Monday, 2 July 2018

ERA MAJLIS PARLIMEN KESEPULUH (1999-2004)


Keputusan  Pilihan Raya Umum Kesepuluh yang diadakan pada 29 November 1999, telah menunjukkan peningkatan ketara kerusi pembangkang.  Kali ini jumlah Ahli Parlimen pembangkang berjumlah 4orang dan Ahli Parlimen Barisan Nasional pula ialah 149 orang (Jumlah Ahli Dewan Rakyat  ketika itu ialah 192 orang).  Ketua Pembangkang ialah Ahli Parlimen Pendang (PAS) yang kemudiannya meninggal dunia dan  diganti oleh Ahli Parlimen Marang.  Namun, Barisan Nasional masih menguasai  dua pertiga kerusi Dewan Rakyat.  Kedudukan  sedemikian telah menyebabkan  kehangatan persidangan sejak hari pertama lagi, dan pertama kali berlaku dimana  pihak pembangkang beramai-ramai meninggalkan Dewan kerana mempertikaikan ketidak sah Mesyuarat dan juga  tidak berpuashati dengan perlantikan  Yang di-Pertua.

1           Hari Pertama Persidangan  Pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama,               Parlimen Kesepuluh – Adakah Sah Mesyuarat dan Pemilihan Yang di-Pertua

                        Pada 20 Disember 1999, hari pertama  Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Kesepuluh bermula. Urusan yang terlibat ialah pelantikan Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Ahli-Ahli mengangkat sumpah. Sidang kali ini hanya bersidang selama 4 hari sahaja (20 hingga 23 Disember), khusus untuk pembentangan beberapa Rang Undang-Undang termasuk Perbekalan Tambahan yang termansuh akibat pembubaran Parlimen Kesembilan ketika sedang bersidang.

            Sejurus selepas bacaan doa dan Setiausaha Dewan Rakyat membacakan Perisytiharan Memanggil Parlimen Kesepuluh, Y.B. Pendang (Ketua Pembangkang) telah bangun mencelah. Berkali-kali Setiausaha menegurnya supaya duduk kerana belum ketikanya berucap. Y.B. Pendang tetap berucap dan menyatakan sidang ini tidak sah kerana pengisytiharan Memanggil Parlimen dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum kabinet baru dibentuk. Setiausaha Dewan menjelaskan ia adalah sah. Y.A.B. Perdana Menteri bangun mencelah dan menegaskan adalah menjadi tugasnya menasihatkan Agong. Pada masa itu, walaupun Jemaah Menteri belum dibentuk, tetapi Kerajaan yang ada adalah sebagai caretaker goverment. Keadaan semakin bising dan Setiausaha Dewan Rakyat meneruskan aturan urusan dengan pelantikan Yang di-Pertua.

                        Sekali lagi Y.B. Pendang dan Kuala Kedah serta diikuti oleh Y.B. Bukit  Mertajam bangun mempersoalkan pelantikan Yang di-Pertua yang didakwa tidak cukup notis 14 hari. Walaupun penjelasan diberi, namun mereka tidak berpuas hati dan akhirnya meninggalkan dewan pada jam 11.00 pagi. Yang di-Pertua meneruskan sidang dengan angkat sumpah.  Namun akhirnya lebih kurang 11.45 pagi mereka masuk kembali untuk mengangkat sumpah.  Sekiranya tidak angkat sumpah, mereka tidak boleh menjalankan tugas di dalam dewan, malah tidak boleh menerima segala kemudahan-kemudahan sebagai Ahli Parlimen.

                        Persoalan yang dibangkitkan ialah sama ada Proklamasi Seri Paduka Baginda bertarikh 9 Disember 1999 memanggil Parlimen bersidang pada 20 Disember 1999 sah di sisi Perlembagaan.  Perlembagaan Persekutuan memperuntukan seperti berikut:

“Menurut Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, Parlimen hendaklah dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh pembubaran Parlimen.

Menurut Fasal (1) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan, kuasa untuk memanggil Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Walau bagaimanapun, Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan mensyaratkan bahawa dalam menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan atau undang-undang Persekutuan, kecuali jika dinyatakan selainnya dalam Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau seorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.  Fungsi memanggil Parlimen memerlukan nasihat sedemikian.

Semasa Proklamasi memanggil Parlimen bermesyuarat dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 9 Disember 1999, Jemaah Menteri baru belum lagi dilantik. Oleh yang sedemikian, berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, Jemaah Menteri yang wujud sebelum pembubaran Parlimen masih terus berfungsi.  Yang di-Pertuan Agong telah dinasihatkan oleh Perdana Menteri yang merupakan Menteri yang bertanggungjawab tentang perkara-perkara Parlimen menurut Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 1995 yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Akta Tugas-Tugas Menteri 1969.

Oleh yang sedemikian, apabila Perdana Menteri menasihati Seri Paduka Baginda tentang Proklamasi memanggil Parlimen, bermakna beliau bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri.  Oleh itu Proklamasi yang dibuat oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat sedemikian adalah sah  dan menepati kehendak Fasal (1) Perkara 40 Perlembagaan Persekutuan.”
          

