Tuesday, 3 July 2018

Mengurus Perubahan - Antara Kemenagan dan Kekalahan


Berikut adalah catatan penulis pada awal pagi 10 Mei 2018  selepas keputusn PRU Ke-14 diketahui  sepenuhnya:-

"Akhirnya keputusan  keseluruhan PRU Ke-14 diumumkan setelah  selesai penjumlahan undi menjelang jam  4.45  pagi pada  10 Mei 2018.   Keputusannya di peringkat Parlimen adalah PKR (PH) – 104 ;   Barisan Nasional (BN)  - 79; dan PAS- 18 kerusi.   Jika berlaku gabungan parti-parti sealiran PH , maka PH mempunyai  122 kerusi, tidak termasuk PAS dan Bebas. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN)  pula – ... negeri dikuasai PH – Penang, Selangor,  Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, Kedah dan Sabah, PAS – ( Kelantan  dan N Terengganu)  dan BN pula – Perlis dan Pahang.  Kedudukan Ahli Dewan Rakyat  mengikut  pecahan parti adalah seperti berikut:

Bil
Parti
Jumlah Kerusi
Pakatan Rakyat (PH)
1
PKR (DAP, PBBM DAN AMANAH)
104
2
WARISAN
8
3
DAP (Sarawak)
9
4
Solidarity Tanah AirK.ku
1

5

Barisan Nasional(BN)

79
13
PAS
18
14
Bebas
3
Jumlah
222


Inilah realitinya, terbentuklah Kerajaan baharu dan berakhirlah penguasaan BN selama 60 tahun semenjak negara ini mencapaii kemerdekaan.   Maka benarlah keyakinan Pengerusi Harapan yang akan menang dengan majoriti mudah. Jika tsunami politik pertama pada tahun PRU 12 (2008) telah menafikan penguasaan dua pertiga BN di Parlimen, tetapi tsunami kedua  PRU 14 (2018)  telah menyingkiran penguasaan BN di Parlimen dan  ini adalah kali pertama dalam  sejarah di negara ini.  Maka melesetlah ramalan pelbagai pihak termasuklah penulis sendiri yang mengharapkan BN menang walaupun dengan majoriti mudah.  Berakhirlah era BN di negara ini dan ternukillah dalam  lipatan sejarah..  Kalau sebelum ini, pelbagai pihak menamakan PRU ini sebagai “bapa segala pilihanraya” ( kerana PRU 12 – ibu segala pilihanraya), maka penulis memanggil pilihanraya ini “ datuk segala pilihanraya”.

Penulis ingin merakamkan disini, faktor yang mempengaruhi keputusan ini adalah faktor kos sara hidup, GST, 1MDB dan juga tidak kurang pentingnya sentimen anti Najib – Rosmah, gabungan parti-parti pembangkang dalam PH  serta penyertaan Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi PH.   Dalam hal ini juga, perpecahan dalam UMNO sehingga wujudnya PBBM  tidak kurang peranannya meyumbang kepada sentimen anti BN.  Semasa berbaris untuk mengundi, penulis memerhatikan semangat yang tinggi dikalangan pengundi khususnya pengindi muda, malah bisik-bisik   dan rayuan melalui washapp untuk mengundi PH amat berleluasa dengan  pujuka, “ kali  ini  sajalah” dan “5 tahun ini pulihlah UMNO dan akan akan menangkan UMNO  semula pada PRU akan datang”.  

Rumusannya, keputusan PRU 14 ini telah menafikan ramalan dan persepsi sebelum ini :-
·         BN akan menang majoriti mudah;
·         PAS akan  kalah teruk sehingga kehilangan Kelantan;
·         pengundian pada  hari Rabu akan mengurangkan peratusan mengundi;
·         Tun Dr Mahathir telah berlalu pengaruhya;
·         PBBM dan WARISAN tidak mendapat sokongan akar umbi; dan
·         tidak berlaku tsunami politik dikalangan  pengundi Melayu."


