Wednesday 2 December 2020

BAJET 2021 – HARI KE- 4, PERINGKAT JAWATANKUASA, UNDIAN SEMAKIN MEMUNCAK!!: 110 VS 104

Pada 3 Disember 2020,  adalah hari ke-4 bagi perbahasan Bajet 2021 Peringkat Jawatankuasa.  Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah kementerian ke-9 dalam giliran jawatankuasa. Menarik perhatian penulis apabila Ahli Parlimen Port Dickson mendahului perbahasan dan Ahli parimen Langkawai juga turut membahaskannya, seoalah-olah memberi tentangan kepada Menteri MITI (juga Ahli Parlimen Gombak). 

Kira-kira jam 12.40 tengahari, ketika hen dak diputruskan, pihak pembangkang telah meminta un dian belah bahagian dengan sokongan lebih 15 Ahli .  Setelah lonceng pertama dibunyikan 2 minit, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan hanya Ahli Parlimen yang ada dalam Dewan sahaja mengundi serta pintu akan ditutup selepas lonceng kedua.  Juga memaklumkan bahawa pemerhati dilantik dari pihak yang berlawanan untuk memantau penghitung. Ini adalah kali pertama dalam sejaarah Dewan.  Seterusnya Dewan ditempuhkan 10 minit dan undian dijalankan selepas lonceng kedua tamat.

Keputusan undi belah bahagian ialah setuju -110, tidak setuju – 104 dan tifdak hadir – 6.  Keputusan ini menunjukkan  Ahli Parlimen dari Warisan telah menyokong PH dalam undian ini kecuali Ahli Parlimen Semporna tidak hadir.  Dipihak Kerajaan pula hampir maksima, dan diperhatikan Ahli Parlimen Gua Musang tidak hadir (beliau dirasakan tidak hadir untuk mengundi kerana telah menyatakan tidak mengiktiraf kesahan Perdana Menteri) dan seorang lagi penyokong Kerajaan tidak hadir ialah Ahli Parlimen Keningau. Ahli Parlimen lain yang tidak hadir ialah YB Tanjong,(DAP) dan YB Tawau (PKR)

Walaupun dian semalam pada hari ketiga peringkat jawatankuasa, semua kementerian diluluskan dengan  undian suara, iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.. Nampaknya undian belah bahagian semakin memuncak!!!

Suatu catatan jua.

Bangunan Parlimen, 

3 Disember 2020, jam 1.20 tgh.

Kemaskini:

Bajet 21021 Petringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna diluluskan dengan undian suara pada jam 2.10 ptg. Manakala Kementerian  Pembanguaan  Usahawan dan Koperasi juga diluluskan dengan undian suara kira-kira pada jam 3.25 petang dan selepas itu persidangan ditangguhkan.


 


No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...