    "     Pembangkang rancang sabotaj
KUALA LUMPUR 20 Dis. - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya anggota Parlimen pembangkang yang diketuai Datuk Fadzil Noor sudah merancang untuk mensabotaj persidangan pertama penggal pertama Parlimen ke-10 hari ini.''Mereka ada pre-council (mesyuarat pramajlis semalam). Selain itu, sebab ada akhbar dan media asing, mereka (pembangkang) nak menunjuk,'' kata Timbalan Perdana Menteri ketika ditemui di lobi Parlimen.
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mengulas gangguan yang dicetuskan oleh kesemua 43 anggota pembangkang yang hadir hari ini mempertikaikan kesahihan persidangan, sebelum mereka dan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengangkat sumpah.Malahan, mereka enggan mematuhi arahan Tun Mohamed Zahir Ismail dan bertindak memulaukan persidangan selama satu setengah jam, sebelum akur untuk mengangkat sumpah.Dua anggota pembangkang, Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) dan Mustaffa Ali (Pas-Dungun) tidak hadir.
Abdullah yang turut menyaksikan kekecohan itu bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad mengakui terkejut dengan tindak balas 'drastik' kesemua anggota pembangkang itu.
''Speaker dah beri pandangan. Terima sahajalah buat apa membalas.''Ini kali pertama sejak sekian lama menjadi ahli Parlimen... saya tak pernah melihatnya (kekecohan itu) secara terancang,'' katanya.Turut sependapat dengan Abdullah ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Azmi Khalid yang yakin pembangkang mempunyai perancangan teliti untuk menggagalkan persidangan pertama Dewan Rakyat hari ini.''Mereka buat secara terancang,'' katanya.     [ Utusan Malaysia -21/12/1999 ]

Kami tetap angkat sumpah walaupun membantah – Fadzil

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Ketua Pembangkang, Datuk Fadzil Noor berkata, keputusannya mengangkat sumpah sebagai anggota Parlimen pagi ini selepas keluar Dewan tidak bermakna pembangkang mengetepikan dakwaan bahawa persidangan Parlimen kali ini tidak sah.  Menurutnya, kesemua ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan buat sementara sebagai tanda bantahan tetapi tetap mengangkat sumpah bagi membolehkan mereka mengambil bahagian dalam perbahasan.  ''Ini bukan perbuatan untuk mensabotaj Parlimen. Ini soal perlembagaan dan soal prinsip kita. ''Perlembagaan berkuasa membuat undang-undang, maka kita mesti menunjukkan contoh bahawa ia mematuhi undang-undang yang ia buat.
''Kalau Parlimen sendiri tidak mematuhi undang-undang, bagaimana mengharapkan rakyat akan mematuhi undang-undang,'' katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas keluar Dewan Rakyat sebagai membantah kononnya persidangan Parlimen hari ini tidak sah.  Diminta mengulas tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan, Fadzil berkata, pembangkang tidak berpuas hati dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang didakwanya tidak mengikut perlembagaan. Katanya, Fasal 40 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak berpandukan nasihat Jemaah Menteri ataupun seorang menteri yang diberi kuasa.
''Dalam proses memanggil mesyuarat pada hari ini, kita dapati notis mesyuarat dikeluarkan pada 13 Disember dan Jemaah Menteri hanya dibentuk pada 14 Disember dan mesyuarat pertama Jemaah Menteri diadakan pada 15 Disember.
''Jadi, kita tahu tentulah Jemaah Menteri tidak dapat memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum 15 Disember.
''Maka persoalannya ialah apabila notis itu dikeluarkan pada 13 Disember bermakna satu notis yang dibuat tidak berpandukan kepada perlembagaan kerana Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak melainkan atas nasihat Jemaah Menteri. ''Oleh kerana itu, maka kita menganggap persidangan hari ini bercanggah dengan perlembagaan. ''Biarpun kerajaan memberi tafsiran yang berbeza tetapi sebagai tanda bantahan kita terhadap tindakan yang kita anggap sebagai berlawanan dengan kehendak perlembagaan dan semangat perlembagaan, maka kita bertindak keluar Dewan,'' jelasnya. Fadzil menafikan dakwaan bahawa pembangkang sengaja mencetuskan kekecohan.
''Kita memikul amanah rakyat. Sebaliknya BN yang tidak mematuhi undang-undang, tidak mengikut peraturan dan mengetepikan perlembagaan,'' katanya.
Presiden Parti Keadilan Nasional, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, yang tidak keluar serentak bersama ahli-ahli Parlimen pembangkang lain berkata, beliau juga sebenarnya membantah perkara yang sama.
''Tidak sesuai untuk kami berada dalam satu tempat di mana peraturan memanggil Parlimen tidak mengikut perlembagaan.
''Kami dipaksa ambil sumpah, membelakangkan perlembagaan. Kami rasa memang wajar untuk diprotes apa yang telah berlaku pada hari ini,'' katanya.
Dalam pada itu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata, walaupun tidak menyertai pembangkang lain keluar Dewan secara serentak, beliau bersetuju dengan tindakan itu kerana kerajaan BN tidak mematuhi prosedur sebenar  [ Utusan Malaysia  : 21/12/1999

Zahir dukacita upacara angkat sumpah dicemari


MOHAMED Zahir Ismail mengangkat sumpah selepas dilantik semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, semalam.



