Setelah buku Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat diedarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat (SUDR) pada 6 September 2021, antara tumpuan utama ialah tiada tersenarai usul-usul yang diperkatakan banyak pihak iaitu usul kepercayaan kepada Perdana Menteri Ke-9 dan juga usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Usul Kepercayaan
Kepada Perdana Menteri Ke-9
Isu usul
kepercayaan Perdana Ke-9 mendapat perhatian
apabila pihak Istana Negara dalam Kenyataan Media oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja
pada 18 Julai 2021 (selepas Tan Sri Muhaiddin Yassin (TSMY) meletak jawatan Perdana
Menteri Ke-8, 16 Julai 2021) telah memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong
(YDA) menitahkan supaya usul kepercayaan (disebut “usul undi percaya”)
dibentangkan di Dewan Rakyat untuk mengabsahkan Perdana Menteri yang dilantik. Pada 19 Julai 2021, YDA telah memutuskan Naib
Presiden UMNO, Dato’ Seri Ismail Sabri Yakob (DSISY) sebagai Perdana Menteri
Ke-9 setelah berpuashati pada hemat baginda beliau mendapat sokongan majoriti
114 Ahli Dewan Rakyat dan seterusnya mengangkat sumpah pada 21 Julai 2021. Justeru pelbagai pihak merasakan usul
kepercayaan akan dibentangkan di Dewan Rakyat apabila bersidang. Namun beberapa hari menjelang persidangan
pada 13 September 2021, Peguam Negara telah membuat kenyataan pada 4 September
2021 bahawa tiada keperluan usul kepercayaan. Katanya “ tiada keperluan untuk
mengabsahkan pelantikan Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri atau
kerajaan pimpinannya kerana ia ditubuhkan mengikut lunas undang-undang.” “Sekiranya
masih memerlukan keabsahan, ini bermakna kuasa mutlak YDA berhubung perkara itu
boleh diatasi pihak lain.” “Langkah sedemikian adalah tidak selaras dengan
peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menidakkan kuasa Agong seperti mana
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” “Susulan daripada penerimaan surat-surat akuan
tersebut, Seri Paduka Baginda telah berkenan menerima mengadap seramai 114 ahli
Dewan Rakyat pada 19 Ogos 2021 untuk mengesahkan kepercayaan mereka kepada ahli
Dewan Rakyat yang telah dicalonkan untuk dilantik sebagai perdana menteri iaitu
Ismail Sabri bin Yaakob, ahli Parlimen Bera.” “Pada 21 Ogos juga perdana
menteri yang baru telah pun mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan dan
sumpah taat setia dan simpan rahsia di hadapan Seri Paduka Baginda menurut
kehendak Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan. “Selaras dengan proses
pemilihan yang telah dijalankan dengan teliti dan telus untuk melantik perdana
menteri ke-9 seperti yang dinyatakan di atas, secara jelas pelantikan Ismail
Sabri bin Yaakob sebagai perdana menteri ke-9 adalah sah dan menurut kehendak
Perlembagaan Persekutuan. (Malaaysia Now, 4 September 2021).
Sebagaimana catatan penulis sebelum ini, bahawa tiada
keperluan atau kemestian yang ditetapkan oleh Perlembagaan setelah YDA berkenan
melantik Perdana Menteri yang pada hemat Baginda mendapat sokongan majoriti. Usul kepercayaan yang pernah diamalkan di
Dewan Rakyat adalah usul kepercayaan melalui usul persendirian yang
dipersetujui oleh Kerajaan untuk didahulukan iaitu usul kepercayaan kepada
kepimpinan Perdana Menteri Ke-3 iatu Datuk Hussein Onn, 27 Januari 1976 dan juga kepada Perdana Menteri Ke-5, Dato’ Seri Abdullah Badawi pada 3
November 2003. Usul kepercayaan sedemikian dibuat terhadap Perdana Menteri yang
dilantik selepas Perdana Menteri sedia ada melepas jawatan/mengundur diri atau
meninggal dunia, dan bukan selepas pilihan raya umum. Usul sedemikian tidak pernah dibuat terhadap
Perdana Menteri yang dilantik selepas pilihan raya umum, walaupun majoriti mudah
selepas PRU 14 (majoriti bertambah setelah terdapat ramai Ahli Parlimen lompat
parti).
Sementara itu, pada 7 Ogos 2021 dilaporkan Datuk Seri Dr
Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan
Undang-Undang) berkata YDA memberi perkenan agar tiada usul kepercayaan
(disebut usul undi percaya) dikemukakan di Dewan Rakyat bagi menentukan
keabsahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri. Menurutnya pelantikan tersebut telah
dibuat mengikut peruntukan undang-undang.
Juga usul tersebut tidak sepatutnya dilakukan kerana kerajaan pimpinan
Perdana Menteri Ke-9 baharu sahaja dibentuk. "Jadi dalam masa singkat,
saya tidak lihat mereka (ahli Parlimen) mengubah pendirian. Jika tempoh enam
atau tujuh bulan, mungkin ada yang mengubah fikiran," katanya. (Sinar
Harian, 7 Ogos 2021).
