Friday 16 October 2020

KEMELUT POLITIK 2020 BELUM BERAKHIR - UNDI TIDAK PERCAYA KEPADA PERDANA MENTERI KE-8 BERGEMA KEMBALI !!!

Mesyuarat Ketiga  Penggal etiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat akan bersidang pada 2 November hingga 15 Disember 2020.  Diambang persidangan ini, kemelut politik negara berkocak semula apabila pada 13 Oktober yang lalu, Presiden PKR Dato Ser Anwar Ibrahim (DSAI) telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan menyatakan telah memperolehi majoriti lebih 120 Ahli Parlimen menyokongnya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gua Musang pula telah menghantar surat kepada Yang dii-Pertua Dewan Rakyat pada 25 September 2020 meminta penjelasan dan jaminan supaya usul undi tidak percaya  yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi sebelum ini dibawa ke Mesyuarat Ketiga dan dibentangkan/dipertimbangkan.  Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat balasannya menjawab bahawa "....mana-mana Ahli Dewan Rakyat boleh memberi notis  utuk membentangkan usul dan ia akan dipertimbangkan mengikut Peraturan Mesyuarat..."

Pada 15 Oktober 2020, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Jerlun dan Langkawi telah mengemukakan usul undi tidak percaya  terhadap Perdana Menteri mengikut Peraturan Mesyuarat (PM) 26(1) dibaca bersama 27(3) serta 15(5). Pada pandangan penulis, sebenarnya sudah memadai  menggunakan PM 27(3)  dan tak perlu PM 26(1), dimana ia merujuk kepada usul tanpa notis memberitahu, sedangkan usul-usul Ahli Bukan Kerajaan atau Ahli Persendirian perlu notis 14 hari dibawah PM 27(3).  Manakala penggunaan PM 15(5) pula, pembawa usul  menanggapi usul ini yang pernah dikemukakan dalam Mesyuarat Kedua lalu dibawa ke Mesyuarat Ketiga.  Penulis berpandangan pembawa telah salah faham terhadap perturan ini.  Sekiranya usul terdahulu ini telah dibawa dalam Mesyuarat tetapi belum diputuskan, maka PM 15(5) ini terpakai.   Peraturan ini berbunyi: "(5) Usul seseorang yang bukan ahli Kerajaan yang telah dicadangkan dalam sesuatu mesyuarat tetapi belum putus, apabila pencadangnya memberitahu hendak disambung dalam mesyuarat akan datang, hendaklah didahulukan daripada usul-usul lain yang hendak dibawa oleh ahli yang bukan ahli Kerajaan."

Seperti yang penulis nyatakan dalam catatan terdahulu, usul undi tidak percaya tersebut adalah tergolong dalam Usul Persendirian.  Mengikut PM 15(1), urusan Kerajaan hendaklah didahulukan.  Justeru, selagi ada urusan Kerajaan, maka urusan persendirian tidak akan naik dalam susunan Aturan Urusan Mesyuarat untuk didahulukan melainkan mendapat kebenaran Kerajaan.  Kearah kebenaran Kerajaan, sudah tentu perlu ada perundingan...apakah ini akan berlaku? Tak mungkin rasanya.  Dalam sejarah persidangan Parlimen pernah 4 Usul Persendirian dibahaskan dan terakhir ialah Usul Persendirian mengemukakan RUU Ahli Persedirian Untuk Meminda Akta Mahkamah Syaraiah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] pada 6 April 2017.

Oleh yang demikian, walau sebanyak mana usul ini dihantar kepada SUDR mahupun Yang di-Pertua Rakyat, maka ia akan tetap "duduk diam-diam"  dalam susunan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.  Ketika ini ini, terdapat laporan kesemua Ahli Parlimen dari PAN seramai 11 0rang akan mengemukakan usul tersebut.

TUNGGU DAN LIHAT - SEJAUHMANA USUL INI AKAN BERGERAK DAN MERUBAH LANDSKAP PERSIDANGAN PARLIMEN MALAYSIA.

No comments:

Post a Comment

SUATU CATATAN - ANTARA “PAK SHEIKH” YANG KU SANJUNG DAN PM 10 YANG MENYINGKIRKAN KU....

  Menelusuri ingatan 45 tahun yang lalu, semasa penulis berusia sekitar 20’an yang penuh semangat dalam persekitaran dakwah dan harakah dise...