KUALA LUMPUR 20 Dis. - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tun Mohamed Zahir Ismail tidak menyangka upacara angkat sumpah ahli-ahli Parlimen pagi ini dicemari dengan tingkah laku pembangkang yang tidak menghormati aturan mesyuarat.Sepanjang 17 tahun beliau menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Mohamed Zahir dukacita kerana inilah kali pertama beliau berhadapan dengan situasi yang amat tegang gara-gara sikap pembangkang.

Beliau tidak menyangka pihak pembangkang akan membangkitkan isu kesahihan mesyuarat sebelum pelantikan Yang Dipertua Dewan Rakyat dibuat.''Mereka membangkitkan perkara itu sebaik sahaja Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Salleh Hassan membacakan proklamasi daripada Yang di-Pertuan Agong.''Sebagai setiausaha, dia tidak boleh cakap apa-apa. Sebab itu kita lihat sedikit kacau-bilau dan ketidaktertiban berlaku,'' katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Rakyat berhenti rehat tengah hari ini.Semua 43 ahli Parlimen pembangkang bertindak keluar Dewan kira-kira pukul 10.55 pagi selepas berlaku kekecohan kerana mempertikaikan kesahihan mesyuarat hari ini.Dua ahli Parlimen pembangkang Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) dan Mustafa Ali (Pas-Dungun) tidak hadir.Mereka mendakwa Parlimen tidak boleh berjalan kerana jemaah menteri masih belum dilantik semasa notis mesyuarat dikeluarkan.

Mengulas perkara itu, Mohamed Zahir berkata:''Mengikut Perlembagaan, setelah Dewan dibubar dalam negara demokrasi, kerajaan akan terus menjadi caretaker government (kerajaan sementara).''Jadi caretaker government boleh memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memanggil mesyuarat.''Beliau memberi contoh apa yang berlaku di India apabila caretaker government mentadbir kerajaan selama enam bulan termasuk membuat keputusan penting berhubung peperangan di Kashmir.
''Kenapa pula kita hendak mengatakan caretaker government tidak boleh memanggil mesyuarat?''Oleh itu saya membuat keputusan bahawa mesyuarat itu sah dan itulah keputusan saya dan saya membuatnya mengikut Perlembagaan,'' ujarnya.Mohamed Zahir mencadangkan mana-mana ahli Parlimen pembangkang yang tidak bersetuju supaya membuat usul untuk mengetepikan keputusan tersebut.

Bagaimanapun, tegasnya, selagi keputusan terhadap usul belum diputuskan, keputusan sedia ada itu masih terpakai dan wajar dihormati.''Mereka berhak hendak keluar Dewan atau tidak menghadiri sidang tetapi biarlah dengan cara yang mengikut peraturan,'' katanya.Mohamed Zahir memberi amaran kepada ahli Parlimen sama ada pembangkang mahupun penyokong kerajaan supaya mematuhi peraturan.Mengikut Seksyen 44 Peraturan Parlimen, katanya, anggota Dewan boleh dikenakan hukuman diarah keluar Dewan atau digantung keahlian jika bertindak liar.''Ada kuasa-kuasanya tetapi pagi ini tidak payahlah saya gunakan peruntukan itu,'' katanya yang juga memberitahu tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.Bagaimanapun, Mohamed Zahir memberi ingatan bahawa beliau tidak teragak-agak menggunakan kuasa yang ada padanya jika perkara yang sama berulang pada masa depan.Beliau berharap sidang Dewan Rakyat akan berjalan dengan baik dan lancar mengikut peraturan yang ditetapkan.  (Utusan Malaysia – 21.12.1999)



2          Mempertikaikan Usul Mengenepikan Peraturan Mesyuarat

            Pada jam 2.30 petang , 20 Disember 1999, hari pertama di Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kesepuluh YAB Timbalan Perdana Menteri mengemukakan Usul Mengenepikan Peraturan Mesyuarat bagi membolehkan Mesyuarat mengenepikan Peraturan Mesyuarat 1 dan seterusnya membentang dan meluluskan urusan-urusan yang terlupus termasuk  Rang Undang-Undabng Perbekalan 2000 semasa Majlis Parlimen Kesembilan dibubarkan. Usul tersebut adalah  seperti berikut:

            “ Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan,“Bahawa menurut Perkara 62(1) Perlembagaan  Persekutuan, walau apa pun yangterkandung dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Dewan ini tidakakan ditangguhkan sehingga selesai urusan yang berikut, iaitu:-
1. Usul melantik dua orang Timbalan Yang di-Pertua;
2. Bacaan Kali Pertama Rang Undang-undang yang berikut, iaitu:
(i) Rang Undang-undang Perbekalan 2000;
(ii) Rang Undang-undang Kumpulan Wang Disatukan(Perbelanjaan Masuk Akaun) 1999;
(iii) Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (1999)(No.2) 1999;
(iv) Rang Undang-undang Cukai Pendapatan (Pindaan)(No.2) 1999;
(v) Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan) 1999;
(vi) Rang Undang-undang Institut Teknologi MARA(Pindaan) 1999
3. Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Kumpulan WangDisatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 1999 dan Pertimbangan Usul mengenai
Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2000;
4. Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan(1999) (No. 2) 1999;
5. Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Cukai Pendapatan(Pindaan) (No.2) 1999; dan
6. Bacaan Kali Kedua dan Ketiga Rang Undang-undang Cukai Jualan (Pindaan)1999.

