Isu mengenai cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau ringkasnya Akta 355 hangat dibincangkan dalam era Majlis Parlimen Ke-13, khususnya selepas Usul Persendirian bagi mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persindirian untuk meminda Akta 355 oleh Ahli Parlimen Marang pada bulan Mac 2015 di Mesyuarat Petama, Penggal Pertama, Parlimen Ke-13. Usul ini berlaruan sehingaa tahun 2017, dan ketika itu seolah-olah isu ini menjadi isu utama untuk menentukan keputusan PRU 14. Namun sebaik sahaja persidangan Mesyuarat Parlimen terakhir bagi Parlimen Ke-13 berakhir pada 6 April 2017 dan usul ini tidak disambung perbahasanya hanya sekadar dibentang dan disokong pada pada persidangan Mesyuarat Parlimen terdahulu (6 April 2016), maka isu ini seolah-olah lenyap, malah tidak kedengaran semasa kempen PRU 14.
Diambang persidangan Mesyuarat Parlimen , Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 yang akan bersidang dari 16 Julai hingga 16 Ogos 2018 selepas PRU 14, isu ini timbul semula apabila sekurang-kurang dua soalan Parlimen dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas dan Bachok yang minta penjelasan sama ada Kerajaan PH meneruskan hasrat untuk meneruskan pindaan ini.
Disini, penulis ingin mengimbau semula isu ini. Akta 355 merupakan undang-undang atau Akta yang diluluskan oleh Parlimen bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini. Akta 355 ini amat ringkas dan mengandungi 3 seksyen sahaja. Seksyen 1 menyatakan tajuk ringkas dan pemakaiannya. Seksyen 2 menerangkan bidang kuasa yang menetapkan keslahan jemayah Syariah yang terkandung dalam Butiran 1, Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.. Sebagaimana dinyatakan diatas, hukuman tidak melebihi penjara 3 tahun atau denda RM 5,00 atau 6 kali sebatan atau gabungan hukuman tersebut (Ringkasnya 356) dan hanya melibatkan orang-orang Islam sahaja.
Diambang persidangan Mesyuarat Parlimen , Penggal Pertama, Parlimen Ke-14 yang akan bersidang dari 16 Julai hingga 16 Ogos 2018 selepas PRU 14, isu ini timbul semula apabila sekurang-kurang dua soalan Parlimen dikemukakan oleh Ahli Parlimen Pasir Mas dan Bachok yang minta penjelasan sama ada Kerajaan PH meneruskan hasrat untuk meneruskan pindaan ini.
Disini, penulis ingin mengimbau semula isu ini. Akta 355 merupakan undang-undang atau Akta yang diluluskan oleh Parlimen bagi menentukan had bidang kuasa berkaitan hukuman jenayah Syariah yang boleh dibuat oleh Badan Perundangan Negeri, dijatuhkan, dan seterusnya dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah seluruh negara ini. Akta 355 ini amat ringkas dan mengandungi 3 seksyen sahaja. Seksyen 1 menyatakan tajuk ringkas dan pemakaiannya. Seksyen 2 menerangkan bidang kuasa yang menetapkan keslahan jemayah Syariah yang terkandung dalam Butiran 1, Senarai II, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.. Sebagaimana dinyatakan diatas, hukuman tidak melebihi penjara 3 tahun atau denda RM 5,00 atau 6 kali sebatan atau gabungan hukuman tersebut (Ringkasnya 356) dan hanya melibatkan orang-orang Islam sahaja.
Seterusnya Isu Pindaan Akta 355 (sering dipanggil RUU 355 –
walaupun tidak tepat penggunaanya) telah mendapat perhatian pelbagai pihak dan menjadi polimik dalam masyarakat
apabila ia diusulkan oleh Ahli Parlimen Marang melalui Usul Persendirian bagi
mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian bagi meminda Akta
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah 1965 yang telah dikemukakan beberapa kali di Dewan
Rakyat seperti
berkut:-
Pertama – Dikemukakan pada 18
Mac 2015 di Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Ke-13 bagi
menggantikan hukuman sedia ada kepada hukuman “...sesuai dengan kehendak
syariah Islam “. Usul ini
telah disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada 7 April 2015 pada giliran
24 dalam susunan Rang Undang-Undang dan Usul.
