukakan kepada Dewan Negara, dan tidak diterima. Ini adalah penting kerana kalau kita tidak boleh bincangkan isu-isu penting di dalam negara ini yang berkait dengan kepentingan negara, di mana pula kita hendak bincang? Apa itu sebenarnya sub judice?

Tuan  Yang  di-Pertua:  Terima  kasih  Yang  Berhormat.  Saya  akan  buat  petua  selepas  sesi Jawapan-jawapan Lisan Bagi Pertanyaan-pertanyaan.

Tuan  Chandra  Mohan  A/L  S.Thambirajah:  Tuan  Yang  di-Pertua,  cuma  hendak  tambah sedikit sebelum Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan. Kalau kita tengok- pada pengetahuan saya kalau kita tengok...
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat berucap atas apa?
Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah:  Atas-  sambung  standing order  itu. Cuma sebelum Tuan Yang di-Pertua  buat keputusan  Kalau kita tengok ruling  of sub  judice  pada biasanya,  House of Commons practice dan Erskine May, dia berdasar kepada dua prinsipal- supaya perbincangan dalam Dewan Negara kah atau Dewan Rakyat, tidak prejudis prosiding dalam mahkamah, itu I faham. Lagi satu berdasarkan principal of committee atau doctrine of legal reciprocity.  So, kalau saya tengok,  saya  sudah  baca  soalan  itu,  dan  juga  House  of  Commons  practice  membenarkan  kuasa kepada Tuan Yang di-Pertua untuk  relax ruling  tu.  I  sudah baca soalan itu,  I  tengok dia tidak masuk dalam dua-dua kategori. Ini cuma suggestion  saya sebelum Tuan Yang di-Pertua membuat keputusan. Terima kasih.
......

Masa untuk Pertanyaan-pertanyaan Jawab Lisan tamat]
■1110
Yang di-Pertua:  Yang Berhormat Dr. Ariffin bin S.M. Omar, tadi Yang Berhormat soalan berkenaan dengan apa, kan cakap dengan soalan. Sila, what is your question? Dengan izin.

Dr. Ariffin bin S.M. Omar: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, saya akan baca soalan ini. “Dr. Ariffin bin S.M. Omar minta Menteri Kewangan menyatakan,  apakah keputusan tentang kes tuntutan IPIC  yang  berjumlah  USD6.5  ke  atas  1MDB  dan  MoF  di  Mahkamah  Penimbang  tara  London  dan bagaimana Kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan kes ini?”Tuan  Yang  di-Pertua,  soalan  yang  saya  kemukakan  di  sini  tidak  sentuh  tentang  kes perbicaraan.  Saya  minta  ialah  penjelasan  tentang  tuntutan  IPIC  dan  macam manalah  kes  ini  akan diselesaikan oleh Kerajaan Malaysia. Di samping itu kes ini tidak dibicarakan di negara ini, tetapi di luar negara. Maka apa salahnya soalan ini hingga tidak diterima dan ditolak atas alasan sub judice.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih Yang Berhormat. Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan A/L S.Thambirajah.

Tuan  Chandra  Mohan  A/L  S.Thambirajah:  Saya  berpendapat  yang  sama  juga,  because kalau kita tengok  sub judice,  konsep  sub judice  ialah kalau perbincangan dalam Dewan ini akan prejudis dari segi prasangka, prejudis keputusan. Akan tetapi di sini, keputusan telah pun dibuat. So,  isu prejudis tidak timbul. Itu pendirian saya.

Tuan Yang di-Pertua:  Terima kasih. Ahli  Yang  Berhormat, saya  hendak beritahu  bahawa, Integrasi  literal, the Literal Interpretation in London Court of International Arbitration . Perkara yang dibangkitkan dibicarakan di Mahkamah Penimbang  tara London. Oleh kerana LCIA merupakan sebuah mahkamah dari segi integrasi literal, maka perkara  sub judice  terpakai dalam situasi ini, juga kerana struktur.   Yang  Berhormat  saya  hendak  beritahu-  struktur  penimbang  tara  adalah  suatu  badan kehakiman  yang  mempunyai  badan  kuasa  dan  fungsi  kehakiman.  Maka  perkara  sub  judice  boleh digunakan. Saya hendak beritahu kepada ahli Yang Berhormat bahawa dalam struktur LCIA, 22( vi), dengan izin,  “to decide whether or not to apply any strict rules of evidence -  as to the admissibility,relevance or weight of any material tendered by a party on any matter or fact or expert opinion: and to determine the time, manner and form in which such material should be exchanged between the parties and presented to Arbitral  Tribunal.”  Walau terdapat kemungkinan bahawa kes yang ditimbang tara tidak tertakluk  kepada  undang-undang  sub  judice.  Akan  tetapi  apa-apa  isu  yang  dibangkitkan  semasa penglibatan berkenaan perkara ini akan mengakibatkan prejudis ke atas kes 1MDB.Isu-isu yang dibangkitkan ini, di kamar yang mulia ini mungkin boleh digunakan di timbang tara di London. Tambahan pula, yang telah saya bincangkan artikel 22.1 di mana memandangkan undangundang keterangan mengenai bukti yang kukuh tidak terpakai di dalam timbang tara tersebut. Oleh itu jika soalan ini diteruskan dan diperdebatkan di kamar yang mulia ini, maka isu -isu  serta fakta-fakta yang dibangkitkan semasa perdebatan ini mungkin memprejudiskan serta memudaratkan kes 1MDB ataupun Kementerian Kewangan, Kerajaan Malaysia di Mahkamah Timbang tara di London.

Ahli-ahli Yang Berhormat, perkara tersebut adalah kaitan beberapa isu yang masih lagi dalam perbicaraan  mahkamah  di  dalam  negara  yang  mana  membabitkan  Yang  Berhormat  Petaling  Jaya Utara dan bekas Senator Dato’ Mohd Ezam Mohd Nor. Maka adalah penting untuk memerintahkan supaya  soalan  ini  tidak  dibincangkan  langsung  di  dalam  Dewan  yang  mulia  ini  sehingga  kes  yang membabitkan perkara yang sama selesai dibicarakan dan diputuskan. Dengan dibincangkan di Dewan ini tidak akan memprejudiskan outcome ataupun pengaruh keputusan mahkamah. Untuk pengetahuan Yang Berhormat Tuan Chandra Mohan  A/L  S.Thambirajah, oleh kerana Malaysia mempunyai perhubungan dengan United Kingdom  secara kehakiman, maka mengikut Akta Reciprocal Enforcement of Judgments Act 1958,  dengan izin, sesuatu perintah yang dibuat di salah sebuah negara boleh dikuatkuasakan secara reciprocal  antara kedua-dua negara tersebut. Seterusnya memandangkan bahawa, Malaysia dan  United Kingdom  mempunyai sistem kehakiman yang sama, maka isu dual separation tidak timbul dalam kes ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, soal sub judice  dan prejudis, salah satu tujuan diadakan peraturan mengenai  sub  judice  ialah  untuk  mengelakkan  bahaya  berlakunya  sebarang  prejudis  terhadap  kes yang dihadapkan ke mahkamah. Pandangan yang dibangkitkan di dalam sebarang mahkamah, sama ada di dalam ataupun luar negara mempunyai  impact  yang besar yang mana boleh mempengaruhi atau memprejudiskan keputusan hakim yang mengadili kes yang ada kaitan. Oleh itu, Dewan lazimnya tidak membenarkan sebarang pertanyaan atau perbincangan yang boleh mendatangkan prejudis secara ketara, pentadbiran keadilan,  dengan izin, Administor of Justiceterutamanya  dalam  kes-kes  yang  kepentingan  nasional.  Ahli-ahli  Yang  Berhormat,  sekejap,  duduk sekejap, saya belum habis Yang Berhormat. Sesuatu  pertanyaan  ini  tidak  boleh  dikurangkan  mengikut  Peraturan  Mesyuarat  22(1)(g), dikurangkan  cakapnya  sekiranya  harus  melencongkan  perkara  yang  sedang  dibicarakan  oleh mahkamah dan tidak boleh bertanya berkenaan dengan apa-apa jua perkara yang dalam timbangan mahkamah. Pengasingan kuasa, ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat pengakuan implisit bahawa tempat pengadilan yang berwibawa benar adalah mahkamah dan bukan Dewan Perundangan. Membenarkan perbincangan kes yang ongoing dalam mahkamah boleh menggugatkan konsep pengasingan kuasa.    Dewan Perundangan  perlu berdiri tegas di atas soal pengasingan kuasa antara kehakiman judiciary  dan perundangan legislatif. Dengan itu, imej dan kedudukan mahkamah keadilan akan tetap terpelihara  dan  pandangan  khalayak  ramai.  Juga  dengan  adanya  pengasingan  kuasa,  kenyataan kenyataan  yang  dibangkitkan  dalam  Dewan  tidak  mampu  mencetuskan  prejudis  dalam  kalangan masyarakat  terhadap  defendan-defendan  dan  bertujuan  menentukan  fundamental  justice  ataupun keadilan asas. Ini adalah petua saya.

Tuan Chandra Mohan  A/L  S.Thambirajah:  Saya tidak soal tafsiran yang diberi oleh Tuan Yang di-Pertua. Cuma saya hendak bangkitkan lagi satu isu, surat itu ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Negara. Ini dari segi procedural saya hendak tanya. Kalau masih ingat dalam House of Commons, kes Pinochet. Masa Pinochet extradition kepada Spain- House of Commons dia buat satu keputusan, tidak boleh dibuat oleh Clerk of the House, kecuali kena dibuat oleh Speaker. So, ini dari segi procedural, ini untuk semua kita. Kemungkinan kita semua akan ada soalan  yang ditolak. Cuma dari segi prosedur kalau sekarang tidak payah cuma hendak  check,  whether Clerk  of the House  boleh  sign  atau tidak mengikut House of Commons punya rules ini. Terima kasih.
Tuan  Yang  di-Pertua:  Ahli-ahli  Yang  Berhormat,  soalan  dibenarkan  atau  ditolak  adalah keputusan Tuan Yang di-Pertua Dewan Negara. Ini tidak dibuat oleh Setiausaha.  Akan tetapi untuk menyenangkan kerja saya, Setiausaha menghantar surat bagi pihak saya. So, saya ingat tu tidak ada melanggar mana-mana peraturan mesyuarat di dalam Dewan Negara ini. Oleh kerana itu saya harap Yang Berhormat-Yang Berhormat akan terimalah petua saya. Terima kasih.(Penyata Rasmi DN-19.4.2017)


36. Dewan Rakyat Ditangguhkan 10 Minit Kerana Tiada Anggota Pentadbiran Yang Menyokong Bacaan Kali Kedua Rang Undang-Undang Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Pindaan) 2017

Jarang berlaku  tiada Anggota Pentadbiran di dalam Dewan untuk menyokong sesuatu Rang Undang-Undang yang dibuat bacaan kali yang kedua.  Namun pada 24 Oktober 2017, di Dewan Rakyat di Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas sebaik sahaja Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi  selesai membentangkan bacaan kali kedia Rang Undang-Undang ini, tiada seorang Anngota Pentadbiran bangun untuk menyokong.  Timbalan Yang di-Pertua terpaksa menangguhkan persidangan  selama 10 minit atas alasan “ke  washroom “  Apabila sidang disambung semula, beberapa ahli tidak puas hati bahkan ada yang mencadangkan supaya dibentangkan semula.  Malah ada yang mempertikaikan tindakan Timbalan Menteri Pendidikan yang menyokong tidak tahu apa yang disokong, walau pun dijelaskan oleh Timbalan Yangn di-Pertua bahawa beliau berada dalam Kamar Khas.  Setelah beberapa ketika kecoh, perbahasan Rang Undang-undang ini diteruskan.

DR.24.10.2017
RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
(PINDAAN) 2017
Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga
2.49 ptg.
Timbalan  Menteri  Perdagangan  Dalam  Negeri,  Koperasi  dan Kepenggunaan [Dato’ Henry Sum Agong]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, selamat  petang,  salam  sejahtera.  Tuan  Yang  di-Pertua,  saya  mohon mencadangkan iaitu suatu rang undang-undang untuk meminda Akta Perbadanan Harta  Intelek  Malaysia  2002  [Akta  617]  dan  untuk  mengadakan  peruntukan mengenai perkara berkaitan atau bersampingan dengannya dibacakan kali yang kedua sekarang.