Menteri Pengangkutan [Dato’ Seri Dr. Ling Liong Sik]: Tuan Yang di-Pertua, sayamohon menyokong usul itu.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah Usul oleh Yang Amat
Berhormat Perdana Menteri yang telah dibacakan tadi hendaklah dipersetujukan.“

 Ahli Parlimen Kepong Telah mempertikaikan kesahan  usul tersebut kerana mengikut Peraturan Mesyuarat 1, ..Pada hari mula-muladiadakan mesyuarat Majlis selepas pilihan raya dan setelah Ahli-ahli berkumpul pada waktu dan di tempat yang ditetapkan dan setelah Ahli-ahli duduk di kerusi masing-masing,menurut syarat-syarat Peraturan Mesyuarat 2, maka Setiausaha hendaklah membacakan pemasyhuran Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memanggil mesyuarat dankemudian daripada itu urusan-urusan yang hendak dijalankan pada hari itu ialah-
(a)     Memilih Tuan Yang di-Pertua;
(b) Tuan Yang di-Pertua mengangkat sumpah mengikut seperti  yang dibentangkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan;
(c) Ahli-ahli Mesyuarat mengangkat sumpah dan mengikut seperti yangdibentangkan dalam Jadual Keenam dalam Perlembagaan,
dan setelah selesai urusan-urusan ini, maka Majlis akan ditangguhkan kepada apa-apa tarikhdan waktu yang ditetapkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagimemasyhurkan sebab-sebab Baginda bertitah memanggil Parlimen”.

Bagaimana pun Yang di-Pertua menjelaskan usul tersebut adalah sah dan betul, dengan kata-katanya:
           
“Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, pada bacaan saya, tiap-tiap aturan mesyuarat itu boleh digubal, dibuat mengikut usul oleh Dewan ini dan kita telah pun mengemukakannya kepada pihak kerajaan, telah mengemukakan usul yang tadi yang telah dibaca iaitu menurut Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Ahli Dewan ini membuatkan peraturan-peraturan, cara-cara untuk dia hendak menjalankan mesyuarat. Jadi, selepas daripada itu dia kata yang terkandung di dalam Peraturan Mesyuarat, walaupun apa respektif yang terkandung di dalam Peraturan Mesyuarat, maka usul ini akan mengatasi segala perkara yang ada di dalam Peraturan Mesyuarat. Dengan demikian, Perkara 62(1) itu membolehkan Dewan ini membuat Peraturan-peraturan mesyuarat atau aturcara mesyuarat dengan sendirinya. Ini pada fikiran saya adalah perkara yang kita biasa buat, yang kadang-kadang kita gantung kuatkuasa mana-mana Peraturan Mesyuarat. Dengan demikian, kita sekarang ini hendak mengketepikan segala Perkara No. 1 itu iaitu Perkara No. 1 itu hanya tiga perkara sahaja yang boleh dibincangkan tetapi mengikut Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan, kita boleh membuat peraturan-peraturan sendiri. Inilah usul yang dikemukakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tadi. Jadi, itulah keputusan saya. Saya rasa betul yang dibuat itu, tidak silap mengikut Peraturan.”

3.    Kementerian Pengangkutan Tidak Menggulung Rangka Rancangan Jangka   Panjang (RRJP) Kerana  Tiada Isu Yang Berkaitan

Pada 10 April 2001, semasa penggulungan perbahasan Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) [2001- 2010] di Dewan Rakyat di Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Kesepuluh,   Yang Berhormat Seputeh membangkitkan mengapa Kementerian Pengangkutan tidak ada dalam senarai Menteri yang akan menjawab. Kerana beliau ada membangkitkan isu berkaitan Pelabuhan Miri di bawah  Kementerian Pengangkutan.  Walau bagaimanapun Yang di-Pertua memberitahu pihaknya dimaklumkan  tiada apa-apa yang hendak dijawab.  Yang Berhormat Seputeh dan beberapa ahli tidak berpuashati.  Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan berada dalam Dewan dan bangun, tetapi Yang di-Pertua tidak membenarkan untuk menjawab, kerana keputusan telah dibuat.  Ketua Pembangkang juga menyatakan ketidakpuasan hatinya, namun Yang di-Pertua menegaskan “Mengikut Peraturan  Mesyuarat, Menteri-menteri tidak  perlu,  tidak  dikehendaki menjawab apa-apa sahaja yang Yang Berhormat sekalian keluarkan, tidak, tidak ada satu peraturan dalam mesyuarat yang boleh memaksa mereka.”
           
“Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Kementerian Kesihatan.
Puan Teresa Kok Suh Sim: Tuan Yang di-Pertua, .....
Tuan Yang di-Pertua: Ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim:  Tuan Yang di-Pertua, saya ada satu soalan kenapakah dari senarai susunan giliran menjawab oleh Menteri ini tiada Kementerian Pengangkutan kerana saya ada bangkitkan isu  mengenai masalah pengangkutan dalam ucapan saya.
Jadi, adakah Menteri sudah letak jawatan ataupun dibuang kerja.  [Ketawa]
[Disampuk]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, kami diberitahu Kementerian Pengangkutan tidak ada apa-apa yang hendak dijawab. Begitulah. Puan Teresa Kok Suh Sim:  Tetapi Tuan Yang di-Pertua, saya pernah bangkitkan isu tentang skandal Pelabuhan Miri .....
Tuan Yang di-Pertua: Nanti kejap.
Puan Teresa Kok Suh Sim:  ... dalam ucapan saya yang mana isu  ini perlulah dijawab oleh pihak kerajaan.
Tuan Yang di-Pertua:  Yalah, Yang Berhormat begitulah keputusannya, begitulah. Yang Berhormat Kementerian Kesihatan, sila teruskan.  [Disampuk)
Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan [Tuan S. G. Sothinathan]: [Bangun]
Puan Teresa Kok Suh Sim:  Bolehkah Setiausaha Par1imen Kementerian Pengangkutan beri satu jawapan kenapa?
Setiausaha Parlimen Kementerian Pengangkutan [Tuan  Ir.  Donald Lim
Siang Chai]: Tuan Yang ......
Tuan Yang di-Pertua:  Tidak payahlah Yang Berhormat, tidak payah, tidak payah Yang Berhormat, tidak payah.
Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: .... tidak payah.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, kami telah mendapat kelulusan .....
Tuan Tan Kok Wai: [Bangun]
Tuan Kerk Kim Hock: Dia ada di sini, kita hendak tahu jawapan mengapa dia telah tertinggal?
Tuan Yang dl-Pertua: Dia telah memberitahu kepada kami di sini, dia tidak ada jawapan yang hendak dijawab, itu sahaja. [Disampuk]
Puan Teresa Kok Suh Sim: Tapi itu satu skandal yang besar.
Tuan Kerk Kim Hock: Kita perhatikan the transparency let him answer.
Puan Chong Eng: Ha!
Tuan Yang dl-Pertua:  Yang  Berhormat Kementerian Kesihatan, sila teruskan.
Puan Chong Eng: [Menyampuk]  .... kepada dewan.
Tuan Tan Kok Wai: Peraturan mesyuarat, peraturan mesyuarat. Tuan Yang di-Pertua, Peraturan 14 .....
Tuan Yang di-Pertua: Peraturan nombor berapa itu?
Puan Chong Eng: 14.
Tuan Tan Kok Wai: Peraturan 14 ....
Tuan Yang di-Pertua: Peraturan nombor berapa itu, peraturan mesyuarat?
Tuan Tan Kok Wai:  Perkara yang  ditimbul tetapi  tidak  dijawab, ini bertentangan dengan Peraturan Mesyuarat. [Disampuk)
Tuan Yang di-Pertua:  Tidak ada jawapan macam itu, tidak ada Peraturan Mesyuarat macam itu, Yang Berhormat bagi Cheras. [Ketawa] Yang Berhormat ....
Tuan Tan Kok Wai: Saya ingatkan Tuan Yang di-Pertua, .......
Tuan Kerk Kim Hock: [Bercakap tanpa pembesar suara)
Tuan Yang di-Pertua: Jangan ..... Yang Berhormat, dia telah pun meminta supaya dia tidak jawab.  Yang Berhormat Kementerian Kesihatan, sila teruskan ya.
Puan Teresa Kok Suh Sim: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, ini tidak adillah, kita hendak tahu apakah sebabnya.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat, sila ikut keputusan.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Pertua, ..... .
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Tuan S. G. Sothinathan: Kementerian Kesihatan .....
Tuan Kerk Kim Hock: {Bercakap tanpa pembesar suara] Tidak ada, Tuan Yang di-Pertua beritahu kita apakah sebabnya.  [Disampuk]  Tuan Yang di-Pertua, telah dipertimbangkan tugas ..... .
Tuan Yang di-Pertua: Saya .....
Tuan Kerk Kim Hock: Tuan Yang di-Pertua, beritahu apakah sebabnya?
Tuan Tan Kok Wai: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, Yang Berhormat ...... .
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, ..... Tuan Yang di-Pertua:  . . ... mengikut Peraturan  Mesyuarat, mengikut Peraturan Mesyuarat .....
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: ... saya minta penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua: Kejap, kejap, kejap, Pendang. Sekejap Pendang ya. Mengikut Peraturan  Mesyuarat, Menteri-menteri tidak  perlu,  tidak  dikehendaki menjawab apa-apa sahaja yang Yang Berhormat sekalian keluarkan, tidak, tidak ada
satu peraturan dalam mesyuarat yang boleh memaksa mereka. [Disorak] [Disampuk]
Tuan Abd. Rahman bin Yusof: [Bercakap tanpa pembesar suara]
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan.
Tuan Yang di-Pertua:  Sudahlah, sudahlah Yang Berhormat.  Sila Menteri
Kesihatan. [Disampuk] Cukuplah.
Dato' Haji Fadzil bin Md. Noor: lngin mendapat penjelasan, Tuan Yang diPertua. Sedikit.
Tuan Yang di-Pertua: Ya, ya.
Dato' Hajl Fadzil bin Md. Noor:  Senarai jawapan-jawapan  mengikut kementerian ini diberikan kepada ahli-ahli Dewan sebelum pembentangan RRJP3. lni bermakna bahawa kementerian berkenaan telah pun merancang tidak akan menjawab. Jadi, ini satu langkah yang tidak tepat, yang tidak betul, yang tidak wajar. Jadi, ini  kita minta tanggungjawab  kementerian yang berkenaan untuk memperjelaskan kenapa daripada awal lagi  sebelum RRJP3 dibentangkan dia telah  menyatakan ketidak mahuannya untuk memberi jawapan.

