Tuesday 14 September 2021

MEMILIH TIMBALAN YANG DI-PERTUA DITANGGUHKAN!!! - ANTARA SOKONGAN TERHADAP CALON KERAJAAN DAN MoU PERSEFAHAMAN & KESTABILAN POLITIK ?

 

Pada hari kedua persidangan, 14 Julai 2021 di Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14Usul  pemilihan Timbalan Yang di-Pertua II berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimen Pengerang  kira-kira 3 minggu yang lalu telah ditangguhkan.   Setelah kekecohan  selama 30 minit berkaitan isu usul-usul mengosongkan jawatan Yang di-Pertua selepas sesi pertanyaan lisan pada jam 12.45 tengahari, dan kira hampir jam 1.00 tengahari, YB Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang) bangun untuk membacakan usul  tetapi terganggu dengan jeritan ahli-ahli Parlimen Pembangkang dengan ungkapan “memalukan, memalukan” setelah Ahli Parlimen Jelutong dihalau keluar selama 2 hari kerana enggan menarik balik perkataan itu yang ditujukan kepada Timbalan Yang di-Pertua.  Insiden ini berlaku berikutan ketidak puashatian terhadap penjelasanTimbalan Yang di-Pertua mengenai penolakan 14 usul-usul (11 dari Ahli Parlimen Amanah dan 2 Ahli Parlimen PKR) bagi mengosongkan jawatan Yang di-Pertua.

Pada jam 2.30 petang, Menteri di JPM (Parlimen dan Undang-Undang) telah mengemukakan usul untuk menangguhkan usul memilih Timbalan Yang di-Pertua dengan merentikan peraturan mengikut Peraturan Mesyuarat 90(2) kepada Mesyuarat akan datang.  Walau bagaimanapun,YB Kulim Bandar Baharu membangkitkan agar pemilihan Timbalan Yang di-Pertua hendaklah disegerakan walaupun pihak Kerajaan menghadapi masalah antara parti-parti  Kerajaan untuk memberi sokongan.

Sebelum ini telah tersenarai urusan Memilih Timbalan Yang di-Pertua selepas pertanyaan lisan.   Sebagaimana yang tersebar, terdapat dua nama yang dicadangkan sebagai Timbalan Yang di-Pertua iaitu Ahli Parlimen Pontian, Dato’ Seri Ahmad Maslan  dari pihak Kerajaan dan Ahli Parlimen Taiping, Dato’ Nga Khor Meng.  Pertama kali dalam sejarah Parlimen, calon-calon Timbalan Yang di-Pertua berkempen engan mengemukakan manifesto masing-masing dimana  Ahli Parlimen Pontian dengan 20 janji dan Ahli Parlimen Taiping dengan 10 janji.  Manakala Ahli Parlimen Pontian juga menghadapi tuduhan di mahkamah dan dibimbangi akan memperoleh sokongan yang kurang berbanding Ahli Parlimen Taiping.  Jika ini berlakukan akan memalukan pihak Kerajaan.

Dalam hal ini difahamkan PBBM tidak setuju dengan dengan Ahli Parlimen Pontian sebagai calon Timbalan Yang di-Pertua kerana dituduh di mahkamah.  Dengan penangguhan ini, bagi membolehkan pihak Kerajaan mengemukakan nama lain namun masih lagi dari UMNO kerana UMNO masih mahukan jawatan itu.  Dimasa yang sama, kesan dari Memorandum Persefahaman dan Kestabilan Politik, pihak Kerajaan difahamkan bersetuju untuk meminda Perlembagaan, Perkarara  57 untuk menambah satu lagi jawatan Timbalan Yang di-Pertua yang dikhususkan dari pihak pembangkang.  Pindaan tersebut akan dibuat dalam Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat, Parlimen Ke-14  yang bermula 25 Oktober 2021 akan dating.

DENGAN DEMIKIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DAN KESTABILAN POLITIK YANG DIMETERAI SEMALAM (13 SEPTEMBER 2021) TELAH MEMBERI KESAN DALAM PROSES PEMBAHARUAN/REFORMASI PARLIMEN DAN SETERUSNYA KESEFAHAMAN ATARA KERAJAAN DENGAN PIHAK PEMBANGKANG

Sekali lagi sejarah tercatat.