Seterusnya usul tersebut telah disenaraikan di nombor 16 dalam susunan
Rang Undang-Undang dan Usul ada 9 April
2015, iaitu hari terakhir persidangan bagi Mesyuarat Pertama, Penggal
Ketiga, Parlimen Ketiga Belas. Oleh
kerana Peraturan Mesyuarat 15 (1), “.urusan Kerajaan hendaklah didahulukan
daripada urusan-urusan lain”, maka
Usul Persendirian pada kelazimannya
tidak akan sempat dibentang dan dibahaskan.
Kedua - Pada 29 April 2015 di Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga , Parlimen
Ke-13, sekali lagi Usul Persendirian tersebut dengan sedikit pindaan berbanding Usul terdahulu iaitu menggantikan hukuman sedia ada kepada
hukuman “ selain dari hukuman mati.”
Usul disenaraikan dalam Aturan Urusan Mesyuarat bermula pada 17 Jun 2015
di minggu akhir persidangan. Sekali
lagi usul tersebut tidak sempat dibentangkan kerana tidak mendapat kebenaran
Kerrajaan untuk didahulukan seperti kenyaatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ..“ kecuali
pihak Kerajaan “menyambut” Usul tersebut melalui Usul Kerajaan. “.
Ketiga - Pada 28 April 2016 pada Mesyuarat
Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13, Ahli Parlimen Marang sekali lagi
mengemukakan Usul Ahli Persendirian.
Namun suasana kali ini amat berbeza.
Rundingan antara Ahli Parlimen Marang dan PAS denngan pihak Kerajaan
telah giat dijalankan dan berterusan semenjak Usul ini dikemukakan 2015. Akhirnya, pada 26 Mei 2016 iaitu
hari terakhir persidangan Dewan Rakyat
bagi Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-13. .Oleh kerana
Kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan / mendahulukan giliran Usul tersebut,
maka Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menggunakan Peraturan Mesyuarat 14(2)
iaitu Usul Kerajaan tanpa notis bagi
mengubah susunan giliran Aturan Urusan Mesyuarat bagi mendahulukan Usul Ahli
Persendirian oleh Ahli Parlimen Marang. Usul untuk mendahulukan Usul Ahli Persendirian
ini dikemukakan oleh Menteri di Jabatan
Perdana Menteri pada pukul 2.30 petang
dan Setelah 35 minit gangguan dari pihak DAP dan PAN, pada pukul 3.05 petang
Ahli Parlimen Marang telah membentangkan dengan
membaca Usulnya dan mohon untuk menangguhkan usul tersebut.
Keempat: Pindaan Usul – Usul tersebut terus disenaraikan dalam Aturan Urusan
Mesyuarat di Mesyuarat Ketiga, Penggal
kempat Parlimen Ke-13 sejak hari pertama persidangan (……). Pada hari terakhir
persidangan iaitu 24 November 2916, pukul 12.00 tengahari, Yang di-Pertua Dewan
terus mempersilakan Ahli Parlimen Marang
mengemukakan pindaan usulnya tanpa melalui usul Kerajaan . Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul
pindaannya mengikut Peraturan Mesyuarat 28 yang dibaca bersama Peraturan
Mesyuarat 49(1) dan mohon “...untuk membuat huraian
pada sesi akan
datang selaras dengan
Peraturan Mesyuarat 15(5)”. Pindaan
yan dibuat ialah iaitu menggantikan hukuman sedia ada kepada hukuman
“ penjara 30 tahun atau denda satu ratus ribu ringgit atau sebatan satu
rastus kali“.