Beberapa Ahli Pembangkang: {Menyampuk] Ya, ya.
Tuan Yang di-Pertua:  Ya, ya.  [Disampuk}  Yang Berhormat, Yang Berhormat sekalian, sebelum kertas ini  dibentangkan mereka itu telah pun merancang hendak menjawab. Tetapi pada masa perbahasan dalam rancangan ini  mereka itu telah berpendapat mereka tidak perlu menjawab, itulah ya.

Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: [Bangun]
Tuan Kerk Kim Hock: Sakarang dia mahu jawab, Tuan Yang di-Partua, telah
Tuan Yang dl-Pertua:  Tidak bolahlah, Yang Barhormat. Yang Barhormat,
Yang Barhormat.  Sakajap ya,  minta mangikut Paraturan Masyuarat.  Kita kena mangikut Paraturan Masyuarat saperti mana ..... .
Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: Tuan Yang di-Partua, minta panjalasan.
Tuan Yang dl-Pertua:  ... kartas yang talah  diadarkan.  Yang Barhormat,
Yang Berhormat Satiausaha Parliman ..... .
Beberapa Ahli Pembangkang: {Menyampuk] Jawab, jawab, jawablah.
Tuan Yang dl-Pertua: Sila, Mantari Kasihatan.
Tuan Kerk Kim Hock: Jangan lari, dia bari jawab.
Tuan Yang di-Pertua: Sila, sila.
Tuan S. G. Sothinathan: Tuan Yang di-Partua, [Disampuk]  .....
Tuan Ir. Donald Lim Siang Chai: [Bangun]
Tuan Yang dl-Pertua: Sila, sila.
Tuan Kerk Kim Hock: Ya, sila Satiausaha Parliman. Satiausaha Parliman.
[Disampuk]
Puan Teresa Kok Suh Sim: Jawab.
Tuan Yang di-Pertua: Sila Yang Barhormat.. ...
Tuan Kerk Kim Hock: Satiausaha Parliman ...
Tuan Yang dl-Pertua: Yang Barhormat, yang bolah ..... .
Tuan Ir. Donald Lim Slang Chai: Tuan Yang di-Partua, .....
Tuan Yang dl-Pertua:  ..... mambenarkan dia jawab  atau tidak  adalah
Pangerusi, Yang Berhormat. {Disampuk]  [Disorak]  Ya, ya Yang Barhormat.  Yang
Berhormat, yang barkuasa hendak banar dia jawab  atau tidak adalah dalam kuasa
Pangarusi. Ya.
Tuan Kerk Kim Hock: Apa salahnya?
Puan Chong Eng: Tuan Yang di-Partua, dia mahu jawab.
Tuan Tan Kok Wai: (Bangun]
Tuan Yang di-Pertua:  Tidak ada  apa salahnya tetapi  itu  adalah kuasa Pengerusi dan telah pun dibuat keputusan bahawa dia tidak menjawab.  Sudahlah Yang Berhormat.  Yang Berhormat bagi Cheras, Yang Berhormat bagi Cheras, sekiranya Yang Berhormat bagi Cheras berdegil-degil, saya terpaksa  mengambil tindakan.”
(Penyata Rasmi -DR.10.4.2001)

4.    Ramai Ahli tidak hadir dan YB Menteri Pertahanan Tiada Untuk Menjawab Pertanyaan No. 10

Pada  11 Disember 2001, adalah hari terakhir persidangan Dewan Rakyat bagi Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Kesepuluh, pertanyaan lisan di Dewan Rakyat sampai giliran soalan nombor 16 kerana  7 Ahli Dewan yang bertanya tidak hadir di Derwan.  Ini disebabkan ramai ahli Dewan menghadiri  Persidangan Agong UMNO.   Penanya bagi. Pertanyaan nombor 2 ( YB Sepang), 4 (YB Labuan), 7 (YB Arau), 8 (YB Temerloh), 9(YB Pasir Mas), 11(YB Seputeh) dan 15 (YB Besut).  Kelaziman dan amalan di Dewan Rakyat, mana-mana soalan yang penanya  tidak hadir, maka soalan itu tidak akan dijawab secara lisan. 
Bagi soalan nombor 10, Ahli yang bertanya (YB Pengkalan Chepa) hadir  tetapi penjawab iaitu Kementerian Pertahanan tidak hadir.   Ahli yang bertanya tidak hadir, sudah menjadi kebiasaan.  Tetapi jika  tiada penjawab, keadaan berlaku disebaliknya, dimana Dewan riuh seolah-olah tidak dapat menerima  keadaan ini.  Sepatutnya  mana-mana Anggota Pentadbiran boleh  menjawab bagi pihak Kerajaan walaupun bukan kementerian atau portfolionya..
“[Soalan No. 7 - Y.B Puan Hajah Mastika Junaidah binti Husain (Arau)  tidak hadir]
[Soalan No.8 - Y.B Dato' Mohd Sarit bin Hj. Yusoh (Temerloh) tidak hadir]
[Soalan No. 9 - Y.B Tuan Haji Ismail bin Noh (Pasir Mas) tidak hadir]

10.  Tuan Mohd Amar bin Haji Nik Abdullah [Pengkalan Chepa) minta Menteri Pertahanan menyatakan, jumlah anggota tentera di Kern Pangkalan Chepa dan jumlah ini akan ditambah pada masa akan datang.