Suatu  rakaman sejarah Parlimen Malaysia,

 14 September 2021, 3.00 ptg.

 

Monday 13 September 2021

PERSIDANGAN HARI KEDUA MESYUARAT PERTAMA PENGGAL KEEMPAT PARLIMEN KE-14 – BERMULA DENGAN KEKECOHAN “KEHANGATAN” PERATURAN MESYUARAT 1(e), AHLI PARLIMEN DIHALANG MASUK PADA 2 OGOS 2021

 

Pada hari kedua, 7 September 2021, penulis pada awalnya menjangkakan persidangan Mesyuarat Parlimen akan berjalan lancer dan tenang tanpa banyak gangguan berikutan Memrondum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditanda tangani semalam antara pihak Kerajaan dan pihak pembangkang/PH. 

Namun jangkaan itu meleset, selepas sahaja Usul Keselamatan dikemukakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Jelutong telah bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat 1(e) mengenai larangan kepada Ahli-ahli Parlimen untuk masuk ke Parlimen oleh pihak Polis pada 2 Ogos 2021 (Isnin). Kemudian diikuti oleh YB Port Dickson, YB Beruas, dan YB Sungai Siput.  Antara perkara yang dibangkitkan ialah siapa yang memberi arahan kepada Polis untuk menghalang Ahli-ahli Parlimen, mengapa pejabat Ketua Pembangkang diharamkan untuk dimasuki oleh Ketua Pembangkang, apakah kuasa Polis melebehi Parlimen dan usul keselamatan itu tidak bermakna. 

Berkaitan perkara yang dibangkitkan, Yang di-Pertua telah menjelaskan Parlime tidak ditutup, pintu utama dibuka dan percaya pintu-pintu pejabat dibuka.  Halangan oleh Polis, beliau tiada pengetahuan mengenainya dan minta Menteri Dalam Negeri memberi penjelasan. Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa polis mengambil tindakan mengikut Akta 342 dan tidak timbul siapa yang mengarahkan.  Polis mengambil Tindakan untuk menjaga keselamatan dan kesihatan. Ketika inilah, dalam keadaan ketegangan hangat-hangat suam kuku menjadi tegang apabila YB Pokok Sena meyampok dengan perkataan “mangkok”.  Berikutan itu, penyokong-penyokong Kerajaan menjerit “tarik balik” dan YB Arau bangkit minta perkataan itu ditarik balik.  Yang di-Pertua Dewan meminta perkataan itu tidak digunakan dalam persidangan.  Disini penulis Nampak tiada bantahan atau tindak balas yang “ganas” seperti kebiasaannya sebelum ini.

YB Ipoh Timur yang juga Pengerusi PAC membangkitkan bahawa beliau mohon kepada Polis supaya dibenarkan melalui halangan untuk masuk ke bangunan Parlimen kerana ada Mesyuarat PAC, tetapi dijawab oleh Polis bertugas supaya beredar dalam masa 2 minit, jika tidak akan ditangkap.  Dalam hal ini, Yang di-Pertua menyatakan beliau membuat rundingan dengan pihak Polis untuk membenarkan Ahli-ahli PAC (mengemukakan surat mesyuarat) dibenarkan masuk.

“Point of Oder” tersebut telah mengambil masa 35 minit dan menganggu uerusan mesyuarat yang hendak dilaksanakan iaitu Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT).  Disini penulis menyimpulkan MoU Persefahaman dan Kestabilan Politik itu tidak akan mengubah cara Ahli-ahli Parlimen Pembangkang khususnya PH di dalam Dewan, tetapi Nampak mengurangkan sedikit “kegarangan” dan “suhu kehangatan” didalam Dewan.  ADAKAH SUSANA INI BERTERUSAN SELEPAS INI? PENULIS BERANGGAPAN MoU PERSEFAHAMAN TIDAK BANYAK MENGUBAH SUASANA DALAM DEWAN DAN PERBAHSANNYAM, NAMUN IA AKAN MEMPENGARUHI POLA PENGUNDIAN KEPADA URUSAN-URUSAN UTAMA KHUSUSNYA PERSETUJUAN RMK12, RUU TERTENTU DAN  TERUTAMANYA BELANJAWAN 2022 PADA BULAN OKTOBER/NOVEMBER  NANTI.

Suatu catatan jua,

Jenderam Hulu,

14 September 2021, 12 tgh.

Sunday 12 September 2021

ISTIADAT PEMBUKAAN PENGGAL KEEMPAT, PARLIMEN KE- 14 – SIDANG PERTAMA ERA PN PERDANA MENTERI KE-9, TIADA TITAH USUL KEPERCAYAAN?