“.....Tuan Yang di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat, cadangan pindaan adalah seperti berikut;
Memasukkan  seksyen  baharu  35A  untuk  memberi  perbadanan  kuasa untuk  menubuhkan  syarikat  di  bawah  Akta  Syarikat  2016,  Akta  777  tertakluk kepada  kelulusan  Menteri  Perdagangan  Dalam  Negeri,  Koperasi  dan Kepenggunaan  dan  Menteri  Kewangan  untuk  menjalankan  dan  menjaga, mengelola dan menguruskan apa-apa aktiviti projek inisiatif yang telah dirancang atau  dijalankan  oleh  perbadanan  dalam  pelaksanaan  fungsinya  di  bawah perenggan 17(e)(f) atau (i). Ini membolehkan perbadanan mempelbagaikan aktiviti
dan menjana pendapatan. Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed
Said]: Ada sesiapa yang menyokong?
[Tidak ada Ahli bangun menyokong]
[Dewan riuh]

[Mesyuarat ditangguhkan selama 10 minit]
■1500
3.08 ptg.
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 3.08 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said)  mempengerusikan Mesyuarat]
■1510
Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]:  Kena bentang semula, kena bentang semula.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]: Okey, baiklah Yang Berhormat. Saya tadi saya minta tempoh kerana saya ada panggilan ke washroom. [Dewan riuh] [Tepuk]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]:  Strategi yang baik.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]:  Saya pasti Yang Berhormat Kapar dengar apa ucapan dan perkataan saya keluarkan. Saya minta tempoh 10 minit untuk ke washroom.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]:  Taktik yang baik, Tuan Yang di-Pertua. Memang baik.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]:  Kan kita selalu minum teh bersama.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]:  Betul.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]: Itu pun idea daripada Yang Berhormat Kapar juga. Sila, kita balik kepada mesyuarat kita.Tuan Sim Chee Keong [Bukit Mertajam]:  Kena bentang semula. Tadi menteri tidak ada.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]:  Ya, ada sesiapa yang menyokong?
Timbalan  Menteri  Pendidikan  [Datuk  P.  Kamalanathan  a/l  P. Panchanathan]:  Saya mohon menyokong.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Tuan Yang di-Pertua, saya cadangkan bentang semula.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]:  Ya, terima kasih.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]:  Tuan Yang di-Pertua, saya hendak tanya, Yang Berhormat Timbalan Menteri ini dia sokong apa? Dia tak ada waktu bentang. Mana ada waktu bentang. [Dewan riuh]
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]:  Entah-entah kah Yang Berhormat Timbalan Menteri yang bentang, bentang empat nombor ekor. 
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Saya sahkan bahawa Yang Berhormat Timbalan Menteri Pendidikan ada dalam Dewan dalam Kamar Khas dan beliau mendengar apa yang dibentangkan.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]:  Mana boleh dia dengar? Dia dengar, dia dok jawab. [Dewan riuh]
Tuan Su Keong Siong [Ipoh Timur]:  Dia tidak ada dalam Kamar ini.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]:  Dalam Kamar Khas dia dengar apa? Dengar sini kah dengar Kamar Khas?
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]:  Dia begini, Yang Berhormat. Kalau Yang Berhormat tidak ada di dalam Dewan semasa Yang Berhormat Menteri, boleh tak Yang Berhormat yang tiada dalam Dewan tidak boleh berbahas? Kan sama.
Dato’  Haji  Mahfuz  bin  Haji  Omar  [Pokok  Sena]:  Tak,  bahas  isu  lain. Bahas lain. Ini bentang ini.
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]:  Okeylah, Yang Berhormat, kita jangan buang masa, Yang Berhormat.
Dato’ Haji Mahfuz bin Haji Omar [Pokok Sena]: Kalau Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi bentang benda lain?
Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato’  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed Said]:  Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah rang undangundang  bernama  suatu  akta  untuk  meminda  Akta  Perbadanan  Harta  Intelek Malaysia 2002 dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas.
3.12 ptg (Penyata Rasmi DR – 24.10.2017]


37. Pembentangan Bajet 2018 – Penyokong BN “ Berpeket” Menyokong Perdana Menteri

Pada pembentangan Bajet 2017 yang lalu,  pihak pembangkang keluar dewan beramai-ramai.  Suasananya berbeza semasa pembentangan Bajet  Bajet 2018 oleh YAB Perdana Menteri pada hari Jumaat 27 Oktober 2017  yang dikatakan Bajet Pilihan Raya kerana kerana ia adalah bajet terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14, dimana pihak penyokong Kerajaan yang berpakaian kebangsaan berwarna biru dan diakhir pembentangan telah bangun beramai-ramai memegang Teks Ucapan Bajet serta melaungkan sokongan kepada Perdana Menteri. 




Bajet ini  dipersetujukan  diperingkat dasar  pada 13 November 2017 dengan undi belah bahagian, dimana  setuju – 107 (BN); tidak setuju – 59 (PH) dan tidak mengundi - 11 (PAS)..  Ini merupakan perkembangan baharu dalam  persidangan Parlimen apabila pihak pembangkang telah berpecah, dimana Pakatan Harapan sebagai pembaangkang utama di satu pihak (PKR, DAP & AMANAH), manakala PAS di satu pihak yang lain..


38. Paparan ´logo BN’ Semasa Pembentangan Bajet 2018 Tidak Disengajakan

Pada 30 Oktober 2017 (Isnin) di Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ketiga Belas, Ahli Parlimen Batu Kawan telah membangkitkan Peraturan Mesyuarat  mengenai paparan lambang BN semasa pembentangan Bajet 2018 pada hari Jumaat, 27 Oktober 2017  dalam skrin di Dewan Rakyat.  Timbalan Yang di-Pertua telah mengarahkan Setiausaha  Dewan Rakyat  menyiasat perkara terasebut.

Puan P. Kasthuriraani A/P  Patto [Batu Kawan]:  Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ya.
Puan P. Kasthuriraani A/P  Patto [Batu Kawan]: Boleh?  Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya ingin membangkitkan Point  of Order  45 dalam Dewan yang mulia ini. Saya minta kebenaran untuk baca.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]:  Ia mengenai apa?
Puan  P.  Kasthuriraani  A/P  Patto  [Batu  Kawan]:  Anggaran  Perbelanjaan Kerajaan Malaysia bagi tahun akan datang hendaklah dibentangkan di meja mesyuarat sebelum dibawa Rang Undang-undang Perbekalan Tahunan ke dalam Mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, pada Jumaat lalu setelah Belanjawan 2018 dibentangkan dalam  Dewan  yang  mulia  ini  oleh  Yang  Amat  Berhormat  Perdana  Menteri  merangkap Menteri Kewangan, setelah memberikan ucapan beliau, terpapar dalam skrin di Dewan Rakyat ini dalam masa persidangan lambang Barisan Nasional.
■1140
Tuan  Yang  di-Pertua,  adakah  tindakan  ini  wajar  dan dibenarkan  dalam  Dewan yang mulia ini? Saya mohon budi bicara Tuan Yang di-Pertua untuk mengadakan satu siasatan  untuk  mengenal  pasti  macam  mana  logo  atau  lambang  sebuah  parti  terpapar dalam skrin televisyen semasa dalam persidangan? Saya faham kalau Dewan ini digunakan pada masa yang lain, kalau ada you know, pemaparan bendera atau lambang parti politik tetapi ini dalam masa Parlimen sedang bersidang. Adakan ini konvensyen baru, Tuan  Yang  di-Pertua?  Saya mohon  satu  siasatan  diadakan  sebab  di  semua  negara  di dunia ini...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]:  Ya, faham ya, Yang Berhormat.
Puan P. Kasthuriraani A/P Patto [Batu Kawan]:  ...Kerajaan adalah accountablekepada Parlimen, bukan Parlimen  accountable  kepada kerajaan. Jadi saya hendak tahusama  ada  pembentangan  belanjawan  adalah  pembentangan  belanjawan  negara  atau pembentangan belanjawan Barisan Nasional? Saya minta budi bicara daripada Tuan Yang di-Pertua. Terima kasih.

Timbalan  Yang  di-Pertua  [Dato'  Sri  Haji  Ismail  bin  Haji  Mohamed  Said]:Terima kasih Yang Berhormat Batu Kawan...  [Tepuk]  Baiklah, Setiausaha akan menyiasat, menyelidik perkara ini dan kita akan maklumkan semula kepada Yang Berhormat, ya.
Puan P. Kasthuriraani  A/P  Patto [Batu Kawan]:  Terima kasih Tuan Yang diPertua.
(Penyata Rasmi  DR 30.10.20170


Pada 1 November 2017, Timbalan Yang di-Pertua telah membacakan keputusan Yang di-Pertua Dewan Rakyat  dan menyatakan   terdapat  804  slaid  yang  telah  digunakan  semasa Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2018. Namun, hanya satu slaid sahaja yang mengandungi logo Barisan Nasional terpapar pada skrin tersebut dan tiada dalam mana-mana slaid yang lain. Pemaparan  logo  Barisan  Nasional  adalah  tindakan  yang  tidak disengajakan dan terlepas pandang oleh pihak penyelia slaid. Penjelasan telah diberikan oleh  pihak berkenaan dan  telah memohon maaf kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas kesilapan tersebut.    Yang di-Pertua menyeru agar semua Ahli-ahli  mengambil    iktibar  agar tidak berulang lagi pada masa hadapan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]:  Ya, terima kasih. Ada petua daripada Tuan Yang di-Pertua mengenai isu logo Barisan Nasional ketika pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan pada 27 Oktober 2017 di dalam Dewan Rakyat pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas.
■1140
Ahli-ahli Yang Berhormat, Yang Berhormat Puan P. Kasthuriraani A/P Patto Ahli Parlimen Batu Kawan pada hari Isnin 30 Oktober 2017 semasa sesi Mesyuarat Ketiga Penggal Ke Lima Parlimen Ke-13 telah menarik perhatian Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkenaan logo Barisan Nasional terpapar pada skrin Dewan Rakyat ketika pembentangan Rang  Undang-undang  Pembekalan  2018  oleh  Yang  Amat  Berhormat  Perdana  Menteri merangkap Menteri Kewangan pada Jumaat 27 Oktober 2017. Ahli-ahli Yang Berhormat saya  telah  dimaklumkan  bahawa  terdapat  804  slaid  yang  telah  digunakan  semasa  Pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan 2018. Namun, hanya satu slaid sahaja yang mengandungi logo Barisan Nasional terpapar pada skrin tersebut dan tiada dalam mana-mana slaid yang lain. Penyediaan slaid ini adalah sebagai sokongan visual kepada ucapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Dalam  hal  ini  pemaparan  logo  Barisan  Nasional  adalah  tindakan  yang  tidak disengajakan dan terlepas pandang oleh pihak penyelia slaid. Saya menerima penjelasan yang dikemukakan dan pihak berkenaan juga telah memohon maaf kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat atas kesilapan tersebut. Oleh yang demikian, saya menyeru agar semua Ahli-ahli  Yang  Berhormat  jadikanlah  kejadian  ini  sebagai  satu  iktibar  dan  tidak  perlu berulang lagi pada masa hadapan. Kita hendaklah sentiasa menghormati dan mematuhi decorum Dewan sepanjang masa. Sekian, terima kasih. Ya Setiausaha.

Tuan  M.  Kulasegaran  [Ipoh  Barat]:  Tuan  Yang  di-Pertua,  sedikit  pandangan saya.    Saya berterima kasih kepada keputusan  yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua. Tetapi asanya adalah ini kerana ada beza di antara Kerajaan dengan Parti. Ini telah diconfuse-kan dalam 60 tahun ini di mana ia menunjukkan bahawa Barisan Nasional adalah kerajaan dan kerajaan adalah Barisan Nasional. Jadi itu lah sebab kakitangan kerajaan dan  sebagainya  tidak  tahu  bahawa  timbang  itu  sudah  senget.   Tidak  perlu  ia  ditunjuk, diiklan di sini. Saya harap walaupun satu apology  telah dibuat, harap ini tidak akan berlaku. Saya  harap  tindakan  diambil  terhadap  pihak-pihak  berkenaan  supaya  ini  Dewan  Yang Mulia. Macam mana perkara ini boleh terjadi? Saya hairan.

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]:  Ya terima kasih atas pandangan dan saya jelaskan tadi. Ya Setiausaha. (Penyata rasmi - DR.1.11.2017)


Penggunaan logo BN di Dewan Rakyat tidak disengajakan
[Portal BNBBC]

1 NOV: Dewan Rakyat mengambil maklum penggunaan logo Barisan Nasional (BN) ketika pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib pada 27 Oktober lalu sebagai tidak disengajakan . Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Mohamed Said memaklumkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menerima penjelasan daripada pihak yang menjaga slide ketika pembentangan bajet mengenai kesilapan tersebut.
“Saya menerima penjelasan dan pihak berkenaan juga telah memohon maaf kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat atas kesilapan tersebut  “Penyediaan slide ini sebagai sokongan visual kepada ucapan Perdana Menteri. Dalam hal ini pemaparan logo BN adalah tindakan yang tidak disengajakan dan terlepas pandang oleh pihak penyelia slide. “Oleh yang demikian saya menyeru agar semua ahli-ahli Yang Berhormat jadikanlah kejadian sebagai suatu iktibar dan tidak perlu berulang lagi pada masa hadapan,” jelas Ismail.  Dewan Rakyat dimaklumkan terdapat 804 slide yang telah digunakan semasa pembentangan Bajet 2018 namun hanya satu slide sahaja yang mengandungi logo BN terpapar pada skrin tersebut dan tiada dalam mana-mana slide yang lain. Sehubungan itu, Ismail mengingatkan semua Ahli Parlimen serta semua pihak sentiasa menghormati dan mematuhi dikorum dewan sepanjang masa. Perkara ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasturi Patoo pada 30 Oktober hingga menarik perhatian Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan logo BN yang terpapar pada skrin Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2018.

39. Bajet 2018 di peringkat Jawatankuasa bagi  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepeggunaan dan Koperasi (KPDNKK) Dengan Lebihan 1 undi
Pada 20 November 2017 juga di Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima Parlimen Ketiga Belas,  Bajet 2018 di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepeggunaan dan Koperasi (KPDNKK), telah disetujukan dengan undian belah bahagian : setuju – 52 (BN); tak setuju – 51; dan tidak mengundi – 2 (PAS).  Secara mudah, jika PAS mengundi tidak setuju, maka bajet bagi  KPDNKK tidak disetujukan.