[Dewan riuh kerana Y. B. Menteri Pertahanan tidak hadir]

Tuan Yang di-Pertua:  Yang Berhormat-Yang Berhormat, oleh sebab tiada siapa yang nak menjawab, jadi jawapannya ditangguhkan sebentar ya.
{Soalan No. 11-Y.B Puan Teresa Koh Suh Sim (Seputeh)  tidak hadir]
 (Penyata Rasmi   DR.11.12.2001)


5.         Kementerian Sumber Manusia Tidak Menggulung Perbahasan Titah Beranggapan Tiada Isu

            Semasa penggulungan Titah Diraja pada 15 April 2002 di Dewan Negara di Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Kesepuluh, seoarang Senator telah membangkitkan mengapa isu-isu berkaitan Kementerian Sumber Manusia tidak dijawab.   Yang di-Pertua telah memnita Kementerian menjawab selepas Jabatan Perdana Menteri selesi menggulung.  Kebiasaanya Jabatan Perdana Menteri adalah kementerian terakhir yang menggulung perbahasan Usul Titah Diraja.  Setiausaha Parlimen Jabatan Perdana Menteri telah meminta izin untuk menjawab bagi pihak Kementerian sumber Manusia dan berjanji akan menyampaikan perkara yang dibangkitkan kerpada kementerian berkenaan.

“Tuan Yang di-Pertua: Saya minta Kementerian Sumber Manusia menjawab.
2.58 ptg.
Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]:  Tuan Yang di-Pertua, saya  mohon izin  untuk menjawab bagi  pihak Kementerian Sumber Manusia. Tuan Yang di-Pertua, terdahulu  saya mengucapkan ribuan  terima  kasih  kepada  Ahli-ahli  Yang  Berhormat  Senator  yang  telah membangkitkan isu mengenai Kementerian Sumber Manusia. …………….
Tuan Zalnal bin Rampak:  Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, saya berterima kasih kepada Yang Berhormat kerana telah memberi jawapan kepada pihak Kementerian Sumber Manusia, isu yang dibangkitkan oleh saya. Walaupun penjelasan
telah  pun  diberi bahawa tiga  pengerusi mahkamah yang  berkenaan telah  pun
dilanjutkan dua tahun lagi  khidmat mereka oleh Jabatan Perkhidmatan Awam, ianya
adalah merupakan satu penyelesaian jangka pendek.
Dalam ucapan saya, saya menyentuh bahawa ianya  mesti berjalan secara
mana perkara ini dapat diselesaikan dalam satu sistem jangka panjang berterusan dan
hakim-hakim Mahkamah Persekutuan tidak diletakkan atau subjek dengan izin, sebagai
contract workers. Jadi, mereka haruslah berkhidmat berterusan sehingga sampai umur
65 tahun seperti mana hakim-hakim yang lain bagi memastikan kes-kes yang berbicara
dapat diselesaikan dengan seberapa segera yang boleh.  ltu cadangan saya.  Terima
kasih………

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri [Dato' Haji Noh bin Haji Omar]:  … bagi pihak kementerian, saya  berjanji bahawa segala masalah Yang Berhormat bangkitkan tadi, kita akan berikan jawapan secara bertulis. Saya percaya dengan jawapan bertulis ini bolehlah Yang Berhormat sampaikan kepada pekerja-pekerja Yang Berhormat wakili. Jadi, saya minta maaf jika jawapan ini kurang memuaskan hati tetapi saya rasa Yang Berhormat, jawapan bertulis itu lebih berkesan kerana Yang Berhormat boleh edarkan kepada anggota jawatankuasa ataupun Ahli-ahli
Yang Berhormat. Terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Usul Menjunjung Kasih Ke Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, oleh Yang Berhormat Datuk Ghazi bin Haji Ramli, hendaklah disetujukan.

Usul dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.”
[Penyata Rrasmi ; DN -15 .2.2002]




6.         Ramai Ahli Tidak Hadir – Giliran Pertanyaan Lisan Sehingga Nombor 23

Pada   14 Oktober  2002 (hari Isnin) di Dewan Rakyat di Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kesepuluh  seramai  13 ahli tidak hadir pada sesi pertanyaan lisan.  Hal ini menyebabkan giliran pertanyaan sehingga kepada giliran ke – 23.    Beberapa  kementerian  telah dijawab oleh Anggota Pentadbiran bagi Kementerian yang lain.

…SoalanNo.3-Y.B. DatukAhmad Zahid binHamidi (BaganDatok)tidaknadir]
[SoalanNo.4-Y.B,DatukSeri PanglimaMohd.SailehbinTunSaid(KotaBelud)
tidaknadir]
…..
SoalanNo.6-TuanLiowTiongLai(Bentong)tidakhadir]
….
[SoalanNo.8-Dato'AhmadHusnibinMohd.Hanadzlah(Tambun)tidakhadir]

[SoalanNo.10-PuanTeresaKoksuhSim(Seputeh)tidakhadir]
….
SoalanNo.13-YangBerhormatTuan RonaldKiandee(Beiuran)tidakhadir]
[SoalanNo.14-YangBerhormatTuanHajiSiambinHajiKasrin(BatuPahat)tidak
hadir]
….
[Soalanno.15-Y.B.DatukMustafabin Ali(Dungun)tidakhadir]
[SoalanNoZ16-Y.B.TuanHajiAmihamzahbinAhmad (Lipis)tidakhadir]
[SoalanNo.17-Y.B.TuanMohd.ApandibinHajiMohamad(Jeli)tidakhadir
[SoalanNo.18-DatukHajiMohamadbinHajiAziz(SriGading)tidakhadir]
[SoalanNo. 19-Tan Sri Dato' Dr. K. S. Nijhar (Subang) tidak hadir]
SoalanNo.20-DatinPaduka Hajah SehpahNolibintiSyedHussin(Sepang)
tidakhadir]
{Penyata Rasmi DR – 14.10.2002]