 

Tepat 10 pagi, pada 13 September 2021 (Isnin) bermula Istiadat Pembukaan Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 oleh Yang di-Petuan Agong, DYMM Al-Sultan Abdullah Ri’ayutuddin Al-Mustaffa Billah Shah.  Ini adalah kali kedua Baginda terlibat dalam Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen dan dua Perdana Menteri yang berbeza.  Dalam pendahuluan titahnya Baginda menjelaskan “ bahawa 16 Ogos 2021 yang lalu adalah kali kedua Perdana Menteri sekali lagi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia.  Seperti 2020 peletakkan jawataan Perdana Menteri ke-8 Baginda berpandukan Perlembagaan Persekutuan, telah memberi peluang kepada 220 Ahli-ahli Parlimen untuk menamakan seprang sebagai Perdana Menteri melalui surat akuan.  Seramai 114 Ahli Parlimen menamakan YAB Dato Seri Ismail Sabri bin Yaakob dan ia adalah jumlah majoriti.  Mengikut Perkara 40(2)(a) dan 40(3)(a), Baginda perkenan untuk melantik YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri Ke-9.”  Baginda juga bertitah supaya Kerajaan ini hendaklah segera melipat gandakan usaha dan keluar dari pandemic COVID-19 dan melakasnakan budaaya kerja berprestasi tinggi.

Disini penulis ingin menekankan perbezaan yang  jelas, dimana pada …Julai 2020  semasa Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Parlimen Ke-14,  Baginda hanya menyebut pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti Ahli-ahli Dewan.  Tetapi pada kali ini, Baginda menyebut secara jelas jumlah majoriti iaitu 114 Ahli Parlimen.

Jika pada 18 Julai 2021, kenyataan media Istana Negara telah memaklumkan supaya Perdana Menteri yang dilantik segera mengemukakan “usul undi percaya” (usul kepercayaan) di Dewan Rakyat.  Walau bagaimanapun, baru-baru ini pada 7 Ogos 2021, YB Dato’ Seri Wan Junaidi  Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) bahawa Tuanku berkenan supaya tiada “usul undi percaya” ke atas Perdana Menteri Ke-9. Begitu juga semasa bertitah Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen, Baginda tidak menyentuh isu tersebut walaupun Baginda menjelaskan kaedah Baginda melantik Perdana Menteri Ke-9.   Justeru itu, penulis berpandangan pihak Kerajaan mungkin tidak akan mengemukakan usul kepercayaan tersebut.  Tambahan pula,  Memorundum Persefahaman Traansformasi dan Kestabilan Politik  akan ditandatangani jam 5.00 petang, 13 September 2021...SATU SEJARAH TERCIPTA. 

 Namun begitu, keputusan undian pemilihan Timbalan Yang di-Pertua pada hari kedua persidangan, 14 September 2021 (Selasa) akan memberi impak besar.  Sekiranya calon daripada Kerajaan iaitu Ahli Parlimen Pontian kalah dan calon dari blok pembangkang (Ahli Parlimen Taiping) menang, maka ia satu tamparan kepada kerajaan seolah-olah kepercayaan kepada kerajaan khususnya Perdana Menteri tergugat.  Seterusnya akan mempengaruhi pola persetujuan urusan-urusan Kerajaan kemudiannya

Suatu catatan dipinggiran,

Jenderam Hulu,

13 September 2021. 11.30 pagi

Wednesday 8 September 2021

CATATAN MENJELANG PERSIDANGAN PERTAMA ERA PN FASA PERDANA MENTERI KE-9 - ADAKAH USUL-USUL YANG DINANTIKAN TIDAK MENJADI KENYATAAN ?!!!

 

Setelah buku Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat diedarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) pada 6 September 2021, antara tumpuan utama ialah tiada tersenarai usul-usul yang diperkatakan banyak pihak iaitu usul kepercayaan kepada Perdana Menteri Ke-9 dan juga usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.

