Saturday 19 November 2022

PARLIMEN TERGANTUNG – KERAJAAN GABUNGAN/CAMPURAN SEBAGAI PILIHAN

 

Keputusan PRU 15 adalah  paling getir dalam sejarah dan kali pertama berlaku dalam siri-siri PRU.  Tiada mana-mana parti yang memperolehi majoriti mudah yang melebihi 50%.  Oleh yang demikian Parlimen tergantung dan kini menunggu rundingan antara parti-parti  untuk membentuk kerajaan gabungan pelbagai parti atau campuran.

Berikut adalah kemungkinan pembentukan kerajaan yang akan berlaku dalam tempoh sehari dua ini.

BIL

Kemungkinan Kerajaan

Gabungan

Kebarangkalian

1

Kerajaan A

PN 73 + BN 30 + GPS 22 + GRS 6 + Bebas 2 = 133

PalingTinggi

1

Kerajaan B

PH 82+ PN 73 = 155

Rendah

2

Kerajaan B

PH 82 + BN 30 = 112

Tinggi

3

Kerajaan C

PH 82 +  BN 30 + GPS 6 = 115

Tinggi

4

Kerajaan D

PH 82 + GPS 22 + GRS 6 + Warisan 3 = 113

Sederhana

5

Kerajaan E

PH 82 + BN 30 + GPS 22 + GRS 6 = 140

Sederhana

 

 

 

 

 

Sama-sama lihat  kebijaksanan kepimpinan politik dan tunggu dengan debaran dan denyutan nadi yang tak sekata.

Suatu catatan bersejarah jua.

Jenderam Hulu,

20 November 2022, 12.00 tgh

 

TSUNAMI PRU 15 – RAKYAT BERSUARA, PN TERANGKAT, BN TERBENAM DAN PH SEBAGAI BLOK TERBESAR DIDEWAN RAKYAT

 

PRU 15 pada 19 November 2022 telah melakar sejarah tersendiri. Realitinya jauh menyimpang dari ramalan. Tsunami politik lagi sekali menerjah negara ini, malah lebih dahsyat dari PRU 14. Inilah “ datuk pilihanraya´ bukan sekadar “Ibu pilihanraya”.  Namun pelbagai pihak meramalkan tiada mana-mana gabongan parti politik dapat membentuk kerajaan telah menbjadi kenyataan

Dirakamkan DETIK-DETIK MENDEBARKAN  keputusan PRU 15.

Pukul 2.32 pagi, SPR dalam sidang media memaklumkan  keputusan DUN Perlis  bahawa PN menang 14 daripada 15 kerusi. (PH 1).  Peratus mengundi 76%. PN berjaya menubuhkan Kerajaan di Perlis.

Pukul 3.00 pagi, Pegerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat sidang media yang menyatakan PN telah memenangi 73 kerusi termasuk 22 yang menggunakan logo PAS, dan masih ada 6 lagi kerusi yang masih dalam proses kiraan. Seterusnya beliau menyatakan, keputusan ini adalah diluar jangkaan. Bagi membentuk kerajaan, akan berbincang dengan parti-parti GPS dan  GRS di Sabah dan Sarawak.  Juga mengalu-alukan mana-mana parti (termasuk BN) yang menerima prinsip-prinsip PN iaitu  bersih dan stabil. Manakala dengan PH, tiada kerjasama.

Pukul 3.30, Pengerusi PH, Dato Seri Anwar Ibrahim  pula membuat sidang media  dengan menyatakan  tiada parti politik yang memperolehi majoriti. PH akan menjadi blok terbesar di Parlimen. Kerajaan yang dibentuk hendaklah mendapat sokongan  dari parti-parti politik yang memperolehi 111 kerusi dan mendak PH telah mendapat sokongan tersebut. Beliau tidak mendedahkan butiranya dan surat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong..

