Mesyuarat Kedua ini bermula 13 Julai hingga 28 Ogos 2020 di Dewan Rakyat dan 2 hingga 23 September di Derwan Negara. Ujian pertama kepada kemapuhan sokongan PN teruji dengan usul pemulihan Yang di-Pertua baharu bagi mengggantikan Yang di- Pertua sedia ada.
Perdana Menteri [Tan Sri Dato’ Sri Haji Muhyiddin bin Md. Yassin]:
Tuan Yang di-Pertua, saya
ingin mencadangkan:
“Bahawa Dewan Rakyat ini mengambil ketetapan untuk Tuan Yang
di-Pertua, Yang Berhormat Tan Sri Dato' Mohamad Ariff bin Md Yusof mengosongkan
jawatannya atas alasan terdapat pencalonan lain bagi jawatan Tuan Yang di-Pertua.”
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri [Dato’ Seri Mohamed
Azmin bin Ali]: Tuan Yang
di-Pertua, saya menyokong.
Timbalan
Yang di-Pertua [Dato’ Mohd Rashid Hasnon]: Terima kasih Yang Berhormat Gombak. Ahli-ahli Yang Berhormat,
masalahnya usul oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini terbuka untuk
dibahas. Saya menjemput, saya beri tempoh masa 10 minit.”
Urusan seterusnya adalah pemilihan Yang di -Pertua baharu. Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan Azhar yang juga bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dipilih menjadi Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu. Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon, memaklumkan pemilihan Azhar dibuat selepas hanya ada seorang calon dikemukakan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat. Yang di-Pertua baharu mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Rakyat. Walau bagaimanapun majlis angkat sumpah itu bertukar kecoh apabila wakil rakyat pembangkang berterusan mempersoalkan pelantikan tersebut..
Manakala Usul Pengosongan Timbalan Yang di-Pertua, YB Nga Kor Meng pula ditarik balik oleh YAB Perdana Menteri setelah beliau mengumumkan meletakkan jawatan pada waktu rehat tengahhari. Seterusnya pada pukul 2.30 ptg, urusan diteruskan dengan pemasyhuran Timbalan Yang di-Pertua baharu iaitu YB Dato Seri Azalina Othman. Beliau mencipta sejarah sebagai wanita pertama dipilih untuk mempengerusikan sidang Dewan Rakyat.
Bangunan Parlimen , Kuala Lumpuri
No comments:
Post a Comment