Kelima : Penghuraian
Usul dan Ditangguhkan Perbahasan - Pada 6 April 2017 (Khamis) iaitu hari terakhir
persidangan Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima, Parlimen Ke-13, Usul
Persendirian Ahli Parlimen Marang tersenarai giliran pertama dalam Aturan
Urusan Mesyuarat dan tiada urusan Kerajaan pada hari itu setelah semua urusan
Kerajaan diselesaikan pada 5 April
2017(Rabu) yang bersidang hingga pukul 4.57 pagi. Selepas sesi pertanyaan l;isan, usul tersebut
dihuraikan oleh Ahli Parlimen Marang dan disokong oleh Ahli Parlimen Kota
Bharu. Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah
memutuskan perbahasan usul pada Mesyuarat kan datang dan menangguhkan persidangan pada pukul 4.00
petang.
Seterusnya pada Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam,
Parlimen Ke-13 (2018) yang bersidang
pada 5 Mac hingga 5 April 2018, juga Usul ini masih disenaraikan dalam Aturan
Urusan Mesyuarat selepas urusan Kerajaan. Tetapi ketika ini, pihak Kerajaan tidak memberi keutamaan untuk memyambung perbahasan usul tersebut. Akhirnya, seperti dijangka , pada 6
April 2018 (Jumaat), Perdana Menteri
mengumumkan bahawa Parlimen
dibubarkan pada.. 7 April 2018. Ini
bermakna Usul ini juga turut terluput serentak dengan pembubaran Majlis
Parlimen Ke-13 (Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan).
Rumusan Respons
Isu ini sebenarnya bermula selepas Pilihanraya Umum
Ke-13 dan menjadi polimik sejak 2014 apabila apabila DUN Kelantan bercadang meminda dan menambah baik Enakmen Jenayah syaraiah II Kelantan 1993
[EJSK II] yang akhirnya dipinda pada 19 Mac 2015. Maka pebagai pihak rakyat
negara ini yang pelbaga latar belakang, merentasi kaum, agama
dan ideologi telah memberi
komentar dalam isu
ini. Mereka termasuk
rakyat biasa daripada petani,
nelayan, orang kampung
sehinggalah ahli akademik,
cerdik pandai, profesional, pengamal
undang-undang dan ahli
politik mengemukakan hujahan masing-masing, sama ada
menyokong atau menentang
cadangan pindaan Akta 355 tersebut. Selepas tempoh yang begitu panjang dan
lama isu ini dipolimikkan, penulis terpanggil untuk membuat catatan dan rumusan
respons terhadap usul Pindaan Akta 355 ini.
Penelitian terhadap respons dan pemerhatian,
penulis mendapati kepelbagaian pandangan dan respons masyarakat dinegara ini
adalah berasaskan latarbelakang dan kepentingan politik. Cadangan pindaan pada kali ini mendapat
respons yang luar biasa dan amat berbeza dengan
dengan pindaan yang dibuat pada 1984 dan 1989 yang dibawa oleh pihak
Kerajaan. Ini adalah disebabkan oleh
faktor politik, dimana cadangan pindaan
adalah melalui usul bagi mencadangkan RUU Ahli Persendirian oleh Ahli Parlimen
Marang (PAS). Oleh kerana pelaksanaan
hukuman qisas/hudud merupakan matlamat perjuangan PAS sejak dari awal
penubuhannya dan penggubalan Enakmen
Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan (EKJS II) 1993 dan dipinda 2015 bagi pelaksanaan
hudud di Kelantan, maka usul oleh Ahli
Parlimen Marang yang juga Presiden PAS dilihat
sebagai usul untuk melaksanakan hukuman hudud tersebuit. Bertitik tolak
dari sinilah polimik timbul dan berterusan serta menjadi punca penentangan
terhadap usul tersebut.
Antara
Realiti dan Persepsi
Dsini, penulis ingin memaparkan beberapa isu dan persoalan
yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak serta penjelasan mengenai cadangan pindaan Akta 355 ini.
i) Apakah perlunya dua set undang-undang – untuk orang Islam dan
bukan Islam?
