Monday 2 July 2018

ERA MAJLIS PARLIMEN KESEBELAS (2004 – 2008)


Pilihan Raya Umum Kesebelas yang telah diadakan pada 21 Mac 2004 dan keputusannya, Barisan Nasional telah memenangi melebihi dua pertiga dan merupakan kerusi terbanyak dalam sejarah negara iaitu 199 dan pembangkang-. 23 kerusi.  Jumlah kerusi Dewan Rakyat pada kali ini  ialah 222, setelah ditambah 30 kerusi, berikutan pindaan Persempadanan Kawasan Pilihan Raya yang diluluskan oleh Parlimen pada tahun 2003.

Dalam tempoh Majlis ini,  era Tun Dr. Mohamed Zahir sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat berakhir,  apabila  beliau meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan iaitu  pada 14 Oktober 2004.   Beliau berkhidmat sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat sejak dari 14 Jun 1982 – selama 20 tahun.  Beliau disifatkan sebagai “..orang yang penyabar dan bersopan santun.  Percakapannya halus dan ini menjadikan beliau amat dihormati “ (Wan Junaidi Tuanku Jaffar, Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia).  Seterusnya Tan Sri Dato’  Seri Diraja Ramli bin Ngah Talib dipilih sebagai Yang di-Pertua pada 22 September 2004.

Tempoh Majlis Parlimen  Kesebelas ini adalah suasana baru dalam persidangan Parlimen.  Penulis setuju dengan pernyataan yang menyifatkan sebagai   “ keadaan yang unik dan berlainan”(Wan Junaidi Tuanku Jaffar, Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia).  Dimana Dewan Rakyat telah didominasi sepenuhnya oleh Ahli Parlimen Barisan Nasional/ kerajaan.  Suasana ini telah mendorong Ahli Parlimen Barisan Nasional menjadi ‘ pembangkang dalam kerajaan’. “ Ahli-ahli membuat teguran keras, cacian dan kecaman terhadap menteri-menteri, pemimpin politik dan pentadbiran di dalam Dewan”.(Wan Junaidi Tuanku Jaffar, Evolusi Parlimen dan Evolusi Speaker Parlimen Malaysia).  Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional  telah mengambil alih peranan pembangkang dan seolah-olah tidak perlu lagi wujudnya pihak pembangkang di Parlimen.   Ketua Pembangkang  ketika ini ialah YB Tuan Lim Kit Siang , Ahli Parlimen Ipoh Timur  (DAP).

1.        Dua Usul Mencadangkan Nama Yang Sama Sebagai Yang di-Pertua.
     
           Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Mesyuarat  1, Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat telah menetapkan urusan memilih Yang di-Pertua sebelum angkat sumpah Ahli-ahli pada hari pertama Mesyuarat selepas sesuatu Pilihan Raya Umum.  Pada 17 Mei 2004, adalah hari pertama persidangan bagi Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Parlimen Kesebelas selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas.  Setiausaha Dewan Rakyat telah menerima  dua cadangan iaitu usul YAB Perdana Menteri dan juga YB Tumpat,  tetapi nama yang dicadangkan adalah orang yang sama.    Oleh kerana Peraturan Mesyuarat  15(1) memperuntukkan bahawa urusan kerajaan hendaklah didahulukan pada tiap-tiap hari persidangan, maka usul oleh YAB Perdana Menteri yang dicadangkan dan disokong oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.  Memandangkan hanya seorang sahaja yang dicadangkan, maka Setiausaha memasyhurkan YB Tun Dato’ Seri Dr. Mohamed Zahir bin Haji Ismail sebagai Yang di-Pertua mengikut Peraturan Mesyuarat 4(3).

