Dua minggu telah berlalu sejak Bajet 2021 dibentangkan oleh Menteri Kewangan di Dewan Rakyat pada 6 November 2021 (Jumaat) dan perbahasan peringkat Dasar yang bermula pada 5 November lalu telah selesai pada 19 November 2020. Bermula Ketua Pembangkang, Ahli Parlimen Port Dickson sebagai pembahas pertama pada 5 November, telah merumuskan bahawa pihaknya akan menyokong Bajet ini jika beberapa cadangan pindaan dipenuhi, Antaranya JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas) dimansuhkan dan dimasukkan kedalam Dana Covid-19. Begitu juga peruntukan sebanyak RM 8.5 juta untuk mewujudkan Pegawai Penggerak Komuniti di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) dimansuhkan. Juga tempoh morotarium pinjaman oleh bank dilanjutkan 6 bulan lagi.
Keesokannya pula, pada 6 November 2020, Ahli Parlimen Pekan sebagai Pengerusi BNBCC bagi pihak penyokong Kerajaan pula berbahas dan merumuskan sokongan bersyarat dengan tuntutan supaya pengeluaran KWSP sehingga RM10,000 sekaligus menggantikan cadangan Bajet sebanyak RM6,000 dengan 6 kali pengeluaran, dan melanjutkan tempoh morotarium pinjaman bank selama 6 bulan lagi.
Ahli Parlimen Pontian yang mencelah dan berbahas selepas itu menyokong saranan tersebut dan menyarakan Bajet 2021 dengan pindaan-pindaan ang dicadangkan. Maka terdengarlah ramai Ahli-ahli Parlimen sama ada di pihak gabungan Kerajaan (PN) dan juga pembangkang (PH) serta Bebas telah menyokong pindaan-pindaan terhadap Bajet ini. Tidak kurang juga gabungan PH iaitu PAN dan DAP melalui Ahli Parlimen Kota Raja dan Ahli Parlimen Bagan serta yang lain-lain memberikan hujahan bersyarat, malah cenderung untuk menolak Bajet 2021.
Walau pun begitu, tidak kurang juga dari pihak penyokong Kerajaan (PNBBC) yang bersungguh-sungguh menyokong Bajet
ini. Tidak tekecuali, Ahli Parlimen Pasir Mas yang
popular dengan ungkapan menyanggah Ahli Parlimen Pekan dengan kata-kata “
bagaikai Hikayat Puteri Gunung Ledang, yang meminta bagaikan syarat bagi
menolak pinangan Sultan Melaka”.
Begitulah sebahagian petikan penghujahan kedua-dua pihak dan Ahli Parlimen
Arau selaku Pengerusi PNBBC sebagai pembahas terakhir menegaskan PN menyokong penuh Bajet 2021. Sebagai rekod, inilah juga kali pertama pihak Kerajaan mempunyai dua kelab penyokon
iaitu PNBBC dan BNBBC.
Pengalaman penulis, tidak kurang 25 kali mengikuti pembentangan Bajet tahunan, (yang dulunya
dikenali sebagai Belanjawan), dimana
penulis menguruskan secara langsung penggulungan bajet bagi kementerian/jabatan
tertentu,…inilah kali pertama Bajet
dibimbangi tidak diluluskan oleh Dewan Rakyat, bahkah mungkin inilah kali
pertama dalam sejarah Parlimen. Mulai
esok, 23 November, pihak Kerajaan
memberi jawapan atau mengguung perbahasan Bajet Peringkat Dasar dan diakhiri
oleh Kementerian Kewangan (MOF) pada 26 November 2020. Maka ketika inilah, rumusan akan dibuat sama
ada tuntutan-tuntutan dan pindaan yang dicadangkan diterima oleh Kerajaan atau
sebaliknya.
Setakat ini, penulis membuat telahan seperti berikut:-
- Cadangan bersifat dasar seperti pengeluaran KWSP dan melanjutkan tempoh moatarium yang tidak menyentuh secara langsung angka peruntukan dalam Bajet,dipersetujui oleh Kerajaan semasa penggulungan peringkat Dasar oleh MOF. Malah ianya tiada perlu pindaan dibuat keatas Bajet.
- Cadangan pindaan yang menyentuh peruntukan seperti JASA dan Pegawai Penggerak Komuniti pula memerlukan pindaan. Ia perlu dimaklumkan persetujuan Kerajaan semasa menggulung peringkat Dasar, dan perlu pindaan dibuat di peringkat Jawaatankuas bagi setiap Kementerian dengan notis 2 hari.
- Disamping itu, Ahli Parlimen juga boleh mencadangkan pindaan di Peringkat Jawatankuasa dengan notis 2 hari. Apakah ini akan berlaku?
Penulis menelah, MOF akan memaklumkan persetujuan
perkara-perkara dasar semasa penggulungannya pada 26 November 2020 nanti. Dan tidak
mungkin bersetuju dengan pindaan-pindaan peruntukan. Ketika hendak dipersetujukan Bajet 2021 di Peringkat
Dasar, maka pihak PH akan meminta undi belahbahagian. Jika ini berlaku, penulis mempercayai selain
PN, BN dan beberapa kumpulan Ahli
Parlimen akan menyokong Bajet 2021 serta disetujukan/diluluskan dengan lebihan
undi yang kecil hatta 1 undi..
Persoalannya, adakah suatu yang janggal Bajet 2021
di.uluskan dengan 1 undi. Jawabya – TIDAK. Berikut
adalah Bajet yang pernah diluluskan dengan lebihan undi yang kecil:
APAKAH BAJET 2021 AKAN DILULUSKAN DENGAN LEBIHAN UNDI YANG KECIL ATAU
UNDIAN SUARA DIPERINGKAT DASAR? BELUM PERNAH BERLAKU, PERINGKKAT DASAR BAJET
ATAU BACAAN KEFDUA DILULUSKAN DENGAN UNDI BELAHBAHAGIAN. INI KERANA BIASANYA KESEMUA PENYOKONG KERAJAAN AKAN HADIR SEMAKSIMA MUNGKIN BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN, DAN BIASANYA PIHAK PEMBANGKANG TIDAK MEMINTA UNDI BELAHBAHAGIAN. DIMANA UNDIAN INI DIBUAT SETELAH 15 ORANG AHLI ATAU LEBEIH MEMINTANYA. SELAMA INI, UNDI BELAHBAHAGIAN BERLAKU DIPERUNGKAT JAWATANKUASA APABILA KETIDAK
HADIRAN AHLI PARLIMEN KERAJAAN. TETAPI
KALI INI, SEMEMANGNYA PIHAK KERAJAAN MEMPUNYAI LEBIHAN MAJORITI YANG TERLALU
KECIL ( 2 UNDI SAHAJA), MAKA UNDI BELAHBAHAGIAN AKAN DIMINTA SEAWAL PERINGKAT DASAR DAN SETERUSNYA PERCUBAAN DEMI PERCUBAAN DI PERINGKAT JAWATANKUASA..
KITA TUNGGU…APAKAH
PENGAKHIRAN DRAMA BAJET 2021
Jenderam Hulu, 21 November 2020
No comments:
Post a Comment