Catatan semalam, 3 usul undi tidak percaya mengikut Praturan Mesyuarat (PM) 27(3) dibaca bersama PM 26(1) dan 15(1) terhadap Perdana Menteri Ke-8 (Ahli Parlimen Pagoh). iaitu dari Ahli Parlimen Langkawi, Kubang Pasu dan Jerlun. Pada hari ini, 17 Oktober 2020, setelah tamat tempoh notis penerimaan usul , terdapat 16 usul yang diberi nama "USUL KEYAKINAN" terhadap Perdana Menteri. Usul-usul tersebut juga dikemukakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Simpang Renggam, Tawau, Kalabakan, Kepong, Kota Belud, Lahad Datu, Papar, Penampang, Semporna, Sepang dan Sepanggar. Kebanyakan usul-usul tersebut menggunakan PM 27(3) dan 26(1), namun Ahli Parlimen Simpang Renggam juga mengemukakan 2 usul lagi menggunakan PM 14 dan 15 bagi mrentikan kuatkuasa PM 14 (f) hingga n dan memberi laluan kepada usul undi tak percaya. Usul ini berbunyi seperti brikut :-
Saturday, 17 October 2020
BERDERU 16 USUL UNDI TIDAK PERCAYA YANG DIBERI NAMA " USUL KEYAKINAN" TERHADAP PERDANA MENTERI DI MESYUARAT KETIGA PENGGAL KETIGA PARLIMEN KE-14- SEJAUHMANA KEKESANANNYA?
"14. (1) Urusan-urusan bagi tiap-tiap persidangan mesyuarat hendaklah mengikut aturan seperti di bawah ini kecuali jika Majlis Mesyuarat menetapkan aturan lain:
(a) Tuan Yang di-Pertua masuk ke dalam Dewan Mesyuarat dengan secaranya.
(b) Doa sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis. Doa yang diadakan bersesama hendaklah dipinda dengan sewajarnya dengan memasukkan sebutan-sebutan mengenai Dewan Negara dan ahli-ahli Dewan Negara dan hendaklah dibaca oleh Setiausaha Dewan Rakyat.
(c) Ahli-ahli baru, mengangkat sumpah.
(d) Titah daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
(e) Pemasyhuran daripada Tuan Yang di-Pertua.
(f) Rayuan-rayuan.
(fa) Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
(g) Pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan oleh Menteri-menteri.
(h) Usul bagi perkara kepentingan kepada orang ramai yang berkehendak disegerakan.
(i) Penerangan daripada Menteri-menteri.
(j) Ucapan pujian.
(k) Ucapan-ucapan takziah.
(l) Memberi penerangan sendiri.
(m) Membawa Rang Undang-undang (Bacaan Kali Yang Pertama) Kerajaan ke dalam
mesyuarat.
(n) Usul-usul berkenaan dengan Aturan Urusan Mesyuarat (hendaklah dikeluarkan oleh
Menteri).
(o) Urusan-urusan am.
(p) Usul-usul hendak mengemukakan Rang Undang-undang bukan Kerajaan.
(q) Lain-lain butir urusan yang dibentangkan mengikut susunan yang tertera dalam
Aturan-aturan Mesyuarat itu.
(2) Majlis Mesyuarat dengan dikeluarkan usul (oleh seorang Menteri) yang akan diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibahas, dan yang tidak berkehendak dikeluarkan pemberitahu terlebih dahulu boleh pada bila-bila masa memutuskan hendak menjalankan mana-mana urusan dengan tidak mengikut aturan yang telah ditetapkan. Usul ini hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.:
Dalam usul ini, Ahli Parlimen Simpang Renggam meminta supaya urusan-uruan Dewan di hentikan dan didahulukan usul undi tak percaya.. Sesuatu yang pelik mengapa Ahli Parimen Simpang Renggam tidak meneliti PM 14(2) yang menetapkan usul sedemikian dikeluarkan oeh seorang Menteri iaitu pihak Kerajaan bersetuju mendahulukan urusan-urusan tertentu untuk didahulukan.. Begitu juga untuk mengenepikan PM 15(!) yang mendahulukan urusan Kerajaan, juga perlukan melalui usul urusan yng dikeluarkan oleh seorang Menteri. Sesuatu yang janggal apabila usul-usul berkaitan Urusan Mesyuarat dan mengenepikan urusan=urusan yang biasa dalam persidangan menggunakan PM 27(3). Ini kerana ia akan dianggap sebagai usul persendirian, yang tidak akan didahulukan tanpa ada usul yang membenarkan dari pihak Kerajaan atau oleh seorang Menteri.
Sebagaimana penulis nyatakan sebelum ini, walau sebanyak mana usul-usul undi tidak percaya tersebut dihantar kepada SUDR mahupun Yang di-Pertua dewan Rakyat, ia tidak akan mengubah keduduan usul-usu itu sebagai usul persendirian yang diletakkan selepas urusan-urusan kerajaan dalam Aturan Urusan Mesyuarat(AUM) . Sekiranya usul-usul itu memenuhi syarat, ia akan disenaraikan dalam AUM sahaja. Dalam hal ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat tertakluk kepada PM 14 dan 15 dan tidak boleh mendahulukan usul-usul tersebut atau mengenepikan urusan-urusan Kerajaan yang lazim dalam persidangan.
Maka penulis menyimpulkan, inilah kali pertama usul-usul undi tak percaya paling banyak di kemukakan oleh Ahli-Ahli Parlimen dalam persidangam sesuatu Mesyuarat, semata-mata untuk mendesak Yang di-Pertua Dewan Rakyat memberi laluan. Sedangkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat terikat dengan Peraturan Mesyuarat yang mengkehendaki usul-usul ini didahulukan oleh Kerajaan melalui usul oleh seorang Menteri. Diperhatikan juga, bentuk dan perkataan-perkataan yang digunakan oleh hampir kesemua usul-usul itu adalah sama, yang menunjukkan ia digerakan oleh suatu "urusetia" yang menyediakan usul-usul itu dan meminta Ahli-ahli Parlimen manandantangani dan mengahantar kepada SUDR.
Lihatlah...sejauhmnana gerakan usul-usul tersebut akan merubah landskap persidangan Dewan Rakyat...kita sama-sama menantikannya.
Suatu catatan jua,...Denyut Nadi Parlimen
Jenderam Hulu Sepang
17 Julai 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJANGGALAN BAJET 2025!!!
Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...
-
1. Mengikut Per 65 (2) Perlembagaan Persekutuan telah menetapkan seperti berikut:- (2) Setiau saha De wan Neg ara d...
-
Penulis terpanggil untuk mengulas mengenai isu Penyata Kewangan Lembaga Tabung Haji bagi tahun 2017 yang dilaporkan telah “dibentang ” di ...
-
Penulis terpanggil sekali lagi untuk memberi pandangan terhadap jawapan Menteri (Agama) mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bi...
No comments:
Post a Comment