Friday, 16 July 2021

MESYUARAT KHAS – BERUBAH URUSAN, HANYA PENERANGAN TETAPI DIBENARKAN MEMBERI PANDANGAN SERTA PENJELASAN

 

Pada  15 Julai 2021(Khamis),  Perdana Menteri telah menghantar notis/pemberitahu Mesyuarat Khas  kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat/Dewan Negara, dimana Dewan Rakyat bersidang pada 26 Julai hingga 2 Ogos 2021 dan Dewan Negara pula pada 3 hingga 5 Ogos 2021. . Walau bagaimanapun, berlaku perubahan  urusan kerana Kerajaan telah memutuskan kemudiannya bahawa cadangan persidangan Parlimen secara hibrid ditangguhkan.  Ini berbeza sedikit dengan pemakluman melalui kenyataan media bertarikh 5 Julai 2021 yang lalu, dimana tujuan Mesyuarat Khas ini adalah untuk memberi penerangan kepada Ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara, dan meminda perundangan dan peraturan-peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen secara hibrid. 

Dengan demikian urusannya hanya penerangan daripada Menteri-menteri mengenai Pelan Pemulihan Negara, tindakan menangani pandemik COVID-19, Program Vaksinasi, pakej-pakej bantuan ekonomi dan pelaksanaan darurat 2021,  Urusan ini mengikut Peraturan Mesyuarat 14 (!)(i) bagi Dewan Rakyat dan 13(1)(i) bagi Dewan Negara iaitu penerangan daripada Menteri-menteri.  Mengikut peraturan dan amalannya, ia hanya penerangan satu hala oleh pihak Menteri tanpa ada perbahasan bahkan tidak dibenarkan celahan meminta penjelasan. Tetapi kali ini, Yang di-Pertua Dewan Rakyat membenarkan permohonan Ketua Majlis (Pedana Menteri) bagi  membenarkan ahli-ahli Parlimen memberi pandangan dan minta penjelasan semasa penerangan tersebut. Mungkin ini kali pertama dalam sejarah persidangan.  Disamping itu bentang (laid) Proklamasi dan Ordinan-ordinan Darurat yang berkaitan. 

Pada masa yang sama juga pemberitahu/notis  persidangan Parlimen yang akan datang diiedarkan  iaitu Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang  mula bersidang pada 6 September  hingga 30 September 2021 bagi Dewan Rakyat dan 4 hingga 21 Oktober  2021 bagi Dewan Negara.  Urusan yang ditetapkan ialah hanya Titah Diraja dan RMKe-12   dan tiada urusan Rang Undang-Undang..  Mesyuarat Kedua pula pada 25 Oktober hingga 16 Disember bagi Dewan Rakyat dan 14 hingga 23 Disember 2021 bagi Dewan Negara dengan urusan Rang Undang-Undang dan Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Okotober 2021.  Maka ternafilah beberapa tanggapan yang menyatakan persidangan Parlimen pada tahun ini hanya 5 hari sahaja dan juga terjawablah  tanggapan Yang di-Pertuan Agong tidak bertitah.  Dengan lain perkataan, persidangan di Penggal Keempat inilah persidangan  yang didambakan oleh Ahli-ahl Parlimen dan pencinta demokrasi.

Kenyataan media Yang di-Pertua Dewan Rakyat pada hari yang sama  sekitar jam 3.00 petang dan seterusnya disusuli dengan dengan pemberitahu oleh Setiuasaha Dewan Rakyat kepada Ahli-ahli Parlimen sekitar 7 malam..

Demikianlah sinario persidangan Parlimen yang digesa oleh pelbagai pihak terutamanya ahli-ahli politik bahkan Istana Negara juga  meminta persidangan dalam tempoh darurat yang akan tamat pada 1 Ogos 2021.

Inilah juga rasanya Mesyuarat Khas Parlimen yang agak panjang dari kebiasaanya 1 atau 2 hari sahaja, bahkan urusanya hanyalah penerangan daripada Menteri-menteri sahaja,  Walaupun dibenarkan memberi pandangan tetapi tidak bersifat perbahasan penuh dan tidak diputuskan.  Maknanya tiada  undian suara mahupun undi belahbahagian.   Bahkan tiada sesi pertanyaan lisan seperti kebiasaan persidangan.

Walaupun terdapat beberapa usul telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen, ia tdak mematuhi peraturan mesyuarat kerana dikemukakan sebelum pemberitahu dikeluarkan.   Walau bagaianapun penulis meramalkan akan berlaku ketegangan pada hari pertama persidangan dan bangun atas peraturan mesyuarat 

Suatu catatan jua, 

16  Julai 2021

No comments:

Post a Comment

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...