Kegusaran pelbagai pihak terhadap kebarangkalian Bajet 2021 tidak berjaya diluluskan dalam sidang Dewan Rakyat di Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang akan dibentanggkan pada 6 November 2021. Dimana peringkat Dasar akan diputuskan pada 23 November dan setiap bajet Kementeri di peringkat Jawatankuasa pada 24 November hingga 10 Disember 2020. Ini berikutan dakwaan bahawa PN khususnya Perdana Menteri telah hilang majoriti (sebelum ini 113 vs 109). Ini kerana Ahli Parlimen Gua Musang telah mempersoaalkan mengapa usul undi tidak oercaya kepada Perdana Menteri tidak didahuukan. dan dibahaskan. Begitu juga berita Presiden UMNO dan Penasihat BN telah menulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong (YDA) untuk menyokong Ahli Parlimen Port Dickson sebagai PM 9, walaupun kemudiannya telah berpatah balik memberi sojkongan kepada PN. Sinario ini berlaku semasa Ahli Parlimen Port Dickson memperolehi sokongan majoriti lebih 120 orang Ahli Parlimen. Tambahan pula YDA bertitah supaya Ahli-ahli Parlimen menyokong Bajet 2021 yang akan memberi tumpuan kepada usaha menangani pedemik COVID-19 dan tiada usaha untuk menggagalkannya.
Disebalik senario tersebut,
pada 29 Oktober 2020, Mesyuarat Pakatan
Harapan (PH) hari ini “memutuskan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu mengadakan perbincangan dan rundingan
segera dengan pihak pembangkang berkenaan isi kandungan Belanjawan 2021 sebelum
ia dibentangkan di Parlimen pada 6 November ini. Dalam satu kenyataan bersama, Presiden Parti
Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara
(Amanah), Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, perkara
itu perlu dilakukan Muhyiddin sebagai menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong,
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.” .( Sinar, 29 0kot 2020). Manakala UMNO dalam Mesyuarat MT pula telah
memutuskan “UMNO akan memastikan
Belanjawan Bajet 2021 yang bermanfaat untuk rakyat dapat diluluskan”. (Malaysikini, 29 Oktober 2020).
Persoalannya disini, adakah Perdana Menteri akan “merendah
diri” memanggil Ketua Pembangkang (Ahli Parlimen Port Dickson) untuk merundingi
sokongan terhadap Bajet 2021. Jika ini
berlaku, penulis beranggapan rakyat menyenangi tindakan Perdana Menteri yang
berjiwa besar. Tetapi mengapakah tidak
diputuskan sebaliknya supaya pihak pembangkang menemui Perdana Menteri untuk
menjamin bagi memberi sokomgan kepada Bajet 2021?. Oleh yang demikian, penulis beranggapan pihak
pembangkang sebenarnya ingin menunjukkan “kuasa” dan juga tidak dipersalahkan
oleh rakyat jika Bajet 2021 gagal diluluskan.
Maka, kita tunggu dan lihat …
apakah sebenarnya permainan (games) yang dilakukan oleh pihak pembangkang dan
strategi pihak Kerajaan
No comments:
Post a Comment