Pada  27 November 2017 (Isnin), Ahli Parlimen Puchong bertanya mengenai  status usulnya  mengikut Peraturan Mesyuarat 43 yang dihantar kepada Yang di-Pertua pada 23 November  bagi mempertikaikan jumlah undi tidak setuju sepatutnya 52 bukan 51.    Pada pukul 2.30 ptg, Yang di-Pertua menjelaskan , setelah diterliti semula undi pembangkang adalah 51 sahaja kerana penghitung (Ahli Parlimen Kapar) telah gagal menandakan undi  Ahli Parlimen Stampin dan telah menanda tangani jumlah undi tersebut.

‘Keputusan undi belah bahagian Bajet 2018 silap'
Malaysiakini..Diterbitkan 22 Nov 2017, 2:22 petang



Pembangkang hari ini menggesa Parlimen untuk mengkaji semula keputusan undi belah bahagian Rang Undang-Undang Perbekalan (RUU) 2018 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang diluluskan pada hari Isnin lalu. Permintaan itu dibuat oleh datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) semasa persidangan Dewan Rakyat hari ini. Beliau mendakwa undi pembangkang terikat dengan wakil rakyat BN, dan bukannya mereka dikalahkan melalui satu undi. “(Walaupun) Seksyen 99 (Peraturan Mesyuarat) mengatakan keputusan Speaker dalam satu hal itu muktamad, “Namum saya berdiri untuk minta petua Datuk Speaker kerana dalam proses pengiraan undi semasa (KPDNKK) yang berlaku pada 20 November lalu, terdapat kilaf, iaitu apabila kita lihat diumumkan yang menykong ialah 52, tidak sokong 51, tidak undi, 2. “Tetapi setelah kita semak balik, yang sokong 52 tetapi tidak sokong (juga) 52, bukan 51,” kata Johari.  Sehubungan itu, Johari meminta pihak speaker meneliti semula kertas itu bagi menentukan jumlah undi yang sebenar.
“Oleh demikian bolehkah pihak speaker menunjukkan atau tengok balik kertas itu adakah betul yang tidak menyokong itu 51, bukan 52 seperti yang saya ada maklumat,” katanya. Walau bagaimanapun, Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said menolak    perrmintaan Johari. “Sungai Petani, undi belah bahagi telah dijalankan dalam dewan dan penghitung-penghitung undian telah serah secara rasmi di dalam dewan kepada setiausaha dewan. “Setiausaha dewan telah memastikan bilangan adalah tepat dan betul dan telah diumumkan oleh speaker.   “Dan saya kira keputusan itu adalah keputusan muktamad,” kata Ismail.
Persidangan Dewan RakyatIsnin lalu kecoh apabila penggubal undang-undang daripada kedua-dua pihak berperang mulut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan undi belah bahagian. Kekecohan itu tercetus apabila G Manivannan (PKR-Kapar) bangun sebaik sahaja Menteri KPDNKK Datuk Seri Hamzah Zainudin menggulung perbahasan RUU Perbekalan peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya. Manivannan telah mencadangkan supaya undi belah bahagian diadakan untuk menentukan sokongan terhadap RUU Perbekalan tersebut dan cadangan itu kemudian diterima oleh Timbalan Speaker Datuk Seri Ronald Kiandee.  RUU Perbekalan untuk kementerian itu berjaya diluluskan selepas menerima 52 undian sokongan berbanding 51 undian bantahan.

40.  Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas

Untuk pertama kalinya, persidangan parlimen masuk ke Penggal Keenam, dimana Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas bermula pada 5 Mac hingga 5 April  bagi Dewan Rakyat dan   Dewan Negara pula dari 16 April hingga 30 April 2018.    Mesyuarat  ini diadakan kerana Perkara 55(1) Perlembagaan Persekutuan  menetapkan “Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya”.   Ini kerana persidangan akhir  di Dewan Negara ialah pada 19 Disember 2017 di Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Ke-13, sedangkan tempoh Majlis Parlimen Ke-13 sehingga 24 Jun 2018 atau terbubar dengan sendiri. Ini bermanka tempoh tersebut melebihi 6 bulan dan Parlimen  perlu bersidang.   Pada tahun 2004, bagi Parlimen  Ke-11, juga ketika itu telah dijadualkan untuk bersidang di Penggal Keenam, tetapi Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2004.

41. Persidangan Dewan Negara bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ke-13  Diawalkan 2 Minggu

Dirasakan juga  kali pertama,  persidangan Dewan Negara diawalkan bagi menyelesaikan urusan-urusan penting Kerajaan sebelum Parlimen di bubarkan.  Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas  bagi Dewan Negara yang dijadualkan pada 16 hingga 30 April 2018 diawalkan kepada  26 Mac hingga 5 April 2018, serentak bersidang selama 8 hari dengan Dewan Rakyat.   Ini adalah untuk membolehkan  beberapa Rang Undang-Undang penting terutamanya RUU Perbekalan Tambahan (2017) 2018  diluluskan oleh Dewan Negara  sebelum Parlimen di bubarkan.

42. Usul Kewangan  (Kertas Statut) Diluluskan Dengan Undi Belah Bahagian
   
Pada 29 Mac 2018, persidangan Dewan Rakyat di Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ke-13,  urusan selepas sesi  pertanyaan lisan adalah menyelesaikan 3 Usul Menteri Kewangan berkaitan Akta Pendanaan Kerajaan 1983,  Akta Kastam 1967 , dan Akta Barang dan Perkhidmatan 2014; dan  sehingga selesai RUU Rang Undang-Undang Antiberita Tidak Benar 2018 sebagaimana usul Waktu Mesyuarat dan Urusan Dibebaskan  Daripada Peraturan Mesyuarat mengikut peraturan 12(1).  Usul-usul sedemikian biasanya dibahas oleh beberapa orang sahaja dan seterusnya di persetujukan.  Tetapi kali ini bagi Usul berkaitan Akta Barangan dan Perkhidmatan 2014 yang dibahas oleh 2 ahli iaitu Ahli Parlimen Kepong dan Bagan dan seterusnya Timbalan Menteri Kewangan menjawab tepat pada pukul 1.00 tegahari, dan ketika hendak diputuskan pada pukul 1.03 tengahari, lebih 15 Ahli Parlimen dari pembangkang minta belah bahagian, tetapi Timbalan Yang di-Pertua putuskan belah bahaagian akan dibuat pada jam 2,30 petang nant.  Ketika  itu beberapa Ahli tidak puas hati.   Usul tersebut ialah:
Menteri Kewangan akan mencadangkan :-
“Bahawa Dewan ini mengambil ketetapan iaitu menurut kuasa yang ditetapkan padanya oleh subseksyen 18(3), subseksyen 17(5) dan subseksyen 56(2) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 yang dibentangkan di hadapan majlis ini sebagai kertas statut, bilangan ST.34, ST.35 dan ST.36 Tahun 2018 disahkan

Pada  pukul 2.30 petang, Timbalan Yang di-Pertua yang mempengerusi Mesyuarat telah mengarahkan undi belah bahagian.  Walau bagaimanapun  Ahli  Parlimen Pembangkang  membantah kerana diminta sebelah pagi. Tetapi Ahli Parlimen Kerajaan (BN) mendesak supaya diteruskan.  Akhirnya YAB Timbalan Perdana Menteri  minta belah bahagian yang disokong oleh semua Ahli Parlimen BN.   Pihak .pembangkang tidak bersetuju kerana ini tidak  mengikut kebiasaan dan kesemuanya  keluar Dewan. Keputusan undi   ialah Setuju: 101 dan Tidak Setuju:0.  Selepas itu, mereka masuk semula ke Dewan.  Besar kemungkinan,  inilah kali pertama  undi belah  bahagian yang asalnya diminta oleh pembangkang tetapi diteruskan dengan permintaan pihak Kerajaan..

“Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Terima kasih Yang Berhormat Menteri. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah “Bahawa usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 3 yang telah dibentangkan sebagai kertas Statut bilangan ST.34, ST.35 dan ST.36 tahun 2018, disahkan”, hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan]

Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Tuan Yang di-Pertua, kita minta belah bahagi untuk usul ini.
Beberapa Ahli: Ya, belah bahagi.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Saya hendak bahas tadi dia tidak bagi. Jawapan kepada- situasi kita tak bagi kita bahas.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Belah bahagi akan dibuat petang. Mesyuarat ditangguhkan sehingga jam 2.30 petang ini.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 1.03 tengah hari]

■1430
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 2.30 petang]
[Timbalan Yang di-Pertua (Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said) mempengerusikan Mesyuarat]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat, Yang Berhormat sila duduk, Yang Berhormat. [Dewan riuh] Saya yakin di atas kerjasama semua pihak demi untuk kelancaran Dewan, tiada belah bahagi dibuat. Setuju?
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Tuan Yang di-Pertua, kita minta belah bahagi pagi tadi. Sepatutnya belah bahagi dibuat pada ketika itu juga. Tidak ada precedent cakap boleh tangguh. Jadi sekarang tadi masa Yang Berhormat Beluran chair, dia telah menyalahgunakan kuasa Speaker untuk menangguhkan belah bahagi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Itu masa makan tengah hari, Tuan Yang di-Pertua. Mana boleh minta pukul 1.00.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat, Yang Berhormat.
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Tidak apalah, kita tarikh baliklah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tidak boleh. Buang masa. Rakyat kena hukum ini parti pembangkang, suka-suka hati buat.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Terima kasih. Ya, Yang Berhormat Kapar setuju ditarik balik?
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Teruskan, Tuan Yang di-Pertua. Jangan dengar Yang Berhormat Baling.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Ini malulah rakyat sebab rakyat akan hukum. Buang masa. [Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Jangan dengar Yang Berhormat Baling. Yang Berhormat Baling kacau Dewan. Yang Berhormat Baling kacau Dewan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Buang masa rakyat, buang duit kerajaan. Inilah parti pembangkang. [Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dah tunggu. Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dah tunggu, jalan, jalan.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Okey, sekarang kita minta belah bahagi. Sekarang kita minta belah bahagi. Buang dia orang dari sini. [Dewan riuh]
Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin]: Bukan buang masa.
Tuan Tony Pua Kiam Wee [Petaling Jaya Utara]: You ada dating dekat luarkah?
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Okey, Yang Berhormat.
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Bila masa kerajaan minta belah bahagi?
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Sudah, sudah, sudah. Yang Berhormat Seremban, sudahlah.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Kita hendak ajar mereka supaya tidak ponteng. Tidak boleh ponteng dekat Parlimen.
Datuk Noor Ehsanuddin bin Mohd. Harun Narrashid [Kota Tinggi]: Sudahlah, Yang Berhormat Seremban, sudah, sudah.
Datuk Che Mohamad Zulkifly bin Jusoh [Setiu]: Memang kau pengecut.
Tuan Chong Chieng Jen [Bandar Kuching]: Tadi semua ponteng. [Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Pembangkang boleh keluar.
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri [Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi]: Tuan Yang di-Pertua, BN minta belah bahagi. [Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Betul, kita minta. Saya cakap buang masa, buang masa rakyat. Buang duit kerajaan. Inilah pembangkang.
Tuan Julian Tan Kok Ping [Stampin]: You punya bos mintalah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Rakyat kena hukum pembangkang macam ini. [Dewan riuh]
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Yang Berhormat Bagan Datuk kena faham maksud belah bahagi. [Dewan riuh]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Buang duit rakyat. Pilihan raya nanti rakyat akan hukum pembangkang...
Tuan Manivannan a/l Gowindasamy [Kapar]: Kena faham maksud belah bahagi.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: ...Kerana buang masa, buang duit rakyat.
Dato’ Sri Ikmal Hisham bin Abdul Aziz [Tanah Merah]: Mana pembangkang yang ponteng...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat. Yang Berhormat Baling, Yang Berhormat yang lain sila duduk diam, Yang Berhormat. Yang Berhormat Parit Sulong sila duduk, Yang Berhormat. Yang Berhormat Menteri pun duduk. [Dewan riuh] Ya, Ahli-ahli Yang Berhormat, saya faham Yang Berhormat. Cukup Yang Berhormat. [Dewan riuh] Yang Berhormat, kita simpanlah tenaga kita, Yang Berhormat. Tidak lama lagi kita hendak berkempen ini, Yang Berhormat. Simpan tenaga sedikit, Yang Berhormat.
Oleh kerana ada permintaan 15 orang lebih daripada pihak sebelah kanan saya untuk belah bahagi, saya jemput...
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Kali pertama dalam sejarah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Ya, semua dalam sejarah sebab pembangkang penipu, buang masa. Jangan ingat kerajaan takut sama pembangkang. [Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato' Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian. Saya terpaksa ambil bukulah, Yang Berhormat. Ini tolonglah tengok. [Sambil mengangkat Buku Peraturan Mesyuarat] Yang Berhormat, cukup diam ya, Yang Berhormat, duduk.  Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana lebih daripada 15 orang bangun meminta diadakan belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46(4), saya memerintahkan supaya suatu belah bahagian diadakan sekarang. Setiausaha, sila bunyikan loceng selama dua minit.
Tuan Loke Siew Fook [Seremban]: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana belah bahagi telah disalahgunakan, kita boikot.
[Ahli-ahli Yang Berhormat Pembangkang keluar meninggalkan Dewan]
Beberapa Ahli: Penakut! Penakut! Penakut!
[Loceng dibunyikan]
[Dewan berbelah bahagi]
[Pengundian dijalankan]

