Sebaik sahaja selesai
sesi pertanyaan lisan pada hari ini, 8
Disember 2020 (Selasa), YB Jelutong
bangkit dengan Peraturan Mesyuarat 33 bagi meminta keputusan Yang di-Pertua
untuk mendahulukan usul undi tak percaya terhadap Perdana Menteri. Menurutnya terdapat 16 usul yang telah
dikemukakan oleh Ahli-ahli Parlimen (Untuk rekod, sebenarnya sebanyak 25 usul
undi tidak percaya dan 2 undi percaya yang telah diterima dan dimasukkan dalam
Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat).
YB Bayan Lepas dan YB Batu Gajah juga turut bangun membangkitkan isu ini
dan meminta Yang di-Pertua mencontohi Speaker DUN Perak.
Yang di-Pertua dalam
penjelasannya menyatakan tiada peraturan atau kehendak Perlembagaan untuk
mendahulukan usul tersebut tanpa ada usul dari Menteri (Kerajaan). Bahkan beliau telah buat kajian dan melihat
di negara-negara lain termasuk di Britain, tidak ada usul sedemikan diutamakan
tanpa kebenaran pihak Kerajaan. Beliau juga tidak mengetahui Peraturan-peraturan di
peringkat DUN Perak.
Bangunan Parlimen,
8 Disember 2020, 11.45 pagi
No comments:
Post a Comment