Pada asalnya usul kepercayaan kepada Perdana Menteri Ke-8
(TSMY) telah diputuskan oleh kerajaan pada 4 Julai 2021 akan dikemukakkan di Dewan
Rakyat pada 7 Sept 2021 (hari kedua persidangan), namun tidak sempat
direalisasaikan kerana TSMY telah hilang majoriti apabila 15 Ahli Parlimen UMNO
menarik balik sokongan.
Kini persoalannya, apakah DSISY dan kerajaan akan bersedia
mengemukakan usul tersebut? Penulis
akui usul ini bukan “keperluan” mengikut Perlembagaan tetapi “keperluan
mengikut amalan dan kehendak politik semasa”. Ianya masih tidak terlambat walaupun buku AUM
telah diedarkan sebagaimana yang dibimbangi oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai. Ini kerana usul kerajaan oleh Menteri boleh
dikemukakan dengan pemberitahu 1 hari dengan kebenaran Yang di-Pertua [Peraturan
27(3)]. Walau bagaimanapun, jika usul
persendirian oleh Ahli Parlimen perlu pemberitahu 14 hari.
Usul Pengosongan
Jawatan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua telah
dikemukakan oleh beberapa Ahli Parlimen.
Antaranya Ahli Parlimen Lembah Pantai, memaklumkan
usul tersebut yang dikemukakannya telah ditolak dan surat penolakan itu
ditandatangani oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat 1 yang dihantar
melalui emel kepadanya pada 30 Ogos 2021. Usul itu tidak boleh dibentangkan
pada sidang Parlimen akan datang kerana “tidak teratur” mengikut Peraturan Mesyuarat 4(3) Peraturan-Peraturan Majlis
Mesyuarat Dewan Rakyat. Sebelum Yang
di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar@Azizian Harun menafikan beliau menolak
mana-mana usul Ahli Parlimen yang mahukannya mengosongkan jawatan itu. Juga beliau tidak pernah campur tangan atau
terbabit dalam membuat sebarang keputusan berhubung usul berkenaan dan
keputusan mengenai usul tersebut diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan
Rakyat, Dato’ Rashid Hasnon.,(FMT, 2
Septrember 2021).
Difahamkan juga usul sedemikian dikemukakan
oleh Ahli Parlimen Bagan Datuk mengikut Peraturan Mesyuarat 26(2) dan 27(3) telah
ditolak oleh Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Dengan penolakan usul-usul ini, maka urua-ura
untuk mengusulkan Ahli Parlimen Pengerang (yang telah meletak jawatan sebagai
Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat II) tidak menjadi kenyataan.
Disini penulis ingin nyatakan, jika benar
laporan yang menyatakan penolakan usul ini mengikut Peraturan Mesyuarat 4(3), maka
alasan penolakan ini tidak tepat sama sekali kerana peraturan ini berkaitan
pemasyhuran Yang di-Pertua jika hanaya terdapat satu nama dan undian bersurat
bagi pemilihan Yang di-Pertua jika terdapat lebih satu nama/calon.
Usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua buat
kali pertama dalam sejarah ialah pada 13 Julai 2021 iaitu pengosongan
jawatan Yang di-Pertua ketika itu, iaitu Tan Sri Mohamad Arif Yusof Md Yusof,
dimana usul dikemukakan oleh kerajaan era Perdana Menteri Ke-8 (TSMY) dan
kemudian melantik Datuk Azhar @ Azizian Harun. Usul pengosongan dan pelantikan ini
juga menjadi kontraversi sehingga dibawa
ke Mahkamah yang kemudiannya memutuskan pelantikan itu sah dan mahkamah tidak
boleh mencampuri ururasan didalam Parlimen mengikut Perkara 63 Perlembagaan
Persekutuan.
Kebiasaanya, Yang di-Pertua dilantik selepas
pilihanraaya umum atau penyandangnya meninggal dunia. Usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua pula.
biasanya oleh pihak kerajaan dan bukannya dari Ahli Parlimen sebagai usul
persendirian. Sekiranya usul pengosongan
jawatan Yang di-Pertua oleh Ahli Parlimen ini diterima, ia sekadar dimasukkan
dalam senarai Aturan Urusan Mesyuarat dan tidak mungkin kerajaan bersetuju
untuk membenarkan usul itu didahulukan ( Peraturan Mesyuarat 15(1), urusan kerajaan
hendaklah didahulukan).
Bagi penulis, usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua tersebut hanyalah sekadar “usul balasan” terhadap usul sedemikian oleh pihak Kerajaan PN dibawah era TSMY itu. Walau bagaimanapun, ketidak puashatian terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azizan Harun berbangkit apabila beliau memuat petua mengenai maksud pembentangan ordinan-ordinan darurat pada 29 Julai 2021 dengan menekankan maksud “laid” iaitu dibentangkan atas meja yang berbeza dengan ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan UMNO. Tambahan pula selepas itu, Ketua Pembangkang membacakan Kenyataan Media oleh Istana Negara yang minta ordinan itu dibahaskan dan diungkaikan di Dewan Rakyat. (Untuk rekod, Kerajaan mencadangkan ordinan-ordinan itu dibatalkan dan mohon perkenan YDA pada 23 Julai 2021, tetapi belum (akhirnya tidak) diperkenan oleh YDA).
Suatu catatan dipinggiran demokrasi jua,
Jenderam Hulu,
8 Ogos 2021).
No comments:
Post a Comment