Pada jam 5.04, SPR telah mengumumkan keputusan PRU 15 bagi Dewan Rakyat seperti berikut:

 

Parti

Menang

 

PH

PH 76 + DAP 5= 81

 

PN

PN 51,+ PAS 22 = 73

 

BN

30

 

GPS

22

 

GRS

6

 

WARISAN

3

 

BEBAS

2

 

MUDA

1

 

PBM

1

 

 

219

 

3 Bahagian tidak dapat diumumkan, iaitu Padang Serai kerana calon meninggal dunia, Kota Marudu dan Baram kerana masalah cuaca. Tiada mana-mana parti memperoleh majoriti lebih 50%. Peratus mengundi 73.89%.

Bagi DUN Pahang PN – 17; BN -16 dan PH - 8. Jumlah = 41.  1 Bahagian di Pulau Tioman ditangguhkan kerana kematian calon. Tiada mana-mana parti memperolehi majoriti melebihi 50%. Perauts mengundi = 66.71%.

Bagi DUN Perak, PN – 26; PH – 24; BN – 9. Jumlah = 59. Tiada mana-mana parti memperoleh majoriti melebihi 50%. Peratus mengundi 66.71%.

Rumusan

Hanya di Perlis Kerajaan terbentuk dengan mudah. Dipercyai gabungan gelombang Shahidan Kassim dan kebangkitan PN menyapu bersih kerusi BN. Keegoaan Presiden UMNO menggugurkan Shahidan Kassim di Arau dan Zabidi di Padang Besar telah membangkitkan undi protes.  Ini kerana sudah sebati “Perlis itu Sahidan dan Shahidan itu Perlis”.

Bagi Pahang dan Perak, terpulang kepada parti-parti politik berkerjasama terutamana PN dan BN bagi membentuk Kerajaan. Begitu juga di peringkat Dewan Rakyat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin, Pengerusi PN akan berunding dengan parti-parti dari Sarawak dan Sabah (GPS dan GRS).

PN mendominasi PRU 15 ,  yang sudah pasti PAS adalah faktor pelonjak kepada BERSATU.  Keangkohan UMNO, khususnya Presidennya telah memakan diri bila menggugurkan 13 penyandangnya yang dilihat sebagai calon boleh menang  seperti Shahidan di Arau, Noh Omar di Tanjog Karang, Anuar Musa di Ketereh. Rakyat telah melihat UMNO sebagai parti rasuah secara keseluruhan walau pun yang terlibat hanya segelintir sahaja. PN  dengan dokongan PAS sebagai pilihan yang menampilkan PARTI BERSIH DAN STABIL.

RAKYAT TELAH BERSUARA DAN BANGKIT. APAKAH AKAN TERKUBUR UMNO DAN DIGANTIKAN DENGAN PARTI BERSATU SEBAGAI PARTI ORANG-ORANG MELAYU  DI SAMPING KEKUATAN PAS SEBAGI PARTI BERASASKAN GERAKAN ISLAM. TAMBAHAN UNDI ORANG MUDA MEMIHAK KEPADA PARTI YANG DILIHAT BERSIH DAN TIADA TERPALIT KES MAHKAMAH. MAKA AKAN WUJUDLAH  KERAJAAN CAMPORAN/PERPADUAN/ GABUNGAN PELBAGAI PARTI ATAU YANG SEERTI DENGANNYA.  SUDAH BERLALU ERA KERAJAAN DOMINAN KERANA TERDEDAH KEPADA SALAH GUNA KUASA. PEMBANGKANG BUKAN LAGI SETERU  TAPI SAHABAT. ERA BAHARU UNTUK MALAYSIA.

MALAH PRU 15 SEBAGAI PENAMAT KEPADA AHLI POLITIK VETERAN, KHUSUSNYA TUN DR MAHATHIR YANG HILANG DEPOSIT DI LANGKAWAI. TENGKU RAZALI HAMZAH BERAKHIR HAYAT POLITIK DI GUA MUSANG SETELAK 11 PENGGAL MENGUASAINYA.

ALLAHU AKBAR; ALLAHU AKBAR; ALLAHU AKBAR.

Catatan bersejarah untuk anak cucu.

Jenderam Hulu,

20 Novemver 2022, 6.00 pagi.

 

 

Monday 7 November 2022

PRU 15 - MAMPUKAH CALON BEBAS MELANGKAH KE DEWAN RAKYAT?