■1440
[Dewan riuh]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Okey Yang Berhormat sekalian, keputusan undian kita: -ahli yang bersetuju, 101. [Dewan tepuk]
Ahli-ahli yang tidak bersetuju, 0. [Dewan tepuk]
[Usul disetujukan]
[Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Oleh itu, usul Yang Berhormat Menteri Kewangan seperti yang tertera di dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini di bawah Perkara 3 yang telah dibentangkan sebagai Kertas Statut Bilangan ST.34, ST.35 dan ST.36 Tahun 2018 diluluskan sekarang. [Dewan tepuk]

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan [Tan Sri Haji Noh bin Omar]: Cipta sejarahlah, pembangkang kosong. (DR. 29.3.2018 )


43. Perintah  Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri-Negeri Tanah Melayu 2018.   

Perintah ini merupakan kajian semula Pesempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi negeri-negeri di Semenajung Malaysia yang perlu dibentangkan di Dewan Rakyat melalui  usul oleh oleh YAB Perdana Menteri dan  diluluskan   oleh Derwan Rakyat  dengan ketetapan yang “ disokong dengan undi sebanyak tidak kurang daripada setengah jumlah bilangan ahli Majlis” (Seksyen 10, Jadual Ketiga Belas, Perlembgaan Persekutuan).   Pembentangan Perintah ini adalah dinanti-nantikan kerana ia akan menjadi tanda - bilakah Parlimen akan dibubarkan.  Perintah ini telah di bentang atas meja ahli-ahli Dewan pada 22 Mac 2018  dan  Yang di-Pertua Dewan telah memaklumkan pada pukul 10 pagi sebaik sahajamempengerusikan persidangan serta menyatakan  ianya adalah “embargo” sehingga pembentangan pada 28 Mac 2018. Sebagai rekod, AUM harian tidak diedarkan secara umum seperti kebiasaanya, dan hanya diedarkan dalam Dewan sehingga selepas pukul 10 pagi.  Ini juga jarang-jarang  berlaku, dalam dalam tempoh dua dekad., ia adalah kali pertama.

Pada 28 Mac 2018, (Rabu), kira-kira pukul 12.00 tengahari ketika YAB Perdana Menteri dipersilakan membentang Usul tersebut, beberapa Ahli Parlimen pembangkang membangkitkan Peraturan Mesyuarat yang dilihat bertujuan untuk melengah-lengahkan pembentangan..  Ahli Parlimen Klang bangun minta penjelasan  mengenai usulnya supaya Usul Persempadanan ini di tarik bailik. Disusuli pula oleh Ahli Parlimen Sepang  membangkitkan Peraturan 23 dimana pertanyaan berkaitan IMDB ditolak serta menyatakan Yang di-Pertua telah mebuat keputusan yang salah (wrong dicision)    Yang di-Pertua memberi amaran kepada Ahli-ahli Parlimen supaya tidak menganggu pembentenagan Usul Persempadanan ini dan akan menggunakan kuasanya  mengikut Peraturan 44 (mengarahkan Ahli  Parlimen keluar Dewan)

Ketika inilah, Ahli Parlimen Gelang Patah bangun  bertanya kepada Yang di-Pertua “ mengapa Laporan Kajian Semula Persempadanan ini di beri status “ambargo”
sejak di senaraikan sebagai kertas statut pada 22 Mac yang lalu. “ .  Keadaan menjadi tegang dan akhirnya Yang di-Pertua  mengarahkan Ahli Gelang Patah keluar Dewan.
Setelah hampir 30  minit kekecohan tersebut, Usul ini dibentang oleh Perdana Menteri pada pukul 12.30 tegahari dan seterusnya dibahaskan oleh 14 Ahli Parlimen (7 pihak Kerajaan dan 7 pihak pembangkang).  YAB Timbalan Perdana Menteri menggulung atau menjawab secara ringkas. Usul ini diputuskan pada pukul 5.21 petang  dengan undi belah bahagian yang dimestikan mengikut  Seksyen 10 Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan  dengan di sokong oleh tidak kurang setengah ahi Dewan Rakyat..  Keputusan undi ialah bersetuju : 129 dan tidak setuju: 80.  Untuk rekod undi sebanyak 129 itu adalah merupakan undi maksima / penuh bagi Barisan Nasional.  Ini jarang berlaku, ..undi BN adalah undi penuh, dimana ketika ini bilangan ahli BN ialah 129 sahaja ( 2 Ahli meninggal dunia – Ahli Parlimen Jelebu dan Paya Besar).  Selepas keputusan tersebut, Ahli-ahli Parlimen pembangkang untuk kesekian kalinya berpeket dan “ menunjuk perasaan” dalam Dewan dengan mengangkat pelekat “Hentikan Penipuan”.




44 Ahli Parlimen Gelang Patah Enggan Keluar Setelah Di Gantung 6 Bulan

Pada 28 Mac 2018, (Rabu),, ketika YAB Perdana hendak membentangkan Perdana Menteri, Ahli Parlimen Gelang Patah mempertikaikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat  tidak menjawab pertanyaannya “ mengapa Laporan Kajian Semula Persempadanan ini di beri status “ambargo” sejak di senaraikan sebagai kertas statut pada 22 Mac yang lalu.”.   Beliau  terus menganggu walaupun telah diarahkan duduk beberapa kali dan akhirnya diarahkan kelaur Dewan, tetapi enggan keluar.  Seterusnya Yang di-Pertua telah menyataakan..ada tiga pilihan: iaitu  menggunakan Peraturan 44(2) – mengarahkan keluar Dewan; atau 44(3) – Kerajaan/Menteri mengusulkan Ahli Parlimen Gelang Patah di gantung 6 bulan; atau tangguhka beberapai minit, jika masih masuk juga, akan diarahkan Polis untuk angkat beliau keluar Dewan.  Tetapi beliau tetap enggan keluar dan Yang di-Pertua meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengusulkan untuk digantung selma 6 bulan.  Keadaan riuh dan  tidak terkawal,.malah usul tersebut di sokong dan disetujukan dalam suasana yang riuh.   Ahli Parlimen Gelang Patah tetap degil dan akhirnya pukul 11.59 pagi persidangan ditangguhkan. 

USUL
PENGGANTUNGAN PERKHIDMATAN AHLI PARLIMEN GELANG PATAH
SELAMA ENAM BULAN DI BAWAH P.M. 44(3)
11.54 pg.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan;
“Bahawa  mengikut  Peraturan  Mesyuarat  44(3),  Majlis  Mesyuarat dengan  ini  memutuskan  bahawa  Ahli  Yang  Berhormat  Gelang  Patah digantung  daripada  perkhidmatan  Majlis  Mesyuarat  ini  selama  enam bulan”.
Timbalan  Menteri  di  Jabatan  Perdana  Menteri  [Datuk  Wira  Razali  bin Ibrahim]: Saya mohon menyokong.
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan  masalah  kepada  majlis  untuk  diputuskan.  Masalahnya  ialah  usul  seperti yang dikemukakan tadi hendaklah dipersetujukan.
[Masalah dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan]
[Dewan Riuh]

.....
Tuan Lim Guan Eng [Bagan]:  Kalau boleh sekiranya satu usul diluluskan, ia harus  dibahaskan  terlebih  dahulu.  Saya  minta  budi  bicara  Speaker,  semua  pun  kita memang tidak setuju tetapi ikutlah prosedur Parlimen. Ini masih satu demokrasi bukan satu autokrasi. Terima kasih.
[Dewan Riuh]
....

Tuan Yang di-Pertua: Duduk. Tindakan sudah saya buat. Ahli Yang Berhormat tahu kuasa Speaker. Yang sekarang berlaku di Dewan Rakyat ini bagi saya, saya sedih. Ini kerana semua pun dipolitikkan. Saya telah buat keputusan.[Dewan riuh] Ahli Yang Berhormat. Ahli Yang Berhormat. Keputusan saya yang ketiga ialah saya tangguhkan Dewan  buat  sementara  waktu.  Selepas  itu  apabila  saya  balik,  arahan  untuk menggantung  dan  arahan  untuk  Yang  Berhormat  daripada  Gelang  Patah  keluar diteruskan.  Jadi,  berfikirlah  Yang  Berhormat  kerana  saya  akan  kerahkan  polis  untuk masuk di dalam sini. Siapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang enggan juga, semua akan diangkat  keluar.  Selepas  itu  persidangan  saya  teruskan.  Ahli-ahli  Yang  Berhormat, mesyuarat ditangguhkan sekejap buat sementara waktu.
[Mesyuarat ditempohkan pada pukul 11.59 pagi]
■1220
[Mesyuarat disambung semula pada pukul 12.29 tengah hari]
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat] [Penyata Rasmi  DR – 28.3.2018]

Ketika bersidang semula pada pkl 12.30 tengahari, beberapa anggota polis telah bersedia di hadapan Dewan dan ketika itu untuk  mengangkat  tetapi Ahli Parlimen Gelang Patah tidak masuk Dewan sehingga sidang ditangguhkan untuk berehat pada pukul 1 tengahari.  Namun pada sebelah petang, ketika  Usul ini sedang dibahaskan, Ahli Parlimen Gelang Patang masuk semula kedalam Dewan, tetapi tidak  berbahas., malah undinya juga  tidak di kira.. 

Keesokannya, pada 29 Mac 2018, pukul 12.00 tengahari Ahli Parlimen Setiu telah membngkitkan Peraturan Mesyuarat  bahawa Gelang Patah masih  hadir dalam Dewan walaupun telah digantung 6 bulan .  Yang di-Pertua menjawab, .beliau tdak nampak Ahli Parlimen Gelang Patah”.  Ketika itu dan  sebelah petangnya Ahli Parlimen Gelang Patah masih masuk Dewan.  Seingat penulis,  mungkin inilah kali pertama Ahli yang di gantung berdegil dan tetap berada dalam Dewan.
 

“ Gambar menunjukkan Ahi Parlimen Gelang Patah berada  dalam Dewan semasa YAB Timabalan Perdana Menteri menggulung perbahasan”



45 Terlajak Bahas “Kalau saya Tuhan, saya tidak akan jadikan kamu,”

Perkataan  “ unparliamentary “  (tidak mengikut peraturan Parlimen) sudah menjadi lumrah semasa perbahasan di Dewan Rakyat seperti...bodoh, bangang, bongok  dan sebagainya.  Biasanya Ahli yang merasakan perkataan itu ditujukan kepada pihaknya, akan bangun membangkitkan Peraturan 36(6) dan minta perkataan itu ditarik balik.   Begitu Yang di-Pertua/Timbalan Yang di-Pertua kerap menegur Ahli-ahli agar menjaga perasaan Ahli yang lain.   Pada 29 Mac l 2018, semasa  perbahasan RUU  Antiberita Tidak Benar, Ahli Parlimen Sepang yang sedang berbahas telah dicelah beberapa Ahli terutamanya Ahli Parlimen Baling  sehingga keadaan  tegang, lalu  dengan suara yang lantang mengatakan “Kalau saya Tuhan, saya tidak akan jadikan kamu, nasib baik saya tidak jadi Tuhan. Kalau saya jadi Tuhan, daripada awal saya tidak jadikan kamu, menyusahkan orang sahaja....” yang ditujukan  kepada Ahli Parlimen Baling.  Ahli Parlimen Kuala Nerus telah menegur, namun Ahli Parlimen Sepang tetap mengatakan ia bukan suatu yang salah.

“…Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: ...Saya dengar ini gelilah. Tahu tidak geli? You ini cakap pasal religion ni, saya geli dengar.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Tadi cara cakap itu...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: ...You pergilah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Kamu akan kalah...
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: I don’t want to hear you at all lah.
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: ...Kamu ini tuhan kah? Yang boleh tahu kamu kalah, menang. Kamu tidak akan tahu balik rumah ini, kita dua ini belum tentu lagi hidup esok lagi tahu. Hendak cerita pasal pilihan raya.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau saya Tuhan, saya tidak akan jadikan kamu, nasib baik saya tidak jadi Tuhan. Kalau saya jadi Tuhan, daripada awal saya tidak jadikan kamu, menyusahkan orang sahaja. Akan tetapi sebab saya tidak Tuhan, Tuhan jadikanlah juga orang macam kamu supaya orang lain nampak inilah yang patut kita lawan.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Yang ‘kamu’ itu tidak payahlah Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Kalau saya Tuhan, sudah lama saya tidak jadikan kamu, sudah lama saya hapuskan sebab itu I’m not God. Jadi saya hendak kata beginilah...
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Ya Allah ya tuhan ku, kau ampunkanlah dosa-dosa Yang Berhormat Sepang, Kau selamatkanlah beliau ya Allah. 

…Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Memang tidak ada adb. Orang minta secara betul, secara baik. Apa macam ini?
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee]: Ya Yang Berhormat Kuala Nerus.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Terima kasih Yang Berhormat Sepang. Minta maaf atas sebutan kasar tadi. Yang Berhormat Sepang, cuma saya tertarik apabila ada perdebatan secara keras tadi membabitkan isu agama. Apabila kita menyebut kalau saya Tuhan, saya akan buat begini. Saya rasa tidak cantik, tidak manis...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim: Betul, betul.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: ...Kerana Allah Taala bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang. Mungkin kesilapan kerana kita sedang berdebat mungkin kita betulkan balik...
Dato’ Sri Haji Tajuddin bin Abdul Rahman: Tarik balik.
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: ...Fakta agama yang dilihat oleh ramai orang, itu nasihat tulus daripada saya tanpa sebarang niat jahat terhadap Yang Berhormat Sepang, sahabat saya yang saya sayang. Terima kasih.
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim: Saya sokong, saya sokong.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Terima kasih kepada Yang Berhormat Kuala Nerus. Yang Berhormat Kuala Nerus sebab itu saya menggunakan perkataan kalau...
Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim: Kalaupun tidak boleh, tidak boleh.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Saya pun tahu...
Dato’ Dr. Mohd. Khairuddin bin Aman Razali [Kuala Nerus]: Kalaupun tidak boleh.
Penyata Rasmi (DR-29.3.2018)

46. Persidangan Dewan Negara Ditangguhkan Awal Kerana Tiada Urusan- Berikutan Bersidang  Serentak 2 Minggu Dengan Dewan Rakyat

Oleh kerana  kedua-dua Dewan bersidang serentak 2 minggu, maka urusan di Dewan Rakyat perlu diselesaikan sebelum di bawa ke Dewan Negara.  Kelewatan sesuatu urusan itu diluluskan di Dewan Rakyat akan menjejaskan urusan di Dewan Negara.  Walau pun, keadaan  sedemikian  jarang berlaku ( dalam tempoh 20 tahun, inilah kali pertama), Dewan Negara terpaksa melengah-lengahkan aturan urusan sedia ada, kerana tiada lagi urusan berikutnya.  Pada 29 Mac 2018, di Dewan Negara membahaskan RUU Perbekalan Tambahan (2017) 2018 yang baru dululuskan dua hari sebelumnya (27 Mac 2018) di  Dewan Rakyat.  Selepas sesi  pertanyaan lisan, telah diusulkan bahawa persidangan sehingga selesai perbahasan dan di putuskan RUU tersebut.

11.32 pg.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan:
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Majlis Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai diputus dan diluluskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 2 April 2018.”

Timbalan Menteri Pendidikan [Datuk P. Kamalanathan A/L P. Panchanathan]: Saya mohon menyokong, Tuan Yang di-Pertua.

Walau bagaimanapun, oleh kerana  tiada lagi urusan Kerajaan dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan pada masa yang sama RUU Antiberita Tidak Benar yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat yang pada asalnya kan diselsaikan pada hari yang sama tetapi telah dilanjutkan perbahasannya hingga hari Isnin, 2 April 2018, maka persidangan Dewan Negara diselesaikan sehingga tamat perbahasan sahaja dan penggulungan di bawa kepada  hari Isnin 2 April 2018  dengan mengemukakan  usul Peraturan Mesyuarat 11(1).   

“3.40 ptg
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi [Datuk Dr. Yap Kain Ching @ Mary Yap Ken Jin]: Tuan Yang di-Pertua.  “Bahawa, mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), tanpa menghiraukan usul yang terdahulu, saya memohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Ahli-ahli yang hendak berbahas ke atas Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018, dan selepas itu, Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga jam 10 pagi, hari Isnin 2 April 2018.”

Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih.
Timbalan Menteri Kewangan [Dato’ Lee Chee Leong]: Tuan Yang di-Pertua. Saya mohon menyokong.
Timbalan Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan....

Pada 2 April 2018, selepas selesai  penggulungan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Dewan Negara ditangguhkan pada jam 12,28 tegahari kerana  tiada lagi urusan Kerajaan dalam Aturan Urusan Mesyuarat.  Jarang kali suasana ini berlaku, dan mungkin kali pertama sidang harian Dewan ditangguhkan awal pada hari persidangan biasa.  Biasanya jika  ditangguhkan, awal   adalah pada  hari persidangan terakhir..

47. RUU Antiberita Tidak Benar  Dilulusklan Dengan Undi Belah Bahagian Yang Turut Disokong oleh Ahli Parlimen PAS.

RUU ini telah di buat bacaan kali yang kedua pada 29 Mac 2018 (Khamis) dan seterusnya dibahaskan.  Pada aslnya RUU ini akan diselesaikan  dan diputuskan pada hari yang sama, namun telah dipanjangkan perbahasan sehingga hari Isnin, 2 April 2018.    Seramai 14 ahli yang mengambil bahagian membahaskannya.  Di peringkat Jawatankuasa, pihak Kerajaan telah mencadangkan dua pindaan terhadap RUU ini. RUU ini diluluskan dengan undi belah bahagian – Setuju: 123 dan Tidak Setuju – 64.  Untuk rekod, 11  orang Ahli Parlimen PAS bersetuju  dan ini telah menunjukkan perkembangan  baharu serta mewujudkan situasi baharu dalam  persidangan di  Mesyuarat Parlimen khususnya pada era Majlis Parlimen Ke-13.   Di Dewan Negara pula, RUU ini dipersetujuikan dengan undian suara pada 3 April 2018 setelah dibahaskan oleh 17 orang Senator  (Ahli Dewan Negara).   Pihak Kerajaan menegaskan RUU ini bukan sama sekali untuk menyekat kebebasan bersuara sebaliknya bertujuan mengekang penularan berita tidak benar.  Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan RUU ini pada 9 April, manakala tarikh pewartaan  akta  adalah 11 April  2018.



48. Nasihat Yang di-Pertua  Supaya Perbahasan di Tumpukan Kepada RUU

Pada 4 April 2018, di persidangan Dewan Rakyat di Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam parlimen Ketiga Belas,  semasa perbahasan Rang Undang-undang Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018,   Yang di-Pertua telah menasihatkan supaya perbahasan ditumpukan kepada RUU sahaja.  Disebelah petangnya,  Timbalan Yang di-Pertua menegur beberapa Ahli-ahli yang berbahas supaya menumpukan kepada pindaan dan bukannya perkara-perkara lain.  Ini kerana ramai ahli yang berbahas khususnya pembangkang membangkitkan pelbagai kes yang tiada kaitan kepada pindaan akta ini.   Nasihat sedemikian sering kali diberikan oleh Yang di- Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua sepanjang persidangan dan ini adalah nasihat terakhir  di Majlis Parlimen Ketiga Belas
“. Rencana bertajuk “Hidup Mewah Sang Perdana Menteri”, turut mendakwa gaya hidup yang dipaparkan tidak setanding dengan gaji yang diterima Yang Amat Berhormat Pekan sejak menjadi Perdana Menteri pada tahun 2009. Penulisnya yang dikenali sebagai Rosalina telah memetik laporan akhbar antarabangsa dan media tempatan untuk mengaitkan kehidupan mewah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan juga isterinya yang didakwa telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia.  Penulis itu turut memetik laporan The New York Times yang mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor memiliki barang kemas bernilai jutaan ringgit dan beberapa beg tangan berjenama mewah, Birkin. Begitu juga dengan kenyataan MyWatch yang mendakwa Datin Seri Rosmah memiliki empat jam tangan mewah jenama Richard Miller Lady yang dikatakan mencecah harga hampir setengah juta ringgit.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat, apa kena-mengena dengan pindaan?
Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Betul, betul. Saya akan sampaikan...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya tanya Yang Berhormat... [Dewan riuh]
Saya tanya Yang Berhormat Kulai, bukan orang lain.
Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Betul, saya hendak sentuh pindaan kepada seksyen 36. Jadi saya mintalah Tuan Yang di-Pertua...
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Tadi Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Biar saya habiskan ucapan saya.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Saya yang bercakap. Yang Berhormat...
Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Saya akan sampai sana.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang Berhormat, apabila Speaker bercakap, Yang Berhormat boleh duduk diam Yang Berhormat.
Dato’ Dr. Haji Noor Azmi bin Ghazali [Bagan Serai]: Sampai hujung Parlimen pun tidak faham lagi.
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Yang lain, yang lain duduk diam Yang Berhormat.
Puan Teo Nie Ching [Kulai]: Duduk diam. [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]
Timbalan Yang di-Pertua [Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Mohamed Said]: Sebelah pagi tadi Tuan Yang di-Pertua telah bagi petua Yang Berhormat. Tumpukan kepada pindaan rang undang-undang. Sila, tajuk lain Yang Berhormat. (Penyata Rasmi : DR – 4 .4.2018)
49. Persidangan  Terakhir Majlis Parlimen Ketiga Belas.

Hari Khamis, 5 April 2018, adalah hari terakhir persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas dan  ditangguhkan awal pada pukul 1.00 tengahari  kerana hanya menyelesaikan satu usul Kementerian Kewangan sahaja selepas sesi pertanyaan lisan.

USUL
WAKTU MESYUARAT DAN URUSAN DIBEBASKAN
DARIPADA PERATURAN MESYUARAT
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said]: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.
“Bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat 12(1), saya memohon mencadangkan bahawa Mesyuarat pada hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai Usul Menteri Kewangan di nombor 1 dan selepas itu Majlis Mesyuarat akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang tidak ditetapkan.”
Timbalan Yang di-Pertua: Ya, yang menyokong?
Menteri Sumber Manusia [Dato’ Sri Richard Riot anak Jaem]: Saya menyokong Tuan Yang di-Pertua.
Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis untuk diputuskan. Masalahnya ialah usul seperti yang dikemukakan tadi hendaklah disetujukan.
[Usul dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan]
Dato’

Pada pukul 12 tengahari, Usul Kewangan tersebut telah dipersetujukan, Ahli Parlimen Kota Bharu telah bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat  (Point of Order) serta meinta ruling daripada Yang di-Pertua mengenai:
Usul oleh Ahli Parlimen Marang telah dibenarkan dibentang pada 5 April 2017 yang lalu (genap setahun) dan telah disokong, adakah akan disambung perbahasannya;
Usul yang telah dibentang separuh jalan sepatutnya diberi keutamaan; dan
Sama ada usul  yang telah separuh bentang ini akan di bawa ke Majlis Parlimen  Ke-14.

Yang di-Pertua  telah memberi penjelasan bahawa beliau  masih terikat dengan Peraturan Mesyuarat 15(1) bahawa urusan Kerajaan didahulukan dan Kerajaan sendiri yang menentukan urusan-urusan untuk diselesaikan dengan menegaskan “ Kerajaan punya hak untuk tentukan”.  Mengenai pembentangan Usul Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang pada ketika itu juga dengan keputusan Kerajaan  dan telah menerima surat yang membenarkannya.,   Pada hari ini, Usul Peraturan 12(1) telah diputuskan hanya menyelesaikan urusan Kerajaan sahaja.  Beliau juga menyatakan “ usul ini hanya tinggal dibahaskan dan di putuskan dan Marang telah menjalankan tugasnya membentangkan usu ini…Pada masa akan datang, bergantung kepada Kerajaan baru..bergantung kepada apa yang akan berlaku…” 
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Tuan Yang di-Pertua, point of order.
Timbalan Yang di-Pertua: Sila.
12.03 tgh.
Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua atas kebenaran untuk raise to point of order oleh saya.  Tuan Yang di-Pertua, hari ini 5 April 2018 adalah hari terakhir Persidangan Parlimen bukan sahaja penggal ini tetapi Parlimen Ke-13. Rekod Parlimen menunjukkan bahawa pada tarikh 6 April 2017, exactly one year ago, Dewan yang mulia ini telah membenarkan satu usul yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Marang dinaikkan untuk dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini. Saya mempunyai Hansard Parlimen bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima bertarikh 6 April 2017 yang tercatat bermula mula surat 36 sehingga 85 di dalam Hansard pada hari tersebut. Tuan Yang di-Pertua, sebagaimana yang kita maklum bahawa usul berdasarkan kepada Peraturan Mesyuarat 49(1), apabila sesuatu usul yang dibawa oleh ahli bukan kerajaan telah dibenarkan untuk dinaikkan oleh pihak kerajaan, maka pembawa usul tersebut dibenarkan untuk membentangkan usulnya. Jadi inilah yang berlaku di dalam usul yang dibawa oleh Yang Berhormat Marang yang pada hari, for record purposes telah dicatatkan di dalam Aturan Urusan Mesyuarat dan usul-usul di nombor yang kedua iaitu selepas usul daripada Menteri Kewangan.  Persoalan yang ingin saya bangkitkan pada hari ini Tuan Yang di-Pertua ialah, saya ingin mendapat satu petua, satu ruling daripada Tuan Yang di-Pertua, berhubung dengan usul yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Marang pada 6 April 2017 dan disokong oleh saya sendiri iaitu usul untuk mencadangkan suatu pindaan terhadap Akta 355 yang telah dibenarkan.

