Akhbar-akhbar
melaporkan kenyataan Perdana Menteri
yang meyifatkan tindakan ahli Parlimen Pembangkang yang keluar Dewan
semalam sebagai protes pelantikanYang di-Pertua Dewan sebagai satu
sandiwara, “Itu satu sandiwara.
Apabila bekas Perdana Menteri keluar,
maka sekarang dia tahu mengapa
orang (pembangkang dahulu) keluar.’(Berita Harian, 17.7. 2018). Begitu juga Berita Harian melaporkan “ Ahli Parlimen termuda terkejut insiden
protes hari pertama” . Ahli Parlimen
Batu yang berusia 22 tahun ( masih mqhasiswa) mentatakan “ Memang tekejut, dan
saya bertanya pada diri , adakah ini
sidang Dewan Rakyat yang sebenar”.
Sebagaimana penulisan
sebelum ini, penulis nyatakan insiden
ini bukanlah kali pertama malah pernah berlaku pada 20 Disember 1999. Ketika itu, persidangan pertama selepas PRU
10 iaitu Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen
Ke-10 yang bersidang selama 4 hari
sahaja dari 20 hingga 23 Disember dengan usul mengenepikan Peraturan Mesyurat dimana
Yang di-Pertuan Agong tidak bertitah pada Mesyuarat Pertama selepas pilihanraya umum.. Persidangan selama 4 hari tersebut adalah
untuk angkat sumpah pada hari pertama (sebelah pagi) dan di sambung terus pada
sebelah petang untuk urusan-urusan
Kerajaan khususnya beberapa Rang Undang-Undang yang perlu diluluskan yang terluput semasa Parlimen Ke-9 dibubarkan
pada 11 November 1999. Juga untuk membolehkan Usul Perbelanjaan Perbelanjaan Sebahagian
Tahun 2000 kerana Bajet 2000 (RUU Perbekalan 2000) turut terluput. Selepas Setiausaha membaca Proklamasi Memanggil
Parlimen, Ahli Parlimen Pendang telah bangun dan mempersoalkan kesahan
persidangan kerana pengisyiharan Memanggil Parlimen di buat oleh Yang di-Pertua
Agong sebelum kabinet baru dibentuk. Setiausaha telah menegur supaya Ahli Parlimen duduk kerana belum ketikanya berucap
(belum angkat sumpah). Berlaku
pertikaman lidah, apabila Perdana
Menteri [Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad
–(Kubang Pasu ( BN] telah mencelah dan menegaskan adalah menjadi tugasnya
menasihatkan Yang di-Pertuan Agong sebagai
caretaker government walaupun Jemaah
Menteri baharu belum dibentuk. Sebagai bantahan, Ahli-ahli Pembangkang [Barisan
Alternarif (BA) - PAS - 27, DAP – 10 dan PKR – 5) telah keluar Dewan sebelum perlantikan Yang
di-Pertua Dewan (Tun Mohamed Zahir Ismail). Walau bagaimanapun, mereka masuk
semula ke dalam Dewan untuk angkat sumpah..
Bagi persidangan
Mesyuarat Pertama selepas PRU 14, dimana BN menjadi pembangkang (51 kerusi – setelah Sabah, Sarawak, GERAKAN
dan 3 ahli UMNO keluar BN) dan PH sebagai Kerajaan (124 kerusi), telah
menyaksikan pembangkang keluar Dewan kerana membantah pelantikan Yang di-Pertua
( Datuk Mohamad Ariff Md Yusof) didakwa
tidak memenuhi notis 14 hari (Peraturan Mesyuarat 4.). Hampir kesemua Ahli Parlimen Pebangkang keluar Dewan dan
masuk semula untuk angkat sumpah.
Persamaan kedua
insiden tersebut ialah Setiausaha tidak membenarkan Ahli-ahli Parlimen mencelah
atau berucap sebelum angkat sumpah dan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang keluar
Dewan dan masuk semula untuk angkat sumpah.
Perbezaannya, pada 20 Disember 1999, persidangan tersebut diteruskan
pada sebelah petang dengan usul mengetepikan beberapa Peraturan Mesyuarat, maka ada ruang Ahli-ahli
Parlimen membangkitkan Peraturan Mesyuarat 4 yang mempertikaikan pelantikan
Yang di-Pertua Dewan tidak cukup notis 14 hari.
Apa yang berlaku ialah perbezaan tafsiran, dimana pembangkang menyatakan
notis diberi ialah 13 hari, tetapi Kerajaan menafsirkan telah genaf 14 hari. Tetapi
pada insiden 16 Julai 2018 pula, Ahli-ahli Parlimen Pembangkang belum
berpeluang untuk mendapatkan penjelasan kerana tiada persidangan pada sebelah
petng selepas angkat sumpah bagi memberi keutamaan untuk Titah Yang di-Pertua
Agong pada hari kedua persidangan (17 Julai 2018). Ruang untuk perkara tersebut
ialah pada hari ketiga iaitu selepas sesi pertanyaan lisan.
Apa yang menarik,
insiden pada 16 Julai 2018 adalah juga semasa pentadbiran Tun Dr Mahathir
Mohamad (PH – Langkawi) apabila beliau dilantik sebagai Perdana Menteri kali
kedua tetapi sebagai Pengerusi PH. Oleh
itu untuk menyatakan tindakan keluar Dewan sebagai sandiwara, ia boleh dippertikaikan kerana ada perkara atau tindakan yang diragui.
Ringkasnya, Kedua-dua insiden ini
berlaku dibawah pentadbiran Perdana Menteri yang sama tetapi dalam posisi parti
yang berbeza semasa ia dalam BN dan PH..
Disini, selain dari
dua insiden tersebut, penuls petik semula catatan penulis yang merakamkan tindakan
keluar Dewan oleh pihak pembangkang ( yang kini Kerajaan),
iaitu:
i.
Pada 16
Disember 2010 (Khamis) adalah hari terakhir persidangan Mesyuarat Ketiga, Penggal Ketiga, Parlimen Kedua
Belas. – Dalam suasana riuh yang berterusan, pada pukul 11.04 pagi, YB
Menteri di Jabatan Perdana Menteri membentangkan Usul Penyata Jawatankuasa Hak
dan Kebebasan – Penggantungan Tugas Ahli Parlimen Permatang Pauh Selama Enam
Bulan. Usul ini dibentangkan kerana
Ahli Parlimen Permatang Pauh mengelirukan Dewan dengan kenyataannya APCO
mencipta slogan 1Malaysia dan ia dinafikan oleh pihak kerajaan dan syarikat
APCO sendiri. Isu APCO ini dibangkitkan
oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh dalam perbahasannya pada semasa perbahasan
Bajet 2011 di peringkat dasar. Ahli-ahli pembangkang bangun mempertikaikan
usul tersebut dan akhirnya tidak dapat dibahaskan. Ketika ini susana Dewan amat riuh, ramai ahli
pembangkang bangun menunjukkan sepanduk..seperti APCO, zalim dan sebagainya serta
jerit menjerit.Suasana
persidangan pada hari itu penuh hiruk pikuk dan berlaku demontrasi dalam
Dewan. Ini mungkin kali pertama dalam
sejarah persidangan. Ketegangan amat
terasa sekali dan penulis merasakan inilah suasana paling tegang dan tidak
terkawal dalam persidangan Parlimen.
Dalam suasana sedemikian, usul tersebut dipersetujukan tanpa bahas. Suasana
berlarutan sehingga 11.30 pagi dan semua
Ahli Parlimen pembangkang keluar Dewan (kecuali YB Seputeh – keluar pada
pukul 12.20 tengahari), di mana ketika
itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
sedang membentangkan usul kedua iaitu
Penggantungan Tugas Ahli Parlimen Selama Enam Bulan Usul ini adalah untuk
menggantung Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Subang
dan Gombak kerana menghina Dewan, dimana mereka telah membuat kenyatan
akhbar mengenai perakuan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tersebut sebelum di
bentangkan di Dewan Rakyat. 5 orang ahli iaitu YB Kota Belud, Pasir Mas,
Kinabatangan, Jasin dan Wangsa Maju serta beberapa ahli yang mencelah semasa membahaskan usul tersebut dan usul dipersetujukan, dan
mereka digantung 6 bulan. Akhirnya
pukul 1.02 minit, semua urusan Kerajaan telah selesai dan Dewan ditangguhkan
(sine die) kepada satu tarikh yang akan ditetapkan. Penangguhan Dewan Rakyat lebih awal dari masa
ditetapkan adalah jarang berlaku.
ii.
Pada 21 Oktober 2016 (Jumaat) Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat
Parlimen Ketiga Belas, pembentangan Bajet 2017 yang bermula jam 4 petang
terhenti seketika apabila pembangkang tidak puas hati dengan kenyataan Perdana
Menteri bahawa pembangkang bermain sandiwara
kononnya Malaysia mengharungi ribut ekonomi yang sukar. Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas
hati terus berdiri dan mengangkat pelekad '#Siapa MO1?' selain cuba mengganggu
pembentangan bajet sehingga memaksa Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri
Pandikar Amin Mulia campur tangan. Tindakan
sedemikian, adalah kali pertama dalam sejarah pembentangan Bajet di Parlimen
Malaysia.
Seterusnya sebahagian besar Ahli Parlimen pembangkang telah keluar Dewan Rakyat. Tindakan itu
disertai Ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Presiden Parti Peribumi Bersatu
Malaysia. Mereka keluar dari dewan
sambil membawa plakad '#Siapa MO1?', sebelum menemui media di lobi Parlimen. Ahli-ahli Parlimen PAS tidak keluar Dewan
kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena
iii.
Pada 29
Mac 2018, persidangan Dewan Rakyat di Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam,
Parlimen Ke-13, Semasa Usul Kewangan (Keras Statut) berkaitan Akta Barang dan Perkhidmatan 2014 hendak di
persetujukan, pada pukul 1.03 tengahari, lebih 15 Ahli Parlimen dari
pembangkang minta belah bahagian, tetapi Timbalan Yang di-Pertua putuskan belah
bahaagian akan dibuat pada jam 2,30 petang nant. Ketika itu beberapa Ahli tidak puas hati. Pada pukul 2.30 petang, Timbalan Yang di-Pertua
yang mempengerusi Mesyuarat telah mengarahkan undi belah bahagian. Walau bagaimanapun Ahli
Parlimen Pembangkang membantah
kerana diminta sebelah pagi. Tetapi Ahli Parlimen Kerajaan (BN) mendesak supaya
diteruskan. Akhirnya YAB Timbalan
Perdana Menteri minta belah bahagian
yang disokong oleh semua Ahli Parlimen BN.
Pihak .pembangkang tidak
bersetuju kerana ini tidak mengikut
kebiasaan dan kesemuanya keluar Dewan.
Keputusan undi ialah Setuju: 101 dan Tidak Setuju:0. Selepas itu, mereka masuk semula ke
Dewan. Besar kemungkinan, inilah kali pertama undi belah
bahagian yang asalnya diminta oleh pembangkang tetapi diteruskan dengan
permintaan pihak Kerajaan..
Kesimpulannya, tindakan keluar Dewan secara
beramai-ramai sebagaai tanda protes atau bantahan bukanlah satu sandiwara atau untuk menarik perhatian masyarakat semata-mata, kerana tindakan sedemikian
mempunyai kewajarannya yang tersendiri berasaskan kemunasabahan isu atau
perkara-perkara berbangkit yang dirasai tidak mengikut peraturan atau amalan
persidangan Mesyuarat Parlimen. Tidak kira siapa yang menjadi pembangkang, sama
ada BN atau PH, PR atau BA, keluar Dewan adalah salah satu cara untuk menunjukan
bantahan sama ada suara/permintaan tidak dilayan oleh Yang di-Pertua atau tidak
setuju dengan sesuatu penjelasan oleh pihak Kerajaan.
No comments:
Post a Comment