.2         Parlimen Malaysia – Ke arah Parlimen Kelas Pertama

Suara yang mencanangkan agar Parlimen Malaysia  Malaysia menjadi kelas pertama atau bertaraf dunia telah seringkali diutarakan sejak Majlis Parlimen Kesepuluh lagi khususnya pada tahun 2003.   Suara demikian berterusan pada Majlis Parlimen Kesebelas sama ada dibangkitkan dalam perbahasan di Dewan Rakyat, mahu pun pandangan pelbagai pihak diluar Dewan.
Institusi Parlimen perlu jadi kelas pertama
PETALING JAYA 17 Mei - Institusi Parlimen perlu menjadi kelas pertama terlebih dahulu sebelum dapat mengubah aspek lain dalam usaha menjadikan negara ini kelas pertama dalam segala bidang. Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang berkata, untuk merealisasikan perkara tersebut, Parlimen harus mengalami reformasi yang berterusan.  Katanya, perkara ini akan menjadi fokus utama pihaknya dan kerajaan juga harus bersama menggerakkan ke arah ini sejajar dengan konsep integriti dan ketelusan.
``Parlimen dapat menjalankan peranannya sebagai check and balance,'' kata beliau dalam pertemuan dengan Utusan Malaysia.
Kit Siang yang memenangi kerusi Parlimen Ipoh Timur pernah menjawat jawatan Ketua Pembangkang sejak dari tahun 1973 hingga tahun 1999.  Beliau dijangka dilantik lagi sebagai Ketua Pembangkang memandangkan DAP menjadi parti pembangkang terbesar dengan 12 kerusi berbanding Pas.  Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa Parlimen perlu memainkan peranan dalam memastikan kerajaan dapat menunaikan janji untuk menentang rasuah seterusnya menjadi pentadbir yang cekap.
Mengenai tugas sebagai Ketua Pembangkang, beliau berkata, bidang tugas tersebut tidak digariskan di bawah mana-mana peraturan tetapi secara amalannya tugas utama ialah mewakili ahli pembangkang dalam soal pentadbiran sahaja. 
``Dari segi dasar itu hak setiap ahli pembangkang kerana masing-masing mempunyai ideologi tersendiri cuma yang ada mungkin dari sudut kerjasama yang tidak formal,'' ujarnya.       [Utusan Malaysia- 18.5.2004]


3          Pindaan oleh Dewan Negara terhadap Rang Undang-Undang Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004

            Rang Undang-undang ini telah dibahaskan selama 3 hari di Dewan Negara  pada 21, 22 dan 26 Julai 2004, di Mesyuarat Kedua, Penggal Pertama, Parlimen Kesebelas .  YB Dato’ Dr. Chin Fook Weng  dalam perbahasannya, membangkitkan dan mencadangkan pindaan dengan memasukkan perkataan manusia pada fasal 8 dan 9 bagi menegaskan kesan racun perosak ini kepada manusia, bukan shaja binatang dan tumbuhan-tumbuhan.
            ..”Saya ingin menarik perhatian Yang Berhormat kepada Fasal 8 dan Fasal 9.
..”Fasal 8 menyatakan, bahawa yang ayat terakhir, “…terhadap binatang, tumbuhtumbuhan,buah-buahan dan harta”. Tetapi manusia dan alam sekitar tidak termasukdalam ayat tersebut dan jika diikuti Fasal 9 seseorang itu dikehendaki memberitahuLembaga jika berlaku penyelewengan ataupun ada kemudaratan makhluk perosak ituterhadap binatang, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan atau harta, kalau ada orang sedarbahawa ada kemudaratan berlaku pada alam sekitar ataupun manusia.Bukankah peruntukan ini tidak memerlukan seorang itu memberitahu kepadaLembaga, apa saya hendak katakan di sini ialah, tidak ada peraturan ataupun undangundangyang memerlukan pemohon itu memberitahu kepada Lembaga kalaukemudaratan berlaku kepada manusia dan juga alam sekitar. Saya rasa itu kurangsempurna sebab kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar adalah satu aspekyang lebih penting. Terima kasih. (DN.22.7.2004 – Dr. Chin Fook Weng (ms 18))”.


“Dato’ Dr. Chin Fook Weng: Berjalan itu sudah lama boleh jalan, tetapi anjing boleh berdiri dan juga boleh menari sedikit. Jadi, ini satu perkembangan mengikutevolusi sama ada ditentukan oleh Tuhan atau sama ada proses evolusi ini terpulangkepada kepercayaan kita.Satu lagi pertanyaan yang telah dikemukakan oleh Yang Berhormat Tuan HajiHassan tadi ialah tentang prosedur kita membahaskan sesuatu rang undang-undangdan kemudian mencadangkan pindaan dan sebagainya. Mengikut apa yang kitaamalkan di Dewan ini, memang kita ada bersidang dalam Jawatankuasa. Setiap kalibersidang, bukan sahaja kita bersidang sebagai Majlis Mesyuarat, kita juga bersidangsebagai Jawatankuasa di mana ada pegawai kita yang menurunkan cokmar itu kebahagian yang rendah. Itu adalah satu petunjuk bahawa kita sedang bersidang dalamJawatankuasa.
-Pada sidang Jawatankuasa itu, kita berhak kalau kita ingin mencadangkanpindaan-pindaan yang teliti kepada ayat-ayat dan sebagainya. Sama ada itu akandipersetujui atau tidak, itu satu perkara lain, tetapi apa yang telah diikuti di sini ialahmungkin kita tidak ingin membuat pindaan-pindaan seperti yang dimaksudkan itu olehkerana kita melihat rang undangundang ini telah diberi kelulusan oleh Dewan Rakyat dan kemudian dibawa ke sini.
Tetapi kalau kita rasa bahawa ada perkara-perkara yang memang kita tidakdapat bersetuju di dalam Dewan ini, maka ada ruang bagi kita membuat keputusan.Dalam ingatan saya, dahulu ada satu ketika terdapat satu kes di mana satu keputusantelah dibuat supaya hantar rang undang-undang itu balik ke Dewan Rakyat. Jadi, kita berhak, tetapi semua Ahli Dewan Negara baik dengan Ahli Dewan Rakyat. Maka oleh kerana kemesraan, kawan baik dan sebagainya, kita juga mengikut”

