Pada hari Sabtu, 5 November 2022 adalah hari penamaan calon PRU 15. Seramai 945 calon bagi 222 kerusi Pariimen yang merupakan calon teramai dalam sejarah. Berbanding dengan PRU 14 – 687 calon dan PRU 13 – 579 calon.
Berdasarkan penamaan calon, pertandingani negeri-negeri Semenanjong sekurang-kurangnya 3 penjuru iaitu PH, BN dan PH dan terbanyak 10 penjuru. Ringkasan pertandingan pelbagai penjuru seperti berikut:
Bil |
Persaingan |
Jumlah kawasan Parlimen/Catatan |
1 |
2 Penjuru |
9 |
2 |
3 Penjuru |
54 |
3 |
4 Penjuru |
82 |
4 |
5 Penjuru |
43 |
5 |
6 Penjuru |
24 |
6 |
7 Penjuru |
5 |
7 |
8 Penjuru |
3 |
8 |
9 Penjuru |
1 – di Parlimen Ampang, Penyandang Zuraidah
Kamaruddin yang menang atas PKR, yang kemudiannya keluar parti dan kini atas
parti PBM (Parti Bangsa Malaysia)
ditentang oleh 8 calon lain– BN(MCA), PN(Bersatu), PH(PKR), Warisan, Pejuang
dan 3 Bebas. |
9 |
10 penjuru |
1 - di Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur. Penyandang (Prabakaran, PKR -asalnya bebas kemudian lompat kepada PKR
selepas PRU 14) ditentang oleh BN (MIC), PN(PAS), Warisan , Pejuang, PRM dan
4 Bebas termasuk Tian Chua (Penyandang PRU 12 & 13, ditolak pencalonan
pada PRU 14 kerana hilang kelayakan yang seterusnya menyokong calon Bebas.
Tidak dicalonkan pada PRU 15 oleh PKR) |
|
|
|
Bil |
Parti |
Jumlah Calon |
1 |
PH (PKR,DAP, AMANAH) |
206 |
2 |
BN (UMNO, MIC, MCA) |
178 |
3 |
PN (BERSATU, PAS,GERAKAN) |
149 |
4 |
PEJUANG (Gerakan Tanah Air-GTA : PEJUANG, BERJASA,
NGO DAN individu) |
116 |
5 |
BEBAS |
108 |
6 |
WARISAN |
52 |
7 |
GPS (Gabongan Parti Sarawak) |
31 |
8 |
PAS (Di Kelantan dan Terengganu sahaja –
menggunakan loga PAS) |
22 |
9 |
PRM (Parti Rakyat Malaysia) |
16 |
10 |
GRS (Gabongan Rakyat Sabah) |
13 |
11 |
PSB (Parti Sarawak Bersatu) |
10 |
12 |
MUDA |
6 |
|
Jumlah |
945 |
PRU 15 ini juga mencatat sejarah, apabila untuk kali pertama mencatatkan calon BEBAS paling ramai dalam sejarah PRU di negara ini iaitu 108 orang dan gabongan parti yang terbanyak Iaitu BN, PN, PH dan GTA serta parti-parti kecil iaitu MUDA dan PRM. Kali pertama juga pertubuhan bukan Kerajaan bertanding dalam PRU atas tiket GTA tetapi menggunakan logo PEJUANG (pendaftaran GTA belum diluluskan).
Tanggal 19 November 2022 (Sabtu) akan membuktikan sama ada calon-calon gabongan parti-parti politik, atau calon parti persendirian atau bebas akan mendapat kepercayaan majoriti pengundi.
Sama-sama tunggu, berapa ramaikah calon-calon PRU 15 yang akan hilang wang pertaruhan jika memperolehi kurang 1/8 (12.5 peratus) dari jumlah yang undi yang dikira.
Catatan bersejarah sempena PRU 15.
7 November 2022
Sri Medan, Johor.
No comments:
Post a Comment