Usul Kepercayaan Kepada Perdana Menteri Ke-9

Isu usul kepercayaan Perdana Ke-9 mendapat perhatian apabila pihak Istana Negara dalam Kenyataan Media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada 18 Julai 2021 (selepas Tan Sri Muhaiddin Yassin (TSMY) meletak jawatan Perdana Menteri Ke-8, 16 Julai 2021) telah memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong (YDA) menitahkan supaya usul kepercayaan (disebut “usul undi percaya”) dibentangkan di Dewan Rakyat untuk   mengabsahkan Perdana Menteri yang dilantik.  Pada 19 Julai 2021, YDA telah memutuskan Naib Presiden UMNO, Dato’ Seri Ismail Sabri Yakob (DSISY) sebagai Perdana Menteri Ke-9 setelah berpuashati pada hemat baginda beliau mendapat sokongan majoriti 114 Ahli Dewan Rakyat dan seterusnya mengangkat sumpah pada 21 Julai 2021.    Justeru pelbagai pihak merasakan usul kepercayaan akan dibentangkan di Dewan Rakyat apabila bersidang.  Namun beberapa hari menjelang persidangan pada 13 September 2021, Peguam Negara telah membuat kenyataan pada 4 September 2021 bahawa tiada keperluan usul kepercayaan.   Katanya “ tiada keperluan untuk mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri atau kerajaan pimpinannya kerana ia ditubuhkan mengikut lunas undang-undang.” “Sekiranya masih memerlukan keabsahan, ini bermakna kuasa mutlak YDA berhubung perkara itu boleh diatasi pihak lain.” “Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Agong seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,”  “Susulan daripada penerimaan surat-surat akuan tersebut, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima mengadap seramai 114 ahli Dewan Rakyat pada 19 Ogos 2021 untuk mengesahkan kepercayaan mereka kepada ahli Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai perdana menteri iaitu Ismail Sabri bin Yaakob, ahli Parlimen Bera.” “Pada 21 Ogos juga perdana menteri yang baru telah pun mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan sumpah taat setia dan simpan rahsia di hadapan Seri Paduka Baginda menurut kehendak Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan. “Selaras dengan proses pemilihan yang telah dijalankan dengan teliti dan telus untuk melantik perdana menteri ke-9 seperti yang dinyatakan di atas, secara jelas pelantikan Ismail Sabri bin Yaakob sebagai perdana menteri ke-9 adalah sah dan menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan. (Malaaysia Now, 4 September 2021).

Sebagaimana catatan penulis sebelum ini, bahawa tiada keperluan atau kemestian yang ditetapkan oleh Perlembagaan setelah YDA berkenan melantik Perdana Menteri yang pada hemat Baginda mendapat sokongan majoriti.  Usul kepercayaan yang pernah diamalkan di Dewan Rakyat adalah usul kepercayaan melalui usul persendirian yang dipersetujui oleh Kerajaan untuk didahulukan iaitu usul kepercayaan kepada kepimpinan Perdana Menteri Ke-3 iatu Datuk Hussein Onn, 27 Januari 1976  dan juga kepada Perdana Menteri  Ke-5, Dato’ Seri Abdullah Badawi pada 3 November 2003. Usul kepercayaan sedemikian dibuat terhadap Perdana Menteri yang dilantik selepas Perdana Menteri sedia ada melepas jawatan/mengundur diri atau meninggal dunia, dan bukan selepas pilihan raya umum.  Usul sedemikian tidak pernah dibuat terhadap Perdana Menteri yang dilantik selepas pilihan raya umum, walaupun majoriti mudah selepas PRU 14 (majoriti bertambah setelah terdapat ramai Ahli Parlimen lompat parti).

Sementara itu, pada 7 Ogos 2021 dilaporkan Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berkata YDA memberi perkenan agar tiada usul kepercayaan (disebut usul undi percaya) dikemukakan di Dewan Rakyat bagi menentukan keabsahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.  Menurutnya pelantikan tersebut telah dibuat mengikut peruntukan undang-undang.  Juga usul tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ke-9 baharu sahaja dibentuk. "Jadi dalam masa singkat, saya tidak lihat mereka (ahli Parlimen) mengubah pendirian. Jika tempoh enam atau tujuh bulan, mungkin ada yang mengubah fikiran," katanya. (Sinar Harian, 7 Ogos 2021).

Pada asalnya usul kepercayaan kepada Perdana Menteri Ke-8 (TSMY) telah diputuskan oleh kerajaan pada 4 Julai 2021 akan dikemukakkan di Dewan Rakyat pada 7 Sept 2021 (hari kedua persidangan), namun tidak sempat direalisasaikan kerana TSMY telah hilang majoriti apabila 15 Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan.