Saya ada tiga persoalan untuk mendapat petua daripada Tuan Yang di-Pertua. Pertama, dari sudut prosedurnya. Dari sudut prosedurnya selepas usul Private Members Bill ini dinaikkan dan telah dibentangkan dan telah disokong oleh seorang ahli, sekarang ini prosedur seterusnya ialah dibuka perbahasan kepada semua Ahli Dewan, sepatutnya begitu. Apa yang saya ingin tahu daripada Tuan Yang di-Pertua ialah kebenaran atau budi bicara membenarkan perbahasan dibenarkan ini pada hemat saya adalah terletak kepada Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi Parlimen, bukannya pembawa usul. Ini kerana di luar sana, dihebohkan Yang Berhormat Marang telah gagal membenarkan perbahasan dibenarkan. Sebenarnya bukan budi bicara Yang Berhormat Marang tetapi sebenarnya budi bicara Tuan Yang di-Pertua sendiri. Jadi, itu petua pertama yang saya mohon.

Keduanya, amalan di dalam Persidangan Parlimen Tuan Yang di-Pertua ialah selepas semua urusan kerajaan dibereskan, diselesaikan, maka bolehlah usul-usul lain yang dikemukakan oleh mana-mana Ahli Parlimen sama ada Private Members Bill dan sebagainya sebagaimana yang disenaraikan di dalam Order Paper atau Aturan Urusan Mesyuarat. Sepatutnya Tuan Yang di-Pertua sebagai Pengerusi Majlis ataupun Speaker membenarkan usul yang telah separuh didengar, partly table, partly heard. Kalau dalam mahkamah, kes separuh dengar. Dalam ini saya anggap sebagai usul yang separuh dibentangkan, sepatutnya diberikan keutamaan untuk dibentangkan di dalam Dewan yang mulia ini sebagai continuation atau sambungan kepada usul yang telah dinaikkan itu. Jadi dalam hal ini pun saya hendak dapat petua daripada Tuan Yang di-Pertua.
Ketiga, yang terakhir ialah jika sekiranya ruling yang dibuat oleh Tuan Yang di-Pertua nanti adalah tidak akan dibenarkan perbahasan pada hari ini, apatah lagi usul telah dibuat oleh Menteri bahawa selepas Usul Menteri Kewangan akan dibentangkan Dewan ini akan ditangguhkan. Persoalan ingin saya tahu ialah sama ada usul yang telah separuh didengar atau dibentangkan atau dibahaskan di dalam Parlimen pada Parlimen Ketiga Belas ini akan dibawa, disambung ke dalam Parlimen Ke-14 selepas PRU-14 akan datang ini. Saya mohon benar-benar mendapat petua supaya menghilangkan segala kekeliruan sama ada di dalam Dewan ini mahupun di luar sana. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ada tiga perkara yang dibangkitkan di situ. Pertama Yang Berhormat, apa pun tindakan saya dalam Dewan pada bila-bila masa saya terikat dengan peraturan mesyuarat. Sesimple-simple umpamanya application of discretionary matters mengenai dengan soalan tambahan ataupun perkara-perkara melanggar peraturan mesyuarat tetapi kadang-kadang saya biarkan sahaja supaya perbahasan itu tidak terganggu.
■1210
Dalam soal yang dibangkitkan ini, saya masih terikat dengan Peraturan Mesyuarat 15(1) iaitu urusan kerajaan. Saya masih juga terikat didahulukan dan saya masih juga terikat dengan Peraturan Mesyuarat 12(1). Tadi 15(1), ini 12(1) iaitu kerajaan sendiri yang menentukan apabila urusan-urusan kerajaan tidak selesai, kerajaan juga mengatakan seperti usul dibacakan oleh Yang Berhormat Menteri bahawa selepas dibincang selesai Usul Menteri Kewangan yang nombor satu itu, maka selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15(1), bahawa usul kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan dan kepentingan. Itu kerajaan punya hak untuk menentukan.

Seperti Yang Berhormat sebut tadi bahawa di persidangan yang sudah, usul Rang Undang-undang 355 oleh Yang Berhormat Marang itu telah dinaikkan pada ketika itu kerana itu juga adalah kehendak kerajaan kerana saya tidak dikawal pada ketika itu, tidak terkekang oleh Peraturan 15(1) dan saya ada surat pada ketika itu yang diberi kepada saya. Itu sebab saya menggunakan kuasa saya pada ketika itu sehingga saya mengeluarkan hujah. Hujah saya pada ketika itu mendapat liputan bahawa seolah-olah in at times saya teruja oleh sebab pertama kali I can exercise my own power. Saya kata if you are in power, you are powerful, you don’t use your power, you are bloody fool. [Dewan ketawa] You remember that? See, kerana pada ketika itu saya tidak ada kekangan 15(1).

Dalam hal ini, walaupun pada ketika itu usul telah dibacakan dan usul sudah juga disokong, saya kata itu saya punya ruling sendiri. Jadi pada ketika itu, saya berkuasa, full kuasa. Saya kata dia akan dibincangkan pada persidangan akan datang. Okay, that is far as it goes because saya masih lagi— selepas sahaja itu, saya masih lagi dikekang oleh 15(1). Jadi apabila usul dibaca oleh Yang Berhormat Menteri tadi di bawah 12(1), maka itulah ketetapan bahawa usul telah dibaca, usul telah disokong, tinggal lagi datang masa dia nanti dalam persidangan Parlimen yang akan datang, Parlimen Keempat Belas misal kata, kalau datang senario ataupun situasi seperti yang dahulu, yang rang undang-undang itu dibawa dapat diberi naik, itu kita akan tunggu Yang Berhormat bersama.  Di dalam hal ini, bagi saya Rang Undang-undang 355 telah pun dapat dibentangkan, telah pun disokong, tinggal dibahas sahaja dan mengambil keputusan. Yang Berhormat Marang telah pun buat tanggungjawab beliau sebaik mungkin mengikut prosedur yang kita benarkan. Terima kasih.

Dato’ Takiyuddin bin Hassan [Kota Bharu]: Tuan Yang di-Pertua, sedikit tambahan sahaja. Saya faham apa yang telah Tuan Yang di-Pertua sebutkan tadi. Soalan saya yang terakhir, saya bukan sahaja terhad kepada isu Yang Berhormat Marang yang dilistkan sebagai yang kedua, kita ada banyak usul-usul daripada Ahli-ahli Dewan, 33 usul ini. Soalannya simple sahaja. Adakah kesemua 32 usul ini ditolak usul Kementerian Kewangan ini akan dilistkan kembali semasa persidangan pertama di Penggal Keempat Belas? Itu soalan saya. Bukan sahaja Yang Berhormat Marang, yang lain-lain pun adakah akan dilistkan semua di dalam order paper? Terima kasih.
[Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Parlimen baru Yang Berhormat.
Tuan Mohamed Hanipa bin Maidin [Sepang]: Parlimen baru, kerajaan baru.
Tuan Yang di-Pertua: Parlimen baru Yang Berhormat. Saya tidak tahu siapa yang duduk sebelah kanan, siapa duduk sebelah kiri. Jadi... [Ketawa]
Tuan Shamsul Iskandar @ Yusre bin Mohd. Akin [Bukit Katil]: Terbaiklah Tuan Yang di-Pertua. Terbaik.
Tuan Yang di-Pertua: Kalau saya buat ruling terhadap itu, ruling saya pun irrelevant sudah.
Yang Berhormat Ipoh Barat ketawa.
50 Ucapan Penutup Sidang Majlis Mesyuarat Bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas
Amat jarang  sekali Yang di-Pertua Dewan Rakyat membuat ucapan penutup sebelum Parlimen di bubarkan,  tetapi berbeza kali ini apabila Yang di-Pertua membuat Ucapan Penutup Sidang Majlis Mesyuarat Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen Ketiga Belas.  Ini adalah disebabkan  sudah pasti  Parlimen  akan dibubarkan selepaas ini atau terbubar dengan sendirinya.   Antara kandungan ucapannya ialah:
Parlimen Ketiga Belas telah mencipta sejarah kerana bersidang sehingga Penggal Keenam.
Telah melaksanakan pembaharuan, termasuklah:
(i) memulakan sesi Kamar Khas (Special Chamber) bagi urusan usul ucapan penangguhan di bawah Peraturan Mesyuarat 17A dan Peraturan Mesyuarat 18 iaitu perkara tertentu yang perlu disegerakan;

(ii) membenarkan tiga pertanyaan jawapan lisan dikemukakan semasa sidang berlangsung melalui pindaan Peraturan Mesyuarat 22(5);

(iii) memendekkan tempoh notis bagi mengemukakan pertanyaan jawapan lisan daripada 14 hari kepada 10 hari bekerja sebelum hari persidangan berlangsung melalui pindaan Peraturan Mesyuarat 22(2); dan

(iv)   mewujudkan waktu pertanyaan Menteri ataupun MQT (Minister Question Time) selama 30 minit pada setiap hari Selasa dan Khamis dengan pemberitahuan secara bertulis satu hari terlebih dahulu.


PEMAKLUMAN OLEH TUAN YANG DI-PERTUA
Ucapan Penutup Sidang Majlis Mesyuarat Bagi Mesyuarat Pertama,
Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas
Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga belas 2018 telah berlangsung selama 20 hari mulai dari hari Isnin, 5 Mac 2018 hingga hari Khamis 5 April 2018. Seperti mana semua Ahli Yang Berhormat sedia maklum, persidangan ini merupakan persidangan yang terakhir sebelum pembubaran Parlimen diumumkan bagi membolehkan PRU Ke-14 dilangsungkan.
■1240
Sesungguhnya persidangan Parlimen Ketiga Belas ini telah mencipta satu sejarah kerana telah berlangsung selama enam penggal dengan jayanya. Dalam tempoh ini juga seperti mana yang telah saya nyatakan pada awal penggal ini semasa ucapan Pemasyhuran Pemilihan saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada 24 Jun 2013 dengan seruan, “Ayuh! Kita ubah, kita mereformasi, kita bertransformasi, kalau bukan kita siapa lagi, kalau bukan sekarang bila lagi! Ini kalilah”. [Dewan riuh] [Tepuk]  Itu janji saya, itu janji saya pada ketika itu. Janji untuk melaksanakan pembaharuan, janji untuk melakukan perubahan dan janji untuk memartabatkan institusi Parlimen Malaysia, itu janji saya.

Ahli-ahli Yang Berhormat, alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah SWT janji saya untuk melaksanakan Pelan Transformasi Parlimen telah berjaya dilaksanakan dengan sokongan Ahli-ahli Yang Berhormat. Dalam hal ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Eksekutif khususnya kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di atas sokongan dan persetujuan kerajaan terhadap perancangan Pelan Transformasi Parlimen yang telah diusahakan.

Saya bersyukur pindaan terhadap beberapa peraturan-peraturan mesyuarat baru yang diluluskan di Dewan Rakyat pada sesi persidangan mesyuarat yang pertama telah diterima baik oleh hampir semua Ahli Dewan Rakyat daripada kerajaan dan pembangkang bagi membolehkan satu anjakan baru bersesuaian dengan situasi dan amalan Parlimen Dunia. Antaranya termasuklah:

(i) memulakan sesi Kamar Khas (Special Chamber) bagi urusan usul ucapan penangguhan di bawah Peraturan Mesyuarat 17A dan Peraturan Mesyuarat 18 iaitu perkara tertentu yang perlu disegerakan;

(ii) membenarkan tiga pertanyaan jawapan lisan dikemukakan semasa sidang berlangsung melalui pindaan Peraturan Mesyuarat 22(5);
(iii) memendekkan tempoh notis bagi mengemukakan pertanyaan jawapan lisan daripada 14 hari kepada 10 hari bekerja sebelum hari persidangan berlangsung melalui pindaan Peraturan Mesyuarat 22(2); dan
(iv) mewujudkan waktu pertanyaan Menteri ataupun MQT (Minister Question Time) selama 30 minit pada setiap hari Selasa dan Khamis dengan pemberitahuan secara bertulis satu hari terlebih dahulu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, malangnya saya sedar perubahan yang saya janjikan itu tidak mungkin dapat dilaksanakan untuk memenuhi hampir semua kehendak Ahli-ahli Yang Berhormat. Kehendak saya untuk membuat perubahan yang merangkumi perkara-perkara yang melibatkan tatatertib tidak dapat dilaksanakan atau tercapai atas sebab keengganan segelintir Ahli-ahli Yang Berhormat yang gemar membelakangkan etika sebagai wakil rakyat. Senang kata siapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang lebih mengutamakan kepentingan politik masing-masing. Beberapa hari yang lalu semasa perbahasan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018, saya secara berseloroh telah meminta pihak kerajaan membuat satu ‘Rang Undang-undang Menjaga Kesihatan Speaker’, untuk mewujudkan insurans atau kuasa Speaker boleh menyaman kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang selalu menimbulkan kerenah. Ini susulan daripada tindakan dan ucapan Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak mahu menghormati dan mengikut Peraturan Mesyuarat dengan mengeluarkan kata-kata unparliamentary sehingga menjejaskan kesihatan Speaker. Pada ketika itu, Ahli Yang Berhormat Sepang telah mencelah meminta saya sebagai Speaker meletak jawatan bagi menyelesaikan masalah kesihatan Speaker. Waktu itu saya tidak memberi apa-apa response, namun demikian pada hari ini, inilah response saya kepada saranan Yang Berhormat itu dengan serangkai pantun.
Nampak jelas dalam teropong,
Biji kelapa terapung-apung,
Speaker ini keras tempurung,
Kalau dicabar terus menyorong. [Dewan riuh] [Tepuk]

Ini bermakna selagi ada sikap Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak mengutamakan Peraturan Mesyuarat sehingga mengaibkan Speaker dan Timbalan-timbalannya selagi itulah saranan Ahli Yang Berhormat Sepang itu tidak akan diambil peduli atau fall in deaf ears. Ahli Yang Berhormat, seperti mana juga dengan aspirasi atau kehendak Ahli-ahli Yang Berhormat yang sedang ghairah untuk dicalonkan kembali di kawasan masing-masing dalam PRU14 ini, saya juga ghairah dan tertunggu-tunggu untuk saya dicalonkan seperti Ahli-ahli Yang Berhormat. [Dewan riuh] [Tepuk]  Hakikatnya, tarikh pencalonan kita adalah berbeza kerana pencalonan Ahli-ahli Yang Berhormat akan ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya dan yang menentukan kemenangan adalah oleh rakyat biasa. Manakala bagi pencalonan saya, untuk bertanding adalah pada hari pertama sidang Dewan bermula selepas selesai urusan pilihan raya. Yang menentukan kemenangan sekiranya saya dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Speaker ialah Ahli-ahli Parlimen yang telah dipilih oleh rakyat pada PRU14. Sehubungan dengan itu, saya amat mengharapkan mudah-mudahan Ahli-ahli Yang Berhormat yang menang dalam PRU14 nanti akan lebih mengutamakan etika sebagai Ahli Parlimen mengatasi kepentingan politik peribadi.