PRU 15  mencatat sejarah apabila seramai 108 dari 945 calon atau 11 % disahkan bertanding oleh SPR pada hari penamaan calon pada 5 November 2022   yang lalu adalah calon Bebas. Sebagai perbandingan,  calon Bebas yang bertanding kerusi Parlimen pada PRU14 iaitu seramai 24 orang dan 79 orang pada PRU13.  Disamping calon bebas yang biasa tanpa berasaskan parti, terdapat beberapa calon bebas kerana tidak dicalonkan bertanding oleh parti masing-masing seperti Tian Chua di Parlimen Batu (PKR),  Datuk Zaidi Zainul Abidin di Parlimen Padang Besar (BN)dan Wong Teck di Parlimen Bentong (DAP).  Disamping itu,  terdapat juga calon yang bertukar parti sepert Dato' Seri Shahidan Kasim di Parlimen Arau dan Datuk Ismail Mutalib di Parlimen Maran mewakili PN atas kouta PAS (kerana parti asalnya, BN tidak mencalonkannya) .  Manakala di Tumpat, Abdullah Mat Nawi dan Dato' Khairudin di Kuala Nerus yang bertanding atas kapasiti BN setelah PAS tidak mecalonkan mereka.

Selain itu, PRU 15  ini juga merekodkan penglibatan selebriti dan aktivis  yang paling ramai berbanding PRU sebelum ini, walaupun bukannya suatu yang baharu. Antaranya  Siti Kasim dan Cleppatra  sebagai calon BEBAS di Batu,   Ahmad Idham (Pejuang di Sabak Bernam), Rani Kulop (PRN di Port Dickson), Lando Zawawi (Pejuang di Tanjong Karang),  Uncle Kentang (BEBAS di Puchong) dan beberapa lagi.  

Persoalannya, mampukah mereka meraih undi majoriti untuk memenangi di kawasan Parlimen masing-masing?   Apa yang pasti,  akan berlaku pecahan undi dalam kalangan calon , namun calon Bebas tidak akan menjadi faktor utama kepada penubuhan kerajaan, malah disifatkan sebagai "pengacau".

Penulis merasakan calon Bebas tidak  menjadi tarikan dalam kalangan pengundi kerana mereka tidak berupaya membawa perubahan, sebaliknya hanya melepaskan kemarahan mereka kepada kerajaan semasa atau kepimpinan parti masing-masing. Tambahan pula, mereka  tidak mempunyai jentera pilihan raya yang tersusun.

Secara umumnya, faktor parti, latarbelakang calon dan manifesto merupakan faktor utama yang akan mempengaruhi kepitusan pengundi. Oleh itu,  peratusan untuk calon Bebas menang dalam satu-satu pilihan raya adalah kecil, namun sekiranya ketokohannya dikenali rakyat, ia boleh menjadi faktor kemenangan.   Ini mungkin berlaku jika pengundi masa kini yang tidak memilih calon berdasarkan gabungan atau parti, tetapi melihat kepada kemampuan calon itu sendiri untuk berkhidmat kepada rakyat.  

Menyorot kepada PRU terdahulu, amat jarang sekali calon BEBAS memenanginya, kecuali beberapa calon. Mengikut maklumat,  sekitar  tahun 1970-an, seorang calon Bebas bernama Cikgu Jabar, bertanding di DUN Tanjung Sepat, menang atas faktor beliau sangat mengenali isu tempatan (astroawani.com, 6 November 2022). Begitu juga  Shahrir Samad (Sekarang Tan Sri) di Johor Baharu pada 1995 dan beberapa calon di Sabah dan Sarawak. Kebanyakannya gagal meraih undi bahkan hilang wang deposit.   Walau bagaimanapun, bagi Sabah/Sarawak,  ada yang mampu meraih undi yang agak banyak, misalnya  penyandang DUN Krian, Datuk Ali Biju, yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri Sarawak pada akhir tahun 2021, masih mampu  meraih kira-kira 2,000 undi, yang mungkin dipengaruhi oleh rekod perkhidmatannya yang baik semasa mewakili PKR.