Kini persoalannya, apakah DSISY dan kerajaan akan bersedia mengemukakan usul tersebut?    Penulis akui usul ini bukan “keperluan” mengikut Perlembagaan tetapi “keperluan mengikut amalan dan kehendak politik semasa”.  Ianya masih tidak terlambat walaupun buku AUM telah diedarkan sebagaimana yang dibimbangi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai.  Ini kerana usul kerajaan oleh Menteri boleh dikemukakan dengan pemberitahu 1 hari dengan kebenaran Yang di-Pertua [Peraturan 27(3)].  Walau bagaimanapun, jika usul persendirian oleh Ahli Parlimen perlu pemberitahu 14 hari.

Usul Pengosongan Jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat

Usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua telah dikemukakan oleh beberapa Ahli Parlimen.  Antaranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, memaklumkan usul tersebut yang dikemukakannya telah ditolak dan surat penolakan itu ditandatangani oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat 1 yang dihantar melalui emel kepadanya pada 30 Ogos 2021. Usul itu tidak boleh dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang kerana “tidak teratur” mengikut Peraturan Mesyuarat 4(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.  Sebelum Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar@Azizian Harun menafikan beliau menolak mana-mana usul Ahli Parlimen yang mahukannya mengosongkan jawatan itu.  Juga beliau tidak pernah campur tangan atau terbabit dalam membuat sebarang keputusan berhubung usul berkenaan dan keputusan mengenai usul tersebut diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Dato’  Rashid Hasnon.,(FMT, 2 Septrember 2021).

Difahamkan juga usul sedemikian dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk mengikut Peraturan Mesyuarat 26(2) dan 27(3) telah ditolak oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.  Dengan penolakan usul-usul ini, maka urua-ura untuk mengusulkan Ahli Parlimen Pengerang (yang telah meletak jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II) tidak menjadi kenyataan.

Disini penulis ingin nyatakan, jika benar laporan yang menyatakan penolakan usul ini mengikut Peraturan Mesyuarat 4(3), maka alasan penolakan ini tidak tepat sama sekali kerana peraturan ini berkaitan pemasyhuran Yang di-Pertua jika hanaya terdapat satu nama dan undian bersurat bagi pemilihan Yang di-Pertua jika terdapat lebih satu nama/calon.

Usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua buat kali pertama dalam sejarah ialah pada 13 Julai 2021 iaitu pengosongan jawatan Yang di-Pertua ketika itu, iaitu Tan Sri Mohamad Arif Yusof Md Yusof, dimana usul dikemukakan oleh kerajaan era Perdana Menteri Ke-8 (TSMY) dan kemudian melantik Datuk Azhar @ Azizian Harun. Usul pengosongan dan pelantikan ini juga menjadi kontraversi  sehingga dibawa ke Mahkamah yang kemudiannya memutuskan pelantikan itu sah dan mahkamah tidak boleh mencampuri ururasan didalam Parlimen mengikut Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.  

Kebiasaanya, Yang di-Pertua dilantik selepas pilihanraaya umum atau penyandangnya meninggal dunia.  Usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua pula. biasanya oleh pihak kerajaan dan bukannya dari Ahli Parlimen sebagai usul persendirian.  Sekiranya usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua oleh Ahli Parlimen ini diterima, ia sekadar dimasukkan dalam senarai Aturan Urusan Mesyuarat dan tidak mungkin kerajaan bersetuju untuk membenarkan usul itu didahulukan ( Peraturan Mesyuarat 15(1), urusan kerajaan hendaklah didahulukan).

Bagi penulis, usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua tersebut hanyalah sekadar “usul balasan” terhadap usul sedemikian oleh pihak Kerajaan PN dibawah era TSMY itu.  Walau bagaimanapun, ketidak puashatian terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azizan Harun berbangkit apabila beliau memuat petua mengenai maksud pembentangan ordinan-ordinan darurat pada 29 Julai 2021 dengan menekankan maksud “laid” iaitu dibentangkan atas meja yang berbeza dengan ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan UMNO.  Tambahan pula selepas itu, Ketua Pembangkang membacakan Kenyataan Media oleh Istana Negara yang minta ordinan itu dibahaskan dan diungkaikan di Dewan Rakyat. (Untuk rekod, Kerajaan mencadangkan ordinan-ordinan itu dibatalkan dan mohon perkenan YDA pada 23 Julai 2021, tetapi belum (akhirnya tidak) diperkenan oleh YDA). 


Suatu catatan dipinggiran demokrasi jua,

Jenderam Hulu,

 8 Ogos 2021).

 

 

 

 

 

 

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...