Wednesday, 28 July 2021

ORDINAN-ORDINAN DARURAT BATAL : DEWAN TERKEJUT, KECOH DAN YANG DI-PERTUAN AGONG AMAT DUKACITA !!!!!!

 

Sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)  membuat kenyataan di Dewan Rakyat pada 26 Julai 2021 semasa memberi  respon kepada desakan beberapa Ahli Parlimen, Dewan setiap hari, 27 hingga 29 Julai 2021 sentiasa dibangkitkan isu ini yang  meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana  mengelirukan Dewan mnengikut Peraturan 36(12).   Kenyataan Menteri adalah seperti berikut:

bahawa Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat baharu apabila tamat 1 Ogos 2021.” (Penyata Rasmi, hal.35).

 

“Semua Ordinan Darurat, sebanyak enam Ordinan Darurat yang dibuat telah diputuskan untuk direvoke berkuat kuasa 21 Julai 2021” (Penyata Rasmi, hal.40).

 

Hari ini, 29 Julai 2021 kira-kira  jam 12.15 tengahari, Ketua Pembangkang (YB Port Dickson) telah bangun dengan Peraturan  36(12) dan membacakan Kenyataan media Istana Negara, yang antara lain menyatakan:

 

“ Sri Paduka Baginda menzahirkan  rasa amat dukacita dengan kenyataan yang telah dibuat di Parlimen pada 26 Julai 2021 lalu bahawa Kerajaan telah membatalkan sermua Ordinan Darurat yang telah dimasyhurkan oleh Baginda sepanjang tempoh darurat walhal pembatalan belum lagi diperkenankan Baginda “

 

Persidangan menjadi kecoh dan hingar bingar dengan jeritan supaya Menteri di Jabatan Perdana itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, malah Ahli Parlimen Tanjong Karang menggesa supaya persidangan ditangguhkan bagi membolehkan Yang di-Pertua membuat keputusan.  Kira-kira jam 12.243, Timbalan Yang di-Pertua 2 telah menagguhkan persidangan selama 15 minit.   Seterusnya pada jam 12.46 tengahari, persidangan ditempohklanm hingga 1.00 tengahari dan bersidang semula jam 2.30 petang. 

Tunggu, apa seterusnya. (Catatan 12.48 tengahari)

Jam 2.30 , majlis bersidang sebentar dan Timbalan Yang di-Pertua Dato' Seri Azalina Othman memaklum dewan ditempohkan lagi sehingga jam 3.30 petang. (Catatan 2.30 ptg)

Sekitar3.25 petang semua orang yang berada dalam kawasan Parlimen tidak dibenarkan keluar.  Begitu juga tidak dibenarkan masuk kecuali Ahli-ahli Parlimen.

Jam 3.30 , Timbalan Yang di-Pertua II memaklumkan Parlimen ditempohkan sehingga 5.15 petang. Memaklumkan perutusan Yang di-Pertua, iaitu pemakluman Ketua Pengarah Kesihatan, terdapat 2 kes positive di Parlimen , seorang petugas positive COVID-19 sejak Isnin 27 Jul;ai hingga 28 Julai dan hari ini, Khamis, 29 Julai 2021, seorang lagi positif hasil saringan sendiri.  SEMUA ORANG YANG BERADA DI PARLIMEN TIDAK DIBENARKAN KELUAR SEHINGGA DAPAT KEPUTUSAN SARINGAN HARI INI.

Jam 5.15, Dewan bersidang semula., Timbalan Yang di-Pertua II, YB Dato' Rashid , mengumunkan keputusan saringan yang sedang,  2 lagi positive baru ditemui.  Dengan PM 12(2) ditempohkan sehingga 5.30 ptg. Bersidang semula hari Isnin, 2 Ogos 2021.

Catatan bersejarah,

 Bangunan Parlimen,

29 Julai 2021


No comments:

Post a Comment

KEJANGGALAN BAJET 2025!!!

Setelah tiga kali Perdana Menteri 10 membentangkan Belanjawan/Bajet Tahunan, inilah kali pertama penulis mengikuti sepenuhnya pembentangan B...