Monday 29 May 2023

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

 

Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah disekitar akhir 1970’an dan 1980’an.  Ketika itu Arqam dengan metodogi dakwahnya telah menggamit sokongan ramai.  Dimasa yang sama Jemaah Tabligh dengan pendekatan ziarah dan ta”lim menarik perhartian stemngah pihak.  Namun penulis lebih tertarik dengan Angkatan Belia Islam (ABIM) dan Parti Islam Malaysia (PAS).  ABIM dibawah kepimpinan Anwar Ibrahim yang dikenali dengan panggilan Pak Sheikh.  Manakala PAS dibawah pimpinan Yang di-Pertuanya, Asri Muda.  Waktu itu, penulis amat mengaggumi ucapan-ucapan mereka  dan juga Pak Natsir, tokoh dari Indonesia.

 

Tika itu, USRAH menjadi medium terpenting dalam membentuk kefahaman dan keserasian dan  wadah terpenting dalam Gerakan Islam (Harakah Islamiyah).     penulis sering teringat-ingat beberapa ungkapan yang sering diungkapkan dalam  pidato  Pak Sheikh semasa sebagai Presiden ABIM – “ kita..sebagai jurubicara ummah”, “ “daulah Islamiyyah haqiqiyuun”   dan “non-partisan”.   Apabila masuk UMNO atas  pujukan Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO, beliau dilantik sebagai Senator dan seterusnya Timbalan Menteri di JPM pada tahun1982. Beberapa bulan selepas itu, bertanding dalam PRU 6 di Permatang Pauh dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.  Dari situ, berusahalah beliau dengan sokongan sahabat-sahabtnya sehingga berjaya sebahai Kerua Pemuda UMNO, dan seterusnya Naib Presiden dan akhirnya sebagai Timbalan Presiden setelah mengalahkan penyandang ketika itu Ghafar Baba. Sehinggalah beliau bergelar Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI).  Dikalangan sahabat-sahabatnya khususnya ABIM, sejak awal-awal lagi masuk dalam UMNO, beliau sering menyatakan akan menjadi  Perdana Menteri   selepas Dr. Mahathir.  Semasa itu, istilah  ‘masyarakat madani” sering diungkapkan. Apabila DSAI dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan UMN0 pada tahun 1998, dengan dokongan sahabat-sahabatnya, maka tertubuhlah Parti Keadilan Rakyat dengan slogan REFORMASI. 

 

Disini, penulis ungkapkan kembali catatan  pada 15 Oktober 2018 yang lalu selepas PRU 14, seperti berikut:-

 

“ANWAR IBRAHIM ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI PARLIMEN BAGI PORT DICKSON: MUNGKIHKAH BAKAL PERDANA MENTERI KE-8?

 

Pada 15 Oktober 2018, di Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Parlimen Ke -14, jam 10.00 pagi, selepas bacaan doa YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAAI) telah mengangkat sumpah sebagai ahli Dewn Rakyat.   Beliau telah memenangi Pilihanraya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober 2018.  PRK ini diadakan setelah Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah telah meletak jawatan/mengosongkan kerusi pada 12 September 2018 bagi memberi laluan kepada DSAI untuk bertanding dan kembali ke Parlimen.   DSAI telah memenangi PRK ini dengan majoriti yang lebih besar iaitu 23,560 undi berbanding 17,710 undi semasa PRU 14 yang lalu.  Untuk rekod, PRK ini menghadapi pertandingan 7 penjuru dan keputusannya seperti berikut:

          Anwar Ibrahim (PH) – 13,016

          Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar (PS) – 7,456

          Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad (Bebas) – 4,230

          Stevie Chan Keing Leong(Bebas) – 337

          Lau Seck Yan (Bebas) – 214

Kan Chee Yuen (Bebas) – 154

Saiful Bukhari Azlan – 82

[Undi Rosak – 598; Peratus Keluar Undi – 58.25% dan Jumlah Pengundi – 75,212].