Hakikatnya sebagaimana di jelaskan sebelum
ini, Butiran 1, Senarai II – Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan
Persekutuan telah jelas menetapkan perkara-perkara yang berkaitan dengan ajaran
Islam adalah di bawah kuasa Negeri dan
pihak Negeri boleh mewujudkan apa-apa undang-undang yang berkaitan. Ini bermakna pewujudan undang-undang khusus
mengenai orang-orang Islam adalah dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan dan
mengiktiraf perlunya undang-undang
khusus mengenai ajaran Islam dan tidak dikenakan ke atas orang bukan Islam.
ii) Adakah Akta 355 dan pindaannya bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan.?
Akta ini diwujudkan mengikut Perkara 74 dan 76, Perlembagaan
Persekutuan sebagaimana Akta-akta lain yang dibawah bidang kuasa Kerajaan
Persekutuan. Oleh kerana Akta ini telah
diwujudkan sejak 1965 dan dua kali dipinda, maka tidak timbul isu ianya tidak mengikut Perlembagaan seperti dakwaan
beberapa pihak.
Pada masa sekarang juga terdapat akta-kata
lain yang mempunyai tujuan yang sama iaitu Akta Mahkamah Rendah 1948 dan Akta
Mahkamah Kehakiman 1964 yang berbidang kuasa terhadap senarai Persekutuan. Setiap akta-akta ini sentiasa dipinda dari
masa kesemasa bagi menambahkan dan menyesuaikan dengan keperluan semasa.
Justeru pindaan terhadap Akta 355 adalah proses biasa yang dibenarkan oleh
Perlembagaan Persekutuan.
iii). Adakah Usul Persendirian bagi mencadangkan Pindaan Akta 355 tidak
berperlembagaan?.
Apa yang menjadi kemusykilan pelbagai pihak ialah cadangan pindaan Akta
pada kali ketiga ini dibuat oleh Ahli Parlimen Marang (yang juga Presiden PAS)
melalui RUU Ahli Persendirian, maka timbul persoalan apakah Usul ini mengikut
Perlembagaan. Sebenarnya semua usul khususnya Usul Persendirian bagi
mencadangkan RUU Ahli Persendirian akan diteliti oleh Setiausaha dan Yang
di-Pertua Dewan Rakyat sebaik sahaja diterima bagi memastikan mematuhi
Peraturan Mesyuarat 27(3) dan 49. Pihak
Kerajaan (Kementerian yang bertanggungjawab) dan Jabatan Peguam Negara dirujuk
bagi memastikan usul tersebut tidak bercanggah dengan mana-mana peruntukan
Perlembagaan Persekutuan dan juga undang-undang
yang sedia ada. Sekiranya tidak mematuhi Peraturtan Mesyuarat dan/atau wujud
percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan atau mana-mana undang-undang, maka
usul tersebut akan ditolak. Oleh kerana Usul Persendrian oleh YB Marang ini telah
dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat setelah memenuhi tempoh notis, maka
tidak timbul isu ia tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Sungai Siput telah mengemukan
Usul Persendirian bagi mencadangkan RUU Suruhanjaya Saksama pada tahun 2014 tetapi
telah ditolak oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat
kerana bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan. Begitu juga usul oleh Ahli Parlimen Lembah
Pantai pada tahun 2014 bagi mencadangkan RUU Ahli Persendirian yang berkaitan dengan pindaan Perlembagaan
telah ditolak diperingkat awal lagi.
vi). Adakah
pindaan Akta 355 sebagai pintu belakang pelaksanaan hudud di negara ini ?
Penulis memahami bahawa dari awal lagi wujudnya Akta 355 ini hanya
menentukan bidang kuasa kepada badan perundangan negeri menentukan hukuman
terhadap kesalahan-kesalahan yang ditetapkan mengikut Butiran1, Senarai Negeri,
Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.