Suatu catatan dipinggiran jua,

Sri Medan, 7 November 2022


Sunday 6 November 2022

CALON PRU 15 – TERBANYAK DALAM SEJARAH DAN BERAPA RAMAIKAH YANG BAKAL HILANG DEPOSIT?

 

Pada hari Sabtu,  5 November 2022  adalah hari penamaan calon PRU 15.  Seramai 945 calon bagi 222 kerusi Pariimen yang merupakan calon teramai dalam sejarah.  Berbanding dengan PRU 14 – 687 calon dan PRU 13 – 579 calon.  

Berdasarkan penamaan calon, pertandingani negeri-negeri  Semenanjong  sekurang-kurangnya 3 penjuru iaitu PH, BN dan PH dan terbanyak  10 penjuru.  Ringkasan pertandingan pelbagai penjuru seperti berikut:

 Bil

Persaingan

Jumlah kawasan Parlimen/Catatan

1

2 Penjuru

9

2

3 Penjuru

54

3

4 Penjuru

82

4

5 Penjuru

43

5

6 Penjuru

24

6

7 Penjuru

5

7

8 Penjuru

3

8

9 Penjuru

1 – di Parlimen Ampang, Penyandang Zuraidah Kamaruddin yang menang atas PKR, yang kemudiannya keluar parti dan kini atas parti  PBM (Parti Bangsa Malaysia) ditentang oleh 8 calon lain– BN(MCA), PN(Bersatu), PH(PKR), Warisan, Pejuang dan 3 Bebas.

  

9

10 penjuru

1 - di Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penyandang (Prabakaran, PKR -asalnya bebas kemudian lompat kepada PKR selepas PRU 14) ditentang oleh BN (MIC), PN(PAS), Warisan , Pejuang, PRM dan 4 Bebas termasuk Tian Chua (Penyandang PRU 12 & 13, ditolak pencalonan pada PRU 14 kerana hilang kelayakan yang seterusnya menyokong calon Bebas. Tidak dicalonkan pada PRU 15 oleh PKR)

 

 

 

 

 Bilangan calon PRU 15 mengikut parti pula adalah seperti berikut:

            Bil

Parti

Jumlah Calon

1

PH (PKR,DAP, AMANAH)

206

2

BN (UMNO, MIC, MCA)

178

3

PN (BERSATU, PAS,GERAKAN)

149

4

PEJUANG (Gerakan Tanah Air-GTA : PEJUANG, BERJASA, NGO DAN individu)

116

5

BEBAS

108

6

WARISAN

52

7

GPS (Gabongan Parti Sarawak)

31

8

PAS (Di Kelantan dan Terengganu sahaja – menggunakan loga PAS)

22

9

PRM (Parti Rakyat Malaysia)

16

10

GRS (Gabongan Rakyat Sabah)

13

11

PSB (Parti Sarawak Bersatu)

10

12

MUDA

6

 

Jumlah

945

PRU 15 ini juga mencatat sejarah, apabila untuk kali pertama mencatatkan calon BEBAS paling ramai dalam sejarah PRU di negara ini iaitu 108 orang dan gabongan parti yang terbanyak Iaitu BN, PN, PH dan GTA serta parti-parti kecil iaitu MUDA dan PRM.  Kali pertama juga pertubuhan bukan Kerajaan bertanding dalam PRU atas tiket GTA tetapi menggunakan logo PEJUANG (pendaftaran GTA belum  diluluskan).

Tanggal 19 November 2022 (Sabtu) akan membuktikan sama ada calon-calon  gabongan parti-parti politik, atau calon parti persendirian atau bebas akan mendapat kepercayaan majoriti pengundi.

Sama-sama tunggu, berapa ramaikah calon-calon PRU 15 yang akan hilang wang pertaruhan jika memperolehi kurang 1/8 (12.5 peratus) dari jumlah  yang undi yang dikira.


Catatan bersejarah  sempena PRU 15.

7 November 2022

Sri Medan, Johor. 

 

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...