Saturday 19 November 2022

TSUNAMI PRU 15 – RAKYAT BERSUARA, PN TERANGKAT, BN TERBENAM DAN PH SEBAGAI BLOK TERBESAR DIDEWAN RAKYAT

 

PRU 15 pada 19 November 2022 telah melakar sejarah tersendiri. Realitinya jauh menyimpang dari ramalan. Tsunami politik lagi sekali menerjah negara ini, malah lebih dahsyat dari PRU 14. Inilah “ datuk pilihanraya´ bukan sekadar “Ibu pilihanraya”.  Namun pelbagai pihak meramalkan tiada mana-mana gabongan parti politik dapat membentuk kerajaan telah menbjadi kenyataan

Dirakamkan DETIK-DETIK MENDEBARKAN  keputusan PRU 15.

Pukul 2.32 pagi, SPR dalam sidang media memaklumkan  keputusan DUN Perlis  bahawa PN menang 14 daripada 15 kerusi. (PH 1).  Peratus mengundi 76%. PN berjaya menubuhkan Kerajaan di Perlis.

Pukul 3.00 pagi, Pegerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat sidang media yang menyatakan PN telah memenangi 73 kerusi termasuk 22 yang menggunakan logo PAS, dan masih ada 6 lagi kerusi yang masih dalam proses kiraan. Seterusnya beliau menyatakan, keputusan ini adalah diluar jangkaan. Bagi membentuk kerajaan, akan berbincang dengan parti-parti GPS dan  GRS di Sabah dan Sarawak.  Juga mengalu-alukan mana-mana parti (termasuk BN) yang menerima prinsip-prinsip PN iaitu  bersih dan stabil. Manakala dengan PH, tiada kerjasama.

Pukul 3.30, Pengerusi PH, Dato Seri Anwar Ibrahim  pula membuat sidang media  dengan menyatakan  tiada parti politik yang memperolehi majoriti. PH akan menjadi blok terbesar di Parlimen. Kerajaan yang dibentuk hendaklah mendapat sokongan  dari parti-parti politik yang memperolehi 111 kerusi dan mendak PH telah mendapat sokongan tersebut. Beliau tidak mendedahkan butiranya dan surat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong..

Pada jam 5.04, SPR telah mengumumkan keputusan PRU 15 bagi Dewan Rakyat seperti berikut:

 

Parti

Menang

 

PH

PH 76 + DAP 5= 81

 

PN

PN 51,+ PAS 22 = 73

 

BN

30

 

GPS

22

 

GRS

6

 

WARISAN

3

 

BEBAS

2

 

MUDA

1

 

PBM

1

 

 

219

 

3 Bahagian tidak dapat diumumkan, iaitu Padang Serai kerana calon meninggal dunia, Kota Marudu dan Baram kerana masalah cuaca. Tiada mana-mana parti memperoleh majoriti lebih 50%. Peratus mengundi 73.89%.

Bagi DUN Pahang PN – 17; BN -16 dan PH - 8. Jumlah = 41.  1 Bahagian di Pulau Tioman ditangguhkan kerana kematian calon. Tiada mana-mana parti memperolehi majoriti melebihi 50%. Perauts mengundi = 66.71%.

Bagi DUN Perak, PN – 26; PH – 24; BN – 9. Jumlah = 59. Tiada mana-mana parti memperoleh majoriti melebihi 50%. Peratus mengundi 66.71%.

Rumusan

Hanya di Perlis Kerajaan terbentuk dengan mudah. Dipercyai gabungan gelombang Shahidan Kassim dan kebangkitan PN menyapu bersih kerusi BN. Keegoaan Presiden UMNO menggugurkan Shahidan Kassim di Arau dan Zabidi di Padang Besar telah membangkitkan undi protes.  Ini kerana sudah sebati “Perlis itu Sahidan dan Shahidan itu Perlis”.

Bagi Pahang dan Perak, terpulang kepada parti-parti politik berkerjasama terutamana PN dan BN bagi membentuk Kerajaan. Begitu juga di peringkat Dewan Rakyat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyidin Yassin, Pengerusi PN akan berunding dengan parti-parti dari Sarawak dan Sabah (GPS dan GRS).

PN mendominasi PRU 15 ,  yang sudah pasti PAS adalah faktor pelonjak kepada BERSATU.  Keangkohan UMNO, khususnya Presidennya telah memakan diri bila menggugurkan 13 penyandangnya yang dilihat sebagai calon boleh menang  seperti Shahidan di Arau, Noh Omar di Tanjog Karang, Anuar Musa di Ketereh. Rakyat telah melihat UMNO sebagai parti rasuah secara keseluruhan walau pun yang terlibat hanya segelintir sahaja. PN  dengan dokongan PAS sebagai pilihan yang menampilkan PARTI BERSIH DAN STABIL.

RAKYAT TELAH BERSUARA DAN BANGKIT. APAKAH AKAN TERKUBUR UMNO DAN DIGANTIKAN DENGAN PARTI BERSATU SEBAGAI PARTI ORANG-ORANG MELAYU  DI SAMPING KEKUATAN PAS SEBAGI PARTI BERASASKAN GERAKAN ISLAM. TAMBAHAN UNDI ORANG MUDA MEMIHAK KEPADA PARTI YANG DILIHAT BERSIH DAN TIADA TERPALIT KES MAHKAMAH. MAKA AKAN WUJUDLAH  KERAJAAN CAMPORAN/PERPADUAN/ GABUNGAN PELBAGAI PARTI ATAU YANG SEERTI DENGANNYA.  SUDAH BERLALU ERA KERAJAAN DOMINAN KERANA TERDEDAH KEPADA SALAH GUNA KUASA. PEMBANGKANG BUKAN LAGI SETERU  TAPI SAHABAT. ERA BAHARU UNTUK MALAYSIA.

MALAH PRU 15 SEBAGAI PENAMAT KEPADA AHLI POLITIK VETERAN, KHUSUSNYA TUN DR MAHATHIR YANG HILANG DEPOSIT DI LANGKAWAI. TENGKU RAZALI HAMZAH BERAKHIR HAYAT POLITIK DI GUA MUSANG SETELAK 11 PENGGAL MENGUASAINYA.

ALLAHU AKBAR; ALLAHU AKBAR; ALLAHU AKBAR.

Catatan bersejarah untuk anak cucu.

Jenderam Hulu,

20 Novemver 2022, 6.00 pagi.

 

 

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...