Sebagaimana catatan penulis sebelum ini, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
ketika itu (1965), YB Tuan Haji Nik Abdul Aziz
bin Haji Nik Mat (Allahyarham, bekas YAB Menteri Besar Kelantan) telah
menyatakan kesalahan dan hukuman Akta 355 ini adalah hukuman takzir dan bukan
hukuman hudud. Begitu juga penulis jelaskan
sebelum ini, kesalahan yang melibatkan jenayah bunuh dan mencuri adalah senarai
Persekutuan dan termasuk dalam Kanun Keseksaan (Penal Code). Oleh kerana kebanyakkan khalayak memahami
hudud itu adalah hukuman balas bunuh bagi kesalahan bunuh dan potong tangan bagi kesalahan mencuri, maka Akta 355 ini bukan pelaksanaan human hudud
tersebut. Walau bagaimanapun, bagi
hukuman sebatan, ia boleh ditingkatkan hingga 100 kali sekiranya perkataan “
hukuman selain mati” diluluskan atau
diganti dengan perkataan “sebatan sehingga 100 kali”. Namun, ia masih tertakluk kepada
persetujuan/kelulusan Dewan Undangan Negeri bagi meminta Enakmen-enakmen
dinegeri masing-masing.
Penulis berpandangan persepsi yang
melihat pindaan ini sebagai “ pintu belakang “ atau “ ada agenda tersembunyi”
untuk pelaksanaan hudud timbul kerana faktor
“masa”, dimana Ahli Parlimen Marang mengemukakan Usul Persendirian
tersebut pada 18 Mac 2015 secara kebetulannya adalah hampir sama dengan
pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)(Pindaan) 2015 [EKJS II], di DUN
Kelantan pada 19 Mac 2015. Faktor “masa”
inilah yang penulis rasakan sebagai punca utama timbulnya persepsi dan kekeliruan
antara Usul bagi mencadangkan pindaan Akta 355 dengan EKJS II di Kelantan yang menetapkan hukuman hudud.
v). Apakah
pindaan Akta 355 membolehkan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)(Pindaan)
2015 [EKJS II) dilaksanakan diKelantan?
Kesalahan-kesalahan
dalam EKJS II merangkumi tiga kategori iaitu hukuman had, qisas dan takzir:-
· Kesalahan yang boleh
dikenakan hukuman had ialah kesalahan sariqah (mencuri), hirabah (merompak),
zina (persetubuhan haram), qazaf (menuduh seseorang zina tanpa bukti empat saksi), syurb (meminum
arak) irtidad (murtad – keluar dari agama Islam).
· Kesalahan yang
dikenakan hukuman qisas ialah jenayah
yang menyebabkan kematian atau kecederaan.
Penasihat Undang-Undang Kelantan dalam
tulisannya “ Rang
Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan – Sejauhmana
dapat diimplimentasikan “ menyatakan “..
Walaupun Rang Undang-Undang tersebut
telah diluluskan namun ianya masih tidak dilaksana dan dikuatkuasakan kerana
terhalang dengan beberapa peruntukan di dalam Perlembagaan Persekutuan
seperti Perkara 4, Perkara 75 dan
Butiran 4, Senarai 1 – Senarai Persekutuan, jadual Kesembilan. Selain itu peruntukan dalam Rang
undang-Undang tersebut dilihat melangkaui kuasa yang ada didalam senarai II –
Senarai negeri, jadual kesembilan,
Perlembagaan Persekutuan”. (2 Jun 2014).
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid
dalam artikelnya “ Rang undang- undang PAS: Apa tujuanya? (www.tunabdulhamid.my;
2 June 2016) pula berpandangan EKJS II (1993) 2015 “..tidak berperlembagaan apabila ia dibuat dan ia kekal tidak berperlembagaan
selama-lamanya.”.
vi) Mengapa
pindaan Akta 355 tidak dibuat oleh Kerajaan dan hanya menyokong melalui Usul
Persendirian?