 

 


Banyak pihak menggelar PRK ini sebagai “Langkah PD” dalam rangka memberi laluan kepada DSAI sebagai untuk menjadi Perdana Menteri Ke-8 sebaimana Manifesto PH dalam PRU 14.  Ini adalah kali ketiga yang dilakukan oleh DSAI dan PKR; dimana sebelum ini PRK yang memeberi laluan kepada DSAI adalah seperti berikut  iaitu:

·     PRK Permatang Pauh  pada 26 Ogos 2008, dikosongkan oleh isterinya  Datin Seri Wan Azizah Ismail yang memenanginya pada PRU 12 bagi memberi laluan kepada suaminya, yang seterus menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang.  Beliau telah memenangi PRK ini dengan majoriti 15,671.

 ·       PRK Kajang pada 23 Mac 2014, yang pada mulanya untuk DSAI bertanding dan akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun beliau hilang kelayakan kerana dijatuhkan hukuman penjara dalam kes liwat 2.  Isteri beliiaum Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail   menggantikannya dan bertanding dalam PRK  ini  dan beliau memenangi pilihanraya ini.

 

Selain memenangi  PRK Port Dickson dengan bergaya, beliau juga telah menangi majoriti yang besar dalam 5 PRU dan 1 PRK di Permatang Pauh. Dimana 4 kali PRU semasa mewakili UMNO  iaitu : PRU 6 (1982) –majoriti  14,352 undi;        PRU 7 (1986) – majoriti  10,479 undi;         PRU 8 (1990) – majoriti 16,150 undi;     dan PRU 9 (1995) – majoriti 23,230 undi.   Setelah beliau di pecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan UMNO pada September  1998 dan menubuhkan PKR.  Semasa beliau   dijatuhkan hukuman penjara 9 tahun  dalam kes liwat 1. , tempat beliau diganti oleh isterinya yang mewakili PKR pada PRU 10 (1999)  hingga PRU 12(2008).    

 

Walau bagaimanapun, beliau telah dibebaskan pada tahun 2003 dan setelah tamat tempoh 5 tahun selepas penjara, maka beliau layak bertanding dalam Pilihanraya.    Pada 31 Julai 2008 , isteri beliau yang memenangi PRU 12 (2008)  bagi Kerusi Permatang Pauh dan dilantik sebagai Ketua Pembangkang telah meletakkan jawatan bagi membolehkan PRK Permatang Pauh diadakan pada 26 Ogos 2008 dan beliau  menang dengan majoriti 15,671 undi.  Seterusnya dalam     PRU 13  (2013), beliau bertanding di Permatang Pauh dan menang dengan  majoriti 11,721 undi. Walau bagaimanapun dalam kes liwat 2,  pada  9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan DSAI tidak bersalah tetapi Peguam Negra telah membuat rayuan dan akhirnya Mahkamah Rayuan  pada 12 Oktober 2016 telah memutuskan bersalah dan hukuman penjara selama lima tahun.  Beliau telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan sekali lagi  PRK Permatang Pauh diadakan pada 7 Mei 2015     dan dimenangi oleh isterinya Dati Seri Wan Azizah Ismail dan menggantikannya pula sebagai Ketua pembangkang di Dewan Rakyat.

 

DSAI telah memohon semakan kehakiman dan Pada 14 Disember 2016, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan tersebut. . Dengan keputusan itu, DSAI yang telah menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh selama setahun 10 bulan perlu menghabiskan baki hukuman penjara lima tahun. Oleh itu beliau tidak layak bertanding dalam PRU 14.  Setelah PH memenangi PRU 14 dan sebagaimana manifesto PH, beliau telah diberi pengampunan penuh.  Seterusnya usaha-usaha dilakukan untuk membolehkan beliau kembali ke Dewan Rakyat dan akhirnya PRK Port Dickson diadakan untuk merealisasikan hasrat tersebut.