Lazimnya dalam setiap pemilihan tentunya ada kekecewaan, makanya saya mengharapkan sesiapa Ahli-ahli Yang Berhormat yang tidak dipilih lagi sebagai calon dari parti masing-masing janganlah kecewa kerana itu sebahagian daripada asam garam politik. Begitu juga dengan diri saya, saya sendiri juga sudah bersedia untuk menghadapi kekecewaan sekiranya saya tidak dicalonkan semula selepas PRU14. Fasal manalah tahu yang menang adalah daripada pihak sebelah kiri duduk sebelah kanan. [Dewan riuh] Ahli-ahli Yang Berhormat, saya sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan kedua-dua Timbalan Yang di-Pertua ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah memberi kerjasama bagi membolehkan perjalanan Majlis Mesyuarat dapat disempurnakan sepanjang Persidangan Parlimen Ketiga Belas sejak daripada 24 Jun 2013 sehingga hari ini 5 April 2018. Pelbagai warna-warni peristiwa pahit manis turut berlaku sepanjang kita bermesyuarat semasa persidangan Parlimen Ketiga Belas ini yang merupakan rencah dan asam garam di mana-mana Parlimen Dunia sekalipun. Mudah-mudahan segala sumbangan, idea, pandangan dan pengalaman Ahli-ahli Yang Berhormat akan menjadi suatu medium check and balance kepada pihak kerajaan dalam perjalanan negara Malaysia ini ke arah negara maju serta memartabatkan institusi Parlimen Malaysia sebagai sebuah Parlimen yang unggul di mata dunia. Saya percaya dalam tempoh Majlis Parlimen Ketiga Belas ini, semua Ahli-ahli Yang Berhormat telah sedaya upaya menyampaikan wadah dan hasrat setiap rakyat di kawasan Parlimen Ahli-ahli Yang Berhormat demi memastikan suara mereka dibawa ke Dewan yang mulia ini di samping menunaikan tanggungjawab dan kepercayaan Ahli-ahli Yang Berhormat sebagai wakil rakyat yang dipilih melalui amalan suatu sistem demokrasi yang kita warisi semenjak lebih kurang 60 tahun yang lalu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, Majlis Parlimen Ketiga Belas kali ini sudah hampir ke penghujungnya. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai kerajaan, pegawai Parlimen Malaysia, [Tepuk] wakil media massa serta semua pihak yang turut terlibat [Tepuk] secara langsung mahupun tidak langsung dalam pengendalian urusan Majlis Mesyuarat sepanjang tempoh kita bersidang daripada tahun 2013 sehingga saat ini. Akhir kata saya ingin mengucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat selamat pulang, selamat berkempen dan selamat bertanding demi untuk kepentingan rakyat semua. [Tepuk] (Penyata Rasmi, DR-5.4.2018)

Seterusnya  Yang di-Pertua mempersilakan YAB Timbalan Perdana Menteri dan Ketua Pembangkang memberikan ucapan terakhir.   YAB Timbalan Perdana Menteri mewakili pihak Kerajaan mengucapkan pengahargaan kepada  Yang di-Pertua, Timbalan-Timbalan Yang di-Pertua dan Setiausaha Dewan Rakyat serta semua kakitangan yang terlibat.  Memohon maaf kepada semua termasuk pembangkang  seraya menyatakan “, biar pun kita berbeza pendapat tetapi di luar Dewan kita tetap sebagai sahabat”.   Begitu juga Ahli parlimen Permatang Pauh selaku Ketua Pembangkang  menyampaikan penghargaan kepada semua pihak dan juga salam dari mantan  Ketua Pembangkang yang ketika ini sedang berada di hospital.   Persamaan yang  nyata kedua-dua pihak mengharapkan dan berdoa akan menang dalam PRU akan datang.   Suasana sedemikian pernah berlaku pada 10 November 1999 tetapi bezanya ketika itu dibubarkan semasa  Majlis Parlimen Kesmbilan sedang bersidang di Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen Kesembilan . (Rujuk catatan terdahulu)

“Tuan Yang di-Pertua: Saya belum habis, Yang Berhormat. Saya rasa habis sekejap dahulu.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, bagi pihak rakan-rakan kita berikan— saya tahu belum habis. Kita berikan tepukan gemuruh yang sana dan di sini pada Speaker. [Tepuk]
Tuan Yang di-Pertua: Akhir kata, saya ingin mengucapkan kepada semua Ahli-ahli Yang Berhormat, selamat pulang, selamat berkempen dan selamat bertanding demi untuk kepentingan rakyat semua. Semoga Ahli-ahli Yang Berhormat sentiasa sihat walafiat di samping keluarga tersayang.
Buah rambutan buah pulasan,
Dimakan bersama buah berangan,
Ada Harapan ada Barisan,
Selamat bertanding dalam ketenangan. [Dewan riuh] [Tepuk]
Jadi sebelum saya menutup persidangan ini kalau ada dari pihak kerajaan untuk menyampaikan ucapan saya persilakan. Selepas itu daripada pihak pembangkang. Sila. [Tepuk]
12.50 tgh.
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi [Bagan Datok]: Tuan Yang di-Pertua, kami faham yang di sini dan di sana itu adalah merupakan satu amanat terakhir daripada Tuan Yang di-Pertua. Sekali lagi kita berikan tepukan gemuruh untuk beliau. [Tepuk] Bagi pihak kerajaan dan rakan-rakan di sebelah sini dan juga rakan-rakan di sebelah sana tentunya di dalam Majlis Parlimen yang ke-13, kami ingin mengucapkan penghargaan di atas sumbangan yang amat profesional oleh Tuan Yang di-Pertua pada kami di Dewan Rakyat. [Tepuk] Bagi pihak rakan-rakan di sini dan di sana, kami ingin mengucapkan terima kasih bukan hanya kepada Tuan Yang di-Pertua, kita juga ingin ucapkan terima kasih kepada Timbalan-Timbalan Tuan Yang di-Pertua [Tepuk], Setiausaha Dewan Rakyat [Tepuk], seluruh pegawai dan kakitangan Jabatan Parlimen [Tepuk], dan para Bentara [Tepuk] serta lain-lain.

Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pembangkang [Tepuk] dan rakan-rakan di sebelah sana, keseluruhannya walaupun kita akan berjumpa di medan dan di gelanggang. Akan tetapi kita amat yakin bahawa pengalaman kita di Dewan ini, biar pun kita berbeza pendapat tetapi di luar Dewan kita tetap sebagai sahabat. [Tepuk]
Sebagai sahabat tentunya apabila kita mempunyai perbezaan-perbezaan pegangan selain daripada perbezaan pendapat tetapi yang penting ialah kembali kepada tasawuf iaitu [Bercakap dalam bahasa Arab]. Ada adab-adab untuk menangani perbezaan terutamanya apabila kita berada di Dewan yang mulia ini kerana kita bukan sekadar diperhatikan oleh para pemerhati yang datang ke Dewan ini, tetapi melalui siaran langsung secara konvensional melalui saluran-saluran TV, pada waktu yang sama melalui streaming rakyat melihat tentang cara persembahan kita, cara gelagat kita.

Saya harap jika ada sebarang kesilapan tatacara sama ada di sebelah sini atau sebelah sana di Parlimen yang ke-14 nanti kita akan perbaiki dengan lebih baik. [Bercakap dalam bahasa Arab] dengan cara kebijaksanaan dan juga dengan ketatasusilaan. Saya harap penterjemahan makna demokrasi di negara kita, kita akan lakukan dengan sebaik-baiknya sama ada di dalam atau di luar Dewan. Tentulah pada anggapan saya, apa yang harus kita lakukan mesti dilakukan dengan transformasi yang lebih baik sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Tuan Yang di-Pertua. Walaupun Tuan Yang di-Pertua tidak ada peluang untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen tetapi [Disampuk]... saya tahu memang tidak ada peluang untuk bertanding sebab saya telah tutup pintu bertanding sebagai Ahli Parlimen itu. [Ketawa] Jadi carilah kerusi-kerusi lain yang lebih tinggi untuk dikekalkan dengan sokongan sebelah sini dan sebelah sana. [Tepuk] Saya harap apabila kita berada di gelanggang dalam waktu yang terdekat ini dan hari ini adalah hari yang terakhir, kita akan menerima kemenangan atau kekalahan. Saya harap yang menang tidak jadi arang, yang kalah tidak jadi abu. Saya harap rakan-rakan di sebelah sini akan bertambah dan melimpah ke sebelah sana [Tepuk] dan yang menang jangan menekan yang kalah, yang kalah mesti mengiktiraf yang menang. Insya-Allah walaupun sebelah sana agak yakin mereka menang tetapi kami lebih yakin insya-Allah. [Tepuk] Dengan mandat yang lebih besar kita akan melakukan sesuatu yang lebih baik dan insya-Allah apa yang kita hajatkan harus ada [Bercakap dalam bahasa Arab] Ertinya penyatuan pemikiran sama ada kita di belah sini atau sebelah sana.

Bagi pihak Ketua Majlis iaitu Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak walaupun tidak boleh menyebutkan nama di sini tetapi dengan izin Tuan Yang di-Pertua, kita ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Majlis Parlimen Ketiga Belas atas sumbangan beliau bagi memperkukuhkan segala transformasi yang telah dilaksanakan. [Tepuk] Insya-Allah jika mandat lebih besar kami terima kami akan lakukan yang terbaik untuk rakyat keseluruhannya, insya-Allah. [Tepuk] Mudah-mudahan apa yang kita harapkan akan didengar oleh Allah Taala dan di waktu tidak ada hijab doa ini, mudah-mudahan ini [Membaca sepotong ayat Al-Quran] Kita akan lakukan dengan terbaik dan kita jumpa di gelanggang dengan kaedah yang terbaik. Lawan tetap lawan! [Tepuk]
Datuk Seri Panglima Abdul Azeez bin Abdul Rahim [Baling]: Yang Berhormat Baling sokong.
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Berhormat Permatang Pauh. Sila.
12.56 tgh.
Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, memberikan izin saya untuk mengatakan kali terakhir pada sesi ini. Terima kasih dan penghargaan kepada semua belah sini dan belah sana dan bagaimana kita boleh merancakkan demokrasi ini tetapi mestilah dengan adanya keadilan. Saya juga membawa sebab saya tidak habis setengah jalan juga salam daripada mantan Ketua Pembangkang yang sekarang berada di hospital. Dia mengingatkan saya untuk berterima kasih kepada semua tetapi juga jangan kita lupa sebagai wakil rakyat, apa yang kita pegang adalah mandat untuk melakukan yang terbaik. Tidak kira bahawa ini adalah self-interest ataupun lain tetapi hanyalah untuk melihat bahawa negara kita ini dinobatkan, dijadikan, direformasikan supaya menjadi [Bercakap dalam bahasa Arab]. Bahawa pada akhirnya kita sebagai insan, hamba Allah itu yang kita ingin lakukan kebaikan supaya kita mendapat kebaikan untuk diri kita juga untuk seluruh negara kita.
Terima kasih juga kepada pegawai-pegawai yang telah mendukung institusi Parlimen ini dan juga Datuk Roosme dengan izin saya menyebut nama. Bagaimana institusi Parlimen ini boleh berjalan lancar dengan pengorbanan dan sumbangan semua pegawai-pegawai yang di belakang tabir. Juga bagaimana kita melihat bahawa kalau kita bolehlah, apa yang kita suarakan ini mungkin ada perbezaan, tetapi janganlah sampai menjadi kezaliman yang berlaku. Apabila isu-isu negara dipolitikkan, isu-isu yang penting untuk kita bersama menjadi bahan politik sampai lupakan nilai bahawa kita ini adalah pemegang amanah sebagai wakil rakyat.  Pada hari yang terakhir ini belah sini boleh kita timbang kalau kita menang insya-Allah Tuan Yang di-Pertua boleh jugakan. Akan tetapi kemungkinan ...
Dato' Seri Dr. Shahidan bin Kassim [Arau]: Jangan bagi tawaran begitu, kecoh. Janji pembangkang selalu tidak ditepati.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail [Permatang Pauh]: Insya-Allah doa kami juga, kami hendak memperbetulkan negara ini. Kami juga adalah orang-orang yang kita rasa bahawa juga kami dekat dengan Allah, dekat dan doa kami juga dimakbulkan. Harap-harap kita akan menang. Biarlah yang paling baik untuk negara kita. Bukan kerana jawatan, bukan kerana kita ini hendak kejar kedudukan tetapi untuk memberi khidmat kepada negara kita. Jadi saya terima kasih kepada semua dan biarlah kita mempraktikkan, melaksanakan demokrasi, merasakan bahawa kita rakyat Malaysia dan bukan kerana kaum, warna kulit, agama, bangsa tetapi rakyat Malaysia yang perlu dibela bersama membina negara untuk sebaik mungkin. Insya-Allah untuk harapan yang baru. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. [Tepuk]