Inilah persoalan utama ditimbulkan oleh
pelbagai pihak. Mengapa perlunya dibuat
oleh pihak pembangkang/bukan Kerajaaan? Adakah Kerajaan tidak serius untuk
memartabatkan Mahkamah Syariah? Penulis
memahami sememangnnya pihak Kerajaan
sedang berusaha untuk memperkasakan Mahkamah Syariah dan memertabatkannya. Salah satunya adalah meningkatkan bidang
kuasa Mahkamah melalui pindaan Akta 355.
Dimasa yang sama pihak PAS yang sememangnya berusaha untuk meningkatkan
pelaksanaan undang-undang yang mematuhi
Syariah Islam juga setuju untuk meningkatkan bidang kuasa Mahkamah
Syariah dan memperkasakannya. Selaras
dengan saranan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 24 Mac 2014 di Dewan Rakyat, sekiranya Kerajaan Negeri Kelantan telah bersedia
melaksankan undang-undang syariah Islam, bolehlah mengemukakan Rang
undang-Undang Ahli Persendirian dan pihak Kerajaan besedia menyokongnya.
Walau apa pun, sama ada cadangan pindaan terhadap Akta 355 ini melalui
RUU Ahli Persendirian, seperti penulis terangkan sebelum ini, bahawa akhirnya
mulai peringkat bacaan kedua, ianya akan melalui proses pembentangan
sebagaimana RUU Kerajaan. Setelah Usul Persendirian tersebut dipersetujukan, tindakan seterusnya
adalah oleh pihak Kerajaan dengan menyediakan Penyata. Seterusnya
bacaan kali yang kedua akan oleh Menteri yang bertanggung jawab serta melalui proses pembentangan dan perbahasan
peringkat dasar, jawatankuasa dan bacaan kali yang ketiga serta
dipersetujukan.
Semasa usul ini
dikemukakan pada bulan Mac 2014, seorang sahabat telah bertanya “mengapakah
Kerajaan sendiri tidak membentangkannya?’.
Ketika itu penulis menjawab secara
ringkas “mungkin Kerajaan tidak mahu/tidak bersedia”. Bahkan parti komponen BN seperti MCA, MIC dan
Gerakan pernah mencadangkan supaya Kerajaan sahaja meminda Akta 355. Sampai ke satu peringkat, Kerajaan bercadang
untuk membentangkan sendiri pindaan Akta 355, namun Majlis Tertinggi BN yang bermesyuarat pada 29 Mac 2017 membuat keputusan secara
konsesus “ Kerajaan tidak akan membentangkan RUU Pindaan Akta 355” dan seterusnya
Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN menyatakan “RUU ini akan terus menjadi RUU persendirian (Private Memberrs Bills)“. Maka penulis menemui jawapannya bahwa
Kerajaan pada masa ini sememangnya belum bersedia sepenuhnya untuk meminda Akta
355 yang bidang kuasa hukumannya selaras dengan syariah Islam. Walau bagaimanapun, sekiranya hukuman yang
ditingkatkan itu khususnya sebatan tidak mencapai kehendak syariah (40, 80 dan
100 kali sebatan) dan hanya ditingkatkan dari 6 kepada 10/20/30 kali sebatan,
besar kemungkinan ia tiada halangan untuk dipinda sebagaimana pindaan pada
tahun 1984. Sesuatu yang pelik, adakah semua undang-undang yang digubal dibincangkan
dalam Majlis Terrtinggi BN terlebih dahulu? Bukankah memadai Mesyuarat Jemaah
Menteri yang membuat keputusan? Juga agak janggal, pindaan Akta 355 ini
dibincangkan dahulu dalam Majlis Tertinggi BN sama ada hendak dibawa ke
Mesyuarat Jemaah Menteri atau tidak.
Maka apakah isu sebenar yang
menyebabkan ramai pihak yang menentang atau kurang bersetuju terhadap pindaan
ini sama ada dalam Kerajaan mahu pun bukan Kerajaan? Dalam hal ini, penulis merasakan atas kepentingan politik dan
kelompok, mereka tidak mahu Mahkamah Syariah diberi bidang kuasa yang lebih
tinggi sehingga bidang hukumannya selaras dengan kehendak Syariah. Mereka
bersetuju meningkatkan dan memperkasakan
Mahkamah Syariah dalam pelbagai perkara selain hukuman, sedangkan pada
masa ini usuha-usaha sentiasa dilakukan oleh Kerajaan untuk memperkasakan
Mahkamah syariah dalam perbagai bidang.