7          Kedudukan Ahli Jemaah Menteri Setelah Perdana Menteri Baru Dilantik

                        Yang Berhormat Pokok Sena telah membangkitkan isu sama ada Ahli-Ahli Jemaah Menteri sedia ada perlu dilantik semula berikutan Pelantikan Y.A.B. Dato' Seri  Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Kelima pada 31 Oktober 2003 menggantikan Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Keempat. Yang Berhormat Pokok Sena membangkitkan perkara tersebut di Dewan Rakyat pada 5 November 2003 bagi mendapatkan petua dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat mengikut peraturan Mesyuarat 99. Perkara ini dibangkitkan berdasarkan Perkara 43(2)(b), Perlembagaan: Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri dari antara ahli-ahli Majlis Parlimen.”

Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberi pandangan seperti berikut:-

Sebagaimana kita semua termaklum, Parlimen yang ada sekarang adalah Parlimen yang Kesepuluh. Ahli-Ahli Jemaah Menteri termasuk Perdana Menteri telah dilantik pada 14 Disember 1999, iaitu selepas dari pilihan raya yang diadakan pada 29 November 1999. Mengikut Artikel 43(2)(b), Perdana Menteri juga adalah seorang Jemaah Menteri. Sebagai lazim, jika mana-mana Ahli Jemaah Menteri berhenti atau diberhentikan oleh Perdana Menteri, maka seorang ahli lain akan dilantik menggantikannya dan hendaklah ahli baru itu mengambil sumpah jawatan dan taat setia di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Kaedah ini juga terpakai untuk melantik Perdana Menteri yang baru yang juga seorang Ahli Jemaah Menteri. Perdana Menteri baru telah pun menjalankan proses ini pada 31 Oktober yang lepas setelah Perdana Menteri yang terdahulu bersara. Ini berturut bahawa Ahli Jemaah Menteri lain tidak perlu dilantik semula. Ini kerana Kerajaan sekarang adalah Kerajaan yang dilantik pada 14 Disember 1999 itu, melainkan Perdana Menterinya sahaja ditukar seperti pertukaran lain-lain menteri juga. Sila kaji Artikel 43(5) yang berbunyi seperti berikut:-

“Tertakluk kepada Fasal 4, Menteri-menteri yang lain daripada Perdana Menteri adalah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong melainkan jika pelantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri tetapi mana-mana Menteri bolehlah meletakkan jawatannya.” Ini bermakna, melalui perkataan-perkataan “...memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong...” pelantikan menteri-menteri lain itu adalah sah dari segi Perlembagaan dan mereka akan terus memegang jawatannya sehingga berhenti sama ada pelantikannya itu dibatalkan oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri atau jika dia meletakkan jawatannya. Oleh yang demikian, ini bermakna Ahli-Ahli Jemaah Menteri dalam sesuatu Penggal Parlimen itu akan terus memegang jawatan mereka masing-masing sehingga berlaku kejadian-kejadian yang disebutkan di atas ini.  Hanya Ahli Jemaah menggantinya dilantik semula setelah Parlimen dibubarkan untuk pilihan raya di mana kesemua Ahli Dewan Rakyat termasuk Ahli-Ahli Jemaah Menteri akan tamat perkhidmatan mereka. Dalam kejadian ini ataupun dalam kejadian di bawah Artikel 43(4) sahaja barulah kesemua Ahli Jemaah Menteri akan diadakan pelantikan baru. Artikel 43(4) berbunyi demikian:-

“Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli-Ahli Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen.”              Ini bermakna, hanya jika Perdana Menteri meletak jawatan sahaja setelah tidak mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli-Ahli Dewan Rakyat, barulah kesemua Jemaah Menteri kena meletak jawatan dan kena dilantik semula sama ada lepas diadakan pilihan raya atau tidak. Ini bermakna, jika seorang Perdana Menteri itu bersara, tidaklah berbangkit jawatan seluruh Jemaah Menteri kena dilantik semula.   Kaedah ini juga dijalankan semasa pelantikan Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir setelah Perdana Menteri Ketiga iaitu Tun Hussein bin Onn bersara pada 16 Julai 1981. Begitu juga semasa peralihan dari Tun Haji Abdul Razak kepada Tun Hussein Onn. Oleh yang demikian, saya memutuskan bahawa tidak perlu diadakan pelantikan semula kesemua Jemaah Menteri kerana pelantikan Perdana Menteri yang baru. Dan pelantikan Ahli-Ahli Jemaah Menteri yang dilantik terdahulu itu adalah sah dari segi Perlembagaan. Saya membuat petua ini di bawah Peraturan Mesyuarat 99.” (Penyata Rasmi : DR-5.11. 2003).

1 comment:

  1. Oh.....macam ni senario politik pd masa tu ya satri demokrasi.

    ReplyDelete

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...