 

Kesimpulannya beliau tidak pernah kalah dalam lima kali PRU dan dua kali  PRK, sama ada mewakili UMNO dan selepas dipecat serta mewakili PKR.  Suatu yang menarik, apa keadaan sekalipun, beliau tetap menang  dalam pilhanraya yang disertainya.   Disini penulis membuat analisis seperti berikut:-

 ·       Kehebatan dan  kewibawaan kepimpinan beliau amat tinggi pengaruhnya kepada rakyat khususnya  pengundi tradisinya di Permatang Pauh malah di tempat lain iaitu Port Dickson, namun ia masih kubu kaut  PKR.

 ·       Kewibawaannya tidak terjejas walaupun beiau didapati bersalah oleh mahkamah dalam kes liwat 1 dan 2 serta dijatuhi hukuman penjara.  Disini beliau telah berjaya meyakinkan rakyat bahwa beliau tidak bersalah dan  kes-kes tersebut adalah fitnah terhadapnya. 

 

Persoalannya disini, apakah mahkamah boleh diperkotak katikan sehingga  menjatuhkan hukuman kepada kes-kes yang sengaja diwujudkan oleh pihak berkuasa?  Apakah mahkamah dan isntitusi kehakiman dan perundangan di negara ini tidak boleh dipercayai dan hilang kewibawaannya?  Disudut ini, adakah DSAI mangsa kerakusan pihak yang berkuasa semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 4 dan seterusnya berlarutan hingga  Perdana Menteri 6  di bawah BN? .

 

Disudut lain, apakah pihak-pihak dalam institusi kehakiman dengan mudah diperkudakan oleh pihak berkuasa?  Apakah mereka tiada kriadibiliti dan intergriti langsung sehingga membuktikan sesuatu kesalahan itu wujud.  Namun, mengikut  logik akal, agak mustahil konspirasi sedemikian boleh diwujudkan kerana melibatkan pelbagai agensi seperti PDRM, SPRM, AG, mahkamah dan ramai  orang yang terlibat  dalam siasatan dan pengendalian kes ini.  Jika kes ini benar dan institiusi kehakiman/ perundangan adalah berwibawa tanpa mengira kedudukan pihak yang tertuduh, maka pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri ke-7 adalah bermakna kesalahan wujud dan  diampunkan bermakna tidak menjalani hukuman sepenuhnya atau dibebaskan hukuman. Disini juga difahami oleh ramai pihak termasuk Peguam Negara bahawa kesalahan tersebut telah terpadam seolah-oleh tidak melakukan kesalahan.  Sebab itulah  Peguam Negara mengesahkan bahawa beliau layak bertanding dalam PRK Port Dickson.  Walau bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Hamid mengulas dalam tulis sepatutnya istilah yang tepat “pengampunan bebas” bagi membolehkan seseorang yang diampunkan itu beloh bertaanding dalam Pilihanraya sepertimana peruntukan Perkara 42 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.

 

 

Setelah 20 tahun berlalu, akhirnya beliau mendapat laluan untuk menjadi Perdana Menteri ke-8  selepas Perdana Menteri ke-7 (Tun Dr Mahathir) yang akan melepaskan jawatannya dalam tempoh 2 tahun seperti dalam manifesto PH. Apakah maknanya ini?  Kalau...dulu Dr Mahathir yang menarik masuk DSAI, beliau  juga yang memecat, dan kini beliau juga sekali membuat strategi dan memberi laluan kepada DSAI sebagai PM ke-8.   Atas nama RAKYAT....segalanya boleh berlaku.  Bijakkah rakyat? Bodohkah rakyat-?  Atas nama DEMOKRASI segalanya dirancang...bak kata bahasa Indonesia “ undi rakyat, bisa diurus”.   Walau apapun, masa akan menentukan  apakah beliau akan menjawat  Perdana Menteri Ke-8?  Sekadar lontaran catatan...yang membingungkan pemikiran. ”

 

Petikan sebahagian catatan penulis selepas PRU 15 pula adalah seperti berikut:

