Pada 4 Disember 2020 (Jumaat), lebih kurang 10.30 pagi, penulis mengikuti siaran
langsung Astro Awani di Pusat Service Nissan di Nilai. Ketika itu Speaker DUN (Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid) sedang mengarahkan Setiausaha dan berjalan
ditengah-tengah Dewan serta mengira
jumlah Ahli yang menyokong usul Undi Percaya kepada Menteri Besar
dibahaskan (didahulukan). Semua Ahli
yang menyokong berdir berjumlah 49 dan kemudian Ahli yang tidak bersetuju pula diminta berdiri dan jumlahnya 9.
Sebenarnya, Usul Undi
Percaya atau keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Chendering) dikemukakan oleh Datuk Abdul Manaf Hashim
(BN-Pengkalan Bharu). Dilaporkan, sebelum ini, menerusi surat bertarikh
18 November, menyatakan Menteri Besar
yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),
mempunyai keyakinan majoriti ADUN.
Walaupun usul
tersebut yang terakhir di dalam aturan urusan persidangan hari ini, tetapi dua
ADUN, Salbiah Mohamed (BN-Temengor) dan Howard Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji)
membawa usul agar ia disegerakan.
Semasa YB Pengkalan Bharu berbahas, beliau menyatakan isu “kerajaan pintu belakang” sering ditimbulkan pembangkang, Tambahnya, sekalipun pelantikan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak sah dari segi undang-undang tubuh negeri, beliau berasakan langkah kedua terbaik ialah “kita sahkan kepimpinan (kerajaan) Perak melalui Dewan ini.” "Jika kita lihat parti besar (UMNO) yang sokong Perikatan Nasional (PN) di Perak seolah-olah ada masalah dengan menteri besar, maka medan yang paling baik ialah selesaikan di dalam Dewan ini. "Maka, hari ini kita tentukan secara tuntas sama ada ADUN Chenderiang ada keyakinan majoriti atau tidak,” (Astro Awani, 4 Disember 2020)
Walaupun usul ini berhasrat untuk menunjukkan keyakinan / kepercayaan kepada Menteri Besar, tetapi jika tidak mendapat sokongan majoriti, maka ia akan berlaku sebaliknya iaitu undi tidak percaya. Inilah yang berlaku di Perak, walaupun usul ini dikemukakan oleh penyokomg Kerajaan tetapi ADUN Kerajaan sendiri tidak menyokong, hanya 10 dari 33 dan sudah tentu 24 ADUN Pembangkang akan menentang usul ini.
Inilah kali pertama dalam sejarah, usul penyokong Kerajaan tidak disokong oleh ADUN Kerajaan. Akhirnya jatuh seorang Menteri Besar yang sememangnya dari asal datangnya dari parti minorit. dalam majoriti. Pergolakan dalaman ini akhirnya “menikam sendiri”, tetap ramai yang menyatakan yang jatuh adalah Menteri Besar dan bukannya Kerajaan Negeri Perak. Kita masih menunggu…siapakah Mnteri Besar Perak yang baharu.
Akhirnya pada 5 Disember 2020, lebih kurang jam 5.30 ptg, beliau telah mengumumkan peletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan berucap panjang mewngenai rancagnanya seolah-olah beliau membentangkan Belanjaawan Negeri. Dalam sidang akhbarnya, beliau memaklumkan telah mempersembahkan perletakkan jawatan kepada Sultan Perak di Istana Kinta sekitar jam 3.00 ptg. Selain beliau, semua Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) juga turut meletak jawatan.
APAKAH KEMELUT INI AKAN MENJANGKIT KE DEWAN RAKYAT, MALAH DAP PERAK TELAH MENGGESA YANG DI-PERTUA DEWAN RAKYAT MENGIKUT JEJAK LANGKAH INI. !!!
Jenderam Hulu, Sepang
No comments:
Post a Comment