Selain usul undi
tidak percaya terhadap Perdana Menteri oleh
Ahli Parlimen Langkawi, persoalan
sama ada Yang di-Pertua Dewan dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat
dikekalkan telah dilontarkan oleh pelbagai pihak khususnya pihak pembangkang
yang mencabar supaya Kerajaan yang diterajui oleh PN menggantikan Yang
di-Pertua sedia ada bagi menunjukkan PN mempunyai majoriti di Dewan Rakyat
sejak Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 yang diadakan hanya sehari
pada 18 Mei 2020.
Pada 29 Jun 2020 (Isnin), kedua-dua usul pengosongan jawatan Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua serta usul-usul undi tidak percaya oleh YB Langkawi dan juga usul percaya kepada Perdana Menteri oleh YB Pasir Putih, usul menyokong Perdana Menteri oleh YB Arau dan YB Hulu Langat telah tersenarai dalam draf Buku.Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat. Maka sahlah usul-usul tersebut sebahagian dari aturan urusan persidangan Dewan Rakyat pada Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 ini.
Disini penulis ingin nyatakan bahawa mengikut Peraturan Mesyuarat (P.M) 3
Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat (PMMDR), pemilihan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat hendaklah dibuat apabila jawatan itu kosong, sama ada disebabkan
oleh pembubaran Parlimen atau atas sebab yang lain. Pemilihan Yang di-Pertua
Dewan Rakyat baharu hanya boleh dibuat sekiranya jawatan tersebut kosong.
Dimana Perkara 57(2) Perlembagaan
Persekutuan memperuntukkan seperti yang berikut:
“57(2) Yang di-Pertua boleh pada
bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui surat yang ditandatangani sendiri
olehnya yang ditujukan kepada Setiausaha Dewan Rakyat, dan hendaklah mengosongkan
jawatannya—
(a) apabila
Dewan Rakyat bermesyuarat buat pertama kali selepas suatu pilihan raya umum;
(b) apabila
dia terhenti menjadi ahli Dewan Rakyat melainkan oleh sebab pembubarannya atau,
jika dia menjadi ahli semata-mata menurut kuasa perenggan (b) Fasal (la), apabila dia terhenti
berkelayakan menjadi ahli;
(bb) apabila
telah hilang kelayakan di bawah Fasal (5);
(c) jika pada
bila-bila masa Dewan Rakyat membuat ketetapan sedemikian. “
Dalam hal ini, pengosongan jawatan tersebut berlaku mengikut
Perkara 57(2)(c) Perlembagaan Persekutuan iaitu apabila Dewan Rakyat membuat
ketetapan pengosongan jawatan itu melalui usul yang dikemukakan oleh phak
Kerajaan melalui Peraturan Mesyuarat 27(3), Peraturan-peraturan Majlis
Mesyuarat Dewan Rakyat. Usul itu
hendaklah memenuhi notis 14 hari atau 7
hari atas nama Menteri untuk dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat, dan
seterusnya dibahas dan diputuskan. Bagi
memastikan kejelasan undian, belahbahagian hendaklah diminta bagi membuktikan
angka majoriti. Oleh yang demikian,
usul pengosongan jawatan adalah sah walaupun walaupun dipertikaikan
kewajarannya oleh pihak pembangkang..
Suatu catan jua,
Bangunan Parlimen,
No comments:
Post a Comment