 

“KEPUTUSAN PRU 15 – RAKYAT BERSUARA, PN TERANGKAT, BN TERBENAM DAN PH SEBAGAI BLOK TERBESAR DIDEWAN RAKYAT

PRU 15 pada 19 November 2022 telah melakar sejarah tersendiri. Realitinya jauh menyimpang dari ramalan. Tsunami politik lagi sekali menerjah negara ini, malah lebih dahsyat dari PRU 14. Inilah “ datuk pilihanraya´ bukan sekadar “Ibu pilihanraya”.  Namun pelbagai pihak meramalkan tiada mana-mana gabongan parti politik dapat membentuk kerajaan telah menjadi kenyataan.   ….”

 

“Hari Kelima – 24 November 2022 – Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Ke-10.

11.00 pagi – Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja di Istana Negara membincangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang dihadiri oleh lapan Raja-Raja Melayu kecuali Kelantan..

1.00 tgh  - Istana Negara dalam kenyataan media memaklumkan  bahawa Pengerusi PH, Dato’ Seri Anwar Harun, Ahli Parlimen Tambun diantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.  Beliau akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 5 petang di Istana Negara.

Antara  kenyataan Istana Negara adalah:

Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda (Yang di-Pertuan Agong) telah memberi perkenan untuk melantik Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Tambun) sebagai perdana menteri Malaysia ke-10.”

 “(Ini) selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara (43)(2)(a) Perlembagaan Persekutuan”

Kenyataan tersebut juga menyebut: “Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu turut menyokong pendirian Seri Paduka Baginda bagi pembentukan kerajaan yang stabil dengan secepat mungkin berikutan PRU15,” 

Enam bulan telah berlalu.  Disini, penulis ingin mencatatkan bahawa penulis telah ditawarkan bertugas sebagai Pegawai Tugas-Tugas  Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 11 Disember 2022.  Seterusnya melapor diri pada 19 Disember 2022 di Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.  Walau bagaimanapun, kelulusan  muktamad perlu diperolehi dari Perdana Menteri bagi penjawat awam yang telah bersara.

Pada 7 Januari 2023 (Sabtu), kira-kira jam 5 petang, penulis mendapat panggilan dari Dato’ Dr Naim Moktar, Menteri di  Jabatan yang menyatakan bahawa “PMO tidak bersetuju dengan pelantikan sebagai  PTTK’.   Beliau juga menyatakan telah membuat rayuan tetapi dijawab “ keputusan muktamad .. dibuat berdasarkan laporan”.  Selepas itum penulis dimaklumkan bahawa Perdana Menteri  telah mencatatkan “sila cadangkan nama lain”.  Berdasarkan maklumat yang diterima, keputusan tersebut adalah bersandarkan bahawa penulis pernah berkhidmat dengan Menteri dari PAS iaitu Menteri  di Jabatan Perdana (Parlimen dan Undang-Undang) semasa pemerintahan Perikatan Nasional (PN).  Ini terbukti, apabila Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri yang pernah berkhidmat dengan Timbalan Menteri dari PN juga dipindahkan semula ke Jabatan Perkhidmatan Awam.

Begitulah catatan penulis terhadap Pak Sheikh yang disanjung suatu ketika dulu dan kini Perdana Menteri 10 dengan  selogannya “Malaysia Madani” yang telah menyingkirkan penulis sebagai PTTK kepada Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama).  Maka sempatlah penulis berkhidmat sebulan tanpa gaji semasa pemerintahan Kerajaan Perpaduan. 

Suatu catatan yang sukar dilupakan….

Jenderam Hulu, Sepang

30 Mei 2023 

No comments:

Post a Comment

GERAKAN REFORMASI, 20 SEPTEMBER 1998 : DULU DISISIHKAN, SEKARANG DI MULIAKAN

Setelah lebih setahun, penulis menyepi diri dan kini mengagahi diri aktif semula menggarap apa yang terpendak dalambenak pemikiran.  Peristi...