Tuan Yang di-Pertua: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat satu perkara yang penting yang juga kita dapat luluskan dalam Parlimen ini yang perlu saya zahirkan di sini dan saya berterima kasih kepada Yang Berhormat Arau telah mengingatkan saya iaitu elaun Ahli-Ahli Parlimen yang telah kita persetujui semua untuk dinaikkan. [Tepuk] Untuk itu sudah juga kita buat dalam sesi Parlimen. Jadi Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, Ahli-ahli Yang Berhormat, dengan lafaz Bismillaahir Rahmaanir Rahiim, mesyuarat Dewan hari ini ditangguhkan sehingga suatu tarikh yang tidak ditetapkan. Terima kasih. “
[Dewan ditangguhkan pada pukul 1.01 petang] [Penyata Rasmi -DR. 5.4.2018 ]






Dewan Rakyat sebelum pengubahsuaian (sebelum 2012)




Dewan Rakyat di Bangunan Sementara (2013 – 2016)



Dewan Rakyat di Bangunan Utama (siap diubahsuai dan diguna Mac 2017)


51. Persidangan Terakhir Dewan Negara di Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Parlimen  Ketiga Belas dan Ucapan Penutup Yang di-Pertua

Pada 5 April 2018 (Khamis) juga hari terakhir persidangan di Dewan Negara. Sidang hari ini telah membahas dan meluluskan empat Rang Undang-Undang  iaitu Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) (No. 2) 2018, Rang Undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018 dan Rang Undang-undang Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2018.    Sebelum persidangan ditangguhkan pada jam 5.30 petang, Yang di-Pertua telah membuat ucapan penutup yang memaklumkan bahwa ini adalah Mesyuarat terakhir sebelum PRU Ke-14.  Beliau mengucapkan “selamat bertemu kembali” kepada Ahli-ahli yang belum tamat perkhidmatan dan menyampaikan pengahragaan kepada tujuh  ahli  yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai Senator.  Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada  Setiuasaha Dewan Negara dan kakitangan Parlimen yang menjayakan persidangan ini.  Beliua juga menitipkan pesanan, iaitu: “ .. kita berada di  ambang  Pilihanraya  Umum  Keempat  Belas,  di  mana  kematangan  sistem  demokrasi  teruji semula  di  negara  kita. Pilihan  raya  membawa makna  yang  istimewa kepada kita  di  Parlimen Malaysia kerana ia adalah merupakan tunggak utama pemerintahan berdemokrasi. Berhubung isu ini, ingin saya menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam pilihan raya ini untuk sama-sama menyuburkan sistem demokrasi di negara ini.”

“▪  1720
Tuan  Yang  di-Pertua:  Ahli-ahli  Yang  Berhormat,  salam  sejahtera.  Kini,  adalah  hari terakhir sesi Parlimen di Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas, Majlis Mesyuarat Dewan Negara bagi tahun 2018 yang telah berlangsung mulai hari Isnin 26 Mac 2018 sehingga hari ini, Khamis 5 April 2018. Sesi  pada  kali  ini  berjalan  serentak  dengan  sidang  Dewan  Rakyat  setelah  bersidang berasingan buat beberapa tahun kebelakangan ini.  Saya berasa amat bersyukur kepada Yang Maha  Berkuasa  kerana  dalam masa  yang  singkat  ini  dapatlah  kita  membahaskan  Usul Menjunjung Kasih atas Titah Diraja dan meluluskan beberapa rang undang-undang yang berikut di Dewan yang mulia ini.

(i)  (D.R. 1/2018) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2017) 2018;
(ii)  (D.R. 6/2018) Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar 2018;
(iii)  (D.R. 46/2017) Rang Undang-undang Pergigian 2017;
(iv)  (D.R. 4/2018) Rang Undang-undang Had Masa (Pindaan) 2018;
(v)  (D.R.  7/2018)  Rang  Undang-undang  Pembangunan  Sukan  (Pindaan) 2018;
(vi)  (D.R. 5/2018) Rang Undang-undang Timbang Tara (Pindaan) (No.2) 2018;
(vii)  (D.R.  2/2018)  Rang  Undang-undang  Suruhanjaya  Pencegahan  Rasuah Malaysia (Pindaan) 2018; dan
 (viii)  (D.R.  8/2018)  Rang  Undang-undang  Perkhidmatan  Bomba  (Pindaan) 2018.

Ahli-ahli Yang Berhormat, sidang ini juga adalah yang terakhir diadakan sebelum Parlimen Ketiga Belas dibubarkan dan semua Ahli Dewan yang belum tamat perkhidmatan akan bertemu kembali selepas pilihan raya umum kelak.  Saya  ingin  mengambil  kesempatan  ini  untuk  menyampaikan  ucapan  penghargaan kepada Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan mereka dalam  masa  terdekat.   Adalah  lumrah  hidup,  kita  hanya  mula  merasa  kehilangan  apabila seseorang itu tiada lagi bersama kita. Akan tetapi kenangan manis yang ditinggalkan akan terus tersemat dalam ingatan kita buat selama-lamanya. Saya ingin menyampaikan sepatah dua kata mengenai Yang Berhormat-  Yang Berhormat yang akan bersara sebelum Parlimen bersidang semula berikutan Pilihanraya Umum Keempat Belas.

Pertamanya, Yang Berhormat Senator  Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan yang akan menamatkan dua penggal perkhidmatannya pada 24 April 2018...  [Tepuk]  Minggu lepas, Yang  Berhormat  telah  meluahkan  keluhan  beliau  mengenai  kesusahan  yang  dihadapi  oleh pesakit-pesakit  di  negeri  Perlis  yang  semakin  bertambah  dan  masalah  kelewatan  membina
hospital. Akan tetapi perkara yang lebih terdekat dengan hati Yang Berhormat ialah nasib anak yatim.   Yang  Berhormat  telah  memohon  supaya  pembiayaan  peruntukan  kerajaan  ditambah
untuk anak yatim. Suatu perkara yang sering kali dibangkitkan dalam Dewan yang mulia ini. Saya
percaya Dewan ini akan terus menyusuli isu-isu tersebut sekiranya perlu.

Kedua,  Yang Berhormat Senator Tuan Wilfred Yong Chen Leong yang akan menamatkan tempoh satu penggal perkhidmatan pada 12 April 2018. Yang Berhormat Tuan Wilfred adalah seorang yang mempunyai semangat kekeluargaan yang kurang sihat. Yang Berhormat pernah melepaskan  jawatan  politik  dalam  parti  MCA  hanya  dengan  tujuan  menjaga  bapa  Yang Berhormat yang sakit. Tahun lepas, kami berasa sedih di atas pemergian beliau semasa Dewan bersidang. Saya bangkitkan isu ini kerana saya percaya bahawa cara seseorang membela dan memimpin  keluarganya,  begitulah  juga  beliau  diharap  akan  memimpin  negara.  Saya  yakin
kebenaran ini akan terbukti dalam kerjaya Yang Berhormat yang seterusnya.

Ketiga, Yang Berhormat Senator Laksamana Tan Sri Dato’ Setia Mohd Anwar bin Haji Mohd. Nor yang akan menamatkan tempoh satu penggal perkhidmatan pada 22 April 2018. Yang Berhormat Tan Sri telah mencipta sejarah apabila dilantik ke jawatan Panglima Angkatan Tentera pada  tahun  2005.  Beliau  memecah  tradisi  memandangkan  sebelum  itu  jawatan  Panglima Angkatan Tentera disandang oleh pegawai-pegawai tertinggi Tentera Darat Malaysia.  Yang Berhormat juga merupakan seorang ahli sukan yang hebat.  Beliau juga mewakili Malaysia di Sukan Asia di Tehran pada tahun 1974. Pastilah walaupun bersara sebagai Senator, beliau akan terus memberi sumbangan kepada masyarakat dalam beberapa bidang. Antaranya sebagai  penggerak  utama  Lembaga Tabung  Angkatan Tentera.  Pencapaian  Yang  Berhormat sungguh mengagumkan dan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bacalah sahaja  karya
biografi beliau berjudul,  ‘On Command and Leadership’,  dan ‘A Passionate Passage: The Admiral Who Reached The Pinnacle.’

Keempat,  Yang  Berhormat  Senator  Tuan  Ramli  bin  Shariff  yang  akan  menamatkan tempoh satu penggal perkhidmatan pada 24 April 2018. Tiada sesiapapun yang tidak terkesan dengan  penghujahan  beliau  yang  begitu  tenang  dan  rasional  mengenai  soal  memberi  kuasa pilihan  dan  budi  bicara  kepada  hakim  dalam  Akta  Dadah  Berbahaya  2017.   Saya  berharap keprihatinan Yang Berhormat terhadap hak asasi kemanusiaan akan terus ditegakkan.

Kelima, Yang Berhormat Senator Dato’ Indera Hoh Khai Mun yang akan menamatkan tempoh satu penggal perkhidmatan pada 28 Mei 2018. Penghujahan beliau yang tidak akan saya lupakan ialah hakikat bahawa perogol itu bukan  semuanya lelaki malah ada juga wanita yang mencabul kehormatan lelaki...  [Dewan ketawa]  Oleh itu beliau mencadangkan supaya definisi perogol itu diperluaskan.

Keenam,  Yang  Berhormat  Senator  Dr.  Ariffin  bin  S.M.  Omar  yang  akan  menamatkan tempoh dua penggal pada 1 Jun 2018. Yang Berhormat adalah seorang sejarahwan yang telah banyak memberi sumbangan dalam bidang akademik dan minda melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Yang Berhormat telah menghasilkan beberapa buah buku sejarah yang menjadi
teks  rujukan  di  universiti  tempatan  dan  antarabangsa.  Beliau  juga  dilantik  sebagai  profesor
kunjungan oleh universiti UTAR di Amerika Syarikat. Saya difahamkan beliau akan kembali ke dunia akademik selepas bersara...  [Tepuk]

Ketujuh,  Yang  Berhormat  Senator  Puan  Siti  Aishah  binti  Shaik  Ismail...  [Tepuk]  Akan menamatkan satu penggal pada 1 Jun 2018. Keistimewaannya, beliau telah mencatat sejarah sebagai Senator yang termuda di negara kita...  [Tepuk]  Sebagai Senator, beliau mengesahkan kepercayaan  dan  keyakinan  terhadap  penglibatan  dan  kepimpinan  anak  muda  dalam  politik. Beliau adalah sumber inspirasi kepada generasi muda dan membuktikan hakikat bahawa orang muda tidak kurang berupaya untuk berbakti kepada bangsa dan negara. Kepada Ahli-ahli Dewan Yang Berhormat, ini harapan saya agar janganlah sama sekali berhenti dari terus menabur jasa kepada bumi tercinta ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat, kita berada di  ambang  Pilihanraya  Umum  Keempat  Belas,  di  mana  kematangan  sistem  demokrasi  teruji semula  di  negara  kita. Pilihan  raya  membawa makna  yang  istimewa kepada kita  di  Parlimen Malaysia kerana ia adalah merupakan tunggak utama pemerintahan berdemokrasi. Berhubung isu ini, ingin saya menyeru kepada Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian untuk mengambil bahagian secara aktif di dalam pilihan raya ini untuk sama-sama menyuburkan sistem demokrasi di negara ini.

  Saya  juga  ingin  mengambil  kesempatan  ini  untuk  mengucapkan  terima  kasih  di  atas kesungguhan yang diperlihatkan oleh semua yang telah menjayakan sesi Dewan ini.  Ucapan penghargaan juga saya tujukan kepada warga kerja Parlimen Malaysia terutamanya Setiausaha  Dewan Negara serta pegawai dan kakitangan Bahagian Pengurusan Dewan Negara...  [Tepuk] juga Ketua Pentadbir Parlimen yang telah bertungkus-lumus dalam masa yang begitu singkat untuk memastikan kelancaran persidangan Dewan pada kali ini. Akhir sekali, kepada Ahli-ahli Yang Berhormat dari seluruh negara yang akan kembali ke kampung halaman masing-masing, saya doakan agar Ahli-ahli Yang Berhormat akan selamatsampai ke pangkuan keluarga yang tercinta. Dengan kata-kata itu, saya tangguhkan Dewan ini sehingga ke suatu tarikh yang tidak ditetapkan.

[Dewan ditangguhkan pada pukul 5.30 petang]” [Penyata Rasmi  DN-5.4.2018]:



Dewan Negara sebelum pengubahsuaian




Dewan Negara selepas pengubahsuian (2013)


No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...