Dengan lain perkataan, mereka tidak mahu Islam di daulatkan di negara
ini secara nyata dan jelas selaras Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan
bahawa “ agama Islam ialah agama bagi
Persekutuan, tetapi agama-agama lain
boleh diamalkan dengan aman dan
damai dimana-mana bahagian Persekutuan.”
Sebahagian dari mereka sering menyatakan negara ini adalah negara
sekular, maka undang-undang yang menepati
Syariah tidak diutamakan atau dibenarkan.
Apakah Noktahnya?
Plihan Raya Umum 14
(PRU) yang diadakan pada 9 Mei 2018 lalu telah menobatkan Pakatan Harapan (PH)
[ gabungan DAP, PKR, AMANAH & WARISAN) sebagai Kerajaan diperingkat
persekutuan dengan majoriti mudah dan BN hilang kuasanya yang pada asalnya
hanya mmperolehi 67 kerusi dan kini hanya tinggal 51 kerusi setelah Sabah,
Sarawak dan beberapa Ahli Parlimen BN mengisytiharkan keluar BN.
Ini bermakna, adakah usaha memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah melalui pindaan Akta 355 akan berakhir
disini? Adakah usaha Kerajaan BN sebelum
ini yang telah menubuhkan Kluster Pindaan Akta 355 di bawah Jawatankuasa
Memperkasa Mahkamah Syariah (JMMS akan diteruskan oleh Kerajaan PH bagi menghalusi
dan membuat cadangan untuk meminda Akta 355
atau sebaliknya. Walau apa pun,
berdasarkan analisis respons diatas khususnya parti politik dalam PH. Dimana
DAP tidak bersetuju sama sekali,
manakala PKR, PBBM, AMANAH dan Warisan yang tidak jelas, boleh dirumuskan
kurang setuju dengan alasan memperkasakan Mahkamah Syariah dalam bidang lain
dahulu. Begitu juga dengan parti-parti
dari Sabah dan Sarawak yang kini telah keluar dari BN juga tidak setuju dengan
cadangan pindaan tersebut.
Terbaharu, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang disiarkan oleh Malaysiakini telah menjelaskan isu RUU 355 (meningkatkan had hukuman) tidak substantif berbanding isu yang melibatkan penstrukturan semula mahkamah syariah seperti proses, sumber manusia dan gaji para hakim. Dengan tegas beliau menyatakan " isu ini isu politik dan bukan substantif.." dan " kami tidak akan politikkan isu agama kerana ada benda lain yang lebih besar daripada politik ini". Jelaslah kenyataan ini selari dengan pendirian PH sebelum PRU 14, maka penulis merumuskan Kerajaan PH tidak mungkin meneruskan cadangan pindanan Akta 355 ini. Sama-sama kita tunggu jawapan Kerajaan di persidangan Prlimen kelak..
Terbaharu, kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang disiarkan oleh Malaysiakini telah menjelaskan isu RUU 355 (meningkatkan had hukuman) tidak substantif berbanding isu yang melibatkan penstrukturan semula mahkamah syariah seperti proses, sumber manusia dan gaji para hakim. Dengan tegas beliau menyatakan " isu ini isu politik dan bukan substantif.." dan " kami tidak akan politikkan isu agama kerana ada benda lain yang lebih besar daripada politik ini". Jelaslah kenyataan ini selari dengan pendirian PH sebelum PRU 14, maka penulis merumuskan Kerajaan PH tidak mungkin meneruskan cadangan pindanan Akta 355 ini. Sama-sama kita tunggu jawapan Kerajaan di persidangan Prlimen kelak..
No comments:
Post a Comment