            Sejak itu, maka suasana masyarakat di negara ini dalam dua keadaan - satu pihak mengurus kemenangan dan di satu pihak lagi mengurus kekalahan .  Di pihak pemerintah, PH dan para penyokongnya teruja dengan kemenangan - berhempas pulas untuk menunaikan janji manisfesto dan dimasa yang sama membongkar segala salah laku sama ada yang jelas atau sebaliknya.  Beberapa janji manifesto PH cuba ditunaikan :-
  • GST O% bermula 1 Jun 2018 dan pelaksanaan SST mulai September 2018
  • mengeluarkan senarai hitam pemimpam PTPTN
  • Caruman 2% untuk suri ruamah (sedang dalam tindakan)
  • Pilihanraya Keraajaan Tempatan dalam temoh 3 tahun
Namun banyak lagi yang sukar untu dilaksanakn. .  Yang paling dinantikan ialah  penurunan harga minyak (bahan bakar RON95, RON97 dan DIESEL) seperti janji2 menifesto.  Dimasa yang sama isu 1MDB dan penyiasatan digiatkan disamping membongkar hutang negara yang dinyatakan oleh Kerajaan sebayank RM1 triloin namun dpertikaikan satu pihak lagi, khusus mantan kerajaan terdahulu yang menyatakan sektitar  RM 680 juta bilion.   Antara  tindakan yang dirasakan munasabah oleh pihak PH tetapi dipihak lain melihat ia sebagai tindakan yang tidak wajar, antaranya :-

Peguam Negara dipecat.

Hakim Negara didesak letak jawatan

 KP SPRM dipecat

 Gabenor BNM letak jawatan.

 KPN didesak letak jawatan

Harga Gas asli naik apabila TARIF asas gas asli dinaikkan 77 sen kepada                  RM23.80 per satu juta unit termal British (MMBtu) mulai 1hb Julai 2018.

Kes perbicaraan isu kerugian RM32 bilion akibat judi FOREX dihentikan.


 Tol tidak dimahsuhkan

 Kerajaan PH memohon berhutang dengan kerajaan Jepun

 Tun Mahathir anugerahkan projek pembangunan Langkawi kepada kroninya            TS Ting Pek Khiing satu projek bernilai RM30 bilion merangkumi pembinaan              kira2 30,000 unit kondominium mewah, pusat komersial dan dermaga kapal di            kawasan seluas 81 hektar tanah tebus guna di barat Pulau Langkawi yang                   dilancarkan pada 1hb Jun 2018.

 Merancang bina kilang automotif dipercayai untuk kroni bukan untuk                          Malaysia.

 Menteri Pertanian menyatakan harga barang turun 30%~50% tetapi tidak.l

 Pasar ramadhan di jalan TAR KL diurus secara rasuah

 Peruntukan untuk baik pulih (renovation) dan pembinaan Madjid dan Surau               diBATALkan.

 Peruntukan untuk bina GEREJA sebanyak RM6 juta diluluskan.

 Seramai 1200 orang bakal jemaah Haji ke Mekah pada musim ini (1438                   Hijrah/2018) yang ditaja oleh syarikat 1MDB kecewa kerana hasrat mereka                 tidak kesampaian apabila tajaan ini telah diBATALkan oleh kerajaan PH.

 Memberhentikan guru2 Quran dan Fardu Ain.

 Penjawat awan bertaraf kontrak dibuang kerja

 Tidak bertindak terhadap pihak2 yang semakin berani menyerang JAKIM                    sebagai peneraju institusi Islam negara malah bertindak kaji untuk                              mengurangkan peranan JAKIM.

 Berdiam diri dengan kelantangan pihak2 Islam liberal dan LGBT yang                        semakin  berani menuntut kebebasan melakukan aktiviti persundalan, khalwat            dan maksiat.

 Melantik sekumpulan orang-orang  kaya raya yang sehingga hari ini masih                 tidak menonjolkan peranannya membantu kemajuan ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...