Akhirnya pada 5 Julai 2021, dalam kenyatan media Pejabat Perdana Menteri maklumkan bahwa Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas (2021) dijangka diadakan selama lima hari di Dewan Rakyat iaitu pada 26, 27, 28, 29 Julai dan 2 Ogos 2021. Manakala di Dewan Negara selama tiga hari iaitu pada 3,4 dan 5 Ogos 2021. Tujuan Mesyuarat Khas ini adalah untuk memberi penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara, dan meminda perundangan dan peraturan-peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen secara hibrid. Juga Proklamasi Darurat dan Ordinan-Ordinan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen( “shall be laid before both Houses of Parliament”) mengikut Fasal (3), Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Disini penulis terpanggil memberi respons kepada beberapa hantaran yang kurang tepat:-
- Ketua Penerangan UMNO menyatakan " Oleh kerana pengumuman kerajaan hari ini dibuat 14 hari setelah UMNO memberi kata dua tanpa notis lengkap dan dimaklumkan tanpa perlu melalui urusan pemberian notis persidangan 28 hari." (Sinar Harian, 5 Julai 2021). Sebenarnya kenyataan ini amat tergelincung kefahamannya, dimana notis 28 hari itu adalah untuk pemberitahuan Mesyuarat bagi setiap Penggal Parlimen oleh Ketua Majlis mengikut Peraturan Mesyuarat 11(1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat. Peraturan Mesyuarat 9(1) pula menetapkan Setiuasaha Dewan Rakyat memberitahu kepada Ahli-ahli Parlimen dengan notis 28 hari sebelum setiap Mesyuarat, tetapi boleh kurang dari tempoh itu dengan kebenaran Yang di-Pertua atas sebab keperluan yang mendesak. Manakala bagi Mesyuarat Khas pula, notisnya adalah dalam tempoh yang munasabah mengikut Peraturan Mesyuarat 11(3), malah dinyatakan " tidak lewat dari tarikh mesyuarat".
- Mantan Perdana Menteri (Ahli Parlimen Pekan) dalam hantaran FB menyebut " hari pertama titah perasmian YDP Agong bagi mesyuarat Penggal.". Ini salah sama sekali, kerana Mesyuarat Khas adalah didalam Penggal Parlimen Ketiga dan tidak perlu Titah Diraja. Titah hanya perlu pada setiap penggal baharu saja atau selepas PRU.
- Ahli Parlimen Pontian pula menyebut "masa untuk pesidangan Parlimen tahun ini hanya 5 hari" (themalaysianinsight.com). Kenyataan ini juga silap sama sekali, kerana sudah tentu ada Mesyuarat bagi Penggal Keempat untuk membentang dan meluluskan Belanjawan 2022 seperti yang dijanjikan oleh Oerdana Menteri sekitar bulan September/Oktober semasa pengumuan Pelan Pemulihan Negara.
No comments:
Post a Comment