Cadangan tersebut telah mendapat sokongan padu Ahli-ahli Dewan dan pihak Kerajaan telah setuju membuat pindaan di peringkat Jawatankuasa.
Tuan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan masalah kepada Majlis bagi diputuskan. Masalahnya ialah bahawa Rang Undang- undangini dibacakan kali yang kedua sekarang.Masalah dikemuka bagi diputuskan, dan disetujukan.Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa. (DN.26.7.2004 ms27)
Dewan bersidang sebagai Jawatankuasa.
[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Jawatankuasa]Fasal 1 hingga 7 dikemukakan kepada Jawatankuasa.
Fasal 1 hingga 7 diperintahkan jadi sebahagian daripada Rang Undang-undang.
Fasal 8 dan 9 Pindaan:
Dato' Seri Kerk Choo Ting: Tuan Pengerusi, saya mohon “Bahawa dalam Fasal 8 di bawah perenggan (a) memasukkan selepas perkataan “terhadap” perkataan“manusia” dan dalam Fasal 9 dalam subseksyen baru 10A(1) yang dicadangkan,memasukkan selepas perkataan “terhadap” perkataan “manusia” seperti yang dicadangkan dalam kertas pindaannya. Kementerian ini mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormatyang prihatin, peka, berminat dan bertanggungjawab dalam perbahasan mereka danmencadangkan kepada kementerian supaya perkataan “manusia” ditambah kepada Fasal 8 dan Fasal 9 Rang Undang-undang Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 ini. Atas nasihat tersebut, kementerian telah berbincang dan membuat keputusan untuk membuat pindaan dalam Jawatankuasa rang undang-undang ini. Pindaan kepada Fasal 8, rang undang-undang tersebut adalah untuk memperuntukkan bahawa sebagai tambahan kepada peruntukan yang sedia ada, yang dicadangkan melalui pindaan kepada perenggan 10(1)(b) dalam perenggan (a) fasalitu, adalah juga dicadangkan bahawa Lembaga diberi kuasa untuk mengkenselkanpendaftaran sesuatu racun makhluk perosak jika Lembaga berpendapat bahawa racunmakhluk perosak itu membawa kemudaratan terhadap manusia. Dan pindaan kepada Fasal 9 undang-undang adalah bertujuan untuk memasukkan sebagai tambahan kepada peruntukan seksyen baru 10A yang sedia ada sebagai yang dicadangkan dalam fasal itu, suatu keperluan bahawa seseorang yang atas permohonannya suatu racun makhluk perosak telah didaftarkan, hendak memberi tahu Lembaga jika ia menemui apa-apa kemudaratan racun makhluk perosak itu terhadap manusia. Itulah sahaja.

Tuan Pengerusi: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan sebagaimana yang tertera di dalam di Kertas Pindaan dan sebagaimana yangdihuraikan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri yang telah dibentangkan sekarangini terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tuan Lee Sing Chooi.12.12 tgh.

.....
“Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bi n AbdulAziz]: Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Ahli Dewan Negara yang telah menunjukkan kesungguhan mereka untuk berbincang rang undang-undang dan kita semua sedia maklum iaitu bahawa, intervention yang dibuat oleh Dewan Negara ini adalah tepat. Saya telah berbincang dengan Tuan Yang di-Pertua dan juga Kementerian Pertanian di mana adalah betul hujah yang dibangkitkan oleh Dewan Negara iaitu dalam soal kita hendak mendaftar sesuatu pesticide sebagai boleh digunakan, kita mengambil kira kesannya terhadap manusia. Maka, adalah tidak masuk akal dalam kita hendak deregister, kita tidak ambilkira pula tentang kesan kepada manusia, itu yang pertama. Keduanya, akta ini adalah akta untuk menjaga kepentingan manusia. Maka,sudah tentulah dalam apa sekalipun pertimbangan yang hendak kita buat dalam kitahendak deregister, sudah tentulah soal manusia itu mesti diambil kira. Jadi, saya kira ini satu intervention yang tepat dan saya telah hadir disepanjang perbahasan tentang rang undang-undang ini dan saya merasa begitu bangga kerana saya juga telah dimaklumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu dia telah memberi arahan kepada saya untuk membenarkan kalau sekiranya ada apa-apa pindaan yang hendak dibuat di peringkat Jawatankuasa, saya tidak pernah terfikir iaitu bahawa perkara ini akan berlaku di Dewan Negara. Saya fikir, sudah tentu ia akan berlaku di peringkat Dewan Rakyat kerana disitu ramai juga pembangkang yang akan cuba untuk meminda. Jadi, saya ingat pada ketika itu bahawa arahan ini saya gunakan untuk Dewan Rakyat. Tetapi saya merasa begitu bangga, yang mula sekali dilakukan ialah di Dewan Negara. [Tepuk] Saya bangga juga, Tuan Pengerusi, sebab saya alumni Dewan Negara. Sepuluh tahun dahulu, saya pun Senator. Jadi, saya hendak ucapkan tahniah. Saya ucapkan tahniah kepada Ahli-ahli Dewan Negara. Ini jelas menunjukkan iaitu bahawa ia bukan merupakan satu Dewan yang rubber stamp sahaja apa yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Saya akan maklumkan perkara ini kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebaik sahaja saya ada kesempatan untuk berjumpa dengan beliau.Sekali lagi, tahniah saya ucapkan. [Tepuk]
12.25 tgh.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani [Dato' Seri Kerk Choo Ting]: Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat terdiri daripada Tuan Lee Sing Chooi, Dato’ Hamzah bin Zainudin dan Dato' Dr. Chin Fook Weng yangmembangkitkan perkara-perkara itu. Sebenarnya, pada pandangan saya, akta ini dan pindaan ini sudah lengkap dari segi undang-undang. Yang lain itu, terpulanglah kepada pelaksanaan dan budibicara Ahli-ahli Lembaga itu. Jadi, saya tiada apa-apa yang hendak ditokok tambah, saya ucapkan akhir sekali terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat.


            Akhirnya Rang Undang-undang ini dipersetujukan dengan pindaan dan akan dihantar kembali ke Dewan Rakyat.   Ini adalah merupakan kali pertama  Dewan Negara membuat pindaan terhadap Rang Undang-Undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat.   Dengan  demikian, ia menafikan pandangan pihak tertentu bahwa  Dewan Negara adalah “rubber stamp” dan diharapkan keadaan ini akan berlaku dimasa hadapan demi kepentingan negara dan menyuburkan demokrasi berparlimen di negara ini.

Tuan Pengerusi: Terima kasih. Ahli-ahli Yang Berhormat, apa yang telah berlaku sepanjang perbahasan mengenai rang undang-undang ini ialah percanggahan di antara dua pendekatan. Yang pertamanya ialah, cara menimbang dengan pendekatan holistic terhadap kesan tidak kira bidang atau pembahagian kuasa.Keduanya, adalah timbang dengan pendekatan yang terikat, dengan pembahagian kuasa sama ada mengikut kementerian-kementerian atau di bawah akta-akta tertentu. Di tengah-tengah percanggahan ini, Ahli-ahli Yang Berhormat selepas 30 tahun, menampakkan seolah-olah Yang Berhormat sekalian tidak mahu lagi terima bahawa sesuatu yang baik itu tidak dapat dilakukan kerana ianya di bawah bidangkuasa orang lain.  Rang undang-undang ini, selepas ini kiranya diluluskan, akan balik ke Dewan Rakyat dan bagaimana Dewan Rakyat akan menanganinya, adalah terpulang kepada kebijaksanaan dan budi bicara Dewan Rakyat. Tetapi satu kesan yang akan dirasai pada masa hadapan ialah kerajaan mempunyai pilihan untuk memilih cara implementasi dan penguatkuasaan mengikut cara sepadu atau mengikut kuasa-kuasa di bawah kementerian-kementerian tertentu.

Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa pindaan yang dicadangkan seperti yang tertera di dalam kertas pindaan hendaklah disetujukan.Pindaan dikemukakan bagi diputuskan, dan disetujukan.
Diputuskan,
1. Dalam Fasal 8, dalam perenggan (a), masukkan selepas perkataan “terhadap” perkataan “manusia,”.
2. Dalam Fasal 9, dalam subseksyen baru 10A (1) yangdicadangkan masukkan selepas perkataan “terhadap” perkataan“manusia,”.
Fasal-fasal 8 dan 9 seperti mana dipinda diperintahkan jadi sebahagiandaripada rang undang-undang.
Fasal-fasal 10 hingga 28 diperintahkan jadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Rang Undang-undang dimaklumkan kepada Majlis sekarang.
Majlis Mesyuarat bersidang semula.
Rang Undang-undang dilaporkan dengan pindaan; dibacakan kali yang ketigadan diluluskan.
Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat boleh tepuk meja sekarang. [Tepuk]

            Dewan Rakyat yang bersidang di Mesyuarat Ketiga, Penggal Pertama, Parlimen Kesebelas pada 2 September 2004, telah membahaskan semula Rang Undang-Undang ini  mengikut Peraturan Mesyuarat 73(1). Ahli bagi kawasan Mambong, Ayer Hitam  dan Sri Gading telah membahaskan dengan nada keras dan emosi, namun akhirnya menyokong dan  Rang Undang –undang ini dipersetujukan dengan suara.  YB Setiasaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas TaniPeristiwa telah menjawab/menggulung  perbahasan dan juga YB Menteri di Jabatan Pertana Menteri telah membantu memberi penjelasan. Ini adalah pertama kali berlaku dalam  sejarah persidangan di Mesyuarat Parlimen di negara ini.

RANG UNDANG-UNDANG RACUN MAKHLUK
PEROSAK (PINDAAN) 2004
Menimbang Pindaan Yang Dibuat Oleh Dewan Negara
Mengikut Peraturan Mesyuarat 73(1)

“Timbalan Yang di Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli YangBerhormat Rang Undang-undang Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 telahdipersetujukan oleh Dewan Negara dengan pindaan kepada Fasal 8 dan Fasal 9.Saya telah menimbangkan pindaan-pindaan itu di bawah Peraturan Mesyuarat 73(1)dan saya mendapati bahawa pindaan-pindaan itu adalah menepati tujuan Dewan ini.  Oleh yang demikian, saya dengan ini memaklumkan kepada Majlis akan hal itu danmemohon Majlis memerintahkan supaya pindaan-pindaan ini terus ditimbangkan.Saya minta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani menerangkan pindaantersebut. Yang Berhormat.
12.40 tgh.
Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
[Datuk Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di Pertua, saya  (memaklumkan bahawa Rang Undang-undang Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004telah persetujukan oleh Dewan Negara dengan pindaan kepada Fasal 8 dan 9.Dengan itu, pertama dalam Fasal 8 dalam perenggan (a) telah dimasukkan selepas perkataan “terhadap”, perkataan “manusia”.Kedua, dalam Fasal 9 dalam subseksyen baru 10A (1) yang dicadangkantelah dimasukkan selepas perkataan “terhadap”, perkataan “manusia”.Tuan Yang di-Pertua, pindaan kepada Fasal 8 Rang Undang-undangbertujuan untuk memperuntukkan bahawa sebagai tambahan kepada peruntukan yang sedia ada, yang dicadangkan melalui pindaan kepada perenggan 10(1)(b) dalamperenggan (a) fasal itu adalah juga dicadangkan bahawa Lembaga diberikan kuasa untuk membatalkan pendaftaran sesuatu racun makhluk perosak jika Lembagaberpendapat bahawa racun makhluk perosak itu memberi kemudaratan terhadapmanusia.  Kedua, pindaan kepada Fasal 9 rang undang-undang bertujuan untukmemasukkan sebagai tambahan kepada peruntukan seksyen baru 10A yang sedia adasebagaimana yang dicadangkan dalam fasal itu suatu keperluan bahawa seseorang yang atas permohonannya suatu racun makhluk perosak telah didaftarkan hendaklahmemberitahu Lembaga jika dia menemui apa-apa kemudaratan racun makhluk perosakitu terhadap manusia. Terima kasih.
Timbalan Yang di Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baiklah. Ahli-ahliYang Berhormat masalah di hadapan Majlis ialah pindaan ke atas Rang UndangundangRacun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 yang dibuat oleh Dewan Negaramengikut Peraturan Mesyuarat 73 (1) terbuka untuk dibahas. Ya, Yang Berhormat bagiMambong. ..”(DR 2.9.2004 ms 35)

..”Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, ada lagi yangingin bahas? Ya, Setiausaha Parlimen sila jawab.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pertanian dan Industri Asas [DatukPaduka Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim]: Tuan Yang di-Pertua, saya inginmengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat bagi Mambong danmemanglah Ahli Yang Berhormat bagi Mambong telah tiga hari saya rasa,membahaskan dengan panjang lebar dari segi akta pindaan-pindaan yang telah dikemukakan dan pada masa yang sama, sebab prosedur dan sebagainya oleh keranaada teguran daripada Dewan Negara, jadi kita telah membawa balik supaya ianya dapat dipersetujui dan dipertimbangkan bersama di Dewan Rakyat.Jadi, memanglah seperti yang dikata peribahasa yang disebutkan oleh Yang Berhormat bagi Mambong itu iaitu, “ditelan mati emak dan diluah mati bapa” memanglah kita cukup bersimpati tetapi, demi supaya akta ini dapat kita implementasikan dengan secepat mungkin dan terima kasih juga daripada celahan –celahan daripada Yang Berhormat bagi Ayer Hitam dan juga Yang Berhormat bagi Sri Gading yang memberitahu sekali lagi bahawa memang kita telah sama-sama memerhatikan bahawa betapanya Ahli-ahli Yang Berhormat daripada Dewan Rakyat telah mengambil bahagian di dalam perbahasan mengenai pindaan kepada akta ini. Oleh yang demikian, sekali lagi saya bagi pihak kementerian, ingin mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli Yang Berhormat, khasnya Ahli Yang Berhormat bagi Mambong yang telah sekali lagi mengutarakan pandangan beliau bahawa betapa pentingnya kerajaan dapat mengawal racun makhluk perosak ini dengan lebih baik dan lebih berkesan bagi memastikan bahawa racun makhluk perosak akan mendatangkan faedah kepada sektor pertanian, kesihatan awam dan lain-lain sektor dan pada masa yang sama, tidak mendatangkan apa-apa kesan buruk kepada manusia, binatang dan alam sekitar. Terima kasih.

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: [Bangun]
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Baik, ya.
12.59 tgh.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri [Dato’ Seri Mohamed Nazri bin AbdulAziz]: Saya mohon memberi penjelasan sedikit berkenaan dengan perkara yang telahdibangkitkan. Memandangkan semasa perbahasan Dewan Negara, saya ada di situdan saya rasa perlu menjawab perkara yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat bagiMambong dan juga Yang Berhormat bagi Sri Gading. Mohon saya hendak menjawabsedikit, kerana pertamanya kita hendak kena ingat iaitu bahawa walaupun apa yangdisebutkan oleh Yang Berhormat bagi Mambong sebentar tadi iaitu …
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Panjangkah Yang Berhormat?

Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Pendek sahaja sebabpenjelasan perlu diberi ya, kerana keputusan ini suatu keputusan yang terpaksa kitabuat kerana apa yang ditegur oleh Dewan Negara itu adalah betul. Pertama, sayahendak sebut, dalam soal untuk mendaftar racun makhluk perosak ini, sewaktu hendakmendaftar, di dalam seksyen akta ibu itu, menyebut perkataan ‘manusia’ sewaktu hendak mendaftar. Tetapi, mengapa pula waktu hendak batal, tidak disebut perkataan‘manusia’, kerana bila hendak mendaftar, sebut manusia, binatang, tumbuh-tumbuhandan buah-buahan. Tetapi, waktu hendak membatalkan racun ini, sama ada bolehdigunakan ataupun tidak, hanya disebut binatang, tumbuh-tumbuhan dan juga buahbuahan.Manusia tidak ada. Itu yang pertama. Akta ibu ada, waktu hendak mendaftartetapi, waktu hendak membatalkan tidak ada. Sebab itu, perlu dimasukkan perkataan‘manusia’.  Keduanya ialah, akta ini sebenarnya hendak menjaga manusia. Betul, macamYang Berhormat bagi Mambong sebut. Tetapi, apabila perkataan manusia itu tidakdisebut di bawah seksyen ini, apakah kita hendak kata binatang, tumbuh-tumbuhan danbuah-buahan itu lebih penting kepada manusia, hinggakan manusia tidak perlu sebut?  Kita hendak jaga binatangkah, hendak jaga buah-buahankah, hendak jaga tumbuhtumbuhansahaja, manusia tidak penting? Saya rasa manusia penting, sebab itu kitatidak boleh meninggalkan perkataan ‘manusia’. Yang ketiganya, ….
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat Menteri, …..
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya.
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Jam sekarangsudah pukul 1.00, hendak sambung?
Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Oh, minta maaf. Okey, akhirsekali akta mesti tepat, ya. No assumption, no presumption. Jadi, oleh kerana ituperlulah kita sebutkan perkataan ‘manusia’ dan sebab itulah kita bawa balik kepadaDewan ini. Terima kasih.

..”Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli Yang Berhormat, sekarang saya kemukakan Masalah kepada Majlis bagi diputuskan.Masalahnya ialah bahawa pindaan ke atas Rang Undang-undang Racun Makhluk Perosak (Pindaan) 2004 yang dibuat oleh Dewan Negara mengikut Peraturan 73(1)hendaklah dipersetujukan.   Masalah dikemuka bagi diputuskan; dan disetujukan. Pindaan disetujukan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ahli-ahli YangBerhormat, waktu sekarang ialah pukul 1.00. Dewan ini ditangguhkan sehingga pukul2.30 petang. (DR 2.9.2004 ms 39)

4          Mesyuarat Khas Parlimen Pada 17 – 19 Januari 2005 Dalam Penggal  Pertama, Parlimen Kesebelas Bagi Meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2005

                      Mesyuarat Khas Parlimen yang bersidang pada 17 dan 18 Januari 2005 bagi Dewan Rakyat dan 19 Januari 2005 bagi Dewan Negara dalam Penggal Pertama, Parlimen Kesebelas adalah untuk membentangkan dan meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2005 bagi meminda senarai bersama untuk memberi kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas pengurusan air dan warisan yang terletak di bawah kuasa Kerajaan Negeri.

            Permohonan untuk mengadakan Mesyuarat Khas tersebut telah dikemukakan oleh Y.A.B. Perdana Menteri sebagai Ketua Majlis mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3). Pihak Parlimen telah mengedarkan notis pemberitahuan kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 22 Disember 2004 dan ditandatangani oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat. Mengikut Peraturan yang lazim, notis pemberitahuan hendaklah ditandatangani oleh Setiausaha Dewan.

            Walau bagaimanapun Y.B. Ipoh Timur telah mempersoalkan kesahihan notis itu seperti berikut:-           

Ahli-Ahli Parlimen telah diberitahu dalam notis itu bahawa Persidangan Khas Parlimen diadakan menurut Peraturan Mesyuarat 11(3) yang mana berbunyi, “Pada masa Majlis dalam tangguhan jika Perdana Menteri memaklumkan kepada Tuan Yang di-Pertua iaitu bagi faedah orang ramai mustahak Majlis mengadakan mesyuarat dahulu daripada tarikh yang telah ditetapkan maka Tuan Yang di-Pertua hendaklah dengan serta merta mengeluarkan pemberitahuan menyatakan berapa hari bulan hendak mengadakan mesyuarat itu dan majlis hendaklah mengadakan mesyuarat pada masa yang disebutkan dalam pemberitahuan itu.

Dalam hal ini, pernyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri untuk sebuah Parlimen Khas tidak mungkin dilakukan semasa Majlis dalam tangguhan selepas Mesyuarat Bajet pada 14 Disember 2004. Oleh sebab keputusan untuk mengadakan sebuah Persidangan Khas untuk Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2004 telah dibuat dan diumumkan sebelum penangguhan Mesyuarat Bajet pada 14 Disember 2004.” (Penyata Parlimen, DR- 17.1. 2005).

            Mengikut Peraturan Mesyuarat 11(2), Ketua Majlis atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menentukan tarikh-tarikh persidangan dalam tempoh 28 hari sebelum hari persidangan dan boleh mengubah tarikh-tarikh itu dari masa ke semasa. Manakala Peraturan Mesyuarat 11(3) pula membolehkan Ketua Majlis atau Timbalan Ketua Majlis memanggil mesyuarat semasa majlis dalam tangguhan iaitu tempoh satu mesyuarat dengan mesyuarat yang berikutnya.

            Dalam kes ini Y.A.B. Perdana Menteri telah membuat pengumuman pada bulan Disember 2005 untuk mengadakan mesyuarat khas pada bulan Januari 2005. Ketika itu persidangan Dewan Rakyat sedang berlangsung sehingga 14 Disember 2004.  Walau bagaimana pun, semasa  surat notis  hendak dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan, ia ditandatangani oleh Y.A.B. Perdana Menteri selepas tarikh tamat persidangan Dewan, maka Mesyuarat Khas tersebut dipanggil mengikut  peruntukan Peraturan Mesyuarat 11(3). 

5          Pakaian Rasmi Mesyuarat Persidangan Dewan

                        Peraturan Mesyuarat 41(F), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat menjelaskan bahawa pakaian semasa menghadiri persidangan ialah lounge suit berwarna gelap dan bertali leher atau pakaian kebangsaan lengkap bersamping bagi lelaki dan pakaian yang munasabah bagi wanita.

            Pada 6 April 2006 Y.B. Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan yang juga Ahli Parlimen Jelebu telah menghadiri Dewan dengan pakaian alternatif “lounge suit ala Nehru” yang telah diluluskan oleh Jemaah Menteri sebagai pakaian alternatif pegawai-pegawai Kerajaan. Y.B. Johor Bahru telah bangkit dan mempersoalkan pakaian tersebut bukan pakaian rasmi dalam Dewan.

            Y.B. Johor Bahru telah mempertikaikan pakaian ‘ala Nehru’ itu seperti berikut:-
           
Di mana ahli-ahli lelaki hendaklah memakai sama ada pakaian kebangsaan atau lounge suit ataupun boleh juga memakai pakaian adat istiadat atau apa-apa perkara yang lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Tuan Yang di-Pertua.   Saya melihat Ahli Yang Berhormat bagi Jelebu, Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, nampaknya pakai lounge suit.

Tetapi sama ada ini merupakan satu pakaian yang telah diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua. Kalau pakaian ini telah diluluskan oleh Tuan Yang di-Pertua, harus ia merupakan satu perkara yang dimaklumkan kepada kami semua kerana kami juga tidak suka pakai tie.” (Penyata Rasmi,DR – 6.4. 2006).

            Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menjelaskan bahawa Y.B. Menteri telah menulis surat kepadanya dan telah membenarkan pakaian itu dengan memberi pengecualian kepada Y.B. Menteri untuk memakainya.

            Pada 2 Mei 2006 di Dewan Rakyat, 16 orang Ahli Dewan Rakyat telah memakai bow tie dan Y.B. Ketereh telah membangkitkan perkara ini dan meminta Yang di-Pertua Dewan memberi keputusan sama ada bow tie adalah pakaian rasmi Dewan. Beliau menjelaskan bahawa bow tie adalah pakaian rasmi kerana ia adalah termasuk dalam kategori tie iaitu tali leher pendek.


.6.        Pembentangan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9)- Suatu Kelainan

                        Pembentangan RMKe-9 pada 31 Mac 2006 (Jumaat) di Dewan Rakyat berlainan daripada kelaziman yang diamalkan. Kelainan pembentangan ini adalah seperti berikut:-

(1).      Dibentangkan pada sesi khusus iaitu pada hari Jumaat jam 3.30 petang yang lazimnya pada hari-hari persidangan biasa jam 11.00 pagi.  Ini akan menjadi amalan dalam  pembentangan RMK pada masa hadapan;

(2).      Selepas usul dibentangkan, usul disokong oleh Timbalan Perdana Menteri dengan memberi ucapan. Lazimnya usul hanya disokong tanpa ucapan; dan

(3).      Tempoh pembahasan dan menjawab adalah lebih panjang iaitu 15 hari, sedangkan lazimnya 6 hari sahaja;

Sebagai pembandingan, RMK  dibentangkan seperti jadual berikut:-

           
             
RMK/TARIKH PEMBENTANGAN
TEMPOH BAHAS
PEMBENTANG
PENYOKONG
PENGGULUNGAN/
TEMPOH



RMKe-7
06/05/1996 (Isnin)

6 hari

Perdana Menteri

Menteri Pengangkutan (dengan ucapan)

Timbalan Perdana Menteri (2 hari)



RMKe-8
23/04/2001 (Isnin)

5 hari

Perdana Menteri

Menteri Pengangkutan

Timbalan Perdana Menteri (2 hari)


RMKe-9
31/03/2006 (Jumaat) 3.30 ptg
10 hari
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
(dengan ucapan)
Perdana Menteri
(27/04/2006)
(5 hari)



7.        Ahli Parlimen Kerajaan Menyokong Usul Ahli Parlimen Pembangkang
                       
Kelazimannya Ahli Parlimen Kerajaan tidak akan menyokong sebarang usul yang dikemukakan oleh pihak pembangkang. Sebaliknya pihak pembangkang biasa menyokong usul-usul yang dikemukakan oleh Kerajaan atau Ahli Parlimen Kerajaan terutamanya usul yang menyentuh kepentingan bersama.  Misalnya Usul Pendirian Kerajaan mengenai serangan Amerika Syarikat ke atas Iraq pada tahun 2001.

                        Pada Mesyuarat Ketiga, Penggal Kedua, Parlimen Kesebelas (2005), Y.B. Sri Gading dan Kinabatangan diberi amaran oleh pihak Kerajaan melalui Whip Barisan Nasional kerana menyokong usul yang dikemukakan oleh Y.B. Ipoh Timur (Ketua Pembangkang) mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1) untuk menghadapkan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana Ketua Setiausaha menulis surat kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai isu AP.  Pada 4 Mei 2006 dalam Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kesebelas, Y.B. Johor Bahru (Pegerusi  BNBBC) telah menyokong usul Ketua Pembangkang untuk membawa isu seorang Ahli Parlimen dari Melaka cuba menganggu urusan Kastam pada 14 April 2006 di Sungai Rambai, Melaka kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Usul tersebut dikemukakan oleh Ketua Pembangkang mengikut Peraturan Mesyuarat 26(1). Usul tersebut diputuskan secara persetujuan suara atau lebih suara tidak bersetuju, sejurus selepas itu Y.B. Johor Bahru telah meletakkan jawatan sebagai pengerusi BNBBC kerana berpendapat Ahli-Ahli BNBBC tidak bersetuju dengan kepimpinannya.

8.         Keperluan Menyokong Untuk Setiap Usul Yang Dibentangkan  

Peraturan Mesyuarat 33(1) bagi Dewan Rakyat dan 32(1) bagi Dewan Negara menyatakan bahawa setiap usul yang dicadangkan hendaklah terlebih dahulu disokong sebelum dikemukakan kepada Majlis dan terbuka untuk dibahas oleh ahli-ahli.        Pada 8 Mei 2005, pada Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Kesebelas di Dewan Negara, Yang di-Pertua terlepas pandang dengan meneruskan perbahasan selepas usul menjunjung kasih ke atas Titah Diraja dicadangkan.  Setelah dua orang ahli berbahas, Yang di-Pertua telah memaklumkan bahawa beliau tersilap dan meminta  Ahli yang sedang berucap  duduk dan meminta seorang Ahli lain yang telah ditetapkan berucap untuk menyokong usul itu terlebih dahulu dan selepas itu terbuka untuk perbahasan dengan Ahli tersebut  